CINTA DI HUJUNG NODA 7
“Nia, tolonglah aku! Sejuk kot,” aku memanggil Nia sedari
tadi lagi namun tidak sedikit pun dia berpaling mengendah aku yang masih lagi
dibiarkan di tepi kolam renang. Usai sahaja melayani pertanyaan pegawai dari
majlis perbandaran itu Nia langsung berlalu ke dalam rumah. Aku juga masih pegun
menanti dia datang membantu dan membawa aku masuk serta menukarkan pakaian yang
sudah basah lencun. Kerusi roda ku pula sudah tenggelam di dasar kolam, huh aku
pandang dada langit yang semakin kelam.
“Nia....” aku dengar suara ku meleret memanggil namanya
namun dia masih tidak menyahut. Aku tegakkan duduk seketika, menarik nafas
dengan tenang lalu melepaskannya perlahan. Sesuatu harus dilakukan, ya
walaubagaimana sekalipun aku harus masuk segera ke dalam rumah, sudah tidak
tertahan lagi rasa sejuk yang mencengkam hingga ke tulang. Aku mengesot sedikit
mendekati dinding rumah lalu mengheret kaki yang terasa
sungguh berat untuk
digerakkan ini perlahan-lahan hingga akhirnya dalam susah payah itu tubuh ku
tiba jua di muka pintu. Penat dan lelah rasanya mengesot dari kolam renang
menuju ke muka pintu. Aku sandarkan tubuhku di daun pintu berukir, aku hela
nafas yang sedikit tersangkut-sangkut lalu aku panggung wajah melihat daun
pintu yang masih lagi tertutup rapat. Nia marahkan aku, apatah kali ini aku
lihat I-phone bewarna putih itu sudah terdampar di hujung pintu.
I-Phone ku gapai lantas nombor Pak Deris ku dail, sesudah
mendail aku matikan talian dan masih berharap Nia sudi menjenguk aku yang masih
lagi berada di muka pintu. Ku panggung wajah mengharapkan daun pintu terkuak
namun sekali lagi aku hampa.
“Tuan muda, sini Pak Deris angkatkan!” aku angguk sahaja
lantas tubuhku di papah hingga masuk ke dalam perut kereta Pak Deris. Dalam keadaan
pakaian yang basah, aku masih lagi tidak lepas memandang rumah mewah yang
dihuni oleh Nia dari jauh
sekurang-kurangnya aku harapkan Nia akan memerhatikan aku secara
curi-curi disebalik jendela seperti yang sering kali berlaku di dalam drama TV.
Harapan tinggal harapan, wajah yang ku harapkan tidak muncul dihadapan mata,
kereta yang dipandu Pak Deris pula sudah tiba di perkarangan rumah banglo milik
ku. Aku ketap bibir, entah mengapa hati lelaki ku ini terasa pedih bagai
dihiris. Wajah ku raup sekali dan rambut yang masih basah menutupi dahi ku
selak ke belakang.
“Pak Deris, hantar ke bilik tingkat atas.”arah ku seraya
menunggu Pak Deris mendapatkan sebuah lagi kerusi roda yang disimpan di bilik
stor. Aku membuang pandang ke pintu pagar, melihat kalau-kalau Nia datang
memujuk ku namun aku hampa buat kali ketiga. Rasa sebak mula menghimpit hati,
aku tundukkan pandangan memandang hujung kaki. Terasa kali ini aku benar-benar
tewas dalam permainan emosi.
“Pak Deris menolak kerusi roda hingga ke muka pintu, laju
sahaja aku arahkan dia meninggalkan aku di situ. Usai ditinggalkan, dengan
kudrat kedua belah tangan kerusi roda itu ku tolak memasuki bilik di hujung
sebelah kanan. Tombol pintu ku pulas perlahan, dengan berhati-hati aku menyusup
masuk menuju ke jendela yang dihiasi langsir bewarna keemasan. Daun tingkap ku
tolak sedikit melihat rumah Nia dari kejauhan.
Hanya bumbung sahaja yang mampu
ku tatap, Nia? Sudah lama merajuk tinggalkan aku di sini.
Enggan melayan rasa kecewa, aku mengerakkan kerusi roda ini
memasuki kamar ku semula. Pakaian yang basah lencun ini perlu ditukar segera,
sejuk yang mula terasa bagaikan menggigit permukaan kulit setelah penghawa
dingin yang sememangnya sentiasa terpasang menambahkan lagi rasa sejuk. Tanpa bantuan
Nia, aku uruskan diriku sendiri. Sukar namun pada siapa lagi untuk aku
bergantung? Pada Mak Mah sudah tentu tidak dan pada mama pula adalah mustahil. Usai
bersiap aku rebahkan tubuh di atas katil, untuk menghubungi Nia terasa malu dan
untuk menghantar sms aku rasa segan. Aduh payahnya rasa hati yang begini, dalam
aku melayani perasaan aku mendengar ketukan di muka pintu.
