CINTA DI HUJUNG NODA 16
“Cukuplah Neesa, sampai bila kau nak bohong semua orang?”
aku bangkit dari kerusi, amarah ini mula membakar hati dan aku tahu dalam
sekelip mata aku boleh lakukan perkara yang aku sendiri tidak terduga dan
terlintas di hati. Silap haribulan aku bunuh juga perempuan tak sedar diri ini!
“Attar, ini bukan caranya!” tegur abah perlahan. Aku
palingkan wajah dari menatap wajah basah Neesa. Menangis dan menangis itu
sahaja tahunya, hati aku yang hancur dan jiwa aku yang rabak ini siapa yang ambil
peduli?
“Kau nak apa Neesa? aku turutkan tapi sampai ke tahap ini
sabar aku dah hilang, aku pun ada maruah Neesa
. Kalau kau ada hati ada akal,
fikirkan kesan perbuatan kau ni. Please Neesa aku dah cukup terseksa dengan
permainan kau, lepaskan aku Neesa!” rayu ku buat pertama kalinya. Neesa masih
terduduk sambil menyentuh pipinya yang pijar, bukan salah ku jika aku
keterlaluan begitu! Semua ini adalah kehendakknya hingga aku terdorong
mengasari wanita, dan wanita itu adalah Neesa bekas kekasih ku sendiri.
“Maafkan dosa aku, lepaskan aku dan biar aku bina hidup sendiri!
Biarkan aku bahagia, aku tak minta lebih dari tu. Aku harap kau faham dan
jelaskan pada semua orang tentang hal ini. Please,” aku kendurkan suara yang
tadinya keras. Abah hela nafasnya perlahan memberi ruang untuk aku berbicara
namun pandangan abah nyata tidak selesa jika aku terus-terusan melayani Neesa
begini.
“Attar sini bukan tempatnya, maruah Neesa kita kena jaga
juga. Mari kita ke tempat lain,” nasihat abah ku turuti sambil mata ini
mengheret tubuh Neesa yang juga sedang melangkah lesu mengekori aku dan abah
dari arah belakang!
Kereta yang dipandu abah tenang memasuki perkarangan sebuah
kawasan perumahan elit, aku sudah tiada hati untuk meneliti ke mana arah tujuan
kami petang itu. Hatiku sedang berperang dengan pelbagai rasa yang semakin
menghimpit hati yang sedang terluka berdarah ini.
“Masuk Attar, Neesa masuk dulu! Abah ada kerja sekejap,
berbual dahulu!” gumam abah melangkah ke dalam rumah yang lebih besar dari
rumah mama. Aku pandang sandarkan tubuh ke kerusi panjang, siling yang
terdampar luas ku perhatikan sambil meletakkan tangan di dahi. Lagak gaya ku
bagai seorang perdana menteri yang berhadapan krisis kebuluran di negara
tadbirnya tetapi aku bukan perdana menteri jauh sekali menteri besar dan aku yang
bernama Muhammad Fiqri Attar Fakhrudin adalah seorang lelaki biasa yang
dihambat kontroversi murahan. Ya kontroversi yang sudah menjejaskan reputasi ku
sebagai eksekutif pemasaran di syarikat mama. Huh, entah bila semua keperitan
dan beban ini akan berakhir! Wajah Neesa ku curi pandang dari ekor mata dan dia
masih mampu tersenyum memerhatikan persekitaran rumah abah! Heh sungguh tidak
sedar diri perempuan persis model entah siapa namanya, aku sudah lupa! Harapkan
kecantikan yang tanpa disertakan kebijaksanaan maka lahirlah wanita seperti
Neesa!
“Neesa kau nak apa sebenarnya, terus terang! Jangan kau
minta lebih dari kemampuan aku Neesa.” aku mulakan bicara itu dalam keadaan
tenang agar hati Neesa terpujuk untuk melepaskan aku dari tuduhan maha hebat
yang tak terjangkau di akal.
“Attar, I cintakan you! Sungguh I tak boleh hidup tanpa you,
dan I sanggup lakukan apa sahaja asalkan I dapat bersama you,” aku ketap gigi
mendengar kata-katanya.
