MY NEXT HUSBAND 9 & 10


BAB 9
Hari pertama pendaftaran di kolej Matrikulasi Johor berjalan dengan lancar. Mama dan papa yang temankan aku. Noah pula tidak dapat dikesan, bila dihubungi selalunya talian tidak berjaya disambungkan. Tetapi yang hairan tu, Instagram lelaki itu sentiasa dikemaskini dengan gambar-gambar baharu. Melalui gambar yang dimasukkan ke dalam IG, lelaki itu kini sedang berada di sebuah pulau di Kepulauan Borneo. Pemandangan yang cantik, air laut yang hijau kebiru-biruan, batu karang yang indah, semuanya tentang percutian Noah tampak menyeronokkan.
“Maafkan mama dengan perlakuan Noah.”

“It’s okay ma. Sof tak ambil hati.” Aku senyum lega. Mahu tak lega bila teman gaduh tidak mencari fasal dikala aku benar-benar sibuk dengan persiapan bergelar mahasiswi.
“Balik nanti, siaplah Noah tu.”
“Mama janganlah marahkan Noah, dia belum sedia untuk semua ni, ma. Beri dia masa begitu juga dengan Sof, kami sama-sama perlukan masa untuk terima satu sama lain.”
“Baiklah, mama faham. So lepas habis sesi orientasi minggu ni, Sof balik ke rumah tau. Jangan malu-malu nak datang bermalam di sana. Rumah mama, rumah Sof juga. Mama tunggu Sof balik.”
“InsyaAllah ma. Tapi Sof ingat nak tinggal dekat Laman Seri. Arwah mama dan papa pesan, kalau mereka tiada, rumah tu akan jadi milik Sof sebab papa beli atas nama Sof.”
“Ya, rumah tu memang arwah belikan untuk Sof. Khas untuk Sof sempena genap umur Sof 17 tahun.” Beritahu mama mengimbau kembali hadiah terbesar yang pernah kuterima sebagai hadiah ‘sweet 17’ oleh kedua orang tuaku. Bagaimana mama tahu? Semuanya kerana arwah mama dan papa sendiri yang bercerita kepada rakan baik mereka yang hari ini telah menjadi keluarga mentuakuku.
“Mama, bolehkan kalau Sof tinggal di Laman Seri.”
“Boleh, tapi ada syaratnya.”
“Apa syaratnya, ma?”
“Sof kena berteman.”
“Berteman Noah? Ish tak mungkinlah ma.”
“Kalau Sof tak berteman, mama tak berani nak tinggalkan Sof bersendirian di sana.”
“So, kalau Sof ajak Pak Mud dengan Mak Tijah boleh tak?”
“Idea yang baik tu. Ajaklah mereka, mana tahu kalau mereka mahu tinggal di bandar. Siapa tahukan?!”
Aku mengangguk. Ya, Pak Mud dan Mak Tijah harus kupelawa tinggal di rumah itu sementara aku di sini. Sekiranya mereka berada di Laman Seri, sekurang-kurangnya rumah itu terjaga dan terpelihara. Tambahan pula, kedua-dua mereka sudah keluar dari rumah pusaka dan kini menyewa di kawasan lain yang jauh dari tempat Pak Mud bekerja. Kasihan! Inilah saatnya untuk aku membalas jasa lalu membantu meringankan beban yang ditanggung keduanya.

