CINTA DI HUJUNG NODA 17
Melihat sahaja kelibat mama memlalui kanta pintu itu aku
langsung teringat akan Nia yang masih di atas katil tergopoh gapah aku berlari
masuk ke dalam bilik memberitahui Nia yang mama ada dihadapan pintu rumah kami.
“Nia, Nia!” seru ku dan Nia bangkit dari baringnya lalu
memeluk erat pinggang ku kejap! “Kenapa bang? Ada apa ni?” kepalanya
disandarkan ke badan ku yang masih lagi tegak berdiri dan dia yang duduk
melunjur di atas katil hanya mengenakan gaun tidur tipis ku pandang sekilas.
Mahu terkejut mama melihat wanita yang suatu hari dahulu berpurdah dan berjubah
kini seksi menggoda aku di kamar tidur. Haiss....
“Mama dengan Neesa, diorang ada dekat luar!” aku gumam dalam
nada berbisik. Nia nyata terkejut dan segera bangkit menyarung pakaian yang
lebih sopan
barangkali dan aku juga menukar seluar pendek yang ku pakai tadi
kepada yang lebih sopan dan menutup aurat. Baru sepadan dengan Nia!
Daun pintu ku hampiri dan tombol itu ku pulas perlahan,
terjengul wajah mama dan Neesa yang nampak tidak berpuas hati. Aku telan liur,
apa pula yang terjadi kali ini, aku sendiri tidak pasti.
“Mama nak masuk,” suara mama kuat dan tegas. Aku angguk
sekali dan mama melangkah menuju ke ruang tamu sambil diekori oleh Neesa!
“Not bad, bila Attar beli rumah ni? Mama tak tahu pun!”
gerutu mama sambil memerhatikan persekitaran ruang dalaman apartment ini.
Aku seluk tangan ke dalam poket seluar, rambut yang sedikit
tidak terurus tadi ku raup ke belakang agar mama tidak bersyak wasangka yang
bukan-bukan sedang hakikatnya memang aku tengah lakukan yang bukan-bukan pada
Nia. Hehehe...
“Attar dengan siapa dekat sini? Tempat ni kelihatan terurus!”
tekaan mama bagai dapat menangkap aku bersama seseorang di rumah ini. Aku senyap
seketika menyusun kata buat mama.
“Siapa perempuan simpanan Attar?” belum sempat aku membalas
pertanyaan mama, sekali lagi aku di hambur pertanyaan sebegitu. Aku angkat
wajah terus menerpa pandangan mama yang tampak curiga yang amat sangat dan
Neesa dibelakang mama tersenyum sinis mengejek!
“Bukan perempuan simpanan tapi isteri!” balas ku selamba
tidak takutkan mama. Ya memang Nia isteri aku dan aku perlu beritahu mama juga
seluruh isi dunia bahawasanya Nia adalah isteri ku yang sah!
“Siapa isteri yang Attar maksudkan ni? Hebat Attar, dalam usia 24 tahun ada dua isteri,” mama
menepuk kedua tangannya bagai mengucapkan tahniah atas kejayaan ku beristeri
dua. Dan aku? Sedikit pun tidak berbangga malahan menyusahkan perjalanan hidup
ku bila berisi dua tanpa kerelaan hati.
“Nia, Nia isteri Attar mama! Yang mama anggap nurse untuk
jaga Attar masa lumpuh dulu, dan dia yang beri kekuatan pada Attar untuk
berjalan semula.” Aku ucap dengan tenang dan nyata Neesa mencebik meluat dengan
kata-kata ku. Peduli apa aku pada Neesa.
“Wah, hebat! Hebat sungguh Attar, dalam diam dalam lumpuh
boleh ada isteri!”gumam mama bagai cuba membakar hati ku pula dan aku ketap
gigi menahan rasa yang bakal menjadi baran tidak lama lagi.
“Why not, jodoh! Who knows?” selarku pendek dan mama nampak
terbakar dalam pandangan tajamnya itu.
