JIKA MAWAR PUDAR WARNA 7
Sebaik sahaja Taufiq melangkah keluar, Amira labuhkan
punggungnya di lantai. Beg beroda di hadapan matanya di perhatikan lama, ada
keluhan kecil kedengaran tika ini. Tubuh di rebahkan ke lantai beralas tikar
getah sambil mata di hala ke siling rumah flat milik Taufiq, seingatnya flat
yang di duduki waktu ini berada pada ketinggian tingkat ke 15 iaitu tingkat
paling tinggi seperti yang dilihat pada papan tanda sebaik pintu lif terbuka
tadi.
Kemudian matanya dikalih ke tilam yang kemas bersarung cadar
bewarna putih dan di atasnya terdapat sebiji bantal bersama selimut tebal.
“Mungkin milik Taufiq,” tebak hati kecil itu.
Merasakan dirinya tidak selesa lantaran peluh yang melekit,
Amira tegakkan tubuh. Lambat dan malas sahaja tingkahnya ketika ini. Perjalanan
yang jauh membuatkan Amira keletihan dan tubuhnya memerlukan rehat yang secukupnya
lalu memaksa diri itu agar segera membersihkan diri sebelum berkira-kira untuk
tidur.
Bilik mandi di luar bilik di hampiri, meliar matanya mencari
kelibat Taufiq namun lelaki itu tidak pula kelihatan. Langkah kaki diteruskan
bersama syampu serta mandian yang kemas dalam pelukan tangannya.
Sebaik langkah kaki mencecah lantai bilik air, Amira segera
mengangkatnya kembali. Tidak semena-mena dia kegelian melihat ruang mandi yang
sempit bersama lantai yang tidak bersih. Licin sahaja apabila dipijak!
“Eiiiuuuuwwww!”
berkerut dahinya. Tubuh
ditegakkan di hadapan bilik air, tangan pula menolak daun pintu agar dapat
dilihat keseluruhan ruang bilik air yang sering digunakan oleh Taufiq.
“Pengotor sungguh budak ni!” cemuh Amira mahu berpusing
tidak jadi meneruskan niat untuk mandi.
“Apa dia?” soal Taufiq yang sudah tegak berdiri di hadapan
Amira. Amira telan liur, kemudian tertunduk tidak berani melawan pandangan Taufiq
yang hanya mengenakan tuala separas pinggang dan t-shirt. Langakh kaki diundur
setapak ke belakang.
“ Tiba-tiba je muncul!” omel hati kecil Amira bersama mulut
yang terkumat kamit menutup rasa canggungnya kala ini.
“Masuk!” arah Taufiq pada Amira namun wanita yang sedang
memeluk syampu dan mandian itu menggeleng laju lalu berundur ke tepi dinding.
Taufiq juga tidak mahu beralah, mata dijengilkan sambil bibir di ketap rapat.
“Masuk!” sekali lagi Taufiq mengarahkan Amira masuk ke dalam
bilik air.
“Tak mahu!” akhirnya keberanian Amira datang juga, dia tidak
rela menjadi orang suruhan Taufiq apatah lagi di suruh itu dan ini. Siapa
Taufiq dan apa hak yang ada pada dia hingga berlaku kasar pada dirinya. Amira
tidak mengerti!
“Masuklah cepat!”
“Tak nak!”
“Masuk!”
“Tak nak!”
“Aku cakap masuk, baik kau masuk!”
“Tak nak!”
“Masuk!”
“Tak nak! Tak Nak! Tak nak!” tiga kali Amira melontarkan
keengganannya membuatkan Taufiq mencerlung pandang ke arah wanita itu. Degil!
“Baik, kalau kau tak nak masuk tak apa!” syampu dan mandian
milik Amira dirampas kasar lantas Taufiq menyusung langkah memasuki kamar lalu keduanya
diletakkan di atas almari pakaian di dalam bilik yang dikongsi berdua.
Terlopong Amira saat melihat syampu dan mandian miliknya berada tinggi di atas
almari itu. Air mata mula bergenang, dengan apa untuk dia mandi jika syampu dan
mandian kegemarannya tiada bersama.
“Jahat! Awak jahat!” Amira dekati Taufiq lantas dada lelaki
itu dipukul kuat.
