CINTA DI HUJUNG NODA 19
![]() |
Teratak Fahkrudin |
“Hei you all ni semua tak ada kerja lain ke? Buat kerja!”
amarah ku lepaskan pula pada semua staf yang sedang berkumpul di suatu sudut,
namun mereka masih tegak tidak berganjak menjadikan hati ku semakin panas. Kumpulan
itu aku hampiri dan kali ini aku benar-benar tidak menyangka, kejutan pagi ini
mampu membuatkan aku jatuh rebah! Berita pertukaran hak milik syarikat kepada pihak lain sedang tersebar luas melalui surat yang tidak bertarikh itu.
“Encik Attar, bagaimana dengan kami?” soal satu suara buat
aku terkedu, ya bagaimana dengan nasib mereka semua apabila syarikat ini
diambil alih? Ah tensionnya aku! Dengan keadaan mama yang begitu, Neesa pula
tidak habis-habis menyakitkan hati dan syarikat pula bermasalah, apa lagi yang
boleh aku lakukan kini!
“Sekejap-sekejap, bagi saya fikir dulu. You all buat kerja
you all dulu!” gumam ku sambil mengorak langkah menuju ke bilik mama. Pasti mama
sudah tiba waktu-waktu begini. Daun pintu ku ketuk perlahan dan terus sahaja
aku melangkah masuk dan kali ini aku sekali lagi dihambat curiga melihat susun
atur bilik kerja mama yang sudah berubah kedudukan.
“How new look?” bicara seseorang buat aku kalih pandangan ke
belakang. Neesa! dia buat apa dekat sini!
“Kau buat apa ni Neesa?” soal ku pendek sambil menyeluk
tangan kanan ke dalam poket. Tangan kiri pula ku rungkaikan tali leher yang
tadi kemas dipakaikan oleh Nia.
“Untuk pengetahuan Muhammad Fiqri Attar, semuanya ada di
sini!” ketawa Neesa memecah hening pagi pejabat yang selalunya riuh dengan
gosip dan senda gurau staf yang sudah lama berkhidmat di syarikat ini.
Aku sambut fail itu laju langsung menyelak satu persatu isi
kandungan yang tertera. Ya Allah sampai ke tahap ini Neesa pergunakan mama.
“Why? Terkejut!” gumam Neesa sambil menolak tubuh ku sedikit
dan dia melangkah masuk ke dalam bilik pejabat mama. Duduknya dilabuhkan di
kerusi langsung dipusing ke kanan dan kiri sambil kaki itu disilangkan
menampakkan peha yang putih gebu. Perut yang sedikit membuncit itu diusap
perlahan.
“Baby, tengok tu papa asyik nak marah mama je!” bicara Neesa
buat aku mencebik dan sedikit kegelian.
“Siapa nak jadi bapak budak tu? Aku tak inginlah Neesa!
sedar diri sikit!” aku membentak dan Neesa sedikit pun tidak memperdulikan aku.
“Attar, now syarikat ini atas nama I dan mama you serahkan
pada I hingga baby ni lahir! Senang je I nak tundukkan mama you yang tak ada
pegangan agama tu!” ketawa Neesa pecah sekali lagi.
“Hello, macam kau kuat agama? Tengok dan cermin diri sendiri
dulu Neesa!” meluat pula aku mendengar wanita dihadapan ku ini bicarakan soal
agama sedang dia juga tidak sempurna.
“Kalau kau nak balik company nenek moyang kau ni, apa kata
kau layan aku elok-elok as your wife! Tak susah pun, just berlakon seperti kau
suami yang penyayang. Teman aku buat check out every two weeks, than buatkan
susu sebelum tidur dan kalau boleh tolong urutkan kaki aku yang selalu sangat
kejang. Kau kan baik, please.....” tubuh yang semakin berisi itu sedang
menghampiri ku lantas datang menyentuh wajah dan bagi ku pula rengek Neesa
buat aku tidak betah berlama-lama di situ lantas kaki ku atur meninggalkan
perkarangan bilik pejabat mama. Suara Neesa ketawa buat aku benar-benar sakit
hati namun aku sendiri hairan dan kaki serta tangan ini bagai terkunci untuk
terus bertindak seperti biasa menghadiahkan penangan buatnya!
“Encik Attar, ni kopi
yang encik mintak tadi. Tapi bukan saya yang buat tapi puan Neesa, erm saya
letak sini!” pertanyaan Yati ku angguk sahaja lantaran aku masih sibuk
memeriksa semua keluar masuk export import yang menyebabkan syarikat kerugian
jutaan ringgit.
