CERPEN: MILIK ENCIK POLIS PART III
Aku palingkan wajah menatap Intan yang mendekati, untuk apa
dia ke sini?
“Abang Is, dah siap makan?” aku angguk sekali.
“Jom ikut Intan sekejap!” pintanya lalu menunduk sedikit
kepala ke arah along, memberi hormat barangkali. Ala along ni tak payah nak hormat sangat, kat
depan je baik!
“Kemana?” soal ku sepatah. Tisu ku tarik dari kotak lantas
tangan yang basah ku keringkan segera. Along di sisi tersengih-sengih dari
tadi, entah kenapa. Sesekali aku jeling pengantin di atas pelamin, amboi
bahagia sungguh! Tersenyum sana sini, dan seketika kemudian aku panahkan
jelingan tajam buat DJ yang memutarkan lagu Pelamin Anganku Musnah! Hesss
ikutkan rasa, aku mahu mereka juga merasa kepedihan ini! Arghh semuanya salah aku, mendambakan rasa
cinta melebihi cinta pada Tuhan. Sudahnya bila aku kecewa, hati ini hancur dan
jiwa ini parah. Jika dahulu aku kuatkan hati dan tidak sewenang-wenangnya
meletakkan cinta manusia melebihi cinta pada Tuhan sudah tentunya aku tidak
kesakitan begini! Tapi apa lagi yang boleh dibuat, jodoh aku tak ada bersama
Rosliza. Dan diri itu sudah pun menjadi milik lelaki lain! Sabarlah Iskandar
Hafif. Aku pujuk diri sendiri!
“Intan nak bawa abang Is ke syurga dunia! Jomlah!” luahnya
buat aku berkerut! Dekat dunia ni ada syurga ke? Haih tak percayalah aku!
“Syurga? Abang tak percayalah!” sahut ku selamba. Tubuh ku
sandarkan ke kerusi dan wajah Intan yang tidak mengenakan sebarang solekan ku
perhatikan. Sebiji jerawat pun tiada, tak macam Iza yang suka bersolek sampai
kadang kala aku tak kenal! Pernah sekali tu, aku hampir-hampir aku jatuh pengsan
dek kerana terkejut dengan wajah Iza yang berubah, menakutka pulak! Hess seram!
seram!
“Jomlah abang Is!” Intan tidak mengalah! Malas-malas aku
bangkit dari kerusi, dan Intan ku turuti langkahnya dari arah belakang menyusup
disebalik tetamu majlis persandingan Iza.
“Aku ikut misi pendek ni kejap!” sebelum berlalu aku pesan
pada along dan dia mengangguk sahaja. Baguslah tu! Bukan nak mengahalang ke
apa? Buat selamba je! Lambat-lambat aku ekori Intan yang sudah mencacak ke
hadapan.
“Kemana ni Intan?” soal ku masih tidak dapat menangkap
syurga dunia yang dimaksudkan.
“Sekejap la abang Is. Ikut je....” Intan masih mahu
berahsia. Aku ekori sahaja langkah itu. Dalam hati jujur aku menyoal
macam-macam. Jangan-jangan Intan mahu merompak aku? Takpun nak apa-apakan aku
ke? Hishh risaulah pulak! Tapi bila difikir-fikir balik, apa gunanya aku menjadi
polis masuk akademi bertahun-tahun dengan perempuan seperti Intan pun aku boleh
tewas? Oh itu tidak mungkin! Jatuh kredibiliti inpsektor polis seperti aku!
“Abang Is... cantik tak?” soal Intan tersenyum girang. Aku
panggung wajah dan aku lihat apa yang dikatakan cantik oleh Intan sebentar
tadi.
“Apa yang cantik?” aku soal Intan macamlah aku ni buta tak
nampak apa-apa. Tak cantik pun!
“Takkan tak cantik!” rungut Intan bila aku pura-pura tak
memahaminya.
“Tak!” luah ku selama dan kerana mulut aku yang lantang
menghambur kata, Intan pijak kaki aku. Sikit doh!
“Apa pijak-pijak ni?” soal ku mengangkat kaki yang kepedihan
ditikam tumit tajam kasut Intan. Selalu aku tengok dia pakai kasut sekolah
warna putih dan uniform jururawat yang juga bewarna putih. Hari ini lain pula
penampilan dia, siap pakai jubah ala-ala arab lagi! Buang tabiat ke apa? Tengah-tengah
panas pun nak berangan jadi minah arab! Huh!
