CINTA DI HUJUNG NODA 21
SPECIAL entry mungkin~
Maaf entry kali ini sedikit terpanjang dari biasa ~
Aku pandu kereta menuju ke rumah mama, tiba sahaja ke
perkarangan garaj aku matikan enjin kereta lantas menyandarkan tubuh, lengan ku
lekatkan di dahi berfikir sejenak tentang apa yang ku lalui sepanjang hari ini.
Kesal dan terkilan silih berganti menerpa ke hati, Nia ku hamburkan dengan
amarah bahkah ku sakiti hatinya berulang kali. Sungguh aku tak mengerti apa
yang terjadi pada ku hari ini. Dan Neesa, menjadikan hidup ku kucar kacir
dengan rasa rindu yang hangat membara walau aku sendiri sedari dia bukan pilihan
hati ku pada mulanya. Terlalu cepat cinta buatnya hadir, aku sendiri aneh dan
keliru dengan rasa hati.
Melihat jam di tangan yang sudah menginjak angka satu pagi
meyedarkan aku seketika, terlalu lama aku menjalani hidup pada hari ini hingga
tidak tersedar hari juga sudah benar-benar lewat. Pintu kereta ku tolak dari
dalam, lantas kedua kaki memijak lantai yang dilatari dengan tile bewarna
coklat lembut.
Langkah kaki yang sudah lesu ku hala menuju ke muka pintu,
bingkas tombol pintu ku pulas memboloskan diri masuk melewati ruang tamu yang
sudah kelam tidak bercahaya. Anak tangga ku perhatikan sekilas, berkira-kira
mahu menaiki lif atau mendaki anak tangga sahaja namun aku memilih untuk meniti
anak tangga menuju ke kamar yang sudah lama tidak ku huni semenjak Nia
berpindah ke apartment milik ku yang telah pun ku hadiahkan buatnya.
Melewati kamar bilik mama yang kelam buat aku terhenti
seketika, sudahkah papa Nazim kembali ke rumah ini? Khabar berita papa tiri ku
masih tidak kedengaran semenjak lelaki itu menguruskan perniagaan mama di
Perancis. Entah la, sejujurnya aku tidak merestui hubungan mama dengan papa
Nazim, namun memikirkan kebahagiaan mama yang memerlukan seseorang disampingnya
menjadikan aku tidak mampu berbuat apa-apa melainkan memaniskan wajah saat mama
diijab kabulkan dengan lelaki itu.
Tubuh ku hempas di atas katil beralas tilam yang agak tebal
sambil mata ku perhatikan ke arah siling yang terbentang luas. Seketika aku
pejamkan mata, mengusir rasa beban yang sarat di kepala.
“Hai dear, lambatnya you balik!” tutur Neesa menyedarkan aku
yang baru sahaja berlayar ke alam mimpi. Aku buka mata memerhatikan Neesa yang
sedang berbaring di sisi ku sambil lengan kanan ku dipeluk erat olehnya. Aku
hela nafas sambil menarik tangan perlahan dari pegangan tangannya.
“Neesa, I tak larat!
I letih, boleh I tidur,” soal ku meminta pengertiaanya waktu ini.
Sungguh aku sudah letih melayani rasa hati yang keliru.
“Nop, you kena layan I dulu Attar. I isteri you,” gumamnya
menarik aku bangun duduk bersila berhadapannya.
“Neesa, I letih! I serabut dan I perlukan rehat,” gumam ku
harap dia mengerti segala penat lelahku saat ini.
“Lepas ni you tidurlah, sebelum tu layan I dulu please!”
rengek Neesa ku sambut sepi tidak bernafsu melayaninya saat ini apatah lagi
untuk melayari malam pertama bersama wanita yang sedang mengandung anak lelaki
yang dia sendiri tidak ketahui.
“I penatlah Neesa, I nak rehat!” tutur ku disambut amukan
Neesa lantas bantal kecil dibaling dan dicampak mengenai wajah ku yang sedikit
pun tidak berganjak. Puas melontar bantal hingga bersepah, Neesa hampiri tubuh
ku sekali lagi.
