CINTA DIHUJUNG NODA 13
“Ada apa lagi mama? Attar tak nak teruskan perkahwinan ni,
nonsense! Janggan paksa Attar lagi, Attar dah 24 tahun dah boleh tentukan hala
tuju hidup Attar sendiri, mama please jangan paksa,” suara ku kendur merayu
agar mama mengerti rasa yang lama terbeban di bahu. Wajah itu ku perhatikan
dalam-dalam memohon simpati naluri keibuaan darinya.
“Jangan jadi pengecut Attar, jangan hanya pandai lari dari
masalah!” gumam mama mendatar aku panggung wajah mencari wajah mama. Duduk yang
tadi ku sandarkan ke kerusi kembali ku tegakkan. Mama sudah salah faham pada ku
barangkali.
“Mama jangan salah faham, Attar tak pernah sekalipun angkut
Neesa ke bilik tidur! Jauh sekali nak buat perkara yang tak sepatutnya, mama
kena percaya pada Attar!” rayu ku lagi. Untuk berkeras aku tahu mama juga pasti
akan bertegas. Ego mama tidak boleh dilawan dengan ego, pendekatan terbaik
waktu ini hanyalah merendahkan ego mama
dengan kelembutan yang aku tunjukkan
padanya.
“Jangan ingat mama tak tahu aktiviti anak mama, mama kenal siapa
Attar.” Bicara mama benar-benar merobek hatiku. Mama kenal anak mama! Aku ulang
semula kata-katanya dalam hati seraya tersenyum sinis! Mama belum cukup kenal
siapa anaknya ini!
“Kalau mama betul-betul kenal anak mama, tak sepatutnya mama
buat tindakan melulu begini. Mama perlu siasat bukan terima apa yang orang kata
dengan membabi buta begini mama. Common mama, mama degree holder dari Universiti
Cambridge. Benda kecil seperti ini pun mama boleh pandang enteng. Ambil mudah
dan lebih percaya kata-kata orang lain dari apa yang anak sendiri katakan. Huh,
tak sangka!” ujar ku bersandar ke kerusi. Mama tutup failnya perlahan dan
kemudian meletakkan ia di sisi kanan meja. Aku yang sedang duduk berhadapannya
memerhatikan dari ekor mata, menanti reaksi mama yang aku sendiri sukar
jangkakan!
“Jangan berdalih lagi Attar, jangan bagi alasan! Mama nak
Attar bertanggungjawab, Neesa mengandung dan Attar perlu jaga dia. Selebihnya
mama tak mahu dengar,” tegas mama memandangku tajam. Aku telan liur, saat ini
ingin sahaja ku lepaskan baran pada mama yang sewenang-wenangnya memaksa aku
bertanggungjawab pada perkara yang aku sendiri tidak lakukan.
“Dan jangan Attar sakiti Neesa, jika tidak mama tak
teragak-agak serahkan semua harta mama kepada orang lain. Mama akan kotakan setiap
kata-kata mama, Attar lebih kenal mama bukan?” soal mama sambil kuntum senyuman
sebelum riak wajah itu berubah tegas dan bengis.
“Itu bukan anak Attar! Tolong percayakan Attar mama.” Rayu
ku lagi. Mama beriak selamba bagai aku tidak wujud dihadapan matanya pula.
“Buktikan Attar,” ujar mama dalam pandangan mencabar
kredibiliti ku.
“Mana boleh buktikan selagi baby tu belum lahir!
Jangan-jangan mama nak Attar simpan Neesa sampai dia bersalin?” pertanyaan ku
disambut anggukan kecil dari mama.
“Mama ni kenapa? Apa yang buat mama buta mata hati ni?”
tempelak ku kuat bagai tidak mampu lagi menahan amarah yang mendesak di dalam
dada. Fail di atas meja mama ke tepis hingga melayang lalu jatuh ke lantai
beralas karpet. Mama membuntang mata memerhatikan perbuatan ku tadi. Ah aku
peduli apa, kalau aku baran semua ini adalah berpunca darinya juga, mengajar
aku sifat pentingkan diri sendiri dan mahukan semua kata dan kehendak ku
dituruti!
“Nothing, Attar fikir sendiri!” gumam mama lagi. Aku ketap
gigi , ya benar mama kini semakin tamak dan buta hati. Aku geleng kepala tak
mungkin akan ku simpan Neesa hingga dia melahirkan sedang aku sendiri tidak
akan pernah untuk mengharapkan dia menjadi isteri ku apatah lagi menjadi ibu
kepada anak-anak ku kelak.
