CINTA DI HUJUNG NODA 20
“Nia, abang balik dulu! Nanti abang datang sini teman Nia, Neesa tak ada siapa jaga,” wajah mulus Nia ku sentuh perlahan sambil ku usap dengan hujung jari. Hati yang tadinya panas kembali sejuk seketika setelah menunaikan solat bersama abah sebentar tadi dan Nia hanya menguntum senyum melihat tingkah ku yang berubah laku dalam sekelip mata.
“Sayang tidur sini ya, tengok-tengokkan abah sama!” ucap ku
lagi sambil memeluk erat Nia dalam dakapan
. Suasana kelam garaj kereta ku
pandang sekilas, BMW milik mama sudah ku panaskan enjinnya bersedia untuk
bergerak bila-bila masa sahaja.
“Abang, jangan marah-marah Nia lagi ya! Abang errr.. hurmm
tak ada apalah!” Nia tidak jadi menuturkan katanya dan pelukan tadi cuba
dirungkaikan namun aku pula mengemaskan pelukan yang hampir terlerai tadi.
“Kenapa ni sayang?” bisikku dekat di telinganya dan dia
menolak sedikit kegelian.
“Tak ada apa, Nia Cuma... ermm cuma teringin nak makan coklat!” gumamnya perlahan
sambil mengetap bibir.
“Dah lewat ni, esok kita beli okey. Stock dalam feezer dah
habis ke?” soal ku buat Nia menjauh dan air mata kelihatan bergenang ditubir
mata yang terbias disimbah cahaya lampu jalan. Aku telan liur, kasarkah kata-
kata yang ku lontarkan tadi.
“Sayang kenapa ni?” wajahnya ku sentuh dengan hujung jari
sebelum singgah ke bibir yang dilindungi niqab berwarna hitam. Namun tiada tindak
balas. Haish kerana coklat pun boleh dijadikan isu untuk merajuk, Nia... Nia!
Aku senyum sambil mata menyorot tubuh pembantu rumah abah
yang kebetulan lalu berdekatan kolam renang yang riak air dipermukaannya tenang
tidak terusik.
“Surti, sini sekejap!” pembantu rumah warga Indonesia itu ku
gamit dan dia datang menghampiri ku dengan pantas.
“Ya, tuan! Ada apa yang perlu saya bantuin?” soalnya buat
aku tidak selesa berbahasa Indonesia di sini.
“Surti saya tak selesa kalau awak bercakap dalam bahasa
Indonesia, cakap Melayu dengan saya boleh. Oh ya, dalam freezer ada coklat?”
soal ku pendek dan dia geleng kepala sebagai menjawab pertanyaan ku tadi.
“Kalau macam tu, tak apalah! Pergi sambung kerja awak.” Aku kalih
semula pandangan ke sisi dan Nia ku perhatikan sekali lagi, kini wajah itu
sudah basah dengan air mata.
“Nia nak makan coklat, Nia nak abang yang belikan!” tuturnya
lagi dalam esak tangis. Hairan aku dibuatnya, bukankah selama ini Nia seorang
yang berdikari tidak terlalu bergantung harap kepada aku tetapi hari ini sikap
dan perilakunya sedikit berlainan dari kebiasaan. Jangan-jangan Nia tak sihat! Laju
sahaja aku tekapkan belakang tapak tangan ke dahinya dan dia menepis perlahan.
“Abang ingatkan Nia tak sihat tadi,” gumam ku pendek namun
dia masih diam memaksa aku memujuknya sekali lagi.
“Esok kita beli, sekarang dah malam dah lewat. Mana ada
kedai bukak lagi waktu-waktu macam ni sayang,” pujuk ku perlahan namun Nia
enggan berganjak bahkan semakin deras pula air mata yang mengalir. Haishhh....
tensionnya!
“Okey-okey stop crying jom kita pergi sekarang, lepas beli
abang nak kena balik rumah mama.” Tangannya ku tarik mendekati kereta. Dan Nia
hanya mengekori langkah ku langsung membolosi perut kereta. Aku tutup pintu
kereta lantas menekan minyak, berundur dan meneruskan semula pemanduan menuju
ke kedai serbaneka. Nia yang masih diam tanpa reaksi ku kerling sekilas, entah
apa yang tidak kena pada Nia aku sendiri tidak pasti. Sejak akhir-akhir ini Nia
terlalu sensitif dan aku juga kerap kali melepaskan amarah terhadapnya lantaran
tekanan kerja dan masalah peribadi yang terbeban di bahu sejak dua bulan
kebelakangan ini.