“Sorry, I tak bermaksud nak baling bantal pada you! I tak
sengaja,” rayunya lagi dan aku pandang wajah itu kosong, kosong seperti hati ku
saat ini.
“Attar you ni kenapa? Takkan sikit pun you tak ada keinginan
pada I? Apa I tak seksi pada pandangan mata you?” dia berdiri tegak sambil
membetulkan sedikit gaun tidur yang jarang dan tipis, dan aku geleng kepala
menjawab pertanyaannya tadi.
“Kenapa I dah tak menarik?” soalnya mendekati aku sekali
lagi.
“Bukan,” sepatah kataku buat dia berminat ingin tahu dan aku
halakan pandangan mata ke arah pintu luncur yang terbuka luas.
“I penat Neesa, I nak rehat!” tambah ku lantas mengorak
langkah mendekati pintu luncur dan mahu mengambil angin di balkoni tempat yang
menjadi kesukaan ku tatklaa dirundung sepi dan pilu.
“You ni kenapa, sejak kita kahwin belum sekali pun you
tiduri I! You tak beri nafkah batin pada I,” rajuk Neesa sambil duduk dibirai
katil. Aku pula hanya diam berfikir, jawapan apakah untuk ku berikan pada
Neesa? memang dia isteri ku yang sah, namun aku tidak boleh menafikan yang dia
sedang mengandungkan benih dari lelaki lain yang tak diketahui siapa
pemiliknya. Bagaimana untuk aku khabarkan hal ini agar dia mengerti?
“Neesa, you mengandung so better you berehat! I tak nak
ganggu kandungan you,” alasan itu ku beri padanya. Sudah kering idea maka hanya
itu sahaja yang mampu ku luahkan agar dia terima dan membatalkan hasrat dan
keinginan hatinya.
“I tak penat, buat apa I nak berehat! Jadi you kena layan I
Attar,” rengeknya buat aku yang sudah mati rasa ini langsung tidak tergoda.
“Neesa, I penat! Apa kata you sembahyang or buat apa yang
sepatutnya! I nak tidur, you keluar please,” pinta ku penuh berhemah dan dia
mencebik tidak puas hati dengan bicara yang ku hamburkan saat itu.
“I uzur, mana boleh solat.” Alasan Neesa buat aku tersenyum
sumbing. Beginilah andai aku juga jahil agama sepertinya.
“Neesa, you pregnant! Mana mungkin you uzur,” selar ku
perlahan dan dia nyata sedikit malu mendengar patah bicara ku namun aku tahu
dia yang penuh alasan tidak sama sekali mahu mengalah.
“Seriously I uzur, oh ha, I bleeding!” alsannya buat aku
ketawa kecil.
“Kalau macam tu, haram lakukan hubungan waktu isteri tengah
uzur.” Ucap ku sambil pamer senyuman ke arahnya dan dia nyata terdiam tidak
mampu lagi membalas kata-kata ku.
“Sudahlah Neesa, baby you dah penat dengan karenah you
sepanjang hari ni! Tidur ya,” kedua bahu itu ku sentuh lalu tubuh itu ku tolak
hingga ke muka pintu dan dia sedikit menggelupur tidak mahu aku menolak
tubuhnya sebegitu dan lantas daun pintu ku rapatkan serta ku kunci dari dalam.
Jeritan Neesa yang sayup-sayup kedengaran dari luar bilik langsung tidak
terkesan di hati. Waktu begini aku perlukan rehat dan tidur yang secukupnya
kerana esok hari yang lebih mencabar harus ku lalui berseorangan. Mama tidak
lagi membantu aku di pejabat, dan sebagai fresh graduate, aku perlukan
bimbingan mama untuk menjalankan operasi dan pentadbiran syarikat. Dan sekarang
aku benar-benar lesu serta perlukan rehat yang secukupnya!
Hari ini Selasa 30 Mac 2012, aku yang sudah siap berkemeja
menggapai beg kerja lantas menuruni anak tangga menuju ke garaj kereta. Ingin
segera tiba ke pejabat, namun niat hati ku kembali terbantut saat sapaan mama
menyapa aku yang sedang menyarung kasut kerja.
