CINTA DIHUJUNG NODA BAB 42-44
BAB
42
Malam
ini aku sendirian di dalam bilik, dada semakin sesak bagai udara tidak lagi
mencukupi untuk ku hirup. Mata ku pejam, dada ini ku sentuh perlahan dan kerut
wajah ini tidak mampu ku sembunyikan lagi. Air mata yang mengalir perlahan ku
seka dengan belakang tapak tangan, kudrat yang masih bersisa ku gunakan untuk
menggapai air kosong di sisi katil. Penutup botol ku buka, lalu ku teguk penuh
seksa walau untuk menelan air masuk ke kerongkong. Sakitnya memeritkan! Seksa
terasa.
“Nia...
Nia....” sebaris nama isteri kesayangan,
ku laung namun yang terlontar keluar hanyalah suara yang jauh kedalam
sana.
“Nia...
Nia...” sekali lagi aku mencuba.
“Ya
abang, Nia datang ni!” susuk tubuh itu semakin mendekat. Perut yang memboyot
itu pertama yang singgah ke pandangan mata ini. Dirinya sedang melurut lengan
baju yang disinsing tadi.
“Abang
kenapa? Sakit ya,” dahi ini disentuh perlahan. Anggukan kecil ku persembahkan
di hadapannya walau aku tahu anggukan lemah tidak bertenaga itu yang terzahir
kini.
“Abang
sejuk,” gumam ku lagi.
“Nia
selimutkan abang ya,” selimut tebal berbunga merah hati itu ditarik hingga
menutupi seluruh tubuh ini. Aku biarkan sahaja perbuatan Nia, sangka ku selimut
itu mampu mengurangkan rasa sejuk ini,
namun telahan ku salah belakan. Kesejukan ini semakin menggigit seluruh
permukaan kulit yang sudah ku kenakan baju tebal.
“Nia,
abang sejuk.” Tutur ku dalam nada serak memohon simpati.
“Abang,
Nia hantar abang ke klini ya! Nia risau bang!” kebimbangan Nia semakin jelas.
Anak mata itu dan raut wajahnya juga sudah berkerut menahan gusar yang mula
singgah bertamu di hati.
“Abang,
nak tidur sayang! Sini tidur dengan abang!” panggil ku sambil mengisyaratkan
dirinya untuk berbaring di sebelah ku.
“Abang,
Nia risau tengok abang macam ni! Kenapa dengan abang?” persoal Nia sambil
merebahkan tubuhnya. Seketika kemudian, tubuh ku dipaut erat menghilangkan rasa
sejuk yang sekian lama bersarang di dalam diri.
“Abang,
demam ni! Badan abang panas,” tutur Nia perlahan berbisik.
“Kita
ke hospital,” pujukan itu aku biarkan sahaja. Aku tidak mampu untuk berdiri
hatta untuk kemana sekalipun. Seluruh urat dan sendi ini bagai mencucuk-cucuk
pedih, sendi-sendi ini pula terasa lenguh dan seluruh anggota ini terasa sakit
bila disentuh.
“Abang...”
panggil Nia sambil usapan itu masih belum berhenti menari di sekitar dahi dan
rambut hitam pekat ku.
“Shhhh...
abang nak tidur. Izinkan abang tidur ya,” pinta ku buat Nia mengalah. Keadaan
selimut diperkemaskan lagi. Kali ini Nia memeluk tubuh ini dengan lebih erat
lagi walau aku tidak mampu membalas pelukan itu namun usapannya tidak pernah
berhenti sehinggalah aku terlena dengan sendirinya.
**
Awal
pagi itu, senyuman Nia menyapa pandangan ini.
“Abang dah sihat ke? Kalau belum sihat, tak perlu ke pejabat. Kalau jadi
apa-apa nanti, buat Nia risau je.” Bicara Nia ku sambut dengan senyuman kecil.
“Tak
ada apa-apalah sayang, abang okey! Dah sihat dan dah kuat!” tutur ku meyakinkan
Nia yang kebimbangan. Raut wajah itu berkerut-kerut bila itu yang aku ucapkan.
