CINTA DI HUJUNG NODA 22
assalamualaikum selamat pagi semua. selamat petang dan malam (kepada mereka yang membaca ketika ini) enjoicesss :)
“Haishhh.... sudah-sudah, Nia nah ambil Attar ni! Manja
sangat,” seloroh abah buat aku kembali tersenyum dalam esak. Pelukan erat tadi
ku leraikan sambil sebelah tangan menyeka air mata yang masih bersisa, wajah
mama ku perhatikan sekilas dan Nia juga ku tenung namun pandangan ku tidak
bersambut. Aku tahu Nia masih dalam rasa kecewanya lagi!
“Nia, abang minta maaf!” tutur ku sambil kedua tangannya ku
raih dalam genggaman tangan dan perlahan dia menarik minta aku melepaskannya.
Wajah itu juga bagai tidak sudi lagi memerhatikan aku yang masih tegak berdiri
dihadapannya, tunduk menekur lantai.
“Mama sakit apa?” soalnya sepatah dan aku pandang wajah abah
minta penjelasan mengapa Nia berubah laku sedemikian. Abah balas pandangan ku
dengan senyuman langsung menapak keluar menolak kerusi roda mama dari bilik itu
lalu meninggalkan aku berdua memulakan bicara kami lewat petang itu.
“Nia, abang lapar..”
ucap ku cuba mengampiri tubuhnya namun dia mengelak sedikit menjauhi.
“Sayang, kenapa nak marah-marah ni! Abang lapar, masakkan
untuk abang,” pinta ku sekali lagi sambil berpusing menghala ke sofa yang terletak dihujung bilik mama lantas
punggung ku labuhkan seketika. Nia masih diam tidak menunjukkan sebarang reaksi
untuk berbicara, aku raup wajah sekali lantas kembali mendapatkannya, ingin memujuk agar dia kembali berbicara.
“Jangan sentuh Nia, abang nak makan apa?” tangan yang baru
sahaja ingin mendarat di tepis perlahan. Haisyy..... perbuatan Nia buat sabar
ku sedikit teruji.
“Sayang masaklah apa-apa pun asalkan perut ni kenyang, abang
turun dulu! Sayang jangan marah-marah, nanti cepat tua abang cari orang lain!” gumam
ku sambil menapak keluar dari bilik mama. Cebikan Nia buat aku ketawa kecil dan dia aku tinggalkan sendirian lantas
langkah kaki ku atur menuju ke bilik air. Sejurus itu, aku
bingkas turun ke ruang tamu mendapatkan abah dan mama, kelihatan abah sedang berbual
sesuatu sambil diamati oleh mama.
“Abah, tidur sini ya.” Ujar ku buat abah yang sedang leka
menyelak helaian majalan menoleh ke arah ku sekilas. Persekitaran ruang tamu rumah ini masih kemas seperti dahulu walaupun ketiadaan Mak Mah dan harumam lavender menusuk deria bau ku saat ini.
“Tak bolehlah Attar, tak elok orang tengok...” celah abah
sambil menutup majalah yang sedang di baca tadi. Sekilas aku perhatikan muka hadapan akhbar yang tertera perkataan MASKULIN.
“Kenapa pulak tak elok? Mama pun dah single,” sampuk ku
lagi buat abah senyap seketika. Helaan nafas yang keluar dari bibir abah kedengaran perlahan.
“Tapi mama masih dalam iddah, esok Attar bawa mama daftarkan
perceraian dekat pejabat agama. Kalau abah yang bawak, memang tak manis pada
pandangan mata orang. Jadi Attar uruskan proses penceraian mama nanti,” tambah
abah buat aku berfikir sejenak. Ada benarnya juga kata-kata abah, aku masih ada
untuk menguruskan segalanya tambahan pula abah sudah tidak ada apa-apa hubungan
dengan mama lagi.
“Nia mana bah?” soal
ku sambil melilau memerhatikan persekitaran ruang tamu dan ruang tengah namun kelibat itu tidak pula
kelihatan. Ke mana agaknya Nia?
“TAk silap ada di dapur, tengah masak! Abah pun lapar ni,” sambut
abah sambil menggosok-gosok perut yang sedang berkeroncong minta diisi namun rasa lapar itu tidaklah terlampau dirasakan sangat dan ada
baiknya, makan sebelum lapar berhenti sebelum kenyang seperti yang diamalkan
Rasullullah.
“Abah, ermm... pasal mama siapa yang nak uruskan?” tanya ku
sambil tayang pandangan redup dihadapan abah, meminta simpati dan pendapat
darinya.
“Neesa ada, suruh Neesa jaga mama. Lagipun dia tak bekerja.”
Laju abah mencadangkan ideanya yang aku sendiri tahu tidak mungkin berkesan.
“Huh, Neesa nak diharapkan jaga mama? Kalau dia nak jaga
memang dah buang tabiatlah budak tu bah! Baru mintak tolong tengok-tengokkan
mama dekat hospital, dah melencong ke tempat lain inikan pula suruh jaga mama
sepanjang hari. Dia tak boleh diharap bah!” tutur ku buat abah tersandar ke
sofa.
“Hmm.. apa kata Attar carikan nurse yang boleh jaga mama!” idea
abah buat aku kembali senyum, bagaimana aku boleh terlupa akan hal itu.
