CINTA DIHUJUNG NODA 3
Perkarangan
banglo tiga tingkat yang mama dan papa hadiahkan pada ku ini sunyi sepi, entah
mengapa kali ini suasana muram menyelubungi perasaanku. Cuaca pagi kelihatan
mendung sahaja, burung-burung yang biasa hinggap di pohon rhu bersebelahan
taman yang di selenggaran oleh Pak Deris juga tidak menampakkan diri seperti
biasa, kicaunya juga sudah hilang entah ke mana. Dari balkoni yang luas aku
perhatikan kolam renang yang membiru, tenang tidak beriak. Lalu ku alihkan pula pandangan ke tengah pancuran air terjun yang
dihiasi dengan kolam kecil dan beberapa ekor ikan emas di dalamnya yang sedang
berenang bebas. Aku hela nafas perlahan, sudah terlalu lama aku tidak menikmati
keadaan seperti ini, tenang dalam sepi!
Kolam
renang itu pernah menjadi saksi di mana cintaku pada Neesa pernah bersemi namun
sayang hanya kerana ego ku dia pergi jauh entah di mana. Kerusi dan meja
konkrit di tengah halaman yang dilatari rumput hijau itu juga pernah
menyaksikan buat pertama kalinya aku menangis kesedihan tatakala bapa kandungku
dan mama berpisah. Dan garaj yang menempatkan beberapa buah kereta mewah itu
pula pernah menjadikan aku anak derhaka kerana mengasari bapa kandungku
sendiri. Masih segar dalam ingatanku saat terakhir aku di sisinya, genggaman
erat tangan itu ku tepis kasar lantaran abah dihalau keluar dari rumahnya
sendiri
dan diakhir cerita baru ku sedari semuanya atas tindakan mama yang
sedang hangat mencintai lelaki yang kini bergelar bapa tiriku. Aku dimomokkan
dengan kisah buruk abah tanpa sedikit pun menilai kesahihan cerita yang
disampaikan! Kerana ketika itu aku masih terlalu mentah untuk menilai
kebenaran! Ya aku masih lagi mentah ketika itu!
“Mak Mah,
Attar ada?” satu suara kedengaran menyapa orang gajiku Mak Mah. Dari suara itu
aku sudah tahu itu milik Zemy, rakan sejak zaman sekolah hingga ke university.
“Oh, Zemy!
Ingatkan siapalah tadi, Attar ada dekat atas. Sekejap Mak Mah panggilkan!” Zemy hanya mengangguk lantas hilang ke ruang
tamu barangkali. Aku mengintai sedikit kelibat Zemy yang sedang menapak masuk
diiringi Mak Mah yang sudah siap menyiram pohan-pohon bunga di tengah laman. Beberapa
ketika aku dengar suara Mak Mah sedang memanggil namaku sambil mengetuk daun
pintu.
“Masuk!”
aku memberi arahan dalam nada perlahan tidak seperti biasa. Aku tiada mood
untuk mempamerkan sikap garangku saat ini, wajah Mak Mah terjengul di muka
pintu. Kali ini dia tidak termengah-mengah seperti biasa, nafasnya tidak juga
sempot sempot seperti selalu setelah aku izinkan dia menggunakan lif di ruang tengah
banglo tiga tingkat ini. Sebelum ini sengaja aku mendera Mak Mah dengan
memaksanya menaiki anak tangga setinggi
bangunan sekolah tiga tingkat. Tujuanku hanya satu, memastikan Mak Mah
bersenam setiap hari!
“Kenapa?”
soalku pendek sambil menyelak helaian majalah dengan hujung jari. Wajah Mak Mah
tidak ku pandang, kerana mata ini masih lagi melekat di dada majalah bertajuk
Solusi yang Nia tinggalkan di kamarku semalam.
“Tuan,
Encik Zemy datang nak lawat tuan!” tutur Mak Mah perlahan. Dia masih lagi berdiri
di muka pintu tanpa sedikit pun berganjak.
“Errmm….
Kejap lagi turun!” balasku sambil menjeling sekilas wajah itu.
“Ada
apa-apa tuan nak Mak Mah sediakan?” soalnya pula. Aku yang sudah hilang mood
untuk berkata-kata ini hanya mengisyaratkan agar segera Mak Mah pergi dari
kamarku. Laju sahaja langkah itu bergerak meninggalkan tempat di mana dia
berdiri tadi. Takut sangat andai aku mengamuk!
