Posts

Showing posts from May, 2012

CINTA DI HUJUNG NODA 22

Image
  assalamualaikum selamat pagi semua. selamat petang dan malam (kepada mereka yang membaca ketika ini) enjoicesss :) “Haishhh.... sudah-sudah, Nia nah ambil Attar ni! Manja sangat,” seloroh abah buat aku kembali tersenyum dalam esak. Pelukan erat tadi ku leraikan sambil sebelah tangan menyeka air mata yang masih bersisa, wajah mama ku perhatikan sekilas dan Nia juga ku tenung namun pandangan ku tidak bersambut. Aku tahu Nia masih dalam rasa kecewanya lagi! “Nia, abang minta maaf!” tutur ku sambil kedua tangannya ku raih dalam genggaman tangan dan perlahan dia menarik minta aku melepaskannya. Wajah itu juga bagai tidak sudi lagi memerhatikan aku yang masih tegak berdiri dihadapannya, tunduk menekur lantai.

CINTA DI HUJUNG NODA 21

Image
SPECIAL entry mungkin~ Maaf entry kali ini sedikit terpanjang dari biasa ~ Aku pandu kereta menuju ke rumah mama, tiba sahaja ke perkarangan garaj aku matikan enjin kereta lantas menyandarkan tubuh, lengan ku lekatkan di dahi berfikir sejenak tentang apa yang ku lalui sepanjang hari ini. Kesal dan terkilan silih berganti menerpa ke hati, Nia ku hamburkan dengan amarah bahkah ku sakiti hatinya berulang kali. Sungguh aku tak mengerti apa yang terjadi pada ku hari ini. Dan Neesa, menjadikan hidup ku kucar kacir dengan rasa rindu yang hangat membara walau aku sendiri sedari dia bukan pilihan hati ku pada mulanya. Terlalu cepat cinta buatnya hadir, aku sendiri aneh dan keliru dengan rasa hati.

CINTA DI HUJUNG NODA 20

Image
“Nia, abang balik dulu! Nanti abang datang sini teman Nia, Neesa tak ada siapa jaga,” wajah mulus Nia ku sentuh perlahan sambil ku usap dengan hujung jari. Hati yang tadinya panas kembali sejuk seketika setelah menunaikan solat bersama abah sebentar tadi dan Nia hanya menguntum senyum melihat tingkah ku yang berubah laku dalam sekelip mata. “Sayang tidur sini ya, tengok-tengokkan abah sama!” ucap ku lagi sambil memeluk erat Nia dalam dakapan

CINTA DI HUJUNG NODA 19

Image
Teratak Fahkrudin “Hei you all ni semua tak ada kerja lain ke? Buat kerja!” amarah ku lepaskan pula pada semua staf yang sedang berkumpul di suatu sudut, namun mereka masih tegak tidak berganjak menjadikan hati ku semakin panas. Kumpulan itu aku hampiri dan kali ini aku benar-benar tidak menyangka, kejutan pagi ini mampu membuatkan aku jatuh rebah! Berita pertukaran hak milik syarikat kepada pihak lain sedang tersebar luas melalui surat yang tidak bertarikh itu. “Encik Attar, bagaimana dengan kami?” soal satu suara buat aku terkedu, ya bagaimana dengan nasib mereka semua apabila syarikat ini diambil alih? Ah tensionnya aku! Dengan keadaan mama yang begitu, Neesa pula tidak habis-habis menyakitkan hati dan syarikat pula bermasalah, apa lagi yang boleh aku lakukan kini!