“Attar mari makan dulu,” pelawa mama yang penuh mengharap
buat aku lemah untuk menolak. Perlahan-lahan kaki kanan yang sudah bersarung
kasut ku tanggalkan lalu menapak
menghampiri meja makan. Hidangan di atas meja ku perhatikan satu persatu, namun
semuanya tidak membuka selera ku waktu begini.
“Hei Mak Mah, buatkan aku fresh orange! Aku tak minum kopi
atau milo pagi-pagi macam ni! Cepat sikit!” suara keras Neesa menarik
perhatianku seketika, tubuh yang sudah dekat menghampiri ku kelihatan kelat dan
masam mencuka.
“Kenapa dengan you ni Neesa? I tak suka you herdik maid I
ikut sedap mulut you,” Neesa ku peringatkan agar dia menjaga tingkah lakunya
dirumah ku.
“Suka hatilah nak herdik atau nak maki, dah diorang buat
kerja tak betul! Takkan nak sanjung pulak!” kasar tutur bicara Neesa menjawab
kata-kata ku.
“I tak ada mood nak bergaduh dengan you, please quite!”
gumam ku laju menuang nescafe panas ke dalam mug. Roti bersalut majerin ku
gapai lantas ku kunyah perlahan sebagai alas perut agar tidak terlalu lapar
sebelum tiba waktu makan tengahari nanti.
“Mama, look at your son! Anak mama ni kurang ajar! Biadab,” selar Neesa buat aku hela
nafas agak kuat. Dan mama perhatikan aku yang diam tidak membalas kata-kata
Neesa.
“Attar, sepatutnya kena jaga hati Neesa! ibu mengandung
selalunya sensitif!” gumam mama buat aku sakit hati. Mengapa Neesa juga yang di
menangkan sedang aku adalah anaknya dan paling penting aku tidak bersalah dalam
hal ini.
“Ikut suka mamalah, Attar nak pergi kerja!” aku bangkit
meninggalkan perkarangan ruang tengah di mana aku sedang bersarapan bersama
mama tadi.
Wajah Mak Mah dan Pak Deris ku perhatikan sekilas, pandangan
mereka yang tampak suram ku perhatikan dari ekor mata. Mereka juga tidak sama
seperti dahulu, bagai tahu derita dan sengsara yang sedang berperang dalam hati
ku saat ini.
Kereta ku dekati lantas aku masuk ke perut kereta
menghidupkan enjin dan meneruskan pemanduan menuju ke pejabat. Suasana hening
pagi Jumaat menjadikan aku sayu seketika memikirkan sesuatu yang aku sendiri tidak
pasti.
Tiba sahaja dipejabat, hampir semua kakitangan pejabat belum
kelihatan. Aku langkah menuju ke bilik kerja. Semua fail dan dokumen yang belum
habis ku teliti semalam, ku gapai satu persatu membuat semakan semula.
“Encik Attar, awal hari ni?” tegur Yati nyata terkejut saat membuka pintu bilik ku!
Jelas di tangannya memegang sesuatu persis bulu ayam yang sering digunakan
untuk membersihkan habuk namun aku sendiri tidak pasti apakah panggilannya
sedang yang dipegang itu diperbuat dari plastik jika tidak salah perkiraan ku.
“Yup,banyak kerja tak siap lagi. Oh ya, semalam kopi tu awak
yang buat ke?” soal ku sambil angkat wajah membalas pandangan Yati, setiausaha
yang baru berkhidmat.
“Bukan, tapi Puan Neesa!” Neesa? dia buat kopi untuk aku?
Aneh!
“Kenapa ya Encik Attar?” pertanyaannya buat aku kembali
tersedar.
“Hmm... tak ada apa-apa! Buatkan I, milo ya.” Arah ku
disambut anggukan kecil Yati. Tubuh kusandarkan ke kerusi, sambil pen yang
sedang ku pegang ku letakkan semula ke atas meja.
“Encik Attar, ini airnya!” Yati datang membawa secawan milo
dan aku arahkan dia meletakkan cawan yang berisi itu di atas meja berhampiran
laptop yang sedang terpasang.