Ya, esok aku akan carikan nurse yang boleh merawat dan menguruskan mama dengan
baik. Tentang Neesa akan ku uruskan dikemudian hari.
“Bah, Attar ke dapur dulu tengok-tengok Nia. Mama nak
apa-apa tak, Attar ambilkan?” soal ku buat mama geleng kepalanya begitu juga dengan abah yang
kembali menatap majalah yang tadi sedang dibacanya.
Aku atur langkah memasuki ruang dapur, kelibat Nia yang berjubah merah lembut menyapa pandangan mata, sejuk hati melihat cara pemakaian Nia yang bertutup tapi kemas dan menarik untuk dipandang.
“Nia, masak apa?” aku intai sikit ke dalam kuali yang sedang
dihangatkan di atas dapur. Saat ini aku rasakan keningku bagai bercantum satu
melihat tiada apa yang kelihatan di dalam kuali tersebut. Seketika pandangan ku
alihkan ke arah meja, di sana juga kosong, jadi apakaah yang Nia lakukan sedari
tadi lagi?
“Nia, ermm.. sayang nak masak apa?” tegur ku sekali lagi
agar dia kembali menjawab pertanyaan.
“Nia tak tahu nak masak apa, semua bahan dah habis.”
Tuturnya buat aku tersentak seketika. Peti sejuk ku hampiri dan pintunya ku
tarik. Mata meliar ke segenap ruang, hampir semua stok bahan-bahan basah tidak
kelihatan seperti biasa. Dah habis!
“Alamak, abang terlupa nak beli!” selar ku buat Nia mencebik
dan aku kucup bibirnya pantas. Rindu tiba-tiba hadir menjengah dan dia ku
pandang dengan pandangan kuyu penuh mengharap.
“Jangan nak ngada-ngada, jadi sekarang ni nak masak atau
makan dekat kedai?” Nia tepis wajah yang semakin menghampiri wajahnya lalu dia
bergerak sedikit menjauh buat aku kecewa sebentar. Haishyyyy.... aku pun tidak
menyempat menuntut rindu darinya, senyuman manis ku hadiahkan buat Nia yang
masih lagi masam mencuka.
"Sayang......" panggilku buat dia berganjak sedikit jauh dan aku ketawa kecil melihat responnya saat itu. Takut sangat andai aku menuntut kasih sayangnya ketika ini.
"Sayang......" panggilku buat dia berganjak sedikit jauh dan aku ketawa kecil melihat responnya saat itu. Takut sangat andai aku menuntut kasih sayangnya ketika ini.
"Kita nak makan dekat mana bang?" sekali lagi Nia bertanya. aku kemam mulut, berfikir sejenak.
“Makan dekat kedailah, nak tunggu sayang masak dekat dua jam!” gurau ku buat wajah itu semakin kelat.
Hairan rasanya melihat perubahan Nia yang terlalu sensitif, jika dahulu aku bergurau bagaimana sekalipun dia masih mampu tersenyum, tetapi kali ini senyuman itu sudah lama mati hanya wajah kelat dan muncung tajam itu yang kelihatan. Masih marahkah dia pada ku?
“Makan dekat kedailah, nak tunggu sayang masak dekat dua jam!” gurau ku buat wajah itu semakin kelat.
Hairan rasanya melihat perubahan Nia yang terlalu sensitif, jika dahulu aku bergurau bagaimana sekalipun dia masih mampu tersenyum, tetapi kali ini senyuman itu sudah lama mati hanya wajah kelat dan muncung tajam itu yang kelihatan. Masih marahkah dia pada ku?
“Sayang bersiap ya, abang tunggu dekat kereta dengan abah
dan mama. Sayang, senyum sikit mesti nampak comel.” Pesan ku dipandang sepi dan
Nia bergerak meninggalkan aku yang
terpinga-pinga di ruang dapur.
Kereta ku pandu menuju ke Dengkil, dari cerita yang disampaikan oleh Yati setiausaha ku, makanan di sana kebanyakannya sedap-sedap belaka terutama sekali ikan bakar.
Sampai sahaja ke Dengkil kereta ku pandu perlahan menyusur masuk ke sebuah lorong yang diterangi cahaya lampu bewarna warni di kiri dan kanan. Dari jauh kelihatan deretan kedai-kedai makan yang menawarkan menu masakan yang istimewa setiap satunya. Lantas kereta ku letak di bahu jalan, keadaan kenderaan yang tersusun sepanjang jalan menuju ke arah deretan kedai makan yang tersusun berkelompok itu buat hati ku sedikit teruja.
"Nia, tolong abang pegangkan mama sekejap," pinta ku saat tubuh mama mahu diletakkan di atas kerusi roda.
"Abang, hati-hati." pesan Nia sambil memegang lengan mama yang terlepas dari bahu ku tadi. Selepas memastikan mama selesa, aku segera menolak kerusi roda itu sambil diekori oleh abah dan Nia.
"Attar, kita duduk hujung sana! Tempat lain dah penuh," arah abah sambil mengunjuk jari telunjuk kesudut hujung restaurant. Aku perhatikan seluruh ruang restaurant yang penuh dengan pengunjung, awal bulan begini sudah pasti semua kedai makan penuh dengan pengunjung sementelah gaji baru diterima. Tunggulah pertengah atau hujung bulan, pasti restaurant ini tidak sesak sebegini.
"Nia nak makan apa?" soal ku sepatah.
