PUJAAN HATI KANDA BAB 5
Asslamualaikum darlings.... here Pujaan Hati Kanda... dulu pernah guna tajuk Lelaki Mata Keranjang, Okey layan bab 5 & 6.. nak order cpt2 Pm Aulia Iman.. maklumat pemesanan ada di akhir halaman. okey layannnn :)
BAB 5
Sedang
mereka berjalan beriringan menyusur trek pejalan kaki di tepi jalan raya, bunyi
hon kereta menampar gegendang telinga. Serentak itu, kedua-duanya menoleh.
Cermin
BMW bewarna merah garang dilihat turun perlahan-lahan.
“Excuse
me, boleh kita bercakap sekejap!” tutur lelaki di dalam sana. Memanjangkan
leher menjengul dua orang gadis yang sedang berjalan di luar.
“Tiara,
siapa tu? Dia nak culik kita ke?” wajah cemberut Fazreena sudah terlakar di
segenap wajah.
“Kalau
dia culik kita, apa yang dia dapat?” soal Tiara pula.
“Kita
kan cantik, manalah tahu dia nak jual kita ke apa ke?” teka Fazreena masih
sempat membangga diri.
“Ish,
takkan kut!” bibir Tiara tersungging dengan senyuman. Lucu!
“Just
giving me a ten minutes. Ada perkara yang I nak discuss?”
“Discuss?”
“Yep!
Wait…” BMW merah dipandu sedikit ke hadapan lalu diberhentikan di bahu jalan.
Selang beberapa saat, pemandu tadi keluar dari perut kereta lalu berpusing
lantas menapak menghampiri mereka yang masih berada di belakang.
“My
name Megat Danish! You all boleh panggil Danny.” Tangan dihulur untuk berjabat.
Namun, dengan senyuman nipis, Tiara dan Fazreena menggeleng perlahan.
“Opps
sorry, bukan mahram! Tak boleh bersalam.” Senyum senget lelaki yang
memperkenalkan dirinya sebagai Danny tersapa di ruang mata.
Melihat
pandangan aneh di riak wajah kedua-dua gadis di hadapannya itu, Danny segera
menyusun kata. “Cik berdua boleh perkenalkan diri? Senang sikit I nak panggil.”
Fazreena
merenung Tiara sejenak sebelum menjawab ringkas. “Saya Fazreena, panggil Reena.
Dan yang ni kawan saya, Tiara.”
“You
all baru berhenti kerja’kan? Tadi I nampak apa yang berlaku di restoran tu. I
tumpang simpati.” Tutur Danny berhati-hati.
Fazreena
dan Tiara diam membatu diri. Memikirkan figura lelaki yang menyapa. Sebaik
memorinya terpanggil, Fazreena menjingkit kaki lalu mendekatkan bibir di
telinga Tiara.
“Eh,
ni bukan mamat handsome dekat restoran tadi ke?”
“Haah,
dia lah orangnya! Dia nak apa?” bisik Tiara juga perlahan.
“Err..
boleh tak kalau kita bincang dekat tempat yang lebih selesa?” sapu tangan berjalur
halus dikeluarkan dari poket hadapan baju kemejanya lantas dahi yang berpeluh
disimbah terik matahari, diseka perlahan-lahan.
“Dekat
mana?”
“Kopitiam!
Boleh tak?”
Fazreena
dan Tiara saling berpandangan.
“Amacam?
Boleh? I tak culik you all. Trust me.” aju Danny sekali lagi cuba menyakinkan.
“Erm..
bolehlah!” sahut Fazreena membuat keputusan hingga Tiara yang mendengar,
menyiku perlahan.
“Kalau
dia apa-apakan kita macam mana?”
Mendengar
apa yang disebut oleh Tiara, bibir Danny cepat-cepat membalas. “Don’t worry
pretty ladies. I takkan apa-apakan you all. Trust me.”