“Ada apa-apa lagi yang boleh saya bantu?” Yati bertanya
sambil tegak berdiri dihadapan ku.
“Oh, ya... hari ni saya tak nak ada sebarang temujanji kalau
ada awak cancelkan! Dan semua panggilan telefon juga saya tak nak, awak
fahamkan maksud saya. Saya tak nak ada gangguan,” umum ku buat Yati angguk
perlahan.
“Ada apa-apa lagi encik?” Dan aku geleng kepala sebagai
jawapan untuk soalanya itu dan dia aku isyaratkan keluar dari bilik kerja ku
kerana aku mahu bersendirian ketika ini, melayani kerja yang sudah tertangguh
berhari-hari itu.
Satu persatu fail ku semak hingga tidak sedar jam sudah
menginjak angka tiga petang, aku hela nafas bagai waktu yang diperuntukkan
tidak mencukupi untuk aku selesaikan segalanya saat ini.
“Masuk,” ketukan di muka pintu kedengaran bertalu-talu.
Hendak apakah lagi dengan Yati?
“Encik Attar, tadi saya dapat panggilan dari hospital! Datuk
Sherry ada dekat sana,” tutur Yati buat aku tersentak.
“Apa?” laju fail ku tutup memberi fokus pada patah bicara
Yati ketika ini.
“Tak pastilah encik, tapi isteri encik ada call suruh encik
datang ke sana sekarang juga!” Pesanan wanita yang mengaku isteri ku itu
disampaikan oleh Yati yang sememangnya tidak mengetahui aku sudah beristeri
dua. Siapa yang call, Nia atau Neesa? tak mungkin Nia, pasti Neesa yang hubungi
Yati!
“I balik dulu, apa-apa hal call phone I okey!” beg kerja ku
gapai lantas semua fail dan laptop ku tinggalkan buat Yati yang sememangnya
perlu mengemas semula meja kerja ku yang sudah berselerak bagai tongkah pecah.
“Mama, kenapa ni mama?” aju ku saat wajah mama yang pucat
menerpa pandangan mata ku. Dahi mama ku sentuh perlahan.
“Doktor kenapa dengan mama saya?” doktor yang merawat mama
ku hampiri dan Neesa yang masih duduk menyilang kaki sedang leka bermain games
angry bird di I-pad sedikit pun tidak berminat mendengar patah bicara ku saat
ini. Melampau!
“Menurut isteri encik, Puan Sharifah terjatuh di bilik air
dan dari pemeriksaan kami tekanan darah tinggi ibu encik berada di paras
tertinggi ketika ini. Dan keadaan ibu encik stabil cuma beliau mengalami stroke
serta perlukan rawatan selanjutnya untuk pulih sedia kala.” Patah bicara doktor
muda itu buat aku sedikit terkesima. Adakah mama akan mengalami nasib serupa
aku?
“Doktor mama saya lumpuh ke?” soal ku takut menghadapi
kenyataan sebegitu.
“Maaf encik, kemungkinan ibu encik akan mengalami lumpuh
sebelah badan! Banyakkan berdoa Insyallah ibu encik akan pulih sedia kala,
bersabarlah!” pesan doktor itu sambil meningalkan aku yang sudah terduduk di
kerusi kosong bersebelahan Neesa.
“Neesa kau dengar tak apa doktor tu kata? Dia kata mama aku
lumpuh, mama aku lumpuh!” aku ucap ayat itu dihadapan Neesa namun dia sedikit
pun tidak pamer reaksi simpatinya bahkan masih leka melayani permainan nagry
bird itu.
“Neesa kau dengar tak ni?” aku menyoal sedikit geram.
“Dengarlah!” bidasnya sekali masih sama melayani permainan
itu membuatkan aku baran langsung I-pad ku rampas dan ku hempas ke lantai.
“You ni biadap sangat kenapa? Mama you lumpuh, bukannya nak mati!”
tempik Neesa terus meninggalkan aku sendirian di bilik yang menempatkan mama
yang sedang terlantar itu. Hanya kerdipan mata mama sahaja yang membalas reaksi
kecewa ku saat ini dan tutur bicara mama langsung tidak aku fahami lagi.
