CINTA DIHUJUNG NODA 9
Sedang leka menghitung harta kekayaan pemberian mama kepada
ku, mata sempat menangkap kelibat seseorang. Gaya dan lenggok ia berjalan sama
seperti yang pernah ku lihat dahulu. Aku toleh sekilas namun susuk tubuh itu
hilang pula. Aku geleng kepala langsung menyambung semula kerja yang tertangguh
tadi.
“Attar, masuk office sekejap.” Datuk Sherry sudah naik
angin. Aku menurut sahaja malas sudah bertikam lidah dengan mama. Sejak
peristiwa dua tahun lepas, hubungan aku dan mama semakin pulih namun tidaklah
semesra pasangan anak beranak yang lain.
“Mama nak apa lagi?” gumam ku malas. Dia pandang aku dengan
pandangan tajam aku mencebik tidak takut pada pandangan tajam itu.
“Berapa kali nak cakap, nak diingatkan? Dekat office im your
bos, not your mom!” ujar Datuk Sherry marah bila aku gelarnya mama. Aku jeling
siling sekilas lantas ku henyakkan tubuh ke kerusi empuk milik CEO syarikat
bertaraf internatioanl itu.
“Mama nak apa ni? Attar banyak kerja!” tukas ku perlahan
sambil menyentuh skrin I-pad. Sejak menamatkan zaman kampus, mama menghantar ku
ke London bagi mendapatkan rawatan doktor pakar untuk memulihkan semula urat
saraf yang dahulunya tidak berfungsi dengan baik. Berkat kesabaran itu, hari
ini aku sudah kembali berjalan semula walaupun tidaklah selincah dahulu.
Sekurang-kurangnya aku tidak perlu lagi berkerusi roda. Dengan sedikit perhatian
yang mama hulurkan, hubungan yang dahulu dingin kini semakin pulih.
“Sekali lagi Attar sebut perkataan tu dekat office ni, I tak
teragak-agak nak halau you dari office ni!” bengis mama sudah datang. Huh
apalah nasib menjadi anak kepada wanita kuku besi ini! Aku renung wajah mama
sekilas lantas ku tundukkan pandangan menatap beberapa fail kerja mama. Banyak dan
serabut!
“Doktor kata, you tak datang buat treatment! Tahu tak berapa
banyak duit dihabiskan untuk dapatkan khidmat doktor pakar?” soal mama kuat
sambil menghempas fail laporan kesihatan ku di atas meja. Aku ketap bibir, mana
mama tahu aku ponteng treatment dekat hospital tu? Seingat aku, semua line ku
dijaga dengan baik oleh Shark. Ah Shark memang nak kenakan aku lagi kali ni!
“Mesti Shark yang reportkan?” aku meneka mama pula
menggeleng tidak mahu menidakkan ataupun mengiyakan. Sudahlah mama, aku kenal
Shark jika dihulurkan wang, mulut yang sudah keras bersimen juga boleh rentak,
hancur dan bercakap macam bertih jagung. Aku kenal Shark, dia memang lemah
dengan duit!
“Sekarang you pergi ke hospital tu, right now!” arah mama
lantang bergema satu ruang pejabat. Aku bingkas bangun, panas buntut ku duduk
berlama-lama dihadapan mama. Tahunya marah, menengking, masam muka dan naik
angin sahaja, nak senyum pun susah! Bukan kena bayar pun.
Kereta yang ku parking di tempat letak kereta bertingkat
kelihatan berkilau disimbah cahaya petang, aku lajukan langkah agar segera
mendapatkan kereta lantas berlalu pergi menuju ke hospital yang dimaksudkan.
Perjalanan yang sepatutnya mengambil masa setengah jam menjadi lewat angkara
jalan sesak dengan satu upacara keagamaan yang sedang berlangsung ketika ini.
Dari terus terperangkap di tengah jalan raya, aku mengambil keputusan untuk
membuat pusingan U lalu berpatah balik mengikuti arah lencongan yang
dinyatakan.
Sejurus tiba di kawasan yang semakin lengang itu, aku
bingkas mengorak langkah menuju ke bilik doktor yang sudah beberapa bulan
merawat dan memantau tahap kesihatanku.
