PUJAAN HATI KANDA BAB 3 & 4
“Kau
dah tiada pilihan lain Danny, hendak atau tidak, budak ni dah jadi
tanggungjawab kau!”
“Semudah
tu? Entah anak siapa-siapa, aku pulak yang jadi mangsa! Nak jaga bagai. Huh,
jangan harap!” dengus kecil itu mengakhiri bicara. Riak tegang diraut itu sudah
tidak mampu disembunyikan lagi hingga mengundang gelengan kecil Akashah yang
melihat.
“Hei
Danny, kau punya majlis akad nikah pun dah cancel tau! Kau nak buat apa lagi?
Kau dah tak ada pilihan. Kau kena cari siapa mak budak ni? Dan selesaikan
dengan segera. Kau kena bersihkan nama dan imej kau bro!” Anjur Kasyah memberi
cadangan.
“Masalahnya
aku tak kenal siapa perempuan bernama Fatimah tu? Macam mana aku nak cari dan
settlekan masalah ni? Kepala otak aku ni langsung tak boleh nak ingat apa-apa
pasal perempuan tu!” Getus Danny dengan riak wajah yang cukup gelisah.
“Takkan
kau langsung tak boleh nak ingat? Cubalah kerah sikit otak kau yang banyak akal
tu!”
Danny
menggeleng lemah. Sungguh dia tak mampu mengingati nama-nama teman skandalnya.
Tambah-tambah mereka yang menggunakan nama glamour berbanding nama asal. Jadi,
payahlah untuk dia kesan siapa itu Fatimah Binti Asmaan.
“Memang
aku tak boleh nak ingat!”
“Masalah
besar ni bro! Macam mana kau nak jaga budak ni? Kau bukannya pernah kahwin, tak
pernah ada anak? Plus kau kan tak suka budak-budak? So, apa tindakan kau lepas
ni?”
“Aku
nak hantar budak ni ke balai polis!” jawab Danny mudah.
“Gila?
Kau ingat atuk dengan nenek kau restu?”
“Restu
atau tidak, aku dah tak ada pilihan Kashah. Otak aku ni ibarat kerak bumi yang
membeku berjuta-juta tahun. Memang tak boleh nak fikir apa dah. Stress!”
“Bawa
mengucap.. istighfar bro!” tutur Kasyah cuba mententeramkan keadaan rakan
baiknya yang juga merangkap ketua di unit pentadbiran tempat dia bekerja.
“Semua
tu tak boleh ubah keadaan!” nada lemah terlontar juga. Danny tekup wajah lalu
diraup kasar. Masalah semakin parah dan tiada siapa yang sudi memberi sokongan dan
kata-kata semangat kepadanya selain Kasyah yang banyak mulut.
“Ya,
itu aku tahu.. tapi dalam keadaan sekarang ni, budak mata bulat tu kau nak buat
apa?” Tanya Akashah perlahan. Sejenak, dia merenung bayi kecil yang sedang
tunak memerhatikan mereka. Comel, putih melepak dan yang paling penting sekecil
ini sudah pandai tersenyum. Alah, sejuk hati yang tadinya panas membahang.
“Aku
tak tahu…” jawab Danny perlahan.
“Kau
cari babysitter bro?”
“Baik
aku hantar ke nursery. Tak payah pening-pening kepala.”
“Tak
boleh. Nursery ikut office hour. Babysitter boleh jaga siang malam!” hambur
Kasyah seraya melabuhkan punggungnya dekat dengan si kecil yang berada di dalam
stroller bayi.
Mendengar
cadangan Kasyah, minda Danny mengakui kebenarannya. “Good idea. So, macam mana
aku nak cari babysitter tu? Kau ada kenal sesiapa yang sudi jadi pengasuh siang
malam?”
Kasyah menggeleng namun dia punya idea untuk membantu membawa Danny
keluar dari bala malapetaka yang dicari oleh lelaki itu sendiri. “Apa susahnya,
iklankan dalam internet, offer gaji yang tinggi, confirm ada yang berminat.
Lepas tu, kau boleh fokus pada perkara lain!”
“Perkara lain?”
“Yelah,
perkara lain. Maksud aku, misi menjejak skandal kau satu persatu. Mesti salah
seorang daripada mereka terlibat dalam konspirasi memalukan ni.”
“Baiklah,
aku setuju dengan cadangan kau! Bila kita boleh mula?”
