CINTA DIHUJUNG NODA 2
“Kau buat apa dekat sini,” suara ku
kasar bergema di seluruh ruang bilik sederhana besar itu. Mak Mah yang tidak
kelihatan sedari tadi baru sahaja menapak masuk menghampiri tubuhku.
Takut-takut sahaja lagak wanita tua itu, aku peduli apa dengan mereka semua!
“Aku tanya, kau buat apa dalam bilik ni?” soal ku kuat. Dia masih senyap
tidak berkutik sedikit pun. Aku mulai baran tatkala pertanyaan ku dibiarkan
sepi. Tidak semena-mena mataku menancap beberapa biji bantal yang elok tersusun
di kepala katil lantas aku lempar tepat mengenai wajah yang terlindung
disebalik purdah bewarna krim cair.
“Maaf tuan, saya jaga tuan! Tuan tak sihat,” balasnya lembut setelah
mendapat habuan. ingatkan sudah bisu! Mak Mah turut angguk bersama satu senyuman
mesra buat ku. Aku paling wajahku, tidak berminat ingin manatap wajah-wajah itu
dengan lebih lama. Selimut yang tadi masih elok menutupi kakiku ku singkap
sedikit. Aku ingin bangun dan membersihkan diriku, sementelah hari sudah
menginjak tengahari. Baru sahaja aku ingin menggerakkan sedikit kakiku, tubuhku
terasa berat. Sekali lagi aku cuba namun hampa. Saat itu aku rasakan ada
sesuatu yang tidak kena pada diriku, aku pandang Mak Mah dan Nia dengan
pandangan tajam. Keduanya menundukkan pandangan tidak berani mengangkat wajah.
“Kenapa dengan kaki aku?” selimut itu ku tolak hingga melepasi
pergelangan kaki. Kedua betis kakik ku pandang lama. Tiada apa yang berbeza,
lantas sekali lagi aku cuba menggerakkan sedikit kaki itu namun sekali lagi aku
hampa. Berat bagaikan besi!
“Kenapa dengan kaki aku ni?” soalku kasar. Belum sempat Mak Mah menjawab
wajah mama dan papa terjengul di muka pintu. Sejak bila mama dan papa ku
pulang? bukankah mereka sentiasa sibuk 24 jam?
“Hai anak mama, bangun pun! Mama ingat Fiqri Attar ni dah tak nak
bangun,” suara mama ku kedengaran nyaring sahaja. Aku palingkan wajahku tidak
berminat ingin menatap wajah itu. Papa ku pula hanya menguntum senyum mendengar
kata-kata yang terluah dari bibir mama. Dari ekor mata aku lihat penampilan
mereka sama seperti dua bulan lepas sebelum bertolak ke England untuk urusan
perniagaan selebihnya aku sukar sekali untuk melihat keduanya berada di rumah.
“Attar dah bangun, lega sikit hati mama ni. Kalau tidak tak senang mama
dengan papa nak buat kerja!” mama ku sudah duduk di sisi bersebelahan aku yang
masih lagi memandang ke luar tingkap. Bahu ku dielus lembut bagaikan pernah
suatu masa dahulu dilakukan kepada ku.
“Sherry, kita dah lambat ni! Nanti terlepas flight,” gumam papa
perlahan. Bahu ku ditepuk perlahan lantas kad kredit diunjukkan ke hadapanku.
Aku biarkan sepi tidak bersambut lantas papa segera menyerahkan ia kepada Nia.
Aku hanya diam tidak berminat ingin tahu kelakuan keduanya, aku sudah tawar hati
bahkan sudah hilang rasa sayang buat keduanya!
“Nurse, tolong tengokkan Attar ya! Saya busy sikit, ada urusan dekat
luar. Apa-apa hal, terus contact saya dengan Puan Sri. Oh ya, pastikan Attar
buat terapi yang doctor sarankan. Semua urusan Attar saya serahkan pada nurse,”
gumam papa pada Nia. Aku kalih pandangan mencari wajah Nia, mama, papa dan Mak
Mah. Ada perhitungan yang ingin aku persoalkan.