“Penat-penat je Intan rias kereta ni cantik-cantik! Abang IS
selamba je kata yang kereta Intan tak cantik! Penat tahu!” luah Intan bernada
rajuk. Aku mencebik, alah perempuan! Benda macam ni pun nak ambil hati.
“Yelah cantik!” aku ambil hati dia. Tak ikhlas pun nak cakap
macam tu.
“Ikhlas ke tak?” Intan menyoal.
“Ikhlas! Aku tipu dia.
“Okey, jom Intan nak bawa abang ke syurga dunia!” ucap Intan
tersenyum-senyum.
“Syurga dunia? Ingatkan benda ni yang syurga dunia!” ujar ku
sambil meluruskan jari telunjuk ke kereta milik Intan. Kereta barulah kut,
nombor pendaftaran pun nombor baru! Boleh jadi jugak! Warna pink pula tu, warna
yang paling aku tak berkenan!
“Taklah! Ini bukan syurga dunia, ini kereta!” jawab Intan
selamba.
“Pakai seatbelt tahu, nanti kena saman pulak!” arah
Intan sambil membelit hadapan tubuhnya dengan tali pinggang keledar. Aku hanya
menurut, malas mahu berkata apa.
“Abang Is, kenapa muka abang IS sedih je?” soal Intan yang
tenang memandu. Alahai perlahannya, bila nak sampai macam ni? Lori telur pun
lagi laju dari kereta yang dipandu Intan! Cukup berhati-hati dan penuh berhemah!
“Mana ada sedih, abang okey je! Tak sihat,” alasan ku beri. Sedih
dan terkilan masih melatari hati, cuma aku harus bijak menyembunyikan keadaan
diri ini agar segala duka tidak dikesan orang.
“Yeke? Kalau macam tu takpelah... abang Is tidurlah dulu! Lambat
lagi nak sampai!”gumam Intan memberi
petanda bagai perjalanan yang harus ditempuh ketika ini begitu panjang. Kemana agaknya
ya? Aku bersoal jawab sendiri!
“Kita nak kemana ni Intan?” soal ku curiga.
“Ada la abang Is, abang tidur dulu ya! Dah sampai nanti,
Intan kejut abang!” luah Intan tersenyum sengaja berahsia barangkali. Aku lihat
senyuman itu menawan dan terserlah susunan gigi yang teratur, putih dan bersih!
Aku sandarkan kepala lalu mata ke alihkan ke luar dari
tingkap kereta dan serentak itu aku dengar DJ radio memutarkan lagu ‘Tergamak
Kau’ dari kumpulan Ukays. Apalah nasib aku, hari ni semua lagu yang aku dengar
bagai ditujukan kepada aku, sedih dan berunsur rasa kesal terhadap rasa cinta
yang tidak kesampaian. Atau aku yang terasa sendiri?
“Alamak!” Intan bersuara lantas mengejutkan aku yang hampir tertidur.
Laju wajah ini ku palingkan ke arahnya.
“Kenapa” sepatah kata meluncur laju.
“Intan tertinggal beg duit dalam beg tangan yang lagi satu. Hari ni Intan pakai handbag lain, so macam mana ni? Kalau polis tahan Intan nak buat apa?” luah Intan gusar. Aku mencemik seketika, tidakkah Intan sedar aku juga seorang polis?
“Ala.... macam mana ni abang Is?” soal Intan memerhatikan
aku dalam pandangan meraih simpati.
“Bawa je, kalau polis tahan! Kena saman! Bukan susah pun,”
sahut ku bersahaja.
“Abang Is banyak duit takpelah! Intan ni gaji kecil, takkan
nak dihabiskan untuk bayar saman.” Adu Intan lirih.
“Intan sendiri cuai, jangan takut manghadap salah sendiri
Intan!” tegur ku agar Intan faham, setiap kesalahan yang dilakukan harus
dipertanggungjawabkan pada diri sendiri. Jika terlepas di sini, di akhirat sana
masih ada!
“Kalau polis tahan?” teka Intan.
“Samanlah!” jawab ku sekali.
“Ala... takkan tak ada maaf?” soal Intan lagi.
“Tengok pada budi bicara....” luah ku pula.
“Takutlah kena saman!” wajah dihambat gusar itu buat aku
tersneyum ekcil. Intan benar-benar lupa agaknya!
“Intan,” panggil ku sekali.
“Ya abang!” jawabnya pendek.