“Good afternoon doctor, how today?” soal ku sebaik diarahkan
masuk ke dalam bilik doktor lingkungan 40-an itu. Doktor itu tersenyum lantas
mengangguk beberapa kali.
“Sibuk hari ni?” aku menyusun kata tatkala melihat begitu
banyak fail pesakit yang kelihatan di atas meja kerjanya.
“Biasalah Attar, tugas doktor hari-hari begini.” Lembut
doktor lelaki itu berkata. Aku angguk sekali mengiyakan kata-katanya.
“Saya nak tanya ni? Ke mana hilang sejak dua bulan
kebelakangan ni, susah hati saya.” Gumam doktor itu ku sambut tawa yang
panjang. Pasti mama telah menyusahkan hidup doktor itu pula, aku yang buat hal
orang lain yang kena tempias. Mama..mama tidak berubah sikapnya itu!
“Saya tak hilang doktor, saya ada lagi dalam Malaysia!” ujar
ku bersama tawa kecil. Bergurau senda dengan doktor pakar saraf memang
melucukan, dia pandai mengambil hati ku bahkan juga bijak memancing aku yang
dahulu sombong tidak mahu bercampur dengan sebarangan orang kini sudah bijak
memulakan bicara dengan orang yang tidak ku kenali sebelumnya.
“Hmm... iyalah tu. Saya nak maklumkan pada Attar yang
keadaan Attar semakin baik dan perlu jalani terapi bagi menguatkan urat saraf.
Seterusnya setiap tiga bulan sekali kena datang untuk check up dan jika tiada
masalah, rawatan ini boleh dihentikan juga.” Gumam doktor itu ku sambut helaan
nafas yang lega.
“Baguslah doktor, sejak buat terapi dekat hospital ni hidup
saya tak tenang dan selalu sangat susah hati nak ke mana-mana pun still terikat
dengan jadual treatment, tambah-tambah my mom selalu desak. Huh memang tension
doktor,” luahku penuh penghayatan. Doktor itu angguk kepalanya sambil tersenyum
sumbing.
“Attar, Attar sepatutnya awak apprieciate apa yang mother
you buat. Bukan merungut begini, orang yang kuat merungut biasanya tak pernah
cukup dengan apa yang dia ada. Sekurang-kurangnya ucapkan terima kasih sebagai
tanda penghargaan kita atas susah payah beliau,” gumam doktor pakar itu lagi
aku diam tidak berkutik. Nah ambil kau Attar, nak mengadu last sekali dapat
ceramah agama free! Padan muka!
“Insyallah doktor,
jadi hari ni apa yang perlu saya buat?” aku mula tidak sabar untuk habiskan
sesi rawatan kali ini.
“Ikut nurse ke dalam bilik tu,” ujar doktor itu ku
sambut senang hati lantas mengekori jururawat
berumur sekitar 20-an menuju ke dalam
bilik rawatan.
“Hei? Buta? Ada mata letak dekat lutut!” tempelak ku spontan
tatkala kopi suam tertumpah ke baju. Aku angkat wajah yang menyinga memandang
wajah gadis berhijab di hadapan ku. Kemeja putih susu itu bertompok dengan
kesan kopi yang hitam pekat.
“Dahlah buta, bisu pulak tu!” tambah ku dalam nada kasar dan
keras. Dia hanya diam tidak berkutik, mata itu merenungku lama dan dalam. Aku
gusar namun rasa itu ku usir jauh dari hati.
“Hei perempuan, aku cakap dengan kau sekarang ni tahu tak!
Kau dengar ke tidak?” soal ku menyentuh bahu itu dengan hujung jari telunjuk.
Dia berganjak sedikit ke belakang, aku pula menapak selangkah mendekatinya.
“Maaf tuan,” ucapnya sambil berpusing lalu berlari
meninggalkan ku. Aku tersentak, kasar benarkah kata-kata ku tadi hingga gadis
itu pergi begitu sahaja. Ah pedulikan, gadis bertudung selalunya berfikiran
sempit! Apalah ada pada tudung yang menutupi kepala hingga otak juga tidak
berfungsi. Ditegur sedikit sudah lari lintang pukang, penakut! Omelku tidak
sudah-sudah sambil melangkah menuju ke tandas awam
berhampiran tempat meletak
kenderaan.
