MILIK ENCIK POLIS PART VI (TAMAT)
“Long...
aku nak muntah! Perut aku sakit.... kepala aku pening!” kali ini aku rasa
pelbagai jenis penyakit datang menyerbu. Hingga duduk ku tidak kena jadinya! Wajah
Tok Kadi yang tersenyum-senyum sedari tadi ku renung sekali imbas, janganlah
aku disoal macam-macam. Sumpah dalam rasa gelabah begini, apa pun aku tak
ingat! Doa makan yang mudah pun aku boleh lupa, inikan pula doa qunut!
“Jangan
nak buat pasal! Orang tengok kot!” bisik along seraya menguntum senyum pada
tetamu yang hadir. Aku telan liur, melihat suasana ruang tamu rumah Intan yang
mula dipenuhi saudara mara sebelah bakal isteri ku juga beberapa orang jurugambar yang merakamkan gambar, buat perut ku rasa senak!
“Ingat
pesan aku weh, jangan lupa doa qunut... Rukun Islam, Rukun Iman, al-Fatihah,
doa iftitaf doa sujud sahwi... doa makan pun kena ingat juga, manalah tahu Tok
Kadi saje nak test pengetahuan am kau ke... bla..bla... bla....” bicara along
sudah tidak masuk ke dalam pendengaran ku bila melihat Tok Kadi mula mengambil
tempat. Peluh mula merenek di dahi, sungguh kali ini aku gementar ya amat tatkala
seluruh tetamu yang hadir mula mengalih perhatian kepada aku.
“Angah,
semoga maju jaya!” ujar Kuntum berbisik seraya menunjukkan isyarat peace pada
aku. Begitu juga Lukman yang datang menemani kami adik beradik, banyak juga
tips yang diberi. Dalam tak ku sangka, pernikahan ini adalah sesuatu yang amat
mencabar seluruh minda ini. Lebih hebat dari menembak penjenayah dan lebih
gentar dari berhadapan jenayah! Jiwa dan seluruh hati ku bagai terantai dengan
sebuah perasaan halus yang sukar ku mengertikan!
“Assalamulaikum,”
ucapan salam Tok Kadi ku jawab dalam suara bergetar, nampak benar aku gementar
dan senyuman lelaki berserban itu bagai menangkap rasa debar ini. Aku gugup
seketika.
“Saya
akan baca khutbah dan sejurus itu kita mulakan lafaz ijab dan qabul.” Ucap Tok
Kadi selepas memastikan rukun nikah yang harus dipenuhi di teliti satu persatu.
Ada saksi, ada wali iaitu datuk kepada Intan, bakal suami iaitu aku, bakal
isteri iaitu Intan, juga ijab dan qabul.
Khutbah
ku hayati dengan teliti dan sesudah itu aku mengikuti Tok kadi membaca surah
al-Fatihah, beristighfar juga mengucap dua kalimah syahadah serta lafaz ijab
dan qabul akhirnya tiba untuk dimulai.
“Iskandar
Hafif Bin Ahmad, sebaik sahaja saya lafazkan ijab dan saya henjut tangan. Sila jawab
dengan sekali lafaz.” Aku angguk sahaja.
“Iskandar
Hafif Bin Ahmad, aku nikahkan akan dikau dengan Intan Nur Aisya Binti Jalaluddin
dengan berwakilkan walinya pada aku dengan mas kahwinnya lapan puluh ringgit
tunai.” Suasana hening seketika hinggalah aku terasa ada henjutan pada tangan
yang kejap memaut tangan Tok Kadi. Dan ketika itu juga aku lihat along yang
duduk di sebelah kanan terkumat kamit membaca sesuatu. Apa yang dibaca oleh along agaknya ya!
“Iskandar!”
satu suara menegur dan serentak itu aku tersentak.
“Ya?”
aku pandang wajah Tok Kadi. Ada senyuman yang terukir manakala seluruh isi
rumah juga tersenyum memerhatikan aku.
