CINTA DIHUJUNG NODA 1
PROLOG
Air mata yang merembes ku kesat dengan hujung lengan, sungguh saat ini hati ku lemah untuk berdiri menghadap hari yang paling aku takuti, iaitu kehilangan insan yang amat ku sayangi. Wajah pucat itu ku tatap lama, tidak berseri namun dari wajah bening itu aku tahu kesakitan yang dialami cukup perit untuk ditanggung tubuh sekecil itu. ....................................................
CINTA DI HUJUNG NODA 1
Air mata yang merembes ku kesat dengan hujung lengan, sungguh saat ini hati ku lemah untuk berdiri menghadap hari yang paling aku takuti, iaitu kehilangan insan yang amat ku sayangi. Wajah pucat itu ku tatap lama, tidak berseri namun dari wajah bening itu aku tahu kesakitan yang dialami cukup perit untuk ditanggung tubuh sekecil itu. ....................................................
CINTA DI HUJUNG NODA 1
“Tuan, Puan Sri pesan yang dia tak balik minggu ni.
Jadi kalau ada apa-apa yang penting, Puan Sri suruh tuan contact terus.” Bicara
orang gaji rumah banglo milik kedua orang tua ku kedengaran kuat bergema, ruang
kosong tanpa perabot itu ke tatap lama sebelum pandangan ku kalihkan ke arah
wanita separuh abad yang sudah berkhidmat selama 27 tahun di rumah ku.
“Hmmm,” balas ku pendek lantas mengisyaratkan agar
orang gaji ku itu berlalu pergi. Dari ekor mata ku lihat susuk tubuh yang sudah
tidak menampakkan potongan itu berlalu ke ruang dapur.
Aku tumbuk
cermin yang melekat di dinding kuat, hati ku sakit benar mengenangkan kesibukan
kedua orang tua ku hingga tiada masa yang diluangkan buat aku sebagai anak
tunggal keluarga mewah ini. Yang mereka tahu hanya memberi dan memberi, mereka
tumpahkan aku dengan kemewahan tanpa kasih sayang. Mereka mengajar aku membeli
jiwa dengan wang ringgit hingga
aku sendiri tidak pernah kenal erti sahabat
yang sebenarnya.
“Weh malam ni rumah aku pukul tujuh, party!”
laungku dari jauh, kawan-kawan ku bersorak gembira ada yang bertepuk tangan dan
ada juga yang terkinja-kinja suka. Aku pandu kereta mewah pemberian mama
sempena ulang tahun kelahiranku yang ke 21, laju membelah lebuhraya yang
lengang. Kerja-kerja tutorial ku biarkan sepi tidak terusik, apa yang pasti aku
mahu berhibur dan berhibur!
Tiba sahaja di rumah nama orang gaji ku laung kuat,
terkocoh-kocoh tubuh tua itu datang mendapatkan aku. Aku tidak peduli, apa yang
aku mahu seharusnya dengan mudah aku perolehi. Walau bagaimana cara sekalipun!
“Mak Mah, bawak keluar semua ni letak dalam freezer!
Lagi satu, tolong sediakan semua yang aku mintak hari tu! Jangan nak kata lupa,”
aku berlalu masuk ke dalam rumah tanpa memandang wajah keruh milik Mak Mah. Memang
aku biasakan diriku dengan panggilan ‘aku’ buatnya. Ah, apa perlu aku jaga
hatinya, dia hanya orang gaji! Mak bapak ku yang bayar gajinya untuk hidup di
muka bumi ini. Tanpa rasa bersalah, aku tinggalkan orang tua itu untuk
mengangkat botol-botol arak sebanyak 15 botol itu untuk diangkat oleh Mak mah.
Aku menapak masuk ke dalam kamar, tubuh lesu ku
hamparkan ke atas tilam yang tebal entah berapa inci. Angin yang masuk melalui
pintu luncur ku biarkan sahaja, entah mengapa hati ku ingin sekali melihat
wajah Mak Mah yang sedang terdera itu. Aku ketawa, pasti wanita alim seperti
Mak Mah rasa berdosa ketika ini. Tanpa sedar aku menguntum senyum sinis, ya
memang aku kejam!
