CINTA DIHUJUNG NODA 15
“Abah!” seru ku sekali bersama air mata yang bergenang di
mata. Sungguh ini keajaiban yang ku nanti selama ini. Wajah yang sudah berkedut
itu ku perhatikan lama, nyata garis-garis halus sudah menghiasi dahi dan
kelopak matanya. Aku telan liur sekali, memohon agar abah yang ku derhakai
suatu masa dahulu kenali dan maafkan aku anak mu yang hina ini.
“Abah, ni Attar! Ni Attar
abah, ingat lagi tak pada Attar?” ku sentuh bahu itu dan ku goncang perlahan
agar abah ingati siapa aku padanya. Nyata sekali lagi aku hampa, renungan dan
gelengan itu buat aku terduduk terkedu di lantai.
“Abah, ni Attar!” seru ku dalam suara sedikit serak menahan
sebak di dada. Abah yang sudah 8 tahun tinggalkan aku dan mama kini tidak
mengenali aku lagi. Nia hampiri tubuh ku lantas ditarik ke dalam dakapannya
meredakan sedikit sebak yang semakin menghimpit hati.
“Abah...” laungku saat tubuh itu mahu berlalu pergi. “Abah,
maafkan Attar! Maafkan Attar bah!” aku sudah tidak dapat menahan air mata dari
terus mengalir. Rasa bersalah ku ini sudah sampai ke tahap kemuncak hingga aku
tidak bahagian walaupun sudah dikelilingi harta melimpah ruah!
“Abah, beri peluang pada Attar, ampunkan dosa Attar pada
abah!” kakinya ku paut erat berharap langkah itu berhenti dan berpaling
manghadap aku yang sudah basah dengan air mata. Sungguh aku menyesal
memperlakukan hal itu kepada abah. Sejenak ingatan ku kembali terlayar pada
peristiwa yang menghukum hingga aku terdampar jauh dari sisi tuhan.
“Sakit bang, Sherry minta maaf. Janji tak buat lagi,” gumam
mama kuat memohon simpati abah yang sudah menggila memukul mama berulang kali.
Aku yang berselindung disebalik dinding pemisah ruang tamu
dan bahagian tengah itu hanya memerhati
tindakan abah yang jauh dari sifat sebenarnya!
“Tak buat, janji dah berpuluh janji tapi belakang aku kau
buat apa hah? Siapa Nazim tu?” jerkah abah hinggap di pendengaran ku.
“Rakan kongsi kita, abang yang cemburu buta!” bidas mama
sekali disambut tamparan kuat dari abah. Aku duduk masih lagi menjadi pemerhati
buat keduanya.
Ku akui hubungan mama dengan Nazim yang kini bapa tiri ku
cukup rapat bagai adik dan abang sahaja lagaknya namun bagi aku yang baru
berusia 16 tahun ketika itu tidak mengerti disebalik hubungan yang aku anggap
mesra seperti adik beradik itu terselit kekejian disebaliknya!
“Hei you sedar diri you sikit! You menumpang hidup mewah keluarga
I! Sedar diri you tu Fakhrudin, sedar diri you sikit!” mama juga turut sama
meninggikan suara.
“Sejauh mana kekayaan kau, tak sepatutnya kau belakangi aku
Sherry! Aku suami kau, hormati aku sebagai suami! Sedar perbuatan kau dah jauh
menyimpang! Sedar sikit kita ada anak!” tegas suara abah menyedarkan mama.
“Diam, you tak layak nasihatkan I! I jijik tengok you
berlagak alim sedang belakang I you kelek perempuan lain ke hulu ke hilir. I jijik!”
selar mama sudah bangkit sambil memandang abah yang sedang bersandar di
dinding.
“You salah faham Sherry, you salah faham!” ungkap abah
sedikit kendur. Aku masih lagi menjadi pendengar bicara kedua orang tua ku. Saban
hari pergaduhan mereka menggangu dan memberi tekanan pada aku. Aku rimas untuk
berlama-lama di rumah yang tiada ketenagan ini.