“Tak perkenalkan pada mama?” permintaan mama tampak janggal!
“Untuk apa?”soal ku menolak. Dan mama semakin naik angin
bila aku juga bermain tarik tali dengannya.
“Attar jangan nak main-main dengan mama! Siapa perempuan tu?”
soalan mama aku biarkan sepi. Sengaja menduga hati mama dan sengaja mahu
melihat sejauh mana mama boleh bersabar dengan kelakuan aku yang mirip
kelakuannya.
“Attar, dengar ke tidak yang mama cakapkan ni?” suara tinggi
mama pula kedengaran saat ini. Nyata sabar mama tidaklah kuat mana, dan aku
lihat mama bagai singa lapar yang mahu membaham mangsanya sahaja. Saat ini,
mungkin masa yang tepat aku perkenalkan Nia kepada mama, biar mama terkejut!
“Nia, come!” panggil ku sekali dan tidak lama kemudian Nia
muncul dengan hanya memakai baju t-shirt dan seluar tracksuit bukan gaun seksi
tadi. Mama nyata tersentak melihat penampilan Nia dalam persalinan itu. Sama
seperti ku dahulu buat pertama kali melihat Nia tanpa jubah dan niqab rasa
cinta terus datang menerpa ke hati. Cantik dan seksi menggoda walau bukan
pakaian seksi yang disarungnya!
“You Nia? Yang jaga Attar dua tahun lepas?” soalan mama
diangguk sahaja oleh Nia.
“By the way, I rasa jodoh you tak panjang! You tak sesuai
jadi menantu I, cermin diri you dulu!” tegas mama buat aku tersentak. Aku
hampiri mama yang sudah berlabuh di sofa, ku tatap wajah itu dalam-dalam dan
Neesa pula ku biarkan berhadapan dengan Nia berdua.
“Mama, mama bukan tuhan nak tentukan jodoh orang!” mama ku
bidas perlahan tetapi nyata mama tidak setuju dengan pendapat ku.
“Mama takkan mudah untuk terima dia, atas sebab apa
sekalipun. Apa yang terjadi dikemudian hari mama takkan bantu atau backup Attar,
itu atas tanggunjawab sendiri dan mama tak mahu masuk campur! Ingat tu!” aku
kalih pandangan mencari wajah Nia dan nyata dia juga sedikit kecewa dengan
kata-kata mama tadi. Dan aku arahkan dia beredar memberi ruang untuk aku
berbicara dengan mama. Neesa juga ku lihat beriringan meninggalkan ruang tamu
itu bersama Nia.
“Mama ni kenapa? Tak boleh consider sikit pada Attar? Mama nak
Attar buat apa sebenarnya?” aku kuatkan sedikit suara agar mama tahu aku tidak
setuju dengan kata-katanya tadi!
“Ceraikan dia, mama tak nak bermenantu perempuan berlagak
alim! Mama tak suka, maksudnya mama tak suka! Attar kena faham, keluarga kita
tak pernah seorang pun berkahwin atas pilihan sendiri. Kalau Attar nak jadi
macam mama dan abah, silakan! Akhir sekali pasti bercerai juga!” gumam mama
sama-sama kuat!
“Penceraian tu terjadi atas kesalahan mama, mama main kayu
tiga!” selarku kuat dan mama nyata terkejut dan bingkas bangun dari sofa yang
sedang didudukinya tadi. Aku pandang mama tajam, biar mama sedar semuanya sudah
jelas pada pengetahuan ku. Semua kata-katanya dahulu hanyalah palsu dan omokan
kosong meraih kepercayaan ku semata-mata yang suatu waktu dahulu masih mentah
dan tidak megerti apa-apa.
“Attar jangan pandai menuduh! Semua tu salah abah Attar yang
main kayu tiga belakang mama dan mama tak salah kalau mama mohon dia ceraikan
mama!” sekali lagi mama pertahankan dirinya dan aku mencebik setiap kali
kata-kata mama berakhir.