Aku menyemak semua dokumen yang perlu ditanda tangani, satu
persatu aku teliti hingga dering panggilan yang masuk sedikit menyedarkan aku
yang sedang leka melakukan kerja sedari tadi lagi.
“Hello ya Nia. Ada apa?” soal ku pendek tidak berminat
melayan dia kala ini. Ganggang telefon bewarna putih itu masih ku kepit di
telinga.
“Abang buat apa? Free tak petang nanti?” soalnya buat aku
naik angin tiba-tiba.
“Tak tahu ke jadual kerja abang macam mana? Dah tahu nak
tanya lagi kenapa?” bidas ku buat Nia terdiam seketika.
“Ha ada apa call ni?” soal ku tegas namun masih tidak
bersambut di sebelah sana.
“Abang tanya ada apa call? Dah pekak ke?” dia ku bidas
sekali.
“Err...hari ni abah balik, kita ambil dekat airport ya!” patah
bicaranya buat aku rasa gelisah dan tidak tenteram. Haish apa kena dengan aku
ni?
“Sibuklah, pergi ambil sendiri! Lagipun limousin kan banyak,
suruh abah balik sendiri kan senang!” usul ku masih lagi menancap pandangan ke arah
dokumen yang sedang ku semak tadi.
“Abang, abah kan baru balik dari haji jadi kita sambut
sama-sama. Please!” rayu Nia buat aku terbakar. Tak faham bahasa ke perempuan
ni, sudah berapa kali aku katakan yang aku tengah sibuk. Kalau dia nak jemput
sangat, silakan tapi jangan ganggu jadual kerja aku! Aku tak suka!
“Hei, kau nak jemput! Silakan, aku sibuk! Kau tak faham
bahasa ke Nia? Stupid!” gagang telefon ku hempas kasar. Memang Nia sengaja
menaikkan darah aku tengahari buta begini. Sudahlah kerja pejabat
berlambak-lambak dan dia boleh pula meminta itu meminta ini seperti aku sedang
bercuti pula.
“Hai dear, jom lunch!” pelawa Neesa bagai kena dengan perut
yang semakin berbunyi minta diisi. Semua fail ku tutup dan ku letakkan di sisi
meja sambil aku berdiri membetulkan semula baju yang sedikit berkedut, Neesa
datang menghampiri tubuh ku membantu mengemaskan tali leher yang senget
sedikit.
“You ni marahkan siapa ek? Masam muka tu, senyum sikit
please.” Bicara Neesa lembut menyapa pendengran ku. Belum pernah aku melihat
dia dalam keadaan tenang begitu. Mungkin selama ini aku yang buta menilai
wanita itu hingga segala kebaikannya aku pejamkan dan aku nafikan.
“Tak ada siapalah
Neesa, you nak makan dekat mana ni? I dah lapar sangat ni,” gerutu ku disambut
tawa
Neesa. Aku kalih pandangan melihat wajahnya yang sedang tertawa, nyata dia
kelihatan cantik tersenyum sebegitu.
“Okey kita makan dekat Putrajaya, tahan sikit perut you tu! Than
dekat sana you makan banyak-banyak okey.” Gumam Neesa sambil memeluk erat
lengan ku mesra. Aku balas senyumannya sambil tenang memandu.
Sedang aku beriringan memasuki Hotel Pullman untuk menikmati
makan tengahari, aku sedari ada beberapa pasang mata mencuri pandang ke arah aku
dan Neesa. Mungkin tertarik dengan gaya pemakaian yang ditampilkan wanita di
sisi ku ini.
Dengan top paras peha dan sedikit kemasan di leher dan
eksesori yang dipakai, Neesa kelihatan anggun sekali berkaca mata hitam.
“You order dulu, I nak ke ladies! Rasa mual pulak, baby you
ni banyak ragamlah!” rungut Neesa sambil meminta izin ke tandas yang terletak
di sudut kanan restaurant elit itu. Aku angguk sahaja lantas membuat pesanan
buat kami berdua.
Aku perhatikan tubuh Neesa datang menghampiri ku dengan
langkah yang perlahan-lahan sambil menjinjit tas tangannya.
“Kenapa tak makan lagi ni, lepas ni teman I ke KLIA ek. Nak shopping
sikit!” gumam Neesa sambil mengapai sudu dan garfu dan aku seperti biasa malas mahu berkata
apa-apa melainkan mengiyakan sahaja kata-katanya.