“Tak mungkin mama, Attar akan ceraikan Neesa sekalipun mama
tak benar, jangan mama lupa kuasa talak atas tangan Attar, mama kena ingat tu!”
aku bangun langsung meninggalkan ruang pejabat mama yang sudah panas membahang
dengan api kemarahan dua beranak itu.
“Hei
perempuan! Kau nak apa sebenarnya hah? Tak guna,” aku lempang dia berharap
wanita itu tersedar akan perbuatannya kali ini.
“Sakitlah
Attar, you ni gila, tahu tak gila!” pipi itu disentuh sambil mata ini melihat
air mata itu gugur di wajah pucat Neesa. “Ah, aku peduli apa! Baik kau berterus
terang sekarang, dalam perut tu anak siapa? Aku takkan sesekali
bertanggungjawab pada kau. Ingat tu An Neesa!” tutur ku garang tiada lagi
mesranya.
“Ini anak
you!” bicaranya bagai mencabar hati yang sedang terbakar ini. Aku dekati
tubuhnya langsung ku tarik tangan itu kasar, ku heret tubuh itu dan ku tolak
dia ke muka pintu. Simpati ku sudah habis apatah lagi Neesa tidak sudah-sudah
menfitnah hidup ku!
“Sakitlah
Attar, you ni kenapa?” soalnya bersama derai air mata. Aku masih lagi berdiri
di muka pintu memerhatikan wajah yang paling ku benci itu lama. “Yang lain buat
kerja, jangan menyibuk hal aku!” bentakku memberi amaran keras kepada staf yang
sedang memerhatikan. Laju-laju ku lihat mereka bergerak ke meja kerja
masing-masing!
“Hei Attar,
apa you buat pada adik I ni? You dah gila ke?” pertanyaan Nabil abang angkat
kepada Neesa ku biarkan sepi.
“Neesa
bangun, kau tak sepatutnya berkahwin dengan lelaki seperti Attar. Dia tak ada
hati perut, dia tak layak pada kau Neesa,” pujuk Nabil pada Neesa. Ku pamer
senyuman sinis buat keduanya, Nabil merapati tubuh ku setelah Neesa kembali
tegak berdiri.
“Jangan
sesekali sakiti Neesa lagi, kau suami dia sepatutnya kau lindungi dia
Attar, bukan cederakan dia! Sedarlah
Attar, aku kenal siapa kau yang sebenarnya….” Tubuh Nabil berpaling mencari An
Neesa setelah kata-kata itu dihamburkan tepat kepada ku.
“Aku takkan
bertanggungjawab pada perbuatan orang lain Nabil! Kalau kau betul-betul kenal
aku kau tak salah dalam menduga, kau tanya adik kau apa yang dia dah buat hingga
aku sanggup berkasar pada dia! Kau tanya dia sekarang!” arah ku kepada Nabil.
Nabil terpinga-pinga seketika ingin meminta kepastian daripada Neesa.
“Apa maksud
Attar, Neesa ada sembunyikan sesuatu?” duganya perlahan, Neesa hanya menggeleng
enggan menceritakan hal yang sebenarnya!
“Common la
Neesa, semalam doctor kata kau mengandung empat minggu dan kita kahwin tak
sampai dua jam! Guna akal kau tu, fikir sikit! Jangan tahu bebankan masalah
pada aku yang tak tahu menahu ni!” gumam ku sambil mata menancap beberapa staf
yang sedang mencuri dengar.
“You all
pergi masuk meeting room. Right now!” arahku tegas kurang dua minit semua staf
seramai 13 orang di level itu bergegas masuk ke bilik mesyuarat. Menyibuk hal
aku memang mereka yang nombor satu!
“Apa ni
Neesa, anak siapa yang Neesa kandungkan ni?” soalan Nabil, Neesa biarkan sepi
tidak berjawab.
“Anak you
Attar,” pendek dia berbicara.
“Kepala
otak kau Neesa,” aku maki dia lebih keras dan kasar dari sebelumnya. Nabil cuba
menyabarkan aku seketika. Perempuan ini memang tak faham bahasa dan tidak cuba
memahamkan bahasa yang sedang aku tuturkan!
