MY NEXT HUSBAND BAB 13 N 14
BAB
13
“Mama,
kenapa ni? Sakit kaki ke?” dari dapur aku lihat mama memicit- micit kakinya
sendiri. Di depan mama ternampak selonggok baju yang belum berlipat.
Seketika
tadi aku baru selesai membasuh pinggan mangkuk di dalam sinki. Penghuninya
tidak ramai tetapi jumlah pinggan yang kotor persis rumah ini baru sahaja
selesai mengadakan kenduri arwah.
“Boleh
picitkan kaki mama?”
Aku
tidak terus menjawab, hanya pamer senyuman lalu duduk dekat di sisi mama.
“Meh
sini Rin picitkan.” Aku kulum senyuman. Lucu memanggil diri sendiri dengan
panggilan Rin iaitu singkatan kepada Rindu.
“Rin?”
wajah mama ceria dengan senyuman.
“Tapi
itu la, bila guna nama ‘Rin’ rasa tak selesa pula.” Sahutku masih memicit-micit
kaki mama.
“Mama
pun tak biasa... rasa janggal pula bila panggil Sof dengan nama Rin.” Sudahnya
kami sama-sama tergelak.
Beberapa
saat kemudian, aku panggung wajah mama. Wanita ini masih cantik, anggun, dan
kejelitaannya masih sama tidak berubah. Yang berbeza hanyalah pada kedut di
wajah itu. Semakin ketara berbanding dahulu. Namun mama seorang yang positif.
Kata mama, tidak perlu takutkan hari tua, kerana setiap manusia akan melalui
kitaran hidup yang serupa.
“Mama…”
“Ya,
Sof.”
“Err…
rumah ni memang sunyi ke malam-malam?”
Mama
pandang aku dengan mimik muka yang agak menyedihkan. Sayu pula hati aku.
“Beginilah
keadaan mama hari-hari, Sof. Siang mereka pergi kerja, bila malam masing-masing
terperap dalam bilik. Papa tentu-tentu di masjid.”
“Kesiannya
mama... mama kena suruh Noah kahwin dan beri cucu pada mama. At least bila ada cucu mama taklah sunyi
macam ni lagi.”
“Masalahnya
Noah tak nak kahwin.”
“Kenapa
ma? Noah dah hilang nafsu pada perempuan ke? Ehhh opsss... sorry mama.”
Aku
tekup mulut sendiri. Ada ke patut kutuk anak orang depan muka mak dia? Ya
Allah, teruklah kau ni Sof.
“Entah
la... mama pun tak tahu Sof. Dulu pun Noah tak pernah sentuh Sof kan?”
Ha
padan muka kau Rindu Sofrina. Gatal sangat mulut tu, tanya itu ini. Kan dah
kena pada diri sendiri. Kan mama dah tanya bukan-bukan?!
“Err...”
“Tak
sentuhkan?” ulang mama buat aku terkejut lalu menggeleng laju.
Uish, takkanlah hal sedalam itu mahu
aku khabarkan. Senyap-senyap sudahlah. Lagi pula, sewaktu pengesahan lafaz
cerai dahulu, hanya aku sahaja yang datang ke mahkamah kerana Noah tidak dapat
dihubungi. Berbulan-bulan hinggakan waran tangkap dikeluarkan, namun batang
hidung Noah tetap tidak kelihatan. Sudahnya, dengan bantuan peguam syarie, kes
aku berjaya diselesaikan setelah setahun lebih tertunda.
Dengan tidak mendapat kerjasama Noah,
aku terpaksa melafazkan sumpah Mardudah bagi mengakui bahawasanya bekas suamiku
itu pernah melafaz talak terhadap diriku. Ketika itu juga, mama dan papa tiada
di tanah air ketika sebutan kes itu berlangsung. Maka, rahsia terbesar itu
hanya kekal menjadi rahsiaku sampai bila-bila.
“Ma...
kenapa senyap?”
Serentak
itu juga mama kembali menegakkan tubuh sambil berfikir-fikir.
“Mama
terfikir apa yang Sof cakapkan tadi.”
