CINTA DIHUJUNG NODA BAB 35
Sedang
aku leka melakukan kerja-kerja pejabat, deringan telefon kedengaran nyaring menyapa
gegendang telinga. I-phone ku keluarkan dari poket seluar lantas punat hijau
yang terang bercahaya ku tekan laju.
“Nia!”
sepatah perkataan itu terungkap dari dua ulas bibir yang tadi dibasahi kopi pra
campuran yang disediakan oleh Lili.
“Hello,”
ucap ku kepada pemanggil di sebelah sana.
“Hello,
Assalammualaikum Encik Attar. Nia ni,” gumam Nia ceria di hujung sana.
“Hai
sayang, buat apa tu?” aku ketawa kecil sebaik suara Nia menyapa. Gembira pula
hati ini apabila sesekali mendapat
panggilan telefon dari Nia
“Nia
rindu abang,” gumam Nia gemersik. Aku senyum segaris walau Nia tidak dapat
melihatnya.
“Abang
pun rindukan Nia, lama kita tak makan tengahari berdua. Nia datang ofis abang
boleh tak? Kita lunch sama-sama,” pinta ku ingin bermanja dengan Nia.
“Nia
tak bawak kereta bang,” balas Nia di hujung corong telefon.
“Oh
abang lupa, kereta Nia masuk workshopkan! Okey macam ni, sekejap lagi abang
jemput Nia dekat butik. Pakai lawa-lawa tahu,” pesan ku sengaja mengusik
dirinya. Ada tawa halus yang kedengaran di sebelah sana.
“Oh...
selama ni khemah bergerak macam Nia ni tak cantiklah ea?” tebak Nia masih dalam tawanya. Aku turut ketawa saat Nia
menyamakan dirinya yang berjubah seperti khemah bergerak. Tak terjangka minda
ku untuk berfikir hingga ke tahap itu.
“Memanglah
tak cantik! Tapi....” sengaja ku lambat-lambatkan bicara.
“Tapi apa...?” Nia masih melayani gurau senda dari ku. Ceria sungguh Nia hari ini, asyik ketawa sahaja. Senang hati ini!
“Tapi apa...?” Nia masih melayani gurau senda dari ku. Ceria sungguh Nia hari ini, asyik ketawa sahaja. Senang hati ini!
“Tapi
sweet dan cute, abang rindu!” ungkap ku penuh makna.
“Nia
memang cute dan sweet, abang je yang tak perasan tentang kecomelan dan
kemanisan Nia.” sekali lagi aku dengar Nia ketawa halus. Seronok benar dia
memuji diri sendiri, dan aku juga gemar mendengar dan melihat Nia seperti ini.
Tenang hati ku tatkala mendengar gelak ketawa Nia. Bagai hilang segala masalah
yang terbeban sejak akhir-akhir ini.
“Yelah
sayang, sayang abang ni memang comel dan manis. Hari-hari pandang Nia, mesti
abang boleh jatuh sakit!” gumam ku selamba dan Nia hentikan tawanya sejenak.
“Kenapa
pulak abang boleh jatuh sakit?” soal Nia, nada suaranya bagai kehairanan dengan
patah bicara ku tadi. Aku senyum lagi!
“Sebab
sayangkan manis, tengok lama-lama boleh hidap diabetis.” Gurau ku membuatkan
Nia kembali ketawa.
“Abang
ni, main-main tahu! Nia ingatkan betul-betul boleh hidap diabetis,” tawa itu
masih kuat di pendengaran ku.
“Hasihhh..
cukup-cukup. Jangan ketawa sangat, sekejap lagi abang datang jemput Nia di
butik. Jangan lambat ya sweety,” gumam ku lagi.
“Okey
Mr. boyfriend, Nia tunggu abang.” Balas Nia di sebelah sana.
“Okey
abang sayangkan Nia, ermmmuuuuwaah!” aku rapatkan bibir dan bunyikan sebegitu
untuk Nia ibarat mengucup isteri ku sendiri.
“Eii...
malulah Nia. Gatal!” gumam Nia perlahan.
“Gatal
dengan isteri sendiri. Digalakkan dalam
hubungan!” sambut ku bersulam tawa kecil.
“Sayang
abang juga, love you.” Balas Nia perlahan.
“Abang
letak dulu,” pinta Nia agar aku menamatkan talian terlebih dahulu.