“Sampai kau tergamak hina diri sendiri untuk perangkap aku
dengan kandungan kau tu?” aku geleng kepala kesal dan tidak disangka
bahawasanya Neesa meletakkan nilai cinta dihatinya serendah pasir di dasar
laut!
“Ya, aku terpaksa demi cinta!” balasnya pendek. Aku semakin
kecewa dan terkilan dengan pengakuannya kali ini. Sungguh aku tak percaya! Inikah
nilai cintanya pada ku hingga sanggup gadaikan maruah diri ditiduri lelaki lain
hanya kerana mahukan aku. Ya mungkin aku dimilikinya, namun hati ini sedikit
pun tidak singgah menyentuh hatinya.
“Kenapa kau buat aku begini Neesa?” soal ku bagai lelaki
yang tiada arah tuju lagi.
“Sebab I cintakan you, dulu I bodoh ikutkan kata hati dan I
pergi dari you! Sekarang I sedar, hanya you yang boleh bahagiakan I Attar!” aku
telan liur mengimbas detik-detik aku ditinggalkan Neesa enam tahun lalu.
“Sorry Attar, kita tak serasi! You pun bukan lelaki yang
boleh diajak bergembira! Hidup you tak terurus, skema.... boring! Hmmmm...
lagipun I dah ambil keputusan ke oversea sama macam Erin. Dan you stay dekat
sini dengan Shasha okey! Dont be sad, you kan handsome mesti sekali you petik
sepuluh gadis cantik datang menerpa!” Neesa sentuh dagu ku dengan hujung jari
telunjukknya ada tawa mengejek dihamburkan tepat ke wajah ku.
“You dah janji nak continue study dekat local university so
kenapa tiba-tiba you pilih UK? Apa teruk sangat ke universiti dalam Malaysia ni
Neesa?” aku merungut bangkit merapati tubuhnya yang sedang berdiri menghadap
jendela. Bahu itu ke sentuh perlahan memujuk hatinya dari meneruskan niat untuk
menyambung pengajian di UK. Keputusan SPM baru sahaja diumumkan aku, Neesa dan
Erin antara pelajar cemerlang sekolah swasta itu namun kehendak untuk
menyambung pengajian keluar negara dibantah sekeras-kerasnya oleh mama. Katanya
sama ada dalam atau luar negara, itu tidak penting! Baginya aku perlu genggam
segulung ijazah terlebih dahulu dan seterusnya aku sendiri akan tentukan
perjalanan hidup ku selepas itu.
“You sedar tak Attar, I sebenarnya dah tak ada hati pada you
lagi. Tolonglah faham hint yang I dah beri pada you. Dah banyak, takkan you
gagal menilai petunjuk yang I dah beri depan mata you?” Neesa menjarakkan
tubuhnya dan aku terkaku. Sungguh selama ini aku tidak sedar langsung diriku
ditolak oleh Neesa secara diam-diam. Ah malunya bertepuk sebelah tangan!
“Mulai hari ni, you jangan ganggu I lagi. Anggap sahaja kita
tak pernah kenal satu sama lain,” Neesa tinggalkan aku sendirian dan tubuh itu
hilang disebalik deretan kereta mewah yang diparking di luar pagar. Rasa sedih
cukup terkesan di hatiku namun aku sabarkan hati sementelah aku baru sahaja
menginjak usia 18 tahun ketika itu. perjalanan cinta ku masih jauh, Neesa hanya
kenangan cinta monyet ku sahaja!
“Neesa itu kisah silam kita, aku dah lama lupakan! Sekarang
realiti yang kita kena tempuh, aku dah kahwin dah ada isteri. Isteri aku
sahabat baik kau Neesa, kau tak kesiankan Nia?” pujuk ku lagi agar Neesa
tersedar tindakannya sedang menyucuk jejarum tajam di hati Nia.
“I bukan nak rampas you daripada dia, I just nak berkongsi
kasih! I tak mintak lebih dari tu Attar,” tegarnya Neesa menyatakan hasrat
hatinya itu. Aku raup wajah yang bertambah kusut, bagaimana harus berhadapan
dengan Nia sememangnya sudah pasrah mengalah itu?