“Abang Is ni polis,” tutur ku tersenyum lantas membuang pandang
ke luar tingkap kereta. Aku tahu Intan tersentak dan mungkin baru menyedari
akan hal itu.
“Jangalah saman Intan! Pleaseeeee.....” ujar Intan
memandang wajah ku dalam raut wajah yang keruh bagai mahu menghamburkan hujan
air mata.
***
Entah apa yang Intan buat pada aku, sedar-sedar je aku dah
terconggok dekat sofa dalam rumah dia. Hesss aku kena pukau ke tadi? Macam mana
agaknya aku boleh sampai sini, Intan! Eh mana Intan ni? jangan-jangan dia nak
perangkap aku!
“Abang Is....” aku dengar satu suara menggoda menyeru nama
aku. Sah aku dah terperangkap! Janganlah aku diapa-apakan!
“Intan apa ni?” soal ku cemas bercampur gerun tapi
sebahagian hati aku rasa suka melihat Intan ringkas dengan persalinan t-shirt
dan skrit paras buku lali. Ayu la pulak minah ni! Rasa miang seorang lelaki
mula berkata-kata di dalam hati!
“Apa yang apa abang Is?” soal Intan mendekati. Aku lihat dia
pandang aku dengan pandangan lembut menggoda dan tidak semena-mena dia duduk
rapat dan dekat pada aku.
“Eh, jangalah!” ucap ku bila aku lihat jari jemari itu bagai
mahu menyentuh rambut yang ku salutkan dengan gel cream!
“Eh abang ingat Intan ni apa? Intan bukan nak apa-apakan
abang! Intan nak ambil ni,” aku keraskan
tubuh hanya pandangan ini yang ku halakan ke arah Intan, dan dengan tawa halus
aku lihat Intan sentuh cebisan kertas yang terselit di antara rambut yang
pacak-pacak ini. Pasti ketika dimajlis kenduri kahwin Rosliza tadi cebisan ini
jatuh pada rambut aku.
“Cantik rambut abang Is,” tegur Intan memuji.
“Sekali sekala,” jawab ku tenang cuba menjarakkan diri, aku
ni lelaki datang yang satu tu nanti, Intan ku baham pula. Astaghfirullahhal’azim!
Aku istighfar di dalam hati, cuba mengawal diri.
“Jarang tengok abang Is buat gaya macam ni.” tokok Intan
lagi.
Aku tersenyum sekadar membalas pertanyaan itu. Hanya di
waktu cuti sahaja aku boleh manggayakan rambut serupa ini, di dalam waktu kerja
sama sekali gaya rambut seperti ini cuba aku elakkan! Tak formal dan kurang
sesuai dengan suasana kerja!
“Intan... mana orangnya?” aku terpempam! Suara siapa pulak
tu?
“Ni orangnya yah! Mak mana? Intan nak perkenalkan bakal
menantu mak dan ayah ni.” ucap Intan buat aku telan liur. Ya Allah biar betul
Intan ni, kalau nak kenalkan aku pada mak dan ayah dia sekalipun tunggulah aku
bersedia ke apa. Ni tidak, pakai macam ni lagi... jeans dengan t-shirt tak ada
kolar. Sekurang-kurangnya kalau Intan bercakap terlebih dahulu, mudah sedikit
aku bersedia. Bolehlah beli kopiah putih, tak pun jubah ala-ala Ustaz Don
barulah nampak seperti lelaki baik dan warak!
“Bakal menantu?” ulang lelaki tua lingkungan enam ke tujuh
puluh tahun itu bagai terkejut! Aku pun sama-sama terkejut!
“Yelah bakal menantu ayah,” ucap Intan kepada lelaki yang
baru datang dan melabuhkan duduknya bertentangan dengan aku. Intan siku aku
yang masih terpinga-pinga. Dengan pandangan mata itu aku lihat Intan isyaratkan
agar aku bersalaman dengan bapanya. Haih tua betul bapak Intan ni!
“Assalamualikum pakcik! Sihat?” soal ku tiada idea untuk
berkata apa. Dan dengan senyuman salam yang ku hulur bersambut dan berjawab.
“Intan, kenapa tak cakap nak bawa balik ke rumah? Ni apa
pulak mengaku abang ni bakal menantu mak ayah Intan?’ bisik ku geram. Intan
tersneyum sahaja, bagai tak ada salah apa. Melihat reaksi Intan sebegitu, aku
kalihkan pandangan menancap wajah tua ayah Intan. Senyuman ku ukir sekali lagi.
“Siapa namanya Intan!”