“Abang
ni degillah, rehatlah sehari dua lagi. Lagipun itu kan syarikat abang, bukan
syarikat orang lain pun. Kalau abang bercuti, tiada siapa yang nak marahkan!
Nia tak mungkin pecat abang!” Alasan itu dicadangkan kepada ku namun aku
menggeleng perlahan. Membuatkan Nia semakin tidak selesa dengan sikap keras
kepala ku.
“Tak
boleh la sayang, kerja abang banyak.” Sebab utama yang memaksa aku pergi ke
tempat kerja seperti biasa sudah ku lontar keluar. Aku mahu Nia mengerti
mengapa aku tidak betah bercuti dan bersenang lenang di rumah hatta syarikat
pula masih belum stabil kedudukannya.
“Tapi...”
leret suara Nia ku cantas. Jari jemarinya masih memintal-mintal hujung tali
leher ini sambil wajah itu tunduk
menekur hujung tali leher yang ku padankan dengan kemeja berjalur halus.
“Tak
ada tapi- tapi lagi sayang! Abang okey, dan abang sihat! Sayang doakan abang
ya,” gumam ku sambil menarik jari jemarinya rapat ke bibir. “Jangan risau ya
sayang,” ucap ku lalu menjatuhkan ciuman di belakang tapan tangannya.
“Abang,”
seru Nia sepatah.
“Ya
sayang, abang okey! Jangan risau iya.” Ucap ku cuba menyakinkan dirinya.
“Baiklah,
Nia akan doakan abang sentiasa sihat walafiat.” Ujar Nia mula mempamerkan riak
cerianya.
“Ha..
macam itulah isteri abang! Senyum pun!” aku cuit dagunya sebelum menjatuhkan
kucupan di dahi itu. “Abang pergi dulu, jaga diri dan baby baik-baik ya,” perut
itu ku usap penuh kasih.
“Insyallah
bang. Abang pandu kereta tu berhati-hati ya, jangan laju-laju sangat! Bahaya!”
pesan Nia ku anggukkan sahaja.
“Oh
ya, Neesa kata dia masuk pejabat sebelah
petang. Nak bawa Qalisya ke klinik!” pesanan Neesa pada Nia disampaikan kepada
ku.
“Kenapa?
Qalisya sakit ke?” persoal ku cemas. Nia tersenyum bila mana aku pamerkan
reaksi begitu. Lengan ku disentuh lembut menjadikan aku terbuai seketika.
“Bukanlah,
setiap bulan Qalisya kena jumpa doktor. Doktor nak pantau kesihatan dia,”
terang Nia membuatkan aku menarik nafas lega. Risau juga andai Qalisya jatuh
sakit, pasti tak senang duduk aku dibuatnya.
“Jom
sayang, kita turun! Abang dah lambat ni,” lengan Nia ku gapai lalu ku tarik
agar dia mengekori langkah ku turun ke tingkat bawah. Hari ini selera ku
tertutup, sarapan ku biarkan sepi di atas meja. Mama pula tidak menunggu seperti biasa, katanya
mahu berjoging di padang bersama abah. Neesa juga tidak kelihatan, mungkin
sudah tiba di klinik panel bersama Qalisya
“Abang
tak nak sarapan?” persoal Nia bila langkah ini semakin menghampiri muka pintu.
“Tak
nak la sayang, tak selera! Kalau lapar nanti, abang suruh Lili belikan!” ujar
ku buat Nia tersenyum.
“Kesian
Lili,” tambahnya pula.
“Ala...
dia kan setiausaha abang, lagipun... bukannya payah! Dia telefon buat pesanan,
kemudian sepuluh hingga lima belas minit, pesanan dah sampai ke meja. Herrmm...
sayang jangan risau okey,” tekan ku lagi sambil sebelah tangan menyentuh lembut ke arah wajahnya.
“Kalau
abang dah kata macam tu, takpe la...” sambut Nia. Aku peluk bahu itu rapat ke
tubuh ini. Haruman tubuh Nia buat aku
terbuai.