“You miskin, apa yang I nak you tak mampu nak berikan. Jujur
I selesa bersama Nazim yang sanggup beri apa sahaja yang I minta tanpa susah
payah! Dan untuk pengetahuan you, I tak minat nak teruskan hubungan ni. I nak
cerai, nak cerai!” bergema satu rumah dengan suara mama yang meminta cerai dari
abah. Aku terkesima, apa hubungan sebenar antara mama dengan uncle Nazim?
“Apa you cakap ni Sherry? You sedar tak kita ada anak, Attar
tu anak kita yang kita perlu jaga bersama!” laung abah sambil menggoncang tubuh
mama menyedarkan wanita itu.
Aku sudah tidak tertahan mendengar pergaduhan itu segera
berlari ke tingkat atas tidak sanggup mendengar perbalahan yang sudah tiada
hentinya itu.
“Beri Attar pada I kalau you betul-betul nak bercerai! Itu syaratnya
Sherry,” suara abah singgah menyapa aku yang masih bersandar di luar bilik.
“Jangan harap! Dia anak aku, aku yang mengandungkan dia,
jangan harap sikit pun kau akan dapat dia! Aku tak benarkan dan aku tak
izinkan!” bentak mama segera masuk ke kamarnya. Aku perhatikan dari tingkat
tiga banglo mewah itu, pakaian abah sudah siap diletakkan di dalam beg dan
dihempas ke lantai.
“Berambus Fakhrudin! Berambus, jangan kau tunjuk muka kau
dekat sini lagi!”jerkah Mama berpeluk tubuh. Aku turun untuk melihat apa yang
terjadi seterusnya.
“Biadab kau Sherry, aku suami kau! Jangan derhaka pada aku
Sherry selagi kau isteri aku, hormati aku!” abah lempang mama sekali lagi. Aku terkedu
melihat darah merah mengalir dicelah rongga hidung mama. Abah juga terentak dan
terus terdiam, hanya esakan mama memenuhi seluruh ruang itu. Aku hampiri mama
lantas ku peluk tubuh itu, kasihan ku jatuh pada mama. Pandangan tajam ku
hadiahkan pada abah yang masih kaku memerhatikan aku dan mama. Telefon bimbit
ku gapai lantas pejabat polis ku hubungi. Aku tak sanggup melihat kekasaran
yang abah lakukan pada mama yang tidak bersalah ini. Aku yakin mama tidak
bersalah, hanya abah yang cemburu buta salah dalam menilai persahabatan mama
dan uncle Nazim!
“Sekarang abah keluar dari rumah ni, tolong jangan ganggu
mama Attar lagi! Berambus,” tubuh itu ku tolak kasar ke luar pintu pagar. Beg berisi
pakaian abah turut ku lempar ke tengah jalan, wajah abah mendung mungkin rasa
bersalah dan mungkin juga kecewa terpaksa meninggalkan kehidupan mewah ini
sedang abah bukanlah siapa-siapa pada pandangan aku dan mama. Hanya harta
kekayaan datuk dan nenek membawa abah ke mari, ke rumah mewah ini!
“Keluar dari sini, jangan ganggu mama mahupun Attar!” ucapku
lantas pintu pagar ku lepas kasar hingga pagar besi itu bergesel kuat. Darah muda
ku benar-benar terbakar melihat mama dicederakan oleh abah yang ku sangka
selama ini lelaki yang benar-benar penyayang!
Menginjak dewasa aku mulai matang dan kembali tersedar
setiap apa yang berlaku dahulu adalah salah faham hingga menjadikan aku anak
derhaka membernarkan yang batil sedang yang sepatutnya dan yang selayaknya aku tolak dan aku buang
jauh dari hati. Ya Allah aku benar-benar bersalah pada abah, ingin ku pohon
maaf darinya namun bagaimana hilangnya abah sudah bertahun ku jejak namun hari
ini keajaiban sudah terbentang dihadapan mata.
“Abah, maafkan Attar!” ungkapku dalam nada serak. Aku menunduk,
jika sekalipun abah tidak memaafkan aku redha sekurang-kurangnya aku sudah
memohon maaf itu dihadapannya.
