JIKA MAWAR PUDAR WARNA 9
“Amira, tempat kau di sini! Bilik aku sebelah tu... jangan
cuba nak lari!” pesan Taufiq lebih kepada mengungut wanita yang kemas berbaju
kurung.
“Saya nak sebilik dengan awak, tak biasa la.....” omel Amira
perlahan. Simpati Taufiq diraih berharap lelaki itu tidak pergi jauh dari ruang
matanya. Sudahlah tidak biasa berhadapan situasi kerja, ini kan pula dibiar
keseorangan menguruskan kerja yang entah apa-apa itu. Wajahnya murung!
“Jangan nak tayang muka monyok. Aku tak suka, kerja buat
cara kerja! Kau bukan anak manja, mak bapak kau dah serah kau pada aku. Jadi suka hati aku nak buat apa pun
nanti, kau tak boleh merungut!” Amira mencebik. Mudah benar kedua ibu bapanya
menyerahkan dirinya kepada Taufiq yang pandai berpura ini.
“Saya nak buat apa ni? Bosan!” tutur Amira tidak berminat
dengan suasana kerja yang sedang dihadap ketika ini. Alisya yang berada
berhadapan bilik Amira hanya menjeling dan mencuri pandang keduanya. Hatinya tertanya-tanya
akan hubungan kedua individu yang dilihat masih berduaan di dalam bilik itu. Lama
dan mencurigakan!
“Eiiii.... rimaslah baju ni! Panas!’ butang baju kurung
ditanggalkan hingga mendedahkan bahagian bawah leher berbentuk V. Taufiq mencuri pandang,
seketika pandangan di kalih ke arah lain.
“Boleh bersopan tak?” soal Taufiq bersuara tegang.
“Macam ni punya bertutup pun awak kata tak sopan lagi?” soal
Amira tidak percaya kerana Taufiq berkata sedemikan. Entah apa definisi sopan
pada pandangan lelaki itu, Amira tidak tahu.
“Sekarang kau tak sopan!” tutur Taufiq meletakkan beberapa
fail ke atas meja. Wajah Amira di tatap sekilas.
“ Tadi sebelum pergi kerja, awak kata tak sesuai pakai itu..
yang ini tak okey, yang itu pun tak sesuai. Last-last awak paksa saya pakai
baju kurung, kemudian bila saya dah pakai baju kurung. Awak kata saya tak
bersopan lagi, awak nak saya pakai kelambu ke?” tutur Amira geram pabila
pemakaiannya menjadi isu sensitif pada Taufiq.
“Kalau boleh apa salahnya!” jawab Taufiq selamba.
“Awak ni kan.....” Amira ketap bibir. Tersedar sepatutnya
dia tidak sama sekali melayani Taufiq. Biarkan dia! Itu pesan dari hati kecil yang
sering kali menasihati dirinya. Namun selalu juga dia terlupa!
“Sudah jangan nak bergaduh dengan aku! sekarang kau tengok fail ni. Dalam fail ni
ada pelan lokasi dan pelan bangunan. Aku nak kau periksa satu persatu, pastikan
semua nombor lot dan saiz bangunan sama seperti yang yang ada dalam rekod sedia
ada. Dan aku nak kau rekod semua tarikh jual beli, jenis rumah... dan kumpul data pembeli dalam satu jadual. Aku
nak tengok petang ni.” Arah Taufiq panjang lebar. Amira diam tidak berkutik,
wajah Taufiq di tatap tajam. Melampau!
“Apasal? Tak puas hati?” Taufiq menyoal Amira yang sedari
tadi mencerlung ke arahnya.
“Memanglah tak puas hati, banyak cantik awak suruh saya buat
itu ini. Yang awak pulak buat apa? Goyang kaki?” rungut Amira mempertikaikan
kerja yang diberi.
“Awak buat separuh! Saya tak larat nak buat semua ni,”
beberapa fail diletakkan dekat di sisi kanan mejanya manalala selebihnya
diserahkan semula kepada Taufiq.
“Tak larat? Ulang Taufiq sekali lagi.
“Kerja mudah macam ni pun kau kata tak larat! Fine, petang
ni ikut aku ke site. Aku nak kau rasa
kerja aku pulak!” gumam Taufiq mengugut Amira.
“Malas!” tutur Amira selamba.
“Jangan harap kau nak bermalas-malas bila berdua dengan aku!”
ungkap Taufiq tersenyum sinis.
“Suka sayalah nak malas ke tidak.” Amira pertahankan
dirinya. Taufiq angkat keningnya tinggi menancap wajah itu.
“Dah buat kerja ni cepat, tak tahu tanya aku. Sebelum masuk,
ketuk pintu! Aku tak suka kau main serbu sesuka hati! ” gumam Taufiq meninggalkan
Amira yang terpinga-pinga.
“Hish... macam mana nak buat ni! Manalah aku tahu nak baca
pelan bangunan bagai! Sudah...” Amira garu kepalanya sambil mencari petunjuk
yang boleh membantu dirinya memahami bacaan pelan yang sebenar.
“Tak tahulah.....” Amira hempas pelan bersaiz AO ke atas
meja. Fail-fail yang diberikan oleh Taufiq ditepis kasar. Bertaburan semuanya
di atas lantai beralas karpet. Punggung dihenyak ke atas kerusi sambil wajah
masam mencuka dibias tepat ke arah cermin.
