CINTA DI HUJUNG NODA 8 * JANGAN BERSEDIH *
>>>> enjoice!!!!!<<<<<
“Hei, you nak ke mana ni? Siapa nak jaga Attar dekat dalam
tu?” suara mama kuat menyapa pendengaranku, perlahan-lahan aku menggapai kerusi
roda lantas ku kalihkan tubuh sendiri dengan kudrat yang ada ke atas kerusi
itu.
Duduk yang tidak selesa ku perbetulkan dan dengan berhati-hati aku
gerakkan kerusi roda ini menuju ke luar bilik mencari arah datangnya suara
mama. Di suatu sudut terlihat mama sedang bercekak pinggang manakala Nia hanya
menunduk. Aku hampiri mereka berdua lantas mama terus sahaja diam membisu.
“Mama, kenapa bising-bising ni?” soalku ingin tahu. Jelingan
tajam mama menikam wajahku seketika aku hela nafas yang berat. Pasti ada
sesuatu yang mama barankan!
“Mana Attar kutip budak ni?” soal mama membahasakan Nia
dengan panggilan budak. Aku ketap gigi, sakit hati mendengar Nia dibahasakan
sedemikian.
“Dia bukan budaklah mama, mama ni apasal dah mabuk nak
marah-marah orang ni kenapa?” soal ku dalam nada mendatar. Nafas mama berbau hamis
menusuk hidung, huh sungguh aku tidak gemar hal yang satu ini.
“Mama tak nak dia duduk sini, mulai hari ni mama nak hire
orang lain jaga Attar! Jangan bantah,” selar mama dalam sedar tak sedar. Aku jegilkan
mataku, mana mungkin Nia tinggalkan aku, dia hak dan tanggungjawab aku walaupun
aku tidak punya kudrat yang kuat untuk melindunginya.
“Apa mama cakap ni? Sudahlah mama, Attar dah terima mama pun
dah cukup baik bukan? Kalau mama halau Nia keluar mean, jangan nak harap Attar
boleh duduk diam. Tahulah Attar nak buat apa pada mama terutama sekali pada
jantan kesayangan mama tu!” ugut ku menolak sedikit kerusi roda mendekati Nia.
“Budak ni buat mama malu tahu tak? Mama malu dengan
kawan-kawan mama!” Datuk Sherry, ibu yang melahirkan aku malu pada perempuan
yang lebih muda bahkan tampak polos kekampungan dengan jubah yang meleret itu. Aku
ketawa sinis, lucu mendengar alasan mama.
“Apa yang mama malukan?” soal ku pendek. Mama mendengus, Nia
pula menunduk dan aku tahu dia sedang terluka mendengar penghinaan mama.
Ah, kalau mama kata mama dah tak suka tiada siapa pun boleh
larang dan sekat kehendak mama!” aku semakin galak ketawa mendengar kata-kata
mama, Nia sentuh belakang ku perlahan mengisyaratkan kepada ku agar menjaga
kata-kata. Dengan Datuk Sherry ini tidak ada apa yang perlu ku jaga, dia pun
sama seperti aku. Lebih kurang bahkan aku mungkin lebih baik darinya!
“Hei perempuan, kau buat apa pada Attar hah sampai dia
kurang ajar macam ni dengan aku?” mama menarik tudung Nia hingga terlucut. Niqab
yang dipakai juga melayang jatuh ke lantyai. Laju Nia menunduk mengutip semula
satu persatu. Aku ketap gigi, tindakan mama sudah melampau! Dan ketika ini
beberapa rakan mama juga sudah mula mengerumuni kami untuk melihat apa
sebenarnya yang terjadi antara aku, mama dan Nia tatkala suara mama kuat bergema
di tingkat tiga banglo mewah ini dan ianya berjaya menarik perhatian mereka
untuk turut sama menjadi pemerhati.
“Aunty, seriously Attar dah berubah sejak berkawan dengan
that perempuan!” sampuk Shasha berdiri di sebelah mama ku. Aku pandang dia
tajam, perlahan-lahan dia menyembunyikan tubuh dibelakang mama ku pula. Bella
hanya dia tidak berkutik, mendengar tetapi tidak masuk campur seperti Shasha!
“Kau buat apa pada anak aku hah?” wajah Nia tersembam ke
lantai ditampar mama. Aku lihat Nia menggosok pipinya sambil mata itu sudah
mulai berkaca-kaca. Ada darah pekat mengalir melalui celah bibir merah basah
itu. Aku ketap gigi kukuat menahan amuk di hati!
“Apa yang kau nak sampai kau porak perandakan hubungan aku
dengan anak aku ni? Kau nak apa?” Mama masih lagi baran mengasari Nia. Aku yang
hanya memerhati kini tidak betah untuk membiarkan mama terus terusan perlakukan
Nia sesuka hati. Dia adalah tanggungjawab ku!
“Mama, apa ni? Stop, stop mama.” Mama yang aku kenali bengis
di pejabat kini sudah pamer sikap itu dirumah, kemarahan mama bagaikan orang
gila hingga sanggup memukul tubuh Nia berkali-kali menggunakan beg tangannya. Aku
mulai geram dan bertambah baran!