“Attar,” abah sebut nama ku sekali. Tubuhku ditarik ke dalam
dakapannya dan kini aku kembali kepada abah yang sudah jauh pergi tinggalkan
aku tanpa bimbingan.
“Maafkan Attar bah, Attar salah pada abah! Maafkan Attar,”
esak ku tidak tertahan lagi.
“Abah dah lama maafkan Attar, Attar tak salah. Yang salah
abah, abah yang tak bimbing keluarga dengan baik! Semuanya salah abah!” suara
itu suara yang amat kurindui menemani ku melakukan aktiviti memancing dan
menemaninya bermain golf.
“Maafkan Attar bah,” ucap ku sekali lagi dan abah mengangguk
sambil tersenyum. Aku leraikan pelukan itu lantas mencari Nia untuk ku kongsi
berita gembira ini bersamanya.
“Nia, ni abah aku!” ucap ku menarik tangannya berhadapan
dengan abah. Nyata Nia dan abah sedikit terkesima, dunia ini sungguh kecil
sekali.
Nia menadah tangan bersyukur dengan kebetulan yang indah
selama ini dia benar-benar menjaga kebajikan lelaki tua yang tidak punyai
siapa-siapa di dunia ini sama sepertinya, namun dalam kebaikan yang ditaburkan
itu semuanya sudah tersurat lelaki itu bapa kepada suaminya! YA Allah indahnya
perancangan Allah buat hambanya!
“Nia ni isteri Attar!” aku beritahu abah dengan perasaan
teruja dan abah mengangguk sambil menguntum senyum.
“Alhamdulillah, pandai Attar pilih isteri!” puji abah
sepintas. “Mujur dah jadi isteri orang, kalau tidak pakcik yang buat Nia jadi
isteri pakcik!” Nia menjerit kecil mendengar gurauan abah dan aku juga pamer
muka kelat dengan gurauan abah tidak lama kemudian aku tersenyum, tidak perlu
rasanya mengambil hati pada kata-kata abah yang sedari dahulu ku kenali cukup
bersahaja.
Memang ku akui abah
seorang yang gemar bergurau dan mudah disenangi berbanding aku yang lebih
menurut sifat mama yang agak baran dan mudah panas hati tidak seperti abah yang
terduga entah berapa kali namun masih lagi mampu bersabar melayani karenah mama
hingga tahap sabarnya runtuh, maka runtuh jua mahligai mama dan abah hingga
mengheret aku ke lembah hina bertahun lamanya!
“Abah nak solat, dah zohor ni! Mari berjemaah dengan abah,”
gumam abah ku biarkan sepi hanya pandangan simpati ku tunjuk kepada Nia agar
membantu aku lari dari masalah ini. Namun Nia mengangguk perlahan
mengisyaratkan aku agar bersama abah melakukan solat berjemaah bersamanya.
“Attar tak tahu solat,” gumam ku perlahan dari di dengari
jemaah yang lain. Surau di tingkat atas bangunan Plaza Alam Sentral ku kunjungi
buat pertama kalinya. senagaja abah membawa aku jauh ke atas itu sedang SACC Mall juga punyai suraunya sendiri.
Abah sedikit terkejut mendengar kenyataan ku, malu usah
dikata. Sungguh aku benar-benar sudah terlupa gerak yang sepatutnya dilakukan
dalam solat. Bacaan Al-Fatihan yang wajib juga terkial-kial untuk ku baca
inikan pula surah-surah yang lain.
“Astgfirullahalazim, semua ni salah abah! Attar ikut abah,
tentang bacaan abah akan ajar kemudian.” Aku angguk sekali lantas aku menukar
short pant yang diapakai tadi kepada sehelai kain yang dihulurkan oleh abah
dari beg galasnya itu. Bilik wuduk ku jejaki setelah bertahun lamanya aku
tinggalkan.
Syahdu menerpa ke dalam hati saat air wuduk menyentuh wajah,
aku turuti segala perlakuan abah memanggil kembali memori yang sudah jauh
pergi.
Usai bersolat, abah mengajak ku ke suatu tempat. Membuka ruang
dan peluang pada ku menceritakan semula keadaan yang terjadi selepas
pemergiaanya. Persekitaan restaurant elit itu sedikit lengang apatah lagi jam
sudah menginjak angka dua petang dan kebiasanya waktu begini pengunjung sudah
berkurangan sementelah lunch hour juga sudah tamat!
