Posts

Showing posts from 2019

SETAHUN BERLALU (PUJAAN HATI KANDA DALAM KENANGAN)

Image
TADAAA... Assalamualaikum. Lama sangat tak buat coretan hati dan perasaan dekat blog. Okey sempena mengenang setahun drama adaptasi novel Pujaan Hati Kanda iaitu hari ini 20 Disember. Saya saja-saja nak cerita serba sedikit pengalaman novel pertama dijadikan adaptasi.

Buka Akaun Jualan di Shopee

Image
Hai Assalamualaikum. Lama tak bersiaran. Okey, entry baru ni saya nak tunjukkan cara buka akaun seller di shopee. Okey lihat step by step.

Janji Abang Sayang (Jualan Online Sahaja)

Image
Sudah Boleh Di Tempah Sekarang. Harga RM36 SM/ RM40 SS Termasuk Pos Penghantaran setiap Selasa, Khamis dan Sabtu. BLURB  (READY STOCK) TAJUK: JANJI ABANG SAYANG RM36 SM/ RM40 SS Termasuk pos . Sekian lama mengumpul kekuatan, akhirnya Fayyed berjaya mempertemukan calon isteri dengan keluarga tersayang. Namun, kebahagiaan dan harapannya musnah apabila cinta yang disemai tidak beroleh restu. Zara, si kekasih hati tidak mendapat tempat di hati orang tua Fayyed. Kata papa Fayyed, Zara bukanlah gadis bijak, cantik dan terbaik untuk menjadi menantunya.

Aulia Iman : JANJI ABANG SAYANG - PRE ORDER

Aulia Iman : JANJI ABANG SAYANG - PRE ORDER : JANJI ABANG SAYANG HARGA PRE ORDER RM33 SM & RM37 SS HARGA TERMASUK PENGHANTARAN MELALUI POSLAJU SELEPAS 30 OKTOBER 2019, HAR...

JANJI ABANG SAYANG - PRE ORDER

Image
JANJI ABANG SAYANG HARGA PRE ORDER RM33 SM & RM37 SS HARGA TERMASUK PENGHANTARAN MELALUI POSLAJU SELEPAS 30 OKTOBER 2019, HARGA AKAN KEMBALI ASAL RM36SM DAN RM 40 SS TERMASUK POSLAJU Kisah santai antara Jas Hani Sophean dan Fayyed Yong Ada lagi ke yang rindu hasil tulisan saya? Kalau ada, boleh dapatkan naskah ni. Terima kasih semua. 013 423 9065

Aulia Iman : Lelaki Itu Dan Pesonanya Bab 1 Dan Bab 2

Aulia Iman : Lelaki Itu Dan Pesonanya Bab 1 Dan Bab 2 : RM 38 SM/ RM 38 SS Termasuk Pos BAB 1 “I tak fahamlah, kenapa nak hantar budak sekecil Darwish ke sekolah macam ni? Dekat area KL ...

Lelaki Itu Dan Pesonanya Bab 1 Dan Bab 2

Image
RM 38 SM/ RM 38 SS Termasuk Pos BAB 1 “I tak fahamlah, kenapa nak hantar budak sekecil Darwish ke sekolah macam ni? Dekat area KL tu bersepah sekolah yang lebih baik dan lebih bagus! Sekolah macam ni, apa yang dia dapat?” tempelak seorang gadis berjaya menarik perhatian sekumpulan kanak-kanak yang sedang bermain sepak takraw di padang berhampiran. Masing-masing berpaling ke arah datangnya suara itu.

ZINE & NOVEL BARU (PRE ORDER)

Image
Untuk Tempahan Boleh Klik Link Berikut: http://www.wasap.my?+60134239065/kombo   # LIDP Blurb zine SELAMAT DATANG CINTA Cinta pandang pertama? Mungkin bukan milik Jay, bukan juga milik Naurah. Antara Jay dan Naurah, mereka hidup berjiran. Tidak pernah bersua muka dan tidak pernah ambil peduli hal jiran tetangga. Namun satu kejadian, menjadi punca keduanya bersengketa. "Hoi jiran! Bela kucing pandai, tahi kucing tak pandai pula kau nak buang!" - Jay "Hoi jiran, itu bukan kucing akulah! Sedap-sedap je menuduh!" - Naurah Jay menuduh Naurah sebagai tuan kucing yang tidak menghormati masyarakat sekeliling. Naurah pula menganggap Jay, manusia yang tiada belas ehsan pada makhluk yang lemah. Perbezaan itu menjadi punca persengketaan yang tidak pernah habis. Suatu hari, Jay terhidu bau busuk yang datang dari rumah sebelah, iaitu rumah Naurah. Pada firasat Jay, pasti ada mayat yang disembunyikan di rumah terse

