CERPEN: RINDU YANG BERSEMADI
~Rindu
yang Bersemadi ~
Runcing jari-jemari yang sedang
menari-nari di papan kekunci direnung lama, cantik dan mulus kulit itu.
Seketika kemudian, pandangan beralih pula ke arah kuku yang dipotong pendek.
Bersih kemerah-merahan warnanya. Tidak puas memerhati, kali ini pandangan
dikerah menghala wajah yang sedang tertunduk memerhatikan skrin komputer. Adam
menelan liur, pertama kali gadis bertudung litup ini berjaya mengusik
ketenangan di dalam hati kecilnya. Aneh dan menghairankan! Bukan seperti
kebanyakan gadis-gadis yang pernah ditemui sebelum ini, namun entah mengapa yang
tertutup dan berbungkus seperti ini juga berjaya menjentik tangkai hatinya.
Tangan dibawa menongkat dagu, kaunter pertanyaan itu menjadi saksi dirinya
sudah jatuh sayang kepada insan yang berbungkus tidak diketahui namanya!
“Encik, In Shaa Allah dalam
sepuluh minit lagi pasport encik akan siap. Sementara saya siapkan dokumen
encik,” gadis itu hentika bicara seraya memanggung wajah menancap wajah
pelanggan yang sedang berurusan dengannya ketika ini.
“Encik boleh duduk dulu,” sebuah
senyuman diukir dan wajah dimaniskan semanis madu yang diambil segar dari
sarang lebah. Adam bagai terkena renjatan elektrik tatkala senyuman berlesung
pipit itu menyerlah diruang mata. Indah mempersona!
“Encik,” panggil gadis yang tidak
diketahui nama kembali membawa diri itu ke alam realiti.
“Err.. ya saya! Apa dia?” ucap
Adam menyembunyikan canggung tingkahnya yang terpesona pada lemah lembut bicara
juga perwatakan itu.
“Saya ambil masa sepuluh minit
untuk proses pasport encik, jadi sementara saya sediakan semuanya, encik boleh
duduk dulu. InsyaAllah tak lama, dalam sepuluh minit! Encik duduk dulu ya,”
tutur bahasa yang lembut dan sopan santun yang dipamer menjadikan Adam semakin
cair dan semakin berkeinginan untuk mendekati si gadis ayu bertudung biru penuh
kelembutan mempersona.
“Sepuluh minit? Cepatnya!” ujar
Adam bagai tidak puas untuk berada lebih lama di kawasan jabatan imegressen
itu.
“Mengikut polisi jabatan, setiap
pelanggan yang berurusan perlu disegerakan tindakan. Jadi saya bekerja mengikut
polisi, dan layanan untuk pengguna adalah keutamaan.” Tutur itu sekali lagi
menyapa hati. Jatuh cinta kali kedua.
“Oh... okey! Saya duduk dulu!”
Adam bersuara lalu menguntum senyum sebelum lambat-lambat melangkah menuju ke
deretan kerusi yang tampak penuh dengan kehadiran orang ramai yang mahu
berurusan. Sepuluh minit sudah berlalu, kelibat gadis yang melayaninya tadi
masih tidak kelihatan, sembunyikah dia. Atau diri itu sedar anak matanya sedari
tadi mencuri pandang wajah itu tanpa henti.
“Encik Adam Aiman,” panggil satu
suara. Seraya itu juga Adam menoleh! Gadis ayu itu sedang tersenyum dan berdiri
di sebalik cermin kaunter yang memisahkan ruang dalam dan luar bahagian itu.
“Ya saya, errmm...” Adam bangkit
lalu mendekati kaunter. Berpura-pura menoleh jam tangan, mahu mengusik dan
memanjangkan bicaranya bersama gadis yang sudah terpikat oleh sekeping hati
yang baru mengenal apa itu cinta.
“..... Saya rasa dah lebih
sepuluh minit.” Tutur Adam berwajah manis bersulam senyuman indah untuk tatapan
si gadis tidak bernama. Namun senyuman yang diukir sebagai isyarat menggoda
tidak mendapat sambutan apatah lagi gadis ini menundukan pandangan tidak
membalas pandangan darinya. Adam kecewa!
“Maaf encik, kelewatan tadi
disebabkan berlaku kesilapan pada cetakan nama encik. Maafkan saya,” ujar bibir
mungil bewarna merah lembut. Hujung hidung comel itu juga berwarna merah jambu
walaupun tidak ketara warnanya.
“Its okey, by the way... what is
your name miss?” keberanian terluah. Ini mungkin langkah pertamanya untuk
mengenali si gadis dengan lebih rapat.
“Secret sir!” sahut gadis itu
cuba menolak permintaan Adam yang ingin benar mengetahui sebaris nama kepada
gadis genit ini.
“Tak nak beritahu saya?” soal
Adam mula mencari helah. Senyuman beserta gelengan kecil itu terbias, dan
tahulah Adam gadis itu belum bersedia berkongsi nama dengan dirinya.
“Saya rasa, penjawat awam perlu
mempamerkan tanda nama? Its it right?” duga Adam dalam senyuman. Tahu dirinya
akan menang kali ini.
“Yes, thats true!” merdu suara
itu lembut menyahut bicaranya tadi. Kali ketiga Adam jatuh sayang!
“Awak tak pakai pun?”
“Maaf encik, tanda nama saya
belum siap. Saya baru dua hari bekerja! Maaf ya encik, urusan kita sudah
selesai. Masih ramai yang sedang menunggu giliran, jika tak keberatan boleh
encik....”
“Nevermind, saya faham! Terima
kasih,” ucapan penghargaan di luah. Keluhan bersama senyuman dilepas lagi,
memang sukar untuk mendekati namun Adam pasti yang sukar itu sebenarnya mahal
harganya dan tinggi nilainya!
“Sama-sama,” sahut gadis itu juga
dalam senyuman indahnya.