Kerusi roda
ku gerakkan perlahan-lahan menuju ke lif, punat tertera huruf G itu ku tekan
sekali. Beberapa saat pintu lif sudah terbuka dan tiba di tingkat bawah, lantas
Mak Mah yang sedang menunggu aku di hadapan lif segera mendapatkan aku lantas
kerusi roda itu ditolak menuju ke ruang tamu.
Zemy pantas
berdiri sambil melangkah menghampiri aku yang baru sahaja tiba di ruang tamu.
Tangan itu ku jabat lama, ada sayu mula bertandang apatah lagi ini satu-satunya
member yang datang melawat semenjak kejadian tempoh hari.
“Kau apa
khabar Attar?” soal Zemy kembali duduk di sofa. Aku hanya pamer senyuman tipis
sambil memcapai cawan berisi milo panas.
“Aku macam
yang kau tengok, bad! And loser,” titahku perlahan namun dalam menyengat hati.
Zemy tepuk bahuku perlahan bagai mengalirkan semangat untuk aku terus bertahan
dan bertabah hati lagaknya.
“Sabar la
Tar, ni dugaan hidup! Lagipun bukannya kau tak ada peluang nak sembuh macam
biasa. Cuma ambil masa sikit je lagi,” Zemy memujuk aku yang nyata sudah
berpatah arang.
“ Eh, aku
nak tanya! Macam mana boleh jadi sampai macam ni sekali,” habis sahaja ayat
yang dituturkan Zemy, aku menghela nafas perlahan. Zemy menepuk bahuku sekali lagi.
“Kalau kau
tak ready nak story dengan aku, better kau jangan cerita. Aku tak paksa,” mataku menyorot tubuh Zemy yang berkulit
hitam manis. Dia yang duduk bersandar menunduk sedikit ke arah meja kopi untuk mengambil cawan yang
berisi milo panas yang disediakan Mak Mah sebentar tadi.
“Malam tu
aku buat parti macam biasa, entahlah aku tak sedar sangat apa yang jadi
sebenarnya. Yang betul-betul melekat dalam kepala aku ni bila aku dengar suara
seorang perempuan menangis than aku pergi tengok. Tahu-tahu member clubbing aku
tu tengah nak bantai awek ni. Than aku ketuk kepala dia dengan pasu, lepas tu
dia dengan aku-aku sekali pitam! Siapa yang tembak tu aku tak tahu, semua orang
tak sedar. Tambah-tambah malam tu diorang mabuk teruk, aku pulak layan estacy
mana boleh fikir waras,” gumamku mula bercerita. Zemy mengangguk kepalanya
beberapa kali sambil mengetuk dagu dengan jari telunjuk.
“Apa yang
Mak Mah kata dia sendiri tak tahu siapa yang tembak, dia tengah tidur terjaga
sebab dengar bunyi tembakan. Bila dia datang check semua dah blah, tinggal
Shark dengan aku je yang pitam. Yang lain blah dengan stok-stok botol yang
belum bukak lagi. Sial,” aku mulai panas hati tatkala mendapat tahu mereka
membiarkan aku yang sudah ditembak macam tu sahaja bahkan sempat lagi mengebas
bebarapa botol hard drink yang aku letakkan di ruang tamu.
“Kau buat
kerja tu lagi ke Attar? Aku ingat kau dah berubah,” ada sinis dihujung
kata-kata Zemy. Aku mulai panas hati namun mengenangkan Zemy sahabat baik ku,
amarah itu mulai reda kembali.
“Biasalah
Zemy, orang muda macam aku bila lagi nak enjoy? Lagipun kitorang celebrate cuti
panjang, tak salahkan?” soalku mempertahankan tindakan. Zemy hanya menggeleng
sahaja, kesal benar dia dengan sikap ku yang satu ini.
“Memanglah
muda, tapi kau kena ingat masa muda ni lah kita kena jaga jangan sampai bila
tua semua tu dah tak ada makna pada kau,” kata-kata itu menyapa minda ku
seketika.
“Apa maksud
kau Zemy?” kepala yang tidak gatal ku garu sekali.
“Kau kena
cari sendirilah bro,” Zemy menumbuk bahuku perlahan. Ketawanya terhias di
bibir, kali ini Zemy kelihatan matang berbanding sebelum-sebelum ini yang sama
sekepala dengannya.