“Neesa
jangan main-main, perkara begini boleh jadi fitnah!” nasihat Nabil sambil
menghulur tisu buat Neesa yang sedang menahan esak.
“Buktikan
kalau betul itu anak aku Neesa, dan jika perlu ke mahkamah syariah aku sanggup
bersumpah yang anak dalam kandungan itu bukan anak aku. Dan secara
automatiknya, anak itu takkan berbin kan nama aku. Kau nak aku malukan kau ke
Neesa?” ugut ku disambut tawa kecilnya. Tadi aku melihat dia teresak dan kini
boleh pula ketawa! Sudah gila agaknya perempuan ni!
“Begini Attar, aku minta izin bawa Neesa balik
dulu. Apa-apa hal dia masih lagi isteri kau, tolong jaga dan jalankan
tanggungjawab kau sebagai suami pada adik aku ni,” Nabil tepuk bahu ku
perlahan.
“Suka hati
kaulah Nabil, kau nak bawa dia ke mana pun, aku tak nak ambil tahu! Aku tak
hadap nak jadi husband dia! Bila-bila masa aku boleh ceraikan dia, satu… dua…
tiga…. Seratus pun aku sanggup bagi!” gumam ku ketawa mengejek. Neesa ,mencebik
cuba memprotes kata-kata ku.
“You sudah
terikat dengan I Attar, jangan ingat mudah-mudah you nak lari,” gumamnya
meninggalkan aku dan Nabil terpinga-pinga mendengar bicara terakhirnya tadi!
Malam itu
aku ambil keputusan untuk pulang sahaja ke rumah mama mengambil beberapa helai
pakian ku untuk di bawa ke rumah Nia. Aku mahu bersama Nia mahu berkongsi rasa duka yang sudah sarat di dada.
Rumah ini tiada lagi ketenangan lagi pada ku. Mama juga tidak menyebelahi aku
sebagai anaknya, entah apa yang dikatakan oleh Neesa kepada mama dan ibu
bapanya tentang aku. Aku sudah tidak mahu mabil peduli dan kini pada siapa lagi
untuk aku kongsikan rasa sedih ini melainkan Nia satu-satunya yang aku ada ada!
“Attar nak
ke mana ni?” soal mama tiba-tiba muncul. Aku senyap seketika, menyusun kata
agar rahsia yang ku simpan selama ini tidak terbongkar sama sekali.
Mama tidak perlu tahu watak Nia dalam kehidupan
seharian aku, dan aku juga tidak sudi memberitahu mama berkaitan perkahwinan
rahsia ku ini. Biar mama tidak ketahuinya kerana itu adalah yang terbaik untuk
aku dan Nia!
“Err… nak
ke rumah Shark,” bohong ku. Mama ketawa tiba-tiba, aku angkat wajah mencari
wajah mama yang sedang ketawa itu.
“Bukan ke
Shark bercuti ke Australia?” soal mama menduga aku. Aku ketap bibir, terlupa
seketika bahawasanya Shark baru sahaja berlepas ke Australia tengahari tadi.
“Attar nak
ke mana? Neesa baru je sampai!” aku kalih pandangan tepat ke muka pintu di mana
mama sedang berdiri. Neesa juga berada disamping mama, apa yang perempuan ini
mahukan sebenarnya!
“Teman
Neesa makan, marilah kita makan sama-sama!” gumamnya sambil cuba mendekati
tubuhku. Mama pula berpaling dan melangkah keluar memberi ruang kepada aku dan
Neesa menghabiskan waktu berdua!
“Jomlah
Attar, kalau kau tak nak… nahas kau! Jangan ingat aku tak tahu apa hubungan kau
dengan Nia!” aku angkat wajah mencari wajah Neesa yang sedang tegas berbicara
ketika ini.
“Apa..apa
maksud kau Neesa,” sedikit gugup aku tuturkan soalan berkaitan Nia.
“Dia isteri
kau bukan? Kalau kau tak nak jadi apa-apa pada dia, baik kau terima aku dan
layan aku macam isteri kau. Kalau tidak, aku tak teragak-agak apa-apakan dia
dan aku juga takkan biar dia hidup senang. Ingat, kau rahsiakan pernikahan kau
daripada mama bukan? Aku ada senjata untuk tundukkan kau Attar, jangan ingat
aku bodoh!” gumam Neesa lantas berlalu pergi hingga aku yang sedari tadi
mendengar turut terkedu.