“Kau
pandang aku apasal? Aku suruh kau jawab soalan tok kadi tu bukan pandang aku!”
gerutu along geram, suara itu perlahan berbisik.
“Penat-penat
aku suruh kau baca, kau pandang aku pulak.” Luah along beriya. Wajarlah aku lihat
dia terkumat kamit. Pasti menyumpah aku dalam hati!
“Maaf
Tok, saya terleka tadi.” ucap ku gugup
dan Tok kadi mengangguk perlahan. Mungkin faham dengan situasi yang ku hadap
ketika ini. Intan di sebelah sana juga tersenyum curi-curi memerhatikan aku yang terleka tadi.
“Kita
mulakan sekali lagi ya,” ucap Tok kadi tenang.
“Baik,”
sahut ku yakin dan cukup berani. Oh, Iskandar Hafif sila jangan malukan diri
sendiri ya! Pesan ku dalam hati.
“Iskandar
Hafif Bin Ahmad, aku nikahkan akan dikau dengan Intan Nur Aisya Binti Jalaluddin
dengan berwakilkan walinya pada aku dengan mas kahwinnya lapan puluh ringgit
tunai!”
“Aku
terima nikahnya Intan Nur Aisya dengan mas kahwin lapan puluh ringgit tunai!”
sambut bibir ku buat semua yang hadir terdiam.
“Sah?”
soal Tok Kadi pada saksi di kiri dan kanan. Aku mula berdebar, rasanya aku ucap
sekali lafaz! Takkan tak sah pulak! Jantung ni sudah bagai mahu meletup kerana rasa
debar yang melampaui batas! Ya Allah, tenangkan aku!
“Sah?”
soal Tok Kadi sekali lagi dan kedua-dua saksi berbisik sesama sendiri sebelum mengalih
pandangan ke arah Tok Kadi.
“Sah!
Sah!” sahut mereka dalam gembira dan serentak itu juga aku lihat kesemua tetamu
tersenyum dan menghela nafas lega. Lantas
aku raup wajah, bersyukur dengan lafaz yang mengangkat status ku sebagai suami
kepada Intan. Tentang perasaan aku? Sudah tentunya lega yang amat sangat! Terasa
mahu keluar dari rumah kemudian membuat tarian poco-poco betul-betul di hadapan
pagar rumah Intan! Lantaklah orang mahu kata aku gila ke apa? Aku tengah
gembira! Dan aku mahu zahirkan kegembiraan ini!
“Alhamdulillah
semuanya sudah selamat, kita mulakan doa untuk pasangan pengantin semoga rumah
tangga yang dibina kekal hingga ke syurga dan bimbinglah isteri dan bakal
anak-anak berpandukan syariat Islam. Agar ikatan ini sakinah mawaddah, warahhmah!”
sejurus itu doa di lafazkan dan kesemua
tetamu mengaminkan doa untuk kesejahteraan aku dan Intan.
“Oit...
sabarlah encik polis! Gelojoh sangat kut!” tegur along bila aku tidak
sabar-sabar bangkit seraya berkali-kali mencuri pandang Intan yang duduk di
hujung sana.
“Takkan
tak boleh lagi?” soal ku dalam wajah berkerut. Aku ingin sangat bertemu Intan,
mahu ku peluk dia erat-erat!
“Alahai
takkanlah kau nak serbu macam tu je? Pergilah buat solat sunat nikah dulu! Pastu
kau nak peluk ke.. nak tergolek ke... orang tak kisah dah!” sinis along dalam
senyuman.
“Ha’ah
kan... tak menyempat pulak!” aku sambut tawa along tanpa lepas.
“Oi...
oi.. cover sikit perangai tu!” pesan along buat aku tekup mulut dan tayang muka
tidak bersalah. Kalau dah gelak, nyata aku boleh lupa diri!
