CINTA DI HUJUNG NODA 40 N 41
BAB
40
Hari
berganti hari, Qalisya semakin bertambah
montel dan comel. Ada sahaja perbuatannya yang membuahkan tawa di pinggir bibir
ini, dan ada sahaja kerenahnya yang membuatkan aku kerinduan untuk segera
pulang dari tempat kerja. Nia pula masih sibuk dengan butiknya. Aku melarang
dia dari terus melakukan kerja-kerja di butik, namun Nia bijak meminta
kebenaran dengan kelembutan yang dia ada. Namun larangan ku tidak membuatkan
dia menurut, katanya dia tidak betah duduk dan berehat sahaja. Dia kebosanan
dan cepat keletihan tanpa membuat sebarang kerja, sudahnya permintaan untuk
kembali ke butik ku turutkan jua. Katanya apabila di butik, masa yang terluang
sedikit terisi.
Mama
pula sudah tidak ke pejabat lagi lantaran Qalisya kini adalah keutamaannya
manakala Aiman pula masih setia berkunjung ke rumah mengajar mama mengaji al
Quran dengan ditemani Mak Mah dan Pak Deris yang turut menyertai kelas pengajian
agama itu. Neesa pula baru sahaja membantu aku dipejabat setelah tiga bulan
berehat di rumah.
“Attar,
dah pukul lima ni! You tak nak balik ke? I dah rindu sangat pada Qalisya,”
gumam Neesa sambil mendekati aku yang sibuk memeriksa butir-butir jualan. Wajah
ku panggung mencari wajah Neesa lalu
pandangan kami bertaut untuk seketika. Sejurus itu, aku tundukkan wajah
menancap butir-butir perkataan di atas kertas putih.
“Attar,
you dengar tak? Sekarang dah pukul lima, jom balik!” gerutu Neesa tidak puas
hati bila aku senyap tidak membalas bicaranya? “Attar,” dia memanggil nama ku
sekali lagi.
“Herrmm...?”
soal ku acuh tak acuh. Jari jemari ligat menulis sesuatu di atas sekeping
kertas.
“Dah
pukul lima, marilah balik!” gumam Neesa merengek-rengek bagaikan budak kecil.
“Pukul
lima?” aku kerling jam, baru sahaja empat lima puluh petang.
“Hurmm..
pukul lima!” tekan bibir itu sedikit kuat.
“Neesa,
lagi sepuluh minit baru masuk pukul lima,” tutur ku dalam nada meleret.
“Ala
you ni berkira la, jomlah balik! I tak sabar nak jumpa Qalisya,” ucapnya lagi.
“Ishh
you ni, jangan kacau kerja I la....” omel ku tanpa memandang wajahnya. Dia
mendengus tidak puas hati lalu melabuhkan punggunganya di kerusi. Berdepan
dengan aku yang sibuk memeriksa fail. “Jom balik,” ucapnya tegas. Permintaannya
tidak ku endahkan lalu komputer riba ku sentuh pula.
“Attar,
you nak buat apa pulak ni? Jangan kata you nak onn laptop!” marah Neesa bila
melihat aku sudah menyentuh komputer riba itu.
“I
nak check email, dari tadi I tunggu emel dari syarikat pembekal tu.” Gumam ku
membalas pertanyaan Neesa.
“Jomlah
balik, I nak jumpa Qalisya! You ni, dah pukul lima pun masih nak buat kerja!”
sekali lagi Neesa merungut. Aku biarkan sahaja dia mengomel itu ini, emel yang
ku nanti hingga ke saat ini masih belum kunjung tiba. Email yang ku akui cukup
penting untuk masa depan syarikat.
“Attar,
jomlah! I rindu Qalisya,” rayu Neesa lagi.
“I
nak tunggu emel ni sekejap, you sabarlah.... Qalisya ada dekat rumah dengan
mama.” Jawab ku selamba. Neesa pandang ku dengan pandangan tajam. Nampak
gayanya, dia tidak puas hati terhadap aku!