“Kalau
macam tu, kami setuju. Tapi janji, jangan apa-apakan kami.” Ujar Fazreena
seraya mengunjuk jari telunjuk sebagai amaran mesranya.
“Ya,
I takkan apa-apakan you all. Jom, masuk dalam kereta. Kita ke kopitiam, dekat
sana I akan explain apa yang I harapkan dari both of you.” Senyuman Danny
tersungging manis. Persis dirinya sudah dipertemukan dengan dua bidadari yang
sudi membantu dia yang dibelenggu kesulitan.
“Jomlah.”
Ajak Fazreena seraya mengatur langkah mengekori jejak Danny yang sudah hampir
ke keretanya.
“Kau
tak takut?” Tiara masih berbisik. Ragu-ragu dengan keputusan yang diambil oleh
sahabatnya itu. Tambahan pula mereka tidak mengenali lelaki ini, dah mengapa
begitu mudah mereka menuruti kehendak jejaka tinggi lampai ini.
“Tiara,
tak mungkinlah dia nak buat jahat! Dari apa yang aku nampak, dia ni macam
lelaki yang baik-baik. Entahlah, aku tak boleh nak komen lebih-lebih. Yang
pasti, air muka dia bersih! Lagipun, kalau dia nak buat jahat.. kenapa dia
pilih kita?” soal Reena buat Tiara terdiam sejenak. Benar juga kata-kata
Fazreena, jika lelaki itu berniat jahat, masakan mereka pula yang menjadi
mangsa. Bukannya boleh dapat apa-apa pun!
“Silakan.”
Bersama anggukan Fazreena dan Tiara memboloskan diri ke dalam perut kereta.
Manakala Danny pula sudah selamat duduk di bahagian tempat duduk pemandu.
“Kami
duduk di belakang. Tak mengapakan?” soal Reena sambil memandang Tiara yang
duduk di sebelahnya.
“It’s
okay! I tak kisah!” sahut Danny sambil tersenyum memandang cermin pandang
belakang. Kedua-dua gadis ini persis gadis naif, namun kenaifan yang
dipertontonkanlah membuatkan hatinya terpikat untuk menjadikan keduanya
pengasuh untuk si kecil bernama Rara Dhiyani.
BAB 6
“Jemput
makan! Sambil makan bolehlah kita discuss.” Pelawa Danny tenang memerhatikan
raut wajah keduanya.
“Saya rasa lebih baik Encik Danny
explain perkara yang encik nak discuss’kan tadi.” Kami dah tak sabar nak tahu
apa yang encik nak bincangkan.” Tutur Fazreena meminta agar perbualan santai
itu menjurus kepada topik utama perbincangan mereka.
“Baiklah,
kalau itu yang you all nak tahu. I boleh explain. Tapi, I harap you all tak
terkejut!”
“Maksud
encik?” Tiara pula mempersoal. Seram sahaja nada yang dilantunkan oleh Danny.
Hish, janganlah mereka diapa-apakan! Simpang malaikat 44!
“Tapi
sebelum kita bercakap lebih lanjut, you all boleh panggil I dengan panggilan
Danny, atau kalau you all rasa tak selesa.. boleh saja panggil abang.”
Perlahan-lahan belakang tubuh di sandarkan di penyandar kerusi menanti respon
kedua-duanya.
Tiara
pula mengangguk faham. Ada benarnya, takkan dia nak biarkan Danny ber’cik
dengan dirinya sepajang masa. Persis berada di majlis formal pula. “Kalau macam
tu, boleh panggil saya Tiara, dan kawan saya ni Reena. Kami berdua housemate.”
Terang Tiara pendek.
“Oh,
I see.” Angguk Danny seraya memandang jus oren miliknya. Dengan bersahaja, dia
menyentuh penyedut minuman di dalam gelas lalu dikacau perlahan-lahan. Beberapa
saat kemudian, wajah diangkat dan kedua-duanya diperhatikan.
“Okey
Tiara dan Reena, sebenarnya saya ada satu masalah dan perlukan pertolongan.