“Nia, abang minta maaf berkasar dengan Nia hari ni. Abang tak
sengaja,” tutur ku harap dia mengerti segala beban dan masalah yang harus ku
tanggung. Jalan raya yang lengan ku perhatikan sambil sebelah tangan ku sentuh
pula jari jemari Nia lalu ku bawa ke bibir dan ku kucup sekali!
“Nia, maafkan abang!” kata-kata ku tidak bersambut dan dari
biasan cahaya lampu dari kenderaan yang berselisih menyuluh Nia ku kerling
sekilas, riak wajah itu masih keruh tidak ceria seperti biasa dan air mata masih
lagi berlinang dan sesekali jari jemari runcing itu menyeka air mata yang
gugur.
Sungguh waktu ini rasa bersalah sudah menggunung tinggi,
bagaimana untuk aku menuntut maaf dari Nia sedang hati itu sudah ku lukai.
“Nia, abang minta maaf! Nia sayangkan abang tak?” aku cuba
memancing isteri ku agar membuka bicara waktu ini dan memaafkan aku yang sudah
bersalah padanya. Dan dia masih diam menunduk
sambil menyeka air mata. Jari yang masih di dalam pegangan tangan ku
lepaskan buat seketika, stereng kereta ku paut lantas lorong menuju ke kedai
Seven Eleven ku tujui.
“Sayang, sebagai tanda maaf abang sanggup belikan apa sahaja
yang sayang nak! Tapi satu je tak boleh, sayang tahukan air yang abang
maksudkan!” minuman keras yang biasa dijual di kedai serbaneka itu terlayar di
ruang mata lantas aku menguntum senyum lalu bahunya ku senggol sedikit dan dia
mengangkat wajah pelik memerhatikan aku.
“Jom, turun!” pelawa ku dituruti sahaja tanpa membalas segala
kata-kata ku tadi namun jauh di sudut hati aku tahu hati itu sudah sedikit
terpujuk!
Aku dan Nia melangkah beriringan sambil berpimpin tangan menuju
ke dalam kedai serbaneka, senyuman pelayan kedai yang berdiri di kaunter
bayaran ku sambut dengan anggukan, rak yang dipenuhi pelbagai jenis coklat dihampiri
oleh Nia dan aku hanya mengekori isteriku itu dari arah belakang. Melihat
keterujaan Nia memilih coklat yang pelbagai jenama itu sedikit sebanyak
menjadikan aku terhibur seketika.
“Yang mana paling sedap?” ujar Nia perlahan bagai bertanya
pada diri sendiri. Aku yang sedang memerhatikan snek yang tergantung
bersebelahan rak coklat mengalih pandangan ke arah Nia yang sedang berkira-kira
sama ada memilih cadbury perisa Dairy Milk atau perisa Caramel. Tubuh itu ku
hampiri lantas bahunya ku peluk erat, dia mengangkat wajah melihat wajah ku
yang sedang tersenyum.
“Kenapa abang senyum-senyum ni?” soalnya pendek dan aku
lepaskan pegangan di bahu kemudian mengambil keduanya lalu ku letakkan semula
ke tempat asalnya dan dia nyata terkejut melihat reaksi bersahaja ku.
“Sayang jom balik,” gurau ku disambut kerutan di dahi yang
terdedah sedikit.
“Nia nak coklat tu,” aku senyum lagi sambil membuang pandang
ke tepi.
“Serius ke nak?” tutur ku buat dia tajam memerhatikan
tingkah laku ku kali ini.
“Kalau nak, sini!” aku dekatkan wajah ke wajahnya dan jari
telunjuk ku lekapkan ke pipi mengisyaratkan dia mengucup pipi ku sekali.
