Posts

Showing posts from 2012

MILIK ENCIK POLIS PART VI (TAMAT)

Image
“Long... aku nak muntah! Perut aku sakit.... kepala aku pening!” kali ini aku rasa pelbagai jenis penyakit datang menyerbu. Hingga duduk ku tidak kena jadinya! Wajah Tok Kadi yang tersenyum-senyum sedari tadi ku renung sekali imbas, janganlah aku disoal macam-macam. Sumpah dalam rasa gelabah begini, apa pun aku tak ingat! Doa makan yang mudah pun aku boleh lupa, inikan pula doa qunut!

CERPEN: MILIK ENCIK POLIS PART V

Image
“Intan, kalau tak buat benda ni tak boleh ke?” soal ku sebaik sahaja punggung ku labuhkan di kerusi kosong di ruang menunggu. Intan menoleh seketika, dia tersenyum mesra, seragam putih yang disarung ku kerling sejenak. Tidak berkedut dan kelihatan keras sahaja, pasti uniform baru!

CERPEN: MILIK ENCIK POLIS PART IV

“Pukul berapa ayah Intan balik?” soal ku sengaja menutup rasa hening yang bertamu setelah pengakuan Intan ku sambut dengan sebuah persetujuan. Wajah ini sengaja ku tundukkan namun ekor mata ini mencuri pandang Intan yang sedang mengelus jari jemarinya sesama sendiri. “Err kalau tak silap Intan biasanya pukul sepuluh ayah dah sampai, sekarang baru pukul sembilan.” Ujar Intan mengerling jam di pergelangan tangan. Aku masih seperti tadi, menikmati nasi lemak yang dibungkus dengan daun pisang, aroma yang terhasil dari tindak balas nasi berlemak dan daun pisang ini sudah cukup membuat selera pagi ku terbuka luas.

CERPEN: MILIK ENCIK POLIS PART III

Image
Aku palingkan wajah menatap Intan yang mendekati, untuk apa dia ke sini? “Abang Is, dah siap makan?” aku angguk sekali. “Jom ikut Intan sekejap!” pintanya lalu menunduk sedikit kepala ke arah along, memberi hormat barangkali.   Ala along ni tak payah nak hormat sangat, kat depan je baik!

CERPEN: CURANG (Diterbitkan di Antalogi ILHAM.. Hujan Turun Lagi)

Image
~ CURANG ~ Dulu aku pernah menyangka, tanpa cinta isteri ku... aku akan tetap bahagia, gembira dan hidup seperti biasa. Namun setelah kau pergi, segalanya berubah kini! Aku kehilangan punca, aku juga kelukaan begini! Dan aku melalui kepedihan yang berpanjangan! Aku kecewa kerana perbuatan aku, aku terkilan kerana kebodohan diri.

CERPEN MILIK ENCIK POLIS PART II

Image
KEPADA PEMBACA BARU: ini cerpen part II dari Kesinambungan kisah Kuntum Buat Kapten Azdhan... kisah abang kepada Kuntum yang bernama Iskandar, encik polis :) “Waaa... handsome jugak abang Kuntum ni ek? Macam ni la baru betul... Inspektor Iskandar! Kan along!”   luah Kuntum tersenyum-senyum, along di sisi mengangguk setuju. “Tapi....” Along berdehem seketika. “Apa tapinya long?” soal Kuntum bersahaja. Aku jeling mereka sekilas, adalah tu yang nak dikatakan nanti!

CERPEN: RINDU YANG BERSEMADI

Image
~Rindu yang Bersemadi ~ Runcing jari-jemari yang sedang menari-nari di papan kekunci direnung lama, cantik dan mulus kulit itu. Seketika kemudian, pandangan beralih pula ke arah kuku yang dipotong pendek. Bersih kemerah-merahan warnanya. Tidak puas memerhati, kali ini pandangan dikerah menghala wajah yang sedang tertunduk memerhatikan skrin komputer. Adam menelan liur, pertama kali gadis bertudung litup ini berjaya mengusik ketenangan di dalam hati kecilnya. Aneh dan menghairankan! Bukan seperti kebanyakan gadis-gadis yang pernah ditemui sebelum ini, namun entah mengapa yang tertutup dan berbungkus seperti ini juga berjaya menjentik tangkai hatinya. Tangan dibawa menongkat dagu, kaunter pertanyaan itu menjadi saksi dirinya sudah jatuh sayang kepada insan yang berbungkus tidak diketahui namanya!

CORET2 E-NOVEL UNTUK JIKA MAWAR PUDAR WARNA

Image
Asslammualaikum wtb hai semua.... pembaca yang budiman :) hari ni tak ada entry tentang Taufiq dan si lurus bendul Amira. juga tiada cerita tentang Umran dan Rose dan sudah lama juga Cerita Encik Polis mahupun Penilai Cinta tidak di upload. okey.. ini sedikit gambaran tentang cerita JMPW. “Lebih baik jadi janda selepas berkahwin daripada memegang status janda sebelum bernikah!” _ Amira. “ Fine ! Semuanya bersyarat! Cukup setahun, kita bawa haluan sendiri!”_ Taufiq  “ Alright !”_ Amira gembira.

PUISI UNTUK SAUDARA KITA NUN DI GAZA (Diterbitkan dalam Buku kutipan tabung Gaza)

Image
lupakan sebentar tentang secebis kesibukan duniawi.... lantaran nun jauh di sana  ada air mata yang tumpah ada esak tangis yang berlagu ada derai air mata yang gugur..

keropok: : CINTA DI HUJUNG NODA

Image
layankan CDHN okey... sebelum tu entry 38 JMPW dah published dekat bawah tu... Siang tadi aku bersama Nia menikmati makan tengahari bersama-sama, terasa lega bila mana keinginan hati tercapai.   Dan kini aku sedang memandu kereta menuju ke I-CITY Shah Alam bandar bercahaya di mana artis yang juga pelawak terkenal iaitu Nabil pernah melangsungkan perkahwinannya di sini.