***
“Adam... Adam..!”
“Dari dapur ibu terjerit-jerit
nama Adam tahu! Adam tak dengar ke?” soal Suhani kepada anak bongsunya yang
bernama Adam Aiman.
“Eh ibu,” Adam tersedar bila
sentuhan lembut wanita pertengahan lima puluhan itu mengenai kulit lengannya
yang terdedah. Suhani bingkas bergerak ke sofa bersebelahan sebelum mengalih
pandangan ke arah Adam yang masih berbaring.
“Kenapa termenung je dari tadi?
Anak ibu tak sihat ke?” Suhani bimbang bercampur gusar melihat tingkah Adam
yang tampak berbeza kali ini. Pulang sahaja dari menyediakan passport
antarabangsanya lewat petang tadi, anak terunanya kelihatan banyak berkhayal
dan termenung. Belum pernah lagi situasi seumpama itu dilihatnya sebelum ini.
“Bu.... kalau Adam tangguhkan ke
oversea boleh tak bu?” Adam bangkit dari berbaring di sofa. Wajah tua Suhani
ditatap dalam-dalam memohon pengertian dari ibu yang melahirkannya.
“Kenapa Adam?” ujar Suhani dalam
kerut wajah yang tidak dapat disembunyikan lagi. Bimbang andai anak bongsunya
itu mengubah haluan dan perancangan yang sudah diatur rapi.
“Adam rasa... Adam tak sedia lagi
la bu! Adam.. Adam...” apa lagi alasan yang seharusnya dimaklumkan kepada si
ibu tentang hasrat sebenarnya yang berat hati untuk pergi setelah hati ini
disapa keanggunan seorang gadis yang mempersona itu.
“Adam apa? Hisshh pelik-pelik
Adam ni? sejak bila anak ibu ni gagap?” luah Suhani tertawa kecil. Kerut di
dahi Adam dan peluh halus yang terbias buat hati tuanya disapa lucu.
“Ibu... Adam sebenarnya...” Adam
mengesot mendekati Suhani yang sedang duduk di sofa bersebelahn sofa panjang
yang menjadi alas tidur lewat petang itu. Ada sesuatu yang ingin diutarakan dan
pendapat wanita yang terlebih dahulu hidup dari dirinya harus diperoleh.
Mungkin dengan ini, ketenangan yang terusik kembali reda dan keadaan yang diri
yang dihimpit perasaan halus itu dapat diperjelaskan segera.
“Adam.. kenapa ni? belum pernah
ibu tengok anak ibu kusut sampai macam ni sekali? Adam ada masalah ke?” lembut
bicara Suhani membuatkan Adam akhirnya tertunduk menekur lantai. Kepala dijatuh
beberapa kali sebagai tanda mengiyakan telahan ibunya sebentar tadi.
“Tentang apa ni Adam? Beritahu
ibu, kalau ibu dapat bantu.... In Shaa Allah ibu bantu. Kalau ibu tak mampu,
hanya doa sahaja yang dapat ibu usahakan.” Terang Suhani penuh kelembutan
seorang ibu yang melahirkan.
“Bu... sebenarnya Adam dah
sukakan seseorang.” Luah Adam malu-malu namun perasaan ini membuatkan dirinya
hilang malu apatah lagi keinginan untuk memliliki gadis itu semakin kuat
mengheret kehendaknya menurut kata hati.
Suhani tersentak namun untuk
seketika, ruang dan peluang untuk Adam bercerita harus diutamakan terlebih
dahulu. Dan tahulah dirinya, perubahan Adam berpunca dari rasa cinta pada
seseorang. Dewasa sudah anak bongsunya kini!
“Adam...” lidah kelu untuk
berbicara soal hati dan perasaan apatah lagi ini kali pertama keadaan yang
cukup tidak selesa dilalui. Wajah diraup dan rambut diramas kasar. Bagaimana mahu
menyatakan pada si ibu tentang kehendaknya memiliki si gadis yang tidak
diketahui nama dan juga asal usulnya itu? Adam buntu!
“Siapa orangnya? Siapa yang buat
anak ibu kusut sampai macam ni sekali?” Suhani memujuk agar Adam terbuka untuk
berkongsi cerita walau dirinya tidak bersetuju andai anak lelaki tunggalnya
bercerita tentang segala apa yang berkaitan dengan cinta dan kecintaan selagi mana cita-cita belum diraih
dan didakap erat. Cita-cita adalah keutamaan, cinta adalah kemudiannya!
“Kerani di imegresen tadi bu.”
Luah Adam berharap Suhani memahami rasa hatinya yang sedang berkocak hebat.
“Adam.. ibu bukan mahu
menghalang! Tapi Adam harus ingat, pelajaran adalah keutamaan dalam keluarga
kita. Tambahan pula Adam satu-satunya anak lelaki yang bakal mewarisi
perniagaan ayah. Jadi Adam harus lengkapkan diri dengan ilmu secukupnya, cinta
bila-bila boleh datang dan bila-bila boleh pergi Adam. Ibu tak nak Adam kecewa
dengan cinta,” ucap Suhani membuatkan Adam sekali lagi tertunduk. Kali ini
wajah disembunyikan dari dijamah pandangan si ibu yang nyata tidak menyokong
kehendakknya.
“Adam... dengar sini.....” jari
jemari Adam disentuh dan digenggam kemudiannya.
