MY NEXT HUSBAND 7 & 8
BAB 7
Mungkin
inilah takdir buatku apabila aku telah pun sah menjadi milik seorang lelaki
bernama Noah Safwan Bin Hardy Farhan.
Dengan
perkahwinan serba ringkas, majlis yang diadakan di rumah pak long berjalan
dengan lancar. Usai sahaja majlis, keluarga mentuaku terus pulang ke KL. Dan
aku juga terpaksa mengikut mereka pulang kerana aku bukan lagi di bawah jagaan
sesiapa melainkan seorang lelaki bernama, Noah Safwan. Lelaki yang akan menjadi
nakhoda dalam pelayaran yang tidak berdestinasi. Kerana baik aku mahupun Noah,
masing-masing tiada cita-cita dan harapan terhadap rumah tangga yang baru
terbina.
“Ma, Noah
masuk bilik dulu.” Tutur Noah seraya melangkah melewati aku dan juga ibu
bapanya yang baru selesai memindahkan beg baju ke dalam rumah.
“Noah,
kenapa tak ajak Sof sekali?” Tegur mama yang berdiri menjadi pemerhati. Aku
yang berada di muka pintu, sekadar melihat dua beranak itu berdiskusi.
“Dia ada
kakikan? Tak boleh nak jalan sendiri?”
“Hai,
Noah… Mama tanya elok-elok, dah kenapa jawab macam tu? Jangan biadap sangat ya,
Noah. Mama tak pernah ajar Noah jadi manusia kurang ajar.” Alahai, hari pertama
jadi isteri lelaki ini, perkara sebegini menyambut kewujudanku di dalam
keluarga ini.
“Maafkan
mama, Sof. Jangan terkejut tengok mama marah-marah begini. Mama buat semua ni
sebab mama terpaksa bertegas dengan Noah.”
“Tak
mengapa ma, Sof faham.”
“Sof
faham! Kalau faham, tak reti lagi nak bertindak?”
“Bertindak?
Bertindak apa ni?” Ajuku dengan rasa hairan. Noah suruh aku buat apa
sebenarnya?!
“Woi, tak
payahlah buat-buat bengap! Kalau kau nak tidur, masuk bilik! Jangan nak
mengada-ngada sangat.” Lihatlah bagaimana Noah berbahasa dengan diriku,
isterinya? Dia ‘woi’ kan aku di hadapan ibu bapanya. Waktu begini papa sudah
picit dahi, pening agaknya melayan karenah Noah.
“Noah,
kenapa makin teruk perangai Noah ni? Bengap la apalah… mama tak pernah
ajarkan?”
“Memanglah
mama tak pernah ajar. Tapi keadaan yang ajar Noah buat semua ni.”
“Noah!”
“Mama
jangan nak marahkan Noah pula! Semua ni salah mama yang suka-suka paksa Noah
berkahwin dengan perempuan tu! Noah dah kata yang Noah tak suka, tapi mama tak
faham. Mama tetap paksa. Jadi jangan salahkan Noah kalau layanan Noah tak
memenuhi standard piawaian yang mama tetapkan! Fullstop!”
“Salah
mama juga? Siapa yang paling bersalah dalam hal ni? Noah ke mama? Dan apa yang
Noah buat hingga Tuhan beri balasan sebegini? Fikir Noah, fikir. Fikir
dalam-dalam dan jangan suka tuding jari pada kesalahan sendiri.” Getus mama
seraya meninggalan kami tanpa sebarang pesan. Aku pandang papa, dan sejurus itu
aku kalih pandangan memandang Noah yang berdiri di hujung tangga.
“Sof,
naiklah tidur. Tidur di bilik paling hujung, di sebelah wing kanan. Berehat
cukup-cukup, mesti Sof penat. Kalau nak minum, Sof ambil dekat dapur ya. Jangan
malu-malu, buat macam rumah sendiri.”
“Baik
papa. Kalau macam tu, sof naik dulu.” Sahutku pendek seraya mengatur langkah
naik ke tingkat atas.
Sampai
sahaja di bilik, aku terus labuhkan dudukku di birai katil. Tidak berapa lama
kemudian, Noah muncul dengan muka masam mengalahkan jeruk mangga yang diperam
lama.