CERPEN : LANGKAH SEIRING RESTU

Image
ASSALAMUALAIKUM layankan  CERPEN 'LANGKAH SEIRING RESTU' si comel ini tiada kena mengena dengan entry di bawah.. beliau hanyalah anak saudara saya :) “Kehidupan adalah satu pilihan yang kita sendiri memilihnya, atau kita tidak diberi satu pun pilihan untuk meneruskan kehidupan ini” Aku, seorang wanita yang berusia 30 tahun. Punya segala apa yang diimpikan, kerjaya dalam hidup, rumah besar dan harta melimpah ruah. Aku bahagia dengan apa yang aku ada, aku tenang menghabiskan masa muda dalam keadaan begini. Aku bahagia dan aku gembira dengan apa yang aku usahakan! Namun jauh disudut hati ini, aku akui sedikit sebanyak masa silam dahulu membuatkan hati ini dipagut kesal yang bukan sedikit. Kerana kedegilan, kerana rasa ego dan pentingkan diri sendiri aku kehilangan kasih sayang seorang ibu. Aku hilang tempat bermanja bahkan aku hilang segalanya dalam sekelip mata. Semuanya kerana mahu mengubah nasib keluarga! Aku mahu keluar dari sempit golongan mi

JIKA MAWAR PUDAR WARNA 13

Image
“Amira, bangunlah.” Taufiq sentuh kedua pipi Amira lantas dibawa rapat ke wajahnya. Melihat keadaan Amira tidak bergerak walau sedikit pun, Taufiq bertambah bimbang lantas tubuh Amira di cempung lalu di bawa masuk ke dalam bilik. Perlahan-lahan tubuh Amira diletakkan di atas tilam. Sesekali Taufiq diam memikirkan sesuatu, kewajaran tindakannya saat ini. Perlukah atau tidak dia mengambil keputusan sebegini. Dalam benak yang berperang antara satu sama lain, Taufiq nekadkan diri. Dia tidak mahu Amira bertambah sakit kerana kesejukan yang dialami wanita itu. Perlahan-lahan sweater yang tersarung ditubuh itu ditanggalalkan, lalu dicampak ke lantai.

JIKA MAWAR PUDAR WARNA 12

Image
“Girlfriend awak?” soal Amira pendek. Taufiq di yang duduk bertentangannya hanya mengangguk kecil sambil mata tidak lepas memerhatikan Adila dari kejauhan. Kekasih hatinya sedang rancak berbual bersama teman-teman sekampus yang datang ke Morib ini untuk menikmati makanan laut yang segar. Tidak ketinggalan dirinya juga meminati makanan laut lantaran dibesarkan di sebuah pulau peranginan dan mudah untuk mendapatkan makanan laut yang segar. Jadi tidak hairanlah saban minggu pasti Morib menjadi destinasi wajib makan malam bagi Taufiq yang gemarkan udang dan sotong bakar. “Cantik!” puji Amira turut melihat gadis kesayangan hati Taufiq dengan sebuah senyuman.

JIKA MAWAR PUDAR WARNA 11

Image
“Letihnya...” Taufiq menggeliat sambil mendepakan kedua tangannya. Lesu dan memenatkan setelah sepetang berada di tapak projek memantau perkembangan terbaru projek pembinaan bangunan kediaman yang berkonsepkan gaya inggeris. Sejenak Taufiq tersedar, kelibat Amira dicari. Batang tubuh itu tidak kelihatan sejak lelapnya tersedar. Gusar akan   keadaan Amira, Taufiq bingkas menapak menuju ke dalam bilik. Pintu bilik yang tertutup rapat di tolak laju.

JIKA MAWAR PUDAR WARNA 10

Image
TATKALA YANG TERKHILAF MENUNTUT KEMAAFAN Nasi di dalam pinggan dikuis-kuis, ingatannya masih menerawang ke suatu pertemuan tidak di duga tengahari itu. Kecewa dan sesal datang menikam hati yang semakin hilang rasa dan keindahannya.   “Hai Amira, lama tak jumpa!” Amira menoleh sewaktu namanya ditegur seseorang. Wajah manis dihalakan kepada insan yang menegur, senyuman terpamerm indah. Namun saat mata menentang pandangan itu, Amira kaget. Senyuman layu dan mati dengan sendirinya! Insan yang sedang berdiri di hadapannya adalah insan yang sama sekali tidak mahu diingati apatah lagi untuk ditemui seperti ini.

JIKA MAWAR PUDAR WARNA 9

Image
“Amira, tempat kau di sini! Bilik aku sebelah tu... jangan cuba nak lari!” pesan Taufiq lebih kepada mengungut wanita yang kemas berbaju kurung. “Saya nak sebilik dengan awak, tak biasa la.....” omel Amira perlahan. Simpati Taufiq diraih berharap lelaki itu tidak pergi jauh dari ruang matanya. Sudahlah tidak biasa berhadapan situasi kerja, ini kan pula dibiar keseorangan menguruskan kerja yang entah apa-apa itu. Wajahnya murung!