“Yang
you nak tunggu email tu kenapa? Rumah kita kan ada laptop, lima biji lagi! Siap
ada wireless pula tu... sampai rumah nanti you periksalah email you tu.” Rungut
Neesa tidak puas hati.
“Jomlah!”
pujuknya lagi. Kali ini nada suaranya kembali kendur memujuk. Aku pandang
wajahnya sekilas. Dia memang suka memaksa!
“Jomlah, please....” Neesa merengek. Bosan mendengar
dia mengomel dan merungut itu ini, aku turutkan sahaja. Lip laptop ku tutup lalu
plug ku cabut! Sesudah itu, beg kerja ku gapai dan langkah kaki ku atur keluar
beringian dengannya. Mahu menjemput Nia sebelum terus memandu pulang!
Sepanjang
perjalan, aku rasa keadaan diri ku tidak berapa selesa. Tekak terasa perit dan
pandangan ku kabur. Entah kenapa? Mungkin terlalu lama menghadap skrin komputer
dipejabat atau mungkin tidak cukup tidur melayani karenah Qalisya yang sering
berjaga malam. Kepala ku picit dengan sebelah tangan manakala sebelah tangan
masih lagi memegang stereng kereta.
“Attar,
you kenapa? Tak sihat ke?” soal Neesa perlahan. Aku geleng sekali, mata masih
ku hala ke hadapan. “I tengok you macam tak sihat je, muka pun pucat!” gumam
Neesa lagi.
“I
okey, cuma tak cukup rehat. You tahukan sejak akhir-akhir ni macam-macam
karenah supplier. Ada yang baik, baiklah! Ada yang tidak, pening kepala
dibuatnya!” terangku pada Neesa. Dia sendiri tahu bagaiman harus menangani dan
berhadapan karenah pembekal yang pelbagai itu.
“I
tahu, tapi you pun perlu jaga kesihatan diri you. Kerja... memanglah takkan
habis, kalau you sibukkan kerja. Lama-lama you yang habis,” tutur Neesa lagi.
“I
nak buat macam mana lagi Neesa, I
bukannya ada background dalam business. Lainlah you, memang ambil business
study, I ni ha... dah lari bidang! Jauh
pulak tu!” tutur ku agar dia faham sememngnya aku tiada asas dalam bidang
perniagaan. Terkontang kanting mencari pengalaman dari kesalahan yang sering
kali aku lakukan dahulu. Disembur dan di maki hamun juga pernah aku lalui namuh
semuanya pengalaman! Ya pengalaman yang
berguna sepanjang bergelar ahli perniagaan.
“Takpelah,
I akan tolong you! You pun janganlah workholic sangat!” gesa Neesa lagi.
“Erm
tengoklah nanti, kalau I dah tak
larat.... I berhentilah...” sahut ku buat Neesa mencebik.
“Macamlah
mama nak izinkan you berhenti! Siapa lagi nak jaga syarikat tu? Nia memang tak
minat nak uruskan business you ni, dia selesa uruskan butik.” Tambah Neesa
lagi. Aku garu kepala, ada benarnya kata-kata Neesa tadi. Siapa lagi ingin
diharapkan melainkan aku anak tunggal mama.
“Tengoklah
macam mana nanti!” ucap ku sebelum terasa gatal di anak tekak. Tidak
semena-mena, aku terbatuk lagi. Batuk yang semakin lama semakin kerap
membuatkan aku tidak selesa, mata pula berair dan hidung juga kemerahan.
Sesekali
aku seka mata yang berair dengan sapu tangan, Neesa kehairanan namun aku
selambakan raut wajah. Aku tidak apa-apa, simptom biasa sebelum aku jatuh
sakit. Aku sudah biasa, pasti dua atau tiga hari lagi aku akan demam jika tiada
langkah pencegahan yang ku ambil.
“Attar,
I risau tengok you macam ni! Apa kata you pergi klinik ... kut-kut you terkena
jangkitan H1N1 ke.... tak pun virus SARS or apa-apa la.... bahaya tau tak!”
tekan Neesa memaksa aku membuat pemeriksaan bila melihat keadaan aku sebegini.