“Ishh... abang ni kan! Malu orang tengok,” aku angkat wajah
yang tadi menunduk sedikit memerhatikan sekeliling namun tiada siapa yang
kelihatan dan gatal ku semakin menjadi-jadi dengan riak manja ku goda Nia sekali
lagi.
“Please, sekali je. Lagipun mana ada orang dekat sini, kita
berdua je sayang!” Tutur ku sambil mendekatkan wajah ke wajah Nia dan dia cuba
menolak wajah ku sedikit namun aku masih keraskan tubuh tidak mahu berganjak.
“Sayang....” rengek ku buat Nia serba salah.
“Abang, janganlah cenggini.... “ rayu Nia aku sambut dengan
wajah kecewa dan aku tahu sebentar lagi Nia pasti mengalah lalu menunaikan
permintaan ku yang satu ini. Hehe...
“Its okey sayang, abang tak paksa...” aku buat-buat merajuk
bagai mahu melangkah segera beredar keluar dari kedai serbaneka itu namun
sempat lengan ku dipaut oleh Nia. Aku senyum sebelum berpaling berdepan dengan
tubuh itu. Umpan sudah mengena, hehehe...dalam hati aku ketawa senang!
“Abang jangan merajuk,” tuturnya sambil memerhatikan
sekeliling, niqab itu disingkap sedikit dengan pantas dia mengucup pipi ku
sekali. Aku tersenyum waktu bibir sejuk Nia menyentuh pipi ku.
“Err... sorry encik!” seorang pekerja wanita lingkungan
lewat belasan tahun tersentak melihat adegan tidak terduga antara aku dan Nia. Langsung
tubuh itu berpaling tidak jadi untuk melalui laluan di tengah-tengah rak coklat
di mana aku dan Nia sedang beraksi tadi. Haishhh... potong stim!
Nia menundukkan pandangan dan aku beriak selamba sambil
menyeluk tangan ke dalam poket seluar. Termalu sendiri dengan ketelanjuran di
tempat awam!
Usai memilih aku bergerak menuju ke kaunter untuk membuat
bayaran dan Nia masih setia di sisi ku sambil tertunduk malu berhadapan gadis
yang tadi telah melihat aksi panas ku bersama Nia.
“Berapa ya dik?” soal ku sepatah dan gadis yang sedang
membantu rakannya memasukkan coklat ke dalam plastik masih menguntum senyum
membalas pandangan aku.
“Tujuh belas ringgit bang, abang err... cantiklah girlfriend
abang!” gumamnya sambil mempamerkan isyarat thums up ke arah Nia. Nia yang
kelihatan malu-malu itu ku kerling sekilas.
“Bukan girlfriend tapi wife abang! Thanks,” ucap ku sambil
menyambut huluran coklat yang sudah berbungkus.
“Welcome, akak dengan abang jangan lupa datang lagi!”
serentak mereka berkata buat aku kagum dengan keramahan mereka melayani
pelanggan dan sebagai respon aku hanya mengangguk lantas membalas senyuman
mereka dan beriringan keluar bersama Nia.
“Abang, tengok kan kita dah malu!” gumam Nia mencebik hingga
muncung itu terbentuk disebalik niqab yang setia menemaninya setiap kali
isteriku ini menjejak kaki keluar dari rumah.
“Apa yang Nia nak malukan? At least Nia boleh sembunyikan
muka, abang ni lagi malu tak tahu nak sorok muka handsome ni kat mana. Jatuh saham
abang,” Usik ku sambil pinggangnya ku siku sedikit membuatkan dia terjerit
kecil.
“Nia masuk dulu,” arah ku saat panggilan telefon menerjah
pendengaran. Siapa pula yang call ku lewat-lewat malam begini? I-phone ku
keluarkan dari poket seluar belakang dan Nia ku perhatikan sudah masuk ke dalam
kereta. Skrin telefon ku perhatikan dan nama mama tertera di situ!
“Hello, ya mama! Hmm.... baru nak balik!” ujar ku saat mama
bertanyakan pukul berapa aku mahu pulang.
“Sekejap lagi mama, on the way! Mama buat apa?” soal ku
langsung masuk ke dalam kereta lalu pintu kereta ku tarik rapat dari dalam.
