cinta di hujung noda 34
Aku hela nafas yang
terasa berat menghimpit dada, sakitnya hanya tuhan yang tahu. Ya Allah, kuatkan
dan tabahkan hati ini semoga aku dapat terus bertahan sehingga sampai masa untuk
aku kembali kepadaMu. Berikan aku kesempatan untuk aku melihat zuriat ku nanti
kerana aku benar-benar rindukan kehadirannya dan aku amat ingin sekali
mengendong darah dagingku sendiri.
Guruh masih berdentum
di dada langit, aku perhatikan langit yang kelam. Hujan masih mencurah-curah
membasahi bumi yang beberapa hari ini kering kontang, sesekali rindu terhadap
insan yang pernah bersama ku dahulu datang menjengah. Apa khabar agaknya Nia
dan buah cinta kami, Qalisya dan Neesa, mama juga abah. Semuanya insan yang
amat ku rindu dan amat ku kasih hingga mendorong aku lakukan semua ini andai
ditakdirkan aku pergi dahulu, harapan ku agar mereka tidak terlalu bersedih dan
berduka berhadapan takdir itu.
Aku renung pada kesan
bengkak di lengan, semalam sampel darah ku diambil lagi. Diuji dan dianalisis
sekali lagi, pulang sahaja dari hospital aku singgah sebentar di masjid, beriktikad
di sana sehingga subuh menjelma sebelum meminta Erin datang menjemput lalu
menghantar aku pulang ke rumah.
Keputusan telah ku
buat, sebaik Nia melahirkan zuriat aku nanti secara automatiknya akan jatuh talak
yang ku lafaskan padanya. Ini yang terbaik buat Nia, aku mahukan anak ku nanti
berayah dan Nia dijaga dan disayangi oleh seorang lelaki yang sudi dan ikhlas
menerimanya setelah ketiadaan ku nanti. Dan Aiman mungkin dia lelaki yang
terbaik buat Nia kerana lelaki itu cukup serba serbi. Ya dia sempurna pada perkiraan
ku berbanding aku yang serba kekurangan ini.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>.
“Encik Akhtar, kami
memerlukan persetujuan encik untuk teruskan pembedahan mencegah penyakit yang
encik tanggung sekarang ini. Apa yang pihak kami perlukan, encik harus memenuhi
syarat yang ditetapkan. Jika tidak, pembedahan ini tidak dapat dilaksanakan dan
kemungkinan risiko penyakit encik merebak akan bertambah tinggi, dan pada tahap
ini kami berharap agar encik dapat berbincang dengan ahli keluarga tentang apa
yang kami cadangkan. Kami hanya mampu bertindak jika encik bersetuju, jika
tidak kami tidak mampu melakukannya sendirian.” Kata-kata doktor pakar itu
terngiang-ngiang sekali lagi. Dari mana dan bagaimana mencari ia dalam masa
terdekat ini? Pada siapa untuk aku bergantung harap? Pada mama? Semua itu tak
mungkin, harta dan wang ringgit tak mampu mengembalikan kesihatan aku seperti
sedia kala. Jika dahulu aku lumpuh, aku sakit dan kembali pulih kerana kekayaan
yang membuatkan aku boleh lakukan apa sahaja, namun kali ini Allah membuka mata
aku. Harta dan kekayaan melimpah ruah bukan jaminan sebuah kesihatan. Dan aku
akur dengan ketetapan yang direncanakan untuk perjalanan hidup ku.
“Doktor ada tak cara
lain? Tolonglah doktor, usahakan sesuatu untuk saya,” rayu ku lagi hingga
terlupa doktor juga manusia biasa bukan tuhan yang mampu memberi segala apa
yang ku pinta.
“Encik Attar, maafkan
kami. Kami hanya mampu berusaha, selebihnya ia terpulang kepada ketentuan
tuhan. Kami harap encik bersabar dan boleh memberi keputusan dalam masa yang
terdekat. Berbincanglah dengan ahli keluarga, dan dapatkan sokongan mereka.
Insyaallah encik lebih bersemangat meneruskan hidup,” gumam doktor itu lagi.
“Doktor, saya tahu ini
jalan terakhir yang saya ada, tapi dari mana dan dari siapa untuk saya
dapatkannya? Saya buntu doktor!” jawab ku terus terang dan doktor yang sudah
berusia awal lima puluhan itu diam seketika. Aku tahu, dia juga buntu apatah
lagi penyakit yang ku alami bukan penyakit yang akan sembuh hanya apabila aku
memakan ubat. Hanya pembedahan sahaja mampu mengurangkan risiko dan kesan buruk
penyakit ini.
