CINTA DIHUJUNG NODA 5
“Yang kau ni bodoh sangat apasal? Hah padanlah muka, budget
cun bagai!” suara Shark kedengaran lantang memarahi Shasha yang tersedu sedan
akibat ditegur oleh pengawal keselamatan. Skirt paras peha itu punca dirinya di
kenakan tatatertib akibat tidak mematuhi sahsiah rupa diri ketika berpakaian.
Aku ketawa lucu, sudah saban kali perempuan ini terselamat dari pemerhatian
pengawal keselamatan namun kali ini dia kantoi juga akhirnya apabila dengan
berani melangkah penuh gaya menuju ke blok bersebelahan studio.
“Manalah aku tahu dia nak ikut aku,” gumam Shasha bersama
derai air mata. Fatimah mencebik mendengar rungutan Shasha yang sering kali
tidak mengendahkan teguran rakan-rakan bahkan memperlekehkan pula nasihat yang
diberi.
“Ni semua kau punya pasal,” jerit Shasha memukul bahu Shark.
“Eh, pasal apa pulak? Kau yang tergedik-gedik pakai skirt aku pulak yang salah!
Wacth up your mounth!” herdik Shark kasar. Aku buang pandang ke tengah tempat
meletak kenderaan yang semakin lengang, malas mahu mengambil tahu kedua karenah rakan sekelas ku itu. Kelibat pula Nia masih belum kelihatan.
Ketika aku melewati kelas yang dimaksudkan, kelibat Nia sama sekali tidak terlihat. Dalam diam hati yang sejuk ini kembali panas, jangan-jangan Nia
sengaja menipu aku. Bukan boleh percaya
sangat dengan perempuan zaman sekarang ni!
“Attar, kau tunggu siapa?” Fatimah datang menghampiriku,
duduknya dilabuhkan di tembok batu bercat putih.
“Aku tunggu member aku,” balasku ringkas. Dia angguk sedikit
kepalanya lantas tersenyum penuh makna. Hati sudahlah sakit, yang dia ni senyum-senyum ni apahal pulak. Aku masih tidak berpuas hati dengan kelewatan Nia mula mencari sesuatu untuk dijadikan tempat pelepas amarah.
“Eh, member ke awek?” soalnya tiba-tiba. Aku ketap bibir,
berfikir untuk memberi jawapan terbaik untuk gadis ini.
“Memberlah, entah mana agaknya dia ni? Dah setengah jam aku
tunggu, katanya kelas dia sampai lunch hour je,” aku ubah topik cuba lari dari
soalan yang diutarakan oleh Fatimah.
“Oh...” gadis itu memberi respon.
“Tapi aku tak nampak pun dia dekat department tu, semua
kelas dah kosong!” tambah Fatimah mengeluarkan buku nota sebesar tapak tangan
itu sambil menulis sesuatu di atasnya. Gadis ini memang ku akui salah seorang pelajar pintar yang sering mendapat anugerah dekan saban semester namun sikap kalutnya itu sering kali menyebabkan dia dipinggirkan dalam sebarang aktiviti outdoor yang dianjurkan oleh rakan kelas ku yang lain. Namun aku sendiri hairan, dia tidak sedikit pun berasa kesal bahkan gembira pula jika dirinya tidak di pelawa untuk turut serta. sekurang-kurangnya masa yang ada dimanfaatkan dengan belajar, dan belajar! Ah bosannya hidup budak perempuan ni!
“Hurmm... tu yang aku musykil sangat tu Fat, ke manalah
agaknya dia ek?” soalku pada diri sendiri. Fatimah senyum lagi, aku tahu pasti
ada sesuatu yang bermain difikirannya ketika ini.
"Macam mana kau boleh bermember dengan gadis berpurdah ya? Hairan aku," omelnya perlahan. Aku panggung wajah seketika melihat wajahnya, bulat macam tembikai!
"Macam mana kau boleh bermember dengan gadis berpurdah ya? Hairan aku," omelnya perlahan. Aku panggung wajah seketika melihat wajahnya, bulat macam tembikai!