"Abang pesan apa-apa pun takpe, Nia tak kisah!" sahutnya sambil perhatikan aku sekilas.
"Abah, kita nak makan apa? Macam ni, apa kata abah pesan, Attar tak kisah!" gumam ku membiarkan abah sahaja yang membuat pesanan.
"Kalau macam tu kita mintak ikan bakar, boleh?" Tanya abah sambil minta persetujuan ku.
"Attar okey je bah!" sambil senyum aku perhatikan menu yang terdapat di dalam katalog kecil itu.
Pelayan beruniform hitam datang menghantar menu yang dipesan tadi, ikan pari bakar beserta keli dan ayam panggang sudah terbentang di
ruang mata. Kailan serta tomyam juga sudah mengambil tempat di atas meja dan
hanya menunggu beberapa jenis hidangan yang belum tiba sudah buat aku kecur
liur, perut yang pada asalnya tidak berbunyi segera memberi isyarat minta di
isi.
“Jom makan,” ucap ku sambil menunggu abah membacakan doa
makan. Nia ku kerling sekilas, tertanya-tanya di dalam hati bagaimana Nia yang
sedang berniqab itu untuk menjamah makanan sedang ini kali pertama aku makan di
luar bersamanya.
“Nia, tak makan?” soal ku buat abah dan mama pandang ke
arahnya serentak.
“Abang makan dulu, Nia nak suap mama makan. Lepas mama makan
baru Nia makan,” aku angguk sahaja lantas menyenduk nasi buat abah dan mama.
Pinggan berisi nasi putih ku hulurkan buat Nia, dan pantas tangan itu mencedok sayur
dan satu potongan bahagian ikan bakar sudah tersedia di atas pinggan mama.
“Mama makan sikit ya,” aku perhatikan Nia menyuap mama
menggunakan sudu namun mama masih enggan membuka mulut. Aku telan liur, entah
mengapa aku rasakan mama bagai tidak ikhlas menerima Nia seperti mana yang
pernah diungkapkan dahulu.
“Mama, tak nak lauk ni? Nia ambilkan lauk yang lain ya.”
Suara Nia perlahan memujuk mama namun reaksi mama sama tidak berubah, keras dan kaku!
Aku pandang abah sekilas, abah isyaratkan agar aku sahaja menyuap mama waktu itu. Sudu ku letakkan di tepi pinggan lantas pinggan yang sedang di pegang oleh Nia sudah bertukar tangan.
Aku pandang abah sekilas, abah isyaratkan agar aku sahaja menyuap mama waktu itu. Sudu ku letakkan di tepi pinggan lantas pinggan yang sedang di pegang oleh Nia sudah bertukar tangan.
“Mama makan sikit, nanti nak makan ubat senang.” Gumam ku
sambil menyudukan nasi ke mulut mama. Kali ini mama hanya menurut, suapan demi
suapan dikunyah perlahan oleh mama. Aku senyum seketika melihat reaksi mama
yang sebegitu.
“Nia makanlah,” ucap ku sambil wajah yang berniqab ku
perhatikan lama.
“Nia dah kenyang bang,” tuturnya buat aku tersentak. Sejak
bila pula Nia makan dan bagaimana pula tanpa menjamah sedikit pun isteriku ini
boleh mengatakan dirinya sudah kenyang?
“Makan sikit,” pujuk ku dan Nia menurut. Niqab yang dipakai
disingkap sedikit dan sudu itu disuap ke mulut. Terasa lucu melihat Nia
menjamah nasi dalam keadaan sedemikian namun itulah keunikan yang belum pernah
aku lihat Nia lakukan sebelum ini apatah lagi belum sekalipun aku makan
diluar bersamanya.
Usai menyuap mama makan, aku sambung semula suapan yang terhenti tadi, deringan telefon menangkap pendengran.
Laju poket seluar ku seluk, I-Phone ku keluarkan lantas anak mata menerpa ke
arah skrin yang tertera nama Shark. Ya, Shark rakan baik ku yang sudah lama
menghilang.
“Hello Shark, ada apa kau call aku ni?” soal ku pendek
menanti pemanggil disebelah sana bersuara. Nasi ku suap ke dalam mulut menunggu
patah bicara Shark yang sudah lama tidak ku temui.
“Attar, bini kau mabuk! Dia bergaduh dengan awek mana entah!
Datang sini,” bicara Shark buat aku diam seketika, ya beberapa ketika aku
terlupa bahawasanya aku masih ada seorang lagi isteri. Ya Allah, Neesa!
“Dekat mana?” soal ku sepatah menanti penuh debar.
“Tempat biasa, datang cepat!” ucapnya lagi hingga aku tidak
berselera menghabiskan makan malam yang baru ku sentuh sedikit. Talian ku
matikan, abah dan Nia perhatikan tingkah ku sambil masing-masing menyedut
minuman yang berbaki di dalam gelas.
“Kenapa Attar?”
pertanyaan abah ku pandang sepi seketika. Menghela nafas perlahan sebelum menyambung
bicara.
“Neesa mabuk bah,” gumam ku perlahan buat abah tersentak.
Nia juga begitu hanya mama sahaja masih tenang di sebelah abah.
“Asgtaghfirullah'azim, pergilah bawa dia balik Attar, dia tanggungjawab Attar
sekarang ni! Pergilah,” arah abah buat aku serba salah. Nia di sisi ku perhatikan
sekilas, nyata pandangan mata itu dikalihkan memerhatikan ke arah lain.