Botol-botol haram itu masih kemas dalam dakapan Mak
Mah, pernah suatu hari aku menolak tubuh tua itu hingga jatuh tersungkur hingga luka dahinya terhantuk ke bucu dinding kerana enggan menurut perintah
ku. Bahkan berani pula memberikan ceramah agama kepada aku yang sememangnya
buta mata hati ini.
“Mak Mah jangan nak mengajar aku, aku tak suka! Kalau aku
suruh, buat! Jangan nak bantah bagai!” tempelakku kuat dihadapan rakan-rakan ku
yang lain. Ada yang ketawa ada juga yang terdiam melihat amarah ku terhadap
wanita yang sudah lama benar tinggal dirumah ku itu, dari ekor mataku, aku
dapat melihat ada air mata yang bergenang. Aku buat tidak tahu, bahkan aku
biarkan sahaja dia mengangkat botol minuman keras masuk ke dalam rumah. Ya itu
memang air haram, tapi yang haram itu jadi minuman aku. Mak Mah peduli apa pada
aku, kubur masing-masing! Jaga kubur sendiri cukuplah sudah!
“Mak Mah, termenung dekat situ apasal? Bawak masuk
cepat, nanti tak sejuk! Tak kit!” gumam ku kuat dari balkoni rumah tiga tingkat
itu. Orang tua itu hanya mengangguk sahaja lantas mengorak langkah masuk ke
dalam rumah. Masih ada beberapa botol lagi yang terbiar di boot kereta
ku. Kadang kala rasa bersalah itu masih wujud di hati, namun sengaja ku usir
semua itu. Ah persetankan semuanya!
“Assalamualaikum,” satu suara kedengaran diluar pagar
rumah setinggi berapa meter itu. sengaja ku pilih pagar yang tinggi sama
seperti jiranku yang lain, lebih privacy dan tiada gangguan dari tukang sibuk
yang gemar menjaja kisah orang. Mujur juga aku dilahirkan di kota besar yang
sememangnya tidak mementingkan jiran tetangga. Walaupun sudah 21 tahun aku
menetap di kawasan elit ini, jiran sebelah rumahku sendiri tidak ku kenali.
Aku dengar Mak
Mah yang muncul dari dalam rumah menjawab salam. Tubuh rendang milik Mak Mah
terkedek-kedek mendapatkan tetamu diluar pagar.
“Waalaikumsalam, masuklah Nia! Maaf lama tunggu dekat
luar,” Ku lihat Mak Mah memeluk erat tubuh itu dalam dakapannya. Siapakah gerangan
gadis itu, aku tidak tahu kerana setahu ku Mak Mah sebatang kara di dunia ini,
hanya aku dan keluargaku tempat dia berteduh!
“Mak Mah, sihat? Lamanya Nia tak jumpa Mak Mah,” suara
itu menyapa orang gajiku perlahan. Wajah polos itu ku lihat dari jauh, hanya
alis dan matanya sahaja yang dapat ku lihat. Jari jemari yang runcing masih
sempat ditangkap mata bundarku,putih dan bersih. Jubah yang dipakai kelihatan
kemas bergosok, tiada kedut sana-sini.
Aku bingkas turun untuk melihat siapakah gerangan
tetamu ku itu yang aku sendiri ketahui itu adalah tetamu Mak Mah bukan tetamu
aku sebenarnya. Baru sahaja langkah kakiku meniti anak tangga terakhir, suara
gadis itu kedengaran sekali lagi meyapa pendengaranku. Aku langsung menuju ke
anjung rumah, wajah tua Mak Mah keruh disisi botol minuman keras yang masih
tidak terusik di boot keretaku, aku tolak sedikit tubuh tua itu ke tepi
mendapatkan gadis yang mungkin sebaya umurku telahku sendiri.