Usai menikmati makan tengahari aku langsung meneruskan
pemanduan menuju ke KLIA, jam di tangan sudah menunjukkan angka tiga petang. Melewati
lebuhraya yang sesak entah dari mana datangnya kenderaan-kenderaan ini
menjadikan perjalanan untuk tiba ke KLIA sedikit tersasar dari masa yang
dijangkakan.
“I nak beli handbag tu,” suara Neesa menerjah pendengaran ku
dan aku palingkan wajah mencari arah yang dimaksudkan.
Nah, tag harga tertera jumlah RM 8,000 terlayar di ruang
mata. Aku hampiri beg yang dipamerkan di dalam kotak kaca perlahan-lahan. Warna
dan designnya tidaklah menarik mana namun mengapa itu yang menjadi pilihan
Neesa aku sendiri tidak tahu.
“I mengidam nak pakai beg tu, please belikan untuk I.” Aku geleng
kepala tidak setuju dengan permintaannya yang bagaikan satu pembaziran itu
namun wajah kecewa dan kelat Neesa membalas respon ku saat itu.
“I kan tengah mengandung, I memang mengidam sangat nak pakai
hand beg tu. Hadiahkan untuk I please,” lengan ku diusap lembut dan wajah penuh
pengharapan Neesa menjadikan aku cair menurut sahaja kata-katanya.
“Okey, just one! Lepas ni tak boleh lagi,” dia senyum lantas
memeluk lebih erat lengan ku.
“Okey promise!” balasnya dengan penuh teruja.
“Attar, see dekat sana ada jual dress untuk ibu pregnant! I nak
beli,” aku hela nafas perlahan sebelum mengekori Neesa dari arah belakang. Wanita
di sisi ku ini cukup hyperactive bila diajak bershopping hingga aku sendiri
tidak larat lagi singgah dari satu butik ke satu butik yang lain. Penat dan
lenguh satu badan!
Semua kehendak Neesa aku turutkan dan kini aku mahu segera
pulang ke pejabat sementelah jam sudah menginjak angka empat petang. Dan Neesa
tidak membantah setelah habis duit poket ku sebanyak RM 17,000 dikerjakannya.
Sedang aku beriringan menuju ke parking kereta, wajah Nia
dan abah terbentang dihadapan mata. Nyata pandangan Nia kelihatan bergenang
dengan air mata. Aku palingkan wajah ke sisi tidak sanggup menatap pandangan
bening Nia dan abah sedari tadi lagi.
Dan Neesa pula menghampiri mereka berdua meninggalkan aku
dibelakangnya. Melihat abah menggamit pada aku, aku segera berlari anak
menyaingi Neesa yang semakin menghampiri mereka berdua.
“Err....abah, bila sampai?” huluran tangan disambut mesra
oleh abah! Mini Cooper milik Nia ku perhatikan sekilas.
“Baru je Attar, dari mana ni? Banyak shopping!” tegur abah
buat aku sedikit tersentak.
“Dari dalam sana, semua ni Attar yang belikan! Bertuah rasanya,
oh ya abah baru balik dari mana ni?” jawab Neesa bagi pihak ku dan dia yang tidak tahu menahu
abah yang baru sahaja pulang dari haji becok bertanya itu ini.
“Baru je sampai dari Jeddah, mujur Nia datang jemput! Kalau tidak terpaksa
abah naik teksi balik ke rumah,” kata-kata abah buat aku rasa diperli dan pandangan mata itu cukup tajam menikam hati ku saat ini.
“Oh baru dapat tiltle haji ya? Baguslah lepas ni dah boleh
guna Tan Sri Haji Fakhrudin! Erm eh.. ha... Nia, sorry malam ni aku punya turn
okey! Attar tidur rumah aku, dah banyak hari dia tidur rumah kau! So consider
sikit aku yang tengah mengandung ni,” bicara Neesa yang tiba-tiba buat Nia
sedikit terkaku namun sentuhan tangah abah di bahu itu sedikit melegakan
hatinya barangkali.
“Dahlah, panas ni! Jom balik, tadi kata nak ke pejabat!”
Neesa tarik tangan ku meninggalkan abah dan Nia yang masih lagi berdiri di sisi
kereta.
**********************************************************************************
“Nia, sabar ya! Mungkin ini dugaan buat Nia! Ingat Allah tak
beri dugaan diluar kemampuan hambanya!” bicara Fakhrudin disambut anggukan
kecil menantunya itu.