MY NEXT HUSBAND BAB 13 N 14

Image
BAB 13 “Mama, kenapa ni? Sakit kaki ke?” dari dapur aku lihat mama memicit- micit kakinya sendiri. Di depan mama ternampak selonggok baju yang belum berlipat. Seketika tadi aku baru selesai membasuh pinggan mangkuk di dalam sinki. Penghuninya tidak ramai tetapi jumlah pinggan yang kotor persis rumah ini baru sahaja selesai mengadakan kenduri arwah. “Boleh picitkan kaki mama?” Aku tidak terus menjawab, hanya pamer senyuman lalu duduk dekat di sisi mama. “Meh sini Rin picitkan.” Aku kulum senyuman. Lucu memanggil diri sendiri dengan panggilan Rin iaitu singkatan kepada Rindu. “Rin?” wajah mama ceria dengan senyuman. “Tapi itu la, bila guna nama ‘Rin’ rasa tak selesa pula.” Sahutku masih memicit-micit kaki mama. “Mama pun tak biasa... rasa janggal pula bila panggil Sof dengan nama Rin.” Sudahnya kami sama-sama tergelak. Beberapa saat kemudian, aku panggung wajah mama. Wanita ini masih cantik, anggun, dan kejelitaannya masih sama tidak berubah. Yang berbeza hanyalah

MY NEXT HUSBAND BAB 11 & 12

Image
LIMA TAHUN KEMUDIAN BAB 11 Hari ini hari terakhir semester lima dan hari ini juga merupakan hari di mana mama meminta agar aku pulang ke rumahnya. Walaupun aku dan juga Noah sudah berpisah talak satu, kasih sayang serta layanan mereka terhadap diriku masih tidak berubah. Mereka tetap melayani aku persis akulah menantu kesayangan mereka.

MY NEXT HUSBAND 9 & 10

Image
BAB 9 Hari pertama pendaftaran di kolej Matrikulasi Johor berjalan dengan lancar. Mama dan papa yang temankan aku. Noah pula tidak dapat dikesan, bila dihubungi selalunya talian tidak berjaya disambungkan. Tetapi yang hairan tu, Instagram lelaki itu sentiasa dikemaskini dengan gambar-gambar baharu. Melalui gambar yang dimasukkan ke dalam IG, lelaki itu kini sedang berada di sebuah pulau di Kepulauan Borneo. Pemandangan yang cantik, air laut yang hijau kebiru-biruan, batu karang yang indah, semuanya tentang percutian Noah tampak menyeronokkan. “Maafkan mama dengan perlakuan Noah.”

MY NEXT HUSBAND 7 & 8

Image
BAB 7 Mungkin inilah takdir buatku apabila aku telah pun sah menjadi milik seorang lelaki bernama Noah Safwan Bin Hardy Farhan.

MY NEXT HUSBAND 5& 6

Image
BAB 5             “Kalau dah tak ada apa-apa, aku balik dulu. Kau Sofrina, bila nak balik KL? Sebelum balik KL, datang rumah pak long. Kami nak buat kenduri arwah untuk nenek dengan mama papa kamu sekali.”

MY NEXT HUSBAND 3 & 4

Image
BAB 3 Malam ini tubuhku hangat, aku demam secara tiba-tiba. Kelmarin urusan perkebumian ibu dan bapaku berjalan lancar dengan bantuan Mak Tijah dan Pak Mud. Namun awal pagi tadi ada berita buruk sampai ke pengetahuanku.

MY NEXT HUSBAND 1 & 2

Image
My Next Husband BAB 1 “Keluarkan orang dalam kereta Mazda tu!” Pekik satu suara sayup-sayup menampar halwa telinga. Aku yang terlena terasa payah untuk membuka mata. Namun rasa bahang yang mula menampar wajah, memaksa kelopak mata ini terbuka dengan sendirinya. “Ya, Allah… apa yang berlaku ni?” Aku panik dan tercari-cari sesuatu yang aku sendiri tak pasti.

Saluran Paip Tersumbat!

Image
Assalamualaikum & salam sejahtera. Habuk kipas pun jangan buang dalam salur paip Hehe disebabkan blog ni lama tidak di update, so AI nak cerita sesuatu berkenaan tajuk di atas. Saluran paip tersumbat.

Pasangan Yang Ditakdirkan (Projek zine)

Image
Lama tak menulis. Rindu blog. Ada yang rindu ke? Update terbaru. Nak buat Zine. Oh ya... sekarang drama Pujaan Hati Kanda sedang ditayangkan di TV3 slot Akasia. Macam mana drama Pujaan Hati Kanda tu? Tinggal lagi empat bab sebelum berakhir 28 Januari ini. Jangan marah-marah, tengok sampai habis lepas tu baru komen. Sayang selalu. Nanti AI update lagi okey. 5.25am. 23.Jan.2019