Lelaki Itu Dan Pesonanya Bab 1 Dan Bab 2

RM 38 SM/ RM 38 SS Termasuk Pos


BAB 1
“I tak fahamlah, kenapa nak hantar budak sekecil Darwish ke sekolah macam ni? Dekat area KL tu bersepah sekolah yang lebih baik dan lebih bagus! Sekolah macam ni, apa yang dia dapat?” tempelak seorang gadis berjaya menarik perhatian sekumpulan kanak-kanak yang sedang bermain sepak takraw di padang berhampiran. Masing-masing berpaling ke arah datangnya suara itu.

“Apa tengok-tengok, nak kena ni?” Tangan dikepal bersama riak wajah yang menjengkelkan. Lelaki di sebelah hanya mampu menggeleng. Kesal dengan sikap rakannya yang baran tidak kira tempat.
“Sudahlah tu, dengan budak-budak pun nak cari gaduh. Matanglah sikit.” Raykal yang lebih senang disapa Ray melarang kenalannya daripada mencari ‘fasal’ dengan anak-anak sekolah tahfiz ini.
“I tak matang? Hello look at youself?  Nak nasihat I pulak, sekarang ni… bukan I yang tak matang. Tapi you… you yang tak matang.” Jari telunjuk digenyeh-genyeh ke bahu lelaki bert-shirt hitam.
“I yang tak matang?” Lelaki tadi mengulang kenyataan itu sekali lagi.
“Yelah, tak matang! You sedar tak, tindakan you boleh merosakkan masa depan Darwish?”
Whateverlah Maira Irsa. I tahu apa yang terbaik untuk anak I.”
“Ini yang you kata terbaik? Hantar anak you ke sekolah macam ni?”
“Ya, I dah lama fikir dan ini satu-satunya keputusan terbaik yang pernah I buat. I yakin dan nekad.”
“Ish, susahlah bercakap dengan you ni! Nak menang je, langsung tak nak mengalah!”
“Haruslah, I ni lelaki. Takkan nak mengalah dengan you pula.” Ray tergelak.
“Suka hati youlah, Raykal. Cuma I nak tahu, kenapa you hantar Darwish ke sini? Apa, dah habis sekolah yang bagus-bagus kat KL tu?”
Ray renung wajah Maira sejenak. Cantik memang cantik, tapi sayang gadis ini bukan gadis sembarangan. Degil dan keras kepala orangnya. Walaubagaimanapun, gadis ini harus diperjelaskan agar tidak terus-terusan memprotes hingga dia naik rimas.
“I mahu Darwish masuk ke aliran agama. Belajar mengaji dan kenal siapa Tuhan dia dalam erti kata yang sebenar-benarnya. Bukannya menjadi Muslim hanya kerana dia dilahirkan sebagai Muslim. Plus, Darwish memang tak minat dengan sekolah biasa. I boleh nampak kecenderungan Darwish.”
“Mana you tahu Darwish tak minat dengan sekolah biasa?”
“Darwish ni anak I! Mestilah I tahu apa yang dia suka dan apa yang dia tak suka.” Balas lelaki di sisi kanak-kanak kecil yang sedari tadi senyap tidak bersuara.
Dari ekor mata, sempat juga dia merenung wajah gadis yang tidak berhijab itu. Anggun mempersona dengan seraut wajah yang indah, tona kulit yang cerah, hidung yang terletak dan sepasang mata yang bundar dihiasi alis yang terukir rapi. Serba serbi sempurna, namun tingkah itu tidaklah seindah paras yang dikurniakan!
“Tolong fikirkan semula. Please…”
“No! I rasa ini adalah salah satu keputusan terbaik yang pernah I buat. I tekad dan tiada sesiapa pun dapat halang kehendak serta kemahuan I. And please… jangan lengah-lengahkan I lagi.” Tegas Ray dengan suara mendatar.
Maira telan liur sambil menggeleng kesal. “Fine. You boleh teruskan! I takkan masuk campur dan ambil tahu lagi! Fullstop!”
Thanks Maira. I pun malas nak cakap apa-apa. Terpulanglah pada you. I pergi dulu, dah settle nanti I jumpa you dekat kereta.” getus lelaki itu seraya menggengam lembut pergelangan tangan anak lelakinya lalu dibawa beriringan menuju ke pejabat sekolah di tingkat satu bangunan lama itu.





