“Apasal pulak nak hire nurse bagai untuk jaga Attar ni?” soal ku tidak
puas hati. Mama memeluk erat bahuku, namun ku tepis perlahan.
“Attar jangan macam ni, Attar tak sihat macam mana nak uruskan diri
sendiri?” soal mama menambahkan beban perasaanku saat itu. aku ketap gigi, apa
yang ingin mama sampaikan sebenarnya? Aku tidak tahu, perasaan cuak mulai
menerjah hatiku ketika ini.
“Attar sihat, apasal pulak tak boleh nak uruskan diri sendiri.” soalan
ku jawab dengan soalan.
“Attar jangan degil boleh tak, kaki tu dah lumpuh! Tak boleh jalan, so
dengar cakap mama ni! Mama ada kerja tak boleh nak jaga Attar 24 jam,”
bait-bait kata yang mama luahkan menyentap tangkai hatiku. Aku lumpuh? Tak
mungkin, tapi bagaimana aku boleh lumpuh?
“Apa yang mama merepek ni,” laju aku geleg kepala tidak percaya dengan
perkhabaran itu.
“Mama tak merepek Attar, anak mama tak sihat! Attar lumpuh sebab
terkena tembakan malam parti hari tu. Berapa hari anak mama ni masuk ICU, mujur
sekarang dah sihat. Attar, mama nak gerak ni. Kalau ada hal penting contact
mama ya,” mama sempat lagi mengucup dahiku lantas hilang bersama papa menuju ke
garaj kereta. Dari ekor mata aku melihat Mak Mah dan Nia turut berlalu
meninggalkan aku bersama seribu tanda tanya di benak. Bunyi enjin kereta
kedengaran perlahan-lahan meninggalkan perkarangan banglo mewah ini. Tahulah aku yang mama dan papa sudah bergerak
menuju ke airport tanpa sedikit pun perasaan untuk menenangkan rasa bingung ku
saat mendapat perkhabaran ini. Tegarnya mama dan papa membiarkan darah daging
ini menanggung derita sensara sendirian.
“Mak Mah, hoi Mak Mah! Kau pergi mana hah? Aku lapar tahu tak!” makian
dan jeritan sering kali bergema di ruang bilik ku ini. Aku rasa sepi dan sunyi
kala ini, rakan-rakan yang dahulunya bergelak ketawa tidak sekalipun datang
menjengah melawati aku bahkan untuk bertanya khabar di telefon juga tidak
pernah. Aku benar-benar dipinggirkan sahabat sendiri.
“Mak Mah solat, saya bawakan makanan untuk Tuan. Tuan makan kemudian
ambil ubat ni,” Nia menghampiri ku sambil meletakkan dulang berisi makanan
tengahari di atas meja berhampiran kepala katil.
Baru sahaja dia ingin menghulurkan kepada ku, ku tepis kasar hingga kuah
yang masih berasap tipis itu tumpah mengenai lenganya. Aku lihat mata itu
berkerut menahan panas dan pedih akibat melecur. Aku butakan mataku dan pekakan
telingaku, perlahan-lahan Nia bangun meninggalkan ku sendirian. Aku tersenyum
puas sekurang-kurangnya aku mahu dia merasa derita yang aku tanggung.
Dari apa yang Mak Mah ceritakan, aku terkena tembakan sewaktu memukul
Shark hingga pengsan dan tanpa aku sedari salah seorang rakan ku yang sudah
mabuk turut berada di dalam bilik Nia melepaskan tembakan tepat mengenai
tubuhku. Nah kini, saraf ku tidak lagi seperti dahulu hingga aku terlantar
lumpuh sebegini hanya kerana ingin menyelamatkan maruah seorang gadis bernama
Nia.
“Mak Mah, aku panggil kau buat pekak ya? Kau buat apa hah dekat bawah
tu?” soalku kasar. Jika dahulu aku hanya kasar kini aku sudah menggunakan
kata-kata kesat bagi melepaskan amarah ku. Namun Mak Mah masih sabar melayani
karenah ku yang sudah 10 tahun dijaganya.