“Ha, panjang umur member kau tu! Tengok sana tu,” tunjuk
Fatimah, jari telunjuknya diluruskan ke arah tempat meletak kenderaan. Dari
jauh Nia kelihatan menapak perlahan menghampiri ku. Tidak sabar rasanya ingin
ku sembur Nia habis-habisan! Penat sudah aku terconggok menunggu dia, boleh
pula dengan sopan santun dan lenggang lenggoknya dia melangkah mendekati aku tanpa rasa bersalah.
“Weh, aku balik dululah! Bye!” Fatimah bangkit dari duduknya
langsung bergerak meninggalkan aku. Aku hanya membalas dengan senyuman namun
usai sahaja Fatimah berpaling aku kelatkan wajahku seperti sedang menelan buah
putat. Pahit!
“Kau pergi mana tadi? Setengah jam aku tunggu!” masuk sahaja
ke dalam kereta, Nia terus ku sembur tanpa menunggu lebih lama lagi.. Dia palingkan wajah
memerhatikan aku saat ini, akibat marah yang membara aku kepalkan penumbuk
lantas ku tunjuk di hadapan matanya. Dia ketawa kecil, menambahkan sakit di hati
jantan ku waktu ini.
“Yang kau gelak kenapa?” soalku macam orang bodoh.
“Maaflah tuan, Nia ada kerja sikit tu yang lambat jemput
tuan!” tuturnya masih tenang memandu.
“Heh, tadi bukan kau kata kau ada kelas ke? Sekarang kata
ada kerja pulak! Mana satu yang betul ni?” soalku geram. Nia diam, aku pun diam
hanya suara dj radio sahaja yang kedengaran.
“Nia kerja, tapi partime student!” gumamnya bersama satu
nafas yang dihela perlahan. Aku garu kepala, kerja apalah pulak budak perempuan
ni buat! Jangan-jangan dia terlibat dalam sindikit ajaran sesat. Ah tak boleh
jadi ni, aku kena selamatkan akidah dia.
“Jangan nak kata yang kau kerja dengan satu gerakan yang
bercanggah dengan undang-undang agama dan negara!” selarku dalam nada tegas.
Dia ketawa kuat sambil sebelah tangannya menekup mulut yang sudah sememangnya terlindung
dari niqab.
“Jadi tuan ingat saya ni ahli persatuan yang dibawah
pengaruh ajaran sesat macam tu?” soalnya serius, aku ketap bibir seraya
membuang pandang ke tengah jalan raya yang tidak terlalu banyak kenderaan
ketika ini.
“Hurm...!” respon itu disambut dengan gelengan kecil.
“Ramai orang salah anggap bila tengok perempuan berpurdah!
Pengganaslah, kuat mencuri, bila kahwin mesti lahirkan anak berderet-deret,
sanggup bermadu dan macam-macam lagi versi lain yang Nia pernah dengar. Tapi
hakikatnya setiap orang berpurdah ada sebab dan alasan sendiri. Macam Nia....”
kata-katanya terhenti.
Kadangkala dia turut kesal apabila memasuki premis membeli belah sering kali di sedari beberapa lelaki akan memerhatikan tindak tanduknya dari jauh. Bukan dia tidak sedar akan semua itu, namun hanya segelintir pencuri yang menggunakan taktik menyembunyikan barang curi di dalam tudung labuh menyebabkan dia dan wanita lain yang berniqab turut terkena tempias.
Aku pula bagai tidak sabar ingin mengetahui alasan mengapa
wanita muda sepertinya sanggup berniqab dan menyembunyikan kecantikan luar
biasanya itu dari pandangan orang ramai. Hairan! Jika dilihat di facebook,
berderet-deret wanita atau gadis memuat naik gambar dengan pelbagai gaya dari
membulatkan mata dengan budget cun dan comel hinggakan berposing dengan memuncungkan bibir seperti itik. Pada mulanya memang ia kelihatan comel namun lama kelamaan perasaan meluat pula yang muncul. Apa maknanya entah bergambar sedemikian?
Tapi memang ku akui kaum sejenisku pula yang ramai menekan butang ‘like’ bagi menyokong usaha murni mereka bergambar sedemikian dan memuat naik lebih bayak lagi gaya dan possing yang serupa. Ah bosannnya! baik-balik posing dengan mata bulat dan muncung itik. aku teringin melihat gaya yang santai dan bersahaja, itu lebih manis dan cantik pada pandangan mataku.
