CINTA DIHUJUNG NODA 11
“Nia, masuklah.... jangan malu-malu ni rumah aku! Aku beli
sendiri sejak aku dah mula kerja dengan mama,” aku memulas tombol pintu lantas
menyelak daun pintu menapak masuk beriringan bersama Nia. Nia perhatikan
seluruh ruang rumah yang sudah lengkap dengan pelbagai perabot buatan Malaysia.
Kali ini aku sendiri memilih perabot tempatan kerana aku belum cukup mampu
menghiasi apartment sederhana besar ini dengan perabot import.
Aku henyakkan tubuh ke sofa sambil menyilangkan kaki di atas
meja, Nia menghampiri ku lantas turut duduk disebelah memangku beg telekungnya.
“Kenapa senyap?” tanya ku pendek. Dia kalih pandangan
mencari pandanga mataku.
“Mama tahu ke ni rumah tuan?” aku kuntum senyum, terasa
sedikit berbangga dengan titik peluh sendiri aku mampu membeli apartment
dipinggir bandar Kuala Lumpur dan sudah tentunya mama tidak perlu tahu akan
harta ku yang satu ini.
“Tak, mama tak tahu. Sebenarnya aku beli rumah ni untuk kau!
Sejak rumah kau kena lelong dulu, aku dah janji nak belikan rumah yang lain untuk
kau. So tak perlulah kau duduk dengan Neesa lagi,” gumamku perlahan sambil
memandang ke luar tingkap yang dihiasi kaca bewarna biru laut.
“Kau suka?” soalku sekadar ingin tahu. Dia diam tidak
berkutik, menyesal pula terlebih suka ketika menunjukkan rumah ini kepada Nia.
Gadis itu tidak pamer reaksi yang ku harapkan. Sekurang-kurangnya tunjukkanlah
yang dia berbangga melihat kesungguhan aku mengumpul harta melalui titik peluh
ku sendiri. Terasa hampa dan kecewa pula!
“Tapi rumah ni cantik sangat, sesuai untuk orang bujang macam
Nia. Thanks tuan yang kacak,” gumamnya memeluk lengan ku kejap. Aku sedikit
tersentak orang bujang? Hello sedar diri awak tu sikit Nia dah jadi isteri
orang pun dan di dalam hati bagai kembang setaman dipuji oleh Nia. Aku kan
kacak! Betul ke aku kacak?
Aku tatap wajahnya lama, lantas kerinduan yang membara ini
mendorong tingkah ku melucutkan niqab yang dipakai. Mata bulat itu beserta
wajah bujur sireh dan pandangan redup cukup mempersonakan hatiku. Dia diam
tidak membantah mahupun menolak menjadikan aku lebih berani untuk pergi lebih
jauh daripada ini.
“Nia, kau cantik dalam keadaan macam ni.” Tutur ku sambil
menarik tudungnya hingga terlucut dan ku lepaskan ke lantai. Rambut ikal paras
pinggang ku sentuh perlahan, dia masih lagi diam tidak menunjukkan sebarang
reaksi hanya tubuh itu sahaja kelihatan keras kaku.
Mata ku kini benar-benar terpaku pada dua ulas bibir yang
merah basah, dalam rasa yang semakin membara ini, bibir itu ingin ku sentuh..
semakin hampir dan hampir mengena Nia pejamkan matanya kala melihat wajah ku
semakin menghampiri wajahnya. Sedang aku berperang dengan rasa yang bergelora
ini, azan subuh kedengaran bergema seluruh kawasan apartment pinggir Kuala
Lumpur.
Nia hela nafasnya perlahan dan aku segera perbetulkan
kedudukan, memang benar dikatakan orang andai berdua pasti mudah tewasnya iman
dan kehendak hati. Aku raup wajah dan Nia juga sama, tudung yang terdampar di
lantai dikutip dan diraih ke dalam dakapan.
“Tuan, Nia nak solat.” Pintanya lembut aku angguk sahaja
membiaarkan dia menapak masuk ke dalam bilik air. Usai berwuduk, dia
mendapatkan ku semula. Aku angkat wajah mencari wajah basah Nia yang sedang berdiri
dihadapanku.
“Hmm?” soal ku tanpa nada. Dia senyum lantas duduk
bersebelahan ku.