Merajuklah tu, hessy.... !
“Habis abah nak balik macam mana?” soal ku sepatah. Abah
senyum dan tenang seperti biasa.
“Abah panggil driver, Attar jangan risau pergi dapatkan Neesa!
tentang mama nanti abah hantar ke rumah. Nia boleh tak temankan mama nanti?”
pertanyaan abah buat Nia yang jauh melayang kembali memerhatikan aku dan abah
silih berganti.
“Err... apa dia bah?” sekali lagi Nia minta abah ulang
kata-katanya tadi.
“Abah tanya, sayang boleh temankan mama dekat rumah? Abang
nak ambil Neesa sekejap,”gumam ku perlahan dan Nia angguk sekali. Lega hati ku
bila Nia sudi bertolak ansur dan mengalah sedikit untuk Neesa.
“Abang pergi dulu,” gumam ku sambil kucup dahi Nia laju. Nyata
Nia tersentak dan merona kulit yang terdedah sedikit di wajah itu.
Kereta ku pandu menyusur lebuhraya yang lengang, jam ditangan ku kerling sekilas, sudah menginjka angka sebelas malam. Lama juga aku duduk direstaurant tadi, hingga tidak sedar malam merangkak pergi.
Melewati jalan yang sibuk di tengah pusat bandaraya,buat aku kembali resah dalam mencari arah di mana Neesa berada. Satu persatu pusat hiburan ku kunjungi, terlupa bertanya kepada Shark lokasi sebenar di mana Neesa ditemuinya. Jika dikatakan tempat biasa, aku sendiri tidak pasti kerana semua pusat hiburan itu sering kali ku kunjungi dan sudah biasa bagi ku cuma semenjak pulih dari lumpuh dahulu, aktiviti ini ku tinggalkan perlahan-lahan.
“Hello Shark, sorry kacau kau. Tadi aku call tak dapat,
Neesa ada dekat mana?” soal ku pantas sambil sebelah tangan melekapkan earphone
yang hampir terjatuh tadi kembali ke telinga.
“Dekat Zouk, tadi dekat sana!” sambung Shark dalam nafas
turun naiknya, pasti sedang melakukan projek. Itu sahajalah yang diketahui
lelaki itu, entah siapa pula mangsanya kali ini. Shark... Shark.... bilalah kau nak berubah!
“Kau buat apa ni? Macam tengah sibuk buat kerja!” selar ku
sambil menekankan perkataan ‘buat kerja’ sedikit kuat.
“Tahu tak apa, okey bye!” talian di matikan. Kurang asam
punya kawan! Aku sumpah dia dalam hati.
Kereta ku letak di bahu jalan, mungkin sekejap sahaja masa diambil untuk mendapatkan Neesa. langkah kaki ku atur menuju ke tempat yang dimaksudkan oleh Shark. Selesai membuat bayaran, aku menapak masuk melewati setiap ruang yang ada, asap rokok dan bingit muzik yang menyapa buat aku tidak selesa, rasa rimas berlama-lama di situ buat aku tidak sabar untuk segera keluar dan menghirup udara segar di luar.
Langkah kaki masih ku atur sambil mata meliar mencari kelibat Neesa hingga mata ku ini tertancap pada sekujur tubuh yang sedang lena di sofa panjang sambil dikelilingi beberapa lelaki.
“Excuse me,” ucap ku sambil tangan Neesa ku pegang keduanya.
Mereka berganjak sedikit namun pandangan tajam itu menerpa wajah ku pula. Botol-botol arak sudah bersepah-sepah di atas meja sambil puntung rokok bertabur di lantai. Aku hela nafas kasar, entah berapa banyak duit yang dihabiskan Neesa untuk menyediakan minuman ini pada rakan-rakannya?
“Hello, who are you!” soal mereka kedengaran kasar.
“Husband dia,” ucapku pendek sambil cuba mengejutkan Neesa
yang sudah mabuk teruk namun seketika kemudian gelak ketawa mereka kedengaran
kuat meyakitkan hati. Beberapa wanita lain yang sedang duduk menyilang kaki
menayangkan peha putih gebu pula tersenyum sinis memandang ke arah ku sambil
berbisik sesuatu diantara mereka.
"Perempuan sundal, sekarang bolehlah kau bermegah! Bila mengandung seperti Neesa, tak tahu siapa bapaknya barulah terkial-kial cari pak sanggup dan menyusahkan hidup orang lain. Tak guna!" di dalam hati perempuan itu ku sumpah berbakul-bakul.
“Jaga bini kau baik-baik, perut dah buncit pun ada hati nak
datang ke sini! Apa jenis lelakilah kau ni, dayus!” gumam salah seorang dari
mereka buat aku terbakar hati namun untuk mencari pasal di sini bukanlah
sesuatu yang baik jika difikirkan sekali lagi. Salah langkah, lunyai aku
dihentam mereka yang berbadan sasa!
Sudahnya, tubuh Neesa ku papah keluar hingga melewati pintu.
Wajah yang sudah lebam sana sini ku perhatikan sekilas, entah dengan siapa
wanita ini bergaduh! Aku sendiri tidak pasti, mengapa Neesa tidak hentikan
sahaja aktiviti berkunjung ke kelab malam begini.