“Jangan
nakal-nakal tahu, abang pergi kerja!” pesanan serupa dan saban hari aku
lontarkan kepadanya ku ulang lagi untuk hari ini. Dan ternyata, Nia mencebik
lantas menyimpul senyuman selepas itu.
“Abang
ni, takkan la Nia buat macam tu? Lagipun Nia kan duduk di rumah hari ni?”
kata-katanya ku sambut dengan tawa kecil.
“Oh
abang terlupa,” gumam ku membalas kata-katanya tadi. Jam tangan ku kerling
sekilas, sudah memasuki jam lapan pagi. Sudah terlambat!
“Dah
lambat ni sayang, abang kena pergi pejabat!” tutur ku kalut. Kereta ku hampiri
lantas pintu itu ku tarik dan ku tutup semula. Sejurus itu, enjin kereta ku hidupkan segera. Nia mendekati
sisi AUDI yang menjadi kenderaan kesayangan ku ini.
“Abang
pergi dulu ya sayang! Take care,” pesan ku sambil menguntum senyum. Tangan ini
dijabat oleh Nia, dan kucupan di belakang tapak tangan ku buat hati ini syahdu
tersentuh.
“Hati-hati
ya bang,” dia turut menitipkan pesanan buat ku. Lalu dahinya ku kucup penuh
kasih dan dia ku tinggalkan dalam senyuman.
**
Pulang
sahaja dari mesyuarat bersama ahli lembaga pengarah syarikat yang bekerjasama
dengan syarikat mama, aku pandu kereta menuju ke pejabat. Lili tidak ku bawa
bersama. Batuk yang berlarutan ini akhirnya sampai ke tahap aku tidak mampu
lagi menanggung perit dan sesekali darah pekat
mengiringi setiap batuk yang menjadikan aku tidak selesa. Kereta ku
pandu menuju ke hospital swasta yang berdekatan, aku mahu memeriksa keadaan
diri bila terasa semakin banyak darah yang keluar mengiringi batuk yang sejak
tadi tidak berhenti-henti.
Sampai
sahaja di perkarangan hospital, aku menyusun langkah mendekati kaunter pesakit
luar. Nombor giliran ku dapatkan dan perlahan-lahan aku atur langkah mendekati
kerusi kosong yang tersedia, punggung ku labuhkan di situ sementara menunggu
giliran dipanggil.
Tidak
lama kemudian, nombor giliran untuk aku berdenting dan bilik bernombor 15D
ditunjukkan untuk aku mendapatkan rawatan di situ. Dengan langkah longlai dan
kesihatan yang masih tidak pulih sepenuhnya, bilik rawatan itu ku dekati dan
tubuh ku hala masuk ke dalamnya. Senyuman doktor awal lima puluhan itu ku
sambut hambar.
“Doktor, apa penyakit saya?” aku labuhkan
punggung di kerusi berhadadapan dengan doktor yang masih menulis sesuatu di
atas kertas. Butang baju ku kemaskan setelah tadi ku buka untuk menjalani
imbasan ultra sound. Keadaan denyutan
jantung, tekanan darah serta sampel darah ku turut diambil. Aku kehairanan
namun dalam memastikan rawatan ini tidak terganggu, aku turutkan juga segala
prosedur yang berkait. Sementara menunggu doktor itu membuka bicara, satu
keluhan ku lepaskan perlahan. Tubuh ku sandarkan ke kerusi dan mata ku biarkan
meliar memerhati seluruh bilik rawatan ini.
“Encik
Attar, dari pemeriksaan kami.. encik berkemungkinan menghidapi kanser hati!
Tapi jangan risau, ini hanya pemerhatian awal dari pihak saya.” Ayat yang
terlontar keluar dari bibir doktor itu nyata membuatkan aku terpempam seketika.
