Posts

Showing posts with the label CINTA DIHUJUNG NODA

CINTA DI HUJUNG NODA BAB 53-54-55 (FINAL)

Image
Assalamualaikum,  habis la cite novel yang paling lama Aulia Iman simpan. Sila baca tapi jangan copy paste, jangan screen shot jangan buat pendua kepada cerita ni. Maaf ye, Ai tak izin dan TIDAK BENARKAN cerita ni dibawa keluar dari blog AI tanpa pengetahuan AI. Selamat membaca :-D

CINTA DI HUJUNG NODA BAB 51 52

Image
BAB 51 Tanah perkuburan yang masih merah ku perhatikan, batu nisan yang berbalut putih ku tatap lama. Di sini An Neesa isteri kedua ku bersemadi, semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang beriman. Dan semoga kebaikannya diterima dan segala kekurangannya diampunkan oleh Allah.

CINTA DI HUJUNG NODA BAB 48, 49, 50

Image
BAB 48 “Hari dah lewat, abang balik dulu! Dalam sampul ni....” aku hentikan bicara ku buat seketika. Sampul yang sedari awal tadi ku sisipkan wang di dalamnya ku keluarkan berhati-hati lalu ku serahkan kepada dirinya.

CINTA DI HUJUNG NODA BAB 46 & 47

Image
Saban hari pasti ada sahaja kunjungan Neesa, jika semalam dia datang membawa buah-buahan lalu dipotong dan disimpan ke dalam peti sejuk. Hari ini pula dia datang membawa makanan, kadangkala Qalisya dibawa bersama dan kadang kala ditinggalkan sahaja. Dari Neesa juga aku ketahui keadaan Nia dan Amsyar yang sedang membesar, dan dari Neesa juga aku mengikuti khabar mama, abah, Pak Deris serta Mak Mah.

CINTA DIHUJUNG NODA BAB 45-46

Image
BAB 45 Sudah sebulan masa berlalu, sakit yang ku hidap bagai tiada tanda-tanda untuk sembuh seperti sedia kala. Waktu ini, aku perlu fikirkan tentang keadaan insan yang masih menyayangi diri ini. Aku tidak perlu pentingkan diri dan biar mereka menderita melihat aku yang semakin tiada upaya meneruskan kehidupan. Kesedihan mereka pasti akan membuatkan aku bertambah derita! Aku tidak rela mereka juga merasa perit yang terpaksa ku tanggung. Mereka harus aku lepaskan, biarlah mereka menyimpan dendam dan biarkan juga mereka salah menyangka. Tapi aku pasti jalan dan ketentuan yang bakal ku pilih ini bakal memberi kebaikan kepada mereka, kerana aku tahu aku tidak betah melihat ada air mata yang gugur andai derita yang ku tanggung ini, ku kongsi bersama.

CINTA DIHUJUNG NODA BAB 42-44

Image
BAB 42 Malam ini aku sendirian di dalam bilik, dada semakin sesak bagai udara tidak lagi mencukupi untuk ku hirup. Mata ku pejam, dada ini ku sentuh perlahan dan kerut wajah ini tidak mampu ku sembunyikan lagi. Air mata yang mengalir perlahan ku seka dengan belakang tapak tangan, kudrat yang masih bersisa ku gunakan untuk menggapai air kosong di sisi katil. Penutup botol ku buka, lalu ku teguk penuh seksa walau untuk menelan air masuk ke kerongkong. Sakitnya memeritkan! Seksa terasa.

CINTA DI HUJUNG NODA 40 N 41

Image
BAB 40 Hari berganti hari, Qalisya semakin   bertambah montel dan comel. Ada sahaja perbuatannya yang membuahkan tawa di pinggir bibir ini, dan ada sahaja kerenahnya yang membuatkan aku kerinduan untuk segera pulang dari tempat kerja. Nia pula masih sibuk dengan butiknya. Aku melarang dia dari terus melakukan kerja-kerja di butik, namun Nia bijak meminta kebenaran dengan kelembutan yang dia ada. Namun larangan ku tidak membuatkan dia menurut, katanya dia tidak betah duduk dan berehat sahaja. Dia kebosanan dan cepat keletihan tanpa membuat sebarang kerja, sudahnya permintaan untuk kembali ke butik ku turutkan jua. Katanya apabila di butik, masa yang terluang sedikit terisi.

CINTA DIHUJUNG NODA bab 38 & 39

Image
Assalamualaikum / morning readers. Saya dah maklumkan e-novel ni habis di dalam blog. jadi jangan tanya bila CDN nak dibukukan.  harap maaf ya, saya tak terbitkan buku ni maaf sangat2. okey, karya ni tanpa edit byk typo dan byk kurangnya. jadi jangan komplen ejaan n so on mss tahun 2012 waktu mula2 menulis tntulah byk kurangnya kan :) BAB 38 “Nia, dah siap? Jom kita gerak sekarang, petang ni abang ada hal dekat pejabat!” ucap ku sambil menyarung stokin ke kaki. Nia datang menapak mendekati aku. Langkahnya yang perlahan membuatkan aku tersenyum, isteri ku sedang berbadan dua. Mana mungkin pergerakkanya selaju dan sepantas dahulu.