Saya harap, awak berdua sudi membantu.” Dengan sekali lafaz kata-kata itu
dilontar tenang. Huh, lega rasanya!
“Tolong
apa ni Encik Danny?” Tanya Tiara masih selesa menyebut perkataan encik di
pangkal nama lelaki itu.
Dek
panggilan itu, bibir Danny terus sahaja tersenyum. “Panggil saja Danny, tak
perlu ber’encik-encik. Nak panggil abang
pun boleh. Saya percaya, saya lebih berusia daripada awak berdua.”
“Abang?”
Reena sudah tayang wajah loya. Yelah, sebagai satu-satunya anak perempuan di
dalam keluarga yang dikelilingi empat orang abang, dia merasa tidak wajar
memanggil lelaki lain selain daripada abang kandungnya dengan panggilan abang.
Hish, kekok rasanya!
“Kenapa?
Tak selesa? Kalau tak selesa, panggil sahaja Danny.” Balas Danny ketawa kecil
hingga membuatkan si gadis yang mempersoal, menunjukkan senyuman senget.
“Saya
tak biasa!”
“It’s
okay! Take your time Reena.”
“Thanks.”
Ucap Reena disusuli dengan anggukan kecil. Beberapa ketika kemudian, suasana
menjadi hening. Enggan membuang masa, Tiara bingkas bertanya tentang tujuan
lelaki itu membawa mereka berdua ke kopitiam yang semakin dipenuhi oleh para
pengunjung.
“Tadi
Encik Danny ada sebut tentang pertolongan. So, pertolongan macam mana yang encik
perlukan?” aju Tiara masih belum bersedia memanggil lelaki itu dengan panggilan
abang ataupun menyebut nama lelaki itu di dalam perbualan mereka. Cukuplah
sekadar berencik di awal-awal perkenalan.
“Sebenarnya
saya nak minta tolong pada awak berdua untuk jagakan baby!” terang Danny buat
kedua-duanya tersentak.
“Jagakan
baby? Baby siapa? Anak awak ke?” Fazreena pula menyoal bertubi-tubi.
“Eh,
bukan! Bukan anak saya.” Cepat-cepat dia menggeleng. Jatuh sahamnya andai
pengakuan itu dibuat. Ah, berahsia itu lebih baik daripada berterus terang lalu
mengaibkan diri sendiri.
“Habis,
anak siapa?”
“Anak
kawan saya. Dia.. dia…. Erm, sebenarnya saya perlukan pengasuh!” Danny tukar
topik. Tentang anak siapa si kecil itu, dan bagaimana dia dan bayi tersebut
bertemu, itu semua tidak perlu dinyatakan. Dia hanya memerlukan pengasuh untuk
menjaga bayi yang berusia dua bulan itu dengan sebaik mungkin sementara
penyiasatan dilakukan. Itu sahaja!
“Oh,
macam tu! Habis, kemana mak dan ayah baby tu?” Tiara menyoal ingin tahu.
“Ayah
baby tu kerja dekat oversea, berlayar! Mama dia pula sakit! So, buat sementara
waktu ni saya carikan penjaga untuk baby tu.” Nada yang terlontar kedengaran
yakin walaupun dia sendiri tidak tahu asal usul keluarga Rara dan juga ibu
kepada si kecil itu. Ah, persetankan! Masalah utama adalah mencari pengasuh
Rara. Yang selebihnya tidak perlu difikirkan lagi.
“Saudara-mara
dia pula? Takkan tak ada?” Fazreena pula mengajukan soalan yang memerangkap
Danny. Pelik! Takkan si kecil itu tidak punya datuk dan nenek. Atau paling
tidak sekalipun, bapa dan ibu saudara.
“Actually,
member saya tu anak yatim piatu. Bertemu pun di rumah anak yatim dan berkahwin
pun di sana. Cuma selepas kahwin, suaminya bekerja di atas kapal dan kawan saya
ni pula sakit dan ditahan di wad.” Gumam Danny membalas perlahan. Memberi
jawapan selamat yang dia sendiri tidak tahu kebenarannya.