“Awak jahat!” ulang Amira sambil menahan air mata yang mahu
gugur. Namun Taufiq masih beriak selamba tanpa sedikit pun cuba menghalang
perbuatan Amira.
“Jahat!” Amira ungkap perkataan itu sedikit kendur lalu di
palingkan wajahnya ke arah lain. Sebak pula datang menghimpit!
Melihat wajah itu keruh menahan perasaan, Taufiq batukan dirinya. Seketika kemudian
langkah kaki di atur meninggalkan Amira yang sedang berjauh hati. Amira juga diam, menyangka mungkin sebentar
lagi Taufiq akan memujuknya seperti teman-teman lelakinya sebelum ini sering
lakukan. Masih menunggu dan terus menunggu lelaki itu datang merayu dan memujuk
dia yang kesedihan.
“Amira!” sebaris nama itu terluah dari bibir Taufiq. Amira
tersenyum sambil berpaling pada lelaki itu, akhirnya Taufiq mengalah juga lalu
mengembalikan barang-barang miliknya semula. Namun senyuman yang terukir indah
segera mati tatkala mata bundar miliknya menancap sebatang mop dan pencuci lantai. Amira pandang Taufiq dengan
pandangan tajam!
“Nah ambil ni!” gumam Taufiq pendek.
“Buat apa?” Amira berpura-pura tidak faham.
“Cuci bilik air!” tangan Amira ditarik lalu pencuci lantai
diletakkan di atas kedua tapak tangan Amira yang sedang disentuh ketika ini.
Lembut!
“Lembut, mesti tak pernah buat kerja!” selar hati kecil
Taufiq .
“Cuci bersih-bersih!” arah Taufiq lagi.
“Tolonglah,” Cebik Amira enggan menurut.
“Nak mandi ke tak?” soal Taufiq. Amira angguk sekali.
“Kalau nak mandi, sila cuci dulu. Kalau tak nak mandi,
jangan cuci!” ujar Taufiq berwajah garang.
“Awak yang kotorkan, awaklah cuci!” Amira membantah. Tidak
kuasa mencuci lantai bilik air yang licin berlumut itu. Geli! Seumur hidupnya,
ini bilik air yang agak kotor dan jijik yang pernah ditemuinya. Amira geleng
kepala tidak sanggup membayangkan andai dia yang harus mencuci bilik air
tersebut.
“Aku tak mandi dekat sini! Kalau kau nak mandi, kau cuci...
kalau tak nak...” Taufiq siniskan semula senyumannya.
“.... mandi di
sinki!” gumam Taufiq lantas berlalu pergi.
“Sinki????? Melampau!” jerit hati kecil Amira apabila Taufiq
enggan mencuci bahkan memberi cadangan tidak masuk akal kepadanya pula.
Melampau! Melampau! Melampu! Amira hentak kakinya lantas pencuci tandas di
dalam pegangan tangan di buka penutup lalu dipicit ke seluruh lantai bilik air.
Angkara rasa geram dan tidak puas hati, sebotol cucian itu habis dikerjakan!
“Kau memang nak bagi aku bankrup?” tegur Taufiq yang sedang
bersandar di tepi dinding. Amira yang sudah berasa sedikit lega, diam tidak
berkutik. Botol yang sudah kosong di perhatikan sekilas.
“Alamak, dah habis!” perasaan gentar tiba-tiba datang
menghantui dirinya. Amira ketap bibir, matilah dia!
“Err... er...” Amira
tergagap.
“Apa er..er..er....?” tegang suara Taufiq menyoal Amira.
Amira yang pada mulanya lembut hati, terasa panas tiba-tiba.
“Setakat satu botol pencuci ni, tak mungkin awak boleh
bankrup! Esok saya ganti!” yakin patah bicara Amira melawan pandangan Taufiq.
Lelaki itu senyum sinis!
“Okey, aku pegang kata-kata kau. Kita tengok esok, kau mampu
atau tidak nak beli sebotol pencuci yang beharga tiga belas ringgit ni. Aku
tunggu!” ujar Taufiq pelahan.
“Saya akan kotakan janji saya!” tekan Amira sinis
melantunkan nada suaranya.