“Abah, Nia ingat nak buat kenduri kesyukuran sikit sempena
abah dah balik ni. Abah setuju tak?” Nia masih meneruskan pemanduannya tenang dan
berhati-hati membelah lebuhraya yang semakin sesak dengan jumlah kenderaan yang
bertambah apatah lagi waktu pejabat sudah tamat.
“Abah setuju tu, tapi Nia nak buat sorang-sorang ke?” soalan
bapa mertuanya dipandang sekilas sambil senyuman dihulurkan biarpun bapa
mertunya sama sekali tidak dapat melihat disebalik niqab yang dipakai.
“Abah jangan risau, Nia buat katering dan panggil
orang-orang surau! Insyallah semuanya okey, Nia boleh handle sendiri,”
kata-kata itu buat Fakhrudin sedikit kagum dengan menantu yang yatim piatu,
sebatang kara dan diuji sebegitu pula oleh suami yang juga adalah anak lelakinya sendiri.
“Nia, seingat abah
nak buat kenduri tu malam ni jadi tak perlulah Nia susah-susah just tolong abah uruskan semuanya agar berjalan lancar. Oh ya, Nia tolong hantar ke rumah abah! ikut susur keluar tu,” gumam Fakhrudin
perlahan dan Nia langsung menuju ke arah yang dimaksudkannya.
“Abah besarnya rumah dekat sini, ingatkan abah duduk rumah
biasa-biasa je! Hmmm... rumah abah yang mana satu?” Nia becok bertanya itu ini
ketika melewati kawasan perumhan elit milik Tan Sri Fakhrudin, bapa mertuanya
itu.
“Yang tu, warna putih!” gumam Fakhrudin pendek.
“Wah cantinya rumah abah, abah tinggal dengan siapa dekat
sini?” Nia lebih berminat ingin tahu akan kehidupan bapa mertuanya yang sebelum
ini dianggap golongan susah hingga kebajikan lelaki tua itu benar-benar dijaga
dan tidak disangka pula lelaki tua itu adalah bapa mertuanya dan juga merupakan
antara golongan berada. Haish malunya berfikir bukan-bukan, benarlah penampilan
bersahaja seseorang tidak mencerminkan keperibadiaan dan kehidupan seseorang
secara mutlak!
Ketibaan Nia dan abahnya disambut dengan kehadiran beberapa
tetamu dan kenalan lelaki itu sambil Fahkrudin berniat untuk melakukan sujud
syukur kerana selamat tiba ke tanahair dan lebih penting telah selamat sampai
ke rumah sendiri.
“Masuklah tuan dan yang ni siapa ya tuan? Isteri tuan ke?” ramah
teguran wanitai iaitu pembantu rumah sekitar lingkungan empat puluhan buat Nia dan abahnya tersenyum kecil.
“Bukan isteri tapi menantu saya! Nadia tapi orang panggil
Nia, kamu pun mesti panggil Nia juga!” balas Fahkrudin disambut tawa beberapa
tetamu dan kenalannya. Mana mungkin pulang dari mengerjakan haji dia membawa
balik seorang isteri berpurdah dan tambah menjengkelkan isteri yang disangka
itu muda sebaya anaknya. Haish mintak dijauhkan dari hidupnya!
“Nia, malam ni abah nak panggil orang-orang masjid buat
kenduri kesyukuran. Nia tolong jemput Attar dengan mamanya sekali ya, abah naik
dulu!” gumam Fahkrudin sambil berlalu pergi naik ke tingkat atas untuk
merehatkan tubuh setelah melayani tetamu dan kenalan yang menunggu ketibaanyaa
tadi. Menginjak senja semua tetamu telah pulang dan malam ini kenduri
kesyukuran diadakan sempena rasa syukur setelah selamat melakukan ibadah rukun Islam ke
lima itu. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan!
**********************************************************************************
“Masuklah, abah ada dekat atas tengah tukar baju! Abang bawa
mama tak?” Nia tegur aku sambil tangan ku dikucup tetapi aku menepis tidak selesa
diperlakukan begitu dihadapan tetamu yang semakin ramai memenuhi living room
rumah abah. Mata itu kelihatan bergenang namun ku keraskan rasa hati yang mula jatuh kasihan ini.
“Ada dekat belakang tu, Neesa pun ada sama!” balas ku endah
tak endah! Langsung menanggalkan kasut dan melangkah masuk ke dalam rumah. Nia kelihatan
termangu-mangu namun dia tidak lagi aku pedulikan apatah lagi kelibat abah
sudah kelihatan turun dari arah tangga.