“Attar
kenapa tak makan lagi, sini I suapkan you! Next week kita nak bersanding,
makanlah jangan hari kita bersanding nanti you sakit macam I hari tu, malu
rasanya.” Neesa menyusun kata penuh sopan santun dihadapan mama. Aku mencebik
tidak berminat ingin mendengar lagi. Lantas earphone ku letakkan di cuping
telinga dan nasi ku senduk laju ke dalam pinggan. Ayam goreng dan sayur kailan
ku susun juga di atas pinggan. Tidak peduli lagi pada mama mahupun Neesa yang
sudah pamer wajah cemberutnya itu. “Pedulikan mereka Attar, mereka tak
selayaknya mendapat perhatian kau, mereka dah hancurkan hati dan sedikit masa
depan kau,”hati kecil ini tiba-tiba bersuara. Dan aku akui ada benarnya juga
bicara hati ini.
Usai
menghabiskan makan malam, aku bergegas ke dapur ingin bertemu Mak Mah memohon
pertolongannya.
“Mak Mah,
nanti tolong masukkan beg warna ungu ke dalam kereta. Beg tu sekarang ada bawah
katil,” bisik ku kepada Mak Mah. Orang tua itu mengangguk sahaja, itu sahaja
yang dia tahu setiap kali menerima arahan ku. Langsung tidak mahu membantah!
“Attar
jomlah kita duduk-duduk dekat luar, panaslah! You tahukan perempuan mengandung
cepat terasa panas?” soalan Neesa ku biarkan sepi. Dia rapati tubuh ku dan
turut serta duduk di sofa sambil menyentuh lengan ku kejap. Focus ku pada kaca
TV sedikit terganggu dengan perbuatannya itu dan kini aku yang tengah panas
hati semakin menyirap dengan tingkah lakunya dan laju sahaja tangan yang
melingkar itu ku tepis kasar hingga dia sedikit terjerit!
“Kenapa
dengan you ni hah? Nak naik angin 24 jam! I layan you baik-baik, tak boleh ke
you layan I macam tu jugak!” herdik Neesa hilang sudah sopan santun yang
dipamerkan tadi.
“Aku tak hadap nak tengok muka kau, berambus!” selarku
kasar. Aku atur langkah kaki menuju ke bilik tidur dan dia juga sama-sama
mengekori langkah ku. Berdentum pintu bilik ku hempas sekuat hati dan aku ketawa mengejek melihat Neesa gagal
menyaingi langkah ku tadi berusaha mengetuk daun pintu dari arah luar bilik.
“Attar bukak pintu ni, I nak masuk!” suara Neesa kedengaran
sayup-sayup menyapa halwa telinga.
“Go to hell Neesa!” aku jerit sekali bersama sisa tawa yang
masih belum ada tanda hentinya. Padan muka kau Neesa, main kotor dengan aku.
Aku akan pastikan kau juga merana seperti mana kau kucar kacirkan hidup aku!
Jam nginjak angka tiga pagi, kelibat Neesa sudah tidak
kelihatan pasti dia sedang dilamun mimpi barangkali. Aku susun langkah menuju
ke anak tangga, sengaja memilih jalan jauh dari menggunakan lif yang pandai
berbicara itu. Silap haribulan mereka dapat mengesan tindak tanduk aku.
Dengan langkah berhati-hati aku mengorak langkah
meninggalkan kawasan tempat meletak kereta, mujur aku tidak diekori oleh
mana-mana individu yang tidak dikenali. Mana tahu andai mama dan Neesa memasang
pengintip menjejak langkah dan perbuatan ku secara curi-curi. Mereka bukan
boleh dipercayai sangat!
Loceng ku bunyikan sekali, dari luar aku menangkap bunyi
derap kaki seseorang yang sedang menghampiri muka pintu. Wajah Nia tersenyum
menyambut aku yang masih bersweater kelabu gelap.
“Nia,” tegurku dan dia capai tangan ku lalu dikucup. Sejuk
terasa sampai ke hati, dan tenang bagai hilang semua beban perasaan yang ku
tanggung hari ini.
“Nia, aku lapar!” gumam ku sambil meletakkan beg pakaian ke
atas meja makan berhampiran ruang dapur itu.
“Sekejap Nia panaskan lauk, tuan nak mandi dulu ke?”
pertanyaannya ku biarkan sepi keranan mata ini sedang asyik memerhatikan tubuh
Nia dalam persalinan gaun tidur merah garang itu.