“Aku tak
sukalah nak share bilik dengan sesiapa?” Dia beri kenyataan umum namun sudah
semestinya dituju kepada aku. Orang baru dalam rumahnya dan juga orang baru
dalam kehidupannya selepas ini.
“Kenapa?
Saya kan isteri awak?”
“Aku
tidur tak pakai apa-apa. Pendek kata, aku tidur tanpa pakaian. Jadi kau fikir
aku selesalah nak kongsi bilik dengan orang lain dalam keadaan aku tidur macam
ni?”
Alamak!!!
“Habis,
saya nak tidur di mana?”
“So
sekarang kau pilih nak tidur kat bilik sebelah atau tidur dekat ruang tamu?
Hanya dua pilihan ini sahaja yang kau ada buat masa sekarang.”
“Err saya
tidur bilik saya ajelah.”
“Bilik
kau kat mana?”
“Kat ru mah sayalah, Laman Seri.”
Noah
tergelak sinis.
“Dekat
betul rumah kau dengan rumah aku. Kau ingat, kita ni hidup berjiran ke apa?”
“Habis tu
macam mana?”
“Tidur
ajelah kat bilik bawah, bilik tamu.”
“Yelah… yelah…
saya tidur dekat sana. Tapi kalau mama tanya nanti saya nak jawab apa?”
“Pandai-pandailah
kau fikir sendiri. Itu pun nak kena ajar. Dah, pergi keluar. Buat tambah suhu
dalam bilik ni je.” Usir Noah dengan riak wajah yang cukup meluat memandag aku.
Aku
bergegas ke bilik tamu bersama beg pakaian di kiri dan kanan. Sewaktu menuruni
anak tangga, aku bertembung dengan mama dan papa.
“Sof nak
kemana dengan beg ni? Nak balik ke? Dah malam ni sayang.” Soal mama bimbang.
“Err
bukan nak balik mama.”
“Habis
tu?”
“Sof nak
tumpang tidur dekat bilik tamu.”
“Kenapa
tak tidur bilik Noah?”
Aku diam,
nak jawab dan beri alasan apa kepada mama dan papa?
“Sof,
senyap je… kenapa tak tidur bilik Noah?” ulang mama sempat mencuri lihat raut
wajahku. Aku angkat kepala sambil menggeleng dalam senyuman.
“Sof,
Noah tak bagi tidur dekat situ ya?” papa pula menyoal.
Aku
geleng lagi.
“Habis tu
kenapa?”
“Noah
kata dia tak selesa nak kongsi bilik dengan orang lain.”
“Hai Noah
ni memang nak kena ni. Orang lain yang dimaksudkan tu isteri dia juga. Ada-ada
je perangai pelik dia ni ya? Sof tunggu kejap, mama nak jumpa Noah.”
“Eh,
jangan mama. Takpe Sof selesa tidur sorang-sorang.”
“Sof pun
sama macam Noah?”
Aku
mengangguk.
“Kalau
dah dua-dua sepakat, papa tak ada halangan. Tapi make sure perkara ni tidak
berlanjutan. Noah dengan Sof dah jadi suami isteri. Tempat seorang isteri di
sisi suaminya.”
“Baiklah
papa. Sof turun dulu ya, ma… pa…”
“Ha,
pergilah. Rehat cukup-cukup, mama tahu Sof kepenatan.”
“Okey
terima kasih, mama.”
“Sama-sama.”
Aku terus berlalu ke bilik tamu bila bicara akhir mama menyapa halwa telinga.
BAB 8
“Aku tak
nak kahwin, tapi mama dengan papa yang paksa aku kahwin dengan kau. Kau tahu
tak yang kau tu budak lagi, tergedik-gedik nak kahwin dengan aku apa hal?”
Aku diam.
Takkan nak melawan kata Noah. Dia sedang marah, lagi aku menjawab lagilah naik
angin lelaki yang senantiasa berwajah tegang. Takut kalau angin bertukar jadi
ribut taufan. Perangai Noah bukan boleh dijangka. Sekejap dia nampak okey,
sekejap nanti, dia bertukar menjadi panas baran. Pendek kata sikap dan angin
lelaki itu persis cuaca. Boleh diramal namun belum tentu ramalan itu benar
belaka.