Benarkah penyakit yang tiada ubatnya itu sedang menghuni di dalam diri ini. Aku
terdiam, suara bagai tidak mampu meniti di bibir ini lagi. Ya Allah benarkah
sakit itu yang ku hidapi? Aku raup wajah, rambut ku ramas kasar dan mata ku
pejam rapat.
“Encik
Attar, kami dah ambil sampel yang diperlukan. Insyallah dalam dua atau tiga
hari lagi penyakit Encik dapat dikenal pasti. Cuma simptom-simptom yang Encik
alami memberi petunjuk bahawasanya Encik menghidapi kanser tersebut.” Bicara
doktor itu membuatkan aku kaku seketika.
“Betul
ke doktor?” soal ku lambat-lambat. Perasaan curiga dan tidak percaya bersatu
dan berpadu. Benarkah aku menghidap kanser hati? Atau doktor ini tersalah
meneka? Aku bungkam!
“Encik,
saya harap encik sabar. Masih ada jalan penyelesaian, tapi bagaimana sekalipun
encik perlu tabah dan kuat. Penyakit seumpama ini perlukan motivasi dan
sokongan, encik perlu sentiasa bertenang dan redha dengan ujian yang kita
terima.” Aku masih diam, tidak membalas atau menyangkal segala kata-kata yang
terluah dari bibir doktor itu.
“Saya
akan mati ke doktor?” setelah agak lama berdiam diri, persoalan itu aku
lontarkan perlahan. Doktor itu masih tenang dan masih mampu tersenyum. “Kita
semua akan mati, tak kira bila dan di mana.” Patah bicaranya buat aku terkedu.
“Kita
semua akan mati encik Attar, cuma masa dan keadaan yang membezakan! Jadi jangan
takut pada kematian, mati itu pasti!” ucapnya lagi.
“Saya
nasihatkan encik Attar banyak-banyak bersabar, penyakit encik masih boleh
dirawat kalau encik ada penderma yang bersesuaian. Encik kena yakin, encik akan
sihat seperti dahulu dengan syarat encik kuat dan tabah. Dan yang penting,
encik perlu cari penderma dengan kadar segera.
“Tapi
siapa doktor?” persoal ku tidak mampu berfikir.
“Pihak
hospital ada menerima organ yang didermakan oleh orang ramai, tapi untuk kes
encik ni saya akan rujuk unit berkenaan. Sampel darah dan kesesuaian tubuh
encik juga akan diambil kira. Kami tidak boleh sewenang-wenangnya menjalankan
prosedur tanpa kebenaran dari pihak hopsital. Encik jangan risau, Insyaallah
saya akan rujuk kes encik di unit yang bertanggungjawab kendalikan kes seumpama
ini.” Penerangan panjang lebar doktor itu ku sambut dengan anggukan kecil.
“Encik,
sabar dan tabah itu perlu! Sebagai seorang Islam, qada dan qadar itu salah satu
rukun yang perlu kita percaya dan akui. Saya harap encik mampu jalani kehidupan
seperti biasa, jangan risau Tuhan bersama hambaNya yang bersabar!.” Pesannya
lagi. Aku balas bicaranya itu dengan anggukan kecil.
“Macam
mana dengan sakit yang saya perlu tanggung sekarang ni doktor? Ianya mengganggu
kerja saya, saya tak ada selera makan. Batuk dan mudah letih!” aku jelaskan
keadaan kesihatan diri yang mengganggu tugas seharian ku sejak akhir-akhir ini.
“Saya
akan bekalkan ubat, dan encik pastikan setiap ubat yang diberi diambil mengikut
masa yang ditetapkan. Dan jangan lupa bawa kertas ni ke unit farmasi. Dapatkan
ubat di sana ya!”
“Terima
kasih doktor,” ucap ku perlahan.
“Baiklah,
kalau ada apa-apa perkembangan pihak hospital akan hubungi pihak encik.
Pastikan minggu depan encik datang sekali lagi untuk pemeriksaan dan rawatan
yang akan kita mulakan nanti.” doktor itu tenang bersuara.