“Tuan, errr.... Nia panaskan lauk dulu!” ujarnya setelah
pertanyaannya tidak terjawab.
“Nia, aku nak makan. Tak nak mandi, aku nak tidur sini malam
ni. Ada sesuatu yang aku nak cakap pada kau,” dia paling ke arah ku seketika
menanti bicara seterusnya dari ku.
“Nantilah aku cerita, sekarang aku nak makan!” dia angguk
sekali dan aku bergerak masuk ke dalam bilik lantas merebahkan tubuh di atas
katil menunggu dia memanggilku untuk makan lewat malam bersama. Sejak peristiwa
semalam, aku memohon agar Nia berpindah ke bilik utama ini. Namun barang-barang
milik wanita itu tiada bermakna Nia masih belum lagi mahu menghuni bilik itu
bersama ku. “ Tak apa berikan masa untuk Nia,” hati ku pujuk sendiri.
Usai menjamah makanan yang dimasak oleh Nia, aku arahkan dia
agar membentang toto berjenama Narita itu di lantai betul-betul menghadap tv.
Aku rebahkan tubuh di atas toto sambil memeluk bantal peluk.
“Nia sini sekejap,” lambat-lambat dia datang mungkin takut
aku lakukan hal yang sama tempoh hari.
“Nia boleh aku tanya pendapat kau? Erm.... kenapa agaknya
hidup aku susah nak bahagia? Aku ada semuanya, aku ada harta aku ada duit dan
aku dapat semua benda yang aku nak dalam dunia ni. Dan yang aku tak mahu
sekalipun aku dapat jugak. Apa makna semua ni Nia?” dia hampiri tubuh ku dah
turut berbaring sambil kepala bertemu kepala. Aku dan dia tenang menghadap
siling yang putih bersih!
“Sebenarnya harta dan kekayaan itu selalunya akan
menyesatkan jika kita tidak tahu bersyukur, dan semakin lama semakin jauh dari
Pencipta. Itu ujian yang kita perlu tempuhi bukan untuk terus hanyut tetapi
untuk kembali tersedar dan berpatah balik ke landasan yang sebenarnya!
“Apa maksud kau Nia, aku tak faham!” soal ku jujur bertanya.
“Allah dah beri semuanya untuk tuan, dan apa yang tuan
lakukan sebagai tanda terima kasih tuan atas nikmat yang Allah berikan itu?”
Nia menyoal aku sekali lagi.
“Apa yang perlu aku buat? Aku tak fahamlah Nia,” gumam ku
lagi memohon agar dia berterus terang sahaja akan bicara yang mahu disampaikan
tadi.
“Tuan, kalau Nia katakan sesuatu tuan jangan terasa hati ya,”
pinta lembut. Aku angguk walaupun Nia tidak dapat melihat anggukan aku sedang
aku dan dia telentang memerhatikan siling yang kosong tanpa hiasan seperti di
rumah mama.
“Tuan tak sempurnakan tuntutan wajib yang Allah minta kita
lakukan, maksud Nia solat, zakat dan puasa. Nia harap lepas ni tuan perbaiki
semula amalan tuan.” Gumamnya perlahan. Ya aku akui seumur hidup ini boleh
dikira berapa kali sahaja aku bersolat itu pun setahun sekali sewaktu hari
raya. Itu bukan solat wajib tetapi solat sunat, dan untuk sekian kalinya hati
lelaki ini tersedar bahawa aku sudah jauh tersimpang dari jalan yang sepatutnya
aku lalui.
“Aku tak tahu nak solat Nia,” balas ku perlahan ada rasa
malu yang datang menerpa ke hati. Sungguh aku sudah melupai rukun-rukun solat
sebanyak 13 itu dan setiap bacaan dalam solat juga aku akui sudah lama hilang
dari ingatan ini. Hanya wang dan harta benda yang sering kali bermain dalam
minda bukan amalan yang sudah lama ku tinggalkan.
“Tuan, masih belum terlambat untuk tuan tersedar. Nabi tak
pernah ajar kita tentang terlambat, jika esok kiamat sekalipun dan ada benih dalam
tangan kita pada hari ni. Kita tanam ia, jangan kita biarkan ia terdampar,”
ujar Nia memberi semangat kepada ku.
