Posts

Showing posts from February, 2019

MY NEXT HUSBAND BAB 13 N 14

Image
BAB 13 “Mama, kenapa ni? Sakit kaki ke?” dari dapur aku lihat mama memicit- micit kakinya sendiri. Di depan mama ternampak selonggok baju yang belum berlipat. Seketika tadi aku baru selesai membasuh pinggan mangkuk di dalam sinki. Penghuninya tidak ramai tetapi jumlah pinggan yang kotor persis rumah ini baru sahaja selesai mengadakan kenduri arwah. “Boleh picitkan kaki mama?” Aku tidak terus menjawab, hanya pamer senyuman lalu duduk dekat di sisi mama. “Meh sini Rin picitkan.” Aku kulum senyuman. Lucu memanggil diri sendiri dengan panggilan Rin iaitu singkatan kepada Rindu. “Rin?” wajah mama ceria dengan senyuman. “Tapi itu la, bila guna nama ‘Rin’ rasa tak selesa pula.” Sahutku masih memicit-micit kaki mama. “Mama pun tak biasa... rasa janggal pula bila panggil Sof dengan nama Rin.” Sudahnya kami sama-sama tergelak. Beberapa saat kemudian, aku panggung wajah mama. Wanita ini masih cantik, anggun, dan kejelitaannya masih sama tidak berubah. Yang berbeza hanyalah

MY NEXT HUSBAND BAB 11 & 12

Image
LIMA TAHUN KEMUDIAN BAB 11 Hari ini hari terakhir semester lima dan hari ini juga merupakan hari di mana mama meminta agar aku pulang ke rumahnya. Walaupun aku dan juga Noah sudah berpisah talak satu, kasih sayang serta layanan mereka terhadap diriku masih tidak berubah. Mereka tetap melayani aku persis akulah menantu kesayangan mereka.

MY NEXT HUSBAND 9 & 10

Image
BAB 9 Hari pertama pendaftaran di kolej Matrikulasi Johor berjalan dengan lancar. Mama dan papa yang temankan aku. Noah pula tidak dapat dikesan, bila dihubungi selalunya talian tidak berjaya disambungkan. Tetapi yang hairan tu, Instagram lelaki itu sentiasa dikemaskini dengan gambar-gambar baharu. Melalui gambar yang dimasukkan ke dalam IG, lelaki itu kini sedang berada di sebuah pulau di Kepulauan Borneo. Pemandangan yang cantik, air laut yang hijau kebiru-biruan, batu karang yang indah, semuanya tentang percutian Noah tampak menyeronokkan. “Maafkan mama dengan perlakuan Noah.”

MY NEXT HUSBAND 7 & 8

Image
BAB 7 Mungkin inilah takdir buatku apabila aku telah pun sah menjadi milik seorang lelaki bernama Noah Safwan Bin Hardy Farhan.

MY NEXT HUSBAND 5& 6

Image
BAB 5             “Kalau dah tak ada apa-apa, aku balik dulu. Kau Sofrina, bila nak balik KL? Sebelum balik KL, datang rumah pak long. Kami nak buat kenduri arwah untuk nenek dengan mama papa kamu sekali.”

MY NEXT HUSBAND 3 & 4

Image
BAB 3 Malam ini tubuhku hangat, aku demam secara tiba-tiba. Kelmarin urusan perkebumian ibu dan bapaku berjalan lancar dengan bantuan Mak Tijah dan Pak Mud. Namun awal pagi tadi ada berita buruk sampai ke pengetahuanku.

MY NEXT HUSBAND 1 & 2

Image
My Next Husband BAB 1 “Keluarkan orang dalam kereta Mazda tu!” Pekik satu suara sayup-sayup menampar halwa telinga. Aku yang terlena terasa payah untuk membuka mata. Namun rasa bahang yang mula menampar wajah, memaksa kelopak mata ini terbuka dengan sendirinya. “Ya, Allah… apa yang berlaku ni?” Aku panik dan tercari-cari sesuatu yang aku sendiri tak pasti.