**
Seperti yang dijanjikan, hujung minggu yang tiba, kuhabiskan di rumah mama dan papa. Noah juga turut berada di ruang yang sama. Wajah lelaki itu tegang dek bebelan mama yang tidak sudah-sudah.
            “Noah, kenapa Noah layan Sof macam tu?”
            Noah Safwan senyap membatu.
            “Tak baik Noah abaikan Sof. Cubalah belajar-belajar bercinta. Terima Rindu Sofrina seadanya, dia baik dia lemah lembut dan dia sopan santun.”
“Hmmm… Kalau dah suka, semuanya baikkan mama? Semuanya sempurna walau hakikatnya orang yang mama suka tu tak ubah seperti budak-budak. Mama tengoklah pakai tudung silang ke bahu, kalau keluar tak lengkap kalau tak bawa beg galas dia tu, cermin mata besar gedabak, dengan selekeh lagi. Itu yang mama harapkan jadi menantu mama? Isteri Noah? Oh, please mama…” komen Noah sempat lagi menjeling diriku, gadis yang sudah sah menjadi isterinya.
“Apa susahnya, semua tu boleh diubah. Yang penting hati dia baik, perangai dia elok, semua tu dah mencukupi untuk bahagiakan, Noah. Ingat Noah, mencari isteri bukan tertumpu kepada penampilan luarannya sahaja, tapi hati dan kelakuannya. Mama yakin Sof boleh jadi isteri yang solehah dan menjadi penyejuk hati suami.”
“Mama, kalau tengok dia pun hati Noah dah panas, mendidih, menggelegak, jadi celah mana pula datangnya ‘penyejuk hati’ tu mama?”
“Cukup, mama tak mahu Noah pertikaikan jodoh sendiri. Sekarang, mahu atau tidak, Sof dah jadi isteri Noah. Hendak melenting, protes atau bawa sepanduk buat demontrasi jalanan sekalipun, semua tu sudah tak ada gunanya lagi. Apa yang mama harapkan, Noah boleh jadi suami yang soleh dan jadi ketua keluarga yang baik untuk Sof. Ingat Noah, mama tak mahu Noah lukakan hati Sof. Dia anak yatim piatu.”
“Ma…”
Enough! Mama tak mahu dengar apa-apa lagi. Ingat Noah, siapa yang jadi punca Sof kehilangan ibu dan bapanya?”
Noah terdiam. Aku hanya mendengar. Jujurnya aku juga mula dihimpit perasaan kesal kerana bersuamikan lelaki seperti dia. Jelas Noah benar-benar sukar menerima kehadiranku sebagai isterinya.  Namun, aku sedar setiap yang berlaku adalah atas izin yang Maha Esa. Mungkin inilah hukuman terhadap perbuatan Noah kerana melanggar hukum agama manakala dipihakku pula, ini dianggap ujian dari Tuhan yang mahu menguji sejauh mana sabar dan redaku terhadap sesuatu kejadian.
“Kejap lagi mama dan papa nak keluar, ada event dekat KLCC. Noah jangan kemana-mana, temankan Sof di rumah.”
Noah angkat wajah bersama pandangan tidak puas hati.
“Ingat pesanan mama ni, Noah.”
“Ish, rimas betullah. Dia dah besar panjang kut! Takkan nak berteman bagai!” Kerusi ditarik lalu Noah melabuhkan duduknya dengan wajah masam persis sekilo asam keping tumpah ke dalam masakan.
“Apa pula nak rimasnya? Temankan isteri sendiri pun nak rimas?”
“Yelah-yelah!”
“Sof, apa termenung lagi? Makanlah… lepas tu boleh berehat-rehat. Esok nak balik kolejkan?” Aju mama kusambut dengan anggukan.
“Hah, Noah… tahu tak Sof dapat matrikulasi mana?”
“Malaslah nak ambil tahu.” Jus oren disedut lalu bicara mama disambut dengan acuh tak acuh.
“Noah ni memang nak kena ke apa? Langsung tak ambil tahu tentang isteri sendiri.”
“Kenapa pula? Mama ni tak habis-habis nak control hidup Noah.” Rungutan itu mula kedengaran walaupun nada yang digunakan masih perlahan dan terkawal.
“Susah sangat ke nak faham arahan mama?” Mama pula menyoal serius.
“Hish…” Noah sudah tunjuk muka tidak berkenannya pada aku dan juga mama. Gelas yang disentuh juga sudah diletakkan semula dan buah potong yang menyelerakan itu direnung kosong. Seperti lelaki itu sedang berfikir sesuatu.
“Payah betul nak dengar nasihat mama. Bila mama suruh, ikut sajalah. Banyak soal, banyak mengelak, banyak alasan. Sejak bila Noah jadi begini? Tak senyapkan mulut mama dan asyik buat mama susah hati. Kenapa Noah jadi macam ni? Susah sangat ke nak faham apa yang mama suruh?”
Pang!!! Noah hentak tapak tangan ke atas permukaan meja. Waktu ini aku sudah terkejut manakala mama pula terdiam. Kelu seribu bahasa bila Noah bertindak sebegini.
“Ya, memang susah! Memang Noah banyak beri alasan. Memang Noah banyak mengelak dan semua ni berpunca dari sikap mama sendiri. Puas hati mama!” Noah bangkit lalu mengorak langkah ke muka pintu.
“Nak kemana pula tu? Sof, siapa nak temankan?”
“Sof! Sof! Sof! Dah tak ada nama lain lagi ke yang Noah kena dengar dan hadap hari-hari? Noah bosan tahu tak? Bosan!!!”
“Noah!” Pekik mama masih belum berputus asa. Aku pula sudah dihambat rasa bersalah. Kerana kewujudanku, hubungan dua beranak ini berantakan. Kasihan mama, kasihan juga pada Noah. Namun aku lebih mengasihani diri sendiri yang menjadi yatim piatu kerana kecuaian insan lain.
“Sof, maafkan mama ya.”
“It’s okay ma. Sof tak salahkan mama.”
“Sof, minumlah dulu ya. Mama nak bersiap, kejap lagi papa balik tak sempat pula mama nak bersiap. Lepas papa sampai ke rumah, mama dengan papa akan terus ke KLCC. Nanti mama akan pastikan Noah temani Sof kat rumah. Don’t worry ya sayang.”
“Tak teman pun tak mengapa, ma. Sof dah biasa.”
“Tak boleh macam tu, Sof. Dah kahwin kan? So, tanggungjawab suami untuk temankan si isteri di rumah. Dah, jangan risau… nanti Noah temankan Sof okey.”
Aku mengangguk bersama senyuman hambar. Jika Noah tidak menemani aku sekalipun, aku tidak terasa hati kerana aku sudah terbiasa bersendirian di rumah apabila arwah mama dan papa menghadiri majlis-majlis korporat. Namun, mama yang mungkin tidak biasa dengan situasi ini bersungguh-sungguh mengarahkan Noah menemani diriku. Entah apa pula yang terjadi malam ini, sukar untuk kujangkakan.
