BAB 2
            Sedang ralit memerhati skrin telefon, Maira ditegur seseorang. Cepat-cepat dia menoleh.
            “Assalamualaikum cik, nak cuci kereta?”
            Salam tidak berjawab. Maira renung pemilik suara yang menegur. Pandangan di hala ke raut itu sebelum turun hingga ke hujung kaki dan kemudian naik semula ke serata wajah itu.
            “Cuci kereta? Pakai air dari baldi buruk tu?” Maira menyoal sinis sambil mengerling baldi buruk yang diletakkan di bahagian tempat duduk belakang basikal tua itu.
            “Ya, cik.”
            “Boleh bersih ke?” aju Maira sempat lagi tergelak sinis.
            “Insya-Allah boleh.”
            “Okey, sekarang cuci kereta ni bersih-bersih. Tapi awas, kalau bercalar walau satu titik, I will make sure basikal tua ni ke tong sampah besar dekat hujung jalan sana.” Ugut Maira dengan angkuh.
            Ternyata, perbuatannya melayan kasar lelaki tua itu mendapat perhatian Firhad yang sedang keluar dari bilik guru mahu menuju ke bangunan bersebelahan.
            “Assalamualaikum, ada apa bising-bising ni?” Maira dan lelaki tua itu menoleh.
            “Waalaikumusalam Ustaz Firhad. Tak ada apa-apa ustaz. Cuma borak-borak kosong.” Lelaki tua itu menyahut tenang menyembunyikan cerita sebenar.
            “Oh, okey. Pak Abu dah makan?” lelaki digelar Ustaz Firhad itu terlihat tenang melontar suara. Maira Irsa mencebir bibir. Menyampah dengan tiba-tiba.
            “Dah ustaz. Ustaz dah makan? Sihat hari ni?”
            “Alhamdulillah sihat. Anak dan isteri Pak Abu sihat?”
            “Alhamdulillah sihat semuanya. Isteri Pak Abu pun dah keluar wad, jadi bolehlah Pak Abu keluar bekerja hari ni. Oh ya, ustaz nak cuci kereta ke?”
            “Boleh juga. Lagipun sejak Pak Abu cuti, belum sempat lagi saya ke car wash.” Firhad berbual-bual dengan lelaki yang disapa Pak Abu. Maira yang mendengar sudah menghala nafas kasar sambil melontar suara sinis.
            “Haih, nak berborak ke… nak buat kerja? Kalau nak berborak, pergilah lepak kedai mamak.” Hamburnya bersahaja.
Pak Abu yang terasa disindir, segera ke basikal tuanya sebelum cuba menurunkan baldi yang dipenuhi air. Firhad yang melihat, cepat-cepat membantu. Dia tahu kudrat tua Pak Abu tidaklah sekuat mana tambahan pula Pak Abu baru sahaja pulih dari kemalangan jalan raya beberapa bulan lepas.
            “Saya cuci kereta cik, ya?”
            “Okey, jaga-jaga! Jangan sampai bercalar pula. Kalau bercalar, nahas kau.”
            Pak Abu mengangguk sebelum mendekati kereta BMW milik pelanggannya itu. Maira pula sudah berganjak ke sebelah kanan, betul-betul di bawah sepohon pokok. Firhad yang melihat, segera mendekati dan menegur dengan baik.
            “Tak baik layan orang tua macam tu.” Ucapnya dengan satu nada yang biasa-biasa.
            “Awak ni siapa? Ustaz ek? Tak mengajar ke?”
            “Ya, saya ustaz dekat sini. Memang ada kelas, tapi bukan sekarang, sekejap lagi. Awak, sebelum balik jangan lupa minta maaf dengan Pak Abu tu. Tak baik layan orang tua lebih kurang.”
            “Boleh tak kalau orang warak macam awak ni tak menyibuk urusan orang lain? Kenapa? Lelaki tua… oppss sorry! Pak Abu… yeah his name Pak Abu. Dia tu bapak awak ke?”
            Firhad ketap bibir. Lancangnya gadis ini berbicara.
            “Bukan bapak saya, tapi saya dah anggap dia macam ayah saya.”
            “Oh baiknya awak. Memang ustaz semua baik-baik ek? Alim-alim? Hingga bapak orang lain pun hendak dianggap sebagai bapak sendiri!”
            Firhad senyum nipis. Melihat cara gadis ini berbicara, penuh provokasi dan sindiran, Firhad sedar, tiada perbualan yang harus dilanjutkan. Patut dihentikan sekarang juga.
            “Tak mengapalah, saya minta diri dulu. Jaga diri baik-baik. Kalau boleh, tutuplah aurat awak. Lebih cantik, lebih manis!”
            “Excuse me! Tutup aurat? Lebih cantik dan lebih manis? Apa, sekarang tak cukup cantik?”
            Firhad membuang pandang ke sudut lain sambil menggeleng dalam senyuman.