“Oh,
kesiannya baby tu. So, apa yang perlu kami buat?” giliran Tiara pula bertanya.
Entah mengapa, rasa simpati ke atas bayi tersebut datang dengan sendirinya.
“Saya
nak minta Tiara dan Reena jadi pengasuh sementara. Boleh?”
“Tapi
kami student! Mana ada masa nak buat semua tu.” Tanpa diduga, jawapan Reena
buat Danny terkedu seketika. Betul juga kata gadis berambut separas leher ini.
Nama pun student? Bolehkah bahagikan masa menjadi pengasuh kepada si kecil yang
kini ditinggalkan bersama Kasyah.
“Sementara
sahaja! Since kawan saya tu dah sedar, dah pulih.. saya akan serahkan baby tu
pada yang ibunya. Please!” rayu Danny bersungguh-sungguh.
“Errm….”
“Sekejap
je! Saya janji, bila kawan saya tu sedar, saya akan serahkan semula baby tu
pada dia. Buat masa ni, saya tak ada pilihan. Hanya awak berdua sahaja tempat
saya bergantung harap.” beritahu Danny tentang kesulitan yang ditanggung sejak
kemunculan Rara didalam hidupnya.
“Saya
tumpang simpati. Tapi, kami tak boleh nak tolong! Siang malam ada kuliah, macam
mana nak jadi pangasuh.” Terang Tiara ringkas. Harapannya agar Danny mengerti
tentang kehidupan sebagai seorang pelajar yang sentiasa sibuk dengan tugasan
dan juga kuliah yang wajib dihadiri.
“Awak
berdua ambil kos yang sama??”
“Tak!”
sahut kedua-duanya serentak.
“Good!”
“Maksud
awak?” Tiara menyoal.
“Bergilir-gilir
jadi pengasuh Rara, boleh tak?” soal Danny dengan kening terjongket sebelah.
“Apa?
Bergilir-gilir?” berkerut dahi Reena mengulangi semula kata-kata lelaki di
hadapannya.
Danny
mengangguk perlahan. “Ya! Saya terpaksa buat semua ni. Saya harap sangat Tiara
dan Reena dapat membantu. Hidup dan mati saya bergantung kepada kesudian awak
berdua.”
“Hah?
Kenapa sampai macam tu sekali? Seram pula saya dengar.” Apabila menyebut soal
hidup dan mati, hati keduanya rasa tidak keruan. Ish, mamat ni ada buat jenayah
ke apa?
“Jangan
salah faham. Sebenarnya, saya bekerja…” Danny telan liur sebelum menyambung
kata-katanya yang terhenti. “Kerja saya tak menentu. Kadang-kadang outstation.
Kadang-kadang balik lewat! Dan ada masanya, saya terpaksa bermalam di pejabat
atas beberapa sebab yang tak dapat dielakkan. Jadi, waktu untuk saya menjaga
baby tu terlalu terhad. Takkan saya nak bawa baby tu ke ofis? Kesiankan pada
baby tu? It is right?”
Tiara
dan Fazreena senyap.
“Saya
betul-betul tak ada pilihan.” Ujar Danny tunak memerhatikan raut keduanya.
Tiara
masih lagi terdiam, namun Reena pula sebaliknya. Bibir mungil bersaiz kecil itu
segera melontar pertanyaan.
“Apa
kata awak hantar ke nursery? Tak pun minta isteri awak yang jagakan baby ni?
Pasti dengan penjagaan isteri awak, kebajikan baby tu akan lebih terjaga.
Maklumlah, kami ni bujang! Belum berkahwin dan tiada pengalaman menjaga bayi.”
cadang Reena selang beberapa saat kemudian. Sengaja dia menggunakan frasa
isteri, dengan tujuan untuk mengetahui sama ada lelaki berwajah kacak ini sudah
berkahwin ataupun belum.