“Sudahlah mama, Attar dah cukup jelas! Attar bukan
budak-budak lagi yang mama boleh tipu dan bohong! Attar dah besar mama, dah
boleh beza yang salah dengan yang benar.” Bidasku perlahan dan mama nyata
sedikit kecewa dengan kata-kata ku.
“Attar tak tahu apa-apa. Jadi lebih naik Attar diam,” mama duduk
dan sandarkan semula tubuhnya ke sofa sambil mata itu sedikit terpejam. Aku hela
nafas perlahan, menyusun kata agar mama tidak terluka nanti.
“Mama hubungan adik dan abang tak sepatutnya sampai ke
pelamin! Attar rasa Attar tak salah dalam menilai hubungan mama dan papa Nazim!
Sekarang, mama dan papa dah kahwin. So semua tu dah cukup jadi bukti siapa yang
bersalah dalam penceraian mama dan abah?”tambah ku lagi.
“Sudahlah mama, Attar harap mama jangan ganggu hubungan
Attar dan Nia! Kalau boleh tolong biarkan hidup kami, dan Neesa sikit pun Attar
tak berniat untuk jadikan dia isteri. Mama tahu yang dia kandungkan anak lelaki
lain? Dan mengapa mama sanggup perjudikan hidup Attar dengan perempuan tak
bermaruah seperti Neesa? Kenapa mama?” buat pertama kalinya aku persoalkan hal
itu dihadapan mama. Aku labuhkan duduk
ku berhadapan mama biar mama tahu aku sedang memohon kasih sayang seorang ibu
darinya.
“Mama buat semua ni untuk Attar, untuk masa depan Attar! Mama
silap percaturan, ini terpaksa mama lakukan untuk masa depan Attar! Mama tak
sanggup biarkan Attar merempat bila mama sudah tiada nanti! Mama tak sanggup
tinggalkan Attar dalam keadaan hutang yang banyak!” bicara mama dalam air mata
yang bergenang. Dan kali ini aku tahu dan jelas perasaan mama terhadap ku,
semua ini mama lakukan untuk kebaikan aku sedangkan jalan yang dipilih pula
semakin menjauhkan aku dari kebahagiaan!
“Company tu atas nama Attar, dan kalau mama tak ambil tindakan
kahwinkan Neesa dengan Attar pasti ada masalah besar pada kita. Mama tak ada
pilihan, kontrak antara mama dan keluarga Neesa dah dibuat!” ucap mama buat aku
terkedu.
“Kontrak apa ni mama?” soal ku ingin tahu sungguh aku tidak
tahu isi kandungan perjanjian mama dan keluarga Neesa.
Mama hulurkan sekeping fail bersaiz kertas A4, dan aku
sambut perlahan tanpa sedikit pun aku lepaskan pandangan dari menatap wajah
mama yang tampak sedikit terkilan. Mama tundukkan pandangannya dan aku kalih menatap
semula kertas yang sudah berada di dalam pegangan tangan.
Perjanjian perkahwinan antara aku dan Neesa menancap
pandangan mata dan sekilas setem hasil yang sudah bercop menghiasi pandangan
mataku. Nyata perjanjian ini sah dan boleh dibawa ke mahkamah jika salah
seorang dari pihak yang menandatangani kontrak, tidak mematuhi isi kandungan yang
dimeterai.
Kandungan kontrak aku teliti satu persatu dan hasilnya cukup
memeranjatkan. Andai aku memilih untuk lepaskan Neesa sebelum kandungan itu
dilahirkan maka secara automatiknya syarikat mama akan dimiliki sepenuhnya oleh
keluarga Neesa dan sekiranya aku bertahan, segala kepentingan dan share
syarikat akan kembali semula sebanyak 50% dan hutang mama di bank juga akan
dilangsaikan oleh keluarga Neesa yang aku sendiri tidak jangkakan agak licik
itu.
“Mama, harta tak boleh beli kebahagiaan kita mama. Harta tak
jamin kebahagiaan Attar mama!” aku dekati tubuhnya dan buat sekian kalinya
tangan itu ku kucup agar dia tahu aku masih sayangkannya sama seperti dahulu
walau aku sering bertindak kasar dan biadab padanya.