“You
ni agak-agaklah! Kalau nak suruh I mati sekalipun janganlah tragis sangat sakit
yang you nak suruh I hidap!” aku sedikit terasa bila Neesa sebut segala macam
penyakit yang tiada ubatnya itu.
“I
bukan nak suruh you mati ke apa.... I risau you terkena virus tu. You tahukan
virus macam yang I sebut tadi dah lama menular? I takut tahu tak!” Neesa
pertahankan kata-katanya tadi.
“I
takkan pindahkan penyakit I pada you, I jamin.” Gurau ku sedikit pun tidak
membuatkan Neesa terusik.
“I
serius, you pula main-main ya!” marahnya lagi.
“Habis
you nak suruh I buat apa?” soal ku masih tenang memandu memasuki lebuhraya
Persekutuan.
“I
nak suruh you pergi buat pemeriksaan! Itu pun nak takut,” cemuh Neesa kuat di
pendengaran ku.
“Bila
masa pulak I takut?” aku nafikan kata-katanya.
“Kalau
tak takut, pergilah periksa!” cabarnya buat aku tercabar.
“Okey,
esok I pergi periksa!” cabaranya ku sambut dan Neesa mencebik bagai tidak
mempercayai kata-kata ku tadi.
“I
akan buktikan,” gumam ku sekali lagi sambil seka air yang meleleh ditubir mata.
Pedih sahaja, di dalam dada senak mula menghimpit. Hulu hati juga sentiasa
terasa pedih! Entah apa yang jadi pada ku saat ini.
“Attar,
lepas ni I nak bawa Qalisya jalan-jalan dekat tasik. You nak ikut?” persoal
Neesa teruja menyusun rancangannya untuk membawa si kecil bersiar-siar seperti
kebiasaan.
“Malaslah,
I tak larat! Letih sangat badan ni, you tengok I tak sihatkan? Dengan batuk ni semua,
betul-betul buat I sempot,” aku jelaskan keadaan diri ku. Menghambur alasan
untuk menolak pelawaannya!
“Kalau
macam tu takpelah, I bawa Qalisya dengan Mak Mah! Ypu rehat aje dalam bilik!” balas Neesa memahami keadaan aku yang semakin
gelisah dalam kondisi tubuh yang semakin tidak selesa ketika ini.
“Eh,
Nia tunggu dekat mana ni?” pertanyaan Neesa menyedarkan aku. Pagi tadi Nia
berpesan agar menjemputnya di perhentian bas berhadapan SACC Mall. Katanya
mudah sedikit aku ke sana dari menyusur jalan sempit dengan kenderaan yang
diletakkan sesuka hati oleh pemiliknya.
“Dekat
depan sana tu,” tunjuk ku pada perhentian bas yang rata-ratanya dipenuhi
pelajar UiTM yang sudah kembali meneruskan pengajian setelah cuti semester
berakhir.Dahulu, aku juga seperti
mereka, gemar berpeleseran sebegitu. Merehatkan minda setelah penat seharian
menadah telinga mendengar dan menghadiri kuliah.
“Ishhh
ramainya,” omel Neesa perlahan.
“Budak
kampus, buat apa lagi selain cuci mata dekat sini.” Sambut ku arif dengan
suasana ketika kampus memulakan pengajiannya setelah bercuti panjang. Petang
dan hujung minggu pasti Plaza Alam Sentral, kompleks PKNS dan SACC Mall menjadi
pilihan pelajar untuk mencari keperluan mereka. Ada juga yang ke sini sekadar
mencuci mata dan ada juga mengambil kesempatan untuk bersiar-siar dan tak
kurang juga untuk mencari gajet-gajet terbaru.
“Nampak
Nia tak?” soal ku pada Neesa. Mata ku kecilkan mencari kelibat itu di antara
kumpulan pelajar yang agak ramai itu.
“Entahlah,
I pun tak nampak! Nia tu rendah, susah nak cam!” aju Neesa turut sama
memerhatikan ke arah hentian bas yang menjadi tumpuan golongan siswi. Mata
masih meliar dan akhirnya senyuman ini terukir sendiri bila perut yang memboyot
itu singah ke pandangan mata ku. Nia berada di celah-celah remaja yang sama-sama
menunggu kenderaan awam bernama bas SERANAS dan Rapid KL.