“Adam... carilah yang sekufu dengan kita Adam. Pilihan Adam jauh berbeza dengan kita, susah untuk dia sesuaikan diri nanti. Adam juga mungkin susah untuk bergaul dengan ahli keluarganya nanti. Fikirkan Adam, fikirkan baik dan buruknya tentang perasaan Adam. Bagi ibu Adam perlu capai cita-cita, sesudah itu Adam carilah calon isteri yang sepadan dan sekufu.” Gumam Suhani panjang lebar. Sedarlah dirinya Adam menyukai gadis yang bekerja sebagai kerani di jabatan imegresen itu. Wajarkah sampai ke tahap itu Adam mencari calon isterinya? Bagaimana pula dengan tahap pendidikan gadis itu? sudah tentunya tidak setinggi mana ilmu yang diri itu ada. Dan bagaimana pula latar belakang gadis itu? Pasti jauh benar bezanya antara kehidupan gadis itu dan juga kehidupan mereka sekeluarga.
“Bu.. Adam bukan nak bantah
kata-kata ibu. Tapi tolonglah bu, Adam sukakan dia!’ ucap Adam lembut memujuk.
Entah mengapa, hatinya benar-benar terusik dengan kelembutan yang dipamerkan
sebentar tadi. Indah dan cukup mendamaikan rasa!
“Adam... hentikan apa yang Adam
katakan sekarang ni. Fokus pada pelajaran terlebih dahulu, tentang cinta dan
perasaan.... nanti-nantilah Adam!” tekan Suhani berharap Adam tidak lagi
menimbulkan isu tentang gadis yang tidak diketahui siapa gerangannya.
****
~ TIGA TAHUN KEMUDIAN~
Tubuh dipusing ke kiri dan ke
kanan, melegakan rasa lenguh dan sengal diseluruh urat sendi. Seketika
kemudian, tubuh ditegakkan kembali dan nafas dihirup lalu dilepaskan penuh
ketenangan. Setelah tiga tahun berada di perantauan, akhirnya Adam kembali juga
ke bumi tanah tumpah darahnya!
“Adam,” laung satu suara di
sebalik orang ramai yang sedang menunggu ketibaan individu yang dinanti.
Senyuman diukir statkala wajah itu menerpa pandangan mata namun senyuman itu
mati dengan sendirnya bila melihat kelibat ibu, ayah juga kakak keduanya turut
berada sama. Menyambut kepulangannya setelah tiga tahun membawa diri menuntut
ilmu.
“Adam,” seru Zulaikha mendekati
tubuh adik bongsu yang lama menyepi. Susuk tubuh Adam kelihatan jauh berbeza,
lebih matang dan tampak tegap dengan otot yang diidamkan ramai jejaka diluar
sana.
“Kak Zu,” sahut Adam menggenggam
erat jari jemari Zulaikha lalu dikucup penuh hormat.
“Adik akak sihat?” soal Zulaikha
teruja setelah sekian lama mereka tidak bersua.
“Alhamdulillah sihat! Akak
sihat?” kali ini Adam pula menyoal.
“Sihat! Tu pergilah jumpa ibu dan
ayah! Kak Sofi pun ada!” tambah Zulaikha mengarahkan Adam mendapatkan ahli
keluarganya yang lain. Gembira rasa hati mula diragut kebahagiaanya bila reaksi
Adam dingin dan beku.
“Adam...” seru Zulaikha bila
melihat Adam masih statik tidak berganjak. Marahkan atau masih terasakah Adam
pada mereka semua.
“Adam, janganlah macam ni. Adam
tak boleh lupa lagi?” tebak Zulaikha cuba meneka rasa hati adik yang pernah
terluka dahulu.
“Bukan tak boleh, tapi susah nak
lupa.” Luahan rasa terkilan dihambur perlahan. Dan tahulah Zulaikha tentang
perasaan Adam yang belum pulih sepenuhnya!
“Adam, pergilah dapatkan ibu dan
ayah. Kalau Adam tak boleh nak berbaik, cukuplah andai Adam tak menyakitkan
hati mereka. Pergilah salam ayah dan ibu. Juga Kak Sofi, dah lama mereka tunggu
Adam balik.” Pujuk Zulaikha lembut.
“Pergi ya?” bahu itu dielus pula.
“Pergi ya Dam, kesiankan ibu dan
ayah!” pujukan demi pujukan dihambur dan akhirnya anggukan kecil itu terbias di
raut bening milik Adam.
Tangan ibu dan ayah, juga kakak
kedua yang suatu ketika dahulu lantang menegah dirinya dari meneruskan rasa
cinta pada gadis itu disalami silih berganti. Tiada senyuman tiada juga pelukan
erat membalas dakapan dari mereka kesemuanya. Hati itu sudah beku, jiwa itu
sudah keras, dan dengan apa lagi mampu dilenturkan sebuah hati yang dingin dan
beku itu?
Usai bersalaman, Adam terus
melangkah membontoti Zulaikha yang jauh kehadapan. Ibu, ayah dan Sofi juga
ditinggalkan begitu sahaja, cukuplah dirinya merendahkan ego bertemu kesemuanya
dari cuba menyakitkan hati tua itu dengan bahasa yang kasar lagi kesat!
Kali ini dirinya tidak terus
pulang ke bumi Damansara bahkan dirinya mengubah haluan menuju ke pulau di
pantai timur. Mencari sebuah ketenangan untuk berhadapan ibu bapa yang pernah
meninggalkan luka yang berparut dalam pada sekeping hatinya dahulu.
Diri dibawa mendekati balkoni
yang menghadap lautan, manakala pintu luncur sengaja di buka laus membiarkan angin menderu memasuki ruangan
bilik sederhana besar itu. Lembut menyapa, dingin terasa namun dibiarkan sahaja
serata kulit yang terdedah tanpa dilindungi baju itu dijamah angin petang.
Mungkin di sini hatinya akan pulih dan kedukaan lampau kembali sembuh dan
terawat sepenuhnya.
Sejenak ingatan kembali terusik
kepada gadis bernama Isabella. Suatu ketika dahulu, insan itu pernah dibawa ke
rumah untuk diperkenalkan. Ikatan pertunangan dijanjikan! Dan akhirnya ini yang
terjadi.
“Apa nama kau?” Sofi bertanya acuh tak acuh.