“Terima
kasih doktor,” aku bangkit lalu sehelai kertas yang menunjukkan catatan doktor
itu ku gapai dan ku pegang kemas. Lantas langkah ku atur menuju ke unit
farmasi, ubat- ubatan yang disenaraikan perlu ku dapatkan segera.
Sekurang-kurangnya sakit ini dapat ku redakan sedikit.
Unit
farmasi ku hampiri dan kertas itu ku unjuk ke hadapan petugas kaunter, senyuman
mesra mereka buat aku tenang dalam menerima khabar yang cukup memeranjatkan
diri ini. Namun seperti yang diperkatan doktor itu, kematian itu pasti. Yang
membezakannya adalah masa dan keadaan,
jadi tidak perlu takut pada sebuah kematian! Kerana setiap manusia yang hidup
pasti akan mati dan dijemput kembali oleh Tuhan yang Esa.
“Encik
Attar, ini senarai ubat yang encik perlu ambil. Pastikan setiap jenis ubat ini,
encik ambil ikut masa dan ikut sukatan. Lagi satu, ubat yang ini akan
menyebabkan encik mengantuk. Jadi saya cadangkan encik jangan ambil bila encik
mahu memandu, mungkin membahayakan diri encik nanti.” Ubat di dalam botol itu
ku perhatikan. Persis ubat batuk namun aku tidak tahu ianya ubat batuk ataupun
tidak.
“Lagi
satu, mengikut catatan di kertas ini.. encik perlu datang dan ambil ubat setiap
minggu. Jadi ubat yang hospital bekalkan cuma bertahan untuk tempoh seminggu.
Jadi encik jangan lupa datang kembali ke sini,” pesanan juru farmasi itu ku
sambut dengan anggukan kecil.
“Semoga
cepat sembuh, “ ungkapnya bila plastik berisi ubat-ubatan itu ku gapai.
“Terima
kasih,” aku lafazkan ucapan penghargaan ke atas kata-kata semangat yang
dihulurkan. Aku teruskan langkah kaki
ini, dengan kudrat yang tidak berapa kuat dan dengan langkah yang tidak berapa
teguh, koridor itu ku susuri perlahan. Anak mata ini ku biarkan memerhati
seluruh persekitaran hospital. Ada yang berkerusi roda, ada yang bertongkat dan
ada yang hanya duduk melihat ikan-ikan di kolam kecil di tengah padang.
Begitukah aku nanti ketika menghabiskan sisa hidup ku ini? Persoalan hati
bermain di benak, aku tiada jawapannya.
Deringan
telefon mematikan lamunan panjang yang sekian lama bertamu di hati, i-phone ku
gapai lalu punat itu ku tekan perlahan. Suara Neesa jelas di sebelah sana!
“Hello,
hai tuan pengurus! Tak masuk pejabat ke?” nyaring suara itu membuatkan telinga
ini kesakitan.
“Nak
masuklah ni, you dah masuk pejabat ke belum?” persoal ku pula. Dalam diam, hati
kuat untuk menyembunyikan penyakit ini dari pengetahuan sesiapa pun, hatta mama
mahupun Neesa dan juga Nia. Biarlah sakit ini ku tanggung sendirian, lantaran
sudah terlalu banyak beban hidup ku sebelum ini ku kongsi bersama mereka.
“Mestilah
sudah, bila you nak masuk pejabat? Klien kita dah sampai!” gumamnya jauh di sebelah sana.
“Klien
yang mana?” aku tidak dapat mengingati klien yang dimaksudkan oleh Neesa.
“Klien
yang you deal throuhgt email last day. Ingat tak?” aku diam cuba memikirkan
semula kata-kata Neesa.
“Oh
okey, baru I teringat! I balik sekarang!” gumam ku disambut dengusan kecil dari
wanita itu.
“Cepat
sikit,” Neesa matikan panggilan dan I-phone ku masukkan ke dalam poket seluar.
Lantas langkah kaki ku hayun laju menuju ke tempat meletak kenderaan.
***
“Tahniah
Attar, akhirnya you berjaya juga dapatkan pelaburan tu! Tahniah!” sekali lagi
ucapan Neesa kedengaran teruja melafazkan ucapan itu.