“Kiblat arah mana? Sejadah ada?” aku terdiam. Kiblat?
Sejadah? Mana aku tahu, sembahyang pun aku tak pernah buat sejak akhir-akhir
ini, ini kan pula bertanya sejadah!
“Kiblat, sana kut! Eh sekejap- sekejap tak silap aku belah
sana!” aku tunjukkan ke arah dapur namun kurang seminit aku unjukkan pula ke
arah pintu bilik namun aku garu semula kepala yang tidak gatal. Aku benar-benar
tak tahu, rumah ini juga sudah setahun aku menjadi milikku namun hingga ke hari
ini belum pernah walau sekali pun aku lakukan solat di dalamnya.
“Yang mana satu ni tuan?” Nia pula rungsing melihat aku
rungsing begitu.
“Aku tak ingatlah Nia, kau agak-agak arah mana?” soal ku
macam orang bodoh. “Nia tak tahu, bawakan Nia ke masjid,” pintanya lembut. Aku
angguk sahaja lantas menggapai kunci kereta lalu berlalu bersama Nia menuju ke
tempat meletak kereta.
Sementara menunggu Nia selesai bersolat aku layankan kepala
mendegar lagu dari cd yang ku beli di pasar malam tempoh hari.
Sedang leka menyanyi kecil, ketukan di cermin kereta menyapa
pendengaran ku. Nia berdiri disebelah sana, lalu ku tolak pintu kereta dari
dalam membenarkan Nia masuk ke dalam perut kereta.
“Ramai ke yang datang sembahyang pagi-pagi ni?” aku soal dia
yang sedang membetulkan tudungnya seketika.
“Adalah jugak tuan, ermm tuan saya nak balik. Nak pergi
kerja,” tuturnya masih dalam sopan santun.
“Okey, aku pun nak balik! Oh ya, ambil kunci apartment ni,
jaga elok-elok!” pesanku bersama senyuman kecil dia terima pemberian ku dengan
senang hati.
Kereta yang ku pandu tiba diperkarangan kondominium tempat
Nia menyewa bersama Neesa dan Farhana. Tanganku dikucup laju lantas dia segera
keluar dari perut kereta tanpa sempat aku membalas kucupan di dahinya. Memang
suka mengelak!
Aku balas lambaian
tangannya langsung bergerak pulang ke rumah. Aku rebahkan tubuh di sofa
berangkai tiga, jam di dinding di dinding ku kerling sekilas sudah menginjak
angka tujuh setengah pagi, rasa kantuk mula menjengah hadir. Ah bencinya!
Bangun sahaja dari tidur, telinga ku menangkap bicara
beberapa orang yang tidak ke kenali. Aku bingkas membuka mata mencari arah
datangnya suara itu.
“Mak Mah sini sekejap,” arah ku disambut anggukan kecil Mak
Mah yang tadi sibuk melayan beberapa lelaki yang masih lagi duduk mencatat
sesuatu di atas kertas.
“Apa semua ni Mak Mah?” soalku benar-benar ingin tahu.
“Oh, tadi mama tuan suruh Mak Mah tengokkan orang-orang tu
buat kerja. Katanya kalau boleh nak nampak cantik untuk majlis resepsi tuan
nanti.” Kata-kata Mak Mah bagai mencekik leherku. Biar betul dengan mama ni,
mudah sahaja mengatur hidupku tanpa berbincang apa-apa. Aku bukan anak patung
yang sesuka hati boleh diperlakukan sedemikian.
Ah apa semua ni? Penumbuk ke lepaskan ke meja kaca di
hadapan sofa bewarna merah garang itu. Mak Mah menginjak sedikit kebelakang,
dan beberpa pekerja yang diupah mama menoleh sekilas sebelum menyambung kembali
kerja yang tertangguh!
“Mama mana?” soalku kasar tidak peduli lagi pada renungan
pekerja yang sedang tekun melakukan pengubahsuaian ruang tengah, kertas hiasan
dinding juga sudah bertukar rupa dan seluruh dinding yang dahulunya dihiasi
lukisan puluhan ribu ringgit kini sudah bertukar kepada hiasan kristal. Nekadnya
mama menetapkan aturan hidup buat aku, aku gusar dan gelisah dengan cadangan
mama. Mana mungkin untuk aku bersama Neesa sedang dia tidak lagi aku cintai. Dia
hanya masa silam ku yang kelam, bukan apa-apa lagi. Dan dia tiada makna untuk
aku!
