CERPEN: MILIK ENCIK POLIS PART IV
“Pukul berapa ayah Intan balik?”
soal ku sengaja menutup rasa hening yang bertamu setelah pengakuan Intan ku
sambut dengan sebuah persetujuan. Wajah ini sengaja ku tundukkan namun ekor
mata ini mencuri pandang Intan yang sedang mengelus jari jemarinya sesama
sendiri.
“Err kalau tak silap Intan biasanya pukul sepuluh ayah dah
sampai, sekarang baru pukul sembilan.” Ujar Intan mengerling jam di pergelangan
tangan. Aku masih seperti tadi, menikmati nasi lemak yang dibungkus dengan daun
pisang, aroma yang terhasil dari tindak balas nasi berlemak dan daun pisang ini
sudah cukup membuat selera pagi ku terbuka luas.
“Sekejap lagi ayah Intan balik lah tu, kenapa abang? Dah nak
balik KL ya?” teka Intan berserta sebuah senyuman. Aku jatuhkan kepala beberapa
kali, mengiyakan tekaan Intan namun disebalik senyuman ini tersisip sebuah
kegugupan dan debaran untuk aku menyuarakan rasa hati. Andai Intan sudah
memberi laluan, apa salahnya andai aku meneruskan langkah ke destinasi yang
lebih jauh. Tambahan pula, aku tiada halangan dan Intan pula sudah melamar.
Jadi untung badan, aku terima lamaran Intan walaupun kedengaran agak pelik,
namun aku gembira! Bukan senang seorang lelaki dilamar oleh seorang perempuan!
Sedangkan Nabi Muhammad SAW juga begitu, jadi mengapa aku takut untuk
mencontohi Nabi di dalam urusan baik seperti ini. dan jika umur ku panjang dan
punyai anak-anak yang berderet nanti, pasti akan aku hikayatkan tentang cerita
istimewa ini kepada mereka semua.
“Errr... Intan,” nama itu ku seru dan seraya itu juga Intan
memerhatikan aku. Aku telan liur, bagaimana harus aku meneruskan bicara.
“Ada apa abang Is? Nak nasi lagi?” soalnya sambil unjuk sebungkus
nasi lemak yang masih berbungkus. Amboi budak ni, perli nampak! Mentang-mentang
aku dah baham dua bungkus, dia ingat aku ni apa? Amboi... amboi....
“Bukanlah!” tutur ku melarikan wajah ke arah lain. Segan
dengan tiba-tiba. Hessy!
“Habis tu apa dia?” soal Intan meletakkan kembali nasi lemak
ke dalam pinggan. Wajah ku direnung lagi oleh sepasang anak mata yang bening,
terasa bagai mahu tercabut keluar segala organ yang sedang beroperasi di dalam
tubuh. Redup pandangan mata Intan buat aku terleka seketika, pasti ini yang aku
dapat bila mana Intan menjadi milik ku suatu hari nanti. Indahnya!
“Apa dia?” ulang Intan tidak sabar. Hampir-hampir aku
melompat tekejut, hessyy dia ni..... tak menyempat!
“Intan, kenapa sergah abang macam ni? kalau abang mati
terkejut tadi macam mana?” rungut ku berpura-pura terasa hati.
“Sorry abang IS, Intan tak sengaja!” luah Intan memohon maaf
atas ketelanjuran tingkah lakunya.
“Abang nak beritahu Intan, hujung bulan ni kita kahwin!”
luah ku laju seraya pamer riak masam mencuka angkara tidak berpuas hati dengan
sergahan Intan sebentar tadi.
“Abang lamar Intan ke?” soal Intan bagai berbisik, dan dia
sedang mendekati aku ketika ini. Aku panggung wajah, menancap wajah yang sedang
menanti jawapan dari ku.
“Yelah....” jawab ku sepatah. Kan aku tengah lamar dia. Dia
ni.... takkan tak dengar kot!
“Sungguh ke?” sekali lagi dia bertanya dan semakin
mendekatkan diri itu pada aku yang cuba menginjak menjauhinya.
“Ya Allah, selamatkan aku dari syaitan yang direjam!” bisik
hati kecil ini bila aku merasa keadaan Intan dan aku bakal mengundang gejala
negatif dan maksiat yang sukar ditangani jika dibiarkan begitu sahaja.