Dalam
rancak berbual, aku terlupa perihal akan Nia yang sejak awal pagi lagi tidak
kelihatan. Di mana gadis itu saat ini, masih tidurkah sedangkan hari sudah
meninggi.
“Weh bro,
termenung jauh nampak! Aku hairanlah, dalam sakit-sakit pun kau nampak berseri
macam pengantin baru! Ke kau dah nak kahwin ni?” soal Zemy tiba-tiba menyebabkan
aku tersedak kecil.
“Wooo…..
slow-slowlah minum!” tisu yang dihulur ku sambut laju. Pedih hidung dan tekakku
kerana tersedak tadi. Zemy pula tayang gigi yang tidak rata itu tepat ke
pandangan mataku.
“Kau ni
pandai-pandai je,” balasku pula setelah rasa pedih sedikit reda. Zemy tersengih
sahaja mendengar tindak balas Attar yang sebegitu.
“Aku balik
dululah weh, lewat dah ni! Aku ingat nak singgah ke workshop repair kereta!”
tuturnya lagi. Aku mengangguk sahaja, usai berjabat aku menghantar Zemy hingga
ke muka pintu.
*************
“Tuan, ni
ubat yang tuan kena ambil. Doctor suruh tuan makan ikut masa,” Nia menghampiri
tubuhku lantas duduk bersimpuh dihadapanku. Aku tatap wajah itu lama, namun
tiada yang dapat ku lihat melainkan sepasang mata yang dihiasi bulu mata
panjang seperti unta itu.
“Hmm…”
balasku sepatah. Dia masih lagi duduk bersimpuh seperti tadi, perlahan-lahan
kakiku dicapai lantas hujung seluar yang tersarung dilipat sedikit hingga ke
paras betis. Usai melipat hujung seluar sebelah kanan, jari jemari itu beralih
pula ke sebelah kiri, melakukan perkara yang sama. Aku pula hanya diam tidak
berkutik, tidak tahu tindakan apakah yang patut aku lakukan waktu ini.
“Tuan, saya
minta izin nak urutkan kaki tuan. Tadi doctor ada bekalkan ubat ni,” ucapnya
sambil memuncung sedikit ke arah botol putih yang sedang dipegang. Niqab yang
dipakai masih lagi dapat menyampaikan mimic muka itu kepada ku. Lihat sahaja
ketika dia halakan mata ke botol putih itu, bibir disebalik niqab itu juga
bergerak muncung ke arah objek yang sama. Aku hanya ,mengangguk dan beberapa
ketika botol putih itu dipicit. Cecair seperti losyen sudah mendarat ke
pergelangan kakiku. Terasa nyaman tatkala tangan lembut itu mengelus perlahan
kulit kakiku. Antara sedar dan tidak, Nia sudah selesai melakukan urutannya
walaupun aku rasakan bagai singkat namun hakikatnya sudah hampir setengah jam
kerja urut mengurut itu berlagsung.
Semalam Nia
kelihatan terlalu bersedih hingga sanggup membiarkan aku terkulat-kulat di seat
sebelah pemandu, mujur Pak Deris masih belum pulang. Jika tidak sudah pasti
bermalam dalam keretalah gayanya. Pagi ini Nia ke hospital mendapatkan bekalan
ubat dan pulang sahaja lewat pagi ini, kakinya pula diurut lembut. Attar tersenyum senang, entah mengapa dia rasa
selesa diperlakukan sebegitu oleh Nia.
“Nia, aku
nak mandi! Mandikan aku,” gumamku kuat. Dia tersentak, hampir terlepas jug kaca
yang sedang dipegang. Wajah itu tidak dapat aku tafsirkan reaksinya, namun dari
pandangan mata bulat itu nyata tidak setuju dengan permintaan gila ku ini.
“Aku nak
mandi ni, cepatlah! Panas!” aku kuatkan suara ku sekali lagi. Dalam hati aku
ketawa lucu, alasan panas memang tidak masuk akal langsung, suhu bilik tidurku
ini sejuk sahaja apatah lagi penghawa dingin masih lagi di suhu lapan belas
darjah Celsius.
Dari ekor
mata, tubuh Nia datang mendekati aku. Aku hanya beriak selamba sahaja tidak
mempamerkan sebarang reaksi. Langkahnya terhenti tepat dihadapanku, aku
panggung wajahku seketika sebelum menjatuhkan semula ke arah karpet tebal bewarna
hijau muda yang melatari seluruh ruang lantai bilik ini.