JIKA MAWAR PUDAR WARNA 8

Image
“Waalaikumussalam, baru sampai petang tadi. Ada apa Dila telefon abang petang-petang ni?” Taufiq tersenyum menjawab panggilan telefon dari pemanggil yang di sapa Dila ketika ini. Lemah lembut dan sopan santun gaya bahasanya. Amira mencebik! “Huh, kalau bercakap dengan awek! Lembut gigi dari lidah, kalau bercakap dengan aku serupa guruh mahu berdentum di langit. Ceit!” cemuh Amira tidak puas hati. Telekung dilipat dan sejadah di angkat kemudian diletakkan ke dalam almari di dalam bilik. Usai menyimpan sejadah dan telekung, Amira atur langkah kakinya ke tepi jendela yang terletak berdekatan ruang tamu di mana Taufiq sedang berada.

JIKA MAWAR PUDAR WARNA 7

Image
Sebaik sahaja Taufiq melangkah keluar, Amira labuhkan punggungnya di lantai. Beg beroda di hadapan matanya di perhatikan lama, ada keluhan kecil kedengaran tika ini. Tubuh di rebahkan ke lantai beralas tikar getah sambil mata di hala ke siling rumah flat milik Taufiq, seingatnya flat yang di duduki waktu ini berada pada ketinggian tingkat ke 15 iaitu tingkat paling tinggi seperti yang dilihat pada papan tanda sebaik pintu lif terbuka tadi. Kemudian matanya dikalih ke tilam yang kemas bersarung cadar bewarna putih dan di atasnya terdapat sebiji bantal bersama selimut tebal. “Mungkin milik Taufiq,” tebak hati kecil itu.

JIKA MAWAR PUDAR WARNA 6

Image
~ jangan lupa ikuti en3 di bab 5 sebelum baca bab 6 okey mrs n mss darling  ~ “Selamat datang ke rumah aku! dan rumah kau juga.... itu pun kalau kau nak anggap yang rumah flat ni rumah! Kalau kau nak anggap reban ayam atau kandang kambing sekalipun, aku tak kisah. Terpulang,” ucap Taufiq sebaik menghempas beg pakaian Amira yang sarat dengan pakaian yang pelbagai. Berpeluh hingga basah belakang bajunya tatkala mengemas kesemua pakaian milik Amira sebaik tiba dari Lumut, Perak tengahari itu.

JIKA MAWAR PUDAR WARNA 5

Image
“Kau buat apa ni Amira?” gemersik suara itu membuatkan tidurnya terganggu. Amira celikkan matanya seketika, wajah Taufiq berada hampir dan rapat ke wajah bujur sirehnya. Dalam keadaan terkejut, Amira bangkit lantas mengesot ke tepi dinding. “Awak buat apa ni?” soal Amira cemas. Tubuhnya dipeluk erat, terasa dingin dan sejuk malam bagai menggigit permukaan kulitnya kali ini. Selimut yang terlondeh tadi kembali di tarik menutupi seluruh tubuh sambil anak mata tidak lepas dari memerhatikan raut wajah Taufiq yang tampak tegang menahan baran. “Aku tanya kau! Kau buat apa dekat dapur ni? Sengaja nak buat aku marah?” tebak Taufiq hilang sabar dengan karenah Amira yang tidak mendengar kata.

JIKA MAWAR PUDAR WARNA 4

Image
“Baiklah, Mira setuju kalau itu yang ibu mahukan. Tapi Mira ada syarat....” Amira telan liurnya seketika. Hembusan nafas kedengaran perlahan sambil anak mata bewarna coklat itu masih tidak lari dari memerhatikan keduanya. Firdaus dan Salmah masih senyap membisu menanti patah bicara yang akan dilontar keluar oleh kedua ulas bibir merah merekah kepunyaan Amira.

cinta di hujung noda 34

Image
Aku hela nafas yang terasa berat menghimpit dada, sakitnya hanya tuhan yang tahu. Ya Allah, kuatkan dan tabahkan hati ini semoga aku dapat terus bertahan sehingga sampai masa untuk aku kembali kepadaMu. Berikan aku kesempatan untuk aku melihat zuriat ku nanti kerana aku benar-benar rindukan kehadirannya dan aku amat ingin sekali mengendong darah dagingku sendiri. Guruh masih berdentum di dada langit, aku perhatikan langit yang kelam. Hujan masih mencurah-curah membasahi bumi yang beberapa hari ini kering kontang, sesekali rindu terhadap insan yang pernah bersama ku dahulu datang menjengah. Apa khabar agaknya Nia dan buah cinta kami, Qalisya dan Neesa, mama juga abah. Semuanya insan yang amat ku rindu dan amat ku kasih hingga mendorong aku lakukan semua ini andai ditakdirkan aku pergi dahulu, harapan ku agar mereka tidak terlalu bersedih dan berduka berhadapan takdir itu.

CERPEN: KU usir Debu-Debu Noda Semalam (antalogi orang berdosa ILHAM)

Image
  “Awas, calar kereta aku.. nahas kau!” suara ku tekankan kuat. Biar lelaki tua ini sedar dengan siapa sedang dia berurusan. “Ya nak, pakcik buat elok-elok!” tutur dia lagi sambil menjinjing baldi biru yang sudah pudar warnanya manakala tangan kiri itu pula kemas memegang kain buruk untuk membersihkan Honda City pemberian mama tempoh hari.  Aku angguk sahaja tatkala mendengar patah bicaranya, dan sesekali mata ini liar memerhati seluruh susuk tubuh kurus kering itu. Fizikal serta penampilan itu ku analisa satu persatu! Cukup daif! Pasti dia dari golongan yang malas berusaha keras! Kesimpulan awal bermain-main di sudut hati.