“Mama tak ada pilihan Attar, hendak atau tidak mama terpaksa
juga. Dan mama harap Attar boleh bersabar buat sementara waktu ni, hingga Neesa
lahirkan kandungan dia!” pinta mama bagai menjerut tangkai hati ku. Mama, aku
tak rela semua ini terjadi. Enam bulan bukan suatu tempoh yang pendek terutama
sekali hidup di sisi Neesa, wanita pyscho itu! Pasti hidup aku tak tenang dan
damai seperti selalu.
“Tak boleh mama, Attar tak tahan hidup dengan perempuan tu!”
gumam ku sambil menyandarkan tubuh ke sofa yang sedari tadi tunduk menekur
lantai.
“Gugurkan kandungan dia mama,” pinta ku bagai orang hilang
siuman. Mama menggeleng kepalanya langsung tidak setuju dengan kata-kata ku.
“Attar jika kandungan itu boleh digugurkan, pasti mereka
juga tak ambil risiko untuk perjanjian ini Atta. Jika kandungan Neesa gugur,
nyawa dia juga turut melayang!” kata-kata mama bagaikan sesuatu yang
menggembirakan hati ku yang luka ini. Namun tegarkah aku menjadi pembunuh? Rasanya
semua itu tak mungkin, aku tidak dan tidak teringin sama sekali bergelar
pembunuh!
“Mama, lakukan sesuatu. Harta Attar yang mama dah bagi ada
sejuta mama, kita cairkan aset tu dan bayar semula hutang bank!” cadangku agar
mama terima.
“Tak cukup Attar, mama dah buat perkiraan itu sebelum tanda
tangan kontrak lagi. Semua aset kita tak cukup untuk tampung hutang bank!”
kata-kata mama buat aku terkedu sekali lagi. Teruk benarkah keadaan syarikat
yang ku tadbir?
“Mama...” rayu ku buat sekian kalinya.
“Attar mama tiada pilihan lagi, mama harap Attar tunaikan
permintaan mama yang satu ni. Tentang Nia, mama tak halang.” Gumam mama
langsung bangkit dan berdiri di muka pintu. Aku juga bangkit merapati tubuh
itu, sedikit terkejut namun aku bersyukur dengan penerimaan mama. Ingin ku
ucapkan terima kasih atas kebaikan mama kali ini namun belum sempat aku
nyatakan perasaan ini, Neesa dan Nia keluar beriringan dari kamar tamu. Entah apa
yang dibualkan mereka berdua.
“Nia, Attar hak aku! Aku akan pastikan dia jadi milik aku!”
kata-kata Neesa yang perlahan itu masih sempat menyapa pendengaran ku.
Beginikah cara seorang kawan baik melayani kawan baiknya sendiri? Aku hairan
namun belum smepat aku melangkah mendapatkan mama dengan lebih dekat bicara Nia
menerjah telinga ku pula.
“Aku akan pertahankan hak aku Neesa,” bidas Nia juga sempat
ku tangkap. Bagus Nia pertahankan aku suami mu ini.
“Bye Attar, see you tomorrow!” gumam Neesa sambil cuba menyalami
tangan ku namun aku tepis kuat dan mama pula hanya menjeling sekilas ke arah ku
sambil pamer riak yang dia cukup tidak setuju aku bersama Nia. Pandai mama
berlakon!
Aku perhatikan hingga keduanya hilang dari pandangan mata,
dan Nia ku tarik rapat ke tubuh aku agar dia tahu aku akan sentiasa bersamanya nanti
walau apa sekalipun terjadi.
“Jangan bersedih sayang, abang ada! Kita hadap sama-sama
ya,” pujuk ku lagi walaupun dia tidak menangis namun di hati itu aku tahu dia
sedang terluka.