Diam tak diam sudah hampir sebulan juga aku berulang alik ke
hospital melihat perkembangan mama dan hari ini doktor membenarkan mama di bawa
pulang. Neesa yang kuharapkan untuk menjaga mama memang sudah tidak boleh ku
harapkan lagi sedang dia asyik hilang berhibur di kelab malam setiap kali malam
menjelam tanpa pengetahuan aku. Hanya risikan melalui jururawat di sana sahaja
membongkar aktiviti yang disembunyikan oleh Neesa. Mak Mah dan Pak Deris pula
sudah berangkat ke tanah suci mengerjakan umrah sekali lagi dan Nia pula hanya
ku hubungi sesekali sementelah abah melarang aku dari bertemu Nia setelah aku
kasarinya tempoh hari.
“Mama, masuklah ni rumah mama!” ucap ku setelah mama ku
letakkan di atas kerusi roda. Dan pandangan kosong mama buat aku sedikit
rungsing dan semakin menyesakkan minda ku pula bila memikirkan siapakah yang
akan menjaga kebajikan mama ketika aku keluar bekerja nanti.
Mama senyap dan aku juga sudah kering idea mencetuskan
perbualan namun tidak bersambut oleh mama hanya desir penghawa dingin sahaja
yang menyapa pendengaranku. Pasti penghawa dingin itu akan rosak tidak lama
lagi, jika tidak pasti ia tidak berbunyi seperti itu.
“Oh, Datuk Sherry dah balik? Hmmm... baguslah! Ada jugak
orang dalam rumah ni! Kalau tidak rumah ni serupa rumah mayat, sunyi je....
eiii takutnya!” omel Neesa mendekati aku yang berdiri dibelakang kerusi roda
mama.
“Pucatnya muka, buruk dah muka mama kalau tak pakai make
up,” selar Neesa perlahan sambil ketawa kecil.
“Behave Neesa, tak lucu pun!” pangkas ku laju agar dia hentikan
gurauan sedemikian.
“You ni, nak bergurau pun tak boleh! Sensitif, macam you
yang mengandung!” bidas Neesa pendek. Jika aku ditakdirkan menjadi perempuan
dan mengandung sekalipun aku akan marah jika mama sendiri dilayan sebegitu.
Lainlah dia yang berhati batu, mana terkesan jika dihina dan dicerca sekalipun!
“You nak kemana ni Neesa? dah petangkan, tolong I mandikan
mama!” pinta ku dibalas cemikan wanita itu. Dia yang siap memakai top paras
peha dengan perut yang sedikit buncit ku pandang tanpa nafsu!
“Hei, dia kan mama you! Youlah yang kena buat, bukan I!
Lagipun I tak ada masa nak layan orang tua yang cacat ni, huh!” gumam Neesa
berpaling meningalkan aku dan mama terkulat-kulat di situ.
“You jaga sikit mulut tu, jangan nak biadab sangatlah
Neesa!” amarah ku mula datang. Bibir mama bergerak bagai menyatakan sesuatu namun aku
tidak dapat menangkap maksud pertuturannya ketika ini.
“Mama nak apa?” soal ku sekali dan mama geleng kepala
setelah bicaranya tidak ku fahami langsung.
Haishhh.... masalah betul dengan hidup aku sekarang ini!
“You dengan mama you sama je. Malam ni I tak balik, tidur
rumah parents I!” gumamnya menghentikan langahnya tadi dan berpaling seketika
sebelum kembali menapak menuju ke ruang tamu. Kurang ajar kau Neesa!
“No, you mesti balik sini! Ingat sikit,” halang ku disambut
tawa kecil Neesa lantas dia aku tingalkan. Jika terus terusan melayan wanita
itu, pasti ada juga yang mati kena bunuh dengan ku nanti!
“Mama, Attar hantar mama masuk ke dalam bilik dulu!” aku
sorong kerusi roda mama menuju ke biliknya di tingkat dua. Tombol pintu ku
pulas perlahan!