“Tu
Nia,” jerit Neesa sedikit kuat.
“I
dah lama nampak!” ujar ku bangga.
“Ceh!”
Neesa mencebik. Aku pamer senyuman lalu membelok menuju ke arah hentian bas
itu.
“Nia,
kenapa you tak tunggu dekat butik you je? Tak panas ke?” persoal Neesa bila dia
kerimasan melihat anak remaja yang berduyun-duyun menunggu bas, pasti bila
kenderaan yang ditunggu tiba mereka akan berlari-lari dan akan masuk ke dalam
perut bas seperti ikan sardin. Mampat dan padat!
“Biasa
je, I dah selalu naik bas sebelum ni, tak adalah penat sangat!” gumam Nia
sambil menarik seat belt membelit tubuhnya di tempat duduk belakang.
“Nia
nak kemana-mana tak? Abang tak larat, ingat nak balik terus dan rehat di
rumah!” ucap ku perlahan sambil memasukkan gear kereta lalu pedal ku tekan
perlahan.
“Abang
tak sihat ke?” Nia bertanya pula, soalan ku dibiarkan tidak berjawab.
“Tak
sihatlah tu, kalau tak... tak adanya dia nak batuk-batuk macam tu.” Neesa
menjawab bagi pihak ku. Aku senyum hambar, anggukan kecil ku tuju untuk
perhatian Nia.
“Kita
ke klinik!” ucapnya. Aku geleng.
“Kenapa?”
Sepatah dia menyoal, nada suara itu bersulam kerisauan.
“Esok
abang pergi sendiri!” tutur ku lagi.
“Ala
Attar ni degil! Bukan you tak kenal!” sinis Neesa lagi. Aku jeling dia sekali,
ada sahaja rasa tidak puas hatinya pada aku.
Mendengar bicara Neesa tadi, membuatkan Nia tersenyum hambar.
“Jom
kita pergi bang, bahaya dibiar lama.” Pujuk Nia ku gelengkan lagi. Sesekali
batuk ini datang menyerang. Tekak kembali gatal walau tiada kahak yang keluar.
Hairannya!
“Abang,
jom kita ke klinik!” rayu Nia lagi.
“Takpelah
sayang, esok abang pergi. Hari ni abang nak rehat je, letih sangat!” gumam ku
mengelak, dan Nia tiada kudrat untuk memaksa aku yang sememangnya keras hati.
“Esok
Nia teman abang ke klinik!” nada suara kebimbangan sekali lagi menerjah
pendengaran ku. Aku menggeleng, enggan
ke mana-mana. Aku keletihan dan tidak selesa, apa yang ku mahukan saat ini
hanyalah tidur. Melelapkan mata!
“Abang,
jomlah kita ke klinik, Nia risau la tengok abang macam ni...” bimbang Nia ku
balas dengan senyuman.
“Sayang
jangan risaulah! Abang okey, ” sambut ku dibalas dengan cebikan tidak puas hati
Neesa.
“Degil!”
aku dikatakan degil oleh Neesa yang duduk disebelah aku yang sedang memandu.
“I
nak rehat!”aku perjelaskan kehendak hati dan akhirnya kedua-duanya mengalah.
Kereta
ku pandu memasuki lebuhraya sekali lagi sebelum berlalu menuju ke Country
Heights di mana rumah yang kembali mambawa ketenangan dan kebahagiaan dalam
hidup ku setelah sekian lama hidup dihambat duka. Sampai sahaja digaraj, mama
sudah sedia menunggu di halaman rumah
bersama Qasliya yang tersenyum-senyum menyambut kepulangan kami.
“Hi
sweety! How are you today?” persoal ku sambil kucup pipi gebu itu hingga tawa
si kecil yang kegelian menyapa pendengaran. Neesa juga mengambil dan memangku
Qalisya manakala Nia pula sekadar menyentuh pipi Qalisya sambil mengelus lembut
rambut yang mulai panjang itu. Dia tidak mampu mendukung Qalisya, kandungan itu
membataskan pergerakkan.