“Saya
anggap semua ni jodoh.”
“Jodoh?
Kau kata semua yang berlaku ni kerana jodoh?”
“Ya,
jodoh! Sejauh mana awak berlari dan sejauh mana awak mengelak, saya tetap jadi
isteri awak.”
“Patutnya
bila aku dah berlari, dan bila aku dah mengelak, kau pun kena buat perkara yang
sama. Ini tidak, kau tak lari, kau tak mengelak. Bahkan, kau tadah muka dan
acah-acah reda bila mama datang meminang.”
“Saya
terpaksa. Awak pun tahu yang saya serabut dengan pak long dan pak ngah saya.”
“Itu aku
tak nak tahu! Yang penting sekarang ni, aku dah terikat dengan hubungan bodoh
ni. Aku tak suka.”
“Sampai
hati awak cakap macam tu? Nikah kahwin ni bukan perkara bodoh tapi sunnah Nabi
dan fitrah manusia. Dalam al-Quran pun ada sebut.”
“Ah,
pandailah kau bercakap. Yang kena hadap aku! Yang kena beri komitmen, aku! Kau
apa tahu? Tahu menyusahkan aku aje. Patutnya aku tak setuju dan bangkang kehendak
mama dan papa hingga ke titisan darah terakhir. Aku mesti bertindak
bermati-matian, bukan melawan kata semata-mata.” Dia tidak henti-henti
menyalahkan diri sendiri sambil memutar kembali peristiwa beberapa bulan yang
lalu di mana aku dan dia bersatu di bawah satu lafaz ijab dan kabul.
Dan
kerana omelan yang tidak sudah-sudah itu, aku mati kata. Tidak tahu apa yang
harus aku ungkapkan demi menyejukkan hatinya yang sentiasa panas.
“Woi,
cakaplah something! Bisu ke apa?”
“Saya tak
bisulah awak ni...” Aku tunduk tidak berani menentang tajam renungan mata
itu
“Kalau
tak bisu, tak reti menjawab?”
“Tak!”
“Cubalah
melawan sikit. Yang solehah sangat ni apa hal?”
Aku diam.
Orang kata kalau perintah suami berbentuk sesuatu yang bertentangan dengan
hukum syariat, arahannya itu wajar dibiarkan begitu sahaja. Tidak perlu
ditaati.
“Hoi…
pekak ke apa? Ada telinga tak dengar, ada mulut tak reti guna. Aku suruh melawankan? Ha, apa lagi?
Melawanlah! Tak faham-faham?”
“Astaghfirullahalazim,
awak ni… kenapa cakap macam tu? Berdosa tau seorang isteri melawan suami
sendiri. Saya tak nak jadi isteri derhaka.” Mahunya aku tak terkejut bila
arahan itu keluar dari mulut dia.
Keterlaluan
pada firasat aku yang agak naif dalam perkara-perkara yang boleh mengundang
dosa derhaka seorang isteri terhadap suaminya.
“Kenapa,
salah ke apa aku cakap?” Dia bercekak pinggang sambil terdongak-dongak
menghambur amarah.
“Memanglah
salah. Awak tu suami saya, takkanlah saya nak lawan kata-kata suami saya
sendiri. Dan cara awak bercakap seperti awak menyesal sangat kerana terpaksa
berkahwin dengan saya.”
“Ya,
memang aku menyesal. Menyesal macam nak gila! Dan sejak aku kahwin dengan kau…
aku ni dah jadi seperti tahanan di rumah sendiri. Semua benda yang aku buat,
kena fikirkan kau! Semua perkara yang aku lakukan, mesti ambil kira dan
libatkan kau. Apa, kau tu bagus sangat ke sampai nak tidur pun kena tidur
sebilik?!”
“Saya nak
buat macama mana? Dah adat orang berkahwin kena tidur sebilik. Ni, mesti awak
tak selesakan sebab saya tinggal sebilik dengan awak? Lepas ni awak tak perlu
risau, saya pun dah nak masuk asrama. So, awak boleh tidur tanpa seurat benang.
Puas hati awak?”
“Damn!
Tak payahlah nak sebut perkara tu.” Dia buang pandang ke sudut lain sambil
mendengus kasar.