“Aku
rasa, lebih cepat lebih bagus! Budak ni perlukan penjagaan.” Balas Kasyah
sambil membuat mimik muka yang pelbagai demi mengangah si kecil yang sudah
pandai memberi respon.
“Okey,
aku akan settlekan hal ni secepat mungkin! Kau nak kemana lepas ni?” soal Danny
pada Kasyah yang sedang sibuk melayan si kecil bernama Rara Dhiyani. Bayi
perempuan yang tidak berbintikan mana-mana lelaki. Sah, si kecil ini merupakan
anak tidak sah taraf hingga nama si bapa juga tidak layak dimasukkan ke dalam sijil
kelahirannya.
BAB 4
“Tiara,
tu..” muncung Fazreena sudah terhala ke arah satu sudut. Serentak itu juga,
Tiara kalihkan wajah lalu memandang apa yang sedang diperhatikan oleh rakan
baiknya itu.
“Mamat
tu handsome kan?” giat Fazreena sambil tersenyum-senyum.
“La..
itu je yang kau nak cakap? Aku ingatkan apalah tadi.” Dengan senyuman manis,
Tiara menggeleng perlahan. Pinggan yang sudah dicuci, dilap sehingga kering
sambil melayan bual bicara rakan serumahnya itu.
Fazreena
memang begitu, pantang melihat lelaki kacak. Mudah cair dan jatuh suka. Tapi,
dalam mudah cair Fazreena, rakannya itu masih belum berpunya. Masih solo dan kata
Fazreena lagi, dia belum bersedia untuk bercinta dan dicintai.
“Tapi
kan Tiara… dari tadi lagi aku tengok mamat tu asyik termenung. Muka dia
serabut,” komen Fazreena sambil mencuri pandang wajah pelanggan yang duduk di
sudut restoran paling hujung.
“Entahlah
Reena, mungkin dia ada masalah dengan kerja. Tak pun, dia tengah bergaduh dengan
girlfriend. Who knows?” Tiara meneka masalah yang melanda jejaka berkening
lebat itu.
“Aku
rasa tekaan kau memang betul. Kalau bukan sebab kerja, mesti sebab perempuan.
Yelah, lelaki handsome macam mamat tu, takkanlah tak ada girlfriend. Ya tak?”
“Ya,
Reena. Betul aku setuju.” Gumam Tiara seraya memanggung wajah lalu mengukir
senyuman manis. Sesekali, dia memerhatikan figura lelaki yang menjadi topik
perbualan mereka lewat tengahari itu. Berkemeja dengan lengan disinsing ke
hujung siku serta rambut yang kemas bersisir, hati kecilnya turut mengakui
kekacakan lelaki yang disebut-sebut Fazreena.
“Tiara,
kamu dengan Fazreena tak habis-habis bergosip?” Sergah seseorang memeranjatkan
mereka yang sedang rancak berbual.
“Sorry
Kak Zah.” Balas Reena perlahan.
“Dari
tadi lagi Kak Zah perhatikan perangai kamu berdua. Tak habis-habis bersembang,
kerja buat cara kerja! Jangan mencuri tulang!”
Tiara
dan Reena senyap membisu. Sarang tebuan jangan dijolok, karang mereka juga yang
kena sengat. Biarlah Kak Zah mahu membebel, yang penting mereka dapat terus
bekerja demi menampung kos hidup yang tinggi di bandaraya ini.
“Ni,
tolong hantar pada customer.”
“Biar
saya hantarkan.” tawar Fazreena yang bekerja sebagai pelayan disambut dengan
wajah kelat Kak Zah.
“Tak
perlu! Kak Zah mahu Tiara yang hantar pesanan ni.”
Fazreena
terdiam seraya memerhatikan Tiara yang terpinga-pinga. Pembantu dapur diminta
menghantar pesanan kepada pelanggan. Di mana logiknya!
“Pergilah
cepat!” tekan Kak Zah sedikit tinggi.
Tiara
menoleh sejenak. “Baiklah, Tiara hantar sekarang!” kerja mengelap ditinggalkan.
Lalu dulang yang tersusun pinggan berisi mee rebus disentuh cermat.
Kak
Zah yang sedang bercekak pinggan dikerling melalui hujung mata. Ah, hari ni
sahaja sudah dua hingga ke tiga kali menjadi mangsa bulian wanita itu. Entah
apa yang tidak kena, dia sendiri tidak pasti.
“Hah,
menonong je! Kau tahu ke pesanan tu untuk siapa?” sekali lagi disergah. Tiara
terdiam, langkah terhenti manakala Fazreena yang mendengar, sekadar mampu
menelan liur.