“Attar, abah benar-benar tak sangka sejauh ini Attar
tersasar.” Aku tunduk menekur lantai tidak berani berhadapan pandangan bening
abah yang tampak sedikit pucat.
“Mana perginya anak abah yang pernah jadi tahfiz sekolah? Mana
perginya imam yang selalu menjadi jemaah kita dirumah dan mana perginya anak
abah yang dulu?” soalan abah menjerut tangkai hatiku. Aku terdiam tidak tahu jawapan
apakan sewajarnya aku nyatakan pada abah.
“Attar kenapa sampai jadi begini?” pertanyaan abah ku
biarkan sepi. “Attar sejauh mana kita pergi, setinggi mana kita terbang....
kita masih ada tuhan untuk diingati. Bertaubat Attar dan kembali semula kepada
diri anak abah yang sebenar. Jika abah dah tiada, Attar yang sepatutnya bela
mama bukan terus hanyut bersama mama. Ingat tu Attar,” nasihat abah ku angguk
sahaja.
“Attar buntu, hujung bulan ni Attar kena bersanding!” gumam
ku berkongsi rasa.
“Baguslah, abah setuju sangat Attar dengan Nia.” Ucap abah tersenyum
lega kerana aku memilih Nia.
“Bukan Nia, tapi Neesa dia dah mengandung!” abah tersedak
mendengar perkataan mengandung yang ku tekan sedikit kuat.
“Attar buntingkan anak dara orang?” abah pandang wajah ku
tajam, aku geleng sahaja tiada kekuatan menafikan dengan kata-kata.
“Pilihan mama, Attar terpaksa kalau tidak mama susah!” adu
ku sedikit tersepit antara kehendak mama dan kehendak hati.
“Apa yang jadi sebenarnya Attar, kenapa mama buat keputusan
untuk Attar? Abah nak jumpa mama, bawa abah jumpa mama. Biar abah selesaikan
dengan mama,” aku tak mungkin temukan abah dan mama buat masa terdekat ini.
“Abah, mama bukan sama seperti dulu lagi! Mama Attar dah
berubah, jauh berubah,” gumam ku lalu menyedut minuman yang masih berbaki.
“Hai Attar, you ni dekat sini rupanya! Ingat ke manalah
tadi, puas I cari!” gerutu Neesa kedengaran mengada-ngada. Abah pandang Neesa
sekilas sebelum kembali menancap gelas minumannya tadi.
“I dah pilih baju sanding untuk kita, warna purple okey tak?”
soal Neesa sudah ambil tempat duduk disebelah ku. Tangannya mengelus-ngelus
jari jemari ku di atas meja.
“Kenapa tak pilih warna hitam?” aku tarik tangan ku dari
diramas sebegitu oleh Neesa.
“I nak bersanding, bukan nak berkabung!” jerit Neesa sedikit
kuat hingga menarik perhatian beberapa pengunjung yang lain. Abah pula masih
beriak selamba! Memerhatikan menantunya yang jatuh ke kedudukan nombor dua ini..
“You ni langsung tak mahu berkompromi dengan I kenapa? You jaga-jaga,
kalau I beritahu pasal Nia pada mama you. Nahas hidup you, Nia pun sama! Jangan
ingat mama you nak biarkan I disakiti, I ada kepentingan untuk company mama you!”
ugut Neesa ketawa mengejek.
“Whateverlah Neesa, jangan ingat I takut pada ugutan you! See,
he is my father! Aku ada bapak lagi tahu
tak!” gumam ku sedikit bangga.
“What???” bergema suara Neesa sekali lagi. Dan buat kedua
kalinya aku abah dan Neesa menjadi perhatian mereka yang turut berada di situ. Malu-malu!
“Habis Dato Nazim tu siapa?” soal Neesa sedikit terkejut.