Tapi memang ku akui kaum sejenisku pula yang ramai menekan butang ‘like’ bagi menyokong usaha murni mereka bergambar sedemikian dan memuat naik lebih bayak lagi gaya dan possing yang serupa. Ah bosannnya! baik-balik posing dengan mata bulat dan muncung itik. aku teringin melihat gaya yang santai dan bersahaja, itu lebih manis dan cantik pada pandangan mataku.
“Macam Nia apa?” soalku pendek. Dia geleng kepala namun aku
bagai tergam dari terus bertanya dengan lebih lanjut.
“Maaf tuan, Nia tak beritahu tuan perkara sebenar! Pagi-pagi
Nia uruskan company abah, than bila petang atau malam Nia masuk kelas. Nia
bukan study dalam UITM, acctually Nia ambil private college yang boleh macth
dengan jadual kerja Nia ni,” gumamnya menyebabkan darah merah menyerbu ke
wajahku. Berani-berani dia menipu aku hidup-hidup! Ah, sakitnya hati aku!
“Kau tipu aku apasal hah?” tempik ku kuat, terhinjut bahu
itu menahan kejut. Aku hempas beg sedari tadi di atas riba ke dashboard.
Kelajuan Audi diperlahankan sedikit lalu dalam beberapa saat sudah di berhentikan
di bahu jalan, aku yang panas baran ini bagai sudah separuh terbakar tatkala
mendapat tahu Nia berbohong padaku. Nia kutip beg yang sudah terdampar di
lantai tempat aku berpijak. Perlahan-lahan laptop Apple dikeluarkan dari beg
yang telah ku hempas tadi. Ada retak yang kelihatan menghiasi skrinnya. Aku
peduli apa, apalah sangat denga laptop jenama apple ini dengan rasa marah yang
teruk ku tanggung.
“Orang yang rugi adalah orang yang tidak tahu mengawal rasa
marahnya, bahkan sanggup pula mengikuti kata hati untuk merosakkan diri
sendiri,” tuturnya perlahan namun masih sempat ku dengar dengan jelas.
“Kau tak payah nak mengajar aku! Aku banyak duit, bila-bila
masa aku boleh beli yang lain!” tempelak ku sedikit kuat. Dia masih lagi sama
seperti tadi membelek laptop yang sudah calar balar. Butang Onn ditekan
beberapa kali namun masih tidak menunjukkan sebarang respon. Huh, memang laptop
itu sudah sampai masanya, ajal juga sudah datang menjemput!
“Bak sini laptop tu,” Apple bertukar tangan, belum sempat
Nia berbuat sesuatu aku lemparkan ia ke luar tingkap kereta. Gedebukk! Laptop itu
terdampar di atas jalan, aku pandang lama.
“Undur kereta ni cepat, aku nak laptop tu rosak! Kalau aku
tak nak maknanya tak ada sorang pun boleh kutip dan guna barang aku!” arahan ku
disambut anggukan kecil dari Nia. Beberapa kali kereta itu diundur dan
melanggari laptop yang baru sebulan ku beli. Berulang kali Nia berundur dan melanggari laptop itu sampai hancur berkecai!
Pada mulanya aku pandang dengan pandangan puas melihat laptop itu hancur berkecai. Namun setelah beberapa kali Nia mengulangi arahan ku itu sedikit sebanyak, perasaan kesal datang menghimpit. Beribu ringgit aku habiskan dalam sekelip mata untuk lepaskan rasa baran semat-mata. Rugi-rugi! ku hela nafas perlahan sambil Nia ku kerling sekilas, tiada reaksi!
Pada mulanya aku pandang dengan pandangan puas melihat laptop itu hancur berkecai. Namun setelah beberapa kali Nia mengulangi arahan ku itu sedikit sebanyak, perasaan kesal datang menghimpit. Beribu ringgit aku habiskan dalam sekelip mata untuk lepaskan rasa baran semat-mata. Rugi-rugi! ku hela nafas perlahan sambil Nia ku kerling sekilas, tiada reaksi!
“Dah jalan,” gumamku perlahan. Nia menurut lantas enjin
kereta dihidupkan semula sesaat kemudian kereta sudah berada di atas jalan raya menuju ke rumah. aku sandarkan kepala lantas memejamkan mata yang terasa berat, mengantuk sudah!
.....................