“Hei, you.. idiot!” Neesa ketawa dalam khayalnya. Aku toleh
dia sekilas lantas mendekati pintu kereta lalu tubuh itu ku letakkan
berhati-hati di seat sebelah pemandu. Orang ramai yang lalu lalang memerhatikan aku yang sedang memapah Neesa sambil berbisik-bisik.
"Penyibuk, busy body!" selar ku dalam hati. Kerana Neesa aku dipandang keji oleh mereka.
"Penyibuk, busy body!" selar ku dalam hati. Kerana Neesa aku dipandang keji oleh mereka.
“Idiot, ini anak you! Anak you!” sekali lagi Neesa tutur
patah bicara dalam nada yang yang kurang jelas namun masih lagi aku fahami.
Dalam hati yang berdetik, ingin ku tanya anak siapakah yang dimaksudkan dari
tutur katanya tadi.
“Anak siapa?” soal ku sepatah menunggu dia menyambung
bicaranya. Wanita ini sudah hilang waras, tutur katanya juga sudah tidak boleh
dikawal setelah akalnya dikuasai khayalan.
“Anak you,” dia jawab sambil terlentok ke bahu ku. Hamis
kesan minuman itu buat aku tolak sedikit wajah itu jauh dari sisi ku. Biarkan
sahaja dia tidur agar tidak mengganggu aku yang sedang memandu!
"Sampai hati you tinggalkan I, I dah pregnant! Kenapa you tinggalkan I begini....." rintih Neesa antara sedar tidak sedar.
"Sampai hati you tinggalkan I, I dah pregnant! Kenapa you tinggalkan I begini....." rintih Neesa antara sedar tidak sedar.
Aku hanya mendengar, untuk bertanya pasti tidak mendapat respon wanita itu. Untuk apa berbual dengan orang mabuk yang sudah tentu tidak boleh dipercayai setiap tutur bicaranya.
Tiba di rumah, aku papah tubuh yang sudah kelihatan berisi itu masuk ke dalam bilik tamu. Ingin ku ajar wanita ini agar tidak sesekali dia kembali semula ke kelab malam dan tempat seumpama itu sekali lagi.
“Masuk Neesa, masuk!” arah ku disambut tawa kecilnya.
“I nak masuklah ni, ini kan rumah kita!” ucapnya dalam suara
yang kurang jelas patah bicaranya sambil mata itu masih terpejam. Senyuman
tidak lekang diwajah yang sudah lebam sana sini.
Aku yang sedang memapahnya dipeluk erat hingga sukar bernafas, pelukan itu cuba ku leraikan lagi namun dia masih erat hingga aku terpaksa heretnya hingga ke dalam bilik. Memang setiap kali aku perhatikan rakan-rakan perempuan ku yang mabuk kebiasaanya mereka akan menjadi manja manakala yang lelaki pula akan menjadi ganas dan gemar mencari gaduh! Mneyusahkan hidup!
Uwekkk.... aku toleh pada baju yang sudah dikotori muntah
Neesa yang masih lagi memeluk ku erat. Tubuh itu ku tolak hingga terlentang di atas katil langsung langkah kaki
ku atur menuju ke bilik tidur ditingkat atas untuk menukar pakaian.
Bilik air ku hampiri lantas tubuh yang sudah melekit dan
berbau hamis kesan muntah Neesa ku bersihkan segera. Tanpa menunggu lebih lama
lagi, pancuran air ku biarkan membasahi seluruh tubuh. Sebentar lagi aku
bertemu Nia dan melihat mama dibilik tidurnya!
Sedang aku bersabun, kelibat seseorang bagai melintasi pintu
bilik air yang sedikit lut cahaya menangkap mata. Aku perhatikan sekilas, pasti
Nia baru sahaja menapak masuk ke dalam bilik. Laju sahaja ku percepatkan
mandian ku, tuala ku pakai separas pinggang dan langkah kaki ku atur keluar
dari bilik air.
Aku perhatikan ruang bilik sekilas, namun kelibat Nia tidak
pula kelihatan, pintu almari ku hampiri dan daun pintu ku selak menggapai
t-shirt yang elok terlipat di rak bahagian atas.
Dengan hanya memakai
boxer bewarna merah kotak-kotak kecil dan tshirt hitam, aku langkah keluar dari
bilik. Meniti anak tangga ke tingkat dua menghampiri bilik mama. Perlahan-lahan
tombol pintu ku pulas dan wajah mama yang sedang lena ku perhatikan lama. Nafas
ku hela perlahan dan kini aku mahu bertemu Nia di bilik sebelahan ku. Aku mahu
dia temani tidurku saat ini.
“Hei kau buat apa dekat rumah ni? Kau buat apa ni???” jerit
seseorang buat aku tersentak sedikit. Pastas tombol pintu bilik mama ku pegang
dan ku tarik daun pintu rapat semula. Kaki ku atur menuju ke panghadang kayu
yang cantik berukir mengintai ke tingkat bawah melihat apa yang terjadi di
sana.
Neesa sedang bercekak pinggang dan Nia pula sedang duduk
menyilang kaki menonton TV tanpa sedikit pun mengendahkan Neesa yang sedang
mencerlung.
“Hei Nia, aku tanya kau ni! Kau buat apa dekat sini?” jerit
Neesa sekali lagi bergema.