Nah, hampir tercabut jantung ku melihat papa tiriku sedang
berasmara dana bersama seseorang di atas katil milik mama. Tubuh yang sedang
menindih seorang wanita dialihkan segera lantas wajah pucat papa menerpa
pandangan mata ku saat ini.
“Papa, what the hell are you doing here!” tiada sopannya
lagi tutur kata ku saat ini. Wajah terkejut papa ku kerling sekilas dan wanita
di sisinya mungkin sebaya umur ku juga terut terkesima, laju-laju menarik
selimut melindungi tubuh yang tadi tidak ditutupi walau seurat benang pun. Huh
menjengkelkan!
“What going on, who is she?” jari telunjuk ku luruskan ke
arah wanita itu. Jika tidak salah perkiraan ku wanita yang sedang melindungi
wajah disebalik rambut panjang mengurai itu adalah Shasha.
“Shasha, it’s right” soal ku sepatah? Dan papa bingkas
menyarung seluarnya dan aku masuk menapak menghampiri keduanya.
“Shasha, kau!” bagai tidak keluar suara ku saat ini. Nyata
aku terkejut bukan kepalang melihat sahabat baik ku suatu masa dahulu masih
bergelumang dengan noda. Bahkan dengan papa tiri ku yang sudah berkedut sana
sini itu turut menjadi pilihannya. Sampai ke tahap itu selera Shasha! Sungguh
aku tidak menyangka sama sekali!
“Maafkan aku Attar, maafkan aku!” tuturnya sambil melindungi
badan yang terdedah dengan selimut. Bibir itu kelihatan bergetar menahan debar
amukan ku barangkali.
“Berambus, berambus dari rumah aku! Kau Nazim, berambus!”
jerkah ku kuat tidak menyangka keduanya tergamak menikam aku dan mama dari
belakang. Sahabat dan papa tiri ku bersetongkol merobek hati aku yang sudah
sedia hancur ini! Apa semua ini, ya Allah! Wajah ku raup sekali.
“Berambus,” jerit ku bagai orang hilang akal. Dan dari ekor
mata, pipi mama mengalir air jernih. Ku seka air mata yang mengalir perlahan
lantas ku tarik mama ke dalam dakapan dan rambut mama ku usap perlahan
meredakan rasa sedih dan kecewanya saat itu. Aku palingkan wajah ke arah
keduanya yang bagai tiada tanda untuk beredar, papa tiruku sedang elok duduk di
birai katil sambil ditangannya masih memegang baju kemeja manakala Shasha diam
tidak berkutik di hujung katil.
“Berambus! Aku kata berambus!” jerit ku lagi langsung
menghentikan tindakan papa yang sedang termangu-mangu itu. Tubuh ku dihampiri
dan wajah mama ditatap dalam-dalam.
“Hei Attar, kau ingat aku hadap sangat dengan perempuan tua
macam mama kau ni? Tak boleh pakai, dah monopous! Cacat pulak tu, buat apa aku
simpan lama-lama? Sekarang kau pilih, talak satu.... talak dua.... atau talak
tiga untuk mama kau yang cacat ni? Pilih cepat,” gesa papa ku sambut dengan pandangan tajam
berkaca-kaca sambil menahan sebak di hati tatkala mendengar hinaan yang terlontar
dari bibir lelaki tua itu.
Sebak di hati bagai empangan yang hampir pecah, bila-bila
masa sahaja air mata yang ku tahan akan gugur buat pertama kalinya dalam
membela maruah mama yang sedang dipijak oleh lelaki bergelar papa tiriku.
“Aku nak kau talakkan mama aku pada talak yang kau tak
mungkin dapatkan dia semula. Aku nak kau talak mama dengan talak tiga,” jerit
ku sekuat hati.
“Talak tiga, sekarang!” bentak ku buat papa tersentak dan
Shasha juga terhinjut bahunya mendengar amukan ku saat ini.
“Sherry, dengar apa kata anak kesayangan kau tu, dia mintak
aku ceraikan kau dengan talak tiga! Kau setuju?” wajah mama disentuh perlahan
oleh papa dan aku menepis tidak sudi membiarkan mama diperlekeh sedemikian.