“Maaf encik Attar,
pihak kami hanya mampu menasihati pihak encik. Segala keputusan yang berkaitan
adalah dibawah tanggungjawab encik sendiri. Macam ni, encik balik dan tenangkan
fikiran dan bila encik ada jawapannya nanti, sila maklumkan kepada pihak kami. Dan
kami akan bertindak secepat mungkin demi kesihatan pesakit dibawah kendalian
pihak hospital kami.” Aku angguk kepala faham dengan patah bicara doktor itu dan
aku juga tahu serta mengerti bahawasanya harapan aku untuk hidup sihat seperti
sedia kala tipis.
“Baiklah doktor, kalau
macam tu saya balik dulu!” ujar ku seraya bangkit dan berjabat dengan doktor
itu.
“Banyakkan bersabar dan
bedoalah kepada tuhan,” pesan doktor itu tenang sambil pamer segaris senyuman. Aku
angguk dan tersenyum turut membalas senyuman ikhlas doktor pakar itu.
Sedang aku melangkah
keluar dari bilik doktor itu, telefon bimbit yang terletak di dalam poket
seluar bergetar beberapa kali. Laju sahaja aku seluk dan keluarkan ia melihat
siapakah yang sedang menghubungi aku?
“Neesa???” aku tekan
butang hijau lalu suara itu kedengaran sayup-sayup.
“Attar, you dekat mana
ni? Tak nak balik ke? Qalisya rindukan you,” aku dengar suara Neesa jauh di
sebelah sana. Qalisya? Aku juga rindukan anak kecil ku itu.
“Buat masa terdekat ni
mungkin tidak Neesa, sampaikan peluk cium I pada Qalisya. Pesan pada dia yang
papa sayangkan dia.” Gumam ku lagi sambil berbaring di tilam. Dada terasa sakit
walau untuk ku lontarkan suara.
“Baliklah Attar, you
tahu tak Nia sekarang sakit! Dia nak bersalin!” tutur Neesa buat hati ku
berderau dan berdebar bercampur gusar. Semuanya bersatu!
“Bersalin?” soal ku
pendek dan kedengaran cemas.
“Entahlah, dah berapa
hari dia tak selera makan. Badan pun dah kurus sedikit, mungkin kena tahan
dekat wad!” ucap Neesa buat aku tidak senang duduk. Ya Allah, selamatkan Nia
isteriku.
“Siapa hantar ke
hospital?” aku soal Neesa laju-laju, tidak mampu terus terusan sabar lagi
tentang keadaan Nia. Ya aku memang tidak sabar mengetahui keadaan Nia.
“Abah baru hantar ke
hospital! You tak nak tengok dia?” aku senyap, perlukan aku melihat Nia yang
bakal menjadi ibu tunggal itu?
“Attar, Nia still
isteri you lagi selagi dia belum lahirkan baby you. Pergilah jenguk dia, dia
perlukan you waktu-waktu macam ni!” aku hanya pasang telinga mendengar nasihat
Neesa agar aku sudi melawat Nia yang sedang sakit mahu melahirkan zuriat ku di
hospital.
“Neesa, I nak ke sana. Tapi tolong I nanti,” pinta ku pada Neesa dan dia bersetuju membantu aku bertemu Nia.
Tiba sahaja di
hospital, aku hubungi Neesa dan tidak lama kemudian dia muncul bersama Qalisya.
Laju sahaja bayi kecil ini menyua tangan ke arah ku minta didukung. Aku kucup
pipi montel itu bertalu-talu, melepaskan rindu setelah hampir tiga minggu tidak
bersua.
“Qalisya rindu papa
tak?” aku soal bayi itu bagai ia pandai berbicara sedangkan hanya rengek dan
tawa halus sahaja yang kedengaran.
“Attar, cepatlah! Nia tengah
tidur sekarang!” gumam Neesa mengingatkan aku.
“Siapa lagi yang ada?”
aku bertanya tentang keadaan Nia di dalam bilik rawatan itu.
“Tak ada sesiapa, mama
dan abah dah lama balik! Sekejap lagi diorang datang, I yang jaga Nia sekarang!
Apa kata you jumpa dia dulu,” cadang Neesa ku angguk sahaja. Langkah kaki ku
atur masuk ke dalam bilik wad yang menempatkan Nia. Isteri ku itu sedang
terlena sambil sebelah tangannya menyentuh perut yang sudah memboyot besar.
Aku kucup dahi itu
lama, kasih dan rindu ku tumpah buat Nia namun demi tidak menghancurkan hati
itu aku terpaksa lakukan semua ini. Perpisahan ini bakal membuatkan aku dan Nia
menderita dan aku yakin disebalik penderitaan ini pasti Nia akan bahagia
dihujung cerita cinta ini.
