Suami Terpaksa Rela 

Versi Novel

19.09.2020/ 3.27AM

Hai Assalamualaikum dah lama tak bersiaran dekat blog ni. Okey hari ni sempena bulan kelahiran, bulan menyambut Hari Malaysia, AI nak maklumkan yang ebook AI pernah terbitkan Jun 2020 telah ke versi cetak.

Dah hampir sold out dan tinggal sedikit sangat. Jadi AI decide untuk reprint dengan kuantiti tertentu yang AI rasa boleh habis. Kalau tak cukup boleh reprint, kalau terlebih, susah sikit nak jawab sebab tempat simpan stok memang tak ada.

Jadi, bolehlah layan blurb yang biasanya pembaca panggil sinopsis cerita
NOVEL SUAMI TERPAKSA RELA
RM31SM RM35SS TERMASUK KOS POS

BLURB SUAMI TERPAKSA RELA


    Hasif Fikran, dia semakin hilang sabar dengan sikap si ibu. Melakukan kerja amal dan sukarela memanglah pekerjaan yang mulia. Tetapi yang tak bagusnya, si ibu suka benar menjadikan kediaman mereka sebagai transit sementara manusia-manusia sebegitu. Dia tak suka, dia hilang privasi.

    Tiada siapa menduga, kewujudan Miranda Keysa telah menjadi punca keluarga itu berantakan.

    Kerana perbuatan khianat pembantu rumah yang paling dipercayai, Hasif ditangkap khalwat dengan Miranda. Sementara itu pula, Puan Sri Dahlia tak putus menerima kecaman demi kecaman.

    Tekanan dari pelbagai sudut serta kewujudan satu petisyen mendesak dia meletak jawatan, mula tersebar. Kemasyuran Puan Sri Dahlia dalam kerja-kerja amalnya padam begitu sahaja. Beliau tersingkir dan terbuang.

    Akhirnya Puan Sri Dahlia tersungkur juga. Kesihatan merosot dan beliau terlantar tidak lagi berdaya.

    “Kau kena kahwin dengan dia. Biar dia yang jaga mama.”- Khalif

    “No! aku takkan turut kehendak kau along.”- Hasif

    "Kau jangan nak pentingkan diri. Papa macam mana? Kau nak biar papa pula kena tangkap khalwat dengan perempuan ni?”- Khalif

    Keadaan menjadi punca Hasif menjadi suami terpaksa buat Miranda demi merelakan kebajikan si ibu terus terjaga.

    Setiap hari melihat Hasif, Miranda rasa hatinya sudah terpaut lalu pengakuan itu diperdengarkan kepada si suami.

    “Saya sayang awak, Encik Hasif.” –Miranda

    “Kenapa mesti kau sayang orang yang tak sayangkan kau?”- Hasif

    Kerana ditolak mentah-mentah, Miranda lari bawa diri. Dia malu dan mula tanam rasa benci pada Hasif. Tapi yang agak peliknya, Hasif pula muncul nak berbaik. Entah kenapa? Pasti ada sebab.

    "Baru sekarang mengaku isteri? Kenapa, Dayana dah tak mahu dengan awak ke?" –Miranda

    "Dayana mahu je dengan abang. Tapi abang yang jual mahal."- Hasif

    Walau Miranda tayang wajah beku, isterinya tetap tergelak bila dia buat lawak. Cuma mulut kata tak mahu, hati Miranda siapa yang tahu? Atau si isteri hanya mahu menduga. Ah, tolonglah jangan lama-lama. Hasif tak berdaya hanya menatap tanpa memiliki.

    Ikuti kisah suka, duka, marah dan benci mereka dalam SUAMI TERPAKSA RELA.

Ketika rasa benci menjarakkan dua insan, ada rindu menjadi penghubung sebuah kecintaan.

Ebook boleh baca segera.
Novel boleh baca kemudian.
http://www.wasap.my/+60134239065/ebook


Untuk makluman ebook telah terjual hampir 800 unit. Sebagai ebook pertama yang AI tulis, jumlah 800 tu tersangatlah besar dan bermakna. Terima kasih kepada pembaca yang sudi menyokong karya ini. Muahh Ciked 


Comments

Popular posts from this blog

CERPEN MILIK ENCIK POLIS PART II

CINTA DIHUJUNG NODA bab 38 & 39