“Maaf
kak Zah, saya terlupa.”
“Cuai!
Macam manalah bos boleh ambil kau bekerja hah? Menyusahkan!” cemuh Kak Zah
dengan riak wajah menjengkelkan.
“Maaf
Kak Zah.” Tiara memohon maaf. Enggan memanjangkan cerita.
“Sudah,
pergi hantar pesanan ni ke meja 16. Cepat, jangan lembab sangat. Jangan nak
makan gaji buta!” Herdiknya menyakitkan hati Tiara yang mendengar.
Malas
hendak bertegang urat, wanita yang baru menyandang jawatan ketua hidangan
sajian itu cepat-cepat ditinggalkan. Kaki pula dihayun mendekati meja bernombor
16.
“Mee
rebus dan ice lemon tea untuk cik?” ujar Tiara sewaktu berdiri di sisi meja
bernombor 16.
Gadis
yang membuat pesanan mendongak sejenak. “Ya, letak situ.” Tuturnya seraya
tunduk semula memeriksa iPad di tangan. Kelihatan beberapa helai kertas turut
berada tidak jauh dari tas tangan gadis itu.
Baru
sahaja Tiara mahu meletakkan di tempat yang diarahkan, gadis tadi mendengus.
“Situ’lah,
bukan sini!” omelnya perlahan. Sikit pun tak pandang Tiara yang masih statik.
“Maaf
cik.” Kedudukan mangkuk berisi mee rebus dikalihkan. Dan sekali lagi, komplen
pelanggan diterima.
“Hei..
you ni tak faham bahasa ke tidak? I suruh letak di situ, bukan di sini!”
tiba-tiba cik gadis berambut separas dada memekik lantang. Hampir satu restoran
memerhati.
“Maaf
cik, saya ingat cik suruh letak dekat sini.”
“You
nampak tak, meja ni besar? I suruh you letak dekat situ sebab I nak buat kerja.
Kalau tumpah atas paper work I macam mana? Ada otak fikirlah sikit!” sergahnya
dengan mata membulat.
Nah,
sekali lagi Tiara menjadi mangsa amukan!
‘Hai,
kenapalah nasib kau selalu begini Tiara.’ Keluh hati kecilnya perlahan.
“Maaf
cik.. boleh saya bantu.” Kak Zah muncul ditengah kekalutan yang berlaku.
‘Alamak,
habislah kau Tiara! Dia dah datang, pasti sekali lagi kau kena bambu dengan dengan
dia ni!’ desis hati yang mula dihambat rasa gusar.
“Pekerja
you ni… tahu buat kerja ke tidak? Bahasa mudah pun susah nak faham, dia ni
habis sekolah ke tidak?” gadis tadi bangkit dan berdiri menghadap Kak Zah yang
berdiri disisi Tiara.
“Saya
minta maaf bagi pihak pekerja saya.”
“No,
I dah tak ada selera nak makan di sini. Service out!” tegas si gadis memucatkan
wajah Tiara.
“Maaf
cik, kami ganti yang lain atau cik boleh makan tanpa bayaran. Anggaplah ini
sebagai ganti rugi dari pihak kami.” Pujuk Kak Zah bersungguh.
“Tak
ingin aku nak makan dekat sini lagi.” Tas tangan digapai lalu disangkut ke
bahu. Sesudah itu pula, kertas-kertas di atas meja dikutip pantas. Usai mengemas barang-barang miliknya, wajah
Kak Zah dan Tiara dipandang silih berganti.
“I
akan complain pada pengurusan you!” ugut si gadis buat Kak Zah tidak keruan.
“Maaf
cik. Jangan buat macam tu. Kami sanggup bayar ganti rugi!”
“Ganti
rugi pun tak boleh nak recover hati I yang dah sakit ni! Ah, tepilah sikit!
Makan di tempat lain lagi bagus! Tak menyakitkan hati!” bahu Kak Zah ditolak
agar dia dapat berlalu dari restoran yang tidak menyenangkan.
“Cik..
Cik… tunggu dulu.” Seru Kak Zah memanggil pelanggannya itu. Namun tiada respon
yang diperoleh. Gadis tadi terus berlalu tanpa menoleh kepadanya. Beberapa saat
kemudian, pandangan tajam dikalih ke arah Tiara yang termangu.
“Apa
yang kau dah buat ni Tiara? Kalau macam ni’lah prestasi kerja kau, lama-lama boleh
bankrupt restoran ni.” Marah Kak Zah sudah tidak terkawal hingga terlupa kepada
pelanggan lain yang masih berada di dalam restoran yang sama.