“Dah keluar tuan muda,” balas Mak Mah takut-takut!
“Sejak bila kerja semua ni mula?” soal ku lagi mencerlung
pandangan tajam ke arah beberapa pekerja yang memakai seragam biru gelap.
“Sejak pagi semalam tuan, mula pukul tujuh dan habis pukul
tujuh juga.” Mak Mah perincikan jadual kerja kontraktor itu. Aku sandarkan
tubuh kembali ke sofa, kaki ku silangkan ke atas meja lantas aku arahkan Mak
Mah menyediakan minum pagi untuk aku.
“Attar, dah bangun? You
look bad, apa kata you pergi mandi dulu.” Aku toleh ke arah datangnya satu
suara. Neesa! Dia buat apa dekat sini?
“Kau buat apa dekat rumah aku ni Neesa?” soal ku tegas. Dia kuntum
senyum lantas menarik selendang yang menutupi kepala lalu diletakkan di atas
riba. Beg tangannya pula dibiarkan di atas sofa berhampiran peha ku.
“I nak datang jumpa you Attar, so lucky akhirnya aunty merisik
I dua hari lepas. Tak susah kerja I lagipun I bukan nak harta you. I just nak
tumpang kasih sayang dari you, tak lebih tak kurang Attar!” gumam Neesa
merapatkan tubuhnya ke tubuh ku. Aku menginjakkan sedikit kedudukan.
“Neesa tolongkah jangan bersikap macam budak-budak, kita dah
matang! So act like an adult, jangan sebab benda lama I terpaksa tanggung hidup
you.” Aku lepaskan sedikit rasa yang terbuku di hati. Neesa bangkit dan mata tajam
itu memandang ku tidak berkelip.
“Sebab benda lama dan kesilapan dulu you sepatutnya
bertanggungjawab pada I bukan lepas tangan macam tu saje. You ni tak ada hati
perut ke?” jerit Neesa mengejutkan pekerja kontrak itu sekali lagi. Aku selambakan
reaksi dan riak muka, malas sebenarnya mahu mengambil serius hal berkaitan
Neesa. Dia tahu mengarah dan menjerit sama seperti mama, dan aku tidak perlu
dua wanita yang serupa seperti itu untuk hidup sebumbung. Aku tak rela hidup
dan perjudikan masa depan ku bersama wanita spesis Neesa.
“Sudahlah Neesa, aku nak bersiap pergi office! Bersepah kerja
yang aku kena siapkan. Bukan macam kau, goyang kaki 24 jam, shopping dan perhabis
duit family! Langsung tak ada perkembangan dan lagi satu aku tak perlu
perempuan yang sama perangai seperti aku. Aku nak yang berbeza seratus peratus
dari segi kelakuan, tindakan dan kehidupan. Aku bukan mencari kesempurnaan tapi
aku mencari pelengkap kekurangan aku. Okey aku nak naik atas dulu, fikirlah
baik-baik Neesa!” gumam ku sebelum
berlalu dan menyusun langkah naik ke tingkat atas.
Suasana dewan banquet
yang bakal menjadi majlis pernikahan Attar dan Neesa semakin meriah dengan
kehadiran beberapa tetamu VVIP. Attar sudah tidak betah duduk lama apatah lagi
rasa bersalahnya pada Nia semakin menggunung tinggi. Dengan kuasa dan pengaruh
seorang VIP pernikahan dia dan Nia dapat disembunyikan dari pengetahuan umum
langsung menjadikan pernikahan kedua ini bagaikan pernikahan kali pertama buat
dirinya dan Neesa.
“Attar, kita nak mula majlis. Apa lagi siap cepat,” pesan
mama ku biar sepi. Dari bilik hotel bernombor 17 dengan ketinggian tiga puluh
lima tingkat, aku rasa bagai mahu terjun dan terbang dari sini.