“Aku tunggu! Jangan kau menangis merayu sudahlah!” balas
Taufiq senada. Amira mencebik lantas menggapai mop lalu dihempas ke lantai dan
di tonyoh kasar. Panas hati pada Taufiq!
“Cuci bersih-bersih ya!” kata-kata Taufiq membuatkan Amira bertambah
sakit hati. Namun tangan masih lincah menarikan batang mop, mencuci dan
membersihkan lantai bilik air itu hanya kerana dia tidak selesa menggunakan
bilik air yang kotor dan berlumut. Sumpah seranah bermain di bibirnya saat
kerja-kerja mencuci dilakukan. Selesai mencuci, Amira mendekati Taufiq.
“Saya dah cuci, pulangkan balik syampu dan mandian saya.
Saya nak mandi!” Amira hulur tapak tangannya di hadapan Taufiq yang sedang
duduk menonton TV. Lelaki itu sudah siap mandi dan santai dalam persalinan seluar
bermuda serta t-shirt bewarna hitam.
“Ambillah sendiri!” balas Taufiq masih menancap kaca TV.
Amira menoleh ke arah televisyen yang sedang ditonton oleh Taufiq, berkerut
dahinya tatkala melihat rancangan yang tidak bersuara dan terganggu serta warna
yang sekejap ada dan sekejap hilang itu ditonton penuh fokus oleh Taufiq.
“Tinggi, manalah saya sampai!” rungut Amira setelah kembali
memerhatikan Taufiq.
“Jingkit!” sepatah perkataaan dilontar oleh Taufiq.
“Saya jingkit ke tak jingkit ke... pakai kerusi atau tak pakai kerusi sekalipun.
Tetap tak sampai!” tekan Amira menjelaskan kekurangan dirinya yang
berketinggian sederhana itu.
“Huh,” Taufiq lepaskan keluhannya.
“Tolong bagi barang saya semula!” minta Amira tidak mahu
bersabar lagi.
“Alasan!” gumam Taufiq enggan menurut.
“Bagi la balik!” gumam Amira berharap Taufiq akan
menyerahkan semula syampu dan mandian yang diletakkan di atas almari tadi.
“Tu ha..... ada dekat sinki.” Ujar Taufiq selamba.
“Sinki? Awak buat apa pada barang saya?” soal Amira geram.
Jangan-jangan Taufiq jadikan mandiannya sebagai pencuci pinggan mangkuk pula.
Kalau itulah yang lelaki ini lakukan, memang dia sengaja menempah amukan Amira
Amri.
“Aku ingatkan kau nak mandi di sinki! Kau kan pemalas!”
Taufiq rebahkan dirinya ke kusyen lalu mata dipejam rapat. Amira mencebik
sebaik patah bicara itu berakhir.
“Awak yang pemalas, dah la kotorkan bilik air... orang lain
pulak yang kena cuci. Huh!” ungkit Amira melepaskan perasaan sebalnya.
“Aku pemalas ke, rajin ke... ini rumah aku!” balas Taufiq tidak
mahu mengalah.
“Whateverlah Taufiq!” ujar Amira lantas berlalu ke sinki dan
digapai barang-barang miliknya lalu menyusun langkah menuju ke bilik air. Ingin
segera menyegarkan diri dengan air, biar hatinya juga sejuk .
Sesudah membersihkan diri dan lengkap berpakaian Amira masuk
menuju ke kamar milik Taufiq. Lelaki itu sedang mengiring menghadap ke dinding.
Wajah yang tersembunyi disebalik bantal, di intai berhati-hati.
“Dah tidur ke dia?” soal Amira pada diri sendiri.
Langkah di susun cermat, mendekati tubuh itu lalu dibongkokkan
sedikit tubuh agar wajah Taufiq dapat dilihat jelas.
Amira perhatikan raut yang sedang terlena ketika ini, tiada
riak bengis mahupun riak tegang di wajah itu. Tenang dan mendamaikan sahaja
raut wajahnya. Namun disebalik ketenangan itu, Amira sedar Taufiq bukanlah
sebarangan lelaki seperti yang pernah dikenali sebelum ini. Lelaki yang sedang
terlena ini adalah lelaki yang cukup disenangi ahli keluarganya berbanding
bekas tunang dan rakan-rakan lelakinya yang lain. Entah apa istimewanya Taufiq
pada pandangan ibu serta ayahnya. Lelaki
ini bukanlah lelaki yang lembut dalam berbicara, tengking dan kasar patah
bicara itu yang sering di dengarinya. Barangkali memang Taufiq pandai berlakon
alim di hadapan keluarganya, apa motif sebenar Taufiq?
