Posts

Showing posts from 2017

CINTA DI HUJUNG NODA BAB 53-54-55 (FINAL)

Image
Assalamualaikum,  habis la cite novel yang paling lama Aulia Iman simpan. Sila baca tapi jangan copy paste, jangan screen shot jangan buat pendua kepada cerita ni. Maaf ye, Ai tak izin dan TIDAK BENARKAN cerita ni dibawa keluar dari blog AI tanpa pengetahuan AI. Selamat membaca :-D

CINTA DI HUJUNG NODA BAB 51 52

Image
BAB 51 Tanah perkuburan yang masih merah ku perhatikan, batu nisan yang berbalut putih ku tatap lama. Di sini An Neesa isteri kedua ku bersemadi, semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang beriman. Dan semoga kebaikannya diterima dan segala kekurangannya diampunkan oleh Allah.

Cinta Paling Padu BAB 1 & 2

Image
USOP HANTU CIK BUNGA BAB 1 Nama lelaki itu Yusuf Abid, namun mesra disapa dengan panggilan Usop Hantu. Sebut je Usop Hantu, satu kampung kenal dengan figura lelaki itu. Dan Usop Hantu adalah salah satu hantu yang tidak digeruni oleh penduduk kampung kerana hantu sebegitu sebenarnya payah nak jumpa. Mengikut sejarah silam, panggilan Usop Hantu yang diperoleh lelaki itu bukanlah kerana dia pernah bertemu dengan mana-mana jenis hantu, tetapi, hal ini berlaku kerana perangai Yusuf Abid sebenarnya telah menyamai   perangai hantu yang suka mengusik.

CINTA DI HUJUNG NODA BAB 48, 49, 50

Image
BAB 48 “Hari dah lewat, abang balik dulu! Dalam sampul ni....” aku hentikan bicara ku buat seketika. Sampul yang sedari awal tadi ku sisipkan wang di dalamnya ku keluarkan berhati-hati lalu ku serahkan kepada dirinya.

CINTA DI HUJUNG NODA BAB 46 & 47

Image
Saban hari pasti ada sahaja kunjungan Neesa, jika semalam dia datang membawa buah-buahan lalu dipotong dan disimpan ke dalam peti sejuk. Hari ini pula dia datang membawa makanan, kadangkala Qalisya dibawa bersama dan kadang kala ditinggalkan sahaja. Dari Neesa juga aku ketahui keadaan Nia dan Amsyar yang sedang membesar, dan dari Neesa juga aku mengikuti khabar mama, abah, Pak Deris serta Mak Mah.

CINTA DIHUJUNG NODA BAB 45-46

Image
BAB 45 Sudah sebulan masa berlalu, sakit yang ku hidap bagai tiada tanda-tanda untuk sembuh seperti sedia kala. Waktu ini, aku perlu fikirkan tentang keadaan insan yang masih menyayangi diri ini. Aku tidak perlu pentingkan diri dan biar mereka menderita melihat aku yang semakin tiada upaya meneruskan kehidupan. Kesedihan mereka pasti akan membuatkan aku bertambah derita! Aku tidak rela mereka juga merasa perit yang terpaksa ku tanggung. Mereka harus aku lepaskan, biarlah mereka menyimpan dendam dan biarkan juga mereka salah menyangka. Tapi aku pasti jalan dan ketentuan yang bakal ku pilih ini bakal memberi kebaikan kepada mereka, kerana aku tahu aku tidak betah melihat ada air mata yang gugur andai derita yang ku tanggung ini, ku kongsi bersama.

CINTA DIHUJUNG NODA BAB 42-44

Image
BAB 42 Malam ini aku sendirian di dalam bilik, dada semakin sesak bagai udara tidak lagi mencukupi untuk ku hirup. Mata ku pejam, dada ini ku sentuh perlahan dan kerut wajah ini tidak mampu ku sembunyikan lagi. Air mata yang mengalir perlahan ku seka dengan belakang tapak tangan, kudrat yang masih bersisa ku gunakan untuk menggapai air kosong di sisi katil. Penutup botol ku buka, lalu ku teguk penuh seksa walau untuk menelan air masuk ke kerongkong. Sakitnya memeritkan! Seksa terasa.

CINTA DI HUJUNG NODA 40 N 41

Image
BAB 40 Hari berganti hari, Qalisya semakin   bertambah montel dan comel. Ada sahaja perbuatannya yang membuahkan tawa di pinggir bibir ini, dan ada sahaja kerenahnya yang membuatkan aku kerinduan untuk segera pulang dari tempat kerja. Nia pula masih sibuk dengan butiknya. Aku melarang dia dari terus melakukan kerja-kerja di butik, namun Nia bijak meminta kebenaran dengan kelembutan yang dia ada. Namun larangan ku tidak membuatkan dia menurut, katanya dia tidak betah duduk dan berehat sahaja. Dia kebosanan dan cepat keletihan tanpa membuat sebarang kerja, sudahnya permintaan untuk kembali ke butik ku turutkan jua. Katanya apabila di butik, masa yang terluang sedikit terisi.