“Kenapa
pandang aku macam tu?” soalku pendek. Dia menggeleng perlahan namun masih diam.
Aku tahu ada sesuatu yang ingin diperkatakan saat itu.
“Kau nak
cakap apa?” soalku cuba membuka ruang untuk dia berterus terang. Dia masih lagi
senyap, aku angkat wajahku sekali lagi memerhatikan tubuh itu atas bawah
beberapa kali.
Berjubah
merah jambu, berniqab dan berstokin pula....lengannya juga bersarung walaupun
sudah mengenakan baju berlengan panjang. Tanpa sedar aku menganalisa penampilan
gadis yang sudah sah menjadi isteriku semalam.
“Ermm.. erm… saya nak solat sekejap.” Pintanya
gagap namun masih lembut di pendengaranku. Aku kerling jam dinding, baru sahaja
masuk pukul sepuluh setengah pagi. Sudah gila ke perempuan ni nak sembahyang
time-time begini? Dalam hati aku mengutuk tindakan Nia yang alim tidak
bertempat.
“Kau nak
sembahyang apa?” sinisku perlahan. Pandangan ku kalih ke luar tingkap. Dia
masih setia berdiri dihadapanku.
“Saya nak
buat solah Dhuha tuan,” ucapnya perlahan. Aku terdiam, selama ini belum pernah
aku mendengar perkataan Dhuha! Nia memang nak kena, menipu aku pula. Jangan
ingat aku cacat sampai mudah sekali memberi alasan bodoh untuk mengelak. Aku
hanya lumpuh bukannya gila!
“Aku nak
mandi, kalau aku cakap jangan pandai-pandai nak mengelak dan nak bangkang! Aku
tak suka!” keras suaraku mengejutkan Nia.
“Cepat, aku
panas!” selarku lagi. Laju-laju kerusi rodaku ditolak memasuki bilik air, kali
ini aku benar-benar mahu Nia sendiri mandikan aku. Dia isteri aku!
Tanpa sedar Attar mula menuntut tanggungjawab
dari gadis yang baru sehari menjadi isterinya. Berhati-hati Nia memandikan
Attar yang sedang duduk di kerusi rodanya. Walaupun hatinya sedikit sebal
dimarahi Attar hanya kerana mahu mengerjakan solat sunat dhuha ketika ini.
“Syampu,
aku tak biasa basah kepala tanpa syampu,” arahku lagi. botol syampu ku hulurkan
ke arah belakang, Nia hanya menyambut
dan menurut tidak berani membantah, apatah lagi mood Attar tidak baik semenjak
awal pagi lagi seperti yang dimaklumkan oleh Mak Mah.
Badan aku
ni tak payah bersabunlah?” soal ku lagi. Segera Nia mencapai botol shower gel yang
terletak agak tinggi tetapi tidak tercapai tangan itu. Nia menghentikan
perbuatannya sambil melilau mencari sesuatu yang boleh dijadikan alas untuk
dipijak. Akhirnya kerusi kecil bersebelahan kerusi roda Attar singgah
dipandangan matanya. Senyuman terukir indah namun tidak dapat dilihat oleh
sesiapa hatta Attar sekalipun.
Berhati-hati
Nia memijak anak tangga itu, kakinya dijingkitkan sedikit semakin hampir dan
terus hampir.
Bukkk!!!
Attar menyeringai menahan sakit dihempap tubuh Nia. Kedua-duanya saling
berpandangan, tangan Attar masih kejap memegang bahu Nia yang sedang elok
terduduk di peha Attar. Botol shower pula sudah jatuh ke lantai, masing-masing
kaku tidak berganjak!
“Ermm…
maafkan saya tuan! Saya tak sengaja,” setelah tersedar laju sahaja Nia bangkit
dari pehaku. Peha yang sengal dihempap Nia ku gosok perlahan. berat juga gadis
berniqab ini rupanya. Shower gel sudah dilumurkan ke tubuhku, perlahan-lahan
tangan lembut Nia meratai seluruh tubuhku dengan gel yang sudah berbuih. Terasa
ada getar yang mula bertandang namun ku tahankan naluri ini apatah lagi Nia
juga sedang menyembunyikan rasa malu dan getar yang hadir ketika ini. Salahku
juga kerana mengada-ngada! Ahhh…. Malunya!
