Lama x update
SKANDAL BUKAN SELAMANYA
BLURB:
Dia, Hardy Farhan. Lelaki
punya persona, bekerjaya dan punya masa depan. Namun, siapa sangka, jejaka ini
menjunjung prinsip untuk menolak komitmen dalam perhubungan. Pada firasatnya,
perkahwinan hanyalah mengikat dua jiwa kepada satu tanggungjawab yang cukup
besar dan membebankan.
Arya Zahirah, dia wanita
yang tidak kurang hebatnya. Dikurniakan kecantikan semulajadi, anggun yang
mempersona dan kesempurnaan yang tiada pada sesiapa. Namun, disebalik
kesempurnaan yang diperlihatkan, dia juga insan biasa yang ketandusan kasih
sayang ibu bapa yang telah pergi dulu. Kerana kurangnya iman, lemahnya hati dan
lembutnya jiwa, dia terikat dalam hubungan tanpa komitmen.
Skandal? Hubungan itu
menjadi kesepakatan antara Hardy dan Arya. Tidak mengikat dan tidak juga
terikat. Mereka bahagia namun kebahagiaan terlarang itu sering kali digugat
oleh insan-insan yang mengasihi.
Perancangan untuk
menikmati bulan madu terlarang, diatur rapi. Maka terbanglah mereka ke sebuah
pulau peranginan. Tanpa dijangka, bulan madu yang menghangatkan bertukar
menjadi bulan madu berdarah, dan cukup-cukup dikesali.
Mereka merancang dan
Allah juga merancang. Yang jelas dan nyata, sebaik-baik perancang adalah
perancangan Allah Yang Maha Esa. Sejauh manakah Hardy menjunjung prinsip?
Sekuat manakah Arya menolak takdir? Dan bagaimanakah perjalanan hubungan
skandal yang pernah diangkat tinggi? Dan apa pula kesudahan hidup pasangan yang
begitu memartabatkan hubungan terlarang itu?
Ikuti kisah seterusnya
dalam Skandal Bukan Selamanya.
SEMENANJUNG RM 22
SABAH SARAWAK RM 25
HUBUNGI AULIA IMAN untuk pembelian (selagi stok masih ada) 0134239065
Comments