Sedang berbual dengan Nia, aku terlelap entah bila waktunya.
Sedar sahaja pagi ini Nia sudah bersiap dengan jubah dan niqabnya. Hendak ke
mana pula agaknya Nia pagi-pagi begini, jam tangan ku toleh sekilas. Sudah pukul
sembilan pagi!
“Nia nak ke mana ni?” soal ku dalam suara serak baru bangun
tidur.
“Nak ke butik, Nia kerja dekat butik!” buat pertama kalinya
aku tahu pekerjaan yang dilakukan oleh Nia.
“Tuan tak pergi kerja ke?” soalan itu dilontarkan kepada ku
pula. Aku geleng sahaja malas mahu ketemu mama di pejabat. Pasti ada sahaja isu
berkaiatan Neesa akan diutarakan.
“Aku nak ikut kau,” gumam ku lantas bergegas ke bilik air
bersiap ala kadar. Usai mandi aku menggapai short pant dan t-shirt. Nia hanya
memerhatikan cara aku berpakaian, mungkin pelik pada pandangan matanya
barangkali. Aku buat tidak mengerti, lantas duduk ke labuhkan dihadapan Nia
yang sedang menunggu aku untuk bersarapan bersama.
“Nia, janganlah pakai purdah dalam rumah.” Rungut ku
disambut tawa kecilnya.
“Kenapa?” sepatah dia bertanya. Aku jeling sahaja minuman
yang mengeluarkan asap tipis itu sekilas.
“Aku nak tengok muka kau puas-puas, kalau dekat luar
bolehlah kau pakai purdah, lagi pun aku tak suka kalau lelaki lain tengok kau,
aku sakit hati” gumam ku lagi berterus terang. Dia pandang aku dalam-dalam
sambil aku lihat mata itu kelihatan sepet. Pasti Nia sedang tersenyum disebalik
niqabnya itu!
“Sekejap lagi kita
nak keluarkan, apa salahnya Nia bersiap awal-awal.” Sahutnya buat aku sedikkt
kecewa.
“Up to you,” balas ku dengar tak dengar. Mata ku kalih pada
mihun yang sedikit pun tidak terluak. Aku bagai hilang selera pagi ini, namun
sentuhan tangan Nia menyedarkan semula aku yang sedang diburu kecewa dan
terkilan waktu Nia menolak permintaan ku tadi. Aku panggung wajah mencari wajah
Nia, kini dia tidak lagi berniqab dan aku senyum puas. Tida semena-mena selera
ku datang tiba-tiba. Sepinggan mihun ku habiskan dalam sekelip mata dan aku
dengar Nia ketawa kecil!
Aku beriringan masuk ke dalam SACC Mall bersama Nia menuju
ke tingkat tiga butik milik isteri ku, beberapa pasang mata memerhatikan
langkah dan gaya ku yang sedang beriringan dengan wanita berpurdah. Pasti menjengkelkan
melihat aku yang berseluar paras lutut sedang berpimpin tangan dengan wanita
berpurdah. Ah peduli apa pada pandangan mereka, hal aku dan ikut suka hati aku
untuk berbuat apa-apa sekalipun.
Nia mengeluarkan segugus anak kunci dan dihulurkan kepada ku
lalu master key bertukar tangan dan aku bantui Nia membuka mangga satu persatu
lantas dalam sepuluh minit butik itu sudah siap tersedia dikunjungi. Aku duduk
di kaunter bayaran memerhatikan Nia memberi sedikit taklimat kepada lima orang
pembantunya dantaklimat itu diakhiri dengan bacaan doa sebelum memulakan
perniagaan. Usai memberi arahan, aku
perhatikan salah seorang pekerjanya sedang menyedut sampah di karpet menggunakan
vakum dan selebihnya pula sedang mencuci habuk dan mengemas stok di di dalam
stor. Nia pula ku perhatikan sedang memeriksa duit petty cash sambil di sisinya
seorang lagi pembantu sedang mengira duit untuk dijadikan modal tukaran wang
semasa jual beli nanti.
Aku perhatikan butik ini sekilas, kesemua pakaian yang
terjual berunsurkan muslimah trend. Ada jubah moden dan juga pelbagai design
tudung-tudung terkini dari bersaiz kecil hinggalah besar. Di sebelah kanan pula
pakaian lelaki turut disediakan. Dan sudut belakang bahagian butik itu pula
ditempatkan bahagian khas menjual perlatan dan pakaian haji. Mujur juga aku
tidak bertanya untuk apa selimut putih itu dijual jika tidak pasti aku ditertawakan
oleh Nia yang nampak benar jahilnya. Pakaian ihram ku kata selimut,
agak-agaklah Attar. Gumam ku pada diri sendiri.