“Maaf tuan, Mak Mah masakkan sup untuk tuan. Tadi Mak Mah balutkan luka
Nia, tangannya melecur teruk tuan,” jawab Mak Mah lambat-lambat. Takut benar
dia dengan aku. Mendengar nama Nia aku mulai rasa tidak sedap hati, sedangkan
tadi aku sudah tumpahkan kuah panas ke lengannya. Pasti dia tengah menahan
sakit, aku ketap bibir. Tiba-tiba perasaan bersalah menjengah hati!
“Panggilkan Nia sekarang,” arahku perlahan. ada anggukan kecil diwajah
Mak Mah sebelum ku lihat tubuh renek itu bergerak menuruni tangga yang
betul-betul bertentangan dengan pintu bilik yang sedang ku huni.
“Nia, tuan Attar panggil! Hati-hati, jangan buat dia naik angin ya Nia!
biasalah orang sakit memang macam tu,” Nia angguk sahaja. Dia memang tahu
perangai Attar yang panas baran namun masih tetap disabarkan juga kerana dia
benar-benar sudah terhutang budi terhadap lelaki itu hingga tanpa sedar Attar
juga terbabit sama.
“Aku mesti jaga Attar sampai dia sembuh, ini
janji aku walau macam mana buruk sekalipun layanan yang Attar beri nanti,” Nia
bertekad dalam hati. Tambahan pula Attar sudah tidak ada sesiapa lagi melainkan
dia dan Mak Mah. Rakan-rakan sudah lama pergi, ibu dan ayah juga sibuk
menguruskan perniagaan, saudara-mara tidak pula Nia dan Mak Mah kenali. Jadi
hanya dia dan Mak Mah sahaja tempat yang Attar ada untuk menumpang kasih dan
perhatian. Perlahan-lahan anak tangga didaki bersama dulang yang berisi makanan
buat Attar, Mak Mah yang suruh Nia hantarkan sekali lagi. Nia hanya menurut,
jika dilempar oleh Attar sekalipun, Nia tidak akan pernah serik! Itu janjinya!
“Lambatnya kau sampai, aku nak mandi ni!”
wajah Nia yang masih kekal dengan purdahnya datang menghampiri aku. Dulang yang
ditatangnya tadi diletakkan di atas meja, memang tidak pernah serik perempuan
ini aku mengomel sendiri. Kerusi roda yang terletak di sudut pintu luncur di
tolak menghampiri ku. Perlahan-lahan tubuhku dipapah untuk bangun dan duduk di
kerusi roda. Menyeringai wajah itu menahan berat badan ku, aku peduli apa!
“Kau nak intai aku mandi ke?” soalan itu sengaja aku lemparkan buat Nia
yang masih lagi pegun berdiri di muka pintu bilik air. Cepat-cepat daun pintu
ditarik dari luar, aku tekan punat di tombol tidak mahu sama sekali tubuhku
menjadi santapan mata Nia. Mana adil, aku hanya dapat tatap matanya dan dia
pula dapat lihat keseluruhan tubuh aku. Memang tidak adil!
Sedang aku berusaha menggapai shower gel, dan ubat gigi tidak
semena-mena botol itu jatuh ke lantai lalu terpelanting di sudut yang sukar
untuk aku gapai. Apa lagi nama Nia berkali-kali aku laung, tombol pintu aku
pulas dari luar dan kedengaran daun pintu ditolak perlahan. Nia sudah tegak
berdiri dihadapan mataku.
“Shower gel aku jatuh, tolong ambilkan,” saat ini ,memang sejujurnya aku
malu dilihat sedemikian oleh Nia. Aku tahu dia juga malu apatah lagi sedari
tadi melangkah masuk ke bilik mandi di mana aku juga turut berada di dalam
bilik yang sama.
“Ni tuan punya shower gel, saya nak letak kat mana?” soalnya pendek. Aku
garu kepala tidak tahu mahu letak dimana.