CINTA DI HUJUNG NODA last entry

Image
hai semua, rindu CDN tak? okey ni entry kemuncak plot cerita ni. lepas tu saya tak update dah cerita ni . maaf ye ;) Episod klimaks. eh ye ke? ye kot! “Abang... dah subuh-subuh macam ni baru abang balik, abang kemana?” tanya Nia sebaik aku menapak masuk ke dalam bilik yang suram berteman cahaya lampu. Aku diamkan sahaja pertanyaan Nia, lantas langkah kaki ku atur mendekati almari. Tuala yang tersangkut kemas ku gapai laju, lalu ku pusingkan tubuh untuk bergerak ke bilik air namun Nia menahan. Pegangan lembutnya di lengan ini ku perhatikan sekilas sebelum ku kalihkan pandangan ke arah lain. “Abang kemana ni?” tanya dia sekali lagi. Aku masih tetap diam. “Abang.... Nia tanya abang ni. Abang kemana? Abang dah solat subuh?” sekali lagi dia masih lembut bersabar dengan karenah ku. Aku batukan diri, tidak tahu apa yang harus aku lakukan saat ini. “Abang, tadi Erin ada call! Dia tanya abang dah sampai rumah atau belum? Abang dengan dia kemana?” pertanyaan itu berbaur

SINOPSIS CINTA DI HUJUNG NODA

Image
Hai semua hari ni tak update satu cerita pun... just iklan untuk letakkan cover bagi e-novel CINTA DI HUJUNG NODA asyik gambar bunga je kan....  Boring.... heh! Tapi kalau saya hentikan e-novel ni camne ek? okeylah saya sinopsiskan cerita ni sikit....

CINTA DI HUJUNG NODA 32

Image
  “Kau nak apa Aiman? Bunyi macam tak puas hati?” soal ku tanpa memandang ke wajah itu. Dan waktu ini aku dengar tawa halusnya, tajam menyindir! “Kalau aku tak puas hati? Apa yang kau boleh buat?” gumamnya tanpa nada. Aku palingkan wajah melihat riak lelaki yang sedang membahasakan dirinya ‘aku’ waktu ini. “Apa masalah kau sekarang ni?” keras nada suara ku namun masih lagi perlahan terkawal. Dia yang sedang duduk di kerusi sambil merenung ke arah ku tadi segera bangkit lantas melangkah mendekati aku yang masih berendam di dalam air. “Aku tak ada masalah dengan kau!” tuturnya menunduk sedikit wajah ke arah aku yang berada di dalam kolam renang sambil jungkit kening kanannya tinggi. Seketika kemudian, dia tegakkan semula tubuh dan mendongak wajah menatap dada langit. Kedua tangannya di depakan seketika! “Habis, apa tujuan kau nak panggil buaya tembaga bagai?” soal ku sinis dan kali ini aku sudah duduk di birai kolam renang. Angin malam menyapa lembut menjadikan t

CINTA DIHUJUNG NODA 31

Image
Semoga terubat rindu pada sesiapa yang merindu CDN ini....     CDN 31 “Nia, tidur dula ya sayang! Abang nak turun sekejap, dahaga. Nak apa-apa tak? Boleh abang ambilkan nanti?” ujar ku sambil menjatuhkan langsir yang tadinya kemas terikat. Usai menjatuhkan langsir, aku lurutkan sedikit kain itu agar kedut kesan terikat tadi hilang sedikit. “Rasanya tak ada apa-apa, Nia tidur dulu ya! Kepala ni berat sangat,” balas Nia sambil menarik selimut hingga ke paras dada.

CINTA DIHUJUNG NODA 30

Image
“Neesa, kenapa ni? Boleh tak you respect sikit! Suka-suka hati you ceroboh bilik I !” marah ku saat tubuh Neesa sudah mula mendekati. Nia yang masih berada dipangkuan ku terkedu seketika, namun segera dia bangkit dan beralih kedudukan disebelah ku pula. Kedua tangan itu memaut erat leher ini menjadikan aku sedikit tersentak. Haishhh.... Nia pun dah pandai melakukan provokasi terhadap Neesa! “You buat apa pada Attar? Lepaslah, I tak suka you sentuh Attar macam tu!” Jerit Neesa cuba merungkaikan pelukan erat tangan Nia ni leher ku saat ini.

CINTA DIHUJUNG NODA 29

Image
Semoga terhibur Usai bersolat aku perhatikan tubuh  Nia yang tersarung pijama milik ku sedang menyisir rambut dihadapan cermin solek. Aku hampiri tubuh itu lantas aku tundukkan sedikit tubuh yang tinggi lampai ini memaut erat leher jinjang itu mesra. Aku perhatikan rupa paras Nia yang terbias di cermin solek, rambut paras pinggang sedikit beralun itu ku sentuh dan ku usap perlahan dan lembut. Ubun-ubun yang masih lembab basah dengan wudhuk tadi ku kucup sekali dan Nia balas perbuatan ku dengan senyuman manisnya.

CINTA DIHUJUNG NODA 28

Image
“Umur Aiman berapa? Study di mana?” soal mama sambil memasukkan kitab al-Quran yang sudah di baca tadi ke dalam beg manakala Nia pula menolak kerusi roda mama menuju ke ruang tamu tempat aku sedang duduk membaca akhbar Harian Metro. “Aiman baru 22 tahun, ada lagi setahun nak habiskan study. InsyaAllah hujung tahun depan Aiman habis. Oh ya, Aiman study sama tempat dengan Kak Nia,” balasnya sambil senyum pada Nia. Heh sesedap mulut dia panggil Nia aku, Kak Nia! senyum pulak tu, nak makan penumbuk apa???? “Jadi Nia kenallah dengan Aiman?