“Cepatlah, VVIP semua dah tunggu tu. Pengantin perempuan dah
lama turun ke bawah! Jangan nak buat hal Attar, ini bukan setakat ugutan bahkan
juga amaran keras mama jika Attar tak mahu sesuatu yang buruk terjadi pada
Attar!” tegas suara mama sedikit menyentap tangkai hati ku. Mama memang gemar
memaksa! Tidakkah dia ketahui yang anak mu ini sedang terluka?
Aku capai songkok yang terletak diatas meja solek, ku
sarungkan ke kepala dan samping yang membelit pinggang ku kemaskan sedikit. Perlahan-lahan
langkah kaki ku atur menuju ke prut lif. Shark yang baru tiba menyambut aku
dengan senyuman, dia juga kacak dalam persalinan baju melayu bewarna perak.
Waktu memasuki dewan banquet semua mata terarah tepat kepada
ku, aku tundukkan sedikit pandangan menghela nafas yang sesak di dada dan masih
cuba mengawal gugup yang datang tiba-tiba.
Saat aku melabuhkan duduk ku, pandangan mata terarah tepat
ke wajah seseorang yang nampak ayu dalam riak yang sedikit terluka.
“Nia,” sepatah aku menyebut namanya di dalam hati bagai
bergema namun tidak seorang pun mengetahui rasa hati yang pedih dan terhiris
ini.
“Wow, cantiknya dia! Macam bidadari,” gumam Shark berbisik
di telinga ku. Aku pandang Neesa dia sama sahaja tidak berubah dipandangan mata
ku.
“Bukan Neesa, tu pengapit dia sebelah kanan!” aku toleh
sedikit ke kanan, wajah Nia tanpa niqab jelas terpamer dihadapan mata ku saat
ini. Aku telan liur, memang Nia ku akui punyai aura yang tersendiri hingga
sesiapa yang memandangnya pasti akan jatuh dan tersungkur kerana kecantikannya
itu. Aku mula tidak senang hati tatkala mata nakal Shark asyik merenung wajah
Nia tanpa berkelip. Rasa sesal mulai hadir namun ini semua sudah terlewat, aku
juga yang meminta Nia agar tidak berniqab jika dia benar-benar mahu menjadi
pengapit Neesa. Cabar ku itu rupanya disambut juga oleh Nia, ah bodohnya aku
membiarkan wajah yang persis bidadari itu dijamah pandangan mata lelaki lain.
“Jangan nak berangan dapatkan dia, dia tak pandang lelaki
macam kau,” tempelak ku selamba. Shark mendengus perlahan, tok kadi masih belum
tiba untuk meneruskan upacara lafazkan akad nikah.
“Apasal pulak? Memang sejuk mata memandanglah member Neesa
ni! Boleh dibuat calon isteri,” puji Shark tidak sudah-sudah sambil menguntum
senyum sedari tadi lagi.
“Jangan nak berangan boleh tak?” aku kuatkan sedikit suara
namun masih tidak didengari oleh orang lain. Shark pandang wajahku lama lantas
kerutan di dahi bagai menyoal tindakan ku yang tiba-tiba menghalangnya dan
melarangnya dari terus memasang impian.
“Aku akan pilih perempuan macam tu untuk di buat isteri,
boleh menjaga maruah aku jaga anak aku dengan baik dan boleh setia dengan aku
jugak. Kalau perempuan dekat kelab malam yang aku pilih, surely rumah tangga
pun jadi kucar kacir beb!” pintas Shark bersama angan yang menggunung tinggi. Aku
ketap bibir sambil menghadiahkan pandangan tajam ke arah Nia. Dia menunduk
sedikit!
“Kalau kau lelaki baik, memang aku yakin kau akan jadi
pilihan dia. Kalau kau pun perangai lebih kurang palesit, jangan bermimpi tahu
tak. Nak pandang pun belum tentu dia sudi,” aku patahkan angan-angan Shark. Jika
bukan kerana kebetulan, pasti tubuh Nia sudah dijamah oleh Shark dua tahun lalu
dan jika tanpa perbuatan Shark pasti aku tidak lumpuh dan tidak juga menikahi
Nia.
Usai upacara akad
nikah aku segera meloloskan diri mendapatkan Nia yang sudah bergerak menuju ke
bilik hotel yang disediakan oleh Neesa kepadanya.