“Attar, you mungkin
berpeluang sentuh Nia selagi dia isteri you! Jadi gunakan kesempatan ini
sebaiknya, I keluar dulu!” gumam Neesa sambil mendukung Qalisya yang sudah
sedikit nakal itu. Aku angguk lalu mata
ku perhatikan pada Neesa yang sedang bergerak menuju ke muka pintu untuk keluar
semata-mata memberi laluan buat aku dan Nia bersendirian walau isteri ku ini
sedang terlena.
Aku kucup dahi, kening
dan bibir itu perlahan agar Nia tidak terganggu lalu tersedar dari tidurnya.
“Nia, abang sayangkan
Nia hingga hujung nyawa abang. Walau apa yang terjadi selepas ini, abang harap
Nia akan tabah dan terima ketentuan ini dengan hati yang terbuka. Semua yang
terjadi ada jalan ceritanya sayang, tak mungkin untuk abang sakiti Nia sedang
abang sendiri terlalu cinta dan kasihkan Nia.
Sayang, abang pergi
dulu! Doa dan harapan abang akan sentiasa iringi Nia sepanjang Nia hidup dan
seluruh nafas abang. Abang cintakan Nia, semoga Nia selamat melahirkan zuriat
abang!” aku kucup dahi itu sekali lagi lalu aku bangkit meninggalkan Nia
sebelum dia kembali tersedar.
“Attar, mama dan abah
dah sampai!” Neesa hampiri aku dan laju sahaja dia khabarkan tentang kedatangan
mama serta abah kepada ku.
“You tunggu dekat situ,
bila abah dan mama dah lepas nanti. You keluar perlahan-lahan ikut jalan sana!”
cadang Neesa sambil meredakan rengek Qalisya yang mahu mengikut aku. Aku kucup
pipi si kecil sekali lalu ku alih pula ciuman ke ubun yang ditumbuhi rambut
nipis itu.
“I pergi dulu! Kalau ada
apa-apa tentang Nia, jangan lupa bagitahu pada I!” aku pesan pada Neesa lalu
aku gerak sedikit ke kanan sambil terus menyembunyikan diri di sana sehingga
mama dan abah benar-benar masuk ke dalam bilik rawatan Nia, aku akan segera
berlalu pergi.
“Abang mana ma? Nia
rindukan abang.”baru sahaja aku ingin menapak keluar dari tempat persembunyian,
suara Nia dalam sedu sedan kedengaran lirih bertanyakan tentang aku.
“Mama dah cari dia Nia,
tapi tak jumpa! insyaAllah kalau mama jumpa mama bawak dia kemari jumpa Nia!”
pujuk mama walau aku tahu mama tidak sekalipun mencari aku.
“Nia nak jumpa abang
sebelum Nia bersalin ma, Nia nak minta ampun dan maaf! Nia nak peluk abang
kuat-kuat dan Nia nak cakap yang Nia sayangkan abang ma. Nia tahu lepas Nia
lahirkan baby ni, Nia bukan lagi isteri abang! Mama carikan abang untuk Nia.”
suara itu kedengaran mencengkam erat ulu hati yang sudah sekian lama terhiris
dek kerana keadaan yang memaksa.
“Nia, abang juga
sayangkan Nia dan abang ampunkan segalanya tentang Nia. Abang akan doakan Nia
hingga hujung nafas abang!” bisik hati ku sebak. Entah bila ada air jernih
bergenang di tubir mata, sungguh hati ini sebak dengan keadaan sebegini.
“Ma, perut Nia sakit
ma! Aduh, sakit sangat ma,” aku dengar suara Nia merintih kesakitan. Ya Allah
selamatkanlah Nia, permudahkan segalanya tentang Nia! hati kecil ku berdoa
berharap Nia lalui semuanya dengan mudah sekali.
Dari celehan tingkap
kaca yang terbuka sedikit, aku lihat Nia disorong keluar dari bilik rawatan
menuju ke bilik yang menempatkan para ibu yang mahu melahirkan anak. Mama dan
abah turut ada, Neesa juga turut bersama mengiringi Nia, cuma aku.. ya aku yang
masih di sini.
Aku ekori mereka dari
arah belakang dan aku duduk sedikit jauh dari mama dan abah, sweater yang
mempunyai hood ku sarung ke tubuh manakala hood yang terletak di belakang leher
ku naikkan ke atas kepala agar mereka tidak menyedari aku juga turut berada di
sini.
Tidak lama kemudian aku
lihat mama dan abah bangkit dari tempat duduknya pergi entah kemana. Laju sahaja
aku hampiri Neesa dan aku labuhkan duduk di situ.