“Mama,
Attar naik dulu. Nak tidur sekejap letih sangat!” gumam ku. Mama kehairanan dan
Nia tersenyum ke arah mama bagai mengerti maksud disebalik kerutan yang terpamer
di raut wajah itu.
“Abang
tak sihat ma,” ucap Nia dan mama mengangguk membenarkan aku berlalu pergi. Kaki
ku atur meniti anak tangga lalu kamar ku tuju segera. Tubuh ku rebahkan
seketika dan sebentar lagi aku akan bangun untuk menunaikan solat asar. Lelah
ini cukup berlainan hingga aku merasakan aku tidak mampu lagi berdiri. Aku
memerlukan tidur untuk seketika sebelum bangun menunaikan solat asar.
BAB
41
“Abang,
kenapa ni? Nia tengok abang letih sangat, kita ke klinik ya,” pujuk Nia sambil
mengusap lembut rambut yang sudah mencecah ke paras kening. Sesekali helaian
yang terjuntai diselak ke belakang. “Abang okey,” balas ku perlahan.
“Abang....
Nia risaukan abang,” gumamnya lagi. Aku balas kerisauannya dengan sebuah
senyuman, gelengan kecil ku pamerkan agar dia mengerti aku enggan ke tempat
yang dimaksudkan tadi.
“Abang,
tak kesian pada Nia? Kalau jadi apa-apa pada abang macam mana nanti? Siapa nak
jaga Nia?” bibir mungil itu petah menghamburkan kebimbangannya. Aku bangkit
dari terus berbaring, wajah Nia ku tatap dalam-dalam.
“Kalau
apa-apa jadi pada abang, Nia kahwinlah lain. At least ada orang yang jaga Nia
nanti, jangan bila abang dah mati Nia kecewa dan hidup pun tak terurus. Orang
yang pergi akan tetap pergi, yang masih hidup perlu teruskan kehidupannya.” Ucap ku perlahan. Tiada kudrat untuk bersuara
lantang!
“Apa
yang abang cakap ni? Nia tak faham la... dan Nia tak nak faham!” bekerut dahi
itu menutur bicaranya. Hijab dan niqab yang selalu dipakai ditanggalkan segera
lalu diletakkan kasar di sisi kirinya. Mungkin marah dengan tutur bicara yang
ku hambur tadi.
“Hei
sayang, kenapa nak marah ni? Abang bergurau je, janganlah ambil serius. Abang
minta maaf okey,” pujuk ku sambil sentuh kedua bahunya lalu ku bawa menghadap
pandangan mata ini. Wajah itu ku perhatikan penuh kasih!
“Shhhh....
abang minta maaf! Abang takkan bergurau macam ni lagi,” tubuhnya ku tarik rapat
ke dalam pelukan. Belakang tubuh itu ku usap perlahan, meredakan amarah yang
singgah ke hatinya tadi.
“Kenapa
sejak akhir-akhir ni abang selalu sebut pasal mati? Abang tak sayangkan Nia? Memang
nak tinggalkan Nia sendiri? Macam tu?” rungut Nia tidak terpujuk dengan pujukan
mesra ku. Aku bungkam, dengan apa lagi untuk hati itu ku lembutkan. Hati itu
mudah benar berkecil hati, jiwa itu cukup mudah tersentuh dan rajuk yang
jarang-jarang itu terlalu sukar untuk dipujuk sejak dirinya berbadan dua. Satu
keluhan ku lepaskan perlahan. Pelukan erat itu ku longgarkan lalu tubuh ku
jarakkan sedikit.
“Abang,
Nia buat salah?” persoalnya bila aku cuba mengelak membicarakn soal hati.
