Posts

Showing posts from 2016

Lama x update

Image
SKANDAL BUKAN SELAMANYA BLURB: Dia, Hardy Farhan. Lelaki punya persona, bekerjaya dan punya masa depan. Namun, siapa sangka, jejaka ini menjunjung prinsip untuk menolak komitmen dalam perhubungan. Pada firasatnya, perkahwinan hanyalah mengikat dua jiwa kepada satu tanggungjawab yang cukup besar dan membebankan.

PRE ORDER SKANDAL BUKAN SELAMANYA

Image
Taraaaa cantik tak cover ni? Siap jugak.... Minat? Boleh la buat pre order. maklumat order seperti dalam poster dibawah :)

MR. SCANDAL bakal ke versi CETAK !!!!

Image
pengikut e-novel MR. SCANDAL... MR.Scandal bakal ke versi cetak dengan tajuk baru. Skandal Bukan Selamanya. Boleh pm AI untuk order. KLIK SEE MORE Untuk teruskan bacaan.

HARUS KUMPUL KOLEKSI AULIA IMAN - ORDER DAH BUKA CEPAT TAU.

Image
HARUS KUMPUL KOLEKSI AULIA IMAN - ORDER DAH BUKA CEPAT TAU!!!  AI PRINT ON DEMAND.... 250 PEMBELI TERAWAL AKAN DAPAT PENANDA BUKU DARI CRAFT YG AI TEMPAH. APA LAGI CEPAT BACA POSTER, KUMPUL DUIT DAN BOOKING PADA AI.. POSTER KAT BAWAH YE :-D JANGAN KETINGGALAN UNTUK ORDER TAJUK DULU MR. SCANDAL... TAJUK TERBAHARU SKANDAL BUKAN SELAMANYA OKEY DA~ ASSALAMUALAIKUM :)

CINTA DIHUJUNG NODA bab 38 & 39

Image
Assalamualaikum / morning readers. Saya dah maklumkan e-novel ni habis di dalam blog. jadi jangan tanya bila CDN nak dibukukan.  harap maaf ya, saya tak terbitkan buku ni maaf sangat2. okey, karya ni tanpa edit byk typo dan byk kurangnya. jadi jangan komplen ejaan n so on mss tahun 2012 waktu mula2 menulis tntulah byk kurangnya kan :) BAB 38 “Nia, dah siap? Jom kita gerak sekarang, petang ni abang ada hal dekat pejabat!” ucap ku sambil menyarung stokin ke kaki. Nia datang menapak mendekati aku. Langkahnya yang perlahan membuatkan aku tersenyum, isteri ku sedang berbadan dua. Mana mungkin pergerakkanya selaju dan sepantas dahulu.

CINTA DIHUJUNG NODA BAB 36 & 37

Image
Assalamualaikum.. maaf ada typo. karya lama yg saya publish kat blog. jangan ada yg copy dan terbitkan semula ya. BAB 36 Siang tadi aku bersama Nia menikmati makan tengahari bersama-sama, terasa lega bila mana keinginan hati tercapai.   Dan kini aku sedang memandu kereta menuju ke I-CITY Shah Alam bandar bercahaya di mana artis yang juga pelawak terkenal iaitu Nabil pernah melangsungkan perkahwinannya di sini. “Abang, mama dengan Nee

CINTA DIHUJUNG NODA BAB 35

Image
Sedang aku leka melakukan kerja-kerja pejabat, deringan telefon kedengaran nyaring menyapa gegendang telinga. I-phone ku keluarkan dari poket seluar lantas punat hijau yang terang bercahaya ku tekan laju.

PUJAAN HATI KANDA BAB 5

Image
Asslamualaikum darlings.... here Pujaan Hati Kanda... dulu pernah guna tajuk Lelaki Mata Keranjang, Okey layan bab 5 & 6.. nak order cpt2 Pm Aulia Iman.. maklumat pemesanan ada di akhir halaman. okey layannnn :)

PUJAAN HATI KANDA BAB 3 & 4

Image
“Kau dah tiada pilihan lain Danny, hendak atau tidak, budak ni dah jadi tanggungjawab kau!” “Semudah tu? Entah anak siapa-siapa, aku pulak yang jadi mangsa! Nak jaga bagai. Huh, jangan harap!” dengus kecil itu mengakhiri bicara. Riak tegang diraut itu sudah tidak mampu disembunyikan lagi hingga mengundang gelengan kecil Akashah yang melihat.

PUJAAN HATI KANDA BAB 2

Image
BAB 2 Anak ini perlukan ayahnya. Saya serahkan kepada yang berhak. Peliharalah anak ini dengan penuh kasih dan sayang. Selamat Pengantin Baru- Gadis Misteri “Kenapa senyap? Jawablah soalan Atuk kamu tu?” sergah Datin Puteri Aisyah dengan wajah menyinga. Kad yang dibaca seketika tadi dihempas ke lantai. Berang!

PUJAAN HATI KANDA BAB 1

Image
Kring!!! Kring!!! Sedang kalut memandu menuju ke lapangan terbang, telefon bimbit berdering lagi. Lamunannya terhenti dan minda terus sahaja teringatkan tunang yang tercinta. Pastinya Nadine sudah tidak senang duduk.