CINTA DIHUJUNG NODA BAB 36 & 37

Image
Assalamualaikum.. maaf ada typo. karya lama yg saya publish kat blog. jangan ada yg copy dan terbitkan semula ya. BAB 36 Siang tadi aku bersama Nia menikmati makan tengahari bersama-sama, terasa lega bila mana keinginan hati tercapai.   Dan kini aku sedang memandu kereta menuju ke I-CITY Shah Alam bandar bercahaya di mana artis yang juga pelawak terkenal iaitu Nabil pernah melangsungkan perkahwinannya di sini. “Abang, mama dengan Nee

CINTA DIHUJUNG NODA BAB 35

Image
Sedang aku leka melakukan kerja-kerja pejabat, deringan telefon kedengaran nyaring menyapa gegendang telinga. I-phone ku keluarkan dari poket seluar lantas punat hijau yang terang bercahaya ku tekan laju.

keropok: : CINTA DI HUJUNG NODA

Image
layankan CDHN okey... sebelum tu entry 38 JMPW dah published dekat bawah tu... Siang tadi aku bersama Nia menikmati makan tengahari bersama-sama, terasa lega bila mana keinginan hati tercapai.   Dan kini aku sedang memandu kereta menuju ke I-CITY Shah Alam bandar bercahaya di mana artis yang juga pelawak terkenal iaitu Nabil pernah melangsungkan perkahwinannya di sini.

cinta di hujung noda 34

Image
Aku hela nafas yang terasa berat menghimpit dada, sakitnya hanya tuhan yang tahu. Ya Allah, kuatkan dan tabahkan hati ini semoga aku dapat terus bertahan sehingga sampai masa untuk aku kembali kepadaMu. Berikan aku kesempatan untuk aku melihat zuriat ku nanti kerana aku benar-benar rindukan kehadirannya dan aku amat ingin sekali mengendong darah dagingku sendiri. Guruh masih berdentum di dada langit, aku perhatikan langit yang kelam. Hujan masih mencurah-curah membasahi bumi yang beberapa hari ini kering kontang, sesekali rindu terhadap insan yang pernah bersama ku dahulu datang menjengah. Apa khabar agaknya Nia dan buah cinta kami, Qalisya dan Neesa, mama juga abah. Semuanya insan yang amat ku rindu dan amat ku kasih hingga mendorong aku lakukan semua ini andai ditakdirkan aku pergi dahulu, harapan ku agar mereka tidak terlalu bersedih dan berduka berhadapan takdir itu.

CINTA DI HUJUNG NODA last entry

Image
hai semua, rindu CDN tak? okey ni entry kemuncak plot cerita ni. lepas tu saya tak update dah cerita ni . maaf ye ;) Episod klimaks. eh ye ke? ye kot! “Abang... dah subuh-subuh macam ni baru abang balik, abang kemana?” tanya Nia sebaik aku menapak masuk ke dalam bilik yang suram berteman cahaya lampu. Aku diamkan sahaja pertanyaan Nia, lantas langkah kaki ku atur mendekati almari. Tuala yang tersangkut kemas ku gapai laju, lalu ku pusingkan tubuh untuk bergerak ke bilik air namun Nia menahan. Pegangan lembutnya di lengan ini ku perhatikan sekilas sebelum ku kalihkan pandangan ke arah lain. “Abang kemana ni?” tanya dia sekali lagi. Aku masih tetap diam. “Abang.... Nia tanya abang ni. Abang kemana? Abang dah solat subuh?” sekali lagi dia masih lembut bersabar dengan karenah ku. Aku batukan diri, tidak tahu apa yang harus aku lakukan saat ini. “Abang, tadi Erin ada call! Dia tanya abang dah sampai rumah atau belum? Abang dengan dia kemana?” pertanyaan itu berbaur ...

SINOPSIS CINTA DI HUJUNG NODA

Image
Hai semua hari ni tak update satu cerita pun... just iklan untuk letakkan cover bagi e-novel CINTA DI HUJUNG NODA asyik gambar bunga je kan....  Boring.... heh! Tapi kalau saya hentikan e-novel ni camne ek? okeylah saya sinopsiskan cerita ni sikit....