+++++++++++++++++++++++++++++++++
Selepas menghantar Nia ke butiknya, aku bergegas semula ke
pejabat menyelesaikan beberapa urusan pejabat yang sekian lama tertangguh
gara-gara persiapan persandingan yang
entah apa-apa itu.
Sedang leka menyemak fail yang dihantar oleh setiausaha ku,
interkom berbunyi dan butang itu ku tekan lalu suara Yati kedengaran menyatakan
sesuatu. Katanya sebentar lagi mama mahu aku pulang ke rumah untuk makan
tengahari bersama, pelik sungguh tindakan mama kali ini. Namun memikirkan yang
mama sama sekali tidak menghalang hubungan aku dan Nia, rasanya tidak salah
jika aku turutkan permintaannya kali ini.
Tanpa sedar jam sudah menginjak angka 12.00 tengahari dan
aku bingkas menutup fail yang sedari tadi menjadi bahan utama rujukan ku untuk
menentukan pasaran harga bagi barang yang baru di tempah. Tali leher ku
renggangkan sedikit lantas mendekati kereta ku lalu ku pandu menuju ke rumah mama
rumah yang kini menjadi rumah kedua bagi ku!
Melewati meja makan yang mempunyai 12 buah kerusi itu, mata
ku sempat menangkap pelbagai jenis hidangan yang buat pertama kalinya dihidangkan
di atas meja makan. Mama buat semua ini untu meraikan apa sebenarnya, sungguh
tindakan mama tidak mampu aku duga dan sikap itu semakin aneh sejak
kebelakangan ini.
“Hai Attar, balik pun! I ingat you tak sudi nak balik sini
lagi,” gumam Neesa ku balas dengan cebikan.
“Ni kan rumah mama aku, suka hati akulah nak balik ke tak!
Kau sebuk kenapa?” aku campak beg kerja ke atas sofa sambil langkah kaki ku
atur masuk ke ruang dapur. Kelibat Mak Mah tidak pula kelihatan begitu juga
dengan Pak Deris, ke mana agaknya mereka berdua? Hati ku berkata-kata.
“Mak Mah dengan Pak Deris mana mama? Tak nampak pun!” tegur
ku pelahan sambil menuang air mineral ke dalam gelas. Mama toleh pada ku
sekilas sebelum menyambung kerjanya yang sedari tadi meletakkan sudu ke dalam
mangkuk berisi kuah yang memang aku tak pasti kuah apa. Dan aku kembali meneguk
air haihs... pelik pula rasanya air mineral ni, nak kata pahit tak pahit nak kata payau, mungkin juga! Dah luputkah mineral ni? Aku pandang botol mineral bersaiz kecil sedikit curiga.
“Mama bagi cuti
sehari,” pendek mama berbicara.
“Oh.. aha, yang mama rajin sangat ni kenapa?” soal ku sambil
jungkit kening kanan.
“Dah buang tabiat ker?” gurau ku dalam tawa kecil. Mama
masamkan mukanya dan aku terus ketawa hingga wajah Neesa terjengul di muka
pintu tawa ku mati tiba-tiba dan laju sahaja aku beredar keluar. Dia nyata
tidak puas hati!
“You ni kan memang annoying! Annoying!” jerit Neesa tidak
puas hati dan aku pamer riak selamba membalas jeritannya itu.
“Attar, behave!” tegur mama. Aku sedikit terkejut dengan
teguran mama. Mengapa Neesa yang dimenanginya? Aku kan anak dia!
“Mama, tengoklah Attar buat apa? Bila Neesa nak berbual dia
layan Neesa begini, sakit hati Neesa ni!” bentak Neesa buat aku meluat. Yang diadunya
itu, ibu ku bukan ibunya!
“Kau ni budget baguslah,” aku gerak ke meja makan dan
langsung duduk di kerusi sambil menunggu mama datang dan Neesa juga duduk berhadapan
sudah berlagak bagai ratu di dalam rumah ku. Ingin sahaja aku sepak kakinya
hingga jatuh terguling ke lantai! Menyampah!
“Hei, pergi tolong mama buat kerja!” aku kuatkan sedikit
suara dan dia membalas dengan senyuman sinis.