“Tak
sayang, Nia tak ada salah apa-apa pun! Abang tak sihat, maaf.... cepat moody!”
alasan ku hambur lalu kaki ku jatuhkan ke lantai. Buat seketika aku tegakkan
tubuh lalu cuba berdiri dan melangkah meninggalkan katil. Jendela kaca ku
hampiri dan langsir yang bebas ditiup angin petang ke selak sedikit. Di bawah
sana Qalisya sedang bergelak ketawa bersama Neesa dan mama, Aiman juga turut
ada bersama.
“Abang,”
panggil Nia sambil mendekati tubuh ku. Perlahan-lahan sentuhan itu ku rasa membelit
seluruh tubuh yang tidak berbaju.
“Ya,
sayang..” balas ku perlahan.
“Nia
minta maaf, Nia mudah terasa hati sejak akhir-akhir ni. Boleh abang janji
dengan Nia?” permintaannya ku diamkan sahaja. Janji apa yang Nia inginkan dari
aku?
“Janji?”
sepatah aku ulangi permintaannya tadi.
“Ya
janji, jani yang abang takkan tinggalkan Nia lagi. Cukuplah sekali dulu, dan
Nia tak nak jadi untuk kali yang kedua.” Ucapnya lirih. Pedih dan kecewa masa
dahulu ku akui cukup menjerat hati ini hingga aku lemah dan tunduk dengan kata
hati.
“Sayang,”
panggil ku. Pelukan erat Nia ku regangkan, lalu belakang tapak tangnnya ku
gapai dan ku tarik hingga dia benar-benar berdiri di hadapan mata ku.
“Abang
tak boleh berjanji sayang, tapi abang akan cuba sedaya upaya abang. Abang insan
biasa yang tak tahu apa akan terjadi pada masa yang mendatang, masih di sinikah
abang atau sudah tiada lagi. Abang tak tahu dan kita semua tak tahu,” bicara ku
susun berhati-hati. Enggan membuatkan sekeping hati itu terguris lagi. Nafas ku
hela, senyuman cuba ku ukir membalas pandangan redup dari wajah bujur sireh
miliknya.
“Abang,
Nia tak sanggup lalui semuanya sekali lagi. Kalau boleh biarlah Nia pergi
dulu,” bicaranya ku cantas laju.
“Shhh...
abang tak nak dengar semua ni. Abang yang akan pergi dulu, bukan Nia. Anak kita
perlukan ibunya,” gumam ku sambil menahan perit yang mula menikam tekak. Batuk
juga semakin kerap berlagu dan tubir mata ini kambali berair. Hingga pedih
kembali terasa!
“Abang,
kita ke klinik ya! Kalau abang sayangkan Nia, abang ikut Nia ke klinik boleh?”
diri itu masih cuba memancing persetujuan ku untuk dirawat dan diperiksa di
klinik. Kerisauannya ku balas dengan senyuman.
“Sayang,
abang memang sayangkan Nia. Dan kalau Nia sayangakan abang, jangan paksa abang
ya sayang,” balas ku buat Nia terperangkap dengan patah bicaranya tadi.
Akhirnya dia mengaku kalah, tidak lagi mempersoalkan semua itu, bahkan memberi
ruang untuk aku terus merehatkan diri.
“Abang
dah asar?” soalannya ku angguk sekali.
“Dah
sayang, tadi lepas abang bangun tidur abang dah solat. Kemudian abang sambung
tidur semula,” terangku buat Nia menghela nafas kelegaan.
“Syukur
abang dah banyak berubah sekarang ni,” tuturnya ku sambut dengan senyuman
mesra. Aku juga sama sekali tidak menduga begitu mendadak perubahan yang ku
alami setelah pelbagai peristiwa perit yang ku tempuh satu persatu.
“Nia
harap abang istiqamah dalam ibadah, terus dan perbaiki amalan dari masa ke
semasa.”
“Insyaallah
sayang, abang harap abang akan berubah ke arah yang lebih baik dari dulu.”
Sambut ku lemah menahan rasa pedih yang sesekali datang menujah jauh ke dalam
hati.