“Mama, masuklah!” huluran tangan untuk berjabat ditepis mama
dan Neesa pula tersenyum sinis mengekori langkah mama mendapatkan aku dan abah
yang sedang berdiri berhampiran tangga.
“Nia, sini tolong
abah sekejap!” suara abah memanggil Nia kedengaran perlahan namun tegas.
“Ya, abah?” isteri ku itu tunduk patuh pada bapa mertuanya.
“Layankan tetamu abah yang bawa isteri dan anak perempuan
mereka, ha lagi satu abah minta kebenaran Attar yang abah mahu Nia tinggal
dengan abah buat sementara waktu ni. Kalau tak keberatan abah harap Attar
izinkan!” permintaan abah buat kau sedikit tersentak. Apa hubungan abah dengan
Nia hingga mereka kelihatan sungguh rapat sahaja.
“Ya abah,” pendek Nia menjawab sebelum hilang ke tengah
deretan tetamu yang sedang mengambil tempat duduk masing-masing.
“Boleh ke tidak Attar?” aku yang masih menyorot pandangan
melihat Nia kembali tersedar semula.
“Kenapa abah nak Nia duduk sini. Rumah Attar kan ada,” gumam
ku pendek, mama dan Neesa juga angguk setuju dengan kata-kata ku tadi.
“Abah nak hadiahkan rumah ni pada Nia, dan abah nak ada anak
yang boleh jaga abah dekat sini. Lagipun Nia tu yatim piatu, kamu pula dah
kahwin satu lagi. Sekurang-kurangnya, bila kamu tidur rumah mama, ada juga
orang perhatikan Nia. Lagipun bahaya tinggalkan isteri sorang-sorang,” patah
bicara abah buat aku sedikit baran namun apabila difikirkan semula ada benarnya
juga Nia tinggal bersama abah. Sekurang-kurangnya mudah sikit aku ke rumah mama
sedang Nia pula dibawah pengawasan abah.
“Boleh ke tidak ni?” soal abah mengejutkan aku.
“Oh, aha boleh!” jawab ku sedikit gugup dan mama ketawa
kecil.
“Sherry, lama kita tak jumpa! Nazim tak ikut?” soal abah
perlahan dan aku hanya memerhatikan keduanya setelah agak lama mereka terpisah
namun kini mereka sudah berhadapan tetapi dalam keadaan yang jauh berbeza.
“Nazim? Dia busy uruskan syarikat dekat Perancis,” gumam
mama. Aku tarik tangan Neesa menjauhi keduanya memberi ruang untuk mereka
berbicara seketika.
“Neesa, malam ni you balik dengan mama dulu ya! I ada hal
nak bincang dengan abah I!” tutur ku sambil menyuap nasi ke dalam mulut. Reaksi
Neesa yang sudah cemberut itu ku perhatikan sekilas, mulalah nak tunjuk
perangai merajuknya itu. Huh penat melayan wanita mengandung ini!
“You balik dulu okey, lepas tu I balik kemudian! Abah ada
hal nak cakap dengan I, takkan nak tinggalkan abah begitu je,” pujuk ku lagi
harap Neesa sanggup bertolak ansur kali ini.
“Tak naklah, you dah janji malam ni nak tidur dengan I! Dah dua
bulan lebih kita kawen tapi sekalipun you tak pernah tidur dengan I,” rungut
Neesa buat aku sebal. Dia tak fahamkah yang aku mahu berbincang sesuatu dengan
abah dan habis perbincangan aku balikklah ke sana. Haish susah betul nak
fahamkan perempuan ini namun aku tahu untuk tidak menyakiti hatinya adalah
keutamaan ku kali ini.
“Mama,” aku mohon simpati mama untuk memujuk Neesa kali ini
dan nyata pujukan mama buat Neesa bertolak ansur sedikit.
“Cepat makan, tetamu semua dah balik! You pregnant, you kena
cukup rehat!” gesa ku agar dia segera menghabiskan nasi arab yang masih tidak
terluak di dalam pinggan.
Usai menghabiskan makananya, Neesa dan mama bergerak pulang
menuju ke rumah dan aku pula membantu apa yang perlu dan tidak banyak kerja
sebenarnya yang boleh dilakukan sementelah abah sudah arahkan pihak katering
menyediakan makanan beserta pakej cleaning.