CINTA DI HUJUNG NODA 18

Image
“Hei Neesa kau ni kenapa hah? Apasal kau buat mama aku macam orang gaji? Kau dah hilang akal ke?” tubuh itu ku tarik berhadapan. Ingin ku ganyang mulut itu agar dia tahu hormat mama aku, wanita yang lebih tua daripadanya. “Hei Attar kau tak nampak aku tengah makan, tak nampak?” bidas Neesa buat aku terkedu seketika. Bahasa yang digunakan juga sudah berubah dan nada itu juga sedikit keras dan kasar. Apa yang tak kena dengan Neesa ini? Aku sedikit hairan! “Tak boleh kau respect sikit pada mama aku? Apasal kau suruh itu suruh ini macam mama aku orang gaji   kau?” aku marah Neesa namun dia masih beriak selamba bagai aku sedang buat drama dihadapannya pula. “Kau dengar ke tidak?” bahunya aku tolak sedikit

CINTA DI HUJUNG NODA 17

Image
Melihat sahaja kelibat mama memlalui kanta pintu itu aku langsung teringat akan Nia yang masih di atas katil tergopoh gapah aku berlari masuk ke dalam bilik memberitahui Nia yang mama ada dihadapan pintu rumah kami. “Nia, Nia!” seru ku dan Nia bangkit dari baringnya lalu memeluk erat pinggang ku kejap! “Kenapa bang? Ada apa ni?” kepalanya disandarkan ke badan ku yang masih lagi tegak berdiri dan dia yang duduk melunjur di atas katil hanya mengenakan gaun tidur tipis ku pandang sekilas. Mahu terkejut mama melihat wanita yang suatu hari dahulu berpurdah dan berjubah kini seksi menggoda aku di kamar tidur. Haiss.... “Mama dengan Neesa, diorang ada dekat luar!” aku gumam dalam nada berbisik. Nia nyata terkejut dan segera bangkit menyarung pakaian yang lebih sopan

CINTA DI HUJUNG NODA 16

Image
“Cukuplah Neesa, sampai bila kau nak bohong semua orang?” aku bangkit dari kerusi, amarah ini mula membakar hati dan aku tahu dalam sekelip mata aku boleh lakukan perkara yang aku sendiri tidak terduga dan terlintas di hati. Silap haribulan aku bunuh juga perempuan tak sedar diri ini! “Attar, ini bukan caranya!” tegur abah perlahan. Aku palingkan wajah dari menatap wajah basah Neesa. Menangis dan menangis itu sahaja tahunya, hati aku yang hancur dan jiwa aku yang rabak ini siapa yang ambil peduli? “Kau nak apa Neesa? aku turutkan tapi sampai ke tahap ini sabar aku dah hilang, aku pun ada maruah Neesa

CINTA DIHUJUNG NODA 15

Image
“Abah!” seru ku sekali bersama air mata yang bergenang di mata. Sungguh ini keajaiban yang ku nanti selama ini. Wajah yang sudah berkedut itu ku perhatikan lama, nyata garis-garis halus sudah menghiasi dahi dan kelopak matanya. Aku telan liur sekali, memohon agar abah yang ku derhakai suatu masa dahulu kenali dan maafkan aku anak mu yang hina ini. “Abah, ni Attar!  Ni Attar abah, ingat lagi tak pada Attar?” ku sentuh bahu itu dan ku goncang perlahan agar abah ingati siapa aku padanya. Nyata sekali lagi aku hampa, renungan dan gelengan itu buat aku terduduk terkedu di lantai. “Abah, ni Attar!” seru ku dalam suara sedikit serak menahan sebak di dada. Abah yang sudah 8 tahun tinggalkan aku dan mama kini tidak mengenali aku lagi. Nia hampiri tubuh ku lantas ditarik ke dalam dakapannya meredakan sedikit sebak yang semakin menghimpit hati.