“Masuk,” arah ku selamba dan aku masih lagi berbaring
membelakangi pintu. Suasana masih senyap seperti biasa, aku pula sedang
menunggu individu yang mengetuk pintu tadi bersuara. Namun keadaan tidak
berubah lantas ku palingkan wajah, nah wajah Nia yang sedang bertelekung sedang
memandang wajahku tajam. Aku tekan liur, antara rasa bersalah dan rasa kecewa.
“Err... mana purdah?” tegurku menghilangkan rasa canggung di
hati. Nia merapati aku di birai katil. Tangan ku digapai lantas di kucup
sekali. Aku tarik segera, rasa sebal sudah mula menghimpit! Wajah yang tadi
teruja menatap wajah bersih Nia ku palingkan ke kanan.
“Kenapa tuan balik? Nia solat sekejap waktu dah nak habis
tadi,” gumamnya pendek. Aku mendengus kasar. Alasan semua itu! Tangan yang
jatuh dibahu ku ku tolak sedikit menjauh.
“Merajuk lagi, memang orang sakit kuat merajuk agaknya,” Nia
membebel seorang diri. Aku pegunkan tubuh tidak mahu terpengaruh dengan
kata-katanya.
“Tuan, lusa kita dah mula puasa!” gumamnya memaut mesra bahu
ku. Aku sentuh dagu dengan hujung jari telunjuk, seingat aku tahun lepas puasa
bulan lapan. Sekarang baru bulan tujuh, awalnya puasa tahun ni. Bukankah setiap tahun bulan puasa jatuh pada bulan yang sama, entahlah aku sendiri tidak pasti. Tahun lepas puasa bulan Ogos, tahun sebelum itu juga kalau tak salah masih juga bulan Ogos. Habis kenapa tahun ni jatuh bulan tujuh pula? Arghhh dia
ni kalau nak menipu aku pun agak-agaklah!
“Bestkan, tak sabarnya?” ucapnya lagi. Aku mendengus dengan
lebih kuat lantas ku tolak tangan yang melingkari bahu ku. Dari berbaring aku
bingkas duduk, sambil merenung ke dalam anak mata itu, lama dan tajam!
“Tahun lepas kita puasa pertengahan bulan lapan, sekarang
baru nak masuk bulan tujuh! Macam mana pulak boleh awal setengah bulan?” sergah
ku seraya memegang ke dua belah pipinya. Ku picit geram, geram kerana rindu!
“Yeke? Tapi kelendar Islam mana sama dengan kelendar orang
putih yang kita guna sekarang. Sekejap ya,” Nia bangkit lantas keluar dari
bilik, beberapa ketika dia muncul semula bersama mini kelendar.
“Tengok ni lusa 15 Julai, tengok kelendar Islam dah jadi 1
Ramadhan. Ermmm lagi 30 hari kita nak raya,” Nia bertepuk tangan gembira. Aku angguk
sahaja, terasa diri ini benar-benar kurang ilmu agama apatah lagi setiap kali
tiba bulan puasa, boleh dikira berapa banyak hari yang aku mampu berpuasa,
selebihnya sudah pasti aku ponteng.
“Nia,” panggilku sekali. Dia panggung wajahnya memerhatikan
aku. “Hurmmm?” balasnya pendek. Aku menguntum senyum, bahagian pula melihat dia
duduk di sisi ku saat ini. “Mana purdah kau?” soalku pendek. Dia ketap bibir
yang merah basah, aku pula telan liur. Haishhh..... sabar sikit!
"Kenapa kau pakai purdah? Bukan aurat pun?" selar ku tersenyum sinis.
"Memang muka bukan aurat, kalau buat haji sekalipun ada masanya kena buka juga kecuali bahagian muka dan tapak tangan. Lagi pun Nia selesa dengan berpurdah," aku lihat dia senyum. cantik sangat!
"Kenapa kau pakai purdah? Bukan aurat pun?" selar ku tersenyum sinis.
"Memang muka bukan aurat, kalau buat haji sekalipun ada masanya kena buka juga kecuali bahagian muka dan tapak tangan. Lagi pun Nia selesa dengan berpurdah," aku lihat dia senyum. cantik sangat!
“Lagi pun purdah ada dalam beg, tadi nak ke sini Nia pakai! Dah sampai
kenalah buka, sebabnya ada orang dah cabul kesucian wajah Nia ni,” gerutunya
perlahan. Aku tersengih, faham dengan orang yang dimaksudkan. Yalah aku juga yang menarik purdah yang dipakai hingga dia merajuk, kemudian siang tadi aku berpura-pura mati dan saat yang paling bahagia melihat Nia tidak bertudung serta tidak juga berpurdah dan sempat lagi aku ambil kesempatan untuk memeluknya. Lagipun dia halal buatku, dia kan isteri aku!