Isabella tertunduk seketika juga tersentak dengan layanan yang diterima.
“Eh, dah bisu ke budak ni?” sinis
Sofi bersuara. Isabella terkedu!
“Nama saya Isabella, Nur
Isabella!” luah Isabella masih sopan seperti biasa.
“Kau belajar sampai ke tahap mana?
SRP? SPM? PMR? Ke UPSR?” sinis bicara Sofi kedengaran lantang bergema di ruang
sederhana besar itu. Isabella menelan liur, kata perlian Sofi benar-benar
menghiris sekeping hatinya.
“Do you deaf?” tebak Sofi sengaja
membakar rasa di hati gadis bernama Isabella. Senyap tanpa tindak balas dari
Isabella benar-benar menyentap tangkai hati Sofi yang sedari tadi cuba
memprovok gadis itu.
“Oh, I see.... sorry... sorry!”
Sofi merapatkan kedua tapak tangannya lalu digosok berkali di antara satu sama
lain. Pandangan sengaja dialih ke arah Isabella walau gadis itu cuba melarikan
pandangan matanya ke arah lain.
“Kau bukan belajar tinggi mana
pun, manalah faham bahasa inggeriskan?” Sofi ketawa kecil. Ketawa penuh
mengejek!
“I forgot something. Aha... macam
ni la... boleh aku tahu background kau?” soal Sofi kali ini berpeluk tubuh.
Isabella yang berdiri sedari tadi masih dibiarkan terus berdiri, sedikit pun tiada keinginan untuk menjemput
gadis itu duduk di sofa yang kosong tanpa penghuni.
“Kau asal mana eh?”
“Perak.” Sepatah Isabella
menjawab.
“Perak tu luas! Tapi dekat mana?”
nada suara ditekan geram bila gadis itu memberi jawapan terlampau umum. Hingga
tidak tahu diceruk mana gadis itu menetap.
“Tapah, Perak!” sahut Isabella
perlahan. Manahan sebak dan rasa terguris di hati. Pertama kali dilayani kasar
sebegini.
“Oh, I see... kisah Pak Kanduk
yang kalah judi. Kemudian meratap di tepi sungi kemudian jumpa ikan yang ada
emas di dalam perut dia tu? Dan akhirnya Pak Kaduk bersumpah bahawasanya ikan
itu tak boleh dimakan oleh keturunannya? Betulkan?” tebak Sofi kembali
menceritakan kisah dongen zaman dulu kala.
“Kalau tak silap aku.....” Sofi
bawa jari jemarinya menyentuh dagu.
Berfikir akan hikayat dongeng zaman kanak-kanaknya dahulu.
“Aha.. nama ikan tu, ikan tapah? Betulkan! So kau ni keturunan
Pak Kaduk ke?” semakin sinis Sofi melontar kata.
“Err... saya... saya...” Isabella
kehabisan kata. Sedangkan dirinya tidak mampu lagi bertahan lebih lama berada
di kalangan ahli keluarga Adam yang cukup berbeza tingkahnya dengan lelaki itu.
Patah bicara mati bila kelibat seorang wanita mula melangkah masuk ke dalam
ruang tamu serba mewah itu. lidah pula kelu untuk berbicara!
“Isabella, hurmmm ini orangnya!
Not bad,” Suhani datang menatang dulang berisi jus oren berserta buah-buahan
segar.
“Come, and seat!” pelawanya
ramah. Namun Isabella hanya berdiri, berat untuk melangkah mendekati wanita
yang tampak anggun dalam persalinan yang cukup mewah pada hematnya.
“Jangan malu, sini duduk sebelah
aunty!” gamit Suhani bersahaja. Sofi tersenyum sumbing, lucu kadangkala melihat
tingkah Isabella gadis yang menjadi kesukaan adik lelakinya itu. Bagaikan rusa
masuk ke kampung, tercangak-cangak! Langsung tidak tahu membawa diri!
“Aunty nak tanya pada Isabella,
penting sebenarnya.” Luah Suhani mengalih posisi duduknya menghadap gadis yang
berjaya menambat hati Adam hingga anak bongsunya bercadang untuk tidak
meneruskan pengajian jika hubungan dengan gadis itu tidak direstukan.
“Tentang apa aunty,” sahut
Isabella lembut menyusun bicara.
“Tinggalkan Adam.” Pendek namun
sudah cukup membuatkan hati Isabella luka terhiris. Permintaan apakah ini,
bukankah kehadirannya pada hari ini atas permintaan keluarga itu juga. Kata
Adam, ibu dan juga ahli keluarganya mahu melihat sendiri calon yang menjadi
pilihan hatinya, namun apa yang diperoleh hari ini hanyalah kata-kata hinaan
dan cerca yang tidak sudah-sudah. Bahkan dirinya diminta untuk meninggalkan
sahaja lelaki itu. Apa maksud pertemuan
mereka petang itu! Isabella keliru bercampur sendu! Dirinya diperkotak katikkan
oleh keluarga itu!
“Tinggalkan Adam, Isabella dan
Adam tak sekufu! Jauhi Adam, dia ada masa depan yang cerah! Jangan rosakkan masa
depan Adam kalau Isabella benar-benar sayangkan Adam. Tolong tinggalkan Adam!”
pinta Suhani lebih kepada mengarahkan Isabella melupakan Adam dan memutuskan
hubungan yang baru terjalin kira-kira sebulan lalu.
“Isabella tak sesuai dengan keluarga
kami, lihat keadaan aunty sekeluarga. Aunty yakin Isabella tak boleh sesuaikan
diri dengan kehidupan kami, dan aunty juga yakin yang Isabella sebenarnya bukan
cintakan Adam tetapi lebih cintakan wang ringgit Adam! Tak begitu Isabella?”
teka Suhani bersama kening yang dijungkit tinggi dan kali ini Isabella
benar-benar terkedu dengan tuduhan berat seumpama itu. Persahabatan dan juga
perhubungan dengan Adam adalah atas dasar cinta bukan kerana wang ringgit. Itu bukan
matlamat dalam hubungan yang dicipta. Ya Tuhan fitnah apakah ini!