Masih lagi melayani panggilan telefon dari mama dan Nia pula
sedang melentokkan kepalanya di bahuku sambil aku membelai sedikit pipinya
perlahan sambil dalam kesempatan yang ada itu aku cuba melabuhkan bibir di
dahinya namun ditepis manja oleh Nia.
Sedang aku bercakap
dengan mama suara Neesa disebelah sana yang mahu bercakap dengan aku kuat menangkap
telinga.
“Hello you nak balik pukul berapa ni Attar? I dah lama
tunggu you, nak tidur sama-sama!” rungut Neesa nyaring hingga aku menjauhkan
sedikit telefon dari telinga.
“Sekejap lagi Neesa, on the way ni!” balas ku atas pertanyaannya
sebentar tadi. Nia angkat wajahnya mencari wajah ku tatkala nama Neesa meniti
di bibir dan aku membalas pandangannya lama.
Beberapa saat kemudian, Nia tegakkan tubuhnya lalu bersandar
di tempat duduk sambil memerhatikan persekitaran yang menempatkan deretan
kedai-kedai kecil melalui tingkap kereta di sebelahnya yang sedikit terbuka.
“I nak you balik sekarang, sekarang!” jerit Neesa buat aku
sedikit tersentak. Apa kena dengan dia ni, menjerit dan menjerit sahaja tahunya
jika mahukan sesuatu. Menjengkelkan sungguh perempuan ini!
“Okey, I nak baliklah ni. You boleh sabar sikit tak?” aku
hidupkan enjin kereta sambil sebelah tangan lagi masih memegang telefon.
“Sepuluh minit lagi tak sampai ke rumah, siap you!” ugut
Neesa kuat sama seperti tadi dan langsung talian telefon dimatikan tanpa sempat
aku membalas kata-katanya. Haishh....!
“Kenapa abang?” Nia bertanya pula. Aku hela nafas kasar,
sakit hati waktu-waktu begini dan Nia pula becok bertanya itu dan ini bagai
tidak mengerti hati ku yang tengah panas terbakar dan sedang meluap-luap bagai
lahar gunung berapi yang mahu memuntahkan isinya.
“Kenapa abang?” sekali lagi dia menyoal. Aku pandang wajah
itu tajam lantas ku undur kereta laju hingga Nia sedikit tersentak.
“Abang ni kenapa?” sekali lagi dia menyoal dan kali ini aku
sudah hilang sabar. Kereta ku hentikan seketika memandang tepat anak mata bewarna
coklat itu.
“Diam boleh tak, abang tengah drive!” gumam ku kasar dan
bahu Nia kelihatan terhinjut akibat terkejut dengan nada suara ku yang tinggi. Terus
sahaja dia diam tidak berkutik.
Aku masukkan gear satu dan terus memecut menuju ke rumah
abah untuk segera menghantar Nia kembali ke sana, destinasi seterusnya adalah
rumah mama di mana Neesa sudah menunggu sedari tadi lagi.
Meter kelajuan sudah menjangkau angka 160 kilometer sejam
dan Nia kelihatan memaut tangannya di seat belt yang membelit hadapan tubuhnya.
Takutlah tu, omel ku dalam hati yang masih lagi berwajah tegang!
“Abang, Nia takutlah.... slow sikit!” pintanya aku diamkan
sahaja dan kali ini aku benar-benar mahu tiba ke rumah mama untuk bertemu
Neesa.
“Abang,” panggilnya sekali dan aku toleh ke arah wajah itu
sekilas dan plastik berbungkus coklat diribaan Nia masih belum tersusik.
“Kenapa tak makan lagi coklat tu, tadi beriya sangat nak
coklat! Makan cepat,” arah ku kuat dan perlahan-lahan Nia menggapai bungkusan
plastik itu sambil masih erat mengenggam keduanya. Aku hela nafas kasar, apa
yang ku arahkan dipandang enteng oleh Nia. Langsung tidak hormatkan aku sebagai
suaminya!
“Abang suruh apa? Kenapa tak makan lagi?” kuat suara ku buat
Nia terhinjut sekali lagi. Dan dia buka bungkusan plastik coklat dan disuakan
ke mulut perlahan-lahan. Namun hanya beberapa potongan kecil sahaja yang masuk
ke mulutnya sebelum kelihatan coklat itu dimasukkan semula ke dalam plastik. Aku
ketap gigi, Nia memang degil rupanya!
