ZINE & NOVEL BARU (PRE ORDER)
Untuk Tempahan Boleh Klik Link Berikut:
Blurb zine SELAMAT DATANG CINTA
Cinta pandang pertama? Mungkin bukan milik Jay, bukan juga milik Naurah.
Antara Jay dan Naurah, mereka hidup berjiran. Tidak pernah bersua muka dan tidak pernah ambil peduli hal jiran tetangga.
Namun satu kejadian, menjadi punca keduanya bersengketa.
"Hoi jiran! Bela kucing pandai, tahi kucing tak pandai pula kau nak buang!" - Jay
"Hoi jiran, itu bukan kucing akulah! Sedap-sedap je menuduh!" - Naurah
Jay menuduh Naurah sebagai tuan kucing yang tidak menghormati masyarakat sekeliling.
Naurah pula menganggap Jay, manusia yang tiada belas ehsan pada makhluk yang lemah.
Perbezaan itu menjadi punca persengketaan yang tidak pernah habis.
Suatu hari, Jay terhidu bau busuk yang datang dari rumah sebelah, iaitu rumah Naurah.
Pada firasat Jay, pasti ada mayat yang disembunyikan di rumah tersebut.
Sama ada Naurah yang menjadi dalang atau gadis itu yang menjadi mangsa. Jay tidak pasti kerana tiada petanda yang dapat memberi jawapan disebalik persoalan yang bermain di fikiran.
Tambahan pula, kelibat Naurah tidak kelihatan sejak akhir-akhir ini. Rumah itu sepi tanpa penghuni. Kucing-kucing jalanan yang selalu berkunjung di hadapan rumah itu juga seakan lenyap dari pandangan mata Jay.
"Mayat siapa yang ada dalam rumah tu?"- Jay
Antara rasa bimbang dan curiga, Jay paksa diri memecah pintu yang selama ini menjadi pemisah dua manusia yang tidak pernah bersua muka.
Hasil pertemuan itu membuatkan Jay terkedu dan kelu. Mulutnya bagai terkunci untuk terus bersuara. Apakah yang ditemui oleh Ayden Jayden?
Ketahui selanjutnya dalam zine Selamat Datang Cinta
Wasap kombo
Kombo Letop (1 novel 2 zine rm63 sm/ RM 67ss)
😊
100 gift percuma utk 100 pembeli terawal.
Aulia Iman Novelis
Tajuk : Pasangan Yang Ditakdirkan
Penulis : Novelis Aulia Iman
Dapatkan di Bilik Mawar atau order melalui saya http://www.wasap.my/+60134239065/zinepyd
Blurb:
JULIA SAFYA, seindah nama dan semanis orangnya. Bekerja sebagai pereka dan perunding kad perkahwinan, telah mempertemukan Safya dengan pelbagai ragam manusia. Salah seorangnya adalah Aniq Zackry.
Lelaki yang sentiasa menguji sabar seorang gadis sepertinya. Namun, wujudnya Tunku Safwan sedikit sebanyak melegakan hati Safya yang selalu panas dengan sikap menjengkelkan lelaki itu.
Benarlah kata orang, sabar itu ada hadnya. Tanpa diduga, Safya meletak jawatan setelah sekian lama memendam rasa dengan karenah klien yang entah apa-apa ditambah pula sikap majikan yang sentiasa menyebelahi pelanggan berbanding dirinya yang berhempas pula bagi memastian kelancaran urusan syarikat.
Berita Safya meletak jawatan sampai ke pengetahuan Aniq. Dia yang menjadi punca kejadian itu berlaku, mula dihambat rasa bersalah. Baginya dia harus bertanggungjawab terhadap apa yang telah berlaku.
“I tahu… perbuatan I melampau! I’m so sorry Cik Safya!” – Aniq
“Mudah sangat you minta maaf!” – Safya.
Namun, sejak dari peristiwa itu, wujud sekeping poskad bersama sebungkus makanan menemani hari-hari yang berlalu.