“ Mereka semua sudah tertipu,” keluh Amira perlahan, mata
bundar miliknya masih menancap wajah lelaki itu walau hatinya sudah jauh
mengelamun mengingatkan perihal Taufiq dan ibu bapanya.
“Kau tengok aku apasal?” Amira terkejut dengan sergahan
Taufiq membuatkan dia segera tegakkan tubuh lalu menapak menjauhi tubuh Taufiq
yang sedang tajam memerhatikan dirinya walau posisi lelaki itu masih tidak
berubah malah masih berbaring seperti tadi.
“Kau tengok aku apasal?” tanya Taufiq sekali lagi.
“Eh, mana ada saya tengok awak! Perasan,” balas Amira menutup
debar di hati. Taufiq bangkit lalu berdiri tegak menghadap Amira, seketika
kemudian almari pakaian dihampirinya lalu mengeluarkan sesuatu dari situ.
“Nah ambik ni!” Amira sambut plastik yang di campak ke
arahnya. Mujur cekap dia menangkap.
“Bersiap cepat!” arah Taufiq berlalu keluar. Amira kerutkan
dahinya, hendak kemana Taufiq hingga mengarahkan dia bersiap-siap pula. Plastik
yang dicampak tadi diselongkar rakus, sepasang telekung melurut jatuh. Amira
terpempam.
“Cepat!” dari luar bilik, bicara Taufiq kedengaran kuat
menerpa pendengarannya. Amira letakkan telekung itu lalu kembali semula ke
bilik air untuk berwudhuk. Nafas dihela perlahan.
“Tangan dulu ke muka dulu?” soal Amira pada diri sendiri. Dia
terlupa bahagian yang harus didahulukan dalam tertib berwudhuk. Dia mengeluh
lagi. Air paip dibiarkan mengalir sambil dia cuba mengingati cara-cara
berwuduk. Sekali lagi dia mengeluh, rasa was-was mula mengganggu.
“Awak, saya tak ingat!” akhirnya Amira bersuara lantas pintu
bilik air di buka luas menjenguk Taufiq di luar sana.
“Apa hal?” soal Taufiq mendekati Amira. Amira pandang Taufiq
atas bawah berkali-kali, penampilan Taufiq yang mengenakan baju melayu di
renung lama. Sejuk hati!
“Tak ingat.... macam mana?” gumam Amira perlahan. Malu dan
segan bersatu!
“Niat, basuh muka, basuh tangan, kepala, kaki dan tertib!”
ujar Taufiq laju, Amira angguk kepalanya tanda faham dengan jawapan yang
diberikan Taufiq.
Sesudah selesai berwudhuk, Amira kembali semula ke kamar
milik Taufiq. Telekung pemberian Taufiq digapai lalu disarungkan ke kepala
berhati-hati. Cermin bersaiz kertas A4 di dinding di dekati lantas raut
wajahnya diperhatikan lama. Tiada rambut yang terkeluar! Usai membelek wajah,
Amira atur langkah ke luar dari kamar mencari Taufiq. Di ruang tamu, lelaki itu
sudah berdiri di atas sejadah!
“Solat dengan aku!” ucap Taufiq pendek disambut anggukan
kecil dari Amira.
Solat didirikan dengan khusuk, pertama kali Taufiq
mengimamkan solat bersama seornag isteri sebagai makmumnya. Sesudah salam
diberi, Taufiq menoleh ke arah Amira. Wanita itu sudah duduk di kusyen,
seketika sejadah milik Amira di perhatikan. Sudah elok berlipat kemas!
“Kau solat ke tidak?” soal Taufiq curiga. Jangan-jangan Amira
curi tulang, tidak solat bersamanya.
“Saya solatlah!” pendek Amira menjawab.