“Hello, ha... okey set malam ni dekat tempat biasa! Bawak
chikaro, stock untuk aku jangan buat-buat lupa pulak!” aku jawab panggilan
telefon dari Shark. Huh, tidak sabar rasanya meraikan parti bujang malam nanti.
Salah seorang dari kawan ku bakal melangsungkan perkahwinan dua minggu lagi,
sebagai meraikan perubahan fasa kehidupannya, aku dan beberapa yang lain bersetuju
mengadakan parti bujang sabagai simbolik berakhirnya zaman romeo sahabat ku
itu.
Aku pandu kereta memasuki lebuh raya yang sedikit sesak, sesekali
minda ku berputar mengimbas kenangan dua tahun lalu di mana aku lumpuh hingga
tidak mampu berganjak sedikit pun. Namun atas kekayaan melimpah ruah, yang
mustahil itu juga boleh menjadi kenyataan. Lihat sahaja kerana wang yang bertimbun
itu, mama laburkan sedikit untuk rawatan
yang langsung tidak menjejaskan mahupun menjadikan kehidupan ku sekeluarga
muflis dan merempat. Wang adalah segala-galanya, itu keutamaan ku dalam hidup!
Tentang Nia, aku sudah lupakannya! Aku sendiri tidak
menyimpan gambar mahupun mampu mengingati wajahnya. Aku sudah lupakan dia, dia
tidak sesuai bersama ku mahupun hidup dalam lingkungan kekayaan ku. Selepas beberapa
hari pemergiannya, rumah mewah milik Nia dilelong pihak bank, aku hanya mampu
melihat. Ketika itu memang ku akui sedikit sebak melihat pemergiannya, namun
seiring masa berputar aku juga semakin hari semakin melupakannya. Wajahnya juga
sudah tidak mampu ku ingati lagi, apakan daya hanya tiga kali sahaja aku sempat
melihat wajahnya tanpa niqab.
Bunyi hon mengejutkan lamunan yang panjang tadi, segera ku
tekan minyak lalu melunsur laju Bently di atas jalan raya. Tiba sahaja di rumah, aku lihat Mak Mah
dengan pakaian kegemarannya sedang menyiram pohon-pohon bunga yang tumbuh subur
di dalam pasu berukir corak flora. Aku laung namanya sekali, kurang seminit
tubuh itu sudah mendekati aku. Ditinggalkan smeua kerjanya demi mendapatkan
tuan muda yang garang ini.
“Mak Mah, siapkan baju aku! Aku nak pergi party, ingat aku
nak semua pakaian aku dah siap atas katil. Bawak sekali benda ni, letak dalam
freezer! Dah pergi sekarang!” arah ku tanpa nada. Mak Mah melangkah perlahan
sambil menjinjit botol bewarna perang kehitaman yang sudah berbungkus plastik
hitam dengan cermat.
“Yang lembab sangat tu apasal?” marah ku selamba. Mak Mah
bingkas berjalan meninggalkan aku yang masih berdiri di tepi pintu kereta. Aku suka
melihat wanita tua itu terkocoh-kocoh dimarah dan diherdik, lucu sungguh pada
pandangan ku. Mungkin juga Mak Mah sering terasa hati dengan ku, ah
persentankan!
Aku melangkah menuju ke kerusi konkrit di tengah lama yang subur
menghijau dengan rumput karpet yang diimport dari negara luar. Pohon orkid yang
digantung di setiap penjuru pagar banglo mewah ini melambai-lambai ditiup angin
petang. Air kolam pula tenang tidak terusik dan sesekali dedaun kering pohon
cemara jatuh ke tengah laman. Aku palingkan sedikit ke kanan, kereta mama masih
belum kelihatan, papa pula sudah beberapa bulan ke luar negara dan Pak Deris
pula sedang bercuti mnegerjakan umrah. Hairan aku, tidakkah Pak Deris ingin
melancong ke nagara lain selain Mekah, saban tahun destinasi itu yang dipilih.