“Ha, letak atas tu!” gumamku saat mata terpandang akan bekas berbetuk
seperti gayung. Memang itu sebenarnya gayung, aku sahaja yang lupa.
Laju-laju Nia meletakkan shower gel itu lansung menapak keluar dari
bilik air. Aku lihat tergopoh gapah sahaja cara dia berjalan sama seperti tanah
sudah tidak cukup untuk dipijak.
Usai bermandi manda sekali lagi aku memanggil Nia, dia datang lantas
menolak kerusi roda ku keluar dari bilik air. Pakaianku sudah disediakan di
atas katil, tuala kecil bewarna putih di ambil dari penyangkut lantas kepalaku
yang masih lagi basah di balut bagi mengeringkan air yang masih bersisa di
rambut.
“Aku tak nak pakai baju tu, ambilkan aku shirt dengan jean! Aku
nak keluar hari ni, kau drive!” perintahku tanpa bertanya terlebih dahulu.
“Errr… Pak Deris ada dekat bawah tuan, nak saya suruh Pak Deris
hantarkan?” ucapnya perlahan tapi masih lembut menusuk ke pendengarannku
“Aku tak nak Pak Deris, aku nak kau yang drive!” keputusan sudah ku
buat, hendak atau tidak Nia perlu menurut tambahan pula dia sudah dilantik
menjadi jururawat peribadiku merangkap Personal Assiatant.
“Baiklah tuan,” dia mengalah juga. Aku tersenyum sinis, semua kehendak
aku perlu dipenuhi tidak kira apa sekalipun. Jika aku mahukan hitam, hitam
jugalah yang aku dapat, biar datang kelabu, biru atau kuning sekalipun semua
itu sudah tidak lagi bermakna buat aku!
“Errr… mana boxer aku? Kau nak suruh aku keluar tak pakai underwear?”
sergahku kuat. Terhinjut bahu Nia tatkala suaraku keluar tadi. Aku senyum dalam
hati, lucu melihat reaksi gadis polos dihadapan mataku ini. Laju sahaja dia
menapak mendapatkan boxer ku di dalam almari
pakaian. Selesai bersiap, Nia papah tubuhku menuruni tangga. Hampir 20 minit
masa yang aku ambil untuk tiba ke bawah, dahulu tidak sampai lima minit aku
sudah terguling bersenang lenang di sofa ruang tamu. Memang payah, aku sendiri
tidak pernah jangkakan namun hari ini baru aku sedar penderitaan OKU yang
mengalami nasib sama seperti aku. Susahnya untuk turun tangga!
“Mak Mah, aku nak keluar dengan Nia! Bagitahu Pak Deris sama, jaga rumah
ni elok-elok,” gumamku disambut anggukan kecil Mak Mah.
“Nia, yang kau tercegat dekat situ apahal? Ambik kunci kereta aku,
panaskan enjin!” tekanku kuat. Dia hanya menurut, bagus sungguh PA aku ni.
Pak Deris membantu aku hingga benar-benar duduk selesa di seat sebelah
pemandu, buat pertama kalinya Audi aku dipandu oleh seorang perempuan.
Arghhh….. tensionnya! Namun kerana ingin menghilangkan sedikit bosan ini,
terpaksa jugalah aku korbankan nilai-nilai sentimental yang dah lama aku simpan
untuk membenarkan hanya perempuan yang benar-benar isteri aku sahaja dapat
memandu kereta ini. Hari ini semuanya sudah berkubur, ehtah-entah tiada siapa
pun yang sudi mengahwini lelaki cacat seeperti aku.
“Kita nak ke mana ni tuan?” Nia tiba-tiba bertanya. Aku kalih pandangan
mencari wajahnya, macamlah aku boleh lihat raut wajah itu namun dalam hati
kecilku ingin juga melihat raut wajah sebenar Nia disebalik purdah yang setia
menutupi bahagian itu. Jangan-jangan Nia
mempunyai masalah kulit hingga malu dipandang orang. Jika tidak pun,
mungkin gadis itu mempunyai tanda lahir yang buruk!