“Kalau solat, apasal kau habis dulu? Aku yang imam, akulah
habis dulu!” terang Taufiq bertambah kuat curiganya.
“Dah awak baca lambat, lambatlah awak habis! Saya baca
pendek, sayalah habis dulu!” jawab Amira tanpa rasa bersalah.
“Apa?” soal Taufiq terkejut dengan jawapan yang diberikan
oleh Amira.
“Apa yang apa?” pertanyaan dibalas dengan pertanyaan.
“Baik kau cakap betul-betul, kau solat ke tidak?” sekali
lagi Taufiq menyoal.
“Solatlah! Saya ikut awak! Tapi awak lambat sangat! Baca surah
panjang-panjang! Saya baca yang pendek. Cepat sikit habis!” jawab Amira
bersungguh-sungguh.
Taufiq geleng kepala, sakit kepalanya datang menyerang
tiba-tiba.
“Apasal awak geleng kepala?” tanya Amira ingin tahu.
“First time aku jumpa makmum mendahului imam!” gumam Taufiq
mendatar nada suaranya. Tiada jerit pekik seperti tadi.
“ Tak menjerit! Dah penat agaknya!” bisik hati kecil Amira sedikit
lega.
“So apa yang salahnya? Biasa je!” jawab Amira yakin. Taufiq
pandang wajah itu bagai mahu ditelan hidup-hidup!
“Aku nak kau solat sekali lagi?” gumam Taufiq perlahan.
“Apasal pulak?” bentak Amira tidak puas hati. Dia sudah
selesai bersolat jadi mengapa Taufiq menyuruh dia kembali mendirikannya lagi? Amira
tidak faham dan tidak mahu faham! Taufiq memang sengaja mencari salahnya!
“Kau ikut imam, mana boleh mendahului imam. Faham?” tekan Taufiq
perlahan bagai menahan rasa geram.
“Eh, takkan tak boleh?” soal Amira hairan.
“Itulah, orang suruh sekolah kau lari. Ponteng!” ungkit
Taufiq bagai mengetahui sejarah silam zaman persekolahannya pula.
“Mana awak tahu?” Amira pandang Taufiq dengan pandangan
tajam.
“Cepat!” arah Taufiq dan akhirnya Amira akur lalu menurut
kata lelaki itu walau hatinya sebal.
“LEPas ni aku nak kau study balik cara-cara bersolat.” Ujar Taufiq
mendatar nada suaranya.
“Yelah-yelah!” jawab Amira malas bertikam lidah. Taufiq
lipat sejadahnya seraya berlalu ke kusyen sambil memerhatikan Amira yang sedang
mengangkat takbir dari arah belakang. Ingin diperhatikan cara Amira mendirikan
solat, entah betul entah tidak! Jika tidak,
dialah individu yang bertanggungjawab memperbetulkannya.
Comments
Hahahaha.... Geli hati gak bila baca jawapan si Amira tu....
Adakah juga..kisah silamnya mmg telah diketahui oleh siTaufik ni..kelakar juga bila minah ni menjawab yg suaminya baca ayat ayat pjg pjg..dan dia baca ayat pendek..kesian kan hidup minah ni..punya lengkap kehidupannya tetapi kekurangan dari segi keagamaan..payah juga si Taufik hendak membentuk si minah ni..tapi suprisingly dia mengikut juga..apa yg disuruh oleh siTaufik tu..kan..
Kemanakah agaknya perkawenan mereka ni..rasanya berat lagi rasa tanggungjawab yg hendak dipikul oleh si Taufik untuk mengajar seprg isteri yg bernama Amira ini..yg jauh terpesong..tapi adakah Amira sendiri hendak berubah kehidupannya...adakah dengan paksaan siTaufik akan menukarkan dirinya kepada yg lebih baik kerana kemungkinan besar dia akan dipengaruhi oleh kawan atau teman nya yg rtak mungkin akan melepaskan dirinya begitu sahaja..kan..dan apakah reaksi si mamat poyo tu untuk menyekat dia berkawan dengan kawan kawan yg tak eluk tu...
Bagaimanakah abang Amira menerima Taufik setelah apa yg diadukan oleh Amira yg dirinya telah diceraikan oleh lelaki itu..
- Kak Mina -
cerita ni best.