Posts

Showing posts from January, 2017

CINTA DIHUJUNG NODA BAB 45-46

Image
BAB 45 Sudah sebulan masa berlalu, sakit yang ku hidap bagai tiada tanda-tanda untuk sembuh seperti sedia kala. Waktu ini, aku perlu fikirkan tentang keadaan insan yang masih menyayangi diri ini. Aku tidak perlu pentingkan diri dan biar mereka menderita melihat aku yang semakin tiada upaya meneruskan kehidupan. Kesedihan mereka pasti akan membuatkan aku bertambah derita! Aku tidak rela mereka juga merasa perit yang terpaksa ku tanggung. Mereka harus aku lepaskan, biarlah mereka menyimpan dendam dan biarkan juga mereka salah menyangka. Tapi aku pasti jalan dan ketentuan yang bakal ku pilih ini bakal memberi kebaikan kepada mereka, kerana aku tahu aku tidak betah melihat ada air mata yang gugur andai derita yang ku tanggung ini, ku kongsi bersama.

CINTA DIHUJUNG NODA BAB 42-44

Image
BAB 42 Malam ini aku sendirian di dalam bilik, dada semakin sesak bagai udara tidak lagi mencukupi untuk ku hirup. Mata ku pejam, dada ini ku sentuh perlahan dan kerut wajah ini tidak mampu ku sembunyikan lagi. Air mata yang mengalir perlahan ku seka dengan belakang tapak tangan, kudrat yang masih bersisa ku gunakan untuk menggapai air kosong di sisi katil. Penutup botol ku buka, lalu ku teguk penuh seksa walau untuk menelan air masuk ke kerongkong. Sakitnya memeritkan! Seksa terasa.

CINTA DI HUJUNG NODA 40 N 41

Image
BAB 40 Hari berganti hari, Qalisya semakin   bertambah montel dan comel. Ada sahaja perbuatannya yang membuahkan tawa di pinggir bibir ini, dan ada sahaja kerenahnya yang membuatkan aku kerinduan untuk segera pulang dari tempat kerja. Nia pula masih sibuk dengan butiknya. Aku melarang dia dari terus melakukan kerja-kerja di butik, namun Nia bijak meminta kebenaran dengan kelembutan yang dia ada. Namun larangan ku tidak membuatkan dia menurut, katanya dia tidak betah duduk dan berehat sahaja. Dia kebosanan dan cepat keletihan tanpa membuat sebarang kerja, sudahnya permintaan untuk kembali ke butik ku turutkan jua. Katanya apabila di butik, masa yang terluang sedikit terisi.