“Malas,” gumamnya pendek.
“You ni kenapa hah?” aku soal dia dan kali ini aku sudah berdiri
berkira-kira mahu menghadiahkan satu tamparan pada kebiadapannya itu.
“Attar, Neesa mengandung! Biarkan dia berehat, Neesa mari
makan!” kata-kata dan layanan mesra mama kepada Neesa benar-benar buat hati
dipagut curiga. Mama yang baru muncul dari dapur, meletakkan satu jug air di
atas meja sebelum duduk juga bersebelahan ku.
“Mama, kautkan kuah tu! Letak ayam dengan ketam goreng tu
sekali!” sambil berkata Neesa hulurkan pinggan ke arah mama dan mama hanya
menurut bagai orang yang tiada pendirian lagi.
“Bagi yang besar, yang kecik tu mana cukup!” selar Neesa
kuat memarahi mama. Aku semakin hairan dengan tindakan mama yang langsung tidak
mahu membantah itu. Apa kena dengan mama
aku ni?
“Mama, tak payah! Biar di buat sendiri, dia ada tangan! Bukannya
kudung!” aku bantah bila mama sama sekali tidak peduli perbuatan biadab Neesa.
“Dia mengandung Attar, apa salahnya dia nak berehat!” gumam
mama lagi. Aku garu kepala yang tidak gatal! Berehat apa jadahnya lagi!
“See dengar apa kata mama you?” senyuman sinis Neesa
hadiahkan pada ku. Kurang ajar punya budak!
“Kau ni kenapa Neesa?” aku soal dia dengan suara yang keras!
“You boleh diam tak Attar, makan cepat!” arah Neesa
tiba-tiba buat aku hilang mood. Langsung aku tinggakkan meja makan itu berlalu
ke dapur. Mahu meneguk air mengurangkan rasa marah ini.
Dan dari ruang dapur, suara Neesa memarahi mama benar-benar
meruntun hati aku sebagai anaknya. Apa yang terjadi pada mama hingga dia
menurut kata Neesa hingga ke tahap itu? apa yang terjadi sebenarnya pada mama?
“Hei, pekak ke? Aku nak ayam goreng bukan ikan goreng! Pekak?”
suara Neesa memarahi mama buat aku tidak lagi mampu berdiam diri.
“Hei Neesa, kau jangan kurang ajar dengan mama aku!” aku
jerkah dia sekuat hati namun mama masih mahu lagi mempertahankannya. Kali ini
senyuman sinis Neesa kembali menghiasi bibirnya.
“Kau buat apa pada mama aku hah? Kau buat apa?” aku jerit
pada dia sekali. Namun dia masih beriak selamba dan masih tidak berganjak dari
menikmati makan tengaharinya tanpa sedikit pun memperdulikan amarah ku waktu
ini.
p/s: drop komen ek :)
Comments
biarla hilang harta....
jgn sampai hilang isteri yang baik...
attar boleh minta tlg ngan abah dia kan....
apa pun boleh di selesaikan kalu berfikir secara matang n berdoa pada allah...
neesa 2 patut dapat balasan yang setimpal dgn perbuatannya...
dah la hati x baik...
memperhambakan mak mertua lg....
attar x kan nak tgk je kot....
mama attar patut di sekolahkan balik...
sume org patut di beri peluang ke2...tapi neesa 2 mcm x patt je nak bg peluang ke2...
atter baik anda bersedia dr segi mental n fizikal....
sesaat bagaikan setahun....
attar patut lepaskan je harta 2...
baik cri harta yang lebih berkat...
dah la attar bukan baik sgt...
xkan nak tanggung dosa neesa lg...
nak nia n attar sama2 pertahankan hubungan diaorg n mama attar berubah ke arah kebaikan...
xpun attar bawa la nia n mama dia g mekah ikut abah attar spy dapat keredhaan illahi n bg masa utk selesaikan hal neesa ....
best2.. smbung byk2 agi tau..hehe..^_^