“Berambus, berambus kau Nazim!” sekali lagi suara ku bergema
satu rumah!
“Kau jangan kurang ajar Attar, jagan kurang ajar!” bentak
papa langsung tidak ku takuti saat ini.
“Kau nak buat apa pada aku Nazim?” lelaki itu sudah ku
panggil dengan nama tiada lagi istailah papa buatnya!
“Nak pukul, hah pukullah!” provok ku bangkit menghampirinya
dan dia berundur setapak.
“Sedar sikit, makan minum kau dekat rumah ni mama yang
tanggung! Kau tak ubah pengemis jalanan!” Wajah bengis Nazim singgah di hati ku
saat ini, sesungguhnya perasaan gentar sudah tiada lagi dalam kamus hidup ku. Apa
yang terjadi semuanya takkan ku sesali lagi walau ada nyawa yang melayang
nanti.
“Sherry aku ceraikan kau dengan talak tiga!” suara papa
melafazkan talak buat mama kedengraan perlahan namun menusuk jauh ke hati ku. Aku
pandang Nazim dalam pandangan bengis dan dalam amarah yang menggila!
“Sekarang kau berambus dari rumah ni, berambuas Nazim.
Berambus! Tak guna aku simpan pengemis dalam rumah ni lagi. Tak perlu!” jerkah
ku kuat bersama linangan air mata. Aku pejamkan
mata saat tangan lelaki itu dilayang tinggi untuk menampar wajah ku!
“Kurang ajar kau Attar!” tamparan yang dilayang oleh Nazim
bagai terhenti tidak mengenai wajah. Aku buka sedikit mata yang terpejam.
“Cukup Nazim, jangan sentuh anak aku! Keluar dari rumah ni.
Dan kau, ambil baju keluar dari sini. Rumah ni bukan sarang maksiat!” gumam
abah tenang namun tajam menikam hati.
“Abah!” hero ku sudah berada dihadapan mata dan Nia juga ada
di sisi menemani abah yang baru tiba menyelamatkan aku dari mendapat penangan
sulung dari Nazim yang baru sahaja
bergelar bekas papa tiri.
Nazim dan Shasha terkocoh-kocoh meninggalkan ruang bilik
mama dan aku sudah terduduk berteleku di atas lantai. Air mata yang merembes ku
biarkan mengalir tidak diseka, abah hampiri tubuh ku perlahan dan Nia juga mendekati
mama yang sudah hampir pengsan diceraikan oleh Nazim sedemikian rupa.
“Attar,” abah seru namaku dan tubuh ku ditarik ke dalam
dakapanya. Buat pertama kali seumur hidup, aku menangis teresak dalam sedu
sedan di dalam pelukan abah, bagai anak kecil yang minta dipujuk.
“Hei, sejak bila anak abah jadi macam ni?” soal abah buat
aku semakin bertambah teresak kesedihan. Nyata kasih sayang abah masih utuh
buatku dan rasa kasih itu sedang ku rasa melalui usapan perlahan penuh kasih
sayang darinya. Terima kasih Abah!
p/s penulis: nantikan entryseterusnya ya.
·
apa terjadi pada Neesa dan babynya
·
siapa yang uruskan Datuk sherry yg sedang sakit dan bagaimana Nia
melayani ibu mertua yg masih membencinya
·
apa yang terjadi pada attar dan Nia hingga attar
merajuk dan bagaimana pula Nia yang sedang mengandung menghadapi saat2 di mana
kehilangan Attar.
·
Nantikan next entry ya... (pnjg lagi kot cerita
ni heheh, jangan jemu taw~)
Thanks for reading my darling!
siapkan entry ni dari kul 1am-6am
semoga anda terhibur dan maaf atas kekurangan . salam subuh ~
siapkan entry ni dari kul 1am-6am
semoga anda terhibur dan maaf atas kekurangan . salam subuh ~
Comments
ada kesalahan sikit dear > son
Best....
ape2 pn...cter nie best...
terbaik dr ladang... =p
to readers" thanks reading, thanks tegur n thanks support. :)
sorry sgt :)