“Mama dengan abah
kemana?”soal ku sambil pangku Qalisya di atas riba.
“Mama dengan abah pergi
solat zohor, dah pukul tiga. Nia pulak entah pukul berapa nak bersalinnya,
biasalah anak sulung. Lambat sikit,” komen Neesa sambil tersenyum tipis.
“Nasib I solat
awal-awal dekat surau sebelum datang ke bilik bersalin ni. Kiranya tak ramai
orang masa tu, sekarang mungkin penuh!” ulas ku sambil kucup pipi Qalisya yang
sudah pandai memasukkan apa sahaja barang yang dijumpai ke dalam mulut.
“Siapa suami puan
Farhanatul Nadia?” soal seorang jururawat muda yang terjengul di sebalik daun
pintu yang tertutup rapat.
“Saya,” aku bangkit
lalu hampiri jururawat itu.
“Isteri encik dah
bersalin, anak lelaki. Jadi bolehlah encik azan dan iqamatkan anak encik nanti.
Oh ya, ini semua maklumat isteri encik, encik boleh dapatkan apa-apa maklumat
tentang kesihatan isteri encik di sana ya.
“Alhamdulillah,” itu
ayat pertama yang keluar dari dua ulas bibir ku ini. Dan aku tahu jururawat itu
juga mengukir senyuman manis kepada ku setelah aku secara rasminya bergelar
bapa ataupun ayah!
“Neesa, Nia dah
bersalin. I dapat anak lelaki, so maknanya
I dah ada anak sepasang!” tutur ku teruja.
“I nak jumpa Nia dan
anak I sekejap, nak azan dan iqamatkan baby boy.” Ucap ku teruja.
Dalam langkah yang
perlahan dan tidak berbunyi itu, aku sentuh pipi montel yang sedang lena
bersebelahan Nia yang sedang terlena. Mungkin kesan ubat bius yang digunakan
ketika proses kelahiran tadi.
Aku angkat bayi kecil
ini dan ku kucup berkali-kali. Wanginya bau syurga!
“Shhh... jangan
menangis sayang! Papa ada ni,” ucap ku saat memangku bayi lelaki ini yang masih
belum diberi nama. Aku tahu mungkin dia kesedihan tatkala lahirnya dirinya
ke dunia ini menjadikan ayah dan ibunya terputus hubungan. Aku kucup pipi itu bertalu, melepaskan rasa syukur dan syahdu dengan kesempatan paling indah ini.
“Sayang... shhh..
sayang anak papa!” aku pujuk dan ku tepuk sedikit anak kecil ku ini lalu ku
kucup pipi itu sekali. Aku bawa tubuh kecil ini di dalam dukungan lalu ku
dekati jendela menghadap kiblat, dan aku alunkan azan di telinga kecil.
Usai segalanya, aku
letakkan satu-satunya zuriat ku ini disebelah Nia. Tidak sanggup rasanya mahu
berjauhan dari satu-satunya buah cinta aku dan Nia. namun hakikat yang
tersurat, hubungan aku dan Nia telah terputus dan hanya umur dan jodoh yang
panjang sahaja akan pertemukan aku kembali.
“Nia, abang sayangkan
Nia! bertabah dengan dugaan ini dan doa abang akan sentiasa iringi Nia dan bayi
kita. Abang sayangkan Nia, abang sayangkan Nia seikhlas hati abang!” aku bisik
kalimah ini di telinga Nia dan aku kucup ubun-ubun bayi kami sebelum aku
berlalu pergi kerana aku tahu sebentar lagi mama dan abah akan datang ke sini. Aku
juga tidak sanggup berhadapan dengan mama dan abah dalam keadaan aku yang
sebegini pasti hati mereka akan hancur melihat aku yang semakin kurus dan
cengkung ini.
“Nia, jaga diri
baik-baik sayang!” ucap ku lirih lalu aku atur langkah bersama titis air mata
yang gugur di lekuk pipi meninggalkan dua insan yang teramat aku cinta sepenuh
hati.
Comments
hello,fight 4 ur love la bro!!!
bru anak jantan.
awal2 lg dh mnyerah.
tapi tak nak la attar terpisah dgn nia
Pagi-2 lagi dh sedih.. yuhuuuu
sya sdg prktikal so masa byk habes kt office
n internet problrm la pulak.. hehehe..
tq ek... sya x boleh nak reply komen semua. ni pun melencong ke cc jap. da~ selamat berpuasa. tgkatkn amalan anda semua aminnn..
Akn kutunggu CDN ni publish...jln cte die lain..byk lg belum terungkai ni..xsbr nk taw
Akn kutunggu CDN ni publish...jln cte die lain..byk lg belum terungkai ni..xsbr nk taw