“Iskandar Hafif yah, dia ni inspektor polis! Hebatkan yah,”
puji Intan sekali dan bagi aku tidaklah sehebat mana.
“Inspektor?” soal lelaki itu ku angguk sahaja.
“Baguslah kerja macam ni kerja tolong masyarakat! Kalau tak
ada polis susah negara kita ni.” celah seorang perempuan tua datang menatang
dulang. Ai Intan ni, duduk melepap je! Tak tolong ke mak dia? Dalam pada itu
aku sempat menjeling ke arah Intan, pemalas jugak budak ni!
“Berapa ramai dah kena tembak?” ayah Intan menyoal. Aku
telan liur, pertama kali soalan seumpama itu ku terima.
“Seingat saya, belum pernah lagi saya tembak orang pakcik!
Lagipun tak boleh tembak orang sesuka hati selagi mereka tak menggunakan
senjata dan tidak membahayakan!” terangku disambut anggukan kecil lelaki itu. Mungkin
ada yang bakal saya tembak nanti!” ucap ku sambil jeling pada Intan. Dalam hati
aku hanya mahu menembak Intan, geram pula dengan minah ni! Selamba dia je
perkenalkan aku sebagai menantu keluarga dia! Dah tu biarkan aku kena soal
siasat sampai macam ni sekali. Hessy...
“Berapa banyak kes berprofile tinggi?” soalan kedua
menyusul. Aku diam, belum pernah rasanya aku uruskan kes berprofile tinggi. Kes
bunuh dan kes mati bunuh diri adalah, itu pun seminggu aku hilang selera makan
bila terpaksa berhadapan mayat reput dan sudah membusuk! Hish ngeri rasanya!
“Belum lagi pakcik, setakat ni kes jenayah biasa-biasa je
pakcik!” sahut ku sopan dan hormat.
“Oh, berapa lama dah jadi polis ni?”
“Baru empat tahun pakcik, habis belajar saya masuk training!
Kira saya ni masih orang barulah!” ucap ku jujur. Untuk apa aku bohong orang
tua ni? Entah siapa-siapa dia ni, tapi macam banyak perkara yang dia tahu
tentang kerjaya sebagai seorang polis seperti aku. Jangan-jangan orang tua ni
perisik tak?
“Samalah dengan Intan ya? Habis belajar masuk pula latihan
kejururawatan! Yelah susah nak dapat kerja sekarang ni. Apa yang ada, kita
terima ajelah!” ucap ibu kepada Intan
pula, aku hanya mengangguk dan kadang kala minda ini sibuk memikirkan mengapa
aku berada di sini sebenarnya?
“Intan, tuangkan air untuk Iskandar! Dahaga dari tadi tak
minum apa,” suruh wanita tua itu kepada Intan. Aku kerling Intan,
perlahan-lahan dia mendekati meja kopi lalu air teh dituang cermat!
“Abang Is minumlah,” sua Intan ku sambut cermat. “Jangan sampai
tumpah Is, buat malu muka kau je nanti!” pesan ku pada diri sendiri.
“Iskandar, minumlah dulu ya. Makcik masuk ke dalam sekejap,
sembang-sembanglah dengan pakcik!” gumam ibu Intan ku anggukkan sahaja. Mesra mereka
sekeluarga, rasa terharu ini terbit di hati.
“Dah Isyak, kita berjemaah bersama. Lepas tu kita balik KL
eh.” Gumam Intan memecah hening.
“Tidur sini ajelah Iskandar.... Intan, ayah pun tak berani
nak lepas kamu berdua balik malam-malam. Bahaya, macam-macam boleh jadi.” Gumam
lelaki yang juga ayah kepada Intan. Aku telan liur, mak ai takkan bermalam di
sini pula? Hussss.... takkan kut!
“Ayah, abang Is kan polis! Intan selamat Insyaallah! Lagipun
esok abang Is kerja, Intan takpelah kerja shif malam.” gumam Intan mungkin
tidak memahami maksud sebenar bicara ayahnya itu. Yelah lelaki dan perempuan,
macam-macam boleh jadi tambah-tambah hanya berdua malam-malam pula tu. Mengelak
itu lebih baik daripada mencegah!
“Takpelah Intan, esok abang pun kerja sebelah malam. Its
okey, abang tak kisah!” tutur ku meredakan keadaan. Intan pandang aku tidak
berkelip lalu anggukan kecil ku pamerkan padanya.
“Kalau macam tu takpelah, abang Is masuk bilik Intan ya. Intan
tidur dekat bilik satu lagi.” ucap Intan mesra melayani aku.