Kau dan aku adalah sebuah rasa. Rasa yang tumbuh lalu bercambah menjadi cinta.
Haih, lain macam sungguh kiriman poskad yang diterima. Semakin hari semakin puitis. Dan poskad yang Safya terima hari itu nyata berbeza berbanding sebelum-sebelum ini. Safya dihambat keliru dan kabur tentang si pengirim rahsia itu sehinggalah satu panggilan telefon merungkai misteri si pemberi poskad yang saban hari tidak putus asa melayangkan kata-kata puitis untuk tatapan matanya.
Yang hilang senyumanmu.
Yang kulihat raut sepimu. Kembalilah tersenyum.
Kerana aku rindu pada pesonamu.
Siapakah jejaka itu? Adakah Aniq yang masih tegar menanti kata maaf? Atau Tunku Safwan yang baik hati orangnya? Atau itu semua kerjanya Si Agus, teman sepejabat? Semuanya bakal terjawab dalam naskah Pasangan Yang Ditakdirkan..
NOVEL : LELAKI ITU DAN PESONANYA
Maira
Irsa, dia gadis jelita, berperwatakan menarik tetapi sedikit angkuh dan
menyombong diri. Hidupnya sentiasa prejudis apatah lagi setelah bertemu dengan
seorang ustaz muda bernama Firhad.
Teguran
ustaz itu menjadi punca hatinya membenci. Tanpa alasan, kebencian Maira semakin
menjadi-jadi. Yang buruk atau salah itu sentiasa milik Firhad. Tiada lagi keistimewaan atau kebaikan yang
dapat dilihat melainkan perasaan benci yang tidak bertepi.
“Okey, saya tahu saya salah. Saya nak minta
maaf sebab cium awak.”- Maira
“Tentang
perkara tu, saya dah pun maafkan awak. Sekarang, saya nak balik, dah lewat!”-
Firhad
“Urusan
kita?”-Maira
“Urusan apa
ni, Maira? Saya tak faham.”- Firhad
“Urusan
berkaitan perkahwinan kita! Tadi saya dah cakap, awak kena kahwin dengan saya!”-
Maira
Anak muda
yang punya pesona itu menjadi sasaran terhadap kebenciannya. Tapi wajarkah Maira
mengorbankan diri demi kepuasan sendiri?
Itu Maira
tidak peduli, dendam dan amarah lebih mengatasi segala-galanya. Pada
fikirannya, sebaik sahaja dia beroleh sesuatu yang diinginkan, Firhad akan
ditinggalkan begitu sahaja. Itu tekad dan dendam seorang gadis yang kering
hatinya.
Waktu
berlalu, dendam Maira masih samar-samar. Jalan untuk melunaskan matlamat
jahatnya bagai dipenuhi onak dan duri. Lelaki itu masih dengan pesonanya. Dia yang
membenci seakan tewas dengan perasaan sendiri.
Firhad
pula masih menanti petunjuk untuk meneruskan perkahwinan atau membiarkan Maira
dengan kehendaknya. Dia keliru! Dia ragu!
Lantas, keraguan
itu membawa dirinya pergi mencari jawapan untuk persoalan yang belum berjawab. Sewaktu dia beroleh jawapan yang diinginkan, Maira pula sudah mengundur diri daripada meneruskan 'permainan' yang dicipta.
Di saat
Firhad berlari menuju ke penamat sebuah perlumbaan, Maira yang hampir
tiba ke garisan, sudah menghentikan langkah lalu berpaling meninggalkan
perlumbaan yang belum berakhir.
Adakah
Firhad membiarkan Maira pergi begitu sahaja? Atau membawa gadis itu mengakhiri perlumbaan bersama dengannya?
Semuanya bakal terjawab dalam naskah Lelaki Itu Dan Pesonanya.
UNTUK ORDER KLIK LINK WASAP BERIKUT:
Comments