Macamlah
sudah habis tempat yang menarik dalam dunia ini selarku dalam hati.
“Hoi anak teruna Sharifah Azilah, termenung jauh ingat awek
malam tu ke?” aku palingkan wajah mencari arah datangnya suara itu. Hmmm....
ingatkan siapalah tadi, rupa-rupanya Shark!
“Kau ni termenung aje apasal? Tak sabar nak berpesta?” soal
Shark sambil menarik kerusi lantas duduk dihadapan menongkat dagu memandang ku.
“Pesta? Memanglah tak sabar beb!” aku smabut katanya dengan
tawa. Tak mungkin aku tinggalkan gaya hidup bebas dan sosial ini begitu sahaja.
Aku masih muda remaja, baru sahaja menginjak angka 24 tahun. Masih muda masih
hijau untuk merasai nikmat dunia yang fana ini.
“Hoh, aku lupa nak
inform kau! Next week kena bayar yuran graduation, kau nak pergi tak?” soalnya
tiba-tiba. Aku ketuk dagu dengan hujung jari telunjuk, berfikir sebentar.
“Aku rasa malaslah nak pergi konvo tu, boring kot duduk
terconggok berjam-jam! Nak ambil skrol tak sampai lima minit, menunggu yang
lama. Ah tak berkenan aku,” selarku pendek. Shark garu kepalanya tiba-tiba, aku
pandang dia dengan pandangan pelik.
“Kau tengok aku macam tu kenapa?” soalku sambil menyeluk
tangan ke dalam poket seluar. Tubuh ku sandarkan sedikit ke penyandar kerusi
konkrit itu.
“Aku nak bergambar, than nak upload dalam Fb.” Gumamnya ku
sambut tawa yang panjang. Sakit perut ku mendengar kata-kata yang sememangnya
tak pernah aku jangkakan. Setakat ingin bergambar, tidak berkovokesyen pun
tidak mengapa.
“Apasallah kau ni slow sangat? Kalau nak bergambar, pergi
kedai gambar than suruh diorang snap gambar untuk konvo. Bukan susah pun, kau
je yang buat susah!” dia angguk bagai setuju dengan cadangan ku.
“Hmm... betul jugakkan, apalah pendek sangat akal aku ni.” Kutuknya
pada diri sendiri.
“Weh, aku nak masuk mandi! Bersiap sedia, malam ni ada acara
menarik punya!” gumam ku langsung berdiri. Shark juga lakuakn hal yang sama!
“Okey, jumpa dekat tempat biasa.”
Katanya ku angguk sahaja lantas dia berlari anak menuju ke kereta yang diletak
di luar pagar. Aku hantar tubuh itu dengan pandangan mata, sekejap sahaja Shark
sudah hilang bersama kereta kesayangannya itu. Aku senyum langsung mengorak
langkah menuju ke dalam rumah. Ingin bersiap apa yang patut!
Keluar sahaja dari lif, aku segera menapak ke menuju ke lot
bernombor 19A, entah mengapa hati ku berdegup kencang ketika terlanggar bahu
seseorang. Tubuh bersalut gaun merah yang sedikit meleret ke lantai jatuh ke
dalam dakapanku. Aku angkat wajah mencari wajahnya, dia juga membalas pandangan
mata ku.
“Maaf tuan, saya tak sengaja!” gumamnya minta aku lepaskan
pelukan kejap itu. Aku yang tersedar segera melepaskan pelukan itu dari terus
melekat. Dia angguk sekali sebelum berlalu masuk ke dalam perut lif meninggalkan aku yang masih lagi
terpinga-pingan di hadapan pintu lif.
“Oit, kau buat apa duduk dekat sini sornag-sorang? Jomlah masuk,
dari tadi termenung, musykil pulak aku tengok kau macam ni!” tegur Adni menepuk
belakang ku sekali. Aku pusingkan wajah mencari wajah Adni, sudah merah sahaja
rona kulit itu. Apa tidaknya berapa botol sudah ditunggangnya sejak awal lagi. Beberapa gadis berpakaian seksi
turut tidak ketinggalan mewarnai acara malam itu. Aku sahaja yang sudah hilang
mood dengan semua ini, minda dan hati ku lebih tertumpu kepada figura gadis
bergaun merah, dengan senyuman dari kedua ulas bibir merah basah itu dan
sedikit pandangan redup yang di pamerkan tadi, aku bagai orang yang gila
bayang. Siapakah gadis itu sebenarnya? Aku yang pasti aku mahukan gadis itu
walau terpaksa lakukan apa cara sekalipun.