“Neesa cuba kau rasional sikit? Fikir guna otak, jangan guna
hati yang dah buta tu,” aku luruskan jari menghala ke arah dada yang tertutup
dengan pashmina yang membelit di batang lehernya dan dia senyap sahaja tidak
membalas kata-kata ku buat masa ini. Tidak lama kemudian suara kasarnya
kedengaran juga dan aku hanya mendengar dan meniliti semua agar ada sesuatu
yang dapat membantu aku keluar dari masalah ini.
“Apa kena dengan you ni Attar, I mintak baik-baik you layan I begini pulak!
You ni kenapa?” bentak Neesa bangkit mendekati aku yang sedang bersandar di
kerusi panjang bewarna kuning keemasan. Pertanyaannya membuatkan aku sedikit
tersentak, aku tidak gemar dilayani secara kasar!
“Kau tu yang kenapa? Tak faham bahasa, ingat aku hadap
sangat nak jadi laki kau? Heh sedar diri sikit!” aku hilang sabar entah kali
yang keberapa agaknya aku sendiri tidak faham dan mengerti perangai wanita
dihadapan ku ini. Degil dan buta mata hati sedangkan aku sudah menolaknya mentah-mentah!
“I tak kira apa cara sekalipun I still nak bersama you, even
you suka ataupun tidak. Keputusan I muktamad, you tak boleh tolak I lagi, sebab
I isteri you yang sah! Dan jangan sesekali ceraikan I, hidup you dan mama you
akan susah nanti, siaplah you!” ugutan Neesa ku biar sepi. Lantakkan dia, aku
sudah nanar melayani kehendak hatinya yang menggila itu. Lebih baik aku diamkan
diri dan luangkan masa bersama Nia itu jalan seharusnya yang ku ambil sejak
mula lagi.
“Aku tak ada masa nak layan orang gila macam kau! Berambus,”
usir ku dalam nada keras. Abah yang baru muncul sedikit tersentak mendengar
suara keras yang menyapa pendengarannya ketika itu.
“Attar, jangan ulangi kesilapan abah! Jangan berkasar dengan
perempuan, mereka golongan lemah yang perlu dilindungin bukan dikasari!” tegur
abah ku sambut dingin. Dengan Neesa apa pentingnya aku berlembut padanya, dia
hanya tahu menyakiti dan meminta sesuatu yang tak terduga dek akal fikiran ku
yang waras. Perempuan gila! Tidak semena-mena dia ku sumpah dalam hati.
Aku perhatikan abah yang duduk sama di sofa bersebelahan dengan kerusi panjang iyang ku
huni, wajah itu tampak bersih kini tidak seperti dahulu yang keliahatan cukup
serabut dan tertekan mungkin sama seperti ku barangkali.
“Neesa, apa yang Neesa dan mama Attar janji untuk
perkahwinan ni?” soal abah penuh diplomatik memujuk Neesa yang kuat berahsia
itu. Dia pandang aku dengan pandangan tajam, tidak selesa jika aku turut berada
di situ ketika dia membuka bicara. Abah yang faham akan erti disebalik pandangan itu segera meminta aku beredar jauh
memberi ruang buat mereka dalam
komunikasi dua hala. Aku bangkit lambat-lambat terasa malas mahu beredar sedang
aku juga mahu mendengar patah bicaranya yang sungguh mangarut itu.
“Mama dan papa terima propose dari mama Attar, dengan syarat
50 peratus share syarikat dikembalikan kepada mama Attar. Jadi sebagai
pertukarannya dan sebagai secure terhadap perjanjian ini, Neesa setuju untuk
jadi isteri Attar, selagi Neesa isteri Attar selagi itu 50 peratus share
company menjadi milik mama Attar. Kalau Attar mungkir janji, secara automatiknya
saham itu kembali kepada keluarga Neesa. Abah faham maksud Neesa?” aku terduduk
ke lantai mendengar patah bicara Neesa. Mama pergunakan aku untuk kepentingan
syarikat bahkan sanggup pula memaksa aku menerima Neesa yang sudah buncit
berisi benih lelaki lain. Sampai hati mama buat anak kandunnya hingga ke tahap
ini. Hati ku kembali sebak, nyata mama tidaklah menyayangi ku seperti mana yang
aku harapkan. Wang dan harta belum mampu mengatasi kasih sayang di hati mama.