Usai mandi
aku mengarahkan Nia keluar sebentar kerana aku ingin menukar pakaian basah yang
masih lagi tersarung ditubuh. Nia hanya menurut dan masih setia menunggu di
muka pintu. Aku isyaratkan agar daun pintu dirapatkan sedikit, tidak rela
tubuhku dimamah pandangan Nia yang membulat itu. Wanita juga punyai nafsu jika
melihat tubuh lelaki tidak berbaju, apatah lagi jika bahagian lain yang
terdedah! Oh tak boleh jadi ni, bahaya!
“Nia, aku
dah siap!” gumam ku seraya menggerakkan sedikit kerusi roda dengan tangan ku.
Waktu itu ku lihat Nia masih teragak-agak untuk mendapatkan aku yang sudah
selesai bertuala dan berbaju, aku kerutkan pandangan. Seketika dia sudah
menapak masuk untuk menolak kerusi roda ku keluar dari bilik air. Pakaian ku
yang sudah basah lencun dimasukkan ke dalam baldi. Mungkin sebentar lagi akan
dibawa turun untuk dicuci.
Sampai
sahaja di birai katil, Nia menghentikan tolakan kerusi rodaku. Dia bergerak
sedikit ke hadapan sambil mengelus kedua jari jemarinya perlahan.
“Tuan nak
pakai seluar apa hari ni?” tuturnya lemah lembut. Aku diam sekejap, berfikir
untuk membuat pilihan. Rambutku yang masih basah dilap dengan tuala kecil dan
usai mengelap dibalut pula menggunakan tuala yang sama. Cermin di sisi kanan ku
kerling sekilas, bagaikan wanita sahaja kepala ku berbalut sebegitu.
“Nak pakai jeans grey colour,” balasku tanpa nada. Nia menapak ke almari pakaian, agak
lama juga gadis itu mencari seluar yang ku maksudkan. Sesudah berjumpa, laju
sahaja tubuh itu menghampiriku.
“Erm…
ermm,” aku faham akan maksud gagap gadis itu.
“Aku nak
berdiri, bagi boxer tu pada aku!” Nia datang mendekati, boxer disarungkan ke
kedua-dua belah pergelangan kakiku lantas ditarik hingga ke paras lutut. Lalu
tubuhnya ditegakkan semula, aku menguatkan pegangan tangan dan bahunya ku paut
kuat untuk berdiri. Dia pula memeluk tubuhku untuk menyokong ku berdiri,
setelah agak selesa berdiri aku segera membongkokkan sedikit tubuhku lantas
sebelah tanganku menarik boxer yang tersarung di lutut tadi hingga ke tempat
asalnya.
Setelah
siap, Nia meletakkan semula tubuhku perlahan-lahan ke kerusi roda. Tuala yang
aku leraikan dikutip lantas disangkut ke hanger. Kemudian kembali semula
menyarungkan seluar jeans ke kaki ku pula. Kali ini aku hanya perlu mengangkat
sedikit punggungku untuk memudahkan kerja Nia. Zip dan kancing ku lakukan
sendiri. Hanya kakiku sahaja bukannya tangan ku yang lumpuh!
“Nia aku
nak makan, kau bawak aku turun bawah!” pinta ku perlahan.
Dia hanya menurut,
katilku telah dikemas rapi, aku juga sudah disiapkan persis anak kecil yang
mahu ke sekolah. Rambutku disisir rapi, gel juga dielus lembut ke rambut dan kuku
juga siap dipotong. Ternyata aku kini lebih terjaga dari sebelum ini.
Nia menolak kerusi roda ku perlahan memasuki
perut lif di ruang tengah banglo ini, aku perhatikan bilik-bilik kosong di
tingkat tiga, ada antaranya belum pernah ku jejaki. Hanya bilik dihujung sana
sahaja aku tempatkan bilik jamming dan di sebelah bilik itu pula ku letakkan
alat-alat senaman yang lebih kepada mini gymnasium.
Bilk-bilik
di tingkat dua pula, langsung tak pernah aku jejaki. Ada enam bilik semuanya
namun hingga ke hari ini tidak sekali pun pernah aku jejaki. Aku sendiri tidak
tahu untuk apakah bilik itu semua sementelah hanya aku seorang sahaja anak
mama. Maka tidak perlu sama sekali bilik yang berbelas-belas ini di dalam
sebuah rumah!