“Intan err.... kita kahwin hujung bulan ni. Buat masa ni,
lebih baik kita duduk jauh-jauh! Bahaya ada orang ke tiga!”
“Orang ketiga?” ulang Intan lagi.
“Ya orang ke tiga, syaitan yang direjam! Bahaya, nanti boleh
jadi maksiat!” terang ku lagi.
“Ohhh.... ingatkan siapa tadi.” jawab Intan tersenyum.
“So hujung bulan ni kita kahwin ya!” gumam ku menutup hening
yang bertamu. Aku bangkit sesudah
mengucapkan sebuah kehendak. Kehendak yang aku mahukan pertama kali melihat
Intan sewaktu Kuntum melahirkan anak saudara ku dahulu.
“Tapi... kenapa cepat sangat?”
“Intan tak suka?” tebak ku pula.
“Bukan!” Intan menggeleng laju.
“Bukan itu maksud Intan! Tapi Intan betul-betul keliru,
kenapa terlalu cepat? Tak boleh ke, kalau kita kenal-kenal dulu?” gumam Intan
bagai tidak bersetuju perkahwinan ini dilangsungkan dalam waktu terdekat.
“Abang dah serik untuk bercinta!” jawab ku ringkas dan
padat! Sebenarnya aku lelah dengan cinta yang tidak kesampaian! Dahulu pernah
aku menyulam cinta dengan seorang anggota polis satu pangkat sama seperti aku namun
putus di tengah jalan angkara dia kuat melawan kata ku, kemudian rasa cinta
membawa aku bertemu seorang eksekutif muda syarikat pengiklanan, juga tidak
kekal lama kerana dia merasakan perbezaan sumber pendapatan membawa hubungan
ini tidak sehaluan! Sebelum aku menyambung pula ikatan cinta bersama pelajar kolej
iaitu Iza, setelah habis aku dikikisnya aku ditinggalkan begitu sahaja! Habis
madu, sepah dibuang! Kesemua mereka
berjaya meninggalkan kesan derita dan pedih di hati aku, tetapi ianya tidak
lama bertahan! Mudah pula aku melupakan dan mudah juga aku mendapat pengganti
yang lain! Aneh sungguh putaran hidup ini!
“Tapi.... Nanti ayah dan mak Intan terkejut pula! Intan
gusar andai tiba-tiba keinginan untuk mendirikan rumah tangga bakal membuatkan
kedua ibu bapanya tidak bersetuju.
“Abang akan explain pada mereka, Intan jangan risau!
Nanti, tahulah abang nak ayat mak ayah Intan! Jangan risau, apa yang Intan
perlu buat senang je!” gumam ku bersahaja. Wajah Intan tidak ku pandang, entah
mengapa rasa malu mula memenuhi segenap hati.
“Apa dia?” soal Intan bagai tidak sabar!
“Intan hanya perlu siapkan badan! Semua kos kahwin abang
tanggung, Intan cuma perlu letak harga untuk majlis dan mas kahwin! Tapi jangan
letak tinggi-tinggi, sengkek abang!” aku ingatkan dia tentang kos perkahwinan
yang hari ini sudah mencecah puluhan ribu ringgit. Jika Intan meletakkan harga
setinggi harga selebriti tanah air, pasti aku batalkan sahaja pernikahan ini.
Mana aku nak cekau duit sebanyak itu, meminja Ahlong atau membuat loan di bank?
Huh payah hidup aku lepas berumah tangga nanti, hutang belum langsai... bebanan
pula semakin bertambah. Tak mahu aku!
“So macam mana?” soal ku pada Intan. Dia Tersenyum sahaja,
sebelum meneruskan kata.
“Okey, Intan serahkan semuanya pada abang!” Intan juga
tenang menyambut permintaan ku. Aku angguk sekali lantas meneguk kopi yang
masih bersisa di dalam cawan dan sejurus itu aku habiskan masa di anjung rumah
menanti kedua orang tua Intan pulang dari berkebun. Ingin ku luahkan keinginan
hati untuk memperisterikan Intan seterusnya membawa gadis itu hidup berdua bersama aku selepas ini.
