MARRIED MR CHARMING VERSI NOVEL

19-09-2020/ 3.40AM

Hai ini pun salah satu ebook yang keluar bulan Julai hari tu. Kiranya ebook kedua saya hihihi...
Hat ni terjual dalam 500 unit. Mostly tunggu versi cetak seperti yang telah dijanjikan sewaktu ebook ni keluar.

Oleh itu, acik acik dan kakak adik yang tunggu novel sebab boleh cium bau buku dan nak membaca sambil pegang buku, boleh place order.

Untuk pengetahuan jalan cerita novel memang sama tak berubah kecuali babak hero dan heroin yang sengaja ditambah supaya terasa manis sentiasa.


Cantik sangat cover novel ni. Bila lagi nak puji novel sendiri kan hikhik. 
Maklumat novel seperti di bawah:

1. Pre Order 15/9/2020- 8/10/2020 
2. Jangkaan siap pos 16 November
3. Jangkaan novel siap dicetak dua ke empat minggu.
4. Harga sepanjang pre order RM33 SM RM38 SS Termasuk pos.
5. Selepas tempoh pre order harga akan berubah. RM36sm RM41 ss. So cepat-cepatlah rebut peluang sementara masih ada diskaun.


MARRIED MR. CHARMING - Versi Novel
.
Blurb:
Quun Altaf, seorang lelaki yang pernah patah hati kerana sebuah pengkhianatan.
Sepuluh tahun berlalu, dia bertemu dengan seorang gadis, Qistina Alayna. Ternyata, mengenali gadis comel itu, hidupnya kembali berjiwa dan hati mula terisi dengan rasa bahagia.

Didorong rasa cinta, Qistina Alayna dinikahi. Sayangnya, si gadis adalah adik tiri kepada bekas kekasih yang pernah ditinggalkan.

Syaza Fauzara, cintanya pada Quun Altaf masih utuh walaupun sudah bergelar isteri seseorang. Sepuluh tahun tidak bersua muka, bukan bermakna dirinya telah melupakan jejaka itu. Namun, pertemuan kedua ini, benar-benar menyeksa hati dan perasaannya.

Syaza dihimpit perasaan cemburu tatkala melihat kebahagiaan Quun bersama adik tirinya, Qistina. Oleh kerana itu, pelbagai masalah mula ditimbulkan.

"Emak dengan kak long nak kemana?" - Qistina Alayna

"Nak ikut kamulah. Kamu berdua nak berbulan madu ke Langkawi, kan? Jadi, emak pun teringin nak ke sana. Bawakan emak ke sana ya?" - Acik Zatul

Quun masih bersabar dengan segala karenah keluarga mentua yang agak menjengkelkan. Walaubagaimanapun, sewaktu dia sudah bersedia membawa Qistina pergi untuk memulakan kehidupan baru, seisi keluarga itu menentang keras niat murninya.

“Kau nak kahwin dengan dia, kami bagi restu. Tapi janganlah nak bawa dia keluar daripada sini. Kalau dia tak ada, siapa nak buka gerai? Siapa nak jual kuih? Siapa nak bayar ansuran rumah?" - Zack

Tidak tahan lagi dengan gangguan keluarga tiri Qistina, dan kasihan melihat isterinya menjadi breadwinner dalam keluarga itu, Quun tekad membawa si isteri pergi jauh dari dikelilingi individu toksik.

Namun, tanpa alasan yang jelas, Qistina membenci tanpa punca.

“Ceraikan Qis. Qis tak nak jadi isteri derhaka.” - Qistina Alayna

Sebagai suami yang pernah dicintai si isteri, Quun yakin Qistina terbeban dengan sesuatu yang tak diketahui. Lantas, tekad dipasang untuk melarikan si isteri jauh dari gangguan mereka yang iri.

“Bahagia itu apa yang kita cipta, bukan apa yang mereka tentukan.” - Quun Altaf

Adakah Quun berjaya mencipta kebahagiannya bersama Qistina yang semakin menjauh?
Segalanya terjawab dalam Married Mr. Charming.


Atau nak berkombo dengan Suami Terpaksa Rela, dialu-alukan.




#BlurbMarriedMrCharming
#MarriedMrCharming
#auliaiman

www.wassap.my/60134239065/MrCharmingnovel

 —

Comments

Popular posts from this blog

CERPEN MILIK ENCIK POLIS PART II

CINTA DIHUJUNG NODA bab 38 & 39