“Kenapa tak habiskan?” keras nada suara ku buat Nia mulai
teresak.
“Kenapa tak makan bagi habis? Tadi nak sangat, malam-malam
buta nak makan coklat bagai bila dah beli, makannya tak banyak mana. Menyusahkan
orang!” marah ku tidak dapat ditahan-tahan lagi. Dan kali ini Nia menunduk
tidak berani melawan pandangan mataku.
“Yang senyap ni kenapa? Dah bisu?” soal ku sambil menambahkan
kelajuan kereta.
“Tak lalu,” pendek jawapanya dan suara itu kedengaran sedikit
serak!
Mendengar bicaranya
itu buat aku semakin panas hati, dan kereta ku hentikan secara mengejut hingga
dahi Nia terhantuk ke dashboard! Jeritan kecil Nia kedengaran perlahan sambil
tangan itu menggosok sedikit dahinya. Ah peduli apa aku, perempuan ini
betul-betul menyusahkan aku!
Plastik berisi coklat ku rampas langsung ku baling dan ku hempas
ke dashboard!
“Kalau tak nak makan, jangan menyusahkan aku! Kau ingat kau
sorang je aku nak kena layan?” bahu itu ku tarik kasar agar bertentangan aku
yang sedang dihambat baran dan kali ini Nia semakin kuat teresak memohon aku
tidak berkasar dengannya.
“Sakit bang, Nia janji tak buat lagi!” ucapnya dalam air
mata yang deras mengalir. Aku lepaskan cengkaman di bahu itu lantas ku buang
pandangan ke tengah jalan yang sunyi. Esak tangis Nia semakin kuat menyapa
telinga dan aku semakin rungsing dengan keadaan sebegitu ditambah pula keadaan Neesa yang sudah lama menunggu aku di
rumah mama.
Entah mengapa rindu pada
Neesa kembali bertandang setelah suaranya menerpa ke pendengaran ku tadi.
“Hah menangis lagi, menangis! Tak boleh diam ke!” arah ku sambil
menekan pedal minyak. Nia masih tidak berhenti menangis dan aku raup wajah
berkali-kali.
“Hei Nia, boleh tak kau diam?” aku jerkah dia sekali , kepala yang tidak
gatal ku garu kasar dan Nia menghentikan esakannya cuma bahu itu kelihatan
terhinjut menahan sebak.
“Sekarang turun, dah sampai!” aku arahkan Nia turun setelah
kereta yang ku pandu tiba dihadapan rumah abah.
Laju sahaja Nia bergegas turun meninggalkan plastik berisi coklat tadi langsung menapak masuk
melalui pintu pagar kedua yang terbuka
sedikit tanpa menoleh ke arah ku lagi. Aku telan liur yang terasa berpasir,
rasa bersalah namun rindu yang sarat pada Neesa buat aku tegar lakukan semua
ini terhadap Nia.
Ah apa yang tak kena
dengan aku ni? Kenapa Nia aku jadikan mangsa amukan dan mengapa rindu pada
Neesa bagai membuak-buak hadir sedang tadi aku langsung tidak mengingati
namanya apatah lagi wajah itu namun semuanya berubah saat mendapat panggilan
dari mama dan setelah suara Neesa yang meminta aku segera pulang singgah ke
telinga.
Rasa rindu begitu
kuat memanggil aku untuk segera bertemu dengannya! Anehnya rasa ini! Ku raup
wajah yang kusut sambil kereta ku pandu menghala ke rumah mama.
“Nia, aku sayangkan kau dan dalam masa yang sama aku rindukan
Neesa sedang aku sendiri tak pasti apa yang dah jadi pada diri aku!”
Pesanan penulis: bersambung, tinggalkan komen anda
sebagai rujukan untuk saya
hasilkan jalan cerita yang lebih baik :) thanks reading.
sebagai rujukan untuk saya
hasilkan jalan cerita yang lebih baik :) thanks reading.
Comments
haishhh....bengang rse kat c neesa nie...kuat btol ilmu...