“Tuan, esok
saya nak ke kuliyah. Dah start semester baru, habis kelas saya jaga tuan macam
biasa,” gumam Nia perlahan takut-takut sahaja nada suaranya meminta kebenaran.
“Kau study
dekat mana?” soalku juga tanpa nada. Belum sempat dia menjawab. Pintu lif sudah
terbuka luas. Nia menolak kerusi rodaku keluar dari perut lif.
“Saya study
dekat Shah Alam tuan,” balasnya pendek.
“Aku
tahulah Shah Alam, tapi dekat Shah Alam tu bersepah university!” bidasku keras.
Nia telan liur tersentak barangkali. Aku toleh ke sisi menunggu jawapannya yang
masih lagi berdiri dibelakangku.
“UITM
tuan,” semakin pendek jawapannya.
“Baguslah,
esok aku pun dah start semester baru, kau drive bawak aku ke kelas. Ha, sebelum
aku lupa… apa nama fakulti kau?” soalku pula. Dia menolak semula kerusi roda ku
hingga ke ruang dapur. Sesekali memasuki ruang dapur yang sudah berbulan-bulan
tidak pernah aku jejaki terasa asing pula. Wet kitchen disebelah kanan nampak
sedikit serabut dan dry kitchen bersebelahnya pula lebih tersusun sedikit
kedudukan perabotnya.
“FSPU
tuan,” Nia bergerak ke hadapanku. Bagai ada sesuatu yang mahu diperkatakan. Aku
diam sahaja menunggu suara itu yang memulakan.
“Tuan
fakulti apa?” akhirnya aku senyum sebelah, bertanya juga Nia akhirnya. Ingatkan
ada jongkong emas dalam mulutnya sampai berat untuk berkata-kata.
“Aku pun
FSPU! Aku lapar ni, nak makan!” dia langsung mencapai sebiji pinggan lantas
meletakkan sandwich dan segelas jus orange di hadapanku. Dia masih setia menunggu hingga aku selesai
menjamah minum pagi, kemudian aku memintanya membawa aku ke kolam renang. Aku
ingin bersendirian sambil merehatkan minda seorang diri tanpa gangguan sesiapa
pun hatta Mak Mah mahupun Pak Deris.
Setelah Nia
hilang disebalik daun pintu, aku mendongakkan sedikit wajah memerhatikan dada
langit seketika lalu terus memejamkan mata. Cuaca masih sama seperti awal pagi
tadi, mendung dan sedikit berangin. Aku melayani perasaan bersendirian sambil
mendengar bunyi alam yang sedang berlagu. Ada kicau burung dan ada juga desir
angin yang semakin kuat beserta guruh yang kedengaran perlahan dan jauh.
Sedang leka
melayani perasaan, terasa ada titik air mula menitis ke wajah semakin lama
semakin banyak pula, mata yang terpejam ku buka sedikit. Nyata hujan sudah
turun dan sekelip mata sahaja lencun tubuhku disiram hujan lebat menggila, aku
masih diam menikmati rasa hujan yang sudah lama tidak menjamah wajah.
“Tuan, tuan buat apa hujan-hujan ni!” suara
Nia menjerit kuat. Aku paling wajah mencari wajahnya. Kelihatan dia yang baru
keluar dari rumah kelam kabut menyarung sandal lantas berlari anak mendapatkan
aku yang hanya dipisah oleh kolam renang. Dalam hujan lebat dan dalam pada
angin bertiup itu tanpa sengaja niqab yang dipakai terlayang sekilas menampakan
wajah yang selama ini tersembunyi. Terkedu dan terkaku aku saat itu. Benarkah
apa yang ku lihat?
“Tuan, tuan
buat apa dalam hujan ni? Bahaya nanti kena petir,” gumamnya kuat menyaingi
bunyi hujan yang turun lebat sambil menolak kerusi roda ku memasuki garaj
kereta. Dia dan aku sama sahaja sudah basah lencun, pertanyaan ku biarkan sepi
namun wajah yang berselindung dengan niqab yang sudah basah itu ku tatap lama
dan dalam! Masih jelas raut wajah Nia di minda ku. Cantik bagaikan bidadari!
“Tuan,”
tegurnya lagi.
“Ashhhummmm!”
sekali aku bersin.
(silalah
komen untuk entry ini ya :)
Comments