“Aku cakap berhenti maknanya berhentilah!” aku jerkah sekuat
hati hingga mama terkaku dan terkedu seketika dari terus mengganyang Nia yang sudah
terjelepuk di lantai.
“Aunty, kita duduk dulu,” Bella membantu mama ku bangkit
sambil dia memaut erat lengan mama dan dibawa ke sofa di sebelah kanan aku
berada.
“Attar, mama yang besarkan Attar! Begini layanan Attar pada
mama?” Datuk Sherry bersuara lirih! Aku peduli apa? Hubungan aku dengan wanita
ini tidaklah seakrab mana, bukan dia yang membesarkan aku bahkan jauh sekali
mengambil tahu sakit dan peningku. Dia bukan tahu apa-apa hatta hari lahir aku
juga tidak pernah disambut melainkan dengan kiriman hadiah itupun setelah
diperingatkan oleh setiausahanya. Jika tidak, aku yakin dia sendiri tidak tahu
dan pasti lupa tambahan pula aku adalah beban baginya suatu masa dahulu.
“Bila masa mama besarkan Attar ni?” soal ku pendek. Aku lihat
wanita itu panggung wajahnya, ada air mata bergenang di pipi itu. Ah persetankan
semuanya!
“Pernah kita makan semeja? Pernah kita tengok tv bersama? Pernah
kita bercuti di mana-mana? Pernah hantar dan jemput disekolah? Pernah kita
luangkan masa macam anak dan ibu? Pernahkah?” soalku bertalu-talu. Mama tundukkan
wajahnya lama, mengerti pada salahnya barangkali.
“Tak pernahkah? Yang mama tahu setiap bulan mama hulurkan
duit belanja dan penuhkan akaun simpanan Attar dari umur Attar sebulan hingga
menjangkau 22 tahun. Mama nak tahu berapa simpanan Attar yang mama masukkan
dulu?” aku senyap seketika sebelum menyambung bicara.
“Semuanya dekat sejuta mama, tapi Attar tak happy! Tak gembira,
Attar lebih teruk dari anak yatim yang tak ada ibu bapa! Mama bukan pernah
ambil tahu, sebab mama pun dibesarkan dengan cara begitu kan?” soalku perlahan.
Mama hanya senyap dan beberapa rakannya mulai meninggalkan perkarangan ruang
tengah di tingkat tiga itu setelah papa tiriku mengajak mereka turun bagi
memberi ruang dan peluang untuk aku dan mama bersemuka dan menyelesaikan
masalah ini.
“Sudahlah mama, better mama jangan masuk campur urusan Attar
seperti mana Attar tak pernah masuk campur hubungan mama dengan papa dan
seperti mana mama halau abah Attar dulu. Sekarang, mama bebas jalani kehidupan
mama. Dan Attar juga bebas tentukan jalan hidup sendiri!” gumam ku lalu
mendekati Nia.
“Nia bangun, tinggalkan rumah ni sekarang juga! Aku nak kau
pergi jauh dari sini, kau tak sesuai bersama aku. Kita tak sekufu, tidak
sehaluan, berbeza cara hidup dan amalan dan kita juga tak seharusnya bersama.” Dia
angkat wajah yang basah dengan air mata, ku kesat dengan hujung jari lantas ku
kuntum senyum.
“Pergi dari sini,” gumam ku perlahan berbisik. Dia enggan
namun aku pamerkan senyum yang aku kuat untuk teruskan hidup tanpa dia di sisi.
Ku tarik tangan itu agar bangun dan aku mahu dia pergi dari rumah ini dengan
segera
“Tak nak, Nia hanya ada tuan Attar dalam hidup ni.” Rayunya lagi.
Aku masih tetap tersenyum walaupun hati ku sudah terhiris dalam dan pedih.
“Nia jaga diri kau elok-elok! Suatu hari nanti aku akan cari
kau lagi... Aku sayangkan kau!” dahi itu ku kucup lama lantas ku tolak pegangan
tangannya yang kejap. Ku palingkan wajah tidak sanggup melihat dia pergi, derai
air mata itu sungguh menghiris rasa hati ku. Namun demi yang terbaik untuknya,
aku sanggup lepaskan dia pergi! Kerusi roda itu ku tolak dengan kudrat yang ada
memasuki pintu pagar, ku arahkan Pak Deris menutup ia dengan segera. Perlahan-lahan
air mata ku gugur juga saat melihat Nia memasuki perut kereta dan berlalu
meninggalkan aku di sini.
Kerana sesungguhnya di sini mawar yang merah tidak dapat
berkembang di tanah yang gersang.
Comments
sedihlah pula.
tapi kalau attar tak buat mcm tu, kesian kat nia. attar pun takde kudrat nak halang orang buat macam2 kat ni.a
hope betul attar akan cari nia.
hopefully.
=)
so nice...
im waiting 4 ur new n3..