Dek
kerana pertanyaan Reena, tawa kecil Danny meletus. Dia menggeleng sebelum
menjawab ringkas. “Isteri? Kahwin pun belum, macam mana nak ada isteri?”
Sangkal Danny pendek. Tahu sangat taktik Reena. Nak tahu status dia’lah tu.
“So
macam mana? Boleh accept my request?”
Tiara
menghela nafas sebelum memberi jawapan. “Kami tak boleh nak jaga baby tu.. kami
student dan kami perlu buat kerja part time untuk cari duit poket. Kalau kami
jaga baby tu, macam mana kami nak berkerja dan dalam masa yang sama perlu
attend kuliah yang tak menentu tu?”
“Saya
akan bayar upah untuk kerja mengasuh baby ni. Anggaplah ini sebagai salah satu
kerja part time untuk awak berdua.”
“Maksudnya?”
Tiara ingin tahu dengan lebih jelas lagi.
“Saya
akan bayar gaji untuk awak berdua sekiranya sudi jaga baby ni. Soal pampers,
susu dan segala keperluan baby ni, tak perlu risau kerana saya yang akan
tanggung kesemuanya. Awak berdua hanya perlu jaga baby ni dengan baik. Itu
sahaja.”
“Berapa
yang awak mampu bayar?” duga Reena masih sempat melirik pada jam dipergelangan
tangan kiri Danny. Wah, jenama mahal tu! Tak mampu dia nak beli.
“Buat
masa ni, berapa banyak gaji part time yang awak berdua terima?”
“750
sebulan!” sahut kedua-duanya serentak.
“Okey.”
Danny mengangguk perlahan. “Apa kata saya bayar 1500 seorang. Sekali ganda dari
gaji sambilan yang awak berdua terima sebelum ni. Tapi dengan syarat, baby ni
harus tinggal dengan awak berdua. Siang dan malam. Bermakna, awak berdua kena
bergilir-gilir untuk jaga baby ni.” Terang Danny satu persatu tentang syarat
menjadi pengasuh Rara. Bukan mahu lepas tangan, tetapi ini adalah satu-satunya
cara untuk memastikan Rara terjaga dan terpelihara.
“Boleh?”
mata bundar Danny merenung wajah dua gadis manis ini dengan harapan kata-kata
positif meniti di bibir kedua-duanya.
Tiara
dan Fazreena saling berpandangan. Mencari persefakatan. Dan kerana tindak balas
sebegitu, Danny cepat-cepat menawarkan sesuatu yang dilihat sebagai
kesungguhannya mendapatkan khidmat gadis-gadis ini.
“Saya
akan beri kad kredit untuk awak. Tapi limit kad kredit ni hanya 5000 sahaja.
Gaji awak berdua, pampers, susu, perubatan dan juga segala keperluan baby
termasuk dalam nilai kad kredit ni.” Sekeping kad kredit tertera perkataan Visa
dikeluarkan dari wallet sebelum diletakkan di atas meja dan ditolak ke arah
keduanya.
“Kad
kredit?” soal Reena hampir tidak percaya. Belum mula kerja, kad kredit sudah
pun ditawarkan. Hesy, ni yang buat mata hitam bertukar menjadi kelabu.
“Menarik
kan?”
Tiara
dan Reena tidak terus menjawab, hanya bahasa mata yang sedang berbicara.
“Saya
harap awak setuju dengan tawaran saya. Saya beri awak kerja, dan awak berdua
bantu saya jaga baby Rara. Deal?”
“Wait..
misal kata baby ni sakit? Macam mana kami nak uruskan? Kami tak ada transport!
Takkan nak naik bas kot?” Reena bertanya lanjut. Yelah, jika berlaku perkara
tidak diingini, bagaimana pula untuk mereka pergi mendapatkan bantuan.