“Iskandar,
buat solat sunat nikah.... kemudian baru
jumpa Intan ya.” Ucap ibu Intan buat aku mengangguk sekali. Dengan wudhuk yang
masih aku kekalkan, solat sunat nikah aku dirikan tanpa Intan, kata ibunya
Intan uzur. Takpelah, esok-esok Intan
masih boleh bersolat bersama aku bahkan seumur hidup aku, aku masih berpeluang
berjemaah dengannya nanti!
Sesudah
salam ku lafaz, sejadah ku lipat dan Intan yang duduk di birai katil aku
hampiri.
“Assalamualaikum
isteri,” ucap ku pada Intan.
“Waalaikumusaalam
suami,” sahut Intan tersenyum manis. Wajah ku ditatap penuh sinar kebahagiaan.
“Sayang...
ini mas kahwin untuk isteri abang.” Wang tunai yang sudah digubah bersama
kuntuman bunga segar ku sua ke arah si isteri. Dan perlahan-lahan Intan
menyambut lalu aku sentuh ubun-ubun kepalanya dengan lafaz basamallah dan doa
itu ku titipkan pada Intan.
“Ya
Allah, aku memohon kepadaMU kebaikan yang telah Engkau selubungi ke atasnya,
dan aku berlindung dari keburukannya dan keburukan yeng telah Engkau selubungi
ke atasnya. Ya Allah berkatilah isteriku ini atasku dan lindungi dirinya dari
segala keburukan perbuatan orang-orang yang dengki dan perbuatan tukang sihir
apabila dia telah melakukan sihir dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan
tipu daya. Ameen!”
“Terima kasih abang, Intan akan menumpukan sepenuh perhatian dan taat setia
yang tidak berbelah bagi kepada suami Intan dan mengharapkan agar suami Intan
sentiasa memberi bimbingan dan nasihat serta tunjuk ajar demi kepentingan dan
kebahagiaan bersama. Semoga perkahwinan ini mendapat restu dan redha dari Allah
S.W.T..” bisikan Intan ku sambut dengan sebuah senyuman.
“Semoga rumah tangga kita sakinah mawaddah dan
warahhmah!” balas ku bersama senyuman manis yang sukar ku mengertikan makna disebaiknya.
“Sudah?” soal Along sekali.
“Ya, sudah!” ucap ku dalam senyuman, gembiranya
bila sudah beristeri. Satu-satunya harta yang boleh bertindak balas, boleh
bersuara dan boleh juga tersenyum juga ketawa. Ah gembiranya!
“Sarungkan cincin!” aku sambut kotak baldu lalu
ku buka perlahan. Kilauan cincin emas bertakhta batu permata itu ku sentuh dan
ku bawa keluar dari kotakknya dan jari Intan ku sentuh dan cincin itu ku
sarungkan di jari manisnya.
“Sayang, cium tangan abang.” Bisik ku lalu
Intan menurut. Sinar cahaya flash dari kamera silih berganti menerpa ke wajah
dan ketika Intan mengangkat wajahnya aku sentuh dagu itu lalu dahinya ku kucup
laju. Malu untuk berlama-lama! Di dalam bilik nanti, itu lain cerita dan di
hadapan orang dan di hadapan saudara mara, rasa segan dan malu-malu ku masih
ada dan masih menebal!
****
“Is... along balik dulu! Ingat, jangan sampai
runtuh katil.” Pesan along kedengaran agak kurang sopan. Dia ku pandang
sekilas.
“Jangan pandang aku macam tu, serupa macam nak
baham je!” usik along buat aku ketawa kecil.
“Kau ni long... agak-agaklah kan! Takkan sampai
runtuh katil, tak mungkinlah! Aku bukan ganas macam Lukman!” ucap ku buat Kuntum
menjeling tajam.
“Maaf, jangan marah angah! Angah gurau-gurau
je,” tutur ku agar Kuntum yang ada di tepi kami berdua agar tidak marahkan aku. Sensitif sangat!