“Er
Sof tak sengaja ma.” Suaraku sudah separuh bimbang. Bimbang mama berkecil hati.
“Takpe...
takpe... kalau betul Noah dah tak bernafsu pada perempuan, mama kena lakukan sesuatu.”
“Lakukan
apa ni ma?” Risau pula aku bila lihat kelakuan mama yang seolah-olah sedang
bercakap-cakap dengan diri sendiri. Entah apa pula agenda yang mama aturkan?!
“Sesuatu...
tapi Sof kena tolong mama.” Mama pandang wajahku sambil menggenggam erat jari
jemariku.
“Tolong?
Tolong apa ni ma?” aku pura-pura tergelak walaupun tak wujud situasi lucu
ketika ini.
“Sof
goda Noah?”
“Hah,
goda Noah???” hampir terbelalak mataku dan hampir keluar kerongkong dibuatnya
tatkala mendengar permintaan mama.
Uish,
tak boleh... tak boleh... aku tak mahu jadi isteri Noah buat kali kedua. Aku
takut pisang berbuah dua kali kerana yang kedua biasanya tak semanis yang
pertama.
“Sof,
kahwinlah dengan Noah.”
“Kahwin?
No... No... No...” aku gelak lagi.
Gelak yang boleh membawa tangis tak berlagu.
“Sof
tak suka Noah?”
“Ma...
bukan Sof tak suka, tapi Noah yang benci dengan Sof.”
“Kalau
mama berjaya pujuk Noah kahwin dengan Sof macam mana? Sof setuju tak?”
Aku
menggeleng dengan senyuman supaya mama faham yang aku dan Noah tak mungkin
bersatu atas tiket sebagai suami isteri untuk kali kedua. Tak mungkin! Itu yang
pasti.
“Kenapa
ni Sof... Sof ada lelaki lain ke?”
“Err
bukan macam tu mama... Sof sebenarnya... sebenarnya...”
“Terima
pinangan mama, please...”
Aku
senyum tawar. Terima pinangan mama untuk Noah? Tak mungkin.
“Sof
tak fikir nak kahwin lagi, ma? Sof masih muda dan masih belum capai cita-cita.”
“Dah
kahwin pun Sof boleh kejar cita-cita tu, kan?”
Aku
tunduk seraya melepas keluhan kecil. Rasanya lebih baik aku tukar topik lain.
“Mama...
boleh Sof tanya sikit.”
“Nak
ubah topiklah tu. Ha, Sof nak tanya apa? Tanyalah...”
Aku
senyum dengan tekaan mama. Pandai betul baca hatiku, mujur mama sporting, sikit pun tidak memaksa untuk
meneruskan perbualan yang jelas buat diriku tak selesa.
“Hari-hari
ke mama sakit kaki?” Belum sempat soalan dijawab, suara itu lebih dahulu
menerobos ke gegendang telinga.
“Mama...
tak tidur lagi?” itu suara Noah.
Nada
dia buat aku dan mama tersentak. Beberapa saat kemudian, lelaki itu sudah duduk
di sofa bertentangan. Tak sempat aku untuk aku berlari dan menyembunyikan diri.
“Oh...
inilah Rin yang mama maksudkan tadi? Rin, singkatan kepada Rindu? Ermmm, Rindu
Sofrina. It’s true?”
Butir
bicara Noah sinis bersama lirikan tajam. Aku buat-buat tak nampak sambil terus
memicit kaki mama.
Kalau
boleh halimunan, sudah lama aku jadi halimunan. Tidak pun, bertukar jadi sofa,
pasu bunga atau penyendal pintu, atau apa-apa sakalah asalkan Noah tak nampak
aku. Tapi apakan daya, semuanya sudah terlambat. Mata tajam dia lebih dahulu
menikam seluruh susuk tubuh ini. Waktu begini terasa akulah manusia paling
kerdil berdiri di hadapan raksasa bergigi taring namun berwajah kacak. OMG!