“Ada apa yang abah nak bincangkan ni? Attar tak boleh
lama-lama, dah janji dengan Neesa tidur sana malam ni.” Aku mulakan sesi soal
jawab dihadapan abah dan Nia yang duduk diam tidak berkutik di sisi abah.
“Abah hairan dengan sikap Attar yang nampak lain dari petang
tadi lagi, ada apa-apa yang abah tak tahu?” pertanyaan abah ku biarkan sepi
seketika.
“Abah ni kenapa? Kalau setakat nak tanya hal macam ni better
Attar balik dulu,” aku bergegas bangun untuk meninggalkan perkarangan ruang
tamu yang sudah kembali bersih itu.
“See, yang Attar nak marah ni kenapa. Duduk dulu Attar,”
arah abah buat aku kembali duduk sambil menunjukkan muka tidak puas hati ku
kala ini.
“Macam mana dengan
company mama? Ada masalah lagi?” aku diam berfikir sejenak.
“Mama dah tukar nama atas Neesa, untuk cucu sulung dia!”
balas ku acuh tak acuh dan nyata abah sedikit terkejut dengan bicara yang ku
lontar tadi. Jam dinding ku kerling sekilas sudah masuk sebelas malam.
“Kenapa beri pada Neesa? Bukan atas nama Attar ke syarikat
tu?” abah menyoal bagai polis pula dan aku sudah jemu mahu melayan orang tua
ini berbicara.
“Mama beri sempena cucu sulung!” aku tegaskan semula
kata-kata ku tadi dan abah garu kepalanya tidakl gatal. Nia pula hanya
memerhatikan aku dengan pandangan kosong. Cemburu mungkin tatkala aku sebutkan cucu sulung. Huh!
“Attar dah solat? Mari solat isyak dengan abah!” pelawa abah
ku pekakkan sahaja.
“Jom,” abah bangkit dan aku juga terpaksa menurut.
“Pergi tukar baju dulu, tadi Nia ada bawakan baju dari rumah
sana. Nia teman Attar naik ke bilik,” arah abah dan aku bergegas naik ke
tingkat atas ingin segera menukar pakaian, bersolat dan kembali semula ke rumah
mama yang aku rasakan cukup berat untuk ku tinggalkan lama-lama.
“Mana baju tu?” aku duduk dibirai katil sambil menunggu Nia
mengeluarkan ia dari beg dan baju t-shirt bewarna hitam ku tanggalkan
menampakkan seluruh tubuh dan Nia yang sedang menghampiri ku sedikit tergamam
melihat tubuh yang penuh kesan merah ciuman Neesa petang tadi.
“Kau pandang apa? Cemburu?” soal ku pendek sambil merentap
baju yang masih di dalam pegangan Nia lantas ku sarung laju ke tubuh.
“Abang, apa semua ni?” soalnya dalam nada serak dan aku yang
sudah berdiri kembali berpusing berhadapanya.
“Apa semua ni, apa?” soal ku minta dia perjelaskan lagi
soalannya tadi.
“Ni,” jari telunjukknya tepat terarah ke tubuh yang sudah
siap tersarung baju melayu.
“Love bite!” jawab ku pendek dan nyata Nia terduduk
mendengar patah bicara ku. Bukan kehendak ku untuk tayang semua ini dihadapan
Nia namun perbuatan Neesa tanpa aku sendiri sedari, sedang bangun sahaja dari
tidur tubuh ku sudah tercemar dengan kesan merah ciuman Neesa.
“Abang, abang tak boleh tiduri Neesa! dia mengandung zuriat
lelaki lain!” tutur Nia dalam esak tangisnya.
“Dia isteri aku, sama macam kau! So apa yang bezanya!” Nia
aku tinggalkan sendirian. Melihat esak tangis Nia buat aku kembali resah dan
aku sendiri tidak pasti apa yang terjadi pada ku hingga tegar membuatkan Nia
bersedih dan menangis kerana aku! Aku bingkas turuni anak tangga mendapatkan abah yang
sudah sedia di bilik solat.
“Anak abah ni dah lain, Insyallah semuanya akan kembali
seperti biasa,” tutur kata abah sedikit pun tidak singgah di hati ku, dan kali
ini aku hanya merindui Neesa. Anehnya perasaan ini!
p/s penulis: maaf atas kekurangan. drop komen:)
Comments
nia sabar n banyakkn doa spya attar cepat pulih....
Ee..geram betul dgn.neesa tu..
Cik writter..best..teruskan..
eee bencinya dgn neesa!
moga Nia dan abahnya dpt memulihkan Attar semula.....