“Awak siapa? Apa masalahnya dengan arak ni?” sengaja
ku tekankan perkataan arak yang cukup dipandang keji oleh golongan seperti
gadis berpurdah dihadapan mataku saat ini. wajahku sengaja ku tayang dengan riak sombong dan bangga diri namun aku sendiri tidak tahu reaksi apakah
yang ditunjukkannya ketika itu, kerana hanya sepasang mata yang galak memandang
tepat wajahku. Aku terkedu, mata itu terlalu indah untuk ku tatap lantas ku
alihkan pandangan ke sisi.
“Assalamulaikum,” sapanya perlahan. Aku pandang sekali
lagi wajah itu, salam yang dihulur ku biarkan sepi.
“Assalamualaikum,” sekali lagi aku dengar suaranya. Lembut
dan menusuk hatiku yang sedang kosong!
“Nia, ermm… Mari masuk dulu,” Mak Mah di sisi kananku segera
mengajak gadis yang disapa Nia itu agar segera berlalu. Mungkin orang gajiku
itu gusar andai kata aku mengamuk dan mengapa-ngapakan pula tetamunya itu. Mak
Mah lebih kenal siapakah aku yang sebenarnya!
“Tuan, tak mengapa kalau tuan tidak sudi menjawab
salam yang saya hulurkan. Saya cuma ingin berjumpa Mak Mah buat beberapa hari
ni, saya harap tuan sudi izinkan saya menumpang di rumah tuan,” ucapnya masih
lembut bersabar dengan kekasaranku sebentar tadi.
“Dengan syarat kalau dah menumpang, buat cara
menumpang! Jangan terlebih sudah,” habis sahaja aku tuturkan kataku tadi,
segera langkah kaki ku diatur menuju ke tingkat atas membiarkan Mak Mah dan
gadis bernama Nia itu begitu sahaja.
Jam dipergelangan tangan ku tatap lama, baru sahaja
menginjak angka enam petang. Masih ada sejam lagi untuk parti yang ku anjurkan
akan berlangsung. Aku sudah merencanakan aktiviti terbaikkuntuk rakan-rakanku. Ya
sememangnya aku lelaki liar, yang gemar bertukar pasangan dan suka berparti
hingga ke lewat malam. Namun hari ini, aku sudah cukup bosan untuk mengunjungi
kelab malam yang sudah bertahun-tahun aku kunjungi semenjak dibangku sekolah
menengah lagi. Jadi tidak salah untuk aku berubah angin untuk berparti dirumah
sendiri, sedangkan papa dan mama juga tidak pernah melarang bahkan mengambil
tahu juga tidak pernah!
Aku capai tuala yang tersangkut di dalam almari,
bergegas masuk ke dalam bilik air menyegarkan badan yang lesu. Sesekali pancuran
air dari shower ku biarkan mengalir laju, wajah bepurdah Nia kembali
terlayar semula di mindaku. Ini kali pertama aku berhadapan seorang gadis
berpurdah, tidaklah terlalu menakutkan seperti yang diandaikan sesetengah
sahabatku sebelum ini.
Tersedar sahaja dari lamunan yang entah apa-apa itu,
aku bingkas menyudahkan mandiku lantas kembali menapak keluar mencari pakaian
yang tersusun kemas di dalam almari. Jeans dan t-shirt ku sarung kemas, rambut
yang sudah mulai panjang ku sisir rapi. Usai sahaja bersiap, aku melangkah
menuruni anak tangga memastikan persiapan parti ku tidak terganggu sebentar
lagi, tambahan pula dirumahku ada seorang ustazah baru yang sedang menumpang.
Melihat sahaja makanan yang terhidang di meja makan,
amarahku langsung menggila. Alas meja itu ku rentap kasar hingga terpelanting
semua lauk pauk yang sedang elok terhidang tadi.
“Siapa yang berani-berani letak makanan atas meja ni?”
jerkah ku kuat. Nia gadis berpurdah itu datang mendekati ku, mata bening itu
menyorot pandanganku.