Sampai hati mama! Aku raup wajah yang kusut berkali-kali. Hati ku bagai retak
dan pedih dengan perbuatan itu. Mama kejam! Jerit ku kuat bergema di dalam
hati!
“Jadi sampai bila perjanjian ini berkuat kuasa?” abah masih
lagi tenang mendengar patah kata yang keluar dari mulut Neesa. Aku sahaja yang
sudah patah hati tidak mahu lagi melihat wajah mama yang tamak haloba itu. Ah
bencinya aku pada wanita bergelar mama! Dinding konkrit itu ku tumbuk berulang
kali hingga darah pekat mengalir perlahan di antara celah jari jemari!
“Sampai anak ni lahir abah, ni anak Attar!” gumamnya lagi.
Sabar ku sudah terbang entah ke mana laju aku meluru mendapatkan Neesa lantas
wajah itu ku tumbuk berulang kali bagai lelaki yang sudah hilang siumannya.
Abah berusaha meleraikan aku dari terus memukul Neesa berulang kali! Rambut dan
pipi mulus Neesa ku tarik dan ku tampar berulang kali hingga wajah itu sudah
lebam dan tubuh itu juga sudah lembik aku kerjakannya. Abah yang cuba
menghalang ku tolak ketepi, biar aku habiskan sahaja perempuan tak guna ini. Aku
benci dia! Aku benci!!!!
Tidak puas dengan itu aku tarik rambut Neesa hingga dia
berdiri dihadapan ku dan aku tolak tubuhnya kuat. Biar dia jatuh dan keguguran!
Aku benci melihat muka dan aku benci juga anak di dalam kandungannya! Puas hati
ku melunyai tubuh itu, senyuman kepuasan aku pamer tepat dihadapannya. Dan dia
merintih kesakitan tidak lagi aku pedulikan!
“Pergi mampus, pergi mampus!” jerit ku berulang kali dan abah
sudah kelam kabut menarik tanggan ku menjauhi tubuh Neesa yang sudah terkaku
diatas lantai!
“Eh Attar kau buat apa pada anak aku ni?” pertanyaan Datin
Azimah mama kepada Neesa ku pandang sepi. Padan muka, nak bermenantukan aku
konon, hah sekarang ambillah buah tangan dari menantu kesayangan korang berdua.
Aku mencebik mengiayakan kata hati.
“Aku tanya kau buat tak dengar ya Attar, kau buat apa pada
anak aku?” soalnya kuat menerjah gegendang telinga. Aku yang kusut semakin
kusut dengan bebelan wanita tua ini. Suasana senyap seketika. Aku masih lagi
keraskan tubuh bersandar di dinding betul-betul diluar bilik kecemasan. Waktu
tubuh Neesa disorong masuk ke dalam bilik kecemasan itu, aku tidak tahu
mentafsir rasa yang singgah di hati. Sumpah aku tidak sedikit pun berasa hati
apatah lagi menanggung kesal yang hadir. Ah, aku sudah cukup terseksa dengan
semuanya, jadi apa perlunya aku takuti semua ini. Bukankah ini yang aku
betul-betul mahukan?
Aku perhatikan tubuh mama Neesa yang sudah duduk
bersebelahan suaminya Dato Kamal dan disebelah kanannya pula wajah abah yang
keruh terlayar di pandangan mataku. Mama? Wanita bekerjaya itu masih belum
muncul pasti kurang setengah jam dari saat ini mama akan muncul. Itu aku jamin!
“Siapa suami pesakit?” pertanyaan doktor yang baru keluar
dari bilik kecemasan itu ku biarkan sepi.