“Nia besar jugak butik kau ni! Ada ke orang nak beli
baju-baju macam ni Nia?” soal ku tidak percaya pada kemampuan business Nia. Dia
kuntuk senyum yang hanya aku dapat tafsirkan melalui pandangan matanya yang
kelihatan sepet sedikit.
“Ada, Insyaallh ada selagi Islam masih ada di bumi kita,”
ayat penuh falsafah Nia hamburkan pada ku. Aku senyum meleret, ada benarnya
juga kata-kata Nia.
Nia, kau tak nak hadiahkan sesuatu pada aku?” aku bertanya
sekadar mahu mengusiknya.
“Tuan nak apa? Pilih je Nia belanja,”tuturnya pula sambil
membetulkan jubah yang sedikit senget itu kembali ke kedudukan asal. Aku seluk
tangan ke dalam poket memerhatikan jika ada sesuatu yang aku minati.
“Tak tahulah Nia,” aku beri jawapan itu agar dia tidak
berkecil hati. “Hmmm... okey, nanti kalau ada yang tuan minat, just inform Nia
akan beri free pada tuan sebab sudi jejak kaki di butik Nia ni,” aku ketawa
mendengar kata-katanya.
“Nia, aku....” belum sempat aku melafazkan yang aku cukup
menyayanginya, seorang pembantu Nia datang tergesa-gesa mendapatkan isteri ku
itu.
“Ada apa Diana?” soal Nia tampak cemas.
“Member Cik Nia datang,” gumam Diana tersekat-sekat bagai
dikejar sesuatu.
“Siapa?” soalan Nia dibiarkan sepi seketika. Aku pula sudah
tidak sabar ingin tahu.
“Cik Neesa datang dengan seseorang! Tapi saya tak kenal,
gayanya macam mak datin!” ujar Diana lantas aku yang sudah tidak sabar tadi
bagai mahu jatuh rebah. Jangan-jangan Neesa membawa mama ke sini. Oh tidak,
nahas kau aku kerjakan nanti wahai Neesa!
“Tuan, masuk office Nia dulu ya.” Arahnya perlahan aku hanya
menurut namun aku akui tak mungkin untuk aku lepas tangan bersembunyi sedang
Nia dalam bahaya telah hati kecil ini. Lebih baik aku bersembunyi memerhatikan mereka
dari jauh.
Melalui fitting room yang sedikit terbuka, aku sempat
melihat Neesa bersama mama sedang berbual sesuatu yang aku sendiri kurang
jelas. Entah apa lah yang jadi diluar sana, sesekali Neesa tersenyum dan aku
dapat merasai yang dia mencuri-curi pandang ke dalam butik. Pasti mencari
kelibat ku.
Dan mama entah apa pula mimpinya sanggup membuang masa
menemani Neesa yang aku sudah faham dan jelas bukan sifatnya yang gemar keluar
shopping tanpa ada keperluan tambah-tambah ke butik yang menjual pakaian
muslimat. Pasti ada agenda yang diatur oleh Neesa. Hati ku dipagut gusar yang
menggunung!
p/s: writer kurang sihat. maaf atas kekurangan.
Drop komen ya :) tq everybody.
Comments
Be a man attar! Siasat la pasal neesa tu
attar masih x mampu untuk buat keputusan....
harta penting sgt ke attar....
harta byk tapi miskin kasih syg pun x guna
nia bantu la attar utk mengenal agama kembali...
attar pun tegas la skit....kan duit dah byk apa lagi yang x cukup...
nia 2 dah cukup baik dah...
byk pahala tau kalu buat baik ngan anak yatim ni...
attar x terfikir nak cari ayah dia ke...
attar jangan mengalah ngan neesa...
apa pun attar kene bgtau nia hal yang sebenarnya spy nia dapat mghadapi dugaan bersama attar...
my friend pernah nampak perempuan berpudah n berjubah pimpin tangan dgn suami dia yg pakai sluar paras lutut..
n dgn anak dyorg skali..
she says they are a cute couple..huhu..
so real life pon ada cam ni..sweet2.