“Jomlah masuk Attar, kemuncak acara kita baru nak mula ni! Tak
bestlah kalau kau tak join,” rungut Adni lebih kepada memujuk. Hmmm... aku
masukkan tangan ke dalam poket lantas membuang pandang ke tengah ibu kota yang
berkelipan dengan lampu neon yang pelbagai. Dari balkoni yang terbuka luas mata
ku sempat menancap kelibat gadis tadi yang sedang berdiri sama seperti ku.
“Weh jomlah, acara nak mula ni.” Adni tarik tangan ku agar
segera beredar, namun mata ku masih lagi tidak berganjak memerhatikan susuk
tubuh yang bersalut gaun itu tanpa lepas.
“Okey game malam ni mudah sahaja, kita undi! Dalam box biru
ada nama lelaki dan box hijau ni nama perempuan. Setiap orang akan tentukan
pasangannya melalui pemilihan yang dibuat oleh Attar selaku penganjur parti
kita. Semua setuju?” soal Shark sambil mengunjuk kotak bewarna biru dan hijau. Dihadapan
Attar.
“Aku malaslah, kau je yang pilih. Aku nak relax sekejap,”
tutur ku lemah lantas bangkit menuju ke dapur mencari coke. Kondominium milik
Adni memang luas dan sering kali dijadikan port untuk berparti. Shark bungkam
namum segera diceriakan wajahnya pula dengan meminta Adni membuat pilihan
pasangan.
Sorakan demi sorakan kedengaran sebaik nama Adni dipasangkan
dengan Elmi, Shark paling kuat bersorak ketika namanya di pasangkan dengan
Shasha walaupun Shasha sedikit menolak namun pilihan yang dibuat adlaah
muktamad dan mereka bebas untuk membawa kemana sahaja pasangan masing-masing
sama ada bermalam di situ ataupun di hotel.
“Erin, bagi aku pil tu!”gumam ku sambil menunjuk ke arah pil
putih itu sekilas. Erin bangkit laju sahaja menyuakan ia kepada ku. Aku sambut
lantas memasukkan ke dalam mulut, tension dan berkecamuk ini mungkin akan
hilang sendiri jika aku mengambil pil putih ini. Sekurang-kurangnya dapat
menghilangkan beban perasaan yang ku tanggung!
Dalam sedar tidak sedar itu, aku terasa bagai ada sesuatu
membelit pinggang ku, namun pandangan mata ku seakan kabur tidak jelas. Erin pula
sedang tersenyum ke arah ku, pintu kondo yang sedikit terbuka ku pandang
kosong.
“You duduk sini sekejap, i nak tukar pakaian. Tunggu tau,”
gumamnya aku biar sepi. Aku masih lagi bersandar di sofa sambil melayan rasa
melayang-layang di minda. Ah bahagianya hidup aku dapat terbang ke langit!
Entah apa yang terjadi ku rasakan ada seseorang memapah ku
keluar dari ruang tamu kondo milik Adni, entah siapalaha agaknya namun aku
sendiri kurang pasti.
Bangun sahaja dari tidur pagi itu, aku lihat wajah gadis
bergaun merah semalam sedang tersenyum ke arah ku. Aku bingkas bangun langsung
berganjak sedikit ke kepala katil. Ku selak selimut yang tadi masih melekat, pakaian
ku juga sudah bertukar! Aku ketap gigi, terasa baran datang melanda pula
pagi-pagi seperti ini.
“Kau siapa?” soalku sepatah. Dia senyum langsung mendekati
tubuhku.
“Farhana,” gumamnya pendek!
maaf x edit... banyak tatabahasa error. enjoice :)
Comments
cepat2 sambung tau..
Smbng LG....