Aku senyum sorang-sorang namun kerutan di dahi Nia membantutkan tindakan aku untuk terus dan terus tersenyum. Dia diam aku juga diam sebelum aku mendengar dia berkata sesuatu.
“Lagipun Nia baru sudah solat maghrib, masa solat Nia tak
pakai purdah!” gumamnya menyelak helaian kelendar satu persatu. Dare\i ekor mata aku mencuri
pandang wajah yang sedikit menunduk itu namun hanya alis dan hidung mancung itu
yang ternampak sedikit.
“Laparlah, teman aku makan!” ucap ku sambil memegang perut. Nia
mencebik, sudah pasti dia akan katakan aku lelaki yang mengada-ngada. Ah peduli
apa aku! Dia bergerak masuk ke bilik air untuk menukar telekung yang dikenakan tadi kepada tudung bulatnya. Jubah bewarna hitam pula menjadi pilihannya malam ini sambil dilengkapi niqab Nia melihat penampilannya di cermin solek. Membelek penampilan diri aku pula hanya memerhatikan image yang terpantul melalui cermin itu. BErpuas hati dengan penampilannya, Nia mnedekati aku lalu tubuh ku dipapah naik ke atas kerusi roda.
Kerusi roda ku disorong memasuki perut lif menuju ke
tingkat bawah. Terbuka sahaja pintu lif, aku melihat ruang tamu dan bahagian
tengah rumah ini sudah dipenuhi beberapa tetamu mama dan papa. Aku angkat wajah
mencari wajah Nia yang masih berdiri dibelakang ku. Alunan muzik berentak jazz
kedengaran bergema perlahan di ruang yang sudah dirias bagai sebuah dewan
banquet, aroma ayam panggang juga sudah menusuk ke rongga hidung. Pasti ada
acara yang mama dan papa raikan. Tentang apa aku sendiri tidak pasti, yang selalu
aku fahami kehidupan golongan mewah seperti keluarga ku ini akan mengadakan
majlis keraian dengan cara meraka sendiri seperti hari ini yang mama dan papa
anjurkan. Minuman keras juga salah satu menu wajib yang perlu ada cuma aku
hairan jika melihat golongan wanita lingkungan lima puluhan seperti mama
bergaya bagai anak remaja. Sungguh tak kena! Dalam leka memerhatikan gelagat
tetamu mama, aku sempat pula menjeling sekilas ke arah Mak Mah yang sedang
memasuki ruang dapur. Kalut sahaja langkahnya, aku tersenyum lucu.
“Hey Attar buat apa dekat bawah ni? Nia bawak Attar naik,
nanti kawan-kawan I nampak, mana I nak letak muka tambah-tambah Attar dah jadi
macam ni,” gumam mama yang sudah anggun dengan skrit paras lutut dan berbaju
tanpa lengan lalu berlalu meinggalkan aku dan Nia termangu di tepi pintu lif. Aku
palingkan wajah, menahan rasa amarah dikatakan sebegitu oleh mama. Kenapa? Hina
sangatkah aku pada pandangan mata mama hingga perlu disembunyikan dari
pandangan mata mereka semua? Ah, aku tumbuk dinding konkrit itu kuat. Pantas Nia
menarik tanganku ke dalam pegangan tangannya lalu meniup ia beberapa kali
persis anak kecil yang terluka.
“Tuan, kita naik dulu. Nanti Nia ambilkan untuk tuan,” aku
angguk sahaja malas untuk berkata-kata.
Sedang aku menunggu Nia membawakan aku makan malam, daun
pintu ku diketuk dari luar. Cepat sungguh Nia kembali pada perkiraan ku baru
sahaja sepuluh minit dia turun ke tingkat bawah!
“Masuk,” aku angkat wajah melihat Nia di muka pintu. Nyata sekali
lagi aku terkejut, Bella masuk menapak ke kamar ku dalam keadaan seksi
menggoda.
“Hai Attar, lama tak jumpa you!” tuturnya sambil duduk menyilang
kaki dibirai katil. Buku yang ku selak sedari tadi ku tutup lantas ku letakkan
di ribaan.
“Hai Bella, how UK?” soalku berbahasa bahasi. Dia senyum lantas
mendekati sedikit tubuhku, aku menginjak sedikit ke belakang.
“Tak best, you tahukan sejak you tak jadi study satu
universiti dengan I seriously I rasa bosan sangat! You tahukan you sorang je
best friend yang I ada,” Bella menyentuh
sedikit lengan ku dengan hujung jari telunjuk.