***
“Pakcik, Makcik... saya rasa dah sampai masanya saya ambil
Intan sebagai isteri. Dan kalau boleh hujung bulan ni saya nak langsungkan
majlis pernikahan kami. Saya harap, pakcik dan makcik tak ada halangan tentang
niat saya memperisterikan Intan.” Luah ku tenang walau dada sudah berkocak
ganas, gelisah dan debar bersatu walau selama ini aku punya pengalaman bercinta
dengan beberapa gadis namun belum pernah lagi kedua ibu bapa mereka aku hadap
begini. Berterus terang dan memperjelaskan keinginan hati.
“Hujung bulan?” kedua mereka mengulangi kata ku serentak.
Nampak benar terkejutnya!
“Ya pakcik, kalau boleh hujung bulan ni! saya dah tak
sabar!” entah bagaimana ayat itu yang terkeluar. Segera aku menekup mulut! Dan
serentak itu aku lihat ayah dan ibu kepada Intan tersenyum kecil. Ai malu-malu,
mulut kau ni Is.... tak ada insurans!
“Sabar Iskandar, sabar itu separuh daripada iman,” tegur
ayah Intan bersama senyuman yang semakin lebar. Huh malunya aku!
“Err... maksud saya tadi, saya tak sabar nak....” belum sempat
aku meneruskan kata, ayah Intan memintas laju.
“Pakcik faham, orang muda! Eloklah tu dipercepatkan, risau
juga pakcik nak biarkan Intan sorang-sorang dekat KL tu. Macam-macam boleh
jadi,” gumam ayah Intan buat aku bagai mahu tercekik. Bukan itu maksud aku,
aduh salah faham pula pakcik ni.
“Tentang hantaran dan mas kahwin macam mana pakcik?” soal ku
sambil menyandarkan tubuh ke sofa setelah hati tidak berdebar seperti tadi.
Wajah keduanya ku renung menanti jawapan yang bakal memberi gambaran jelas tentang
harga hantaran untuk Intan.
“Pakcik tak letak, ikut kemampuan kamu.... tapi berpada-pada
jugalah.” Terang lelaki ini memberi peluang aku menetapkan harga hantaran
mengikut kemampuan sebagai pengantin yang bakal menyunting sekuntum bunga di
taman mereka.
“Saya tak tahu nak letak berapa banyak, pakcik! Kalau setakat lima belas ribu,
saya mampulah pakcik.” Jawab ku jujur, aku tidak tahu berapa yang seharusnya
aku letakkan untuk membiayai kos majlis perkahwinan disebelah keluarga Intan.
Disebelah aku, itu tidak menjadi masalah, kerana aku tidak punyai saudara mara
yang ramai dan yang ada hanyalah along, Kuntum dan rakan-rakan ku yang lain.
Itu sahaja, kos untuk majlis di sebelah aku pastilah rendah kerana aku hanya
mahu melakukan secara kecil kecilan. Tidak perlu bersanding bagai, cukup
kenduri kesyukuran! Itu sudah memadai pada aku!
“Tak perlulah hantaran, cukup Iskandar sediakan mas kahwin
untuk Intan. Tentang hantaran, pakcik rasa tak perlu. Dan semuanya akan pakcik
tanggung, sebagai satu-satunya hadiah untuk Intan. Cucu tunggal kami,” luah
ayah Intan membuatkan aku tersentak, terkedu dan tergamam seketika. Tanpa
hantaran, dan yang perlu mas kahwin dan cucu tunggal. Apa semua ini, minda ini
bagai tepu untuk memproses data-data yang masuk. Wajah keduanya ku renung tidak
berkelip.
“Iskandar,” seru wanita tua disebelah lelaki itu.
“Errr... ye?” jawab ku gugup!
“Boleh?” soal mereka lagi. Aku tundukkan pandangan, berfikir sejenak. Susudah berfikir
masak-masak, aku hamburkan rasa di hati.
“Pakcik, saya rasa tak selesa kalau saya kahwin percuma.”
Aku enggan meneruskan niat ini andai ini yang harus ku tempuh, perkahwinan
tanpa sebarang hantaran! Mana letaknya maruah aku sebagai seorang lelaki? Tak
sanggup aku di cerca dan di cemuh orang!
“Bukan percuma, ini satu-satunya hadiah untuk cucu kami.