CINTA DI HUJUNG NODA 27

Image
Aku pusing ke kanan tak kena lantas ku pusingkan tubuh mengiring ke kiri pula, mata yang berat tadi bagai kembali segar lantas aku bangkit dari katil segera bangun menuju ke muka pintu. Daun pintu ku luaskan lantas dan ku jengulkan sedikit ke luar, memerhatikan kelibat Nia entah dimanalah isteri ku tidur malam ni. Suasana kelam buat aku segera menapak keluar, bergerak ke ruang menonton TV di tingkat tiga namun insan yang ku cari tidak juga ketemu langsung aku atur langkah kaki menuju ke tingkat dua, mungkin Nia ada bersama mama tetapi di situ juga tiada hanya desah nafas mama yang sedang lena menyapa pendengaran ku. Aku bingkas mengorak langkah turun ke tingkat bawah, pasti Nia ada di sana! Ruang tamu ku lewati, meliar mata ke arah sofa yang kosong dan ruang dapur juga gelap gelita maka tak mungkin Nia berada di sana, buat seketika aku berhenti dan berfikir sejenak waktu-waktu begini apakah yang sering dilakukan oleh Nia selain melakukan tahajud? Ya mungkin Nia sedang m

CINTA DIHUJUNG NODA 27 (MUNGKIN *****LAST)

Image
semoga anda semua terhibur dengan berakhirnya cerita cinta dihujung noda Aku pusing ke kanan tak kena lantas ku pusingkan tubuh mengiring ke kiri pula, mata yang berat tadi bagai kembali segar. Itulah jika berbuat salah pada seseorang lantas aku bangkit dari katil segera bangun menuju ke muka pintu. Daun pintu ku luaskan lantas kepala ku jengulkan ke luar, memerhatikan kelibat Nia entah dimanalah isteri ku itu tidur malam ni. Suasana kelam buat aku segera menapak keluar, bergerak ke ruang menonton TV di tingkat tiga namun insan yang ku cari tidak juga ketemu langsung aku atur langkah kaki menuju ke tingkat dua, mungkin Nia ada bersama mama tetapi di situ juga tiada hanya desah nafas mama yang sedang lena menyapa pendengaran ku. Aku bingkas mengorak langkah turun ke tingkat bawah, pasti Nia ada di sana!

TEASER <<<< CINTA DIHUJUNG NODA

CDN 27 teaser “Nak panggil ustaz atau nak panggil nama?” soal mama penuh ceria menghadap lelaki berwajah kacak persis jejaka arab itu. Jangan mama jatuh cinta sudah, aku tengok budak lelaki tu bukan main seronok lagi bergelak ketawa dengan mama. Nia pun sama, seronok sangat melayan ‘ustaz’ muda tu. Kononya! “Panggil nama rasanya lebih baik, lagipun Aiman tak habis belajar lagi!” tutur lelaki yang bahasakan dirinya Aiman. Oh Aiman nama budak ni, huh budget baguslah tu! Tak habis belajar ada hati nak digelar ustaz. Aku mencemik memerhatikan keterujaan mama dan Nia melayani guru al-Quran yang mama jemput datang kerumah. “Umur Aiman berapa? Study di mana?” soal mama sambil memasukkan kitab al-Quran yang sudah di baca tadi ke dalam beg sambil Nia pula menolak kerusi roda mama menuju ke ruang tamu tempat aku sedang duduk membaca akhbar Harian Metro.

CINTA DIHUJUNG NODA 26

Image
Cdn 26 “Nia ke tepi!” laung ku saat bilah pisau yang kemas dalam genggaman Neesa cuba dihunus ke arah tubuhnya. Wajah bengis Neesa yang kelihatan kemerah-merahan menahan amarah yang terbias di riak wajah itu tampak sudah tidak dapat dibendung lagi. “Kau kenapa? Tak puas hati,” pertanyaan Nia yang bersahaja buat Neesa mencerlung tajam. Pisau yang kemas dalam genggaman sekali lagi diacukan ke arah Nia tanpa teragak-agak dia mendekati tubuh yang berjubah biru dengan yakin. “Aku benci kau Nia, aku benci kau!” jerit Neesa sambil cuba mendekati Nia yang bergerak sedikit menjauh. “Aku tak buat apa-apa pada kau! Kenapa kau rosakkan hidup aku?” gumam Nia masih bersoal jawab. Aku pula semakin tidak keruan melihat keduanya bertikam lidah dan paling aku takutkan andai pisau tajam itu tertikam salah seorang daripada mereka. “Aku benci tengok kau dengan Attar, dia boyfriend aku! Kau hasut dia lupakan aku! Kau kejam!” ujar Neesa sambil wajah putih itu merona merah menahan air

CINTA DIHUJUNG NODA 25

Image
“Neesa kau buat apa ni hah?” jerkahku saat mama ku lihat sudah terduduk di anak tangga terakhir sambil di pinggir bibir itu kelihatan cecair merah sedang mengalir perlahan. “Kau buat apa pada mama aku? Kau buat apa ni Neesa?” bahunya ku goncang kuat namun reaksi Neesa sama sekali tidak membalas segala pertanyaan aku, hanya senyum sinis yang terpamer di riak wajahnya. Sedikit pun tiada rasa bersalah! “Hei kau dah pekak ke? kau buat apa pada mama aku? Kau buat apa?” berulang kali aku menyoal namun dia masih enggan   membuka mulut. Amarah ku sudah sampai ke kemuncak bila wajah keruh mama yang berkerut menahan sakit singgah pada pandangan mata. Perempuan bernama An Neesa memang wajar mendapat penangan dari aku agaknya!

