Posts

Showing posts with the label KOLEKSI CERPEN

CERPEN: MILIK ENCIK POLIS PART V

Image
“Intan, kalau tak buat benda ni tak boleh ke?” soal ku sebaik sahaja punggung ku labuhkan di kerusi kosong di ruang menunggu. Intan menoleh seketika, dia tersenyum mesra, seragam putih yang disarung ku kerling sejenak. Tidak berkedut dan kelihatan keras sahaja, pasti uniform baru!

CERPEN: MILIK ENCIK POLIS PART IV

“Pukul berapa ayah Intan balik?” soal ku sengaja menutup rasa hening yang bertamu setelah pengakuan Intan ku sambut dengan sebuah persetujuan. Wajah ini sengaja ku tundukkan namun ekor mata ini mencuri pandang Intan yang sedang mengelus jari jemarinya sesama sendiri. “Err kalau tak silap Intan biasanya pukul sepuluh ayah dah sampai, sekarang baru pukul sembilan.” Ujar Intan mengerling jam di pergelangan tangan. Aku masih seperti tadi, menikmati nasi lemak yang dibungkus dengan daun pisang, aroma yang terhasil dari tindak balas nasi berlemak dan daun pisang ini sudah cukup membuat selera pagi ku terbuka luas.

CERPEN: MILIK ENCIK POLIS PART III

Image
Aku palingkan wajah menatap Intan yang mendekati, untuk apa dia ke sini? “Abang Is, dah siap makan?” aku angguk sekali. “Jom ikut Intan sekejap!” pintanya lalu menunduk sedikit kepala ke arah along, memberi hormat barangkali.   Ala along ni tak payah nak hormat sangat, kat depan je baik!

CERPEN: CURANG (Diterbitkan di Antalogi ILHAM.. Hujan Turun Lagi)

Image
~ CURANG ~ Dulu aku pernah menyangka, tanpa cinta isteri ku... aku akan tetap bahagia, gembira dan hidup seperti biasa. Namun setelah kau pergi, segalanya berubah kini! Aku kehilangan punca, aku juga kelukaan begini! Dan aku melalui kepedihan yang berpanjangan! Aku kecewa kerana perbuatan aku, aku terkilan kerana kebodohan diri.

CERPEN MILIK ENCIK POLIS PART II

Image
KEPADA PEMBACA BARU: ini cerpen part II dari Kesinambungan kisah Kuntum Buat Kapten Azdhan... kisah abang kepada Kuntum yang bernama Iskandar, encik polis :) “Waaa... handsome jugak abang Kuntum ni ek? Macam ni la baru betul... Inspektor Iskandar! Kan along!”   luah Kuntum tersenyum-senyum, along di sisi mengangguk setuju. “Tapi....” Along berdehem seketika. “Apa tapinya long?” soal Kuntum bersahaja. Aku jeling mereka sekilas, adalah tu yang nak dikatakan nanti!

CERPEN: RINDU YANG BERSEMADI

Image
~Rindu yang Bersemadi ~ Runcing jari-jemari yang sedang menari-nari di papan kekunci direnung lama, cantik dan mulus kulit itu. Seketika kemudian, pandangan beralih pula ke arah kuku yang dipotong pendek. Bersih kemerah-merahan warnanya. Tidak puas memerhati, kali ini pandangan dikerah menghala wajah yang sedang tertunduk memerhatikan skrin komputer. Adam menelan liur, pertama kali gadis bertudung litup ini berjaya mengusik ketenangan di dalam hati kecilnya. Aneh dan menghairankan! Bukan seperti kebanyakan gadis-gadis yang pernah ditemui sebelum ini, namun entah mengapa yang tertutup dan berbungkus seperti ini juga berjaya menjentik tangkai hatinya. Tangan dibawa menongkat dagu, kaunter pertanyaan itu menjadi saksi dirinya sudah jatuh sayang kepada insan yang berbungkus tidak diketahui namanya!

CERPEN : LANGKAH SEIRING RESTU

Image
ASSALAMUALAIKUM layankan  CERPEN 'LANGKAH SEIRING RESTU' si comel ini tiada kena mengena dengan entry di bawah.. beliau hanyalah anak saudara saya :) “Kehidupan adalah satu pilihan yang kita sendiri memilihnya, atau kita tidak diberi satu pun pilihan untuk meneruskan kehidupan ini” Aku, seorang wanita yang berusia 30 tahun. Punya segala apa yang diimpikan, kerjaya dalam hidup, rumah besar dan harta melimpah ruah. Aku bahagia dengan apa yang aku ada, aku tenang menghabiskan masa muda dalam keadaan begini. Aku bahagia dan aku gembira dengan apa yang aku usahakan! Namun jauh disudut hati ini, aku akui sedikit sebanyak masa silam dahulu membuatkan hati ini dipagut kesal yang bukan sedikit. Kerana kedegilan, kerana rasa ego dan pentingkan diri sendiri aku kehilangan kasih sayang seorang ibu. Aku hilang tempat bermanja bahkan aku hilang segalanya dalam sekelip mata. Semuanya kerana mahu mengubah nasib keluarga! Aku mahu keluar dari sempit golongan mi...

CERPEN: KU usir Debu-Debu Noda Semalam (antalogi orang berdosa ILHAM)

Image
  “Awas, calar kereta aku.. nahas kau!” suara ku tekankan kuat. Biar lelaki tua ini sedar dengan siapa sedang dia berurusan. “Ya nak, pakcik buat elok-elok!” tutur dia lagi sambil menjinjing baldi biru yang sudah pudar warnanya manakala tangan kiri itu pula kemas memegang kain buruk untuk membersihkan Honda City pemberian mama tempoh hari.  Aku angguk sahaja tatkala mendengar patah bicaranya, dan sesekali mata ini liar memerhati seluruh susuk tubuh kurus kering itu. Fizikal serta penampilan itu ku analisa satu persatu! Cukup daif! Pasti dia dari golongan yang malas berusaha keras! Kesimpulan awal bermain-main di sudut hati.