“Nia
la.... abang tak boleh letak! Nanti rindu,” ucap ku menolak.
“Abang
letak dulu, Nia tak biasa!” balasnya pula.
“Abang
lagilah tak biasa, Nia letak dulu! Abang nak dengar sayang letak phone,” ucap
ku dalam senyuman.
“Nia
pun nak dengar abang letak phone, abang letak dulu okey,” pinta Nia namun aku
enggan menurut.
“Kalau
macam ni, sampai bila tak habis, abang... abang!” gumam Nia dalam tawa
halusnya.
“Okey,
macam ni la! Nia letak dulu, sebab Nia yang call abang.” Aku cadangkan pada Nia
dan sekali lagi dia menolak.
“Kalau
Nia dah call, abang la letak pula. Kesian dekat Nia bang,” rayunya memancing
simpati ku.
“Hessyyy
macam mana ni?” hati kecil ku berbicara.
“Okey,
kita kira sama-sama boleh? Lepas tu kita letak serentak!” usul ku dan
dipersetujui oleh Nia.
“Satu....
dua... tiga.....” Aku dengar Nia letak ganggang telefon. Aku ketawa, akhirnya
Nia terperangkap juga. Sukar sebenarnya untuk menamatkan panggilan telefon bila
suara Nia yang ku dengar! Memang aku benar-benar angau pada wanita itu!
I-phone
ku letakkan semula di sudut kanan meja, kerja yang tergendala tadi ku mulakan
sekali lagi. Sebentar lagi waktu rehat tengahari, aku akan bergegas ke Shah
Alam untuk menjemput Nia dan ingin ku bawa Nia menikmati makan tengahari
bersama-sama setelah berkali-kali keinginan ini terhalang oleh masa dan
situasi.
Menjengah
jam satu petang, aku kemas meja yang bersepah, fail ku letakkan di rak,
manakala kertas-kertas conteng yang bertaburan di atas lantai ku kutip satu
persatu lalu ku sumbat ke dalam bakul sampah.
Kemeja
yang tersarung ku kemaskan sedikit, butang lengan baju ku tanggalkan lalu ku
lipat hingga ke paras siku. Setelah berpuas hati dengan penampilan diri, aku
hayun langkah menuju ke lobi dan seterusnya bergerak ke arah parking kereta
mendapatkan kenderaan itu.
Enjin
AUDI telah ku hidupkan, cermin sisi dan
cermin pandang belakang telah ku betulkan kedudukannya. Sejurus itu, kereta
bewarna hitam ini ku pandu menuju ke Shah Alam untuk menjemput Nia di sana.
Setengah
jam terperangkap di atas jalan raya yang sesak, kereta yang ku pandu tiba di
perkarangan SACC Mall, Shah Alam. Nia sudah berdiri di seberang jalan sana
sambil melambai-lambai ke arah ku. Aku membalas lambaian darinya dan dengan
langkah lemah gemalainya, Nia datang mengorak langkah mendekati kereta yang ku
hentikan di bahu jalan.
“Hai
sayang, dah lama tunggu? Sorry, jalan sesak tadi.” Gumam ku sebaik Nia membuka
pintu kereta dari arah luar.
“Baru
je abang,” tangan ku digapai lalu dikucup penuh mesra. Itulah sikap Nia yang
cukup menyenangkan hati ini. Sejuk dan tenang sahaja bila dia lakukan sebegitu
saban hari!
“Kita
nak makan di mana ni?” soal ku lantas menghidupkan enjin kereta. Pedal minyak
ku tekan perlahan lalu menyusur AUDI di atas jalan raya yang dipenuhi kenderaan
namun trafik masih bergerak lancar seperti biasa. Sesekali aku kerling Nia dan
seperti biasa Nia membalas jelingan ini dengan sebuah senyuman.
“Nia
tak kisah, abang nak makan apa hari ni?” soalan di balas dengan soalan.
“Abang
rasa nak makan asam pedas, dah lama teringinkan asam pedas. Di mana nak dapatkan asam pedas yang sedap eh
sayang?” soal ku sambil telan liur. Terasa terliur pula dengan tiba-tiba.
“Setahu
Nia dekat Setia Alam ada kedai yang jual asam pedas, mee bandung Muar pun ada.
Nia teringin nak makan mee bandung Muar.” Gumam Nia teruja.