“Nia, tunggu aku kejap! Tunggu...” laungku sambil
mempercepatkan langkah. Dia masih melangkah namun sedikit diperlahankan agar
aku sempat menyaingi langkahnya ketika itu.
“Nia, aku minta maaf! Aku harap kau faham keadaan aku Nia,
aku terpaksa demi reputasi mama dan aku juga! Kau tahukan mama jemput semua
VVIP, kalau aku tak ikut pasti mama akan mendapat malu Nia. Kau fahamkan?” aku
cuba memujuknya dan dia diam tidak memberi sebarang reaksi.
“Nia janganlah macam ni, tolonglah faham keadaan aku Nia. Please
say something!” tuturku mengharap dia bersuara. Aku tatap wajahnya yang masih
lagi menunduk menekur lantai, dagu itu ku sentuh dan membawa wajah itu menatap
wajahku pula. Ada air mata yang bergenang saat mata bundar ku membalas
pandangan matanya yang sedikit merah.
“Kau nangis?” soalku sepatah. Dia tundukkan kembali wajah
itu.
“Nia aku mintak maaf pada kau, aku janji semua ni tak lama
Nia. Kau tunggu aku, jangan pergi dari aku lagi. Aku akan settlekan semua ni
secepat mungkin, aku harap kau besabar sikit ya,” rayu ku harap dia mengerti. Aku
tahu bukan mudah untuk aku lepaskan beban yang tergalas di bahu namun untuk
melepaskan Nia buat sekian kalinya, itu benar-benar diluar kemampuan ku. Aku akui
rasa sayang itu sudah hadir buatnya bukan untuk Neesa.
“You pengapit Neesa bukan?” soal mama yang tiba-tiba muncul
di situ. Aku telan liur, harap mama tidak menyedari Nia adalah gadis yang
dibenci satu ketika dahulu kerana tegurannya agar memperlahankan volume lagu
yang dipasang bagi menghormati waktu azan Isyak dipandang sabagai satu hinaan
dan menjejaskan reputasinya dihadapan rakan-rakan dan tetamu yang hadir malam
itu.
“Ya saya,” balas Nia perlahan. Aku berdoa dalam hati agar
mama tidak mengapa-apakan Nia sekali lagi. Aku takut andai tindakan mama nanti
bakal mencederakan Nia.
“So buat apa dekat sini?
Kenapa tak duduk sebelah Neesa dan kenapa bersama Attar pula?” curiga
mama bagai sudah mendapat tahu siapakah gadis dihadapannya kini.
“Maaf Puan Sri, saya nak ke bilik untuk solat sekejap! Neesa
saya dan beritahu tadi,” gumam Nia menyelamatkan keadaan. Aku hela nafas lega
dan mama pula menarik tangan ku kasar agar terus mengekori langkahnya hingga ke
dewan banquet.
“Apa ni mama?” soal ku tidak puas hati. Mama tenung wajah ku
tajam! Aku mencebik tidak mahu membalas pandangan matanya.
“Attar buat apa dengan perempuan tu?” soal Mama tegas tetapi
masih dalam nada perlahan. Aku ketap bibir berfikir sambil merencanakan sesuatu
agar mama tidak terus terusan syak wasangka terhadap aku dan perempuan yang
tidak diketahui ianya Nia yang juga merupakan isteri ku yang sah.
“Hmm... sampaikan salam Shark! Dia dah jatuh hati,” aku tipu
mama buat kali entah ke berapa. Dengan mama jujurku selalunya memakan diri maka
baiklah andai aku berbohong sahaja agar semuanya jelas dan nyata tidak
membebankan aku dikemudian hari.
“Sudah, pergi layan VVIP kita! Jangan nak buat hal lagi,”
gumam mama berlalu pergi. Aku menapak perlahan masuk ke dalam dewan banquet
memerhatikan suasana majlis pernikahan yang simple tetapi meriah.
“Attar pengantin perempuan pengsan!” aku menoleh laju ke
arah suara yang bergema. Lantas langkah ku atur menuju ke tengah dewan banquet
di mana Neesa sedang sibuk melayani rakan-rakannya tadi.