“Maafkan Isabella aunty, Isabella
sayangkan Adam bukan kerana harta Adam tapi kerana hati budi Adam sendiri.
Sungguh Isabella tak tahu yang Adam sebenarnya anak orang berada, Isabella tak
tahu.” Lirih dan sebak bersatu hingga suara yang terlontar kedengaran bergetar
menahan sendu yang mula merajai hati.
“Huh, alasan!” sampuk Sofi
mencebik. Alasan tipikal gadis-gadis yang mahu mengambil kesempatan.
“Isabella... sedar diri kau?
Cermin dulu keadaan hidup kau! Kerani mahu bersama bakal bos besar syarikat
antarabangsa? Jauh bezanya! Buat malu Adam je nanti,” tekan Sofi sinis menikam
hati nan lara.
“Sudahlah budak kampung, nak
speaking pun terkial-kial.... ada hati
nak bersuamikan lelaki kaya? Hishhh.... ada juga spesis macam ni dalam dunia
yang luas ni?” hambur Sofi menjeling tajam ke arah Isabella yang tertunduk
menyembunyikan wajah akibat kata hinaan dan cerca keduanya. Dihina hanya kerana
berasal dari kampung dan berjawayan kecil. Tidak sedarkah mereka, setinggi mana
sekalipun tahap pendidikan seseorang, rasa saling hormat dan menghormati juga
sopan santun itu perlu. Biarlah mereka memburuk-burukkannya, bukan semua kerani
seperti dirinya tidak berpelajaran! Biar mereka salah menduga!
“Isabella,” panggil Suhani
mendatar. Ada sesuatu yang ingin diberikan sebagai galang ganti agar gadis itu
meninggalkan anak terunanya dalam kadar segera. Tiada majlis pertunangan yang
dijanjikan, itu hanyalah sekadar mengaburi diri Adam yang sudah angau dilamun
cinta. Mana mungkin kehendak Adam yang mahu bertunang dengan gadis bernama Isabella
itu diturutkan, anak lelakinya masih mentah! Baru meniti usia 21 tahun dan
masih muda remaja! Pertunangan tidak seharusnya terjadi!
“Baliklah! Tapi sebelum tu,”
Suhani berdehem seketika. Sekeping kertas berlipat dikeluarkan dari poket
blazer yang tersarung.
“Nah, ambil ni dah jauhi Adam!
Jauhi Adam! Tolong aunty, jauhi Adam. Biarkan Adam capai cita-cita dia terlebih
dahulu, dan aunty yakin ada yang lebih layak untuk Adam. Isabella baliklah, dan
jangan jumpa Adam lagi. Ingat tu pesan aunty!” ucap Suhani bangkit seraya
mendekati Isabella yang masih berteleku di atas sofa. Cek tertera perkataan
sepuluh ribu ringgit itu disua tepat ke hadapan wajah gadis yang sudah
berkaca-kaca menentang pandangan mata darinya. Sepuluh ribu sabagai tanda
hubungan cinta mereka berakhir! Hina dan keji diperlakukan keduanya bagai
dirinya tiada lagi maruah untuk dipertahankan.
“Maaf aunty, saya tak sehina itu.
Saya akan lupakan anak aunty, dan pesan pada Adam jangan cuba cari saya lagi.”
luah Isabella perlahan-lahan bangkit lalu menghamburkan bicaranya. Sesudah itu
langkah kaki diatur meninggalkan perkarangan rumah yang tersergam indah dari
luarannya.
Suhani hanya memerhati, cek tidak
bersambut bahkan gadis bernama Isabella itu pergi begitu sahaja. Satu kebodohan
yang cukup nyata pada pandangan matanya. Senyuman diukir, memang benar, gadis
itu tidak sekufu dan selayaknya bergandingan dengan Adam.
“Ibu, mana Isabella?” Adam yang
baru pulang dari pasar mendekat Suhani. Hairan melihat Isabella yang
ditinggalkan, sudah tidak dilihat lagi.
“Ibu, mana Isabella?” soal Adam
curiga. Kali ini wajah ibunya Suhani kelihatan bersahaja, manakala Sofi pula
pamer riak selamba. Tidak pada Zulaikha yang baru tiba, wajah itu bagai
menunjukkan simpatinya pada Adam.
“Ibu, mana Isabella? Mana dia
bu?” soal Adam keras membuatkan Suhani tersentak pertama kali Adam meninggikan
suara padanya hanya kerana mempertahankan seorang gadis yang bukan sesiapa pada
pandangan matanya!
“Adam jangan melampau! Sejak bila
jadi anak derhaka ni hah? Sejak bila? Ini mesti perempuan tu yang ajarkan!”
keras juga Suhani melawan bicara Adam. Kali ini dirinya sudah tegak berdiri
melawan baran amukan Adam yang tajam memerhatikan dirinya tanpa sedikit pun
berganjak.
“Kurang ajar!” bidas Suhani lagi.
Zulaikha hanya senyap, tidak berani mencampuri urusan keduanya. Manakala Sofi
pula masih selamba menonton rancangan di kaca TV. Sedikit pun fokusnya tidak
terganggu!
“Apa yang bising-bising ni Su?”
soal satu suara dari arah luar. Serentak mereka menoleh, kelibat Mustapha
sedang dilihat menapak masuk ke dalam ruang tamu. Briefcase di jinjit kemas.
“Anak awak dah pandai melawan!
Degil! Ni mesti budak kampung yang belajar tak tinggi mana tu yang hasut! Ajar
dia jadi kurang ajar! Awak tengoklah,” hambur Suhani marahkan Adam yang
dikatakan memperlajari sikap tidak beradab itu dari Isabella.