“Habis
tu, saya nak cakap apa lagi? Diam salah, bercakap lagilah salah. Semua tak
kena!” Ajuku perlahan namun tegas bunyinya.
“Ni, mama
cakap kau nak beli barang? Pukul berapa nak pergi?”
“Saya
ikut jadual awak. Awak free pukul berapa?”
“Sekaranglah
aku free! Kalau aku busy, tak ada masa aku nak lepak kat rumah. Buat sakit mata
pandang kau 24 jam.”
“Awak
ni…”
“Dah…
dah… jangan nak membebel pula. Kau, kalau nak beli barang pergi siap
cepat-cepat. Aku tunggu dalam kereta. Lambat setengah minit aku tinggal.”
getusnya penuh diktaktor dan tidak beri muka.
“Baiklah,
saya pergi bersiap sekejap ya?!”
“Ah, tak
payahlah nak report bagai, rimaslah aku! Kau nak pergi, pergi ajelah! Meluat
betullah dengan perempuan solehah tak kena tempat ni.” Bebel Noah Safwan terus
mengayun langkah menuju ke pintu utama meningalkan aku terkulat-kulat
sendirian.
**
Aku
lepaskan keluhan dan membuang pandang ke luar tingkap kereta. Dalam dia
marah-marahkan aku, masih sudi lagi dia menurut kehendak mama menghantar aku
membeli perkakasan untuk kubawa ke kolej matrikulasi selang beberapa hari lagi.
“Sampai
sekarang aku tak faham kenapalah kau nak kahwin sangat dengan aku? Aku ni
sudahlah sengkek, tak bekerja, tak terurus dan macam -macam yang tak bagus ada
pada aku. Apa fasal kau tetap terima pinangan mama dengan papa aku tu?” Lelaki
itu sedang memusing stereng dengan sebelah tangan.
Dalam dia
memandu, bicara yang keluar dari rekahan bibirnya tak henti-henti menyapa
pendengaranku. Membebel sajalah hingga telinga ini sudah naik panas
mendengarnya.
“Aku tanya,
jawablah.”
“Saya pun
tak tahu nak jawab apa. Tak kahwin serabut, kahwin pun serabut juga.” Sahutku
perlahan.
“Kau tak
patut kahwin dengan aku, ke… kau kahwin sebab kau terpikat dengan kekacakan
rupa paras aku? Hah, baik kau mengaku!”
Aku
pandang Noah, kuat perasan juga mamat ni. Rasa loya bermain di kerongkong bila
dia mengaku dirinya kacak, namun perasaan itu cuba kuusir jauh-jauh. Tak berani
nak tunjuk sifat sebenar, takut juga kalau Noah naik angin lalu memberhentikan
kereta lalu menyuruh aku keluar dari Mustang GT pemberian papa sempena
pernikahan kami berdua tempoh hari.
“Kenapa
diam?”
“Tak ada
apa nak cakap.”
“Result
SPM kau macam mana? Dengar cerita hebat bagai nak gila sampai tak sudah-sudah
mama dengan papa puji kau. Tak cukup mereka puji kau, dengan aku sekali dipaksa
untuk puji kau. What the hell?”
“Err
biasa-biasa aje awak.”
“Biasa-biasa
tu berapa? Tak payahlah nak merendah diri sangat. Kau tu memang dah sedia ada
rendah! Karang, kalau aku ketuk terus jadi pendek.”
“Eh,
mulut awak tu… tak reti ucap yang baik-baik ke?” Sumpah aku rasa geram dan
sakit hati dengan bicara Noah. Tetapi apa yang boleh aku buat? Dia seperti
durian dan aku timun. Timun mana boleh langgar durian. Nanti-nanti timun juga
yang tercedera.
“Aku
tanya kau dapat berapa A. Kau tak jawab-jawab lagi. Kata pandai, soalan mudah
pun tak reti nak jawab.”
“Saya
dapat 10 A.” Geram aku bila Noah suka memaksa.
“Not bad.
Kau meniru ke apa?” Sempat lagi dia menjeling wajahku. Tak percayalah tu.
“Mana
boleh meniru, awak. Pemeriksa kiri dan kanan, takkanlah saya nak buat kerja
yang berdosa tu.”
“Amboi,
alim betul kau ya?” Dia siniskan aku sekali lagi.