CINTA DIHUJUNG NODA 24

Image
CDN 24 “Mama tidur ya ma, Attar nak tidur ni.... letih sangat ma. Kalau mama nak apa-apa mama call phone Attar ya.” Ucap ku sejurus tubuh mama aku selimutkan. “Mama tidur ya ma,” aku kuntum senyum pada mama lantas langkah kaki ku atur keluar menuju ke bilik tidur ku pula. Neesa hanya menjadi pemerhati tingkah ku sedari tadi lagi, entah apa yang perempuan itu fikirkan aku sendiri tidak tahu sama sekali. “I nak tidur dengan you, jangan nak mengelak pulak!” tutur Neesa aku pekakkan sahaja. Ah, letih kepala otak dan seluruh urat saraf ku hari ini. Sudah tiada daya upaya lagi untuk membuka mata.

CINTA DIHUJUNG NODA 23

Image
“Apa maksud doktor?” debar di dalam dada sudah tidak dapat disembunyikan lagi. Ya Allah janganlah terjadi apa-apa yang tak baik pada Nia. “Inevitable abortion, atau keguguran! Isteri encik terjatuh ke? Melalui pemeriksaan kami, ada kesan hentakan kuat pada pinggul yang menjadi punca kandungan isteri encik gugur,” bicara doktor itu buat aku tergamam. Kandungan? Gugur? Nia mengandung, tapi bila? “Encik, dalam keadaan begini, sokongan dari encik amat diperlukan. Mungkin isteri encik akan mengalami kemurungan, bagaimanapun ia tidak lama. Cuma sokongan dan perhatian encik amat diperlukan dalam waktu-waktu begini,”ujar doktor itu sebelum berlalu pergi. Aku bungkam seketika cuba merencanakan kata-kata yang terluah dari bibir doktor itu.

CINTA DI HUJUNG NODA 22

Image
  assalamualaikum selamat pagi semua. selamat petang dan malam (kepada mereka yang membaca ketika ini) enjoicesss :) “Haishhh.... sudah-sudah, Nia nah ambil Attar ni! Manja sangat,” seloroh abah buat aku kembali tersenyum dalam esak. Pelukan erat tadi ku leraikan sambil sebelah tangan menyeka air mata yang masih bersisa, wajah mama ku perhatikan sekilas dan Nia juga ku tenung namun pandangan ku tidak bersambut. Aku tahu Nia masih dalam rasa kecewanya lagi! “Nia, abang minta maaf!” tutur ku sambil kedua tangannya ku raih dalam genggaman tangan dan perlahan dia menarik minta aku melepaskannya. Wajah itu juga bagai tidak sudi lagi memerhatikan aku yang masih tegak berdiri dihadapannya, tunduk menekur lantai.

CINTA DI HUJUNG NODA 21

Image
SPECIAL entry mungkin~ Maaf entry kali ini sedikit terpanjang dari biasa ~ Aku pandu kereta menuju ke rumah mama, tiba sahaja ke perkarangan garaj aku matikan enjin kereta lantas menyandarkan tubuh, lengan ku lekatkan di dahi berfikir sejenak tentang apa yang ku lalui sepanjang hari ini. Kesal dan terkilan silih berganti menerpa ke hati, Nia ku hamburkan dengan amarah bahkah ku sakiti hatinya berulang kali. Sungguh aku tak mengerti apa yang terjadi pada ku hari ini. Dan Neesa, menjadikan hidup ku kucar kacir dengan rasa rindu yang hangat membara walau aku sendiri sedari dia bukan pilihan hati ku pada mulanya. Terlalu cepat cinta buatnya hadir, aku sendiri aneh dan keliru dengan rasa hati.

CINTA DI HUJUNG NODA 20

Image
“Nia, abang balik dulu! Nanti abang datang sini teman Nia, Neesa tak ada siapa jaga,” wajah mulus Nia ku sentuh perlahan sambil ku usap dengan hujung jari. Hati yang tadinya panas kembali sejuk seketika setelah menunaikan solat bersama abah sebentar tadi dan Nia hanya menguntum senyum melihat tingkah ku yang berubah laku dalam sekelip mata. “Sayang tidur sini ya, tengok-tengokkan abah sama!” ucap ku lagi sambil memeluk erat Nia dalam dakapan

CINTA DI HUJUNG NODA 19

Image
Teratak Fahkrudin “Hei you all ni semua tak ada kerja lain ke? Buat kerja!” amarah ku lepaskan pula pada semua staf yang sedang berkumpul di suatu sudut, namun mereka masih tegak tidak berganjak menjadikan hati ku semakin panas. Kumpulan itu aku hampiri dan kali ini aku benar-benar tidak menyangka, kejutan pagi ini mampu membuatkan aku jatuh rebah! Berita pertukaran hak milik syarikat kepada pihak lain sedang tersebar luas melalui surat yang tidak bertarikh itu. “Encik Attar, bagaimana dengan kami?” soal satu suara buat aku terkedu, ya bagaimana dengan nasib mereka semua apabila syarikat ini diambil alih? Ah tensionnya aku! Dengan keadaan mama yang begitu, Neesa pula tidak habis-habis menyakitkan hati dan syarikat pula bermasalah, apa lagi yang boleh aku lakukan kini!