“Aku nak ke pantai, bawak aku Port Dickson!” tuturku kuat. Nia hanya
mengangguk sahaja namun tiba-tiba dia bersuara. Bertaut keningku mendengar
soalannya.
“Saya tak tahu jalan, tuan tunjukkanlah!” pintanya. Aku mencebik dan
hanya senyap namun jari ku masih lagi mengisyaratkan jalan yang harus diambil
untuk ke Port Dickson.
Sampai sahaja ke Port Dickson, Nia mematikan enjin kereta. Pintu kereta
ku tolak membiarkan angin dari pantai menyapa wajahku. Benar aku sedikit tenang
di sini, hanya Nia sahaja yang tampak kekok berada berdua-dua dengan ku. Dalam
keadaan aku yang lumpuh ini mana mungkin untuk aku mengapa-apakan dia. Dan jika
benar, sudah ku biarkan sahaja tubuh Nia dijamah oleh Shark namun aku bukan
lelaki begitu yang tahu menganiaya insan lain. Sekeji-keji aku, aku tidak
sesekali melakukan seks tanpa nikah. Itu prinsip dan pegangan hidupku, kerana
aku benar-benar takut akan virus AIDS dan HIV.
Langit yang cerah sudah bertukar mendung dan tidak semena-mena hujan
turun selebat-lebatnya mencurah ke bumi beserta tiupan angin kencang. Enjin
kereta dihidupkan lantas Nia memandu masuk ke jalan besar, beberapa kereta
kelihatan berpatah balik. Nia masih lagi menruskan pemanduan hingga tiba di
sebuah jalan yang sudah dirintangi oleh beberapa pokok tumbang.
“Kita nak ke mana ni tuan?” soal Nia cemas! Sementelah hari sudah
menginjak malam, pokok-pokok yang masih tumbang belum lagi dialihkan. Aku sudah
kesejukan laju sahaja air cond kereta ku matikan Nia hanya beriak selamba,
mentang-mentang jubah dan tudung bulatnya yang labuh itu mampu menyerap haba,
tidak sedikit pun ku lihat gadis itu kesejukan hanya beberapa kali keluhan
kedengaran dari bibir itu.
“Kita check-in,” gumam ku pendek. Bulat mata itu ku lihat, aku tahu dia tidak
setuju. Kereta masih dipandu hingga melewati sebuah perkampungan nelayan. Entah
di mana aku sendiri tidak pasti, namun beberapa ketika kereta Audi kesayangan
ku itu sudah berhenti berhampiran
parking surau yang kelihatan lengang tiada jemaah.
“Aku bukan nak apa-apakan kau, lagipun lelaki cacat macam aku apalah
sangat yang aku boleh buat,” tutur kataku menyebabkan Nia sedikit tertunduk.
Rasa bersalah barangkali hingga menyebabkan aku berkecil hati ketika ini.
“Kalau kau tak nak, kita stay dalam kereta ni. Aku nak tidur sekejap,
sejuk!” dia hanya diam tidak bersuara menyebabkan aku sedikit gusar.
“Sekejap lagi masuk maghrib, saya nak turun solat!” pintanya lembut aku
hanya mengangguk sahaja.
“Kereta aku tak ada payung, so kau tunggu hujan reda sedikit barulah kau
boleh turun. Kalau sekarang kau turun mesti basah kuyup,” selarku perlahan
langsung mengalih pandangan ke luar tingkap. Kepala ku lentokkan ke sisi
cermin. Berat sahaja mata ku saat ini, entah bila aku sudah terlena.
Dalam sedar tidak sedar aku dengar tangisan seseorang, mata yang kuyu ku
pisat berkali-kali mencari arah tangisan seseorang.