“Suka hatilah, rumah laki aku! Aku nak buat apa pun, ikut suka akulah!” balas Nia selamba. Aku telan liur, biar betul Nia membalas sedemikian, aneh sungguh sikap Nia sejak dua menjak ni. Laju ku atur langkah turun ke ruang tamu.
“Kenapa ni?” soal ku ambil tempat berhadapan Nia manakala
Neesa hampiri tubuh ku dalam keadaan terhuyung hayang.
“Dia buat apa dekat sini Attar? Dia buat apa hah?” bengis
wajah Neesa menyapa pandangan ku. Aku diam malas mahu bertelagah dengan wanita
itu saat mata mula mengantuk. Jam di dinding sudah berdenting sekali, aku hala
pandangan melihat jarum jam yang terarah ke angka satu pagi.
“I tanya yang you buat pekak ni kenapa?” Neesa mencerlung
memerhatikan aku dan aku sandarkan tubuh sambil meletakkan bantal kecil di atas
riba.
“Yang kau nak marah suami aku ni apasal hah Neesa?” Nia
sudah bangkit berdiri dihadapan Neesa buat aku tidak senang duduk.
“Dia suami aku jugak!” bentak Neesa sentuh lengan ku laju.
Aku kembali tersentak melihat Nia pula henyak tubuhnya di sisi kanan ku sambil
tubuh ku dipeluk erat sambil kepalanya dilentokkan ke dada ku pula. Neesa juga
tidak mahu mengalah lantas duduk disebelah kiri sambil lengan yang dipaut oleh
Nia sedari tadi ditarik kasar ke dalam pelukannya pula.
"Jangan nak pegang-pegang suami aku!" bentak Neesa kuat dan Nia pula menolak pautan Neesa di lengan ku.
“Abang sekarang abang cakap siapa yang abang sayang? Cakap
bang,” tanya Nia buat aku pandang wajahnya tidak percaya. Sentuhan kedua tangan
itu di pipi ku buat aku diam terkaku dan terkedu.
“Abang....abang...” belum sempat aku menuturkan kata-kata ku
Neesa menyampuk segera.
“Attar pandang muka I, cakap siapa yang you pilih! Siapa!”
bentak Neesa sambil bibir itu terangkat sedikit dalam senyum yang terbias
sinis.
“Hei cermin sikit, pakai macam khemah bergerak ada hati nak
ada orang sayang dekat kau!” sampuk Neesa cuba membakar hati Nia waktu ini.
"Habis pakai macam tak cukup kain ni boleh buat suami aku jatuh cinta pada kau?" jawab Nia pula membidas tutur bicara Neesa.
"At least tak nampak macam khemah bergerak ke hulu ke hilir," ejek Neesa sambil mencebik.
"Daripada kau yang nampak macam kucing liar, tak senonoh!" selar Nia sambil senyum meleret.
"At least tak nampak macam khemah bergerak ke hulu ke hilir," ejek Neesa sambil mencebik.
"Daripada kau yang nampak macam kucing liar, tak senonoh!" selar Nia sambil senyum meleret.
“Abang nak ke dapur nak minum sekejap,” kedua tangan itu ku
lepaskan dari memaut erat ditubuh.
“Hei you tinggal I macam ni je Attar? How dare you,” jerkah
Neesa buat aku terkejut. Ah lantaklah dengan perempuan tak waras ini. Langkah kaki ku atur namun aku berhenti sebelum menoleh ke arah Nia seketika.
“Nia, masuk tidur dulu! Kejap lagi abang naik ya,” gumam ku
disambut anggukan kecil Nia.
“You kena tidur dengan I Attar, you dah janji! I rindukan
tubuh you,” ketawa kecil Neesa buat aku perhatikannya sekilas. Apa yang dia dah
buat pada aku agaknya!
“Jangan perhatikan I macam tu, I faham pada pandangan mata
you tu! Sabar ya sayang,” ucap Neesa buat aku terasa geli meloya. Entah apa
agaknya yang difahamkan sangat perempuan ini.
“Baik abang cakap, apa yang abang dah buat!” suara tegas Nia
buat aku kalih pandangan kepadanya pula.
“Mana abang ada buat apa-apa,” gumam ku membela diri.
“Bohong, you dah tidur dengan I! Jangan nak berlagak baik
depan perempuan ni pulak,”pangkas Neesa tiba-tiba. Aku mula naik angin dituduh
sedemikian sedang aku sendiri tidak pernah lakukan apa-apa terhadapnya.
“Bila masa pulak I tidur dengan you ni Neesa, tu perut you
tu ada anak orang tahu tak!” aku marah dia yang sedang ketawa kecil. Sah
mabuknya masih belum hilang.
“You ni pelupa jugak ya, tulah makan semut banyak sangat!”
aku pula dikatakan makan semut! Sedang dia nyayuk yang bukan-bukan semut pula
yang di persalahkan!
“You tanggal baju I, than you dukung I masuk bilik! You lupa
ke?” dia hampiri aku dan Nia perhatikan aku dengan pandangan tajam bagai
sebilah pedang samurai bakal menghunus dada ku sekejap lagi. Matilah aku dengan fitnah Neesa yang diada-adakan ini.
“Bila masa pulak,” tangan itu ku tepis dari menyentuh wajah.
“You yang rayu I malam tu, you yang goda I! You kata you
akan bertanggungjawab pada I, you lupa ke? Hei!” jerit Neesa sebelum jatuh
rebah ke lantai. Nia terkejut dan aku juga turut terkejut.