CINTA DI HUJUNG NODA 14

Image
“Bagaimanapun, jika wanita penzina melakukan zina dengan ramai lelaki sehingga ia tidak pasti yang berada di dalam kandungannya adalah dari lelaki tertentu. Pernikahannya itu masih sah menurut seluruh mazhab yang telah disebutkan di atas tetapi dengan SYARAT : MEREKA TIDAK BOLEH BERSETUBUH SEHINGGALAH SI WANITA ITU TELAH BERSALIN!. Jika mereka bersetubuh, maka berdosalah mereka walaupun perkahwinan telah sah. Ia berdasarkan sebuah hadith yang ertinya : "Tidaklah halal bagi sesiapa yang beriman dengan Allah dan RasulNya, untuk menyiram benih kepada tanaman lelaki lain ( iaitu jika wanita sedang mengandungkan benih lelaki lain)" ( Riwayat Abu Daud, At-Tirmidzi : Hadith Hasan) ” Laman web yang baru ku layari membuatkan aku sedikit tersedar seketika tentang apa yang terjadi dalam hidup ku kini. Sedikit sebanyak aku mulai sedar, semua yang terjadi ini pasti kesan atas perbuatan ku dahulu yang terlalu mudah mengikut kata hati, menabur janji dan mengajar Neesa tenta

CINTA DIHUJUNG NODA 13

Image
“Ada apa lagi mama? Attar tak nak teruskan perkahwinan ni, nonsense! Janggan paksa Attar lagi, Attar dah 24 tahun dah boleh tentukan hala tuju hidup Attar sendiri, mama please jangan paksa,” suara ku kendur merayu agar mama mengerti rasa yang lama terbeban di bahu. Wajah itu ku perhatikan dalam-dalam memohon simpati naluri keibuaan darinya. “Jangan jadi pengecut Attar, jangan hanya pandai lari dari masalah!” gumam mama mendatar aku panggung wajah mencari wajah mama. Duduk yang tadi ku sandarkan ke kerusi kembali ku tegakkan. Mama sudah salah faham pada ku barangkali. “Mama jangan salah faham, Attar tak pernah sekalipun angkut Neesa ke bilik tidur! Jauh sekali nak buat perkara yang tak sepatutnya, mama kena percaya pada Attar!” rayu ku lagi. Untuk berkeras aku tahu mama juga pasti akan bertegas. Ego mama tidak boleh dilawan dengan ego, pendekatan terbaik waktu ini hanyalah merendahkan ego mama

CINTA DI HUJUNG NODA 12

Image
Sebaik mata ku buka sedikit wajah Neesa yang sedang tidur di kerusi bersebelahan katil ku terpampang di ruang mata, laju-laju aku pejamkan mata. Berfikir sejenak apakah tindakan yang seharusnya ku ambil ketika ini, untuk berhadapan realiti yang bukan aku rencanakan, adalah sesuatu yang mustahil sama sekali. Sudut bilik hospital yang bewarna merah jambu ku perhatikan satu persatu, lengang, sunyi dan kosong sama seperti hati ku saat ini. Sedang aku berusaha bangkit perlahan-lahan tangan kanan ku terasa kebas dan pedih. Ku kalih pandangan ke belakang tapak tangan yang terasa perit itu, nah jarum yang elok melekat di kulit singgah dipandangan mata, seterusnya aku kalihkan pula pandangan ke sisi katil, beg plastik berisi air tergantung kemas kini menancap mata ku pula. Aku imbas kembali peristiwa yang membawa aku terlantar di katil ini, ya aku sudah nikahi Neesa tanpa rela hati. Andai kata tok kadi bertanya persetujuan ku tadi, mati-matian akan ku kata aku tak rela sama sekali. Aku

CINTA DIHUJUNG NODA 11

Image
“Nia, masuklah.... jangan malu-malu ni rumah aku! Aku beli sendiri sejak aku dah mula kerja dengan mama,” aku memulas tombol pintu lantas menyelak daun pintu menapak masuk beriringan bersama Nia. Nia perhatikan seluruh ruang rumah yang sudah lengkap dengan pelbagai perabot buatan Malaysia. Kali ini aku sendiri memilih perabot tempatan kerana aku belum cukup mampu menghiasi apartment sederhana besar ini dengan perabot import. Aku henyakkan tubuh ke sofa sambil menyilangkan kaki di atas meja, Nia menghampiri ku lantas turut duduk disebelah memangku beg telekungnya. “Kenapa senyap?” tanya ku pendek. Dia kalih pandangan mencari pandanga mataku. “Mama tahu ke ni rumah tuan?” aku kuntum senyum, terasa sedikit berbangga dengan titik peluh sendiri aku mampu membeli apartment dipinggir bandar Kuala Lumpur dan sudah tentunya mama tidak perlu tahu akan harta ku yang satu ini.