“Cukup bu, jangan hina lagi
Isabella!” pertahan Adam keras.
“Adam!” Mustapha memintas. Benar
kata isterinya, Adam sudah berani meninggi suara melawan bicara.
“Ayah dah buat keputusan! Esok
juga Adam akan ke Belanda! Esok! Tiada alasan dan penolakan! Keputusan ayah
muktamad! Kalau Adam berdegil, janganlan salahkan ayah kalau apa-apa terjadi
pada Isabella!” ugut Mustapha tahu bagaimana menangani keadaan meruncing tika
itu. Isabella adalah kelemahan Adam, dan kelemahan itu adalah senjata yang paling
ampuh untuk mematahkan kedegilan anak terunanya itu. Anak yang baru mengenal
dunia cinta!
Keesokan harinya, Adam berlepas
ke tanah Belanda tanpa sempat bertemu Isabella! Perginya demi menyelamatkan
gadis itu, tidak mahu dan tidak tegar memperjudikan nasib Isabella ditangan
kedua ibu bapanya yang langsung tiada hati perut.
Dan kehidupan mereka diteruskan
secara rahsia, cinta juga air mata yang dilalui bersama hanyalah sekadar di
dunia maya. Gadis itu hanya wujud tanpa suara juga tanpa bicara melainkan
utusan email juga titipan kata di YM. Sungguh pahit meneruskan hubungan yang
terlarang itu, namun apa lagi pilihan
yang ada buat keduanya melainkan sebuah kesabaran juga ketabahan?
Seiring masa berlalu, tiada lagi
khabar berita yang diterima, Isabella diam membisu. YM tiada lagi berbicara,
email juga sudah tiada mengganti diri. Adam kesepian dipalit kerinduan, namun
demi sebuah kepastian jasa baik Zulaikha dipohon agar menjejak Isabella yang
ditinggalkan jauh di tanah air sana.
Hati yang kuat juga mampu goyah,
hati yang tenang juga mampu resah begitu jugalah keadaan hiba dan pilu tatkala
perkhabaran yang diterima cukup menjadikan dirinya lemah untuk berdiri dan
kalah untuk terus berjuang. Isabellah terlebih dahulu pergi membawa cinta yang
tidak kesampaian. Cinta yang terlarang dan kasih yang tidak mungkin mengenal
erti sebuah restu dan kebahagian namun kenangan bersama gadis itu tetap utuh
tersemat disanubari. Sukar sebenarnya melupakan kepedihan itu walau kekesalan
orang tua juga tidak mampu memulihkan rasa bahagia yang terusir jauh dari hati.
***
Ketukan dimuka pintu kedengaran
sayup-sayup. Perlahan-lahan Adam menoleh. Seraya itu langkah kaki diatur menuju
ke muka pintu dan daun pintu diregangkan. Wajah insan yang mengetuk daun
pintunya terpacul!
“Adam, boleh ayah masuk?”
Mustapha bersuara. Pulau Perhentian dijejaki bilamana Adam tidak terus pulang
ke rumah bahkan menuju ke Pantai Timur. Tanpa suara, Adam meluaskan daun pintu!
Dan dari ekor mata, kelibat ibu juga kedua orang kakak kandungnya terlihat!
Suasana hening kembali, Adam
tinggalkan mereka lantas bergerak ke balkoni. Membiarkan angin bayu menyapa
tubuh. Tahu akan tujuan hadirnya mereka hingga sejauh ini! Apa lagi selain
memohon sebuah kemaafan!
“Adam, maafkan ibu ya nak!” patah
bicara itu disambut sepi.
“Ayah tahu, ayah sedar ayah tak
sepatutnya halang Adam bersama Isabella. Ayah mengaku salah dan silap ayah pada
Adam dan Isabella!” luah Mustapha pula.
Kesal bila mendapat tahu Isabella terkorban setelah pulang dari pejabat
pos hanya semata-mata mengirimkan baju melayu hasil jahitan tangannya sendiri
kepada anak bujangnya yang jauh di seberang laut. Ketegasan dirinya yang
memisahkan Adam dan Isabella menjadikan keduanya menjalani hubungan cinta
secara rahsia tanpa pengetahuan sesiapa. Mengecap rasa bahagia walau dalam
sembunyi dan jika diturutkan sahaja kehendak keduanya, pasti tiada yang terkorban. Sudahnya, hati
anak sendiri yang merana tiada berkesudahan!
“Maafkan Kak Sofi ya Adam,” kali ini kakak
keduanya juga turut melontar kata kemaafan. Meluahkan kesal yang beraja dihati!
Adam masih membisu, keras dan dingin seperti selalu. Untuk apa kemaafan itu? semuanya sudah
berakhir, kini dirinya hidup di dalam kerinduan yang bukan sedikit. Rindukan
insan yang sudah tiada! Perit dan menyakitkan!
“Adam,” seru Zulaikha pula. Tahu
hati adik lelakinya hancur dan kecewa yang ditanggung amat payah untuk di
lupakan sekelip mata.
“Ini pemberian Isabella, ibu dia
serahkan pada Kak Zu.” Adam menoleh seketika. Kotak kayu berukiran flora itu
disambut perlahan.
“Apa ni Kak Zu?” soal Adam
mendatar. Suara itu jauh ke dalam sana, sebak dan lirih bersatu. Hati lelakinya
tidak kuat menghadap pemberian dari Isabella sedangkan sepanjang setahun menjalani
hubungan jarak jauh itu, hanya sehelai selendang sahaja yang sempat
dihadiahkan. Tidak pada Isabella, gadis yang sudah tiada itu sering kali
mengutuskan hadiah juga kad serta hiasan hasil buatan tangannya! Kata gadis
itu, andai mereka tidak bertemu lagi... sekurnag-kurangnya ada kenangan untuk
Adam mengingati dirinya nanti! dna benarlah, kenangan serta ingatan dari gadis
itu membuatkan dirinya bertambah derita merindui!