“Thanks
Neesa, itu pun sebab you yang tolong I. Oh ya, lepas ni you drive sendiri boleh
tak? I nak balik lewat, tak boleh balik macam selalu,” aku luahkan kehendak
hati ini. Aku mahu Neesa pulang sendiri ke rumah, tanpa menunggu aku yang
membawanya pulang seperti kebiasaan.
Penyakit ini seharusnya aku rahsiakan sahaja
dari pengetahuan mereka apatah lagi pada Nia yang sedang sarat dan pada abah juga pada mama
yang kini menghidapi penyakit jantung.
Aku bimbang dengan penjelasan ini mungkin akan membuatkan kesihatan
mereka terjejas. Aku tidak sanggup melihat insan yang amat ku sayang dan ku
cintai sepenuh hati terluka dan terhiris hingga mereka pula terganggu
kesihatannya. Aku tidak rela sama sekali mereka merasai derita yang ku
tanggung! Cukup-cukuplah dengan apa yang pernah terjadi sebelum ini.
“Kenapa
pula?” kerut dahi Neesa buat aku tersenyum.
“I
kan dah sibuk sekarang ni, you kenalah baik dulu! Lagipun you selalu sangat nak
balik awal, kerja I pulak semakin bertambah. Nanti you jemputlah Nia sekali
ya,” sempat pula aku sampaikan pesan untuk dia menjemput Nia.Aku yakin Neesa
tidak akan membantah, dia sudah banyak berubah setelah dirinya dan Qalisya ku
terima sebagai sebahagian dari hidup ku.
“Yelah-yelah,”
walau tidak berpuas hati Neesa tetap bersetuju.
“Thanks
Neesa, I hargai jasa baik you.” Gumam ku membuahkan tawa di pinggir bibir itu.
“You
ni kan... peliklah! Buang tabiat ke apa?” persoal Neesa sambil tawa itu mekar
di bibir mungilnya.
“You
ni, tak boleh I nak tunjukkan bakat sastera yang I ada. Sikit-sikit nak kondem,
huh tak sporting langsung!” aku lepaskan rungutan ini dan Neesa pula semakin
galak mentertawakan aku.
“You
ni sejak bila pula pandai sensitif? Hessyyy memang you dah buang tabiat la
Attar. Petang ni I balik macam biasa, nanti I jemput Nia.” gumamnya sambil
duduk di sofa. Aku juga turut bergerak ke sofa lalu melabuhkan punggung di
situ.
“Nia
tak kerjalah hari ni, dia cuti!” ucap ku pada Neesa.
“Tak
kerja? ?? I tak nampak pun tadi.” kata-kata Neesa membuatkan aku dipagut
curiga. Adakah Nia keluar bersama Aiman? Ah tak mungkinlah!
“Dalam
bilik kut, katanya sakit pinggang!” alasan mengapa Nia bercuti hari ini ku
ulang sampaikan kepada Neesa.
“Oh
mungkinlah, orang yang mengandung memang cepat sakit pinggang!” sambut Neesa
sambil mengangguk-angguk kepalanya.
“Eh,
I nak buat kerja I la... berbual dengan you, sampai bila pun tak habis!” omel
Neesa seraya bangkit lalu mengatur langkah menuju ke pintu keluar.
“Siapa
suruh you datang menyibuk di bilik I? Bukan salah I okey,” balas ku perlahan.
“You
ni, memang berlagak tahu!” marah Neesa bila kata-katanya ku balas sinis. Aku
ketawa sambil membiarkan dia melangkah keluar, nyata raut wajah itu tidak
berpuas hati dengan aku waktu ini. Neesa.... Neesa!
Hari
ini aku lakukan kerja yang ditinggalkan dengan tekun, suatu hari nanti... akan
ku tinggalkan segalanya dengan baik agar mereka yang mengambil alih akan terus
memperkembangkan perniagaan ini. Hari menginjak petang, jam di dinding ku
perhatikan. Sudah menjengah enam petang, pen yang masih melekat di celah jari
ku letakkan perlahan di atas meja. Tubuh ku sandarkan ke kerusi, dan mata ku
pejam rapat! Wajah pula ku raup lama, dan nafas ini ku hela panjang.