Intan tu cucu tunggal kami, dulu arwah
ayah Intan juga seorang anggota polis. Tapi, anak pakcik terkorban semasa
bertugas, ibunya pula lima tahun lepas meninggal kerana kanser, jadi bila ada
yang sudi mengambil alih tugas menjaga Intan. Pakcik bersyukur sangat, tambahan
pula Iskandar memenuhi ciri-ciri pilihan pakcik. Beragama, dan pandai membawa
diri!” Luah lelaki itu buat aku terkedu dan tersenyum selepas itu. Pujian kut!
Rupanya Intan juga tiada ibu bapa sama seperti aku, cuma diri itu lebih
beruntung kerana memiliki datuk dan nenek yang menyayangi.
إِذَا أَتَاكُمْ مَنْ تَرْضَوْنَ خُلُقَهُ وَدِينَهُ
فَزَوِّجُوهُ إِلَّا تَفْعَلُوا تَكُنْ فِتْنَةٌ فِي الْأَرْضِ وَفَسَادٌ عَرِيضٌ
Maksudnya;
“Apabila datang kepada kamu orang yang kamu suka akhlak dan agamanya, maka kahwinilah dia, jika tidak, kamu telah membiarkan berlakunya fitnah di bumi dan kerosakan yang terbentang” (Sunan Ibni Majah : 1957)
“Apabila datang kepada kamu orang yang kamu suka akhlak dan agamanya, maka kahwinilah dia, jika tidak, kamu telah membiarkan berlakunya fitnah di bumi dan kerosakan yang terbentang” (Sunan Ibni Majah : 1957)
“Pakcik akan tanggung kos hantaran, kamu sediakan mas kahwin
untuk Intan. Itu sudah memadai!” luah lelaki itu menetapkan kata-katanya tadi.
“Jadi?” aku soal mereka dengan tiba-tiba. Haiya....
Iskandar, kalau tak sabar sekalipun! Please behave! Pesan ku
setiap kali bibir ini telanjur menutur kata.
Jadi... hujung bulan ni jadilah kamu bernikah! Pakcik akan uruskan borang-borang di pejabat agama, tentang urusan pemeriksaan darah dan yang lain-lain tu kamu berdua uruskan sendiri ya.” Luah datuk merangkap bapa kepada Intan. Aku hela nafas lega, alhamdulillah segalanya mudah dan benarlah segalanya akan menjadi mudah jika kita ingin melakukan sesuatu ke arah kebaikan.
***
“Abang Is, kenapa Intan kena duduk dekat belakang?” soal
Intan becok bertanya itu ini bila aku arahkan dia duduk di tempat duduk
penumpang di bahagian belakang.
“Abang IS tak selesa drive kalau Intan ada dekat sebelah!”
luah ku jujur.
“Kenapa pula? Kalau dah kahwin nanti takkan macam ni jugak?”
soal Intan tidak berpuas hati.
“Dah kahwin lain la... sekarang tak kahwin lagi! bahaya! Abang
ni ada dua tangan, nanti tangan ni merayap Intan juga yang susah!” gumam ku
mahu Intan faham. Entah kenapa, bila aku bersetuju sahaja menjadi kekasihnya
dan juga bakal suaminya, serentak itu juga aku punyai perasaan lain setiap kali
memandang wajah itu. Huh ini pasti hasutan insan ketiga! Siapa lagi jika pihak
yang mahu menyesatkan kehidupan manusia.
“Abang IS kenalah sabar,” pesan Intan mudah. Kalau mudah
begitu, senang la hidup aku. tapi hakikatnya payah, aku pandang Intan serentak
itu satu perasaan lain menyusup sama. Hushhh... bimbang andai aku mengapa-apakan
Intan. Kesian dia nanti! Lunyai pulak budak kecil ni! silap langkah, polis macam aku ditangkap polis
kerana perbuatan jenayah! Huh buat malu je!
“Abang Is.... Intan nak duduk depan.” Rayu Intan berharap
aku sudi membenarkan dirinya duduk dihadapan.
“Intan jangan duga abang, abang ni manusia yang ada sembilan
akal satu nafsu!” peringat ku buat Intan terdiam. Haha.... tahu takut!
P/S: TQ FOR READING :)
Comments