SETAHUN BERLALU (PUJAAN HATI KANDA DALAM KENANGAN)

TADAAA... Assalamualaikum. Lama sangat tak buat coretan hati dan perasaan dekat blog.

Okey sempena mengenang setahun drama adaptasi novel Pujaan Hati Kanda iaitu hari ini 20 Disember. Saya saja-saja nak cerita serba sedikit pengalaman novel pertama dijadikan adaptasi.



Sebenarnya proposal novel ni adalah proposal kedua yang saya serahkan kepada Encik Arif (Mache Allstar) melalui Karyaseni.


Proposal pertama Pengantin Lelaki Untuk Cik Gadis. Tapi baru tahun ni direzekikan jadi adaptasi setelah hampir tiga atau empat tahun proposal diserahkan. Nanti saya tulis kisah PLUCG pula ek. (tayangan 24.12.2019) tak lama lagiiii..... empat hari dari tarikh entry ini ditulis.


Mula-mula tahu nak diadaptasi tu, confirm excited la kan. Lepas tu dapat tahu casting Mira Filzah dan Remy Ishak. Double Excited.

Then, masa menulis novel ni... saya ambil masa hampir setahun untuk disiapkan. Moment paling segar dalam ingatan, malam 12 menuju ke tarikh 13 September 2015, (kira-kira 4 tahun yang lepas) saya masih gigih menyudahkan editing walaupun masa tu dah turun tanda nak bersalin. (Tapi baby lahir tak cukup bulan. Sekarang dan nak tadika dah dia)

Kemudian, sambung edit masa dalam proses berpantang. P mai p mai... dalam tempoh pantang juga, kurang dari dua minggu dah dapat jawapan setuju terbit dari penerbit karyaseni. Memang orang kata rezeki anak. Alhamdulillah.

Okey berbalik kepada drama. Watak antagonist dalam drama ni sama seperti yang dibayangkan sewaktu menulis. Memang best sebab dapat Syazwan Zulkifli. Dalam imaginasi memang membayangkan dia sebagai watak Pali.

Cerita ni, moral dia adalah 'walaupun sejahat manapun manusia, pasti ada sisi baik dia. Dan jahat takkan selamanya menjadi jahat. Jadi, ending cerita ni, semua yang jahat menjadi baik. Dari Kak Su, Pali, Nadine dan Fatimah. Semuanya jadi baik haha...

Okey, ending dia tak sama dengan drama. Dalam drama just ada Tiara pregnant. Tetapi dalam novel, kegembiraan pembaca sudah tentu bila hero n heroin dia bahagia bersama anak tersayang yang comel, bijak lagi cute. Hehe... (okey, pernah buat cerpen/novel yang hero dan heroin setakat berkahwin je, tapi dapat banyak request nak ending sedemikian. Okey patik menurut) so jadilah ending dalam novel tu ada baby. Nak tahu lanjut apa yang berbeza dari drama, kena baca novel okey. Ada perbezaan yang tak sama dalam drama.

Drama ni ditayangkan pada 20.12.2018 diarahkan oleh Eon Suhaini, penulis skrip Kak Intan, produksi Mache Allstar. Slot Akasia Jam 7.00 petang setiap Isnin hingga Jumaat.

Kiranya salah satu kenangan manis tahun lepas. Terima kasih kepada team Karyaseni terutama Dato Muzri sebab sudi terima novel saya dan dari situ peluang adaptasi tu muncul. TQ juga kepada team Mache AllStar.

Dan tahun ni juga ada kenangan baru yang tercipta. Adaptasi kedua hasil tulisan saya (kalau rajin, tahun ni saya tulis, kalau tak rajin hujung tahun depan baru saya post ;-P )







Tahniah untuk semua. 😍😍😍😍 #Repost Drama Sangat (@get_repost)
・・・
🔥TERIMA KASIH 12 JUTA PENONTON & SAMBUTAN YANG LUAR BIASA UNTUK 5 JUTA PENONTON PADA EPISOD AKHIR DRAMA BERSIRI PUJAAN HATI KANDA 🔥

Drama ini juga mendapat tontonan melebihi 30 JUTA tontonan menerusi YOUTUBE tonton dan TV3 Malaysia •
Terima kasih yang tidak terhingga atas sokongan dan support korang yang tidak henti kepada drama kami 💕Teruskan menonton drama yang best di #tv3malaysia dan dapatkan info menarik tentang drama kegemaran anda di Drama Sangat
#dramasangat #dssquad #pujaanhatikanda #officialdramasangat #12juta #tonton #remyishak #mirafilzah



Boleh juga baca di Wikipedia

Semoga segala info dan manfaat dari adaptasi ni sampai kepada masyarakat di luar sana.

p/s: Sejak dah semakin menjadi remaja purba, kebolehan menulis novel tebal seakan lupus :-D 
mampu tulis novel nipis dan cerita santai-santai je. Masih terus belajar dan belajar menghasilkan ayat sedap. mana-mana novel yang kurang sedap tu, maafkan la ye. saya masih belajar.

Walaubagaimanapun, minat menulis semakin layu dan mungkin satu hari nanti akan terus berhenti menulis.

salam sayang Aulia Iman <3

Comments

Popular posts from this blog

CERPEN MILIK ENCIK POLIS PART II

CINTA DIHUJUNG NODA bab 38 & 39