“Mak Mah, panggilkan Nia sekejap!” aku duduk melunjur di
atas katil sambil mengurut pinggang yang sakit. Ini semua Nia punya pasal yang sengaja
mendera aku yang kurang upaya ini. Elok-elok aku sihat terus boleh padam kalau
hari-hari begini.
Sampai sahaja ke garaj petang tadi, Nia tinggalkan aku sendirian di dalam kereta. Katanya nak ke tandas, tunggu punya tunggu dekat setengah jam juga barulah dia muncul semula dalam keadaan yang sudah siap berhias dengan pakaian kegemarannya, jubah!
Aku juga yang terconggok macam ulat gonggok kena sembur dengan racun serangga menunggu dia membawa ku keluar dari perut kereta. Sungguh mereka kejam pada aku yang tidak terdaya ini!
"Sekekap ya tuan, Mak Mah naik panggilkan Nia." ujar Mak Mah menjenguk sedikit ke dalam bilik tidur tamu di tingkat bawah.
Akibat tangan ku yang gatal ini, akhirnya terpaksa juga aku menghuni sebentar di bilik tamu. Nia sudah bermasam muka semuanya gara-gara aku terlepas laku hingga langsung tidak diendahkan aku walaupun ketika itu aku pamer wajah garang seperti singa! Mati-mati aku ingatkan dia akan datang semula membantu aku, rupa-rupanya percaturan aku silap bahkan sanggup pula dia terus-terusan menapak naik ke tingkat atas membiarkan aku terkulat-kulat seorang diri. Huh kejam!
Sampai sahaja ke garaj petang tadi, Nia tinggalkan aku sendirian di dalam kereta. Katanya nak ke tandas, tunggu punya tunggu dekat setengah jam juga barulah dia muncul semula dalam keadaan yang sudah siap berhias dengan pakaian kegemarannya, jubah!
Aku juga yang terconggok macam ulat gonggok kena sembur dengan racun serangga menunggu dia membawa ku keluar dari perut kereta. Sungguh mereka kejam pada aku yang tidak terdaya ini!
"Sekekap ya tuan, Mak Mah naik panggilkan Nia." ujar Mak Mah menjenguk sedikit ke dalam bilik tidur tamu di tingkat bawah.
Akibat tangan ku yang gatal ini, akhirnya terpaksa juga aku menghuni sebentar di bilik tamu. Nia sudah bermasam muka semuanya gara-gara aku terlepas laku hingga langsung tidak diendahkan aku walaupun ketika itu aku pamer wajah garang seperti singa! Mati-mati aku ingatkan dia akan datang semula membantu aku, rupa-rupanya percaturan aku silap bahkan sanggup pula dia terus-terusan menapak naik ke tingkat atas membiarkan aku terkulat-kulat seorang diri. Huh kejam!
“Ya Tuan Attar apa yang boleh saya bantu?” Nia berdiri di
muka pintu. Sambil berpeluk tubuh. Marah benar nampak gayanya, baru aku usik
sikit dah angin satu badan belum lagi aku usik lebih-lebih. Hah tengok sekarang
siapa yang panas baran? Aku mengomel dalam hati.
“Pinggang aku sakit ni, urutkan!” arah ku tegas. Dia yang
sedari tadi tidak berganjak dari muka pintu bergerak sedikit menghampiri ku
dalam langkah yang malas-malas. Aku ketap bibir, geram melihat reaksinya ketika
ini.
“Cepatlah sakit ni, dah nak putus rasanya!” tak habis-habis
aku membebel. Dia masih sama seperti tadi kali ini sudah duduk di birai katil.
“Kau marah aku lagi?” soalku pendek. Dia angguk kepala jujur
dengan diri sendiri. Aku diamkan diri, tidak sangka mahu bergurau akhirnya Nia
berkecil hati dan aku pula tergolek di atas lantai.
Ketika dia memapah aku masuk ke dalam rumah, Mak Mah dan Pak
Deris tidak kelihatan. Pasti mereka berehat selar ku dalam hati. Nia angkat
tubuhku lalu ku pautkan tangan di lehernya dekat dan rapat hingga aku terasa
ada nafas yang menyapa wajahku. Pandangan tajam Nia ku pandang kosong, ku
eratkan lagi pegangan di lehernya, perlahan-lahan Nia meminta aku menapak
sebagai satu terapi untuk menguatkan semula kaki ku. Aku menurut dalam
kesempatan yang ada, sempat lagi aku menarik purdah yang melindungi wajahnya. Terserlah
wajah bujur sireh yang sempurna dengan bibir merah merekah dan hidung yang
cantik terbentuk. Aku telan liur yang terasa berpasir, inikah Nia yang
sebenarnya jauh dan lebih cantik dari yang terlihat semasa di kolam renang
semalam. Dia tolak tubuhku hingga terlentang aku di lantai. Dada itu kelihatan
turun naik menahan amarah.