CINTA DI HUJUNG NODA 32

Image
  “Kau nak apa Aiman? Bunyi macam tak puas hati?” soal ku tanpa memandang ke wajah itu. Dan waktu ini aku dengar tawa halusnya, tajam menyindir! “Kalau aku tak puas hati? Apa yang kau boleh buat?” gumamnya tanpa nada. Aku palingkan wajah melihat riak lelaki yang sedang membahasakan dirinya ‘aku’ waktu ini. “Apa masalah kau sekarang ni?” keras nada suara ku namun masih lagi perlahan terkawal. Dia yang sedang duduk di kerusi sambil merenung ke arah ku tadi segera bangkit lantas melangkah mendekati aku yang masih berendam di dalam air. “Aku tak ada masalah dengan kau!” tuturnya menunduk sedikit wajah ke arah aku yang berada di dalam kolam renang sambil jungkit kening kanannya tinggi. Seketika kemudian, dia tegakkan semula tubuh dan mendongak wajah menatap dada langit. Kedua tangannya di depakan seketika! “Habis, apa tujuan kau nak panggil buaya tembaga bagai?” soal ku sinis dan kali ini aku sudah duduk di birai kolam renang. Angin malam menyapa lembut menjadik...

CINTA DIHUJUNG NODA 31

Image
Semoga terubat rindu pada sesiapa yang merindu CDN ini....     CDN 31 “Nia, tidur dula ya sayang! Abang nak turun sekejap, dahaga. Nak apa-apa tak? Boleh abang ambilkan nanti?” ujar ku sambil menjatuhkan langsir yang tadinya kemas terikat. Usai menjatuhkan langsir, aku lurutkan sedikit kain itu agar kedut kesan terikat tadi hilang sedikit. “Rasanya tak ada apa-apa, Nia tidur dulu ya! Kepala ni berat sangat,” balas Nia sambil menarik selimut hingga ke paras dada.

CINTA DIHUJUNG NODA 30

Image
“Neesa, kenapa ni? Boleh tak you respect sikit! Suka-suka hati you ceroboh bilik I !” marah ku saat tubuh Neesa sudah mula mendekati. Nia yang masih berada dipangkuan ku terkedu seketika, namun segera dia bangkit dan beralih kedudukan disebelah ku pula. Kedua tangan itu memaut erat leher ini menjadikan aku sedikit tersentak. Haishhh.... Nia pun dah pandai melakukan provokasi terhadap Neesa! “You buat apa pada Attar? Lepaslah, I tak suka you sentuh Attar macam tu!” Jerit Neesa cuba merungkaikan pelukan erat tangan Nia ni leher ku saat ini.

CINTA DIHUJUNG NODA 29

Image
Semoga terhibur Usai bersolat aku perhatikan tubuh  Nia yang tersarung pijama milik ku sedang menyisir rambut dihadapan cermin solek. Aku hampiri tubuh itu lantas aku tundukkan sedikit tubuh yang tinggi lampai ini memaut erat leher jinjang itu mesra. Aku perhatikan rupa paras Nia yang terbias di cermin solek, rambut paras pinggang sedikit beralun itu ku sentuh dan ku usap perlahan dan lembut. Ubun-ubun yang masih lembab basah dengan wudhuk tadi ku kucup sekali dan Nia balas perbuatan ku dengan senyuman manisnya.

CINTA DIHUJUNG NODA 28

Image
“Umur Aiman berapa? Study di mana?” soal mama sambil memasukkan kitab al-Quran yang sudah di baca tadi ke dalam beg manakala Nia pula menolak kerusi roda mama menuju ke ruang tamu tempat aku sedang duduk membaca akhbar Harian Metro. “Aiman baru 22 tahun, ada lagi setahun nak habiskan study. InsyaAllah hujung tahun depan Aiman habis. Oh ya, Aiman study sama tempat dengan Kak Nia,” balasnya sambil senyum pada Nia. Heh sesedap mulut dia panggil Nia aku, Kak Nia! senyum pulak tu, nak makan penumbuk apa???? “Jadi Nia kenallah dengan Aiman?

CINTA DI HUJUNG NODA 27

Image
Aku pusing ke kanan tak kena lantas ku pusingkan tubuh mengiring ke kiri pula, mata yang berat tadi bagai kembali segar lantas aku bangkit dari katil segera bangun menuju ke muka pintu. Daun pintu ku luaskan lantas dan ku jengulkan sedikit ke luar, memerhatikan kelibat Nia entah dimanalah isteri ku tidur malam ni. Suasana kelam buat aku segera menapak keluar, bergerak ke ruang menonton TV di tingkat tiga namun insan yang ku cari tidak juga ketemu langsung aku atur langkah kaki menuju ke tingkat dua, mungkin Nia ada bersama mama tetapi di situ juga tiada hanya desah nafas mama yang sedang lena menyapa pendengaran ku. Aku bingkas mengorak langkah turun ke tingkat bawah, pasti Nia ada di sana! Ruang tamu ku lewati, meliar mata ke arah sofa yang kosong dan ruang dapur juga gelap gelita maka tak mungkin Nia berada di sana, buat seketika aku berhenti dan berfikir sejenak waktu-waktu begini apakah yang sering dilakukan oleh Nia selain melakukan tahajud? Ya mungkin Nia sedang m...