“Kenapa dengan Neesa,” Nia hampiri aku melihat Neesa yang
sudah terbaring ke lantai beralas karpet tebal dan sesekali senyuman kecil
tersungging di bibir itu.
“Dia mabuk sangat,” ucap ku sambil sentuh bahu Nia
perlahan.
“Habis tu nak buat apa?” tanya Nia sambil mata itu tidak
lepas memerhatikan Neesa.
“Kita bawa dia masuk bilik,” aku papah tubuh yang hanya
bersalut dress paras lutut sambil dibantu oleh Nia menuju ke kamar tamu di
tingkat bawah banglo tiga tingkat ini.
Usai meletakkan Neesa aku mengatur langkah menuju ke dapur
sambil diekori oleh Nia dari arah belakang.
“Sayang, abang rindu!” ucap ku hampir di telinganya dan Nia
menolak sedikit kegelian.
“Nia pun rindu abang,” sahutnya sambil sentuh kedua tangan
ku lebih berani dari biasa.
“Ermmm.... rindu je?” soalnya buat aku tersentak. Ternyata malam
ini Nia lebih daring dari kebiasaannya, sifat malu-malu itu sudah berkurangan
sedikit.
“Rindu-rindu dulu, lepas tu baru ehem-ehem...” ucap ku
sambil tarik tubuh itu kembali ke sofa. Dia ku baringkan dan pipi itu ku sentuh
lembut.
“Abang, tak sejuk ke pakai boxer!” tuturnya buat aku senyum
kecil sebelum menjawab.
“Sejuk, mestilah sejuk tapi sayangkan ada,” hujung jarinya
ku gigit hingga dia terjerit kecil.
Wajah itu ku perhatikan dalam-dalam, rasa berkocak di dalam
dada sukar lagi untuk dibendung lantas bibir mungil itu ku kucup berulang kali
tanpa sedikit pun Nia menolak. Pelukan erat dari Nia menarik aku rapat ke
dadanya dan kali ini nafas ku juga sudah tidak teratur normal seperti sedia
kala. Hanya hela nafas yang berat terbias ke pendengaran sambil tubuh itu ku
rangkul dan ku dakap erat melepaskan rasa rindu setelah sebulan tidak bertemu.
Bunyi sesuatu jatuh menarik perhatian ku seketika hingga
aktiviti mesra ku bersama Nia sedikit terbantut. Pelukan erat Nia ku leraikan
dan Nia ku tarik agar tegak duduk di sofa namun dia menegah, dan mahu mengikuti
aku bersama. Lantas langkah kaki ku percepatkan ingin melihat apa yang terjatuh
tadi. Lampu dapur ku nyalakan sambil mata memerhatikan sekitar ruang dapur,
kemas dan tersusun rapi sama seperti sebelum aku tinggalkan lewat petang tadi.
“Apa yang jatuh bang?” soal Nia rapati aku dari arah
belakang.
“Entahlah, tak ada apa-apa pun!” ucap ku berpaling semula melihat
Nia yang sedang berdiri di belakang.
“Bang, Nia nak minum!” gumamnya sambil sentuh lengan ku
kejap. Aku pandang wajah itu lama memohon pengertiannya saat itu namun dia
geleng kepala sebagai menjawab maksud renungan ku tadi.
Aku langkah dekati peti sejuk, pintu peti sejuk ku tarik
perlahan. Sebotol mineral kecil dikeluarkan dari rak yang terdapat beberapa
jenis minuman yang lain. Aku yang gemarkan minuman sejuk tanpa gula hanya
memilih mineral sebagai minuman lewat tengah malam itu.
Nia yang duduk di kerusi berhampiran meja yang terletak
diruang dapur ku hampiri, gelas ku letakkan di atas meja langsung air mineral
ku tuang ke dalam gelas.
“Minum ni sayang,” unjuk ku dihadapannya dan Nia menyambut
senang hati. Sebelum air itu diteguk, aku perhatikan Nia membacakan sesuatu,
doa makan barangkali. Tidak semena-mena gelas yang dipegang Nia terhempas ke
lantai.
“Kenapa ni sayang?” soal ku cemas dan dia juga kelihatan
cemas.
“Kenapa ni sayang?” sekali lagi aku menyoal dan Nia langsung
bersembunyi dibelakang ku. Aku tarik tangannya agar berhadapan namun wajah itu
masih lagi disembunyikan menghalang aku
melihat wajahnya.
“Abang Nia takut,” gumamnya dalam sendu.
“Nak takut apa sayang, rumah abang ni bukan ada siapa-siapa!
Kita berempat je, dah jangan nak sembunyi lagi. Kita naik ke atas,” aku pujuk
dia sambil tarik tangan itu agar duduk berhadapan.
Sedang aku menyeka air mata yang mengalir perlahan di pipi
Nia, kelibat sesuatu bagai melintasi hadapan mata. Aku kalih pandangan ke luar
tingkap yang diterangi cahaya lampu yang nampak suram.
“Abang..” Nia menyebut nama ku sambil wajah itu disembamkan
ke dada. Aku hela nafas perlahan sambil tubuh Nia ku tegakkan. Aku ingin
melihat siapakah yang sedang berada di luar rumah, jangan-jangan ada pencuri
yang sedang berlegar di luar.