Tubuh Neesa sudah kaku di atas pelapik di mana dia duduk
bersimpuh semasa upacara angkat nikah tadi. Aku hanya pandang tanpa mahu
membantu lantas cuitan mama sedikit menyedarkan aku.
Kepala yang masih sarat dengan hiasan itu ku angkat lalu
keletakkan perlahan ke atas riba, renek-renek peluh sudah kelihatan di dahi
Neesa lantas aku meminta agar Neesa dihantar ke pusat kesihatan untuk membuat
pemeriksaan ke atasnya.
Sedang menunggu Neesa dirawat, aku masih lagi setia
menunggunya diluar bilik kecemasan. Mama dan kedua orang tua Neesa juga turut
serta bersama menanti hasil pemeriksaan dan melihat sediri keadaan Neesa.
Butang baju melayu bewarna putih mutiara ku lucutkan satu
persatu, tidak selesa terus terusan dibiarkan terkancing hingga ke leher.
“Siapa suami puan Neesa?” satu suara menyapa saat daun pintu
terkuak. Aku diam tidak membalas lantas mama menyiku lengan ku sekali.
“Err... saya doktor! Kenapa
dengan dia?” soalku kasar tidak menunjukkan ciri-ciri suami yang penyayang.
“Tahniah encik, isteri encik mengandung empat minggu!”
sebaik doktor itu menghabiskan kata-katanya aku terus pengsan tidak sedarkan
diri.
Farhanatul Nadia aka Nia |
ANDA semua nak jalan cerita yang macam mana lepas ni? drop komen ya ")
Comments
pelik la ,, xkn 4mggu k0wt .., dy kte daa trlnjur gn attar skian lama ,, sptutnye daa branak daa bukan?
Kata da baper taun lepas neesa ngn attar? Xkn anak attar kot (ke aii slh ni)
So, jgn la wt attar stuuck ngn neesa plak.. Bia la dia ngn nia.
Pdn la neesa nak sgt kawen ngn attar
[Nia hela nafasnya perlahan dan aku segera perbetulkan kedudukan, memang benar dikatakan orang andai berdua pasti mudah tewasnya iman dan kehendak hati....]
saya hairan kenapa kebanyakkn penulis suka menulis seperti diatas. dan kesalahan ini lg sadis byk berlaku dlm novel2 yg bercetak dipasaran. konsep 'iman' yg salah difahami. bukankah mereka adlh suami isteri? macmna pula boleh dikatakn "tewasnya iman" bila bersama isteri yg sudah halal hubungannya? syaitan lg bertempiaran lari bila hubugan yg halal berlaku dan ini berbeza dgn zina yg barulah sesuai gunakan perkataan "tewasnya iman".
sbg alternatif perkataaan 'nafsu' mungkin lebih sesuai diguna utk menggambarkan situasi tersebut.
tentang soalan "ANDA semua nak jalan cerita yang macam mana lepas ni?" - dgn situasi Neesa yg mengandung tsbt, jika saya adlh Attar saya akan menceraikan perempuan tersebut. saya tidak akan mjadi lelaki dayus dan pak sanggup. menipu semata2 utk menutup malu adlh tindakan terdesak dan tidak boleh dimaafkan.
thanks drop komen anda, sy akan guna utk perbaikinya.
hmmmm next entry anda mungkin boleh meneka jalan cerita berdasarkan:
*attar seorang yg kurang pengetahuan agama
* dibesarkan dalam kalangan yg serupa seperti dia
* family neesa juga sama....
*** jadi nanti kan entry seterusnya ek. tq for reading :)
- perabot buatan Malaysia saje..sbb x mampu...
come on la writer..lupa ke? last entry bgtahu ringgit yg mama dia masukkan evrty month ke dlm akaun dah sejuta...
# sometimes you forgot...but the reader never forget , dear!
# yg sederhana kaya pun ada yg jauh dr landasan agama...x semestinya perlu kaya juta2...buat sikit kelainan...Attar kan kurang didikan ibubapa..bukan sbb kaya semata2 dia jahil agama..
...hanya pendapat...TQ
even attar kurang bab agama, xkan dia kurang gak bab 'anak' tu..bertambah bengong la attar klu stick ngan neesa tu..nikah pon xsmpi 4 jam kot..ni dah 4 weeks preggy......