“Aduh
aduh... slow sikit Sof. Sakit kaki
mama...” urutan di kaki mama terlebih kuat. Aku hentikan picitan lalu memandang
mama dengan wajah simpati dan bersalah. Semua ni takkan berlaku jika Noah tidak
menyibuk duduk di sofa tempat kami berbual. Huh!
“Ops,
sorry ma. Errr Sof minta diri
dululah.” Baru hendak bangkit, suara Noah dah sampai ke cuping telinga.
“Duduk,
jangan nak kemana-mana.”
“Jangan
nak bergaduh dengan Sof.” Celah mama beri amaran kepada anak tunggalnya.
“Dia
buat apa kat sini ma?”
“Mama
yang suruh Sof datang.”
“Noah
dengan Sof dah tak ada apa-apa hubungan. Dah lama berakhir, ma.”
“Memang
Noah dengan Sof tak ada apa-apa hubungan, tapi hubungan antara mama dengan Sof
tak pernah terputus. Dia tetap menantu mama dan mama dah anggap Sof sebagai
anak mama sendiri.”
“Come on mama... hal ni dah lama berlaku.
Tolonglah terima kenyataan.”
“Memang
mama dah lama terima kenyataan. Tapi sayang mama pada Sof sikit pun tak pernah
berkurang.” Kata-kata mama buat hatiku tersentuh. Mama betul-betul sayangkan
aku.
“Misal
kata Noah kahwin, mama boleh sayang isteri Noah seperti mana mama sayangkan
Sof?”
“Tak!
Err mungkin.” Jawapan mama tidak konsisten.
“See... Noah tahu that’s why susah Noah nak
jumpa jodoh bila hati mama tak pernah nak restu dengan pilihan anak sendiri.
Entah apalah yang ada pada dia sampai mama tak boleh nak pandang perempuan
lain?!”
“Sof
istimewa di hati mama. Sebab tu mama sayangkan dia.”
“Haih,
entahlah! Noah pun tak tahu apa yang istimewanya Sof sampaikan mama boleh
sayang dia melebihi sayang mama pada Noah.”
Noah
bangkit dengan riak kecewa. Dengan langkah longlai, kedua-dua bahu jatuh dan
wajah muram, Noah berjalan menuju ke dapur. Gaya bersahajanya seperti lelaki
kalah judi. Alah, kalah dalam merebut kasih sayang mama je. Itupun nak sedih. Over tahu!
Sesudah
Noah yang kacak bergaya itu pergi, aku menancap raut wajah mama.
“Ma...”
“Ya,
Sof?”
“Tak
patut mama cakap macam tu pada Noah. Buat didengar calon menantu mama tu nanti,
mesti kecil hati dia, ma.” Ucapku perlahan.
“Siapa
calon menantu mama tu?” Mama pula menyoal aku.
“Raisha,
bukan dia sukakan Noah ke?”
“Oh
Raisha. Itu bukan pilihan Noah... dia pilih yang lain, tapi mama tak berkenan.”
“Kesian
dia ma.” Luahku sambil memandang dinding pemisah ruang tamu dengan ruang dapur
di mana Noah berada di dalam sana.
“Biarkan
dia. Pilih yang tak senonoh, manalah mama nak setuju. Mama suruh bawa balik
calon menantu, dia bawa balik calon menantu hantu. Belum apa-apa dah pergunakan
mama. Kek aunty sedap, kek aunty lazat, kek aunty rasa macam beli kat kedai.
Kalau sekali dua boleh la mama layan, kalau dah setiap minggu nak makan kek,
setiap kali datang bertandang nak makan kek itu, kek ini… mama yang sihat pun
boleh jatuh tergolek.”
“Dia
sukalah tu dengan kek mama.” Aku cuba mententeramkan mama.
“Suka
pun berpada-padalah Sof. Ini bukan mama nak mengumpat ke apa ke… mama ni dah
tua, kalau dia betul-betul teringin nak makan kek yang sedap macam mama masak
tu, mama tak kesah. Mama aku-alukan lagi. Tapi sayang, calon menantu mama tu
datang bila kek dah siap sedia untuk dipotong.