“Ya
Allah, dugaaan apakah ini? Mengapa aku tidak sudah-sudah diuji? Mengapa aku
insan yang kerap menerima ujian dari Mu?” hati ini berbisik perlahan.
“Attar,
kau insan terpilih menerima ujian dariNya. Ujian yang menyaksikan betapa
sayangnya TuhanMu kepada hambaNya. Dia ingin menguji sejauh mana iman dan taqwa
seorang hamba, Dia ingin melihat rintih dan rayuan hambaNya. Dan DIA ingin
engkau selalu mengingatiNYA! Percayalah Attar, kasih TuhanMu akan sentiasa
berada dekat di sisi mu. Percayalah Attar.” Gema suara yang tidak diketahui
dari mana datangnya buat aku panggung wajah! Ya... Allah sayangkan aku, dan ingin melihat aku
dekat kepadanya lalu diturunkan satu persatu ujian yang akan membuatkan aku
menadah tangan memohon kasih sayang dariNya. Hanya ibadah yang mampu
mendekatkan aku pada Tuhan ku, ya hanya ibadah!
Aku
raup wajah, aku perlu redha dan terbuka dengan semua ini, aku perlu tabah dan
kuat. Diluar sana masih ramai insan yang teruji dan masih ramai yang menderita
lebih teruk dari apa yang ku alami. Mengapa aku yang hanya sedikit teruji,
lemah dan mengalah? Tidak seharusnya aku begitu dan tidak sewajarnya jalan
hidup yang harus ku tempuh ku persiakan dan ku ratapi. Aku tidak layak
mempersoalkan ketetapan hidup ini, aku tidak layak menyangkal apa yang sudah
tertulis di Lof Mahfuz lagi. Beg kerja ku gapai, lalu meja yang bersepah ku ku
tinggalkan begitu sahaja.
Masjid
berhampiran pejabat ini ku dekati, lantas wudhuk ku sempurnakan lalu solat ku
dirikan. Penuh khusuk! Usai bersolat,
tangan ku tadah, mengharap kasih sayang dari Allah agar aku dikurniakan
ketabahan dan redha dengan ketentuanNya. Ya kini aku sudah terima segala dugaan
ini dengan hati yang terbuka, aku tahu Allah yang mencipta hambaNya sama sekali
tidak akan kejam pada makhluk yang dicipta. Aku yakin Allah menyayangi ku lalu
diberi ujian yang semakin hari semakin mendekatkan aku padaNya. Ini rahmat yang
mula aku sedari dari hari ke hari! Kerusi kosong berhampiran taman di tengah
masjid itu ku hampiri, duduk ku labuhkan dan kanak-kanak yang riang bermain ku
perhatikan dengan sebuah senyuman.
“Attar
kan!” satu suara menegur. Aku menoleh, Erin dan Shasha sedang tegak berdiri
dibelakang ku.
“You
all buat apa di sini?” aku menyoal keduanya dan mereka atur langkah mendekati
aku dan duduk berhadapan tanpa disuruh.
“I
tengok anak saudara I, tu yang baju kuning tu...” gumam Erin tersenyum mesra.
Hanya Shasha sahaja yang tidak betah memandang raut wajah ku. Mungkin masih
malu angkara peristiwa dia tertangkap dengan bapa tiru ku dahulu.
“Sha,
duduklah! I dah lupa hal tu, tak perlulah ungkit lagi.” Gumam ku buat Shasha
panggung wajahnya mencari kebenaran di sebalik patah bicara yang terlontar.
“I
minta maaf Attar,” ucapnya jauh menusuk ke dalam hati ini. Walau marah, walau
pedih dan terhiris... maaf itu harus aku
dahulukan. Sampai bila aku harus menyimpan perasaan marah terhadapnya?