Sudah lama aku tidak merasakan suasana harmoni seperti ini.
Sejak aku bersekolah menengah arwah abah dan mama telah pergi dulu. Meneruskan hidup
tiga beradik dengan along yang ketika itu berusia 19 tahun sebagai ayah dan ibu
manakala aku pula baru sahaja mencecah usia 17 tahun. Manakala Kuntum pula baru
menginjak 12 tahun. Sedih dan kerinduan pada kedua ibu bapa yang pergi 10 tahun
lepas datang menghimpit dan Allah itu Maha Besar dan ketika aku kerinduan
seperti ini, aku diberi kesempatan untuk merasakan kehidupan berkeluarga
melalui keluarga Intan. Ada ayah dan ibu, ada rasa kasih dan sayang!
Sesudah melaksanakan solat isyak berjemaah, aku dipelawa menikmati
makan malam dan selesai sahaja menjamu selera aku menghabiskan masa berbual
kosong di anjung rumah papan yang sudah di ubahsuai seperti keadaan chalet
penginapan. Menarik dan penuh berseni ukiran di tangga dan jendelanya. Hampir mencecah
angka 11 malam, rasa kantuk menjelma dan letih seharian di dalam kereta menuju
ke Kedah membuatkan mata ini semakin berat dan akhirnya aku berlalu masuk ke
dalam bilik untuk merehatkan diri.
**
Awal pagi itu, Intan mempelawa aku ke kedai bersamanya. Katanya
untuk membeli sarapan pagi, dan aku yang sememangnya tidak gemar tidur hingga
ke lewat tengahari hanya menurut.
“Abang nak makan apa?” soal Intan sejurus kami tiba di gerai
kecil di tepi jalan.
“Nasi lemak, sambal ikan bilis.” Jawab ku pendek.
“Itu je?” soal Intan ku anggukkan sahaja.
“Okey bungkuskan yang tu tiga ya, yang lain saya nak kuih
cucur udang dan satu lagi kuih donut.” Ujar Intan pada jurujual manis berbaju
kurung. Aku hanya melihat, begini rupanya gaya hidup masyarakat di kampung. Menarik
juga, awal-awal pagi lagi sudah keluar bekerja. Ada yang ke sawah dan ada juga
yang ke kilang berhampiran. Tidak terlalu bekejar dan tiada pula kesesakan lalu
lintas. Semuanya bagai teratur mudah.
“Abang Is,” panggil Intan ketika aku dan dia sedang
menikmati sarapan pagi di meja kecil dibawah rumah. Ibu bapa Intan tiada, dan
tidak manis andai aku berdua bersama Intan di dalam rumah.
“Herrmm..” sahut ku sambil mengunyah nasi lemak yang dibeli
awal tadi.
“Sebenarnya Intan nak cakap sesuatu.” Luah Intan
lambat-lambat. Apa agaknya yang Intan nak katakan?
“Tentang apa?”
“Sebenarnya, Intan sukakan abang Is.” Luah Intan lancar dan
aku panggung wajah menancap wajah itu. Nasi
lemak yang ku hadap bagai sudah tidak mendapat tempat di hati ku lagi bila
pengakuan Intan mengocak tenang rasa hati ini.
“Intan sukakan abang IS. Sejak mula-mula Intan kenal abang
IS.” Terang Intan lagi, lalu sudu yang ku pegang aku letakkan di sisi pinggan. Cawan yang masih
penuh dengan air kopi ku capai dan ku teguk sekali hingga habis.
“Kalau abang Is tak terima, Intan faham! Intan tak cantik
dan Intan tak...
“Shhhh....” aku lekapkan jari telunjuk ini di bibir sendiri
memberi isyarat agar Intan tidak meneruskan bicaranya.
“Mulai hari ni, Intan girlfriend abang.” Ucap ku
tenang membuatkan Intan tersentak tiba-tiba.
“Itu je?” soal Intan tidak percaya.
“Hurmmm itu je.” Jawab ku lantas menyambung kembali suapan
nasi lemak. Wajah ku tundukkan, walau aku tahu rona wajah ini sudah berubah
merah.
P/S: semoga terhibur.... maaf atas kekurangan entry kali ini :)
Comments
Pendek pun kecantikannya ori, tak
perlu tepek make up tebal.
Memang kurang perasa ckit, agak kurang lemak, tapi ok
la buat santapan hujung minggu, menu sihat. hi³