Posts

Showing posts from February, 2013

IKATAN BERSIMPUL MATI BAB 10

Image
“Harmi, you call I esok aje! I dah mengantuk ni!” aku dengar Encik Adlan bersuara. “Eh, you ni kenapa? I mengantuk! Tolonglah faham!” gumam lelaki itu bagaikan sedang bertelingkah dengan pemanggil yang disapa Hermi. Siapa pula Hermi ni? Aku pun tak tahu, barangkali salah seorang koleksi kekasih Encik Adlan! Mungkin ada betulnya, siapa tahukan!    

IKATAN BERSIMPUL MATI 9

Image
“Nice,” dalam aku sedang bertanya itu ini Encik Adlan melontar sebuah bicara. Aku hentikan bebelan, lalu pandangan ku fokus ke arahnya. “Cantik bilik ni, decorate sendiri ke?” soal dia perlahan sambil memerhatikan seluruh ruang bilik sederhana besar ini dengan penuh minat.

IKATAN BERSIMPUL MATI 7 & 8

Image
“Buatkan air,” Encik Adlan bersuara sebaik sahaja langkah kaki ku mendekati pintu dapur. Lambat-lambat aku berpaling ke arah dia yang sedang membelek-belek risalah destinasi menarik sekitar negeri Sabah ini. Untuk apa, aku pun tak pasti kerana pagi-pagi esok kami semua akan berangkat pulang ke Kuala Lumpur. “Air panas eh,” tambah Encik Adlan lagi.

IKATAN BERSIMPUL MATI 6

Image
“Nek, umur Encik Adlan tu berapa eh?” aku melontar pertanyaan ini kepada nenek yang sedang menikmati aroma teh sabah yang memukau deria rasa. “Lisa tak ingat?” soalan nenek buat aku telan liur ku sebentar. Bukan aku tak ingat, tapi aku memang tak pernah ambil tahu pun! “Tak berapa nak ingatlah nek,” sahut ku dalam senyuman.

IKATAN BERSIMPUL MATI 5

Image
Aku bangun dari katil dan segera berlalu ke bilik air, memang saat dan detik ini mahu sahaja aku tikam Adlan yang berwatak selamba tanpa riak apa-apa. Langsung tidak terpeta apa-apa di riak wajah itu bila aku mempersoalkan perbuatan kami malam tadi. Sesudah siap membersihkan diri dan lengkap berpakaian, aku atur langkah kaki menuju ke ruang tamu dimana nenek dan papa menunggu. Sebaik sahaja tiba di hamparan sejadah yang sudah terletak elok, wajah Adlan ku kerling geram. Dan dia juga membalas pandangan ku seketika tadi. Namun tiada bicaranya, yang ada hanya pandangan bisu tanpa kata-kata dari kedua ulas bibirnya.