“Maaf
Kak Zah. Saya tak sengaja, lagipun pelanggan tadi cerewet.”
“Itu
bukan alasannya!”
“Saya
tak salah.” pertahan Tiara perlahan.
“Dasar
budak kampung. Bekerja main-main, tak pernah serius. Makan gaji buta!”
“Kak
Zah jangan hina saya. Memang saya budak kampung, tapi saya ada maruah.”
“Maruah
apanya? Kerja mudah macam ni pun tak boleh nak buat? Bukan makan gaji buta
namanya? Bapak kau tak ajar?” laju sahaja bibir Kak Zah melontar kata hingga ada
hati yang sudah tergores.
“Cakap
sikit nak sentap.. tegur sikit nak menangis!” herdik Kak Zah tanpa rasa
simpati. Mulutnya lebih pantas berkata-kata tanpa memikirkan perasaan insan
yang dicemuh.
Tiara
senyap lagi, namun air jernih sudah bertakung di tubir mata.
“Hei,
aku tanya ni.. bapak kau tak ajar ke?” soal Kak Zah masih belum puas hati.
“Bapak
saya dah lama meninggal.” Jawab Tiara perlahan. Serentak itu juga, Fazreena
yang sedari tadi memerhati, melangkah mendekati. Telinganya sudah bengkak
mendengar cemuhan wanita itu.
“Tiara,
jomlah berambus dari sini! Aku dah bosan dengan cara kerja restoran ni.
Pelanggan yang bermasalah, kita juga yang kena. Chef masak tak sedap, kita juga
yang kena bambu. Pinggan sompek, kita juga yang kena hamun. Jomlah berambus,
aku dah tak tahan!” Fazreena muncul lalu menghambur rasa amarah yang selama ini
ditahan-tahan. Dengan bersahaja, tali apron yang melilit pinggang ditanggalkan
lalu dicampak ke atas meja. Sengaja memprovok wanita itu.
“Kak
Zah, saya nak cakap sikit!” gumam Fazreena sambil bercekak pinggang menghadap
Kak Zah yang perasan bagus,
“Kau
nak cakap apa? Kalau nak kerja lama, jangan masuk campur!” tutur Kak Zah
bongkak.
Fazreena
mendengus kasar. Kak Zah perlu diajar. “Kalau saya tahu perangai Kak Zah macam
ni, mati hidup semula pun saya tak teringin nak kerja dekat sini!”
“Kau
jaga mulut kau Fazreena!”
“Baru
naik pangkat jadi ketua sajian hidangan, dah lupa diri dan menyombong tak
bertempat.”
“Hei,
kau jangan nak kurang ajar dengan aku, Fazreena.”
“Kenapa?
Tak boleh? Kalau Kak Zah kurang ajar dengan staf, takpe pulak?” hambur Fazreena
buat wajah Kak Zah bertukar menjadi merah padam.
“Kau,
kalau nak berambus… silakan! Pergi! Jangan nak naikkan darah aku!”
“Memang
saya nak berambus! Apa hal? Kak Zah ada masalah?” balas Reena cuba menaikkan
darah Kak Zah seperti mana darahnya yang sedang menggelegak hebat.
“Tapi
Reena.. gaji kita macam mana? Sewa rumah nak kena bayar hujung bulan ni.” Bisik
Tiara perlahan. Tanpa sedar, belakang tangan kanan sudah mengelap air mata yang
hampir gugur.
“Sudahlah
Tiara, anggap ajelah rezeki kita ditempat lain. Bukan di sini.” Pujuk Fazreena
seraya menyentuh lengan Tiara agar rakan baiknya itu bersetuju untuk pergi.
“Jom…”
gesanya disambut dengan anggukan. Perlahan-lahan, apron di tubuh ditanggalkan
lalu diletak cermat di atas meja.
“Ha,
baguslah kalau kamu berdua keluar dari restoran ni. Tak rugi apa-apa pun!”
sampuk Kak Zah pedih menampar gegendang telinga mereka berdua.
“Restoran
ni yang rugi kerana menggaji pekerja macam Kak Zah. Tak ada budi bahasa dan tak
beretika.” herdik Fazreena melepaskan rasa sakit di sudut hati.
“Kau
diam. Jangan menyibuk, cepatlah berambus!” balas Kak Zah dengan suara tak
tertahan-tahan.
Comments