“Sedap
sangat ke mee bandung tu sayang?” aku pandu kereta berhati-hati. Sesekali mata
meliar memerhatikan pemakaian Nia yang tampak berbeza kali ini. Penampilannya kelihatan menawan dalam
persalinan ibu mengadung yang bewarna hijau pucuk pisang dan sehelai tudung
bawal tiga tona yang tampak pelik dan tidak sekata warnanya. Mungkin ini fesyen
tudung yang terbaru, aku sendiri tidak mengikuti fesyen-fesyen yang mula
mengambil tempat di hati kaum wanita. Tahu-tahu sahaja, muncul pelbagai jenis
design dan cara pemakaian yang saban hari semakin aneh pada pandangan mata ku.
“Sedap
sangat! Abang cubalah nanti, mesti abang pun suka.” Tambah Nia lagi.
“Tak
naklah, abang nak makan asam pedas jugak. Dah lama abang cari, tapi tak
jumpa-jumpa. Apa nama kedai tu sayang?” aku tidak sabar lagi untuk ke sana.
Kecur sudah dirasakan dan keinginan ini melonjak-lonjak untuk segera menikmati
kesedapan asam pedas yang dimaksudkan.
“Seingat
Nia nama kedai tu Masakan Melayu Johor. Wah tak sabarnya nak makan mee bandung,
abang bawa la laju sikit!” ucap Nia memaut erat lengan ku.
“Eh,
mana boleh macam tu, bahaya! Jalan pun sesak ni!” sambut ku bersungguh-sungguh!
“Ala
Nia gurau je! Luculah abang tayang muka terkejut macam tu!” ucap Nia dalam tawa
yang bersisa. Aku geleng kepala, Nia sudah pandai bergurau sejak akhir-akhir
ini. Satu pekembangan positif!
“Okey
sayang, meh peluk abang kuat-kuat. Sejuk tiba-tiba,” aku tersengih sengaja
menunjukkan gigi yang tersusun kemas. Nia menampar dada ku sekali sambil
merebahkan kepalanya ke bahu ini.
“Abang
ni mengarutlah! Sejuk? Tengah-tengahari yang panas macam ni abang boleh kata
sejuk? Pelik!” Ujar Nia bersama senyuman.
“Hehe...
sejuk bermakna sayang, bukan sejuk tanpa sebab!” gumam ku membuatkan Nia
mencebik. Aku ketawa kecil melihat reaksi Nia, sudah lama aku tidak bergurau
mesra bersama Nia apatah lagi sering kali kasih ini teruji dengan pelbagai
masalah yang entah dari mana munculnya.
“Abang
jangan nak fikir bukan-bukan ya, kita nak pergi makan tau.” Ucap Nia tegas
sambil jari telunjukknya bermain-main dengan tali leher yang masih lagi
tersangkut di leher.
“Abang
tahu kita nak pergi makan tapi tak salah kalau tiba-tiba abang terfikir yang
bukan-bukan. Dengan Nia, abang memang tak tahu malu!” balas ku cuba menyakat
Nia. Dan reaksi yang ku terima sama seperti yang aku jangkakan.
“Ishhh....
malulah Nia. Abang takpe la... memang tak tahu malu.” Getus Nia mencubit
pinggang ku sekali.
“Aduh
sakit Yang,” aku pura-pura sakit minta dipujuk dan dirayu oleh Nia.
“Nia
sayangkan abang,” pujukan yang ku pinta tidak dilayan tetapi Nia sedang
menuturkan sesuatu yang cukup aku inginkan ia disebut berulang kali dari dua
ulas bibir mungil itu. Tangan kanan itu ku raih lalu ku bawa rapat ke bibir ,
sebuah kucupan ku jatuhkan di setiap jari jemarinya yang runcing. Senyuman itu
terbias di wajahnya, aku pandang dirinya penuh kasih yang semakin dalam berakar
umbi di hati.
“Abang
sayangkan Nia juga, malam nanti abang nak bawa Nia jalan-jalan. Nia mesti ikut,
abang tak nak Nia bagi alasan. Keputusan abang muktamad! Sayang wajib ikut
abang malam ni,” Ucap ku masih tenang memandu. Jari jemarinya masih ku genggam
erat. Tidak mahu berpisah walau sesaat!
“Kemana?”
pendek Nia bersuara.