“Jika
baby tu sakit, atau ada apa-apa kecemasan, awak berdua boleh call saya secepat
mungkin dan saya akan berusaha untuk datang. Andainya saya tak dapat beri
komitmen, saya sibuk atau berada di luar kawasan, saya harap awak berdua boleh
cari alternatif lain dengan menelefon teksi.”
“So, tambang teksi tu siapa pula nak
bayar?” soalan kedua Reena buat senyuman Danny tersungging.
“Saya yang akan bayar! Awak minta
resit, nanti claim pada saya.” Senyuman Danny terlukis lagi saat melayan
pertanyaan si gadis manis di hadapan matanya kini. Banyak soal dan terlalu
berhati-hati.
“Berapa
lama kami perlu jaga baby ni?” dalam tidak pasti menerima atau menolak tawaran ini,
Tiara pula menghambur pertanyaan.
“Sehingga
ibu baby tu sihat atau ayah baby tu pulang ke sini.”
“Agak-agak
berapa lama?” soal Reena.
“Saya
sendiri t ak pasti. Tapi awak berdua
jangan risau, Insya-Allah setiap minggu saya akan datang lawat baby ni. So,
macam mana? Setuju?”
Tiara
dan Reena saling berpandangan.
“Diam
tandanya setuju, so kita proceed ya!” tukas Danny membuat keputusan segera agar
keraguan kedua-duanya tidak menjadi punca segala yang diperbincangkan menjadi
sia-sia.
“Proceed?”
“Yep! Nanti saya akan bawa Rara
kepada awak berdua.”
“Bila?”
“Malam ni. Oh sebelum terlupa..”
Danny menyentuh dagu sebelum menghambur kata-kata berikutnya. “Awak berdua
tinggal di mana?”
“Kami tinggal di flat PKNS. Dekat
area Seksyen Tujuh juga. Menyewa!”
“Berapa ramai menyewa?”
“Tinggal kami berdua je. Yang lain
buat perangai, keluar dari rumah walaupun kontrak belum tamat.” Adu Reena masih
tidak puas hati dengan tindakan tiga lagi rakan serumahnya yang keluar tanpa
memaklumkan apa-apa.
“So, diorang tak ambil deposit!”
Tanya Danny sedikit hairan.
Kedua-duanya menggeleng. “Kalau
keluar sebelum cukup kontrak, of course tak layak dapat deposit. Deposit rumah
tu ada ditangan owner rumah. Tapi, kerana tindakan mereka, kami berdua yang
dapat susah. Sewa setiap bulan tetap kena bayar! That’s why kami terpaksa buat
kerja part-time cari duit untuk cover duit sewa yang melampau tu.” Gumam Reena
dengan hati yang membengkak.
Sewa
rumah flat kos rendah sahaja, namun harga sewa sudah mencecah 700 ringgit
sebulan. Sudahlah mahal, tinggal di tingkat lima tanpa lif itu turut dicaj
dengan harga yang tinggi. Siapa yang tak sakit hati!
“Mahal sangat ke sewa dekat kawasan
tu?” Tanya Danny sekadar berbahasa-basi.
“Biasalah, kawasan student. Rumah
sewa jadi demand dan sebab demand’lah harga sewa rumah flat kos rendah boleh
cecah 700 sebulan!”
“Kesian you all! By the way.. setuju
tak dengan offer saya ni? Kalau setuju malam ni saya bawa Rara jumpa awak
berdua.”
“Kalau dah tak ada pilihan, kami pun
baru kena pecat. Rasa-rasanya….” Reena memandang Tiara dan dari pandangan
rakannya itu, dia tahu Tiara juga sudah bersetuju dengannya.
“Kami setuju seperti yang kita
bincangkan tadi!”
“Really? Nice! Alhamdulillah!” ucap
Danny penuh rasa syukur lantas meraup wajahnya dengan tapak tangan. Nyata Allah
mempermudahkan urusannya pada hari ini.
cara nk order :
ok wassalam :)
Comments