“Dia, dia suami pesakit!” tunjuk Datin Azimah tepat ke wajah
ku. Aku sendiri malu untuk mengakui Neesa adalah isteri, namun wanita tua ini
tidak segan silu mengakui aku suami kepada anaknya. Tak sedar diri!
“Oh, tahniah encik. Kandungan isteri encik selamat cuma ada
berita gembira yang ingin saya sampaikan. Menurut ultra sound yang kami buat,
kandungan isteri encik sudah masuk bulan ke tiga. Mungkin kesilapan teknikal
dari doktor yang memeriksa kandungan isteri encik sebelum ini, bagaimana pun
tahniah! Enam bulan lagi encik bakal bergelar ayah! Tahniah, oh ya pesakit tak
boleh dilawati untuk malam ini. Lagipun isteri encik masih dalam kesan bius dan
tidak sedarkan diri.” Bicara doktor muda itu sekali lagi bagai merentap nyawa
ku pergi melayang entah ke mana!
“Lagi satu sebelum saya terlupa, kemungkinan anak yang
dikandung isteri encik adalah kembar. Sekali lagi tahniah encik,” tanganku
dijabat mesra oleh doktor itu sebelum dilepaskan beberapa saat kemudian. Aku
hanya diam kaku, tiada reaksi yang ku pamerkan saat ini hingga deheman abah
kembali menyedarkan aku ke alam realiti.
Aku atur langkah yang terasa kosong seperti lagu Najwa
Latif, kosong....kosong.. kosong! ya hati ku kosong ketika ini dan aku harus
temui Nia untuk mengisi semula kekosongan ini.
“Attar, sabar ya nak! Insyallah
Allah bersama orang yang sabar!” pujuk abah ku biarkan bagai angin lalu dan
abah juga tak mampu pujuk hati ku yang sedang terluka ini.
Sudah hampir sebulan peristiwa aku membelasah Neesa dan kini
hari persandingan ku muncul jua. Nia turut serta bersama Neesa walau aku
menegah namun dia tetap dengan pendiriannya mahu menyaksikan sendiri
persandingan aku dan Neesa. Katanya hati dia masih kuat untuk hadapi segala
kemungkinan yang tiba nanti.
“Nia, janganlah pergi. Aku mohon pada kau, kalau perlu
melutut aku sanggup Nia asalkan kau tak ke sana,” pujuk ku disambut senyuman
mesra Nia. Aku tahu dia terluka dan luka itu akan jauh dalam hingga ke hatinya
apatah lagi dia meraikan perkahwinan aku iaitu suaminya.
“Tuan, jangan risau tentang Nia. Luka ni mungkin tak lama,
esok lusa sembuh juga, jika tidak sembuh pasti sedikit terubat.” Tutur katanya
buat aku makin bersalah. Maafkan aku Nia tak mampu memilih antara keduanya.
Wajah ku tundukkan bersandar ke bahunya dan dia usap lengan ku lembut.
“Nia, betul ke kau nak datang? Tolonglah katakan tidak,
tolonglah jadi seperti perempuan lain yang halang suami dia berkahwin lain,”
rayu ku lagi asalkan dia membatalkan hasratnya yang satu itu.
“Tuan, jangan banding Nia dengan wanita-wanita lain diluar
sana. Nia ikhlas sayangkan tuan dan Nia sedar cinta bukan memiliki tetapi
dimiliki. Individu paling berhak ke atas seorang lelaki adalah ibunya dan
lelaki pula berhak ke atas wanita adalah sekerianya wanita itu isterinya. Nia hak tuan, tapi tuan hak kepada mama
tuan,” bicara Nia buat aku terdiam. Sungguh dia punyai ilmu agama yang cukup
tinggi!
“Tuan, bila tuan dah jadi suami kepada seorang perempuan,
tanggungjawab tuan semakin berat. Amalan dan tingkah lakunya terletak di atas bahu
tuan dan Nia harap tuan dapat laksanakan tanggungjawab sebagai seorang suami
dengan sebaiknya. Lagi satu, tuan perlu lengkapkan diri dengan ilmu agama jika
hendak sebuah rumah tangga tu kekal aman damai.” Aku angguk sahaja tidak
berminat ingin tahu. Di hati ku ini, aku perlukan Nia bukan Neesa jauh sekali
wanita lain.