Itu
mama tak kesah lagi. Yang mama kesah, lepas makan, dibiarkan mama yang tua
kerepot ni mencuci pinggan di sinki. Bila mama siap cuci pinggan mangkuk, dia
pun bersiap nak balik. Mama yang serupa lepat ni pula terpaksa kemas dapur,
cuci perkakasan, simpan semula oven yang berat ke tempat asal. Mujur ada Noah
tolong mana yang patut. Kalau tidak, serupa tongkang pecahlah dapur mama tu,
Sof.”
“Ada
tak Noah suruh girlfriend dia tolong
mama?”
“Ada
juga mama terdengar. Tak silap mama, Noah merungut pada budak tu, suruh tengok-tengok
mama kat dapur. Tapi budak tu merajuk dan tarik muka. Sudahnya, Noah yang
datang ke dapur tolong mama berkemas.”
“Wah,
dahsyat juga tu mama. Baiknya Noah. Kalau dengan Sof dulu, asyik naik angin je
dia.”
“Betul!
Dalam lima tahun ni, dah banyak perubahan Noah. Tapi satu je yang mama tak
berkenan. Calon isteri yang dia bawa balik ke rumah, semua berat tulang. Ish,
tak mahulah kalau dapat menantu berat tulang memperhambakan mama. Jenuh mama
nanti.” Adu mama panjang lebar. Rupa-rupanya ada sejarah pahit, wajarlah mama
berhati-hati membenarkan Noah mencari calon isteri.
Uhuk... uhuk... mama tiba -tiba terbatuk
sesudah menghabiskan bicaranya.
“Siapalah
yang sebut nama mama ni?” Mama usap dadanya.
“Mama
okey? Mama nak air?”
“Boleh
juga. Tolong buatkan milo panas untuk mama boleh? Mama nak makan ubat.”
Aku
angguk walaupun timbul rasa lucu di benak hati. Ya tuhan, permintaan mama
bersama taktik yang boleh tahan bijak. Alah, semua ni alasan mama untuk
merapatkan aku dengan Noah. Tahulah anak ‘bujangnya’ ada di dapur. Sebab itulah
mama tiba-tiba terbatuk lalu minta dibuatkan air. Bijak! Bijak!
“Kejap
ya, ma.”
“Lama
pun tak mengapa.” Sengih mama terbias sesudah itu. Aku hanya senyum sambil
menggeleng kepala.
BAB
14
“Rajin
datang ke sini?” Noah bersuara bersama wajah tanpa perasaan.
“Err
nak lawat mama.”
Aku
kerling lelaki itu melalui hujung mata. Noah sedang memegang sebiji gelas di
tangan kanan manakala sebelah tangannya pula elok mendarat di atas kabinet
dapur betul-betul bersebelahan penapis air Coway.
“Tumpang
lalu boleh?”
“Tak
boleh.”
“Ya
Tuhan, nak tumpang lalu pun tak boleh?”
Tengok
betapa sopan dan santunnya Rindu Sofrina bila berhadapan dengan bekas suami
sendiri. Manalah nak cari perempuan sebaik dia? Tambah-tambah dalam zaman
menuju Wawasan 2020, susah tahu tak, susah!
“Nak
lalu kemana?”
“Nak
ambil gelas dekat rak atas, kemudian gerak ke kiri sedikit untuk ambil air
panas dan menuju ke sebelah kanan untuk bancuh milo mama. Serbuk milo dekat
sebelah kiri awak iaitu kanan saya. Betulkan?” Lengkap aku luahkan kronologi
yang aku cipta dalam hati sekejap tadi.
Dia
diam lalu berganjak ke tepi. Dan aku pula terus melangkah melewati tubuhnya
seraya menjingkitkan kaki cuba menggapai kole di atas sana. Namun, paras
ketinggian yang tidak mencukupi, membantutkan tujuanku.
“Nah!”
Noah gapai kole yang tersusun lalu menghulurkannya kepadaku.
“Terima
kasih.” Ucapku pendek.
Noah
sudah menjeling sipi-sipi ke arahku. Halkum dia seperti sedang bergerak-gerak
ingin melontar bicara. Entah apalah yang ingin diucapkan lelaki ini?!