“Kak Zu tak tahu, tapi ibu kepada
Isabella minta Kak Zu sampaikan pada Adam.”
“Terima kasih Kak Zu.” Luah Adam
membawa kotak kayu itu rapat ke tubuh. Mata pula masih menancap permukaan kayu
yang terukir cantik.
“Ibu, ayah... Sofi, mari kita
keluar dulu.” Pelawa Zulaikha memberi ruang untuk Adam bersendirian.
***
Assalamulaaikum......
Buat ingatan insan tersayang....
Adam....
Maafkan diri Isabella kerana
pergi tanpa pesan... menghilangkan diri selama sebulan tanpa khabar berita.
Ketahuilah Adam, Isabella bertabah untuk melawan kesakitan ini. Dan andai
Isabella pergi dulu, pasti surat ini menjadi pengganti diri.
Adam....
Kadangkala kepahitan itu
mengajar kita erti sebuah ketabahan
Kadangkala...
Kepahitan itu juga mampu
meranapkan sebuah impian...
Kadangkala ..
Kepahitan itu juga bisa
menggoyahkan hati dari terus bertahan..
Kadangkala
Kepahitan itu mampu menguji
sejauh mana seorang hamba menerima ketentuanNya..
Kadangkala...
Kepahitan itu sukar untuk
ditelan dan payah untuk diluah
Kadangkala...
Kepahitan itu datang bersama
sebuah kemanisan...
Kadangkala...
Kepahitan itu seharusnya
dilupakan...
Dan kadangkala..
Kepahitan itu membawa seribu
penawar kedukaan...
Adam...
Isabella bukan penyajak yang
bisa mengayam buih-buih ombak dijadikan puisi indah... Isabella juga tidak mampu memetik bintang untuk
dijadikan hiasan terindah...
Apa yang ada pada Isabella hanyalah
sekeping hati yang luhur menyintai Adam sepenuh hati... dan jangan kerana
Isabella... Adam derhakai ibu bapa
Adam..... cinta Isabella cinta yang menanti sebuah restu.. jika restu itu jauh
dari kita... jangan sesekali palingkan wajah dari ibu bapa Adam..... mereka
tetap ibu bapa Adam walau beribu kali Adam menafikan.
Adam...
Apa yang lahir dari hati
Isabella hanyalah sebuah ucapan terima kasih yang tidak terhingga kerana Adam sudi
bersama Isabella walaupun hanya untuk seketika... mengenali Adam membawa
Isabella mengenal erti sebuah ketabahan dan kesabaran. Sungguh di hati ini,
tiada sekelumit perasaan marah dan dendam pada keluarga Adam. Harapan Isabella,
Adam dapat memaafkan mereka dan kembali bersatu seperti sebelum Adam mengenali
Isabella. Anggaplah Isabella hanya sepotong mimpi yang kini sudah tiada lagi.
Binalah kehidupan baru dan sayangilah insan-insan yang menyayangi Adam sepenuh
hati.
Akhir kata... salam permisi...
doakan Isabella jauh di sana....
Salam
sayang dari Isabella...
*******
“Adam maafkan semua... walau
sebanyak mana Adam membenci... sejauh mana Adam larikan diri, kecewa dan
terkilan tak mungkin lenyap dari hati Adam.... Isabella tak mungkin kembali
lagi. Tak mungkin! Dan Adam sudah kehilangan Isabella selama-lamanya! Untuk apa
lagi Adam membenci, hanya menambah kesakitan pada hati Adam! Maafkan mereka
Adam! Maafkan ibu bapa kita! Maafkan mereka!” luah Zulaikha memujuk hati pemuda
yang direnggut kebahagiaannya dahulu.
“Hati Adam sakit kak! Hati Adam
ni hancur dan hati Adam ni luka tak
mungkin sembuh lagi.” luah Adam sebak. Sukar sekali menahan rasa bila bicara
tentang sebaris nama itu meniti di bibir.
“Adam... terimalah ketentuan
Ilahi. Jodoh Adam dengan Isabella tiada, terimalah dik!” pujukan dilontar
lembut. Pasti Adam sukar untuk menerima kepergian kekasih hati lambat
diketahui. Sebulan berlalu barulah Adam mendapat tahu Isabella telah bersemadi
buat selama-lamanya. Meninggalkan dirinya hidup di dalam kenangan yang pernah
dicipta bersama.
“Maafkan mereka ya Adam. Itu
permintaan terakhir Isabella! Kalau Adam sayangkan Isabella, turutlah
kehendakknya dan sedekahkan doa untuk arwah. Insyallah rasa sarat rindu dan
pedih di hati Adam akan terubat sedikit demi sedikit. Cuba ya dik!” Zulaikha
enggan putus asa dalam memujuk Adam. Keras sungguh hati Adam namun keras itu
bisa dicairkan jika kena pada tempatnya.
“Adam rindukan Isabella,” sebaris
ayat diluah penuh lirih. Ada getar dihujung suara Adam dan ketika ini Zulaikha
tahu Adam benar-benar diuji dan teruji. Ketika ini Zulaikah hanya mampu
melihat, Adam meraup wajahnya lama, menangsikan adik lelakinya itu?
“Adam... jangan macam ni dik!”
pujuk Zulaikha berusaha mengusir kesedihan hati Adam.
“Adam tak minta apa, cukuplah
sekali Adam bertemu dengan Isabella walau dalam mimpi sekalipun asalkan terubat
rindu Adam pada dia kak!” luah Adam bersulam getar pada nada suaranya.
“Berdoalah Adam, semoga Allah
perkenankan permintaan Adam.” Itu sahaja yang mampu difikirkan oleh Zulaikha.
