Posts

Showing posts from 2013

RATUKU YANG MANIS II (aka Penilai Cinta)

Image
“Saf... kalau tak pergi tak boleh ke? Siapa nak jaga Ira kalau Saf pergi lama-lama?” seperti biasa Nazira memujuk Amer Safwan yang berkeras untuk pergi. “Tak boleh, Saf ke sana untuk masa depan kita jugak. Lagipun papa Ira yang suruh Saf pergi, ikutkan Saf.. memanglah Saf malas. Dah bapak mertua suruh pergi, hendak tak hendak, kenalah Saf turutkan.” Aju Amer Safuan sambil menolak belakang tubuh Amir Nazira masuk ke dalam kamar. Berat ya amat, entah apa dimakannya!

KERANA DIA RATU SEHARI (ANTALOGI CERPEN JS ADIWARNA)

Image
Harga dari RM 38 Semenanjung & RM 41 Sabah Sarawak

PENILAI CINTA ( Sambungan)

Image
Melihat ketegangan di raut wajah suaminya, Nazira mengambil keputusan untuk meredakan amarah itu. Dia harus ringan tulang dan membantu. Perlahan-lahan dia merangkak mendekati suami yang sedang fokus melipat kain.

IKATAN BERSIMPUL MATI BAB 10

Image
“Harmi, you call I esok aje! I dah mengantuk ni!” aku dengar Encik Adlan bersuara. “Eh, you ni kenapa? I mengantuk! Tolonglah faham!” gumam lelaki itu bagaikan sedang bertelingkah dengan pemanggil yang disapa Hermi. Siapa pula Hermi ni? Aku pun tak tahu, barangkali salah seorang koleksi kekasih Encik Adlan! Mungkin ada betulnya, siapa tahukan!    

IKATAN BERSIMPUL MATI 9

Image
“Nice,” dalam aku sedang bertanya itu ini Encik Adlan melontar sebuah bicara. Aku hentikan bebelan, lalu pandangan ku fokus ke arahnya. “Cantik bilik ni, decorate sendiri ke?” soal dia perlahan sambil memerhatikan seluruh ruang bilik sederhana besar ini dengan penuh minat.

IKATAN BERSIMPUL MATI 7 & 8

Image
“Buatkan air,” Encik Adlan bersuara sebaik sahaja langkah kaki ku mendekati pintu dapur. Lambat-lambat aku berpaling ke arah dia yang sedang membelek-belek risalah destinasi menarik sekitar negeri Sabah ini. Untuk apa, aku pun tak pasti kerana pagi-pagi esok kami semua akan berangkat pulang ke Kuala Lumpur. “Air panas eh,” tambah Encik Adlan lagi.

IKATAN BERSIMPUL MATI 6

Image
“Nek, umur Encik Adlan tu berapa eh?” aku melontar pertanyaan ini kepada nenek yang sedang menikmati aroma teh sabah yang memukau deria rasa. “Lisa tak ingat?” soalan nenek buat aku telan liur ku sebentar. Bukan aku tak ingat, tapi aku memang tak pernah ambil tahu pun! “Tak berapa nak ingatlah nek,” sahut ku dalam senyuman.

IKATAN BERSIMPUL MATI 5

Image
Aku bangun dari katil dan segera berlalu ke bilik air, memang saat dan detik ini mahu sahaja aku tikam Adlan yang berwatak selamba tanpa riak apa-apa. Langsung tidak terpeta apa-apa di riak wajah itu bila aku mempersoalkan perbuatan kami malam tadi. Sesudah siap membersihkan diri dan lengkap berpakaian, aku atur langkah kaki menuju ke ruang tamu dimana nenek dan papa menunggu. Sebaik sahaja tiba di hamparan sejadah yang sudah terletak elok, wajah Adlan ku kerling geram. Dan dia juga membalas pandangan ku seketika tadi. Namun tiada bicaranya, yang ada hanya pandangan bisu tanpa kata-kata dari kedua ulas bibirnya.

IKATAN BERSIMPUL MATI 4

Image
“Siapa yang hantar tu?” mak terus menapak perlahan mendekati aku yang sedang termangu di atas sofa.   Sedulang kopi diletakkan di atas meja kecil lalu aku lihat mak terus sahaja duduk bersebelahan. Senyuman mak kelihatan berseri-seri, aneh pula bila aku tengok mak senyum-senyum begitu. “Kenapa mak senyum-senyum ni?” soal ku laju-laju. “Yelah, hari pertama kerja dah ada orang yang hantar balik. Siapa tu Kay?” mak berbisik dekat di telinga aku.

IKATAN BERSIMPUL MATI 3

Image
Aku panggung wajah bila Encik Adlan memanggil aku datang ke arahnya, dengan langkah bersahaja aku dekati dia yang masih rancak membincangkan strategi pemasaran untuk mengukuhkan jenama produk yang aku sendiri tidak pasti. “Ya, Encik Adlan.” Aku tundukkan sedikit wajah ke arah gadis yang sememangnya anggun di pandangan mata aku sambil senyuman ku lempar semanis-manisnya.

IKATAN BERSIMPUL MATI 2

“Ini bilik Kay, mulai hari ni Kay akan bantu semua kerja Encik Adlan! Jaga-jaga, jangan buat Encik Adlan tu mengamuk! Dia tak suka bilik kerja yang kotor, bersepah dan berbau pelik. Kay pun tahukan, bilik dia memang ramai tetamu, jadi mesti perlu kemas dan segar!” Encik Fikri bersuara tanpa menoleh ke arah ku. Dari arah belakang aku lihat dia sedang memerhatikan panorama Kota Damansara dari dinding cermin. Nampak bersungguh tetapi aku sedikit hairan dan kehairanan itu harus aku luahkan segera.

IKATAN BERSIMPUL MATI 1

Image
Pagi lagi suara mak kedengaran sayup-sayup menyapa peluput telinga semakin lama semakin kuat dan kuat hinggalah mata yang terpejam erat terpaksa ku buka sedikit demi mencuri lihat keadaan ketika ini. “Khalisa bangun! Kata ada interview hari ni?” kelibat mak yang sudah bercekak pinggang menerpa sepasang anak mata ini. Serentak itu juga kelopak mata ku buka luas!