“Cik, kami mintak maaf! Ni kawasan surau, apa pun alasan cik berdua kami
tidak boleh terima tambahan cik berdua-dua di rumah Allah. Ini boleh menimbulkan
syak wasangka! Seharusnya jika cik memakai purdah, biarlah akhlak yang cik
tunjukkan mencerminkan peribadi cik yang anggun berjubah dan berpurdah. Bukan
menyembunyikan keburukan melalui pakaian
cik ni,” tegur satu suara. Aku bingkas tercelik, siapakah yang memberi tazkirah
kepada Nia. Aku tundukkan sedikit wajah mengintai ke arah cermin tingkap di
sisi Nia. Sah sudah, satu lagi bala menimpa!
“Encik, apa hal ni? boleh saya tahu?” tegur ku ke arah beberapa lelaki
yang mungkin baru sahaja selesai menunaikan solat di surau itu.
“Encik, dekat sini rumah Allah. Kalau boleh tak elok berdua-dua dalam
kereta macam ni, menimbukan syak dan fitnah! Lagipun, cik berdua tiada ikatan,
jadi lebih baik kami serahkan cik pada jabatan agama!” gumam satu suara lagi.
Aku mulai panas hati, tiada apa pun yang berlaku antara aku dan Nia namun siapa
yang ingin percaya? Pada siapa untuk aku buktikan dan dengan apa yang aku boleh
buktikan bahawa aku tidak melakukan apa-apa yang terlarang bersama Nia.
Aku buntu, di sisi kereta kelihatan beberapa penduduk kampung sudah mengerumuni kenderaan ku.
“Encik, saya ni cacat! Saya tertidur, nak bangun pun saya tak mampu
apatah lagi nak buat perkara tak senonoh! Tak boleh ke encik consider sikit?”
soalku sakit hati. Wajah mereka ku tatap satu persatu dengan pandangan tajam.
“Ini bukan persoalannya encik, encik dah buat perkara tidak manis
dikampung kami. Jadi wajarlah encik bernikah sahaja!” aku tepuk dahiku kuat.
Mana mungkin aku terima semua ni dengan hati terbuka. Siapakah aku untuk Nia
terima sedangkan jelas dan terang aku lelaki cacat! Hanya masa sahaja yang
dapat tentukan kesihatan aku kembali seperti dahulu.
“Tak boleh encik, ni tak adil buat kami!” aku menolak dengan keras.
Namun aku tahu aku sudah tiada apa lagi dapat dilakukan tambahan pula sudah
banyak mata memerhatikan aku dan Nia. Ada juga yang mengkeji Nia tidak
berkahlak seperti mana penampilan alim yang dilihat oleh mereka.
Berwalikan hakim dan bersaksikan beberapa
orang penduduk kampung aku dinikahkan dengan Farhanatul Nadia Abdullah di surau
tersebut jika aku enggan sudah pasti kes ini akan dibawa ke mahkamah syariah
dan semakin galak aku ditertawakan oleh rakana-rakanku. Aku tidak mahu itu
semua terjadi! Sungguh sama sekali tidak aku duga perjalanan hidup aku semakin
berliku. Dan buat pertama kalinya aku mengetahui nama dan sedikit latar
belakang hidup Nia yang tidak seindah hidupku yang penuh warna warni.
“Nia, aku mintak maaf sebab tak dapat nak elak semua ni! kalau aku tahu
aku tak ajak kau datang sini, sure benda ni semua takkan jadi,” aku raup
wajahku perlahan. Nia masih lagi menagis, sedih tatkala menyedari dirinya
dinikahkan dalam keadaan aib sebegitu.
“Tolong rahsiakan dari sesiapa Nia, aku tahu
aku cacat! Aku pun tak nak seksa hidup kau dengan keadaan aku yang macam ni,
dah lah jangan menangis! Aku rungsing tahu tak,” tidak semena-mena aku memarahi
Nia yang sedari tadi menangis tidak henti.
“Maafkan saya tuan,” ucapnya pendek! Aku mulai rasa bersalah, bagaimana
untuk aku meneruskan hidup dalam kedaan cacat ini, untuk ke kuliyah dan untuk
menguruskan diri sendiri pun aku tidak mampu apatah lagi menjaga Nia.
Arghh….. serabutnya hidup aku! Memang hidup
aku malang sejak bertemu Nia!
Comments
fantstic st0ry ..!