“Saya,” sepatah tutur katanya ku dengar.
“Apasal kau pandai-pandai hah? Aku dah cakap,
menumpang buat cara menumpang!” sekali lagi amarahku kedengaran kuat bergema. Mak
Mah yang tergesa-gesa muncul dari biliknya ku pandang dengan pandangan tajam.
“Ma..ma.. Maaf tuan, dia tak tahu. Biar Mak Mah yang
kemas semua ni!” suara wanita tua itu tersekat-sekat. Takut pada amukan ku saat
itu.
“Tak payah, aku nak perempuan ni yang kemas!” tuturku
kasar seraya menyepak mangkuk plastik yang tadi berisi nasi putih hingga
terpelanting ke dinding. Laju sahaja aku tinggalkan mereka berdua di sana. Tubuhku
hempaskan kasar di sofa, ruang tamu yang lengkap dengan semua kemewahan itu ku
pandang lama, tiada ketenangan yang aku rasakan saat ini! Arghhhhh……! Mengingatkan
makanan di atas meja serta merta hatiku panas menggelegak. Aku benci melihat
semua itu kerana aku tidak pernah berpeluang untuk menikmatnya bersama ibu bapa
ku sendiri.
Muzik yang ku pasang kedengaran kuat, rakan-rakanku
masih lagi sedang terkinja-kinja melayani lagu yang ku pasang tadi. Botol-botol
minuman keras sudah bersepah di atas lantai, begitu juga minuman bertin hijau,
aku ketawa. Entah mengapa aku gembira ketika melihat rakan-rakanku juga
bergembira.
Sesekali aku
mencari wajah teman baikku Shark, batang tubuhnya tidak kelihatan sedari tadi. “Sya,
I nak ke dapur sekejap! You duduk dulu,” kataku perlahan menolak rangkulan
gadis itu. rimas pula aku rasakan dilayan sebegitu oleh Syasya. Dalam khayalan
yang masih bersisa aku bergerak menuju ke dapur membiarkan sahaja rakan-rakanku
yang lain sedang berpesta bergembira hingga ke langit!
Esak suara seseorag menarik langkah kaki ku agar terus
melangkah mendekati datangnya satu suara yang agak merintih. Aku dekatkan
telinga di dinding, ingin berpatah semula namun suara halus tangisan itu masih
lagi kedengaran.
Ku tolak pintu bilik di ruang dapur itu perlahan,
bilik Mak Mah disebelah bilik itu ku kerling sekilas tiada cahaya yang terbias
dari bawah pintu itu, sudah gelap pasti sudah tidur. Buat seketika aku tersedar
bahawasanya rumah ku ketika ini didiami oleh seorang tetamu berpurdah. Nia!
Mata ku yang layu kembali segar membulat namun kesan
pil putih yang ku ambil tadi masih belum mampu membuatkan aku berfikir dengan
waras.
Melihat sahaja tubuh Nia dihimpit rakus oleh Shark
menyebabkan darah muda ku mendidih. Entah mengapa kehendak untuk melindungi
gadis itu datang tanpa ku pinta. Siapakah gadis ini hingga aku sendiri jatuh
kasihan kepadanya. Pasu bunga itu ku capai perlahan, masih terhuyung haying langkah
ku namun sasaran ku tepat mengena kepala Shark. Sekuat hati ku hentak
kepalanya, sesaat kemudian ku lihat tubuh shark yang sedari tadi menindih tubuh
Nia jatuh terkulai. Aku juga perlahan-lahan rebah tidak sedarkan diri. Tentang
Nia, aku sendiri tidak tahu apa yang terjadi pada gadis itu.
Bangun sahaja dari tidur, mata ku menangkap siling yang berhias cantik. Ini bukan bilik
tidurku, segera aku tegakkan tubuh lantas mata ini menyorot pandangan ke arah gadis
yang masih setia dengan purdahnya.
“Nia!” namun suara itu hanya bergema di hati ku.
Nantikan sambungannya…..:)
Comments