Batuk
ini semakin kuat berlagu dan semakin kerap bila cuba ku tahan, rasa gatal dan
pedih bersatu hingga memaksa batuk ini berlarutan. Aku melangkah menjauhi Nia
lalu bilik air ku hampiri, Nia pula mengekori dari arah belakang. Enggan
menjadikan wanita itu kerisauan, aku rapatkan daun pintu lalu ku tekan punat kecil
itu. Daun pintu terkunci rapat!
“Abang,
kenapa ni?” Nia yang ku tinggalakn diluar menyoal sambil pintu bilik air berulang
kali diketuk. Aku masih dengan batuk ku, dan ternyata ia sukar untuk
dihentikan. Sedang batuk ini membuatkan pedih itu kembali terasa, aku lepaskan
cecair yang menolak keluar dari rongga kerongkong. Sinki putih bersih itu
tercemar dengan warna merah darah, aku tersentak dan sama sekali tidak
menyangka cecair yang ku sangka kahak itu sebenarnya darah pekat yang sudah
bercampur liur.
Terduduk
aku di di sisi tab mandi, apa pula penyakit yang ku hidap waktu ini? Wajah ku
raup dan rambut ku ramas kasar. Mungkinkah aku hidapi penyakit yang berbahaya?
Aku meneka dan masih cuba menduga namun tiada jawapan yang aku perolehi
melainkan pemeriksaan dari individu yang lebih arif.
“Abang,
kenapa ni? Buka pintu bang,” Nia diluar sana masih cuba menarik perhatian ku untuk
melihat keadan aku waktu ini. Tubuh ku tegakkan semula, sinki ku perhatikan dan
kepala paip ku pulas. Perlahan-lahan cecair merah itu hilang di pusaran air
yang menerobos masuk ke dalam saluran pembentungan tatkala air paip ku biarkan
mengalir masuk ke dalam sinki.
“Abang,
jangan takutkan Nia!” suara bercampur kebimbangan itu ku diamkan sahaja.
Sesudah berasa sedikit lega, aku kemaskan keadaan diri. Raut pucat dan tidak
bermaya ku perhatikan sekilas. Mungkin aku salah makan hingga keadaan dan
kondisi diri tidak mampu menanggung sistem dalam badan. Andaian itu ku biarkan
bermain di minda.
“Abang,”
panggil Nia masih tidak putus asa mengetuk pintu bilik air.
“Ya
sayang, sekejap abang keluar.” Balas ku cuba bertenang. Hal seumpama ini sama
sekali tidak akan ku khabarkan pada Nia, pasti dirinya aku gusar dan aku takut
andai menjejaskan kesihatan dan kandungannya itu. Biarlah hal sekecil ini ku
tanggung sendiri!
“Abang
kenapa?” pantas Nia bertanya bila daun pintu ku selak. Lengan ku dipaut dan dia
membuntuti langkah yang sedang ku atur mendekati sofa di hujung bilik tidur ini.
“Tak
ada apa la sayang, abang nak buang air! Tak tahan!” aku lantunkan sebuah
penipuan dipendengarannya. Dari kerutan di wajah itu aku tahu Nia tidak
mempercayainya!
“Kenapa
pandang abang macam tu? Tak percaya?” aku soal dia dalam nada ceria disulami
tawa halus ini. Sengaja mengusir resah yang bertamu di ruang hati itu. “Betul
ke?” persoal Nia perlahan. Aku anggukkan sahaja, tiada kata yang mampu ku
luahkan lagi.
“Jom
makan, Nia dah masak untuk abang.” Pelawanya mengubah topik setelah keadaan aku
yang mencurigakannya seelsai disiasat.
“Jom,
abang pun dan lapar ni!” balas ku bersama senyuman walau hati ini mula
berperang dengan persoalan berkaitan penyakit yang ku hidap.
“Yela....
balik tadi abang terus tidur, tak sempat nak makan apa-apa. Mujur solat abang
tak tinggal!” gumamnya ku sambut dengan cubitan kecil di pipi tembam itu. Nia
pura-pura menahan sakit sedang hakikatnya dia bahagia diperlaku sebegitu.
“Nia
masak apa hari ni?” Aku sekadar menutup rasa tidak selesa yang semakin galak
mengusik keadaan diri. Anak tangga ini ku langkahi berhati bimbang tergelungsur
ke bawah, sakit yang ku peroleh nanti.