            “Cantik dan manis tu subjektif. Takpelah, saya ada hal, saya pergi dulu.”
            “Hei, tunggulah… aku belum habis cakap dengan kaulah ustaz!” Maira menaikkan suaranya menghalang Firhad pergi selagi bicara dan kata-katanya belum bertemu perkataan nokhtah.
“Hei Maira, kenapa dengan you ni? Suara you sampai ke dalam sana I boleh dengar!” Terkocoh-kocoh Ray mendekati rakannya sambil diekori oleh Darwish yang tertinggal di belakang.
“Suara I, suka hati I la!”
“Kalau you bersopan sikit tak boleh ke? Kita dekat tempat orang tahu tak!” ujar Ray berang dengan perlakuan Maira Irsa yang tidak dapat membezakan keadaan dan situasi!  
Usai menegur rakan baiknya itu, Ray hala pandangan ke arah lelaki yang sedang berdiri berhadapan rakannya itu, sebuah senyuman diukir dan kepala ditundukkan sekali.
“Assalamualaikum ustaz.”
“Waalaikumusalam.” Firhad menyahut tenang.
“Maafkan kawan saya ni. Dia memang begini, emosional tak kira tempat.”
“Diamlah Ray, jangan nak mengumpat I pulak. Ni, I dah temankan you sampai ke sini pun dah cukup baik! Apalah nasib anak you, dapat bapak macam you! Kecil-kecil sudah disumbat masuk ke sekolah macam ni! No class!” gerutu Maira lagi.
“Maira, apa yang you cakapkan ni?” tegur Ray bila kata lepas sahabatnya dihambur tanpa memperdulikan ustaz yang berada di sisi mereka ketika ini. Tak ada rasa hormat langsung.
Do I care?” jelingan tajam dihadiahkan.
“You kan….” Ray yang mengunjuk jari telunjuk ke muka Maira segera menjatuhkan tangan ke sisi sebelum mengepal jari jemarinya sekuat hati. Kali ini dia sudah menggeleng kesal. Sejurus itu, wajah ustaz muda itu kembali dipandang. Dia rasa bersalah.
“Ustaz saya minta maaf bagi pihak kawan saya ni. Jangan ambil hati ya, dia ni memang macam ni. Sekali lagi saya minta maaf.” ujar Ray sempat lagi mengerling Maira yang sudah menjegilkan biji matanya.
“Takpelah, saya tak kisah.” Sahut ustaz muda lingkungan lewat dua puluhan itu seperti tiada apa-apa berlaku. Baik betul orangnya.
“Terima kasih ustaz. Oh sebenarnya, hari ni saya daftarkan anak saya di sekolah ni. Jadi, saya tinggalkan Darwish anak saya ni, di sini! Saya harap ustaz dapat ajar dan layan dia sama seperti kanak-kanak yang lain. Kalau boleh, saya mahu anak tunggal saya ni jadi tahfiz! Itulah harapan saya yang paling besar.” Ray menghamburkan impiannya. Maira Irsa yang mendengar, sudah tayang mimik muka yang menjengkelkan.
“Kut jadi tahfiz, kalau jadi lain… apa nak kata?”
“Maira!”
“Sudahlah, Ray! Apa yang I cakap semuanya salah!” Maira Irsa melangkah sedikit ketepi. Malas ambil bahagian dalam perbincangan dua lelaki punya cita-cita yang besar dalam membangunkan agama. Besar sangat!
“Ustaz, maafkan kawan saya.”
“Takpe… takpe… perkara kecil je tu.” Firhad senyum bersahaja.
“Saya minta tolong sangat-sangat dari ustaz untuk jaga anak saya ni. Didik dia hingga berjaya kerana saya sendiri tak mampu nak ajar al-Quran kepada dia.” Ray mengakui kelemahannya sebagai seorang lelaki dan bapa yang sepatutnya mengajar ilmu agama kepada si anak.
Namun, atas pengetahuan agama yang cukup terbatas, dia bertindak mencari sekolah tahfiz yang dirasakan dapat membantu anaknya mahir membaca dan mentafsir al-Quran.
“Insya-Allah encik! Kami akan cuba sebaik mungkin. Tentang keadaan dan keselamatan Darwish, encik jangan risau. Kami akan jaga mereka yang ada di sini sama seperti anak-anak kami sendiri!”
“Eleh.... dapat beribu ringgit! Takkan tak nak jaga lagi? Melampaulah tu!” celah Maira sinis. Jelas, dia mencuri dengar.
“Maira! Boleh tak you jaga adab you sikit?” tegur Ray buat sekian kalinya.
“Urgh… whateverlah!” Maira berlalu dan Ray kembali menancap raut redup kepada pemilik nama Firhad Fitri.
“Maaf ustaz,” Ray sekali lagi memohon maaf.
“Takpe Encik Ray. Saya tak kisah!” sahut Firhad tenang.
Bersambung....



untuk order http://www.wasap.my/+60134239065/novel

Comments

Popular posts from this blog

CERPEN MILIK ENCIK POLIS PART II