Taufiq disebelah bilik Amira menggeleng kepalanya saat
wanita yang sedang dilatih untuk bekerja di syarikat ini enggan menurut
kata. Cermin pemisah antara kedua bilik
itu dihampiri sambil wajah murung Amira diperhatikan seketika sebelum dia
kembali menyambung kerja-kerja yang ditinggalkan tadi.
Sedang melayani amarah dan rasa bosan yang bercampur baur,
interkom berbunyi. Amira menoleh sebentar, enggan melayani panggilan yang
masuk. Akhirnya bunyi yang tadi kedengaran kuat kembali senyap. Senyuman diukir,
puas hatinya. Dia tidak mahu diganggu!
Jam di pergelangan tangan di perhatikan, sudah satu petang! Hati
kecilnya bersorak gembira, pukul satu yang ditunggu akhirnya tiba juga.
Laju langkah kaki di atur keluar dari bilik kerjanya
melewati kamar kerja Taufiq yang masih tertutup rapat. Berkira-kira mahu masuk ke dalam bilik kerja
lelaki itu namun hasrat itu dilarang keras oleh hati kecilnya. Laju sahaja
hayunan kaki di atur jauh meninggalkan ruang pejabat lalu butang lif ditekan
dan akhirnya tiba juga dia di lobi lalu kaunter penyambut tetamu di hampiri.
“Awak, tumpang tanya. Kafeteria ada tak? Nak makan ni lapar,”
tutur Amira selamba. Gadis yang sedang tekun melakukan kerjanya tersenyum
mesra.
“Tak ada, sekarang ni tengah tutup. Masih dalam proses
ubahsuai!” ujar gadis itu menayang wajah manisnya.
“Oh....” tutur Amira pendek.
“Dekat-dekat sini ada kedai makan?” Amira bertanya lagi.
“Yang dekat tak ada. Awak
kena drive, hujung sana memang ada kedai makan. Cubalah,” cadang gadis itu
masih setia mengulum senyuman.
“Okey, terima kasih.” Anggukan kecil kelihatan sebelum Amira
tersenyum lalu menyusun langkah perlahan-lahan. Wajahnya muram sekali lagi
sedangkan perut sudah berbunyi-bunyi minta diisi.
“Awak Puan Amira?” Amira angguk sekali. Lelaki yang menegur
diperhatikan sekilas.
“Encik Taufiq cari puan, dari tadi lagi.” Amira telan liur. Matilah
dia kali ini.
“Eh, encik Taufiq dah sampai. Saya pergi dulu ya,” Amira
angguk kepalanya membenarkan lelaki itu berlalu pergi. Wajah tegang Taufiq sudah
ditangkap oleh kedua anak mata itu sebaik kelibat lelaki itu terlihat.
“Kau kemana? Aku dah cakap jangan ke mana-mana tanpa
pengetahuan aku!” ungkap Taufiq berbisik namun suaranya masih tegas seperti
biasa.
“Saya.... sss.... saya duduk-duduk je!” alasan Amira disambut
cebikan di bibir Taufiq.
“Jom makan, aku dah lapar!” ujar Taufiq menyusun langkah
mendahului Amira yang masih terkebil-kebil.
“Encik Taufiq, wait!” Taufiq dan Amira menoleh serentak.
Alisya yang sedang berlari-lari anak diperhatikan dengan wajah berkerut. Mahu apakah
dengan gadis berbaju merah hati ini?
“Yes, ada apa?” soal Taufiq kembali menegakkan semula
pandangannya matanya.
“Saya nak join encik berdua makan, itu pun kalau encik tak
keberatan!” gumam Alisya lagi. Amira mencebik, gaya dan suara gadis di
hadapannya cukup tidak disukai. Mengada-ngada!
“Saya tak kisah, apa kata awak tanya pada Puan Amira. Manalah
tahu kalau dia keberatan pula,” Taufiq memberi alasan menanti jawapan dari
bibir mungil milik Amira.
“Sepatutnya, Puan Amira tak perlu marah sebab dia dah
bersuami. Mana elok isteri orang makan berdua dengan suami orang. Tak gitu puan
Amira?” soal Alisya tersipu-sipu dalam bicaranya. Tawa kecil itu diselangi
dengan senyuman sinis yang sengaja di tunjuk ke arah Amira.
“Oh saya tak tahu pula Encik Taufiq dan berkahwin! tapi dengan siapa?” soal Amira sengaja menguji
ingatan Alisya. Mungkinkah gadis ini tidak menyedari, isteri kepada Taufiq
adalah dirinya.
“Hurmmm... sudah! Tapi saya tak ingat, tak berapa nak cam!”
jawab Alisya perlahan sambil tersenyum-senyum.
“Boleh kita pergi sekarang?” soal Taufiq mematikan perbualan
keduanya.
“Sudah tentu, jom!” ajak Alisya melebihi dirinya pula.
“Saya duduk di depan ya, awak duduk di belakang!” cadang
Alisya membuat keputusan bagi pihak Amira. Taufiq hanya memerhatikan dari ekor
mata, Amira sedikit pun tidak beriak.
Selamba dan tenang sahaja lagak gaya wanita itu yang masih
tenang memerhatikan pemandangan trafik di luar tingkap kereta.
Comments