“Abang jom tidur,” ucap Nia perlahan dan aku masih enggan
berganjak. Kebenaran harus disingkap malam ini jua. Nia naik dulu, kejap lagi
abang datang!” pujuk ku buat Nia tersedu. Aku tarik tangan itu memasuki ruang
tamu yang kelam. Lantas lampu dinding ku nyalakan.
“Okey, jom ikut abang. Nia tunggu dekat sini,” usul ku
menyuruh dia duduk sahaja di sofa sedang aku
memeriksa kawasan luar rumah.
Aku atur langkah ke muka pintu berhati-hati, sebatang kayu sepanjang
dua kaki kemas dalam pegangan tangan. Aku perhatikan kawasan luar yang tampak
berangin menyapa wajah, namun dedaun pokok tidak pula bergoyang seperti biasa.
Kolam renang yang tenang ku hampiri, tadi jika tidak salah
perkiraan ku, percikan air kedengaran menyapa pendengaran namun bila ku hampiri
ternyata kolam renang itu masih tenang dan permukaannya air sedikit pun tidak
terusik.
Bunyi salakan anjing saling bersahut sahutan, aku perhatikan
pula bulan yang sedang mengambang cantik bagai tergantung di udara.
Bunyi seseorang ketawa buat aku terdiam seketika, cuba
mengamati suara itu namun tidak kedengaran pula lantas aku berpaling semula
menuju ke muka pintu namun kelibat seseorang bagai berlari melintasi ku dari
arah belakang.
“Siapa?” namun tidak bersahut. Belakang leher yang terasa
meremang ku gosok perlahan. Tak mungkin
rumah aku berhantu, sedang penghuni rumah ini pun serupa hantu. “Mana ada hantu
nak takutkan hantu yang lain,” getus hati kecil ku seraya kembali tegak berdiri
sambil perhatikan segenap ruang sebelum terdengar suara jeritan Nia dari dalam
rumah.
Aku bingkas berlari masuk ke dalam rumah sambil batang kayu
tadi ku lempar entah ke mana. Tubuh Nia tiada di sofa segera langkah kaki ku
atur menuju ke ruang tengah masih mencari Nia.
“Abang,” panggilan Nia buat aku tersedar lalu sahaja ku atur
langkah mendekatinya.
“Nia, Nia kenapa ni?” tubuh Nia di anak tangga ku dapatkan
segera. kepalanya ku pangku dan kali ini anak mata ku menangkap ada darah pekat mengalir membasahi seluar panjang bewarna putih yang
dipakai sedari tadi.
“Nia kenapa ni” macam mana boleh ada dekat tangga?” soal ku
bertalu-talu namun Nia hanya menggeleng sahaja.
“Sakit bang, anak kita! Anak kita bang!” ucapnya buat aku
tersentak. Tangan yang masih melekat di perut ku perhatikan sekilas. Anak kita,
apa maksud Nia?
“Anak kita bang,” mata itu kembali terpejam lantas aku
kendong tubuh itu ke sofa. Dalam keadaan yang tidak terkawal, aku berlari naik
ke tingkat atas menyarung seluar panjang lantas menggapai kunci kereta lalu
tubuh Nia ku kendong menuju ke kereta.
Lirih suara Nia buat aku dipagut pilu, wajah itu sudah basah
dengan air mata menahan rasa sakit yang mencucuk, darah pekat yang sudah
mengalir mengotori seat kereta juga sudah tidak aku pedulikan yang penting saat ini
adalah memastikan Nia selamat.
Lampu kecemasan masih lagi menyala dan aku yang duduk di
dikerusi panjang menunggu pintu itu terbuka meraup wajah berkali-kali sementara
menunggu abah tiba.
“Attar, apa yang jadi ni?” pertanyaan abah yang baru tiba
buat aku angkat wajah menentang pandangan itu.
“Tak tahu bah,” sepatah tutur ku buat abah berkerut.
“Bertenang Attar, doa semuanya selamat!” nasihat abah ku
anggukkan sahaja. Sedikit pun abah memaksa aku membuka cerita apa yang terjadi namun jauh disudut hati aku masih lagi berfikir tentang
peristiwa aneh yang terjadi di rumah itu. Mungkinkah Nia takutkan sesuatu
hingga berlari dan lalu terjatuh di tangga?
“Rumah Attar ada hantu,” tutur kata ku buat abah hela
nafasnya perlahan.
“Bukan hantu tapi ada seseorang yang amal benda tak elok,”
jawab abah tenang.
“Maksud abah?” sepatah aku menyoal.
“Pada pengalaman abah, ada seseorang yang gunakan ilmu
sihir! Untuk siapa dan tujuan apa abah tak tahu,” patah bicara abah buat aku
terdiam seketika.
Aku yang mahu membalas bicara abah terhenti saat daun pintu
bilik kecemasan itu terkuak.
“Encik suami pesakit?” tegur doktor perempuan yang bertudung
putih itu menghampiri aku yang tidak berkasut.
“Ya saya, macam mana dengan isteri saya doktor?” aku sudah
tidak sabar lagi mengetahui keadaan Nia.
“Saya harap encik bersabar.....
p/s: tinggalkan komen untuk menambahbaik lagi jalan cerita ini. komen anda dialu-alukan . thanks :)
Comments
smbg lgi cik writer.....
huhuhuhu