CINTA DI HUJUNG NODA 18

Image
“Hei Neesa kau ni kenapa hah? Apasal kau buat mama aku macam orang gaji? Kau dah hilang akal ke?” tubuh itu ku tarik berhadapan. Ingin ku ganyang mulut itu agar dia tahu hormat mama aku, wanita yang lebih tua daripadanya. “Hei Attar kau tak nampak aku tengah makan, tak nampak?” bidas Neesa buat aku terkedu seketika. Bahasa yang digunakan juga sudah berubah dan nada itu juga sedikit keras dan kasar. Apa yang tak kena dengan Neesa ini? Aku sedikit hairan! “Tak boleh kau respect sikit pada mama aku? Apasal kau suruh itu suruh ini macam mama aku orang gaji   kau?” aku marah Neesa namun dia masih beriak selamba bagai aku sedang buat drama dihadapannya pula. “Kau dengar ke tidak?” bahunya aku tolak sedikit

CINTA DI HUJUNG NODA 17

Image
Melihat sahaja kelibat mama memlalui kanta pintu itu aku langsung teringat akan Nia yang masih di atas katil tergopoh gapah aku berlari masuk ke dalam bilik memberitahui Nia yang mama ada dihadapan pintu rumah kami. “Nia, Nia!” seru ku dan Nia bangkit dari baringnya lalu memeluk erat pinggang ku kejap! “Kenapa bang? Ada apa ni?” kepalanya disandarkan ke badan ku yang masih lagi tegak berdiri dan dia yang duduk melunjur di atas katil hanya mengenakan gaun tidur tipis ku pandang sekilas. Mahu terkejut mama melihat wanita yang suatu hari dahulu berpurdah dan berjubah kini seksi menggoda aku di kamar tidur. Haiss.... “Mama dengan Neesa, diorang ada dekat luar!” aku gumam dalam nada berbisik. Nia nyata terkejut dan segera bangkit menyarung pakaian yang lebih sopan

CINTA DI HUJUNG NODA 16

Image
“Cukuplah Neesa, sampai bila kau nak bohong semua orang?” aku bangkit dari kerusi, amarah ini mula membakar hati dan aku tahu dalam sekelip mata aku boleh lakukan perkara yang aku sendiri tidak terduga dan terlintas di hati. Silap haribulan aku bunuh juga perempuan tak sedar diri ini! “Attar, ini bukan caranya!” tegur abah perlahan. Aku palingkan wajah dari menatap wajah basah Neesa. Menangis dan menangis itu sahaja tahunya, hati aku yang hancur dan jiwa aku yang rabak ini siapa yang ambil peduli? “Kau nak apa Neesa? aku turutkan tapi sampai ke tahap ini sabar aku dah hilang, aku pun ada maruah Neesa

CINTA DIHUJUNG NODA 15

Image
“Abah!” seru ku sekali bersama air mata yang bergenang di mata. Sungguh ini keajaiban yang ku nanti selama ini. Wajah yang sudah berkedut itu ku perhatikan lama, nyata garis-garis halus sudah menghiasi dahi dan kelopak matanya. Aku telan liur sekali, memohon agar abah yang ku derhakai suatu masa dahulu kenali dan maafkan aku anak mu yang hina ini. “Abah, ni Attar!  Ni Attar abah, ingat lagi tak pada Attar?” ku sentuh bahu itu dan ku goncang perlahan agar abah ingati siapa aku padanya. Nyata sekali lagi aku hampa, renungan dan gelengan itu buat aku terduduk terkedu di lantai. “Abah, ni Attar!” seru ku dalam suara sedikit serak menahan sebak di dada. Abah yang sudah 8 tahun tinggalkan aku dan mama kini tidak mengenali aku lagi. Nia hampiri tubuh ku lantas ditarik ke dalam dakapannya meredakan sedikit sebak yang semakin menghimpit hati.

CINTA DI HUJUNG NODA 14

Image
“Bagaimanapun, jika wanita penzina melakukan zina dengan ramai lelaki sehingga ia tidak pasti yang berada di dalam kandungannya adalah dari lelaki tertentu. Pernikahannya itu masih sah menurut seluruh mazhab yang telah disebutkan di atas tetapi dengan SYARAT : MEREKA TIDAK BOLEH BERSETUBUH SEHINGGALAH SI WANITA ITU TELAH BERSALIN!. Jika mereka bersetubuh, maka berdosalah mereka walaupun perkahwinan telah sah. Ia berdasarkan sebuah hadith yang ertinya : "Tidaklah halal bagi sesiapa yang beriman dengan Allah dan RasulNya, untuk menyiram benih kepada tanaman lelaki lain ( iaitu jika wanita sedang mengandungkan benih lelaki lain)" ( Riwayat Abu Daud, At-Tirmidzi : Hadith Hasan) ” Laman web yang baru ku layari membuatkan aku sedikit tersedar seketika tentang apa yang terjadi dalam hidup ku kini. Sedikit sebanyak aku mulai sedar, semua yang terjadi ini pasti kesan atas perbuatan ku dahulu yang terlalu mudah mengikut kata hati, menabur janji dan mengajar Neesa tenta

CINTA DIHUJUNG NODA 13

Image
“Ada apa lagi mama? Attar tak nak teruskan perkahwinan ni, nonsense! Janggan paksa Attar lagi, Attar dah 24 tahun dah boleh tentukan hala tuju hidup Attar sendiri, mama please jangan paksa,” suara ku kendur merayu agar mama mengerti rasa yang lama terbeban di bahu. Wajah itu ku perhatikan dalam-dalam memohon simpati naluri keibuaan darinya. “Jangan jadi pengecut Attar, jangan hanya pandai lari dari masalah!” gumam mama mendatar aku panggung wajah mencari wajah mama. Duduk yang tadi ku sandarkan ke kerusi kembali ku tegakkan. Mama sudah salah faham pada ku barangkali. “Mama jangan salah faham, Attar tak pernah sekalipun angkut Neesa ke bilik tidur! Jauh sekali nak buat perkara yang tak sepatutnya, mama kena percaya pada Attar!” rayu ku lagi. Untuk berkeras aku tahu mama juga pasti akan bertegas. Ego mama tidak boleh dilawan dengan ego, pendekatan terbaik waktu ini hanyalah merendahkan ego mama