“Tuan dah pukul berapa ni, jom Nia hantarkan tuan! Nia dah
bersiap, tuan siaplah cepat.” Ujarnya menolak tubuh ku agar kembali tegak
semula.
“Aku tak nak,” gumamku pendek dan dia ketawa sambil mencubit
lenganku sekali.
“Mengada-ngada, dekat luar sana berapa ramai lelaki yang
sanggup berdepan risiko semata-mata nak berpoligami, tapi suami Nia ni menolak
tuah pulak!” ketawanya disambung semula dan aku rasa ia sama sekali tidak lucu.
Nia sekadar memujuk hatinya melalui ketawa yang dibuat-buat itu. Aku faham
perasaan kau Nia!
“Jomlah, nanti terlambat! Semua tetamu mesti dah datang,”
Nia tarik lenganku kuat agar
mengekorinya bersiap.
Aku ikuti langkahnya sambil duduk dibirai katil menanti dia
mengambil persalinan untuk bersanding. Dia ku lihat sudah anggun berjubah
kuning keemasan dengan dilengkapi sulaman manik dan batu permata yang melatari
hujung lengan.
“Tuan, nah cepat pakai.” Baju itu disua tepat ke wajah ku.
Aku biarkan tidak bersambut aku hanya mahukan dia bukan Neesa!
“Nia, aku perlukan kau!” ucap ku dalam nada perlahan.
“Ya tuan, tapi dekat luar sana berapa ramai dah tunggu tuan.
Jom Nia pakaikan untuk tuan,” aku angguk lemah dan membiarkan Nia melakukan aku
persis anak kecil yang mahu dipakaikan pakaian.
Usai berpakaian, aku dan Nia duduk bertentangan. Ingin ku
sampaikan pesanan yang datang dari hati khas buat dirinya!
“Nia, sesungguhnya aku cintakan kau dan aku mahu hidup
seribu tahun lagi bersama kau. Jangan pergi dari hidup aku walau apa sekalipun
terjadi,” ucap ku sambil mata bundar Nia ku tatap dalam. Nia tundukkan
pandangan wajahnya ke lantai tidak mahu membalas pandangan mataku.
“Hari ni suami Nia, Muhammad Fiqri Attar secara rasminya
menjadi suami kepada kawan baik saya, An Neesa! semoga perkahwinan ini menjadi
ibadah buat suami dan sahabat saya,” tutur Nia sambil mengucup bibirku lama.
Aku terkesima dengan tindakan drastik Nia dan tanpa sedar ada air hangat
mengalir seiring kucupan yang ku terima.
“Nia maafkan aku,” dia palingkan wajahnya lantas berlalu
perlahan meninggalkan aku dibirai katil. Aku hela nafas dalam dan ku lepaskan
panjan. Aku bangkit dari duduk lantas langkah kaki ku atur mendekati muka pintu
dan kembali memmerhatikan semula ruang apaartment ini buat seketika sebelum
berpaling semula keluar. Usai mengunci pintu, langkah kaki ku atur satu persatu
menuju ke tempat meletak kereta dan Nia sudah sedia menunggu di bawah.
Suasana meriah jelas terpamer dipandangan mata ku, Nia sudah
hilang ke dalam rumah agam milik Neesa pasti mendapatkan Neesa untuk diiringi
menyambut kehadiranku sebentar lagi.
Persandingan serba mewah itu tidak berakhir untuk kali itu
sahaja bahkan di malam hari juga ada majlis resepsi meraikan sahabat papa dan
mama Neesa pula. Aku sudah keletihan seharian pamer senyuman tidak ikhlas, dan
mama antara individu yang kerap tersenyum bahagia mungkin, melihat aku derita!
“Attar,Im your wife right? Boleh you tolong bukan butang baju
I ni?” permintaan Neesa ku buat pekak tidak dengar. Dia rapati tubuh ku dekat
hingga deru nafasnya menyapa pendengaran ku. Sempotkah Neesa? haish.... jangan
dia menyusahkan aku sudah! Tidak habis aku merungut di dalam hati.