BAB 10
Aku pisat mata apabila mendengar bunyi bising di tingkat bawah, beberapa saat kemudian aku kalihkan pandangan mencari jam dinding. Dengan berteman remang cahaya lampu tidur yang suram, aku pusatkan pandangan ke arah jam berbentuk empat segi tepat itu. Baru sahaja menginjak angka dua belas tengah malam. Aku bangkit lalu duduk melunjur, dari tempat aku berada, kurenung keluar jendela. Hujan masih lagi lebat seperti awal-awal tadi, namun kali ini titis air yang dingin itu turun diiringi dengan dentuman guruh dan kilat yang sambung menyambung.
Dummm!!! Bunyi daun pintu ditolak dari luar lalu berlaga dengan dinding konkrit membedil gegendang telinga. Aku kalihkan wajah dan di saat itu terpacul wajah Noah yang basah kuyup. Mungkin lelaki itu terkena tempias hujan.
“Err, awak… awak okey?” Aku cuba bangkit lalu berdiri tegak di hujung katil.
“Aku tak pernah okey selagi kau ada depan mata aku.”
“Saya minta maaf.” Nadaku perlahan supaya hatinya sejuk dengan intonasi lembut yang kuperdengarkan. Namun usaha dan lakuku tidak sampai ke hati itu.
“Aku benci kau! Sebab kau, aku dapat susah!”
“Saya minta maaf.”
“Ah, senanglah kau cakap. Semua orang boleh minta maaf, tapi yang tanggung akibat daripada perkahwinan bodoh ni aku! Dan yang kena hadap, aku! Aku! Semua yang berlaku kerana kau! Kalau kau tak wujud dalam hidup aku, aku pun tak susah macam ni.” Ucap Noah sambil menumbuk dadanya berulang kali.
“Okey, kalau betul semua ni salah saya, dengan rendah diri saya mohon maaf!”
“Maaf aje tak cukup untuk pulihkan keadaan!”
“Habis, awak nak saya buat apa?”
“Aku nak tahu sama ada kau masih nak jadi isteri aku atau tidak?” Soal Noah sambil mengunjuk jari telunjuk tepat ke wajahku. Aku telan liur dan menyuarakan apa yang kurasa ketika ini.
“Saya masih nak jadi isteri awak.” Sahutku perlahan tanpa segan ataupun silu. Dan aku putuskan keputusan ini kerana aku sudah tiada sesiapa selain dia dan keluarga ini.
“Kau nak apa daripada aku? Kenapa aku nak teruskan prkahwinan ni? Kenapa? Apa yang kau dapat?”
“Saya tak nak apa-apa. Cukuplah saya jadi isteri awak sebab saya dah tiada sesiapa di dunia ni, Noah.”
“Kau faham tak yang aku tak nak jadi suami kau! Payah sangat ke kau nak tangkap apa yang cuba aku maksudkan?”
“Apa yang awak nak cakapkan ni?” Aku sudah mula menangis.
Sudahlah yatim piatu, bila bersuami, suami pula tidak inginkan diriku. Jadi, kemana hala tuju hidup ini andai Noah usir aku daripada kehidupannya?
“Minta cerai daripada aku!”
“No! Saya takkan minta cerai daripada awak.”
“Baiklah, kalau kau tak nak ikut arahan aku. Tak apa! Aku yang akan buat kau minta cerai secara terpaksa!” Noah tiba-tiba melangkah mendekati. Dengan senyuman yang tampak menggerunkan itu, Noah kulihat berbeza daripada Noah yang pernah aku kenali.
“Awak, awak nak buat apa ni?” Gumamku dengan riak wajah gusar.
“Aku nak buat kau minta cerai daripada aku.” Usai dia berkata-kata, Noah tarik hujung bajunya lalu menanggalkan daripada tubuh.
Aku terkelu. Jangan-jangan Noah mahu mendatangiku secara kasar dan terhina? Ah, tidak… aku tak mahu!
“Awak… jangan apa-apakan saya?”
“Kau dah terlambat Rindu Sofrina!” Tubuh lelaki itu semakin menghampiri manakala aku pula berundur setapak, dua tapak dan akhirnya terperangkap di antara dinding dan juga dirinya.
“Awak…” Belum sempat aku menghabiskan kata, Noah terus menolak tubuhku jatuh ke atas katil lalu mendindih tubuh ini. Dengan gerakan pantasnya juga, dia menekup mulutku agar aku tidak lagi bersuara. Dan ketika mulut terkunci, pergerakanku mati, air mata ini menjadi saksi aku dikasari oleh suami sendiri.

Comments

Popular posts from this blog

CERPEN MILIK ENCIK POLIS PART II