DI SINI... DIA BERPUISI



KITA YANG MENCARI DOSA

Perasaan  ini datang lagi
Datangnya tidak ku jemput
Singgah ke sudut hati lalu beri aku satu rasa
Tentang rasa itu
Aku pasti ianya hanya satu ilusi mimpi yang ngeri

Aku bimbang
Andai hadirnya membawa kehancuran
Aku gundah
Membiarkan dia berada di antara aku dan dia
Aku tahu
Hasutan-hasutan halus sedang menular di persekitaran yang berdebu

Aku juga risau
Kerana aku tidak mungkin kuat
Tidak juga keras
Andai aku tewas mencari diriku
Bisakah dia menggapai tangan ini lalu memimpin ku ke jalan yang terang
Andainya tidak
Siapakah yang sudi menyuluh jalan yang asing itu
Atau aku terus tersesat
Lalu hilang dibalik pekat malam
Bersama taufan yang membadai hari-hari suram ku

 Perasaan ini muncul lagi
Datangnya hanya seketika
Namun onarnya bakal meletus lahar kebencian

Aku bimbang lagi
Namun apa daya ku
Jika yang datang mengusik tenang
Hanya sekadar singgah memberi secebis perasangka




claim: Karya asli AULIA IMAN . Dilarang salin, dan cetak atau ditukar dalam apa bentuk keadaan (visual/ digital/ cetakan) tanpa kebenaran bertulis.  Harap Maklum!

Comments

mahzuz said…
Novel awk adalah novel sy yg pertama sy beli. Cita dia alahai.. awal2 best pastu sgt la boring. Bc setengah ja pastu penat dh tapi, gaya penulisan awak sngt wow.. sy tringin nk menulis tp mudh rs bosan jd nk minta tolog nasihat boleh?
myaulia.imna said…
assslammualaikum n salam sejahtera. tq atas komen. maaf kerana memboringkan anda :)
actually, saya x mengajar sebab saya bukan cikgu (okey bergurau je)
saya ni penulis baru je awak.. awak beljar dari yg berpengalamn n penulis senior. saya budk baru belajar, takut salah ajar awak juga yg tersasar . apa pun tq sudi komen n baca n beri pendapat :)

Popular posts from this blog

CERPEN: MILIK ENCIK POLIS PART V

CERPEN MILIK ENCIK POLIS PART II

CINTA DIHUJUNG NODA bab 38 & 39