CINTA DI HUJUNG NODA 12

Image
Sebaik mata ku buka sedikit wajah Neesa yang sedang tidur di kerusi bersebelahan katil ku terpampang di ruang mata, laju-laju aku pejamkan mata. Berfikir sejenak apakah tindakan yang seharusnya ku ambil ketika ini, untuk berhadapan realiti yang bukan aku rencanakan, adalah sesuatu yang mustahil sama sekali. Sudut bilik hospital yang bewarna merah jambu ku perhatikan satu persatu, lengang, sunyi dan kosong sama seperti hati ku saat ini. Sedang aku berusaha bangkit perlahan-lahan tangan kanan ku terasa kebas dan pedih. Ku kalih pandangan ke belakang tapak tangan yang terasa perit itu, nah jarum yang elok melekat di kulit singgah dipandangan mata, seterusnya aku kalihkan pula pandangan ke sisi katil, beg plastik berisi air tergantung kemas kini menancap mata ku pula. Aku imbas kembali peristiwa yang membawa aku terlantar di katil ini, ya aku sudah nikahi Neesa tanpa rela hati. Andai kata tok kadi bertanya persetujuan ku tadi, mati-matian akan ku kata aku tak rela sama sekali. Aku

CINTA DIHUJUNG NODA 11

Image
“Nia, masuklah.... jangan malu-malu ni rumah aku! Aku beli sendiri sejak aku dah mula kerja dengan mama,” aku memulas tombol pintu lantas menyelak daun pintu menapak masuk beriringan bersama Nia. Nia perhatikan seluruh ruang rumah yang sudah lengkap dengan pelbagai perabot buatan Malaysia. Kali ini aku sendiri memilih perabot tempatan kerana aku belum cukup mampu menghiasi apartment sederhana besar ini dengan perabot import. Aku henyakkan tubuh ke sofa sambil menyilangkan kaki di atas meja, Nia menghampiri ku lantas turut duduk disebelah memangku beg telekungnya. “Kenapa senyap?” tanya ku pendek. Dia kalih pandangan mencari pandanga mataku. “Mama tahu ke ni rumah tuan?” aku kuntum senyum, terasa sedikit berbangga dengan titik peluh sendiri aku mampu membeli apartment dipinggir bandar Kuala Lumpur dan sudah tentunya mama tidak perlu tahu akan harta ku yang satu ini.

CINTA DI HUJUNG NODA 10

Image
“Farhana?” aku soalnya semula. Dia semakin menghampiri ku lantas duduk dibirai katil. “Nor Farhana,” ujarnya menyatakan nama penuhnya barangkali. Aku ketap bibir, tak mampu mengingati siapakah gadis yang bernama Farhana ini. “Farhana mana? Aku tak kenal la....” gumam ku seraya menolak selimut lantas turun dari katil mengutip baju dan seluar yang tergantung di jendela. Dia ikuti langkah ku, ke kanan ku pergi ke situ juga dia ekori... ke kiri ku menapak ke kiri jugalah dia bergerak. “Haish.... yang kau ni ikut aku dari tadi kenapa? Ni siapa yang tanggalkan pakaian aku ni?” soal ku tidak puas hati. Berani-berani sungguh mereka memperlakukan aku seperti gigolo lorong Jalan Chow Kit. “Saya, saya yang tanggal pakaian tuan!” aku panggung wajah mencari suara seorang gadis yang datang dari arah belakang.

CINTA DIHUJUNG NODA 9

Image
Sedang leka menghitung harta kekayaan pemberian mama kepada ku, mata sempat menangkap kelibat seseorang. Gaya dan lenggok ia berjalan sama seperti yang pernah ku lihat dahulu. Aku toleh sekilas namun susuk tubuh itu hilang pula. Aku geleng kepala langsung menyambung semula kerja yang tertangguh tadi. “Attar, masuk office sekejap.” Datuk Sherry sudah naik angin. Aku menurut sahaja malas sudah bertikam lidah dengan mama. Sejak peristiwa dua tahun lepas, hubungan aku dan mama semakin pulih namun tidaklah semesra pasangan anak beranak yang lain. “Mama nak apa lagi?” gumam ku malas. Dia pandang aku dengan pandangan tajam aku mencebik tidak takut pada pandangan tajam itu. “Berapa kali nak cakap, nak diingatkan? Dekat office im your bos, not your mom!” ujar Datuk Sherry marah bila aku gelarnya mama. Aku jeling siling sekilas lantas ku henyakkan tubuh ke kerusi empuk milik CEO syarikat bertaraf internatioanl itu.

CINTA DI HUJUNG NODA 8 * JANGAN BERSEDIH *

Image
>>>> enjoice!!!!!<<<<< “Hei, you nak ke mana ni? Siapa nak jaga Attar dekat dalam tu?” suara mama kuat menyapa pendengaranku, perlahan-lahan aku menggapai kerusi roda lantas ku kalihkan tubuh sendiri dengan kudrat yang ada ke atas kerusi itu.  Duduk yang tidak selesa ku perbetulkan dan dengan berhati-hati aku gerakkan kerusi roda ini menuju ke luar bilik mencari arah datangnya suara mama. Di suatu sudut terlihat mama sedang bercekak pinggang manakala Nia hanya menunduk. Aku hampiri mereka berdua lantas mama terus sahaja diam membisu. “Mama, kenapa bising-bising ni?” soalku ingin tahu. Jelingan tajam mama menikam wajahku seketika aku hela nafas yang berat. Pasti ada sesuatu yang mama barankan!