“Angah ni... tak baik tau!” gumam Kuntum
membela suaminya.
“Yelah, memang tak baik! Korang nak balik kan? Cepatlah!”
suruh ku buat along dan Kuntum menjengilkan kedua mata mereka.
“Menghalau nampak?” soal along geram.
“Bukan halau, kalau korang balik awal... bolehlah aku sembang-sembang dengan Intan. Asyik
layan korang je, aku nak layan bini aku pulak! Ya tak sayang?” bahu Intan ku
senggol dengan bahu ku. Intan tersenyum malu, tersipu-sipu!
“Eii... meluatnya!” gerutu along tayang wajah
ibu hamil yang mengalami alahan. Berkerut-kerut sahaja riak wajahnya!
“Haha.. jelouslah tu! Kau kahwin cepat long! Bestnya
kahwin!” tokok ku buat along mencemik. Tidak kuasa melayan aku!
“Gatalnya kau Is, belum pernah lagi aku tengok kau
gatal macam ni ya?” along luahkan rasa tidak puas hatinya.
“Ala.. gatal dengan yang halal! Bestnya tak
sabar nak tunggu malam!” ucap ku terlepas kata.
“Oppssss!” aku tekup mulut. Intan sudah
malu-malu.
“Astaghfirullahalazim, sabarlah Taufiq. Mungkin
adik kau tu dah betul-betul sampai masanya untuk kahwin! Kalau tak kahwin,
mungkin menjurus kepada sesuatu yang buruk! Sekurang-kurangnya bila dia dah
kahwin, berkurang satu maksiat di muka bumi ini!” Along tazkirah dirinya sendiri!
Kuntum tersengih dan Lukman pula ketawa kecil.
***
“Intan,” seru ku sesudah selesai mendirikan solat
Isyak berjemaah! Itupun sesudah Intan katakan yang dirinya sudah bersih dari
hadas besar.
“Ya abang,” sahut Intan lantas melabuhkan
punggungnya di sisi aku.
“Assalamualaikum sayang!”
“Waalikumusalam abang,” Intan jawab salam ku dan dia ku peluk erat.
“Mengantuknya uarghhhhhh!” aku pura-pura
mengantuk dan lampu ku padamkan!
“Gelap!” gumam Intan kembali menghidupkan lampu
utama.
“Gelap la seronok!” ucap ku kembali menekan
suis off. Lampu kembali terpadam. Kini aku dan Intan bergelap!
“Gelap, tak nampak apa-apa!” sahut Intan
menghidupkan semula lampu. Aku geleng kepala, aku tak suka cahaya terang! Suis
itu ku tekan semula. Gelap kembali ruang bilik.
“Intan takut, Intan tak suka gelap!” ucap Intan
berharap aku fahami dirinya.
“Abang tak suka cahaya terang, tak boleh tidur.”
Luah ku buat Intan terdiam.
“Boleh kita tidur sekarang?” bisik ku pada
Intan dan tubuhnya ku raih dalam pelukan.
“Boleh abang,” sambut Intan membalas pelukan
ini.
“Terima kasih kerana memahami abang!”
“Sama-sama,” ucapnya buat aku senyum lebar.
“Terima
kasih abang, kerana sudi jadi suami Intan. I love you my dear,” bisik Intan
tersenyum dalam gelap.
“Sama-sama sayang, abang cintakan sayang!”
lafaz ku sesudah yang halal bersama aku.
“Ehem, jom sayang!” ujar ku gemersik dan basmallah
ku lafazkan untuk memulakan sebuah bahtera yang bakal berlayar jauh bersama
Intan.
~TAMAT~
p/s: semoga terhibur semuanya... maaf atas kekurangan cerita ini :)
Comments
Xpun cik raiter wat ler clte pasal along.....best sgt fmily Kuntum nie.....hehe....tterbaek...
tak sangka angah yang suka bertikam mulut dengan along macam budak darjah satu akhirnya kawin jugak.. huhu..