Janji Abang Sayang (Jualan Online Sahaja)

Sudah Boleh Di Tempah Sekarang.

Harga RM36 SM/ RM40 SS Termasuk Pos

Penghantaran setiap Selasa, Khamis dan Sabtu.



BLURB  (READY STOCK)
TAJUK: JANJI ABANG SAYANG
RM36 SM/ RM40 SS Termasuk pos
.
Sekian lama mengumpul kekuatan, akhirnya Fayyed berjaya mempertemukan calon isteri dengan keluarga tersayang. Namun, kebahagiaan dan harapannya musnah apabila cinta yang disemai tidak beroleh restu.
Zara, si kekasih hati tidak mendapat tempat di hati orang tua Fayyed. Kata papa Fayyed, Zara bukanlah gadis bijak, cantik dan terbaik untuk menjadi menantunya.


Kerana penolakan itu, Zara berasa sangat-sangat terhina lantas menamatkan sahaja hubungan yang terjalin. Namun tidak pada Fayyed, rasa sayangnya tetap utuh hingga mendorong dia melakukan sesuatu.

Jas Hani Sopheah, hidupnya tiba-tiba sahaja bertukar kucar-kacir angkara diminati oleh abang iparnya sendiri. Disisih keluarga dan dibenci orang tua, memaksa dirinya mencari seseorang sebagai bukti hatinya telah dimiliki.
Demi mengelak fitnah daripada berpanjangan, satu pembohongan membawa Hani dan Fayyed ke satu lagi pembohongan.

Pada Hani, kehadiran jejaka itu seperti satu keajaiban yang membawa dia jauh daripada hasad dan perasangka manusia. Manakala bagi Fayyed pula, Hani adalah satu-satunya harapan untuk dia kembali mendapatkan Zara.

“Tolong kahwin dengan saya.” – Hani
“Awak nak kahwin dengan saya? Bekas kekasih kawan baik awak sendiri?”-Fayyed
“Saya terpaksa, Fayyed!”- Hani
“Saya boleh terima permintaan awak. Tapi ada syaratnya…”-Fayyed

Berstatus suami isteri dengan menahan diri daripada jatuh cinta antara satu sama lain, sangatlah menyeksakan.

“Gatal dengan isteri sendiri tak salah bukan?”- Fayyed
“Memanglah tak salah. Tapi hubungan kita hanya sementara je Fayyed."- Hani

Pada ketika Zara terbuka hati untuk kembali bersatu, sebuah kebenaran tersingkap di ruang mata. Fayyed tengadah melihat takdir yang selama ini tersirat. Apakah yang telah berlaku? Dan apakah nasib Hani setelah Zara bersedia pulang ke pangkuan kekasihnya? Selami liku-liku kisah percintaan mereka dalam naskah Janji Abang Sayang.

Order klik link dibawah

http://www.wasap.my/+60134239065/jas

RM36 SM RM 40 SS TERMASUK POS

Comments

Popular posts from this blog

CERPEN MILIK ENCIK POLIS PART II

CINTA DIHUJUNG NODA bab 38 & 39