CINTA DI HUJUNG NODA 10

Image
“Farhana?” aku soalnya semula. Dia semakin menghampiri ku lantas duduk dibirai katil. “Nor Farhana,” ujarnya menyatakan nama penuhnya barangkali. Aku ketap bibir, tak mampu mengingati siapakah gadis yang bernama Farhana ini. “Farhana mana? Aku tak kenal la....” gumam ku seraya menolak selimut lantas turun dari katil mengutip baju dan seluar yang tergantung di jendela. Dia ikuti langkah ku, ke kanan ku pergi ke situ juga dia ekori... ke kiri ku menapak ke kiri jugalah dia bergerak. “Haish.... yang kau ni ikut aku dari tadi kenapa? Ni siapa yang tanggalkan pakaian aku ni?” soal ku tidak puas hati. Berani-berani sungguh mereka memperlakukan aku seperti gigolo lorong Jalan Chow Kit. “Saya, saya yang tanggal pakaian tuan!” aku panggung wajah mencari suara seorang gadis yang datang dari arah belakang.

CINTA DIHUJUNG NODA 9

Image
Sedang leka menghitung harta kekayaan pemberian mama kepada ku, mata sempat menangkap kelibat seseorang. Gaya dan lenggok ia berjalan sama seperti yang pernah ku lihat dahulu. Aku toleh sekilas namun susuk tubuh itu hilang pula. Aku geleng kepala langsung menyambung semula kerja yang tertangguh tadi. “Attar, masuk office sekejap.” Datuk Sherry sudah naik angin. Aku menurut sahaja malas sudah bertikam lidah dengan mama. Sejak peristiwa dua tahun lepas, hubungan aku dan mama semakin pulih namun tidaklah semesra pasangan anak beranak yang lain. “Mama nak apa lagi?” gumam ku malas. Dia pandang aku dengan pandangan tajam aku mencebik tidak takut pada pandangan tajam itu. “Berapa kali nak cakap, nak diingatkan? Dekat office im your bos, not your mom!” ujar Datuk Sherry marah bila aku gelarnya mama. Aku jeling siling sekilas lantas ku henyakkan tubuh ke kerusi empuk milik CEO syarikat bertaraf internatioanl itu.

CINTA DI HUJUNG NODA 8 * JANGAN BERSEDIH *

Image
>>>> enjoice!!!!!<<<<< “Hei, you nak ke mana ni? Siapa nak jaga Attar dekat dalam tu?” suara mama kuat menyapa pendengaranku, perlahan-lahan aku menggapai kerusi roda lantas ku kalihkan tubuh sendiri dengan kudrat yang ada ke atas kerusi itu.  Duduk yang tidak selesa ku perbetulkan dan dengan berhati-hati aku gerakkan kerusi roda ini menuju ke luar bilik mencari arah datangnya suara mama. Di suatu sudut terlihat mama sedang bercekak pinggang manakala Nia hanya menunduk. Aku hampiri mereka berdua lantas mama terus sahaja diam membisu. “Mama, kenapa bising-bising ni?” soalku ingin tahu. Jelingan tajam mama menikam wajahku seketika aku hela nafas yang berat. Pasti ada sesuatu yang mama barankan!