“Tuan tak sepatutnya buat saya begini, saya tak suka
diperlakukan oleh lelaki dengan sewenang-wenangnya tanpa kebenaran saya!” dia
berkata dalam suara lirih yang aku tahu hatinya sedang terluka. Salah ku juga
bermain dan bergurau dengan orang yang tak sepatutnya seperti Nia.
“Nia, aku mintak maaf
aku tak buat lagi.” Gumam ku perlahan dia hanya diam tidak membalas.
“Kau dengar tak? Aku tak pernah mintak maaf pada perempuan
sebelum ni, kalau kau buat tak dengar aku tarik balik apa yang aku cakap tadi!”
ugutku kuat. Dia angkat wajah lantas mencubit lenganku kuat.
“Tuan memang tak ikhlas nak mintak maafkan! Tak ikhlas kan?”
soalnya dua kali. Aku gosok lengan yang pedih, boleh tahan juga Nia ni.
“Habis tu? Kau nak suruh aku merayu bagai? Oh sorry, kalau
nak tunggu aku mintak maaf better tunggu hari raya!” omelku sambil mencebik.
“Eii... teruknya! Sepatutnya kalau dah buat salah perlu
mintak maaf bukan simpan untuk hari raya!” protesnya pula. Aku gigit bibir,
berfikir sebentar apa modal yang sesuai untuk aku membalas hujahnya itu.
“Habis tu kalau dah mintak maaf awal-awal, masa raya dah tak
ada point nak mintak maaf. So better simpan untuk stock raya,” aku ketawa sinis
dengan jawapan ku sendiri.
“Ikutlah tuan nak kata apa pun!” balasnya pendek. “Ha kat
mana sakitnya, sini urut urat yang degil mengada-ngada tu,” Nia kutuk urat ku pula. Aku pandang
wajahnya tajam dan dia diam tidak berkutik.
“Sini,” tunjukku sambil mengangkat penumbuk dihadapan
wajahnya.
“Lelaki yang pukul perempuan, lelaki dayus!” tuturnya sambil
memukul kaki ku dengan bantal kecil. Aku senyum sinis.
“Perempuan pukul lelaki nak panggil apa pulak? Perempuan dayus?”
selar ku melawan bicaranya.
“Mana ada perempuan dayus,
untuk perempuan panggil nusyuz!” Nia ketawa kecil entah betul entah
tidak apa yang dikatakannya ketika itu.
“Dah-dah cepat urutkan aku, sakit dah pinggang aku kau tolak
tadi,” rungutku sambil memicit-micit pinggang sebelah kanan dengan tangan.
“Baringlah cepat, kata nak urut!” dia tolak perlahan badan
ku agar berbaring.
“Jangan nak buat bukan-bukan, kalau tidak ada mayat yang
terapung dekat sungai Klang,” ugutnya lagi sambil aku pula menahan tawa. Lucu mendengar
ugutan tidak masuk akal Nia, ah layankan saja.
“Sinilah,” kataku menunjukkan rasa sengal yang sedari tadi
berdenyut-denyut. Dia alihkan jari jemarinya ke tempat yang ku tunjuk namun dek
kerana geli diurut sebegitu lantas aku pusingkan badan menghadap dirinya yang
sedang pelik memerhatikan aku.
"Kenapa?" soalnya sepatah! Aku pamer senyuman menggoda ingin mengusiknya sekali lagi.
“Aku nak kau urutkan sini,” jari telunjuk ku letakkan di dada.
“Gatal, miang.....” Dia pukul dada ku sekali lantas aku
tarik tangannya hingga tubuh itu hampir kepada ku. Jeritan kecil kedengaran
lantas tidak semena-mena daun pintu terkuak.
Mama..papa!!!
Mama..papa!!!
drop comment ye :)
Comments
>>k<<