“Dato Nazim tu bapak tiri aku, yang ni Tan Sri Fakhrudin
bapak kandung aku! Heh,” aku ejeknya puas hati. Abah hanya tersenyum melihat
wajah terkejut Neesa dan aku yang dilihatnya persis kanak-kanak yang bangga
memperkenalkan bapa sendiri dihadapan kawan-kawan.
“I tak tahu
pun,” gumam Neesa sedikit kendur dan rasa malu pasti menebal dihatinya tatkala
kegedikan itu dipamerkan dihadapan bapa mertuanya iaitu abah aku. Hah ambik nak
sangat gedik! Selar ku dalam hati.
“Neesa,
boleh abah tanya sikit.” Aku terkedu mendengar abah bahasakan dirinya ‘abah’
dihadapan Neesa.
“Betul ke
Neesa mengandung,” pertanyaan abah membuatkan Neesa tersipu-sipu malu. Hendak sahaja
ke hempuk perempuan tidak sedar diri ini. Bangga sungguh dengan kandungannya!
“Hermm…
betul abah!” hampir sahaja aku termuntah!
“Anak
siapa?” lagi abah bertanya. Aku harap kali ini Neesa jujur pada aku mahupun
abah.
“Anak
Attar!” aku simbah wajahnya dengan air minuman yang masih bersisa. Kurang ajar
punya perempuan, tak habis-habis aku difitnahnya!
“Kau cakap
apa ni Neesa? Berapa kali kau nak mention dalam perut tu anak aku sedang aku
tak pernah sentuh kau sikit pun!” suara ku keras. Lantaklah pada mata yang
memandang, aku sudah tidak tertahan lagi dengan perempuan yang datang dari
planet yang entah mana terletaknya.Tak faham bahasa melayu!
“Shhhh…. Attar behave yourself.” Abah menyedarkan aku seketika. Dengan perempuan ini aku tak boleh berbuat baik, dia tak faham bahasa dan dia juga keras hati dan tak tahu malu!
“Neesa,
cakap betul-betul kandungan siapa dalam perut tu?” abah cuba berdiplomasi
dengan Neesa. Aku tidak sabar menunggu dan akhirnya Neesa bersuara.
“Anak
Attar,” spontan tanganku melekat ke pipinya. Merah dan pedih tapak tangan ku
rasakan tiba-tiba. Dan abah juga tidak mampu menyekat baran anak tunggalnya ini.
p/s: drop komen untuk jalan cerita yg anda mahukan. tq
selepas ini nantikan entry (tan sri Fakhrudin vs Datuk Sherry aka Syarifah Azilah yg dah guna pangkat datuk)
than jangan lupa ikuti kisah Neesa vs Nia
dan bagaimana persandingan mereka. jadi atau tidak?
apa yg terjadi pada datuk Sherry hingga Nia kembali ke rumah itu. dan bagaiman Neesa dan kandungannya! siapa dalang disebalik perbuatan Neesa. nantikan entry tersebut~ feel free to drop komen anda. semakin banyk komen "membina" semakin semangat nak masukkan entry. ayuh anda semua!
selepas ini nantikan entry (tan sri Fakhrudin vs Datuk Sherry aka Syarifah Azilah yg dah guna pangkat datuk)
than jangan lupa ikuti kisah Neesa vs Nia
dan bagaimana persandingan mereka. jadi atau tidak?
apa yg terjadi pada datuk Sherry hingga Nia kembali ke rumah itu. dan bagaiman Neesa dan kandungannya! siapa dalang disebalik perbuatan Neesa. nantikan entry tersebut~ feel free to drop komen anda. semakin banyk komen "membina" semakin semangat nak masukkan entry. ayuh anda semua!
Comments
nak bermegah dengan kandungan yang di bawanya....
ayah attar ada tan sri eh....
knp la attar buat ayah dia cam 2...
dah terang2 yang mak dia main kayu 3..
mmg patut pun mak attar di ceraikan kan...
apa pun nak nia ngan attar...
neesa 2 patut di ceraikan....
lagipun neesa x patut di beri peluang ke 2...
Padan muka neesa tu kena lempang...
Good2...
Smbng lg....
pastu bleh la dia duk dgan ayh dia,,
p'sandingan tu plak,biar batal je,,,
bru padan dgn muka Neesa & mama Attar,,,