CINTA DI HUJUNG NODA 7

Image
“Nia, tolonglah aku! Sejuk kot,” aku memanggil Nia sedari tadi lagi namun tidak sedikit pun dia berpaling mengendah aku yang masih lagi dibiarkan di tepi kolam renang. Usai sahaja melayani pertanyaan pegawai dari majlis perbandaran itu Nia langsung berlalu ke dalam rumah. Aku juga masih pegun menanti dia datang membantu dan membawa aku masuk serta menukarkan pakaian yang sudah basah lencun. Kerusi roda ku pula sudah tenggelam di dasar kolam, huh aku pandang dada langit yang semakin kelam. “Nia....” aku dengar suara ku meleret memanggil namanya namun dia masih tidak menyahut. Aku tegakkan duduk seketika, menarik nafas dengan tenang lalu melepaskannya perlahan. Sesuatu harus dilakukan, ya walaubagaimana sekalipun aku harus masuk segera ke dalam rumah, sudah tidak tertahan lagi rasa sejuk yang mencengkam hingga ke tulang. Aku mengesot sedikit mendekati dinding rumah lalu mengheret kaki yang terasa

CINTA DIHUJUNG NODA 6

Image
“Nurse, what are you doing here?” mama menegur Nia yang tadinya masih melekat di dada ku. Aku tarik nafas perlahan sambil beriak selamba. “I think you should knock my door first?” tuturku bersama senyuman sinis. Mama ketap bibir, mungkin terasa hati dengan cara percakapan ku yang agak biadab. Papa tiriku pula hanya berdiri di muka pintu sambil ditangan kirinya memegang satu tin minuman yang aku tahu sememangnya haram untuk diteguk. “Attar, i dont ask you! Shut up,” pintas mama bersama keluhan. Datuk Sherry, mama ku masuk menapak ke dalam kamar, Nia ku tolak ke tepi lantas ku hulur tangan ku dan dia menyambut untuk membantu aku duduk tegak menghadap mama. “How about his treatment?” soal mama pada Nia. Aku diam menanti jawapan dari gadis yang masih lagi duduk bersimpuh di birai katil. “In progress Datuk, setakat ni ada perubahan sedikit!” jelas Nia berhati-hati mungkin takut dicemuh oleh mama yang berwajah agak bengis

CINTA DIHUJUNG NODA 5

Image
“Yang kau ni bodoh sangat apasal? Hah padanlah muka, budget cun bagai!” suara Shark kedengaran lantang memarahi Shasha yang tersedu sedan akibat ditegur oleh pengawal keselamatan. Skirt paras peha itu punca dirinya di kenakan tatatertib akibat tidak mematuhi sahsiah rupa diri ketika berpakaian. Aku ketawa lucu, sudah saban kali perempuan ini terselamat dari pemerhatian pengawal keselamatan namun kali ini dia kantoi juga akhirnya apabila dengan berani melangkah penuh gaya menuju ke blok bersebelahan studio.  “Manalah aku tahu dia nak ikut aku,” gumam Shasha bersama derai air mata. Fatimah mencebik mendengar rungutan Shasha yang sering kali tidak mengendahkan teguran rakan-rakan bahkan memperlekehkan pula nasihat yang diberi. “Ni semua kau punya pasal,” jerit Shasha memukul bahu Shark. “Eh, pasal apa pulak? Kau yang tergedik-gedik pakai skirt aku pulak yang salah! Wacth up your mounth!” herdik Shark kasar. Aku buang pandang ke tengah tempat meletak kenderaan yang semakin leng

CINTA DI HUJUNG NODA 4

Image
“Tuan, kenapa tuan duduk dalam hujan? Nak kena petir?” Kali ini aku lihat pandangan Nia tajam bagai pedang samurai yang bakal menghunus dadaku. Aku telan liur, bukan kerana takut tetapi   kerana aku lihat Nia semakin seksi menggoda dihadapan mata ku, tambah-tambah dalam keadaan sejuk dan basah ini. Aku sendiri hairan, bagaimana boleh aku katakan gadis bertudung dan berpurdah ini seksi? Hurmmm.... memang aku sudah sewel agaknya! “Tuan tunggu sini sekejap, saya ambilkan tuala.” Gumamnya seraya bergerak meninggalkan aku yang masih lagi termangu di kerusi roda. Aku kerling ke tengah laman, hujan lebat masih lagi turun mencurah-curah tidak tanda akan berhenti. Seketika aku lihat Mak Mah sudah siap menghidangkan minuman panas di atas meja bulat berhampiran kolam renang yang dilindungi gazebo. Nia yang baru sahaja melangkah masuk ke perkarangan ruang tamu ku lihat sudah semakin menghampiri aku. Perlahan-lahan tubuhku dibaluti dengan tuala kering bewarna putih lantas kerusi ku disoro