“Taklah
alim, biasa-biasa aje.”
“Kau
apply kos apa?”
“Sains
hayat.”
“Nak jadi
doktorlah tu.” Noah gelak-gelakkan aku. Mempersendakan kebolehanku barangkali.
“Kalau
saya jadi doktor sekalipun, salah ke?”
“Tak
salah! Tapi janganlah kau nak mimpi lebih-lebih. Kau ingat senang ke nak jadi
doktor.” Dia cuba mematahkan semangatku.
“Tiada
yang mudah dalam dunia ni Noah Safwan.”
“Well…
aku nak tengok sejauh mana kau boleh perform untuk kejar cita-cita kau tu. End
up sama ada kau jadi doktor, atau kau jadi gila… sama-samalah kita nantikan.”
Getusnya sambil ketawa sinis.
Aku pula
malas mahu melayan bila berjumpa dengan orang negatif, sudah tentu aura negatif
sedikit sebanyak mempengaruhiku. Sudahnya aku buang pandang ke luar cermin
kereta sambil berfikir tentang keperluan yang harus aku sediakan sebelum hari
pendaftaran tidak lama lagi.
Beberapa
minit kemudian, kereta yang dipandu oleh suamiku ini sudah tiba ke destinasi
yang menjadi tujuan. Noah perlahankan pemanduan sambil menyoal dingin.
“Ha, ni…
aku nak turunkan kau kat mana?”
“Kat
depan kedai tu. Nak beli barang-barang sikit. Next week pendaftaran pelajar
baru.”
“Aku tak
tanya pun pasal pendaftaran kau. Tak payahlah bereya-eya beritahu pada aku.”
“Saja je
nak beritahu pada awak. Apa-apa hal nanti, senang kalau awak dah tahu.”
“Whatever!
Ha, lepas aku drop kat situ, kalau kau nak balik pandai-pandailah kau urus
sendiri. Dah kira baguslah sebab aku tolong hantarkan kau ke sini. Nah, ambil
lima puluh ringgit ni. Balik naik Grab!”
“Nanti
kalau mama tanya pasal awak macan mana? Apa saya nak jawab?” Lambat-lambat aku
menyambut pemberian Noah.
“Kau
cakaplah aku hantar kau sampai pintu pagar je. Kau beritahu pada mama yang aku
ada hal dengan kawan-kawan. Okey faham tak.”
Malas
untuk aku memahamkan kehendak Noah. Maka aku eyakan sahaja kehendaknya. Orang
seperti Noah bukan boleh dibawa berbincang. Asyik-asyik dia lebihkan
kepentingan diri sendiri melebihi kepentingan individu di bawah tanggungannya.
“Ingat
tak pesanan aku?” kepala dia sedikit terjengul memerhatikan aku yang sudah
keluar dari perut kereta.
“Ingat.”
“Bagus,
aku tak balik dua tiga hari. Pandai-pandailah kau kelentong mama papa.”
“Dua tiga
hari? Eh, awak nak kemana?”
“Takkan
semua benda aku nak beritahu pada kau?”
“Habis
tu, kalau mama tanya, saya nak jawab apa?”
“Jawablah
apa-apa yang relevan.”
“Sorry
saya tak tahu nk kelentong.”
“Kau
cakap ajelah aku keluar berdakwah tiga hari ikut budak-budak tabligh. Settle.”
“Awak ni,
tak baik mempergunakan agama. Berdosa tahu tak!”
“Suka
hati akulah. Dah... dah... tepi sikit. Aku nak gerak ni. Ingat pesan aku.”
Aku
terdiam melihat tingkah kasar Noah. Lelaki itu terus menaikkan cermin kereta
sebelum memecut laju meninggalkan diriku tanpa sebarang pesan. Jujurnya, hati
ini turut tergores, walaupun tidak banyak, namun sedikit itu tetap terkesan di
sanubari.
Aku tarik
nafas lalu kuhela perlahan. Jika ini ujian Tuhan, aku akan bertahan selagi
kudrat mengizinkan. Namun, jika suatu waktu aku tidak kuat untuk berdepan semua
ini, aku mohon agar Tuhan permudahkan langkahku untuk pergi meninggalkan
dirinya kelak.
Next entry pukul 12.
Comments