“Biasa-biasa
je bang,” balasnya mendahului langkah ku. Bimbang melihat Nia yang aktif ke sana
sini, satu pesanan padanya ku titipkan agar dia sentiasa beringat walau dimana
dia berada nanti.
“Hati-hati
sayang, sayang tu mengandung anak abang!” Bicara ku lewat petang begini
disambuk anggukan kecilnya. “Insyaallah abang, jom mankan!” Balasnya bersama
nada suara yang cukup ceria.
Sampai
sahaja di meja makan, kesemua lauk pauk sudah sedia terhidang, mama yang
mengatur kesemuanya. Neesa dan Aiman sedang menapak masuk manakala Qalisya dilepas bebas
bermain di atas karpet di tengah ruang tamu. Tawa halus dari si kecil sering
kali menghiburkan hati ku, cuma hari ini aku tiada masa untuk diluangkan
bersama dengannya. Sementelah aku tidak sihat sebegini, aku enggan mendekati
bayi kecil itu. Antibodinya masih lemah, bimbang batuk ku bakal menjangkiti si
kecil.
“Aiman
jemput makan, malam nanti mama rasa tak perlu buat kelas. Ada makan-makan
sikit, mama nak jemput kawan-kawan mama.” Gumam mama ku biarkan sepi. Nasi di
dalam pinggan ku biarkan tidak terusik.
“Makanlah,
nak lauk ni? I tolong cedokkan untuk you,” pelawa Neesa bila melihat lelaki itu
malu-malu untuk menyentuh lauk pauk.
“Ke
awak nak udang goreng ni?” kali ini Nia pula menutur bicaranya.
“Neesa,
tolong pass pinggan ni pada Aiman.” Neesa menyambut huluran pinggan yang berisi
udang dan sotong goreng bertepung ke hadapan Aiman. Lelaki itu menyambut lalu
pinggan itu diletak di hadapan pinggannya. Aku diam, nyata dan terang saat ini
hati ku terpagut dengan perasaan halus yang kecewa dengan tindakan keduanya
tanpa mendahulukan aku yang lebih sepatutnya.
“Attar,
kenapa tak makan lagi?” soal mama sambil meletakkan salad yang menjadi
kegemaran aku dipinggir pinggan. Aku menoleh ke arah mama, seketika kemudian
aku jatuhkan semula pandangan ini ke arah nasi yang masih tidak bersentuh.
“Baru
nak makan,” tutur ku lemah dan perlahan.
“Nia,
ambilkan Iman ulam tu?” pinta Aiman diturutkan sahaja oleh Nia. Senyuman lelaki
itu mekar bila apa yang diminta dipenuhi oleh isteri ku Nia. Sesekali aku
sedari, pandangan Aiman sering kali menikam raut wajah Nia yang masih kekal
berniqab. Hanya pandangan itu yang berbicara, aku tidak mengerti apatah lagi
menduga keduanya.
Nasi
ku kuis-kuis, tiada selera menikmatinya lagi. Gelas berisi air suam ku teguk
dengan sekali nafas lalu ku letakkan semula gelas yang hampir kosong itu di sisi
pinggan. Sesudah itu garfu dan sudu ku biarkan terdampar di sisi pinggan lalu
kerusi ku tolak sedikit ke belakang dan tubuh ku tegakkan. Mahu beredar segera,
tidak selesa dalam keadaan sebegini. Aku bimbang andai ada yang ku tinju
sebentar nanti. Mengelak itu lebih baik dari menghadapinya!
“Dah
sudah ke Attar?” soal mama hairan.
“Abang,
dah ke?” pertanyaan Nia pula menyusul.
“Yelah,
Attar! You tak makan pun?” Neesa menyoal hairan.
“Tak
selera! Nanti lapar, pandai-pandailah Attar cari sendiri!” gumam ku membalas
bicara mama. Nia dan Neesa tidak ku endahkan lagi. Biarlah mereka melayani
Aiman!
Comments