CINTA DIHUJUNG NODA 3

Image
Perkarangan banglo tiga tingkat yang mama dan papa hadiahkan pada ku ini sunyi sepi, entah mengapa kali ini suasana muram menyelubungi perasaanku. Cuaca pagi kelihatan mendung sahaja, burung-burung yang biasa hinggap di pohon rhu bersebelahan taman yang di selenggaran oleh Pak Deris juga tidak menampakkan diri seperti biasa, kicaunya juga sudah hilang entah ke mana. Dari balkoni yang luas aku perhatikan kolam renang yang membiru, tenang tidak beriak. Lalu ku alihkan pula   pandangan ke tengah pancuran air terjun yang dihiasi dengan kolam kecil dan beberapa ekor ikan emas di dalamnya yang sedang berenang bebas. Aku hela nafas perlahan, sudah terlalu lama aku tidak menikmati keadaan seperti ini, tenang dalam sepi! Kolam renang itu pernah menjadi saksi di mana cintaku pada Neesa pernah bersemi namun sayang hanya kerana ego ku dia pergi jauh entah di mana. Kerusi dan meja konkrit di tengah halaman yang dilatari rumput hijau itu juga pernah menyaksikan buat pertama kalinya aku m

CINTA DIHUJUNG NODA 2

 “Kau buat apa dekat sini,” suara ku kasar bergema di seluruh ruang bilik sederhana besar itu. Mak Mah yang tidak kelihatan sedari tadi baru sahaja menapak masuk menghampiri tubuhku. Takut-takut sahaja lagak wanita tua itu, aku peduli apa dengan mereka semua! “Aku tanya, kau buat apa dalam bilik ni?” soal ku kuat. Dia masih senyap tidak berkutik sedikit pun. Aku mulai baran tatkala pertanyaan ku dibiarkan sepi. Tidak semena-mena mataku menancap beberapa biji bantal yang elok tersusun di kepala katil lantas aku lempar tepat mengenai wajah yang terlindung disebalik purdah bewarna krim cair. “Maaf tuan, saya jaga tuan! Tuan tak sihat,” balasnya lembut setelah mendapat habuan. ingatkan sudah bisu! Mak Mah turut angguk bersama satu senyuman mesra buat ku. Aku paling wajahku, tidak berminat ingin manatap wajah-wajah itu dengan lebih lama. Selimut yang tadi masih elok menutupi kakiku ku singkap sedikit. Aku ingin bangun dan membersihkan diriku, sementelah hari sudah menginjak tengah

CINTA DIHUJUNG NODA 1

Image
PROLOG Air mata yang merembes ku kesat dengan hujung lengan, sungguh saat ini hati ku lemah untuk berdiri menghadap hari yang paling aku takuti, iaitu kehilangan insan yang amat ku sayangi. Wajah pucat itu ku tatap lama, tidak berseri namun dari wajah bening i tu aku tahu kesakitan yang dialami cukup perit untuk ditanggung tubuh sekecil itu. .................................................... CINTA DI HUJUNG NODA 1 “Tuan, Puan Sri pesan yang dia tak balik minggu ni. Jadi kalau ada apa-apa yang penting, Puan Sri suruh tuan contact terus.” Bicara orang gaji rumah banglo milik kedua orang tua ku kedengaran kuat bergema, ruang kosong tanpa perabot itu ke tatap lama sebelum pandangan ku kalihkan ke arah wanita separuh abad yang sudah berkhidmat selama 27 tahun di rumah ku. “Hmmm,” balas ku pendek lantas mengisyaratkan agar orang gaji ku itu berlalu pergi. Dari ekor mata ku lihat susuk tubuh yang sudah tidak menampakkan potongan itu berlalu ke ruang dapur. Aku tumbuk cerm