“Attar, you ni jual mahal! Tak pe, satu hari nanti pasti you
terkulai dalam dakapan I.”gumam Neesa yakin dan aku pasti aku tidak sama sekali
terkulai dalam dakapan Neesa yang aku sudah pandang jijik sejijiknya!
“Boleh tak kau tak menyemak depan mata aku? Boleh tak kau
berambus ke sana sikit!” marah ku sudah tidak tahan lagi dengan perangai gedik
Neesa.
“Hei you ni kenapa? Hari ni kan hari bahagia kita, takkan
itu pun you tak boleh consider pada I yang tengah mengandung ni?” selar Neesa
buat hati panas lagi.
“Kau yang bahagia, aku tak bahagia!” gumam ku endah tak
endah!
“Aku peduli apa pada perut kau tu? Bunting sepuluh sekalipun
aku tak kisah, bukan anak aku!” aku bangun langsung bergerak ke sofa.
Dia ekori langkah ku dengan melondehkan sedikit baju yang
tadi elok tersangkut di bahu, aku cebik melihat tindakan murahannya itu.
“Stop act like a misstress!” gumam ku sepintas. Dan dia
mencerlung tajam sambil menghentak kaki, tubuh ku didekatinya lagi.
“Get lost!” sampuk ku sebelum dia sempat berkata-kata.
“I said, get lost!” dengan kening sedikit terangkat aku
provok wanita itu dengan mimik muka yang pasti membuatkan dia marah bertahun
lamanya. Puas hati aku!
“You get lost from my room!” jerit Neesa kuat dan aku kuntum
senyum.’
“Thanks my dear,” aku angkat tubuh berdiri tegak langsung
menggapai beg yang terisi beberapa helai pakaian lantas ku susun langkah keluar
dari bilik itu. Lega dan lapang rasa di hati.
Sebelum melewati pintu bilik, aku lambai tangan ke arah
Neesa dan dia nyata marah yang amat sangat! Peduli apa aku pada Neesa, dia yang
halau aku dan aku sambut dengan hati yang terbuka dan menyenangkan!
Sekurang-kurangnya dia tak perlu temani tidurku buat pertama kalinya. Hah
bahagianya hidup, sambil menuruni anak tangga aku menyanyi kecil dan
kegembiraan ku disedari oleh Datin Azimah!
“Happy nampak, nak ke mana menantu mama malam-malam ni? Hari
dah lewat!” aku kuntum senyum yang pastinya tidak ikhlas. Kunci kereta yang
masih melekat dihujung jari telunjuk ku pusing-pusingkan sambil sebelah lagi
tanganku memegang tali beg galas yang ku
sangkut di bahu.
“Nak balik,” pendek ku balas pertanyaan mama Neesa. kerutan
di dahi itu ku perhatikan sekilas. Apalah sangat yang nak dikejutkan,
sepatutnya dia sendiri sudah maklum perangai anak perempuannya itu. Huh dasar pandai
berpura-pura!
“Kenapa tak tidur sini Attar?” Dato Kamal pula menyampuk.
Dan aku pandang mereka dengan pandangan kosong sengaja menyakitkan hati
keduanya.
“Bosan dengan anak dato dan datin yang kuat menjerit tu. Tak
tahu nak layan tetamu baik-baik, sakit telinga ni dua puluh empat jam kena
tadah dengar dia membebel!” selarku pelahan dan mereka berpandangan seketika.
“I think Im not a
real actor,” bidas ku langsung menapak keluar dari rumah agam milik Neesa. Lega
hatiku setelah hamburkan sedikit kekecewaan ini kepada mama dan papa Neesa!
Kereta ku pandu laju memasuki lebuhraya menuju ke rumah Nia,
mujur lokasi di mana Nia berada tidak diketahui oleh sesiapa pun melainkan abah
yang kerap kali juga berkunjung melawat Nia ketika aku tidak dapat pulang ke
rumah itu.
“Nia, im back!” ujar ku saat dia membuka pintu. Beg ku
lepaskan ke lantai! Nyata ada kerutan di
wajah itu.