“Kita
jalan-jalan di I-CITY. Banyak kali abang nak bawa Nia ke sana, tapi selalu
sangat tak jadi! Sayang minat tak?” soal ku berharap Nia mempunyai keinginan
untuk ketempat seperti itu. Sepanjang hidup bersama Nia, belum pernah lagi aku
membawa Nia ke tempat-tempat seumpama
itu, dan mahukah Nia menurut jika aku mempelawanya.
“I-CITY?
Boleh jugak, kita tengok lampu! Mesti cantikkan!” ucap Nia teruja. Kepalanya di
jarakan dari bahu ku lantas wajah ku dijamah dengan pandangan tajam Nia.
Sekejap sahaja tingkah Nia berubah! Apa pula kali ini agaknya?
“Abang
nak bawa mama dan Neesa sekali ke?” pertanyaan Nia membuahkan senyuman di
bibir.
“Taklah
sayang, kita berdua je. Insyaallah abang tak bawa siapa-siapa, kalau boleh
abang nak berdua dengan Nia.” aku terangkan duduk perkara sebenar dan ketika
ini Nia tampak lebih tenang dari tadi. Wajah itu ku pandang sekilas, bagai ada
sesuatu yang terkurang di situ.
“Eh,
mana purdah sayang? Tak pakai ke hari ni?” dan akhirnya keanehan yang cuba ku
cari terjawab juga. Niqab yang selalu menemani wajah itu kini tidak pula
kelihatan.
“Nia
tak pakai hari ni bang, muka Nia
berpeluh... sejak mengandung ni Nia cepat rasa panas dan tak selesa. Maafkan
Nia ya abang,” mata bundar itu memerhatikan raut wajah ku penuh mengharap.
“Abang
tak perlu beri maaf pada perkara yang tidak mendatangkan dosa. Lagipun sayang
tak pakai purdah bersebab, lagipun muka
bukannya aurat. Abang tak kisah, cuma abang ada rasa cemburu bila ada yang pandang sayang
lama-lama.” Aku hamburkan kata hati yang cukup terseksa andai kecantikan Nia
menjadi habuan dan tatapan lelaki mata keranjang.
“Terima
kasih abang.” Aku dengar Nia mengungkap kata-kata itu. Aku hanya senyum sebagai
menjawab patah bicara yang dilontarkan tadi. Pemanduan ku teruskan hingga
melewati tempat meletak kenderaan, enjin ku matikan dan Nia ku pandang bersama
sebuah senyuman mesra.
“Dah
sampai ni, jom turun. Tak sabar nak makan,” Nia juga bangkit lalu menolak pintu
kereta dari arah dalam setelah kereta ku parking di lot hujung sederet dengan
kenderaan lain. Suasana panas Setia Alam ku perhatikan sekilas, lalu Ray Ban
yang terletak di dashboard kereta ku gapai lalu ku sarungkan.
“Nia,
cuba tengok! Kacak tak?” persoal ku pada Nia. Dia mendekati tubuh ku lalu
cermin mata yang tersarung ditanggalkan lalu mata ini bertentang dengan
pandangan mata bundarnya!
“Kacak
sangat!” jawab Nia sepatah lalu meletakkan semula Ray Ban ke tempat asalnya.
“Kacakkan!”
sambut ku sambil memperkemaskan kedudukan Ray Ban yang disarungkan oleh Nia
sebentar tadi. Aku tersenyum Nia juga pamer senyuman bersulam tawa halus.
“Abang..
abang, macam-macamlah!” ungkapnya ku sambut dengan riak selamba. Memuji diri
sendiri tiada salahnya!
“Jom
abang,” tutur Nia! Dengan berpimpin tangan, aku melangkah masuk ke dalam
restoran yang menyajikan makanan kampung ala masakan Johor sambil mata meliar
memerhatikan lauk pauk yang banyak tersaji di hadapan mata.
note: sambungan yang dulu.. cerita ni raw, tak diedit dan x diubah apa-apa. maaf ye if byk typo or apa2 yg tak kena. manuskrip ni tahun 2012 masih baru2 menulis. of course la byk kesilapan ye dok?
assalamualaikum. bye
note: sambungan yang dulu.. cerita ni raw, tak diedit dan x diubah apa-apa. maaf ye if byk typo or apa2 yg tak kena. manuskrip ni tahun 2012 masih baru2 menulis. of course la byk kesilapan ye dok?
assalamualaikum. bye
Comments