Sedangkan mama juga sudah kembali bahagia, kami sekeluarga sudah kembali
bersatu. Maka, tiada gunanya aku menyimpan rasa marah terhadap dirinya lagi.
“I
dah lama maafkan you, tiada dendam yang
I simpan pada you!” Jawab ku jujur. Shahsha kelihatan sebak, mungkin wanita ini
sudah banyak berubah. Penampilanya juga semakin jauh berbeza, pasti dia juga
sudah meninggalkan kehidupan silam yang jauh menyesatkan itu.
“Hei
you all ni, janganlah sedih-sedih! Dah lama kita tak jumpa, boleh pulak buat
drama air mata dekat sini!” suara ceria Erin buat aku kembali mengukir
senyuman. Shasha juga membuang jauh sebak yang mula hadir!
“Sorry
Erin,” balas ku pendek.
“It’s
okey Attar, you buat apa ni? Dari tadi I tengok termenung jauh! Untunglah
beristeri dua,” giat Erin buat aku geleng kepala dalam senyuman. Entah dimana
untungnya, aku sendiri tidak tahu.
“Untung
you kata? Part mana yang dikatakan untung?” persoal ku buat Erin ketawa besar.
“Tak
adalah, I gurau je Attar. By the way, I bangga dengan you! Umur baru je 26
tahun, sudah beristeri dua. Tak silap I, dah lama juga you beristeri dua kan?”
tebak Erin lagi. masih galak menyakat aku.
“Sejak
dua tahun lepas, I pun tak tahu macam mana boleh terkahwin dua.” Usul ku
membuahkan senyuman Erin dan Shasha. “ Biasanya lelaki beristeri dua bila umur
menginjak 40, you belum apa-apa dah pasang dua! Melampau!” sekali lagi Erin
luahkan kata hati disusuli tawa yang panjang.
“You
ni.. memang tak berubah!” jawab ku turut membalas tawanya. Erin yang gemar
menyakat, masih sama seperti dahulu.
“Aunty,
dah senja! Jom balik!” seorang kanak-kanak berbaju kuning datang menerpa sambil
sebelah tangannya memegang belon.
“Anak
buah you?” soal ku pendek sambil mengukir senyum ke arah kanak-kanak itu.
“Yup,”
balas Erin sepatah.
“Comel!”
gumam ku disambut sengihan Erin. Shahsha pula sekadar diam menjadi pemerhati.
“Comel
macam I kan... oh ya, I dengar isteri
you pregant?” Erin mengubah topik. Kali ini dia tampak bersungguh pula.
“Ha’a
betullah tu. Menunggu hari,” sambut ku dalam nada ceria.
“Wah,
bestnya muda-muda lagi bakal jadi daddy, I ni bila la nak jadi mummy kan Sha!”
Erin menyiku perut Shasha. Menyeringai wajah Shasha menahan sakit di siku oleh
Erin.
“Aunty,
jomlah balik! Ustazah Aris kata.. senja-senja syaitan keluar bersiar-siar!
Jadi, kita kena masuk ke rumah, nanti terjumpa mereka! Kita juga yang susah!”
bicara kanak-kanak yang membahasakan dirinya dengan panggilan Aris buat aku
tersenyum.
“Okeylah
Attar, lain kali kita borak lagi iya. Risau pulak kalau-kalau Aris ni terjumpa
syaitan!” gurau Erin buat aku ketawa kecil. Ada-ada sahaja dia ni!
“Okeylah,
I pun nak balik juga!” aku bangkit lalu bersama-sama menuju ke tempat meletak
kenderaan. Lantas kereta ku dapatkan dan ku pandu AUDI itu membelah lebuhraya
untuk pulang ke rumah!
Comments
marathon dr bab 1 sampai bab y latest ni...,
xsangka ni penulis Jika Mawar Pudar Warna.., novel fevret tu.., xjemu baca berulang kali..., hihihi.., semoga ada sambungannya lg CDN ni.., japgi nak baca yang lain pulak.. hihi.., tq... :)