“Rugikan
jadi orang pendek.”
Amboi
dia, memang jenis tak sayang mulut! Suka hati dia je menghina fizikal aku yang
comel ni. Tak jaga hati aku langsung. Eh sekejap, Noah mana pernah jaga hati
aku. Yang dia tahu, aku yang seharusnya menjaga hati dia. Tak adil namun itulah
hakikat sewaktu aku berkongsi kehidupan dengannya suatu ketika dahulu.
“Buat
apa jadi tinggi, tapi berlagak nak mati.” Hamburku perlahan harap-harap dia tak
dengarlah.
“Pardon?
Kau cakap apa tadi?”
“Eh,
awak dengar ke?”
“Kau
ingat aku pekak?! Ulang semula apa yang kau cakap tadi?!’
“Saya
kata, rugi jadi tinggi tapi susah nak cari size baju.” Balasku cepat-cepat.
Noah
senyap tidak membalas apa-apa. Maknanya dia tak dengarlah aku mengutuk dia
sekejap tadi. Hehehe. Ah, selamat kau Rindu Sofrina.
“Esok
tak payah datang ke sini lagi?”
“Kenapa
pula?” ajuku tak puas hati.
“Awak
tu janda saya, ke...” Noah pusingkan tubuhnya memandang diriku sebelum
menyambung bicara dengan penuh yakin.
“Ke...
awak ada hati nak rujuk dan ajak saya bernikah sekali lagi?”
“Helo...
tolong jangan perasan boleh tak?” jelik pula bila dengar telahan Noah yang
bajet-bajet disukai ramai. Dia fikir aku terdesak sangat nak bernikah? Kalau
aku mahu bernikah sekalipun, bukan dengan dia tapi dengan orang lain yang lebih
elok perangainya.
“Eh?
Tak ada lah ni?”
“Mestilah.
Untuk apa kita bernikah kalau saya tahu nasib saya tak ubah seperti larva yang
terkurung dalam kepompong?”
“Larva
tak matang, mana boleh tinggalkan kepompong. Tak usah bermimpi seperti
rama-rama kalau jadi larva yang sekejap pun awak tak mampu nak hadap. Duduk je
dalam tu sampai reput.”
“Eh,
apa-apalah.... saya tak ada masa nak layan pertanyaan awak.”
Tiba-tiba
satu... dua... tiga... dan tepukan seterusnya bergema. Sudah kenapa pula Noah
ni tepuk tangan. Rasanya mana ada aku buat lawak.
“How
times flies. Dah pandai melawan ya? Tak solehah lagi ke?”
“Helo...
awak bukan lagi suami saya. Jadi buat apa saya nak solehah pada awak. Kalau
awak nak suruh saya sesolehah dahulu, jangan terlalu berharap. Saya takkan
ulang semua kesilapan lalu untuk kedua kalinya. Saya harap awak faham yang saya
takkan sesekali terima awak dalam hidup saya.”
“Kenapa?
Serik?”
“Ya,
memang saya serik. Serik sangat.”
Aku
diam dan Noah juga diam. Tidak lama selepas itu Noah lepaskan keluhan kecil.
“Dah
lewat... saya naik dulu.”
Gelas
yang digunakan diletak ke dalam sinki lalu dia mengatur langkah untuk pergi.
“Excuse
me Mr. Noah Safwan... your glass...” dia hentikan langkah lalu berpaling
memandang ke arahku.
“My
glass?” balasnya seperti tidak faham apa-apa.
“Siapa
nak cuci ya?” jawabku sambil melirik ke arah gelas sebelum memandang semula
wajahnya. Harap-harap dia fahamlah dengan maksud pandanganku ini.
“Oleh
kerana awak di sini, saya perintahkan supaya awak cuci gelas tu. Okey, bye!”
Cis,
dia pergi macam tu je? Ya Allah, dia tak pernah berubah seperti lima tahun yang
lepas. Kuat memerintah, jujur dalam berkata-kata dan sinis jika itu yang dia
tidak suka. Lelaki bona fide!
Comments