“Baguslah I tak ada, sekurang-kurangnya you boleh study and
lebih focus! Kalau I ada dekat sana,
surely you boleh kantoi exam! I kan suka berparti and clubbing,” gumam ku
selamba. Bella mencebik tidak puas hati dengan kenyataan ku namun segera
dimaniskan wajahnya memancing simpati.
“Mujur mama you buat parti malam ni, esok-esok kalau puasa
dah tak boleh nak minum-minum macam selalu. Takkan you nak mabuk bulan puasa
kan? Rasa macam tak kena gitu,” Bella ketawa gedik aku pula sudah kembang tekak
mendengar lenggok bahasa yang digunakan.
“Kenapa you tak join kitorang dekat bawah? Shasha dengan
parents dia pun datang juga! Ke you dah bertaubat?” soal Bella sedikit
mengejek. Aku menjuih seketika, namun ku sabarkan juga hati.
“You tak payahlah nak bertaubat sangat Attar, kita kan muda
lagi! Lagipun you jugak yang ajar I cara-cara nak minum, you yang selalu angkut
I pergi clubbing area KL ni and jangan buat-buat lupa you juga yang kenalkan I
dengan estacy dan lain-lain... so takkan sekarang you nak stop?” provok Bella
lagi. Aku tahan nafas, dari mana pula dia mendapat khabar yang aku sudah
bertaubat bagai? Memang nak makan penumbuk siapa yang menjaja cerita aku pada
Bella. Hello ini Attar okey, satu KL kenal dengan lelaki yang bernama Attar!
“Huh, whateverlah Bella!” balas ku malas memanjangkan
cerita. Entah mengapa sedikit sebanyak aku gusar andai Nia mengetahui latar
belakang kehidupan aku sebelum dia menjadi isteri ekspress ku malam itu.
“Attar, mama you buat parti untuk meraikan kedatangan bulan puasa. Lagipun kita kena hormat bulan mulia ni kan?" Soal Bella ketawa sinis. Aku beriak selamba, sudah menjadi kebiasaan aku dari zaman sekolah menengah hingga terbawa-bawa ke alam kampus, masa terluang ku pasti terisi dengan aktiviti liar tambah-tambah hujung minggu nak-nak apabila bulan puasa datang lagi. Jika orang Islam yang lain menyambut kehadiran Ramadhan dengan syukur, tidak pula bagi aku dan rakan-rakanku yang menganggap ianya satu beban yang menysusahkan, terpaksa bersembunyi untuk makan di siang hari dan macam-macam lagi yang perlu ku tempuh! sungguh aku tidak gemar akan bulan puasa.
"Malam ni kita kena enjoy habis-habisan okey, so come and join us,” ajak Bella menarik tangan ku untuk turut sama berdiri untuk mengikuti langkahnya turun ke bawah. Aku tarik semula tangan ku, Bella pula semakin erat memaut walaupun aku menepisnya. sedang aku tarik menarik daun pintu terkuak. Nia yang sedang menatang dulang memandang aku tanpa berkelip. Huh, habislah aku!
"Malam ni kita kena enjoy habis-habisan okey, so come and join us,” ajak Bella menarik tangan ku untuk turut sama berdiri untuk mengikuti langkahnya turun ke bawah. Aku tarik semula tangan ku, Bella pula semakin erat memaut walaupun aku menepisnya. sedang aku tarik menarik daun pintu terkuak. Nia yang sedang menatang dulang memandang aku tanpa berkelip. Huh, habislah aku!
“Attar who is she?” soal Bella hairan lantas mendekati Nia dan berpusing
mengelilingi Nia sambil memerhatikan tubuh itu atas ke bawah berulang kali.
“ You tak pernah tengok orang pakai purdah?” soalku sengaja
bertanya begitu setelah Bella tidak habis-habis memandang Nia sebegitu.
“I nak turunlah, gerun!” Bella segera keluar menapak melepasi
daun pintu menuju ke lif di tengah rumah ini. Tergesa-gesa sahaja langkahnya! hahaha aku geli hati dengan keletah Bella. Tahu pun takut!
“Tuan, makan ni.” Nia meletakkan dulang berisi makanan ke
atas meja kecil lantas duduk bersebelahan ku. Aku letak buku tadi di atas
bantal lantas mencapai sudu dan garfu menimati pasta dan dessert yang
disediakan Nia.
“Tuan, saya nak keluar sekejap. Ada kelas, maybe balik lambat
sikit.” Tuturnya mendatar
tidak lagi membahasakan diri dengan nama.
“Pukul berapa nak balik?” soalku pendek. Dia jungkit bahu sebagai
tanda tidak dapat memberi kan waktu yang tepat.
Drop your komen :)
Comments
>>k<<
HEHEH