“Nia aku rindukan kau, rindu sangat!” tutur ku mengeratkan
lagi rangkulan di tubuhnya.
“Tuan, hari ni kan giliran Neesa kenapa datang sini?”
soalnya sepintas dan aku langsung lepaskan rangkulan tadi nyata aku tidak
diperlukan oleh Nia. Aku gapai beg yang terlepas ke lantai tadi ingin berpatah
balik ke rumah mama pula namun Nia sempat menyambar lenganku dan dia rebahkan
kepala ke dada ku.
“Nia rindukan tuan,” gumamnya ku sambut dengan usapan mesra
di rambut separas pinggang itu.
“Nia rindukan tuan,” sekali lagi aku dengar dia sebut
perkataan rindu dan aku juga rindukan dia. Pelukan semakin erat dan aku tahu
apa yang Nia mahukan..
“Ehem, kita tutup pintu dulu eh,” ucap ku buat Nia malu-malu
langsung dia berlari ke dalam bilik dan aku segera rapatkan daun pintu dan mengejar Nia yang sudah hilang di
dalamnya.
“Tuan,” gumamnya lagi. Aku tundukkan wajah mencari wajah
yang sedang melekat di dada ku. Tubuh ku sandarkan di kepala katil dan Nia pula
ku tarik dalam dakapan.
“Shhh.... apa kata mulai hari ni kita ubah panggilan. Nak
tak?” soal ku buat dia bangkit dari melekat ke dada ku.
“Ubah?” sepatah pertanyaannya ku balas dengan anggukan.
“Ya kita ubah, panggilan sekarang dah macam bos dengan pekerja je!” ketawa ku
pecah lagi.
“Habis nak panggil apa?” soalan Nia kedengaran polos.
“Apa kata aku panggil kau mama, kau panggil aku papa. Okey
tak? Nia menggeleng tidak setuju,
“Nia bukan mama tuan,” balasnya perlahan. Hmmm betul juga
tu, Nia bukan mak aku. Dia kan bini aku.
“Hah, kita panggil macam ni.” Aku bersila dihadapannya. Dan
dia juga turut berteluku sebelah ku.
“Panggil aku ‘b’ dan aku panggil kau honey,” dia diam
sahaja seperti berfikir sesuatu.
“Tuan, ‘b’ tu untuk baby ke untuk babi?” pertanyaan Nia buat
aku ketawa besar.
“Bukanlah sayang, ‘b’
tu untuk hubby!” aku tarik dia kembali ke dalam dakapan dan dia juga membalas
dakapan hangat ku.
“Panggil ‘abang’ dan abang panggil Nia sayang! Okey tak?”
aku tunjuk dada ku agar dia panggil aku abang dan aku dengan senang hati akan
panggilnya sayang. Dia angguk dan persetujuan sudah dibuat mulai saat ini aku
dan dia sudah gunakan panggilan yang lebih baik dan terhormat. Tiada lagi aku
dan tuan selepas ini.
Sedang aku melayari rasa keindahan yang panjangan bersama
Nia, bunyi loceng kedengaran bertalu-talu mengehentam pendengaranku. Aku
bingkas menyarung seluar dan Nia pula masih tidak berganjak dari katil. Aku
yang melarangnya!
“Mama, apa yang mama buat di sini? Macam mana mama boleh
tahu aku di sini? Aku garu kepala yang tidak gatal. Dari kanta pintu itu aku
perhatikan Mama dan Neesa sedang bercekak pinggang sambil menekan suis loceng
berulang kali. Aku ketap bibir dan kali ini pasti mama dapat menghidu hubungan
aku dan Nia!
p/s: entry yg pnjg n Komen anda diperlukan!
Comments
mesti nia kene tampar ngan mak attar ni....
attar sila la antar nia g rumah abah selamat skit nia...
knp la attar dapat mak yang mcm ni....
sanggup jual anak utk 50% saham....
bagi je mama attar muflis baru dia nak sedar
cuba la attar buat keras ati dan tetapkan pendirian, x yah kawin dgn nessa tu..