Untuk menyeru Isabella hadir, itu mustahil kerana gadis ayu itu sudah bersemadi
tenang di alam sana. Hanya doa tanda ingatan tulus ikhlas yang mampu
dihadiahkan kepada gadis itu. Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah!
“Adam... Kak Zu keluar dulu ya.”
Gumam Zulaikha memberi ruang untuk Adam bersendirian.
Mengenangkan kesedihan itu masih
terasa hingga ke saat ini, Adam membawa diri menuju ke bilik air. Wudhuk
disempurnakan, solat sunat perlu didirikan agar permintaanya untuk memperoleh
ketenangan hati diperkenankan oleh yang Maha Esa.
Doa dititipkan dan amarah yang
bersisa pada ibu dan bapanya dilupakan, sudah tiba masanya mereka semua kembali
bersatu dan kedukaan itu diusir jauh. Sudah tiba masanya untuk mereka menjalani
kehidupan yang lebih bahagia selepas ini. Tidak adil untul membebani takdir
yang tersurat pada bahu kedua ibu bapanya lagi.
***
Bilik kedua ibu bapanya
dikunjungi, dan kali ini tekad dan azam sudah dipateri ke dalam hati. Tiada
lagi dendam, amarah mahupun kesal yang bersisa. Kemaafan dendam yang terindah!
Dan kemaafan juga akan meleraikan segala keksusutan yang terjadi hampir dua
tahun ini.
“Ibu... ayah, maafkan Adam!
Maafkan dosa Adam!” luah Adam menyalami keduanya. Kesal kerana pernah
meletakkan keduanya jauh dari hati sendiri.
“Ibu dan ayah juga mohon maaf
pada Adam. Maafkan kami!” luah Suhani bersyukur akhirnya Adam terbuka hati
memaafkan kesilapan lampaunya.
Sedang mereka meluahkan kesal
yang bertamu di hati, loceng di pintu kedengaran. Serentak pandangan dikalih ke
muka pintu.
“Adam, tengoklah.... ayah rasa
makanan yang ayah tempah tadi dah siap. Bukakan pintu,” pinta Mustapha sedang
bersantai di kerusi urut.
“Sekejap,” sahut Adam bila loceng
kedenagaran buat kali kedua. Daun pintu dihampiri dan tombol disentuh sebelum
diluaskan.
“Good afternoon, your order sir!”
tutur gadis hotel bersih dalam persalinan putih.
“Isabella!” sepatah nama itu
terpacul keluar saat wajah itu menyapa pandangan matanya. Serentak itu juga
Mustapha dan Suhani mendekati.
“Isabella?” kedua-duanya turut
melontarkan sebaris nama itu dan kerutan di dahi gadis hotel itu semakin bertambah
jelas.
“Sorry.... my name is Nabila. Not
Isabella!” tuturnya lemah lembut. Adam terkesima, Mustapha keliru manakala
Suhani tergamam. Wajah persis gadis yang pernah dicintai oleh anaknya dahulu.
Sedikit pun tidak berubah melainkan ketinggiannya sahaja yang berbeza.
Adam terdiam, doanya termakbul.
Walau bukan Isabella namun wajah itu seiras dan persis kepunyaan gadis yang
suatu ketika dahulu pernah dicintai.
“Isabella? It is right?”
“No! My name is Nabila. Nabila Ahmad.”
Ucap gadis itu menafikan. Dan tahulan Adam, gadis dihadapannya ini insan seiras
wajah namun berbeza identiti dan latar belakang. Juga tiada kaitan dengan
kekasihnya yang telah pergi dahulu!
p/s: semoga terhibur hendaknya ya.... :)
Comments
Sebuah cerpen yg mencuit hati kita..keinginan seorg anak terhadap cinta yg didambakan pada seorg gadis yg berlainan latarbelakang dan pencapaian akademik ditentang oleh ibu ayah dan salah seorg kakaknya yg menyebabkan sianak kehilangan gadis yg dicintai kerana kemalangan jalanraya . Betapa hati anak itu begitu tegar membelakangkan kedua ibubapa nya kerana rasa marah dan terkilan kerana tidak dapat memilikki sekeping hati itu walaupun ibu bapanya kini sedar dan insaf akan kesalahan diri mereka.
.akhirnya sepucuk surat dari arwah kekasihnya dan kakaknya telah membuka hati dan menyedarkan dirinya betapa selama ini dia telah menyakitkan hati kedua ibubapanya dengan perilakunya..dan memohon kemaafan dari kesilapan yg telah dia lakukan kerana perilakunya membuat kedua ibubapanya tersinggung.
Akhirnya kemungkinan dia menemui cinta sejatinya walaupun sigadis yg bernama bella tetapi Nabila..
en putra saya tumpang simpati..
semoga dia aman disana.. amin
QQTAIPAN .ORG | QQTAIPAN .NET | TAIPANQQ .VEGAS |
-KARTU BOLEH BANDING, SERVICE JANGAN TANDING !-
Jangan Menunda Kemenangan Bermain Anda ! Segera Daftarkan User ID nya & Mainkan Kartu Bagusnya.
Dengan minimal Deposit hanya Rp 20.000,-
1 user ID sudah bisa bermain 8 Permainan.
• BandarQ
• AduQ
• Capsa
• Domino99
• Poker
• Bandarpoker.
• Sakong
• Bandar66
Kami juga akan memudahkan anda untuk pembuatan ID dengan registrasi secara gratis.
Untuk proses DEPO & WITHDRAW langsung ditangani oleh
customer service kami yang profesional dan ramah.
NO SYSTEM ROBOT!!! 100 % PLAYER Vs PLAYER
Anda Juga Dapat Memainkannya Via Android / IPhone / IPad
Untuk info lebih jelas silahkan hubungi CS kami-Online 24jam !!
• WA: